26 Mei 2012
Keganasan politik: Malaysia harus malu..ahh di Thailand pampasan dibayar ratusan Juta Bath
Perhimpunan Aman dinegara kita sering kali berakhir dengan keganasan yang sengaja diprovokasi oleh pihak berkuasa agar menunjukan segala pergerakan rakyat akan digambarkan ganas oleh pihak media-media pro kerajaan. Hanya persepsi pembohongan keganasan diulang-ulang untuk kerajaan yang tidak pernah menghormati rakyat dan perlembagaan.
Berapa banyak Peserta Bersih 3.0 yang sengaja dicederakan malah wartawan turut dipukul dan dibalun oleh pihak polis tanpa kewarasan dalam etika dalam menjalankan tugas. Dalam keadaan sekarang media-media baru yang memancarkan segala kejadian dilapangan akan dilihat seluruh dunia secara langsung .
Kita lihat kejadian yang menimpa semasa Bersih 3.0 Asrul Wadi Ahmad, 26, dari Kepala Batas yang ditembak dengan kanister gas pemedih mata secara dekat oleh polis, mungkin buta sebelah matanya. Empat orang doktor mengesahkan perkara ini jika keadaan mata beliau tidak sembuh dalam masa enam bulan dari sekarang. Tentu kejadian yang menimpa beliau tiada siapa akan mengambil peduli dari pihak kerajaan.
Kerajaan Thailand beri pampasan kepada mangsa keganasan politik- Sinar Harian
24 Mei 2012
BANGKOK - Kerajaan Thailand hari ini menyampaikan pampasan pertama berjumlah lebih 577 juta Baht (RM57.7 juta) kepada 524 mangsa keganasan politik.
Timbalan Perdana Menteri Yongyuth Wichadit berkata penerima pampasan tersebut terdiri daripada 44 kes kematian, enam hilang upaya, 58 kecederaan teruk, 177 cedera dan 239 kes kecederaan ringan.
Kerajaan telah memperuntukkan pampasan berjumlah dua bilion Bath (RM200 juta) bagi 1,521 mangsa keganasan politik yang berlaku antara tahun 2005 dan 2010.
Ia termasuk 104 kes kematian, 34 hilang upaya, 93 kecederaan teruk, 521 cedera dan 769 kes kecederaan ringan.
Kesemua mangsa tanpa mengira fahaman politik sama ada penyokong nasionalis Baju Kuning atau penyokong Baju Merah layak mendapat bantuan tersebut.
Yongyuth berkata pampasan itu boleh membantu meringankan bebanan mangsa dan keluarga masing-masing serta menyumbang ke arah perdamaian negara.
"Saya amat bersimpati dengan kehilangan...tiada sesiapa mahu keganasan berulang," katanya.
Seorang penerima, Janpen Arreepom 46, berkata beliau akan menggunakan pampasan sebanyak 600,000 Baht (RM60,000) untuk perbelanjaan perubatan bagi suaminya serta membeli sebuah rumah kecil.
Suaminya, Kosol Somsak mengalami kecederaan di muka apabila penunjuk perasaan dan tentera bertempur di persimpangan Ratchaprasong pada Mei 2010.
"Saya tidak mahu suami saya menyertai sebarang protes jalanan sekali lagi kerana bimbang tentang keselamatan dan kesihatannya. Bagaimanapun, saya tidak dapat menghalangnya sekiranya dia mahu kerana beliau suka menyertai aktiviti seperti itu," katanya.- Bernama
(PERHATIAN KEPADA MANGSA-MANGSA KEKEJAMAN POLIS ) Bersih 3.0 [Official ]
PERHATIAN! KEPADA SEMUA MANGSA KEKEJAMAN POLIS BERSIH 28 April LALU atau sesiapa yg TAHU/MENGENALI MANA2 MANGSA -TOLONG HUBUNGI HOTLINE 012-3496013 DGN SEGERA UNTUK NASIHAT GUAMAN SERTA MEMBANTU proses TINDAKAN undang2 KEATAS pihak YANG melakukan KEKEJAMAN... ATAU emel KE 428victims@gmail.com. TERIMA KASIH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut
Catat Ulasan