29 April 2013

PECAH BERITA ! PUTRAJAYA GOYANG SABAH & SARAWAK SUDAH HILANG..!!! ( + VIDEO -Sabah Hilang )

Lebih 2,000 dari suku Murut sertai KEADILAN, BN Beaufort keluar parti


BEAUFORT 28 APRIL: Gelombang kebangkitan rakyat Sabah semakin ketara berikutan kira-kira 2,000 orang masyarakat Murut di Sabah menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat apabila menyertai KEADILAN ketika kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Beaufort, semalam.

Sebaliknya, Umno Beaufort terus lumpuh berikutan 16 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian, Pemuda (32 orang) dan Wanita (59 orang) menyerah borang keahlian untuk menyertai KEADILAN.


Selain Umno, parti komponen mereka, MCA juga menerima nasib sama apabila 23 pemimpin dan ahli mereka meninggalkan parti berkenaan.

Mereka menyerahkan borang keahlian itu kepada Ketua Umum KEADILAN dan calon Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin pada program di perkarangan rumahnya yang dihadirian ribuan rakyat.



RASIS PUNCA BN TERLEPAS KERUSI LABUAN?


SUNYI ......Markas BN di Ganggarak seperti berkabung kerana kemeriahan pilihanraya tidak begitu terasa disebabkan pemimpin veteran diketepikan Calon BN yang terlalu taksub dengan semangat parokial yang tinggi.

Oleh : MUTALIB M.D

HANYA tinggal tidak sampai satu minggu lagi rakyat Labuan akan turun untuk menunaikan tanggung jawab mereka memilih Ahli Parlimen Baru bagi menyumbang satu kerusi ke Putrajaya; UMNO Labuan terus dibelenggu krisis dalaman kerana pilihanraya semakin hambar disebabkan Calon BN, Rozman Haji Isli terlalu rasis dan mengamalkan semangat parokial yang terlalu tinggi.

Tinjauan Sabahkini.net di sekitar beberapa Pusat Mengundi di Labuan mendapati seolah-olah 'berkabung' dan dapat merasai karier politik Rozman bakal berakhir pada PRU-13 kerana rakyat kebanyakan semakin tertarik kepada calon korporat PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin.

Dengan penarikan diri Calon PAS, Hadnan Mohamad, kem Pakatan Rakyat menerima lonjakan semangat dengan sokongan DAP dan berpaling tadahnya masyarakat Cina daripada menyokong BN; merupakan malapetaka paling malang bagi kerusi yang semakin panas ini.

Ketaksuban Rozman dan sifat individualistik yang tumbuh dalam dirinya mula membakar secara perlahan dan menimbulkan kejengkelan di kalangan para pengundi yang melihat seolah-olah Rozman tidak memerlukan undi mereka untuk menang.

Bukan lagi rahsia, kempen Rozman berkiblatkan dan mendewa-dewakan kepentingan suku kaumnya, Kedayan telah menghiris luka hati suku Kaum Brunei, yang membentuk komposisi terbesar di Labuan.

Entah disebabkan sibuk atau syok berkempen untuk diri sendiri, Rozman seolah-olah melupakan terus para pengundi di PDM Patau Patau 1, Patau Patau 2, Ranca Ranca Laut, Ranca Ranca Darat, Bebuloh Laut, Bebuloh Darat, Kg Gersik dan Saguking, Ganggarak, Lubok Temiang, Batu Manikar, Nagalang, Batu Arang, Sg.Keling, Sg Bedaun dan sebagainya yang merupakan kawasan Majoriti Melayu Brunei.



Anwar di Labuan, Sabtu 27/4/13

Rozman mungkin lupa bahawa di kebanyakan kampung Kedayan, Suku Brunei membentuk sekurang-kurangnya 30 sehingga 40 peratus; malangnya di kebanyakan kampung tersebut Suku Brunei lebih banyak dari Suku Kedayan.

Sikap ego dan besar kepala yang ditunjukkan Rozman semakin ketara apabila beliau secara peribadi enggan membenarkan Mantan Ahli Parlimen, Datuk Abduk Mulok Awang Damit, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Yusof Mahal berceramah dan berkempen; sebaliknya menggunakan tenaga muda 'Kedayan' yang langsung tidak berpengalaman, terutama Majlis Belia Labuan, NGO yang nyawa-nyawa ikan.

Embargo terhadap Mulok, Suhaili dan Yusof menunjukkan Rozman mempunyai agenda peribadi dan seolah-olah dikongkong oleh pemimpin berhaluan kiri dalam UMNO Labuan, terutama Haji Bashir dan Mohd Raffe.

Usaha Sabahkini.net untuk menghubungi Mulok, Suhaili dan Yusof masih tidak berjaya; manakala Rozman enggan melayani panggilan Sabahkini.net yang disifatkan cuba mensabotaj kempen beliau.

Dalam pada itu, para pemerhati politik di Labuan yakin Rozman akan tewas di tangan Ibrahim yang semakin meraih sokongan, ekoran Ketua Cawangan dan Ketua Kampung semakin menjeruk hati kerana Rozman tidak langsung memerlukan khidmat mereka untuk berkempen.

Sikap Rozman mengenepikan pengundi berusia 45 ke atas amat bahaya kerana golongan tersebut membentuk lebih daripada 40 peratus daripada polarisasi pengundi Labuan yang selama ini penyokong tegar BN; berbanding dengan belia yang kurang komited terhadap parti dan sering meremehkan tugas untuk mengundi.

Untuk rekod, terdapat 24,457 pengundi berdaftar di Labuan termasuk 1,500 pengundi Pos; masing-masing Melayu 9,604 orang (39.27 peratus); Cina 5,670 orang (23.18 peratus); India 353 orang (1.44 peratus); Bumiputera Sabah 7,717 orang (31.55 peratus); Bumiputera Sarawak 424 orang (1.74 peratus) dan Kaum Lain 687 orang (2.80 peratus); lebih 45 peratus daripadanya generasi muda yang celik IT.

Dalam keadaan yang semakin meruncing, dengan sokongan yang tidak menentu; para penceramah hingusan yang dijemput berceramah di Majlis Kempen BN Labuan; gagal mematahkan isu yang dibawa oleh Pembangkang di Labuan; bagaikan ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi bontot penuh tahi.

Tidakkah pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan dan Perdana Menteri sedar bahawa senario yang berlaku di Labuan ini bakal mengulangi apa terjadi di Sungai Siput Perak apabila tokoh ternama seperti Samy Velly kecundang kerana terlalu yakin sehingga membelakangkan peranan partisan lain yang akhirnya menyebabkan UMNO akan kehilangan kerusi Labuan disebabkan calon 'hingusan' yang berlagak seperti 'RAMBO' di layar perak!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kisah anak derhaka kepada ibunya menjadi calon ,siapakah dia? boleh ikuti ceritanya di ......

PilihanrayakuPRU13

tokgaru berkata...

Mustafa Ali vs Hudud

Ikut Hudud, tiada tuduhan zina boleh dikenakan terhadap Mustafa Ali. Alasannya, (1) Tidak Ada Empat Saksi. (2) Video Adalah Besi.

Satu pertanyaan : Akan berkesankan Hudud untuk mengekang perbuatan zina ?

Cuba bayangkan : Isteri anda ditangkap berzina dengan jantan oleh rakaman CCTV yang di pasang dalam bilik hotel. Bila anda mengadu makamah kata, " kami tak boleh ambil kes ini melainkan awak datangkan kepada kami 4 orang saksi yang melihat kejadian itu. minta maaf makamah kami tidak dapat terima video CCTV kerana ianya adalah besi ".

Saya dapat agak kalau yang di tangkap berzina dalam bilik hotel tu bini kepada Nik Aziz atau bini kepada Hadi Awang, sure mereka akan buat report rogol untuk pastikan kes itu lekat, kalau report zina buang kes begitu saja (tiada 4 saksi dan video besi).

Fikir2 lah. Hudud ? Allah swt siang2 dah tunjuk kepada kita dalam kes Mustafa Ali. Allah swt saja2 pilih pemimpin Pas sebagai Sampel Case. Kenapa Allah swt tak pilih pemimpin Umno, only Allah knows the answer.

Tanpa Nama berkata...

TOKGARU, Cuba semak betui2 undang2 hudud. Ada lg caranya, kalau isteri kena tuduh dan tiada 4 saksi yg adil; sisuami boleh lakukan sumpah Li'an.

Tanpa Nama berkata...

Tok Garu, baca petikan ini dan fahami betul2:
Li’an adalah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.

Li’an adalah jalan terbaik jika suami yakin bahawa anak yang bakal dilahirkan isterinya bukan daripada darah dagingnya. Dengan itu, suami perlu bersumpah di hadapan mahkamah bahawa anak itu bukan anaknya dan jika ia berbohong maka Allah akan melaknatnya. Sumpah dibuat dengan nama Allah dan si suami menyebut: “Saya naik saksi atas nama Allah bahawa isteri saya sudah melakukan zina” atau “Saya naik saksi atas nama Allah bahawa anak yang dikandung bukan dari benih saya.”

Sumpah itu hendaklah diulang sebanyak empat kali berturut-turut dan akhir sekali si suami akan melafazkan: “Sesungguhnya Allah melaknat saya jika saya berdusta” dan sumpah ini hanya diulang sekali saja. Bagaimanapun, tuduhan suami hanya akan bersabit selepas isteri tidak mahu bersumpah. Jika isteri sanggup bersumpah maka segala tuduhan suami dengan sendirinya akan tertolak. Sama seperti suami, isteri perlu bersumpah dan sumpah dibuat dengan nama Allah.

Isteri menyebut: “Saya bersaksi kepada Allah, saya tidak berzina” atau “Saya bersaksi kepada Allah, kandungan ini dari benih suami saya.” Sumpah itu juga hendaklah diulang sebanyak empat kali berturut-turut dan akhir sekali si isteri akan melafazkan: “Bahawa suami saya berdusta, dan kemurkaan Allah ke atas saya jika suami saya bercakap benar” dan sumpah ini hanya diulang sekali saja.

Unknown berkata...

Alquran petunjuk sepanjang zaman jdkan tempat rujukan jangan la pulak jd isu politik demokrasi tingalan penjah dijulang tinggi melangit manusia sebaik kejadian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...