13 Jun 2013

PECAH BERITA ! KU LI AKAN RAMPAS JAWATAN PM, UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP NAJIB?!!!


Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber

Tengku Razaleigh: Telah mengatur mesyuarat di rumahnya, petik sumber. 

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.


Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.

Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.

Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.

“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.

“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepadaThe Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.

Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.

Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.


Ku Li perlu 112 undi, PR ada 89 undi,,sekurang-kurangnya 30 undi dari umno dan BN, ,,, tak ada masalah rasanya... yang masaalahnya dari PR sendiri... boleh jadi ke... namun apa pun tak mustahil...dalam politik Malaysia...
Maka bermula semula teori RAHMAN.... mungkin selepas tu baru Anwar, kemudian Hadi Awang/Husam Musa.... setuju.. itu pun kalau seorang sepenggal sahaja.......mm

Sumber
Kedahkini

8 ulasan:

sesejuk mata memandang berkata...

Kita tidak perlu terperangkap dalam isu jawatan PM yang konon nya akan dilobi habis oleh Ku Li dengan alasan undi tidak percaya.

Mengapa kah kita terlalu bodoh mendengar adu domba pembangkang atau sebilangan ahli parlimen. Yang jelas dalam tutur cara berbahasa dan persepakatan antara anhli parlimen parti dalam BN , pengerusi BN adalah juga yang dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya BN menang dalam mana mana pilihan raya . Sekiranya lah benar usul oleh ahli parlimen berjaya menjatuhkan Najib sebagai PM , agak agak nya siapa kah yang akan menjawat jawtana PM jika tidak Timbalan nya TS Muhyiddin , dan di manakah Ku Li pada masa itu ? kecuali atas persetujuan parti kompenan yang tidak mahu lah berpegang kepada ikatan silaturahimm yang telah terjalin lama sejaka tertubuhnya Perikatan atau sekarang dikenali BN.

Usah lah kita membuang masa memikirkan soal Ku Li atau Najib atau Anuar kerana dalam konsep Palrimen Malaysia , Ketua Parti adalah juga merupakan Ketau Kerajaan sekiranya dilantik sebagai Kerajaan Memerintah dan Mungkin Anuar dan kuncu kuncu nya boleh berangan-angan menjadi PM sebaliknya Anuar jika dilantik menjadi Ketua Pembangkan adalah juga dengan belas ehsan rakan sekutu nya DAP yang lebih banyak memenangi kerusi parlimen

Tanpa Nama berkata...

yg ada sekarang ni ialah kerajaan haramjadah!!!!!buat balik pilihanraya dkawasan2 yang didapati penipuan dan bubar spr dan lantik orang2 baru yang lebih berwibawa untuk tyadbir spr...lepas tu baru cerita soal pm yg berwibawa!!!!

Tanpa Nama berkata...

khabarnya persetujuan telah dicapai ku li akan jadi perdana menteri selama 2 tahun sahaja kemudian anwar akan ambil alih... wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

Takpa, kalau biar Razaleih menang, dia janji tidak tangkap pembangkang, kawasan-kawasan yang dimenangi secara tipu dlm PRU-13 akan diundi semula (dan dengan Razaleigh, saya yakin BN akan memang). Sultan & Raja Melayu -- sebahagian besar akan setuju.

Tanpa Nama berkata...

Ok jgak.. Agreee... Takbeer..!!

Unknown berkata...

Jatuhkan najib hantuya wa seuju sgttt... Terbaekkk dari ku li

Atok Aki berkata...

Kalau nak ikutkan KULI ni da lama da jd PM kita. Kita sorot kembli (flash back) peristiwa lampu padam masa pangiraan undi tu. Blackout lagi...asyik2 blackout sehingga da sinonim dgn pengiraan undi. Dimana ada Blackout,disitu ada pengiraan undi,dimana ada pengiraan undi,disitu ada BLACKOUT.
Lps ni PAStikan stadby generator atau lampu suloh bila ada pengiraan. Alangkah mantopnya klu Kuli digandingkan dgn siapa lg kalau bukan DS ANWAR. Siapa sangka!!!
Klu benarlah ia terjadi penurunan harga kereta bkn sekadar cadangan manifesto tetapi ia akan terlaksana insyaAllah.

Kathir berkata...

Saya berharap KU LI boleh mengembeleng 113 MP untuk menjatuhkan BN dan seterusnya Beliau dan Pakatan boleh mencapai kata sepakat mengenai PM. May god bless u sir. May this coup detat will become reality.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...