29hb.Disember 2012 -Langkawi

Sempadan Negara bolos lagi..

LangkawiPendatang dari Myanmar berjumlah 452 org..termasuk 1 meninggal,12 wanita dan termasuk 8 orang kanak-kanak, menurut sumber tongkang tersebut tersadai di Kawasan Perhotelan, Pantai Kok, Langkawi.
 

 
452 PATI Myanmar dipaksa terjun ke laut Langkawi::

LANGKAWI – Hasrat seramai 452 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar untuk mencari rezeki di negara ini musnah apabila salah seorang daripada mereka mati lemas manakala selebihnya nyaris maut ketika cuba berenang ke pantai berhampiran Teluk Burau di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kesemua PATI berusia tujuh hingga 50 tahun itu dipaksa terjun dari tongkang kayu yang membawa mereka oleh seorang tekong ketika tongkang itu berada kira-kira 500 meter dari pantai.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, mayat lelaki tersebut ditemui terapung berhampiran kawasan pantai tersebut.

“Selain itu, dua lagi lelaki ditemui dalam keadaan kritikal dan mereka dikejarkan ke Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Lapuran telah dibuat oleh pihak hotel berkenaan kepada Polis Daerah Langkawi.


LANGKAWI, SELASA, 25 Disember, 2012:
128 PATI warganegara Myanmar ditahan



 *Bot kargo yang dinaiki PATI warganegara Myanmar ditahan ketika dalam
 perjalanan masuk ke Malaysia di perairan Pulau Rebak Besar, Langkawi, 
kelmarin. - Foto/IHSAN Maritim Malaysia

LANGKAWI, SELASA, 25 Disember, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan 128 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara ini dengan sebuah bot kargo di perairan Pulau Rebak Besar, di sini semalam.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Maritim Zulkarnain Mohd. Omar berkata, bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu ditahan anggotanya yang sedang membuat rondaan kira-kira lima batu nautika dari pulau berkenaan pada pukul 5 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas bot yang dikendali tekong warganegara Myanmar itu menemui 115 lelaki, empat wanita dan sembilan yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Lagi Berita Mengenai Sendikit PATI BURMA