18 April 2013

TERKINI ! DAP BOLEH GUNA LOGO ROKET - SPR

Kepimpanan PR sedang mengadakan sidang akbar utk menjelaskan isu ROSmah... yg tidak mengiktiraf jawatankuasa CEC.....aku nampak ada pemimpin PAS dan PKR...rakan dan teman perjuangan disaat gembira dan duka..... itulah PR


DAP masih boleh bertanding PRU 13 guna logo Roket, kata SPR

KUALA LUMPUR, 18 April — DAP masih boleh bertanding dalam Pilihan Raya 2013 walaupun Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberitahu parti tersebut mereka tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang diadakan Disember lalu, kata Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurut timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, ini adalah kerana RoS hanya tidak bersetuju dengan pemilihan CEC parti tersebut dan ianya tidak melibatkan pembatalan parti.

“Boleh boleh bertanding guna logo mereka sebab masalah dengan RoS ini bukan masalah pembatalan parti. Cuma masalah RoS tidak iktiraf pemilihan CEC,” kata Wan Ahmad apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Hari ini heboh apabila RoS menghantar surat kepada pucuk pimpinan DAP mengatakan mereka tidak mengiktiraf pemilihan CEC parti tersebut.

“Jadi pucuk pimpinan DAP perlu bertemu dengan RoS samada hari ini atau esok untuk selesaikan masalah ini dan dapatkan penjelasan senarai CEC yang mana yang RoS iktiraf,” tambah beliau lagi.

DAP dikatakan mengadakan mesyuarat pada 3.00 petang tadi untuk membincangkan mengenai permasalahan ini.

Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya 2013 adalah pada Sabtu ini dan hari membuang undi adalah pada 5 Mei.

DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember tahun lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini berada pada kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Tindakan ini menimbulkan kemarahan segelintir ahli parti dan DAP turut menerima kritikan daripada musuh-musuh politiknya kerana dikatakan tidak tahu menguruskan pemilihan parti dengan baik.

Menurut Wan Ahmad lagi, SPR akan mengikut watikah perlantikkan calon yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan DAP untuk mengesahkan siapa boleh bertanding menggunakan logo parti tersebut agar tidak timbul sebarang masalah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa apa pun, dapatkan hitam putih bertanda tangan bahawa DAP boleh bertanding gunakan lambang roket sehingga pengumuman kemenangan colon disahkan. jangan kena tipu sudah.

kalau nak selamat, lebih baik buat keputusan guna lambang pas dan pkr. itu lebih selamat. in sya allah, rakyat akan terus beri sokongan demi menumbangkan umno barisan nasional.

cikgu tua berkata...

Tul kata tanpanama tu, leh caya ke munafik tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...