Ketika sidang media di Pejabat PKR Cabang Langkawi
Sidang media
4.00ptg 2/5/2013
Pengerusi PKR Kedah Dato' Wan Salleh Wan Isa hari ini menafikan sebarang tohmahan akan keluar parti atau meletakan sebarang jawatan diperingkat cabang dan negeri. Beliau juga menyangkal tentang khabar angin adanya pembubaran peringkat cabang di Kedah.

Serangan isu keluar parti telah dimainkan oleh parti lawan semenjak beliau tidak bertanding dimana-mana kerusi dalam pilihanraya 13 kali ini, beliau menjelaskan telah menolak untuk dicalonkan atas faktor kesihatan beliau semenjak kebelakangan ini.
Bagi merealisasikan pakatan ke Putrajaya beliau sedia berkorban dan telah berusaha keras sepanjang 5 tahun kebelakangan ini bagi mengetuai PKR Kedah.
Beliau terus menyokong calon-calon yang dipilih untuk bertanding di Kedah malah sebelum ini beliau telah membantu berkempen di Jerlun, Padang terap, Alor Setar serta Langkawi.
Dalam sidang media yang sama calon Parlimen Langkawi Dato' Ahmad Abdullah turut hadir dan menyatakan beliau amat berhutang budi diatas kerjasama dari Dato' Wan Salleh dan pihak jawatankuasa cabang PKR Langkawi dan jentera-jentera parti baik PKR dan PAS.

Menyusul lagi...
3 ulasan:
Kenapa pengerusi MPN PKR Kedah perlu buat kenyataan seperti ini sedangkan tidak terdengar d mana2 cerita sedemikian yang d khabarkan oleh sesispa pun dalam negeri Kedah. Pasti ada yang tak kena....
Sendiri buat kenyataan...sendiri yang bawa cerita... Ada yang tak kena. Sokong di siasat...
Kenyataan yang tidak bijak. Dah terlanggar dinding baru nak perbetoi... Dengar cerita nak lari keluar negara tapi terma tu tak dipersetujui... Hmmm...entah lah puak2 PKR ni. Dalam PR, hanya PAS yang teguh dan constant. Bukan macam depa ni semua. Kecewa dalam UMNO, lari tubuh parti baru...macam di Indon/Thailand pulak dah boleh main jual2... Hahaha....TAKBIRRRRRRR...
Catat Ulasan