09 Julai 2009

KEDAH JADI MACAM PERAK..PR AMBIL MUDAH!!


Cubaan menjatuhkan kerajaan PR Kedah

Jul 9th, 2009 By webmaster Mat Saman Kati,


Minggu lepas adalah minggu yang menggemparkan. Semuanya kerana dua ekor katak…Jamal dan Osman. Sehingga hari ini, cerita tersebut masih dimainkan dengan berita terbaru tentang kenyataan Misbahul Munir.

Aku bukanlah orang yang pertama mendapat maklumat tersebut…tapi aku boleh kata bahawa aku diantara orang yang awal mendapat berita itu. Tidak timbul soal Jamal mahu meyertai PKR semula…aku tak tulis pun benda tu. Yang tulis benda tu ialah Albanjari.

Bila cerita ini meletup, ada pemimpin Pas yang melatah. Ketua Penerangan Pas membuat kenyataan media menafikan perkara tersebut. Semalam Misbah pula membuat kenyataan menafikan cerita itu. Tetapi mengapa tidak ada pemimpin PKR membuat sebarang kenyataan? Baik di Perak ataupun Pusat? Sedangkan cerita ini membabitkan PKR?
Kerana mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku…dan berita kehilangan Jamal dan Osman hanyalah ‘diversion’ kepada satu gelora yang lebih besar. Riuh rendah di Perak tetapi yang bergelora adalah di Kedah.


Sekurang-kurangnya, ada pemimpin Umno yang kelamkabut manakala akhbar dan TV mempunyai cerita untuk disiarkan.
Jamal tidak pernah menyatakan kepada sesiapa bahawa dia akan kembali kepda PKR. Anwar sendiri tidak mahu berjumpa dengannya lagi…dan Misbah tidak perlu membuat kenyataan bagi pihak PKR..”Kita berpandangan kalau sekalipun mereka ingin kembali kepada PR, sebaiknya mereka letak jawatan sebagai ADUN dan menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang baru, dan mereka boleh menjadi ahli biasa PKR atau kekal bebas.”
Apa yang aku dapat tahu, Jamal bukan sahaja tidak akan kembali kepada PKR..malah akan bertindak lebih teruk lagi. Dia sudah jadi seperti Ezam Mohd. Nor.
Ramai orang Umno tak suka kat Jamal…seperti mereka tak suka kat Ezam. Tetapi Jamal berguna untuk individu tertentu dalam Umno…sama seperti Ezam berguna untuk Khairy dan Pak Lah. Dan Jamal berguna untuk Najib..untuk melakukan kerja-kerja kotor Najib. Jamal bersedia melakukannya…demi duit. Macam Ezam dulu.
Najib merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR Kedah dan Jamal adalah diantara balaci-balaci yang digunakannya. Dan tugas Jamal adalah untuk membuat hubungan dengan ADUN-ADUN PKR Kedah untuk melompat menjadi ADUN bebas tetapi menyokong Umno. Modus operandi mereka hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak.
Satu ADUN DAP sudah mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas. Ini menjadikan komposisi ADUN diKedah ialah BN 14, Bebas 1 dan PR 21. Sekiranya BN berjaya menarik 4 lagi ADUN PKR untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Umno, menjadikan BN 14, Bebas 5 dan PR 17. Dan dengan itu, apa yang berlaku di Perak…akan berulang di Kedah.
Apakah ini mustahil dilakukan? Tidak. Malah operasi ini sudah berjalan sejak lama. Tetapi masalah ini dipandang ringan oleh kepimpinan Pas Kedah. Ustaz Azizan masih dengan keras kepalanya.
Isu kandang babi bukan lah isu yang besar, tetapi hanya merupakan jerami yang mematahkan belakang unta. Ustaz Azizan tidak sedar tentang permainan Umno melalui kakitangan kerajaan dibawahnya. Sama seperti di Perak…kita leka dengan perebutan jawatan, pasir dan balak….sehingga tidak sedar permainan Setiausaha Kerajaan Negeri. Di Kedah…operasi ini dilakukan melalui Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).
Di Kedah, ada seorang ADUN PKR yang mempunyai sifat-sifat yang hampir serupa dengan Jamal. Kaki joli dan kaki tambah bini. Dan dialah yang menjadi dalang dibelakang konspirasi untuk menjatuhkan PR Kedah.
Langkah awal yang dilakukan oleh Umno ialah memainkan isu perkauman. 50% kuota Bumiputra dalam dasar perumahan negeri…penolakan pelan bangunan Persatuan Buddhist Kedah, cadangan untuk merobohkan kuil Hindu, dan terakhirnya ialah merobohkan tempat sembelihan babi.
Semua perancangan ini dilakukan oleh kakitangan kerajaan yang terdiri dari orang Umno…dan dipersetujui oleh Pas. Dan ini menyebabkan kemarahan kepada bukan Melayu. Sudah pasti ADUN-ADUN bukan Melayu merasa terancam. Kalau orang-orang bukan Melayu marah…masa depan mereka juga terancam. Dan ADUN DAP sudah termasuk dalam perangkap ini.
Dikalangan ADUN-ADUN PKR….hanya seorang sahaja Melayu, itu pun tak boleh harap. Yang lainya terdiri dari 3 Cina dan seorang India. Maka tidak susah bagi Umno menjalankan konspirasinya. Bagaimana kalau satu Melayu, satu India dan dua Cina menyertai Bebas? Sudah cukup untuk meruntuhkan PR Kedah!!
Dan ini lah yang cuba dilakukan oleh Umno dimana Jamal adalah diantara balaci-balaci Najib untuk meruntuhkan PR Kedah.Tetapi Ustaz Azizan masih tak sedar.
Minggu lepas…operasi ini sudah hampir kekemuncak dan gagal ditangani oleh kepimpinan PR negeri sehingga memaksa Anwar sendiri turun untuk menyelesaikan keadaan.Hari Ahad petang, semasa dalam perjalan ke Manek Urai, aku mendapat tahu Anwar bertemu dengan kepimpinan PKR Kedah untuk meredakan keadaan. (laporan tentang apa yang berlaku hingga menyebabkan Anwar terpaksa turun ada
disini)
Dan semalam, Ustaz Azizan bertemu Lim Kit Siang di Kuala Lumpur.
(Disini) Hasilnya…positif. Kerana Ustaz Azizan tidak mempunyai pilihan. Sama ada terus keras kepala dan membiarkan Kedah menjadi seperti Perak..atau mencari jalan penyelesaian.
Keadaan kembali menjadi normal untuk seketika. Tetapi berapa lama ia akan bertahan?
Pilihanraya DUN Perak bukan lagi fokus penting. Ia akan diadakan..cuma menunggu masa yang sesuai. BN tidak akan membubarkan DUN Perak kalau dia tahu dia akan kalah. Maka, jalan perlu dicari untuk melemahkan Pakatan Rakyat. BN semakin berjaya….dengan isu Kerajaan Perpaduan, Isu Kedah…dan apabila PR lemah..baru lah DUN Perak akan dibubarkan.
Terpulanglah kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk berfikir secara matang. Tak ada guna kita mengaku lebih cerdik…tetapi sentiasa kena tipu. Tak ada guna menepuk dada mengatakan kita lebih bermoral…tetapi sentiasa diputarbelit oleh mereka yang dikatakan lebih rendah moralnya.
Dimanakah kecerdikan kita dan dimanakah tingginya moral kita…kalau perkara-perkara remeh pun tidak mampu diselesaikan?
Krisis Perak sepatutnya mematangkan pemikiran kita…terutamanya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Bagi pemimpin Pas…banyak lagi yang perlu dipelajari dari Nik Aziz.

1 ulasan:

Cokolat Angin berkata...

Walaupun kisah merobohkan bangsal penyembelihan babi di Alor Setar minggu lepas oleh MBAS,baru sekarang aku nak tulis sesuatu tentangnya,walaupun kejadian ini akan menjejaskan sokongan bukan Melayu terhadap Pas dan Pakatan Rakyat.

Aku tahu perkara yang sebenar yang mungkin dibincangkan ketika MB Kedah dan ahli ting tang beliau ketika menjamah nasi mangkuk bertingkat yang dibawa semasa perjalanan ke Kuala Lumpur dari Sri Mentaloon.Pas sebenarnya tidak berminat dengan kerjasama PAS,PKR dan DAP di Kedah,Mereka lebih senang memerintah Kedah tanpa parti Pakatan.Banyak bukti2 yang menunjukan Pas terlalu dominan dalam melaksanakan pemerintahan di Kedah.

Rancangan demi rancangan sedang diatur bagi memastikan kemenangan mutlak mereka yang akan membolehkan mereka memerintah Kedah pada masa akan datang tanpa bantuan rakan pakatan yang lain terutama DAP dan PKR.Kekuatan DAP dan PKR adalah kombinasi pelbagai bangsa di kawasan dun2 terlibat,seperti Lunas,Sidam,Kulim dan beberapa tempat lain.Orang Melayu tidak terusik terhadap isu ini dan Pas beranggapan ia lebih menguntungkan mereka walaupun tidak untuk Pakatan Rakyat.

Masyarakat bukan Melayu mula sangsi terhadap komitmen kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat terutama di Kedah untuk membela dan memelihara kepentingan bukan Melayu.Undi mereka akan merosot untuk parti2 Pakatan rakyat pada PRU13 sekiranya baik pulih tidak dilakukan segera.Perkara ini akan menyebabkan impak negatif kepada parti yang bertanding dikawasan bercampur-campur yang akan ditandingi oleh PKR mahupun DAP.

Sebaliknya PAS kurang terkena tempiasnya kerana majoriti PAS bertanding dikawasan majoriti Melayu.Pas mudah untuk mengekalkan kerusi mereka tetapi untuk PKR dan DAP agak sukar.Pas akan meraih lebih kerusi jauh meninggalkan PKR dan DAP dan akan mampu menubuhkan kerajaan Kedah walaupun tanpa bantuan PKR dan DAP.Pas juga yakin tindakan membiarkan perobohan bangsal penyembelihan babi ini akan membuatkan pengundi Melayu bertambah dan mengundi mereka pada PRU akan datang,Inilah niat sebenar PAS yang senantiasa tidak ikhlas terhadap rakan2 dalam Pakatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...