22 Mei 2012
Najib Razak, bunuh diri atau "sabotage" dalaman?
Semakin waktu berjalan semakin jelas terlihat usaha-usaha Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan transformasi politik bercanggah dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.
Hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali dan Badrul Hisham Shahrin akan didakwa di mahkamah di bawah Akta Perhimpunan Aman berikutan dengan pengelibatan mereka dalam perhimunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 lalu.
Tindakan ini akan menyebabkan kebencian terhadap kepimpinan Najib bertambah. Transformasi politik yang ingin dilakukan Najib tinggal hanya kata-kata.
Apakah in benar-benar kemahuan Najib atau satu "sabotage" dari kelompok garis kanan dalam kerajaan Malaysia?
Sudah tentu Najib tidak mahu melihat sebagai pembohong dan penipu. Ini tidak baik untuk masa depan politiknya.
Ketika posting ini ditulis, telah ramai yang berhimpun di Mahkamah Jalan Duta. Ramai juga yang alam perjalanan. Episod apakah lagi yang bakal tercetus di mahakamah? Dalam keadaan cuaca panas seperti dewasa ini, sudah tentu api kemarahan mudah dibangkitkan.
Di harap tidak ada lagi insiden yang tidak baik berlaku. Perhimpunan aman itu adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan. Tidak ada salahnya!
Segala undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan harus dilawan
-Amin Iskandar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
DSAI..dan team Pakatan teruskan perjuangan menentang kebatilan dan kesombongan.Kami sentiasa mendoakan.
Catat Ulasan