24 Oktober 2013

HOT! GAMBAR PENGAWAL BANK, MEMBUNUH & MEROMPAK TERSEBAR

Suspek Utama Tembak Pegawai Bank

ipkslmt


KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.

Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu.


“Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit,” katanya kepada media di tempat kejadian.

Dalam kejadian petang tadi, seorang pekerja bank wanita berusia 37 tahun maut akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan pengawal keselamatan yang merompak bank berkenaan di USJ Sentral di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.18 petang itu, suspek yang berkhidmat di bank sama melepaskan tembakan yang terkena kepala mangsa serta mengarahkan seorang lagi kakitangan bank mengisi wang di dalam beg hitam yang dibawanya.

Mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian manakala pengawal keselamatan terbabit melarikan sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.

Hingga lewat malam ini, polis masih belum berhasil memberkas pengawal keselamatan terbabit dan gerakan mengesan suspek diteruskan



Noazita Binti Abu Talib


Kejadian rompakan yang mengorbankan nyawa seorang pekerja Ambank.


Gambar mangsa

LAGI GAMBAR2 DI LOKASI


Kita harapkan kerajaan JANGANLAH PANDANG kes-kes seperti ini sebelah mata sahaja lagi. Kelihatan rakyat sudah terlalu terdesak sehingga sanggup membunuh untuk mendapatkan wang.

Bangunlah! Bangunlah! Jangan biarkan lebih rakyat Malaysia “tumbang” desakan kos sara hidup dan kesempitan duit. Kemasukan pendatang asing juga punca banyak jenayah berlaku kerana segala2nya boleh dibuat dengan wang dan rasuah.......

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

InnaliLlah wainna iLlah hirroujioun,
Al Fatihah
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ini adalh ujian getir bagi keluarga Allahyarhammah?

Semoga penjenayah itu segera ditingkap. Pihak yang bertanggung jawab dalam keselatam dan syarikat keselamatan perlu LEBIH TELITI DAN BERHATI-HATI memilih kakitangan.

Tokwan Perak

TiranaAduka berkata...

al fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...