31 Mei 2014

MAYAT SUSPEK PENGGAL KEPALA KANAK2 DITEMUI....


Mayat suspek bunuh kanak-kanak ditemui tersangkut pada tiang jambatan


Mayat suspek bagi kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati lemas oleh anggota Bomba dan Penyelamat Selangor di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Lebuh Raya Kesas dekat sini petang tadi.

Sepasukan 10 anggota bomba menjumpai mayat berkenaan kira-kira pukul 4 petang dipercayai lemas.

Suspek sebelum ini disyaki terjun ke Sungai Klang selepas membunuh kejam seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di tebing sungai yang sama pada Khamis lalu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi MalaysiaGazette berkata, pihaknya telah memulakan operasi selepas menerima laporan suspek kes bunuh itu terjun ke dalam sungai pada hari kejadian.

"Kami memulakan pencarian suspek yang dikatakan lemas bermula dari kawasan Sungai Klang berhampiran stesen minyak Petronas Brickfields menghala ke selatan sehingga ke Puchong .

"Usaha mencari bermula kira-kira pukul 10.50 pagi dengan dibantu tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Unit Skuba atau unit penyelamat dalam air serta tiga buah kayak turut digunakan dalam operasi pencarian hingga ke dalam kawasan negeri Selangor dengan bantuan pasukan bomba Selangor sehingga ke Puchong jika perlu.

"Akhirnya mayat dipercayai suspek kes bunuh kanak-kanak itu ditemui orang awam kawasan itu sebelum anggota kami bergegas ke lokasi dan menemui mayat di sungai itu dalam keadaan tersangkut pada tiang sebuah jambatan berdekatan Tol Lebuhraya Kesas, Subang," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kok Meng berkata, mayat sedang disiasat bagi mengenal pasti identiti bagi mengesahkan dia adalah suspek yang sedang diburu dalam kes pembunuhan kanak-kanak Khamis lalu.

Polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung penemuan mayat dipercayai merupakan suspek kes bunuh kanak-kanak Khamis lalu lewat petang ini.

Media sebelum ini melaporkan saksi melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak tersebut di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan sesuatu pada leher mangsa dipercayai mengerat sehingga kepala terputus.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu, Jalan Tun Sambanthan kira-kira pukul 9 malam.

Polis kemudian turut menemui serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian.

Kanak-kanak itu dikatakan dilarikan suspek setelah ditinggalkan ibunya yang berusia 32 tahun sebelum dia ke tandas di sebuah pusat beli-belah.-



CALON BN DIRAMAL KALAH BILA PENGUNDI KAWASAN MELAYU BOIKOT ?


Calon BN Ramal Kalah Di PRK Teluk Intan



Calon Barisan Nasional Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong berkata beliau bimbang dengan bentuk peratusan keluar mengundi sekarang ekoran jumlah keluar mengundi yang besar di kawasan kubu DAP.

Katanya pada sidang akhbar di pusat media di Teluk Intan hari ini, terdapat perbezaan yang besar dalam kadar keluar mengundi di kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri Changkat Jong yang menjadi kubu BN dan Dun Pasir Bedamar yang menjadi kubu DAP.

"Perbezaan keluar mengundi agak tinggi, dan ia (kadar keluar mengundi) adalah lebih tinggi di Pasir Bedamar daripada Changkat Jong. Sekarang, kadar keluar mengundi di Pasir Bedamar Barat adalah pada 50%," katanya.

Kedua-dua DUN ini berada di bawah Parlimen Teluk Intan. DUN Pasir Bedamar dimenangi DAP dalam pilihan raya umum lalu, manakala Changkat Jong diwakili Umno dari BN.

Apabila ditanya jika beliau bimbang tentang perbezaan, Mah berkata: "Ya, ia akan menjadi sukar. Kami hanya akan menunggu keputusan.

"Kita akan menerima apa sahaja keputusan pengundi."

Pautan kekal imej terbenam

Tetapi beliau berkata, antara punca kekurangan keluar mengundi di Changkat Jong pagi ini adalah kerana mereka kebanyakannya terdiri daripada pekerja ladang yang terpaksa bekerja sehingga tengahari hari ini.

"Orang di sana bekerja sehingga tengah hari. Jam 2 petang, mereka akan mengundi. Tetapi saya fikir secara keseluruhan, kadar keluar mengundi adalah rendah."

Mah juga berkata, beliau dapati ramai pengundi luar kawasan kembali untuk mengundi kali ini, tetapi beliau berkata, mereka tidak semestinya mengundi calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

"Ada pengundi luar kawasan yang menghubungi saya mengatakan mereka akan mengundi BN," kata Mah.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini memaklumkan, kadar keluar mengundi adalah 46.65% pada jam 1 tengahari, dengan 27955 daripada 60349 pemilih berdaftar Teluk Intan sudah membuang undi.

Semasa pengundian awal pada 27 Mei, kira-kira 95.61% atau 392 daripada 410 pengundi membuang undi mereka.

Proses pengiraan undi akan dilaksanakan sebaik sahaja selepas pusat mengundi ditutup pada jam 5 petang hari ini, walaupun satu pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai akan ditutup satu jam lebih awal kerana jumlah pengundi yang kecil, pengarah SPR Perak Ahmad Adli Abdullah berkata semalam.

Kotak undi pertama dijangka tiba di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib pada jam 6.30 petang, manakala keputusan akan diumumkan seawal 9 malam ini. ~tmi

SPR BUAT APA BILA TIM. MENTERI TERANG-TERANG LANGGAR AKTA PILIHANRAYA !!!

SPR BUAT APA: Timb Menteri Umno Bebas Masuk Pusat Mengundi Dengan Pakai Logo Parti..!!!



Batasan pada hari mengundi

(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan
dalam tempat mengundi, memakai, memegang, atau membawa apa-apa bentuk atau
jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya
tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti
politik.

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh,
apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
didenda tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.


Pautan kekal imej terbenam

SPR mengingatkan peraih undi parti agar tidak terlalu ghairah,



Pautan kekal imej terbenam

Peratus keluar mengundi hingga 1pm cecah 46.65% (27,955 pengundi)

PANAS! KALAU IKUT CERAMAH GRAND FINAL SEMALAM DYANA PUKUL AHMAD MASLAN 10- 0


Dyana Sofya Aibkan BN di Ceramah Grand Final Malam Tadi

Nampaknya mamat yang terhimpit ponggong wanita bakal kecundang teruk di Teluk Intan. Dalam ceramah grand final kedua-dua parti yang bertanding malam tadi menunjukkan petanda buruk buat BN. Khemah besar yang disediakan hanya berisi lebih kurang 300 pengunjung.

Program DAP yang menampilkan Dyana sebagai selebriti politik masa kini di samping Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Khalid Samad pula ternyata mendapat sambutan hangat pelbagai kaum.


DIBAWAH BERITA :  Ribuan banjiri ceramah kemuncak DAP


Menjelang hari mengundi esok, ribuan hadirin membanjiri ceramah kemuncak DAP yang diadakan di dataran Jalan Mahkota di bandar Teluk Intan.


Kira-kira 10,000 orang membanjiri dataran tersebut untuk mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, sehingga melimpah ke jalan utama dan ada juga menonton dari laluan jalan kaki rumah kedai berhampiran.

Jumlah hadirin bertambah ramai dengan lebih ramai pemimpin kanan DAP datang kemudian pada waktu malam, termasuk calon Dyana Sofya Mohd Daud.

MP DAP Seremban, Anthony Loke menggesa orang ramai untuk meminta semua rakan mereka yang merupakan pengundi di Teluk Intan supaya balik mengundi esok.

Mengundi bermula pada pukul 8 pagi esok di 37 daerah mengundi bagi lebih 60,000 pengundi.

Kesesakan lalulintas lebih 1km berlaku di sepanjang Jalan Changkot Jong menandakan bahawa pengundi luar kawasan dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan.

30 Mei 2014

SADA HANGPA JANGAN BAGI MALU KEDAH...ADA PENDUDUK 4 TAHUN MINUM AIR TIDAK DIRAWAT...


Penduduk terpaksa guna air bukit


Lebih 40 keluarga melibatkan kira-kira 200 penduduk Kampung Desa Keda Gulau di Sik berdepan masalah bekalan air bersih sejak empat tahun lalu dan terpaksa bergantung kepada sumber air bukit yang tercemar.

Apa yang membimbangkan penduduk, sumber air tidak dirawat yang digunakan untuk aktiviti seharian mereka itu kini, dikhuatiri tercemar akibat virus kencing tikus atau leptospirosis.

Pengerusi 4P (Pasukan Perancang, Pelaksana Projek) Kampung Desa Keda Gulau, Zainuri Abu Rahim, 52 berkata pelbagai usaha telah dilakukan bagi mendapatkan bekalan air bersih, namun sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan dilakukan pihak berwajib.

"Kami bimbang dengan keadaan air yang kami guna semakin teruk kerana warna bertukar setiap kali musim hujan dan bila musim kemarau kami berdepan masalah kekeringan air.

"Sesekali kami bersuara, air adalah untuk sehari dua dari pihak Sada (Syarikat Air Darul Aman). Lepas itu, kami terpaksa menggunakan sumber air yang tercemar untuk minum, mandi dan mencuci pakaian," katanya kepada Bernama di Sik.

Berikutan tiada bantuan dan sumbangan mana-mana pihak, 40 keluarga berkenaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membeli paip dan membuat takungan air dalam kawasan hutan secara gotong royong.

Seorang suri rumah, Suraya Bahari, 31, berasa kesal kerana masalah air di kawasan kampung berkenaan sudah berulang kali dimaklumkan kepada pihak terlibat namun tiada tindakan lanjut.

"Kami cukup kesal kerana terpaksa menggunakan air tercemar sejak lebih empat tahun lalu hingga kini dan tiada tindakan dilakukan selain janji yang diberikan pelbagai pihak... kami masih menunggu sampai ke hari ini", katanya.

Seorang penduduk, Tengku Zaidi Tengku Ahmad Yusoff, 42, berkata masalah air di kampung itu yang dihadapi lebih 40 keluarga sudah berlaku sekian lama dan tidak mendapat perhatian mana-mana pihak.

Sementara itu, anggota Parlimen Sik Mansor Abd Rahman yang dihubungi Bernama berjanji akan melakukan tinjauan segera ke kawasan itu untuk mengenal pasti masalah penduduk berkenaan.

- Bernama

KERAJAAN MEMANG PINGGIRKAN MAS SEJAK DULU LAGI...APAKAH PUNCANYA



SEORANG ahli perniagaan mendedahkan beliau pernah berhasrat untuk membuka syarikat sewa pesawat, tetapi tidak kesampaian kerana Malaysia Airline System Berhad (MAS) tidak bersetuju dan menolak sebarang cadangan untuk menubuhkan syarikat penerbangan kedua bagi laluan domestik.

Datuk Zainal Osman yang mengulas mengenai kemelut yang dihadapi MAS sekarang berkata, cadangan untuk menubuhkan syarikat penerbangan berkenaan sebelum itu telah mendapat kelulusan daripada Tun Ghaffar Baba dan UMNO.

Kata Zainal, apa yang dicadangkan oleh beliau itu bukah sebuah syarikat penerbangan penuh, tetapi sekadar memberi perkhidmatan udara kepada Petroliam Nasional Berhad, memberi perkhidmatan kecemasan kepada doktor, pembenihan awan dan semburan baja untuk Felda.

"Bagaimanapun, kerajaan telah merujuk projek yang saya cadangkan kepada MAS, yang kemudiannya (MAS) tidak bersetuju untuk mewujudkan syarikat penerbangan kedua bagi domestik," katanya melalui komentar melalui artikel wawancara MalaysiaGazette bersama Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas Pengarah Urusan MAS selama 22 tahun.

Jelas Zainal, apa yang berlaku itu jelas menunjukkan satu ketika dahulu, apa juga yang berkaitan dengan penerbangan awam, kerajaan akan merujuk kepada MAS terlebih dahulu supaya tidak menjejaskan kepentingan syarikat penerbangan kebangsaan itu.

"Tetapi ia tidak berlaku sekarang. Jika tidak sudah tentu AirAsia tidak wujud," katanya.

Ulasan Zainal itu konsisten dengan kenyataan Abdul Aziz yang mendakwa syarikat penerbangan kebangsaan tersebut tidak tahu menahu mengenai wujudnya AirAsia, AirAsia X dan Malindo Airways kerana tidak pernah dimaklumkan oleh kerajaan.

Tegas Abdul Aziz, MAS tidak patut diketepikan oleh kerajaan semasa mahu mewujudkan atau menambah syarikat penerbangan supaya MAS boleh bersiap sedia.

"Ibarat berperang, MAS juga perlu bersedia," tambahnya dalam wawancara itu sambil melahirkan rasa tidak puas hati apabila syarikat-syarikat pesaing MAS mengambil laluan syarikat penerbangan berkenaan.

Ia seakan-akan menunjukkan memang sudah lama kerajaan seolah-olah meminggirkan MAS.   
baca lagi

PUSAT " KARAOKE BELACAN MADU" DIROBOHKAN MPK



Gerai makan ini dirobohkan oleh MPK semalam selepas disalahgunakan menjadi pusat karaoke.

MPK robohkan karaoke pondan


KUALA PERLIS - Sebuah pusat karaoke yang dikenali ‘karaoke belacan madu’ dirobohkan pihak berkuasa tempatan semalam selepas ia menyediakan ‘artis pondan’ untuk hiburan orang ramai sehingga pagi.

Gerai makan milik Unit Pentadbiran Daerah (UPD) di tanah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Sungai Baru, di sini, beroperasi sejak dua tahun lalu disalahgunakan oleh pemilik kedai tersebut sehingga mencemarkan agama Islam.

Menurut Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Suhaimi A Majid, operasi merobohkan pusat karaoke tersebut turut disertai polis, Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), UPD, Mada, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada jam 9 pagi semalam.

“Pihak MPK beberapa kali mengeluarkan notis kepada pemilik pusat karaoke supaya menghentikan aktivitinya namun tidak diendahkan sehinggalah semalam, kami terpaksa ambil tindakan.

“Dah banyak kali teguran diberikan, malah penduduk sekitar juga tidak senang dengan tempat itu yang menjadi tempat maksiat pondan-pondan muda itu menari dan berjoget sehingga ke atas jalan dengan pakaian yang tak senonoh manakala pelanggan pun turut menari sama hingga ke pagi,” katanya ketika ditemui selepas merobohkan bangunan tersebut.
Tambah Suhaimi, selain menjadi tempat maksiat dan menyalahgunakan gerai jualan UPD, pemilik pusat karaoke itu tidak mempunyai sebarang lesen malah turut membesarkan kedai tersebut tanpa kebenaran.

Katanya, pihaknya kini sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik gerai terbabit yang merupakan penduduk tempatan.

“Aktiviti di pusat karaokenya telah jejaskan imej negeri yang mahu menjadikan negeri ini sebagai negeri Sunnah Wal Jamaah, pihak kami tidak akan membiarkan pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti tidak bermoral di negeri ini.

“Selain merosakkan imej negeri, pusat karaoke ini menggunakan nama belacan madu sehingga memalukan pengusaha belacan madu itu sendiri yang mencari rezeki halal menjual belacan di negeri ini termasuk seluruh negara,” katanya.

29 Mei 2014

TERPANAS! ADA ADUN TERPAKSA LEPAS JAWATAN AKIBAT SKANDAL DENGAN PEREMPUAN SIMPANAN?


Pilihanraya kecil di Terengganu? Beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi


PETALING JAYA: Heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan.

Sejak dua hari lepas pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut. Pejabat FMT turut dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai untuk mengesahkan berita tersebut.

Menurut sumber, ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang.

FMT difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji.

Pihak yang rapat dengan istana ketika dihubungi menjelaskan setakat ini ahli perniagaan tersebut belum lagi membuat temujanji dengan istana.

Jika benar khabar-khabar angin ini, maka pilihanraya kecil (PRK) tidak dapat dielakkan di negeri penyu itu.



Kini BN mempunyai 17 kerusi manakala PAS dan PKR mempunyai 15 kerusi. Jika PAS menang dalam PRK itu , ia menyebabkan BN dan PAS akan mempunyai bilangan kerusi ytang sama (16 kerusi).

FMT berusaha menghubungi ADUN berkenaan tetapi gagal.

GEMPAR ! BUMBUNG KOLAM RENANG SUKAN SUKMA RUNTUH !!!




KANGAR: Acara renang Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 diteruskan walaupun sebahagian besar bumbung kanvas Kompleks Renang (KSN) Kangar terkoyak selepas lebih kurang 10 minit hujan turun.

Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Edwin Chong berkata acara renang yang menawarkan 10 pingat emas itu bakal diadakan selepas bumbung kanvas dibuka.

"Kita akan teruskan acara renang, tidak ada masalah beraksi di kolam renang terbuka ataupun tertutup. Sukan SEA di Cheras dulu pun dijalankan di kolam renang terbuka.

"Kolam renang di sini boleh digunakan dan pertandingan boleh diteruskan selepas bumbung kanvas dibuka. Kita akan adakan pertandingan secara terbuka," katanya kepada pemberita sebaik sahaja kejadian itu berlaku.



Bumbung kanvas kompleks renang tersebut mula koyak semasa acara terjun berjalan di kolam terjun, berhadapan dengan kolam renang itu, selepas hujan selama 10 minit dan pemberitahuan kolam renang ditutup dipaparkan pada skrin kira-kira pukul 2.20 petang.

Acara terjun terpaksa dihentikan sejurus sahaja kejadian berlaku namun ia bermula semula setengah jam selepas itu, sebaik sahaja hujan dan angin kuat berhenti.

Bumbung kanvas tersebut mengalami kerosakan selepas lebih kurang empat jam acara terjun berlangsung.

Edwin berkata acara terjun tidak terganggu dengan masalah bumbung kanvas terkoyak dan ia akan diteruskan sehingga acara terakhir.

"Saya tidak boleh beri komen mengenai acara renang, saya bertanggungjawab untuk bahagian acara sahaja. Bagi fasiliti seperti kolam, ia tanggungjawab penganjur namun bagi saya kemudahan lain tiada masalah," katanya.

Sebelum ini, acara akuatik yang dijadualkan berlangsung pada Rabu ditunda ke hari ini selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan meminta aspek keselamtan kompleks tersebut diperiksa dengan betul

PRK T.INTAN : MENTERI LARI LINTANG PUKANG DALAM GELAP & SANGGUP LINTAS PARIT APA PUNCANYA!!!


Ahmad Maslan langkah parit, elak wartawan


Ketua penerangan Umno Datuk Seri Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil anjuran BN sebelum ini.

Menteri tersebut malah mengelak daripada meninggalkan majlis melalui pintu utama dan sanggup menyeberangi satu parit demi mengelak dari bersemuka dengan wartawan Malaysiakini dan KiniTV yang menunggunya.

Drama tersebut berlangsung pada kira-kira jam 10.40 malam tadi, selepas Ahmad menyampaikan satu ucapan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.

Terdahulu semasa beliau sedang berucap, seorang lelaki memakai baju kempen BN mendekati wartawan Malaysiakini dan meminta pengenalan daripada mereka.

Lelaki tersebut kembali ke tempat duduknya tanpa sepatah kata selepas mendapat tahu bahawa wakil Malaysiakini sedang membuat liputan majlis tersebut dan dilihat mencatat sesuatu di atas sekeping kertas.

Beliau seterusnya dilihat menyampaikan nota berkenaan kepada Ahmad yang sedang berucap. Ahmad selepas itu membacakan nota berkenaan dengan kuat "Malaysiakini sedang rakam ucapan".

Selepas ucapannya tamat dan bergambar dengan hadirin di majlis tersebut, Ahmad meminta pembantunya menunjukkan tempat di mana wartawan Malaysiakini dan KiniTV sedang menunggu, di pintu masuk dewan.

Beliau kemudian membuka langkah ke satu longkang berdekatan dan melintas longkang tersebut untuk keluar dari kawasan berkenaan. Seorang pembantu yang membawa lampu suluh turut membantu menunjukkan jalan kepada Ahmad.

Ahmad seterusnya berjalan cepat-cepat untuk keluar dari kawasan berkenaan dan mengelak dari lensa sertai enggan melayan permintaan untuk menemubualnya.

Beliau yang dikawal oleh lima orang pembantu bergegas ke sebuah kenderaan sambil dikejar oleh para wartawan.

Wartawan berkenaan mahu beliau menjelaskan mengenai program melibatkan sekumpulan penyokong DAP yang dikatakan mahu berpaling tadah.

MARI KITA LAWATI BANDAR BARU TERMAJU DI KEDAH...SETARAF KOTA BANGKOK?


Ini Pemandangan Kota Bangkok...Bukan di Kedah.........

Keadaan pekan Selama kelihatan seperti pekan mati.

BANDAR Selama Kedah ketinggalan 30 tahun pembangunan berbanding daerah lain yang bersempadan dengannya. 

KEDUDUKAN BANDAR BAHARU


SELAMA - Timbalan Ketua Cabang PKR, Kulim Bandar Baharu, Ismail Hassan meminta kerajaan negeri dan Adun Bandar baharu membangunkan pekan Selama yang dilihat masih ketinggalan dari sudut pembangunan.

Menurutnya, walaupun pekan Selama, Perak hanya terletak kira-kira enam kilometer dari pekan Selama Kedah, pembangunan yang terdapat di Selama Perak sangat membanggakan.

Katanya, semua ini dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pusat mengambil berat tentang keperluan penduduk di sini.

Menurutnya, pekan Selama Kedah ketinggalan 30 tahun pembangunan berbanding daerah lain yang bersempadan dengannya.

“Sejak dari dulu tidak ada pembangunan dilakukan di Selama Kedah hingga hari ini. Semua orang tahu Selama Perak jauh lebih membangun dari Selama Kedah. Apa yang ada di pekan Selama Kedah hanya deretan kedai yang diperbuat dari kayu hasil peninggalan zaman penjajah dahulu.

"Selain itu keadaan jalan di Pekan Selama sangat menyedihkan kerana berlopak dan bertampung. Ini membuatkan permukaan jalan tidak rata dan boleh mengakibatkan kemalangan
.

"Masalah rakyat di Bandar Baharu harus dihalusi dan diselesaikan,” katanya.

Menurutnya, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membangunkan Selama.

28 Mei 2014

Salah Laku Rasuah Polis : MyWatch Buat Laporan SPRM




Laporan rasuah dan salahlaku k.polis daerah Langkawi Jingga 13

AL-FATIHAH DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN SHAH TELAH MANGKAT



AL-FATIHAH..

Dengan dukacitanya adalah di maklumkan bahawa Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat pada jam 1.38 tengahari sebentar tadi.Semoga Allah merahmati Roh Baginda.



Pautan kekal imej terbenam


Pautan kekal imej terbenam

Pengumuman dari Menteri Besar Negeri Perak berkenaan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah.

Pengumuman berhubung perkara itu disahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebentar tadi.

Sebelum ini, baginda dikhabarkan gering dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak April tahun lalu.

Sejak dari itu, Raja Dr Nazrin Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak.


Almarhum Sultan Azlan Shah akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar, esok selepas solat Asar.

MB Perak juga isytihar cuti umum bagi Perak esok sempena hari pemakaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan 
umum berkabung selama 100 hari bermula hari ini.


MENYUSUL LAGI...

TAHUKAH ANDA? Tempat Sujud Malaikat Jibril A.S.





Alhamdulillah dapat saya menyambut Israq Mikraj di Tanah Suci. Sekadar berkongsi Maklumat, inilah -Tempat Sujud Malaikat Jibril a.s.

Lebih kurang satu meter ke sebelah kanan pintu Ka'abah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril a.s. semasa mengimamkan RasuluLlah s.a.w. selepas turunnya perintah soLat dalam peristiwa Isra' Mikraj.

Jibril a.s. turun sebanyak 10 kali yakni Lima kali di awal waktu dan Lima lagi di akhir waktu untuk mengajar sempadan masa soLat. Ia sebagai perincian kepada keterangan firman ALlah didalam kitab al-Qur'an yg mengkehendakki kita solat di waktu malam, siang dan fajar. Penegasan ini sesuai dengan soLat sebagai tiang agama iaitu Rukun Islam yang kedua selepas Mengucap Shahadah.

Lazim Imam Masjidil Haraam mengambil barakah lokasi ini semasa mengimamkan jemaah soLat waktu. Ada Duyufur_Rahman yangg menceritakan semerbaknya tempat sujudnya Jibril a.s. ketika soLat disitu. Alangkah bertuahnya dan amat beruntung tetamu ALlah itu. ‪#‎psm


Foto Kamal Hisham Jaafar.


INI gambar lebih dekat untuk yang belum berpeluang ke Tanah Suci


www.peguamkamalmenulis.blogspot,jp  SUMBER

ISU PERKAUMAN YANG DIMAINKAN ADALAH BAHLUL..BODOH. & LAPUK....


Dyana ada 3B tangkis serangan Umno, kata Kit Siang



Calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Kampung Bahagia, Teluk Intan ketika berkempen dan bertemu masyarakat

Lim Kit Siang menyifatkan Dyana Sofya Mohd Daud mampu menangkis serangan pemimpin Umno dengan ciri 3B yang dimiliki calon DAP itu bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Sabtu ini.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, ciri 3B yang ada pada Dyana bukan sahaja membuktikannya seorang yang cantik tetapi berani melakukan perubahan kepada landskap politik di Malaysia.

“Pemimpin Umno kata apa guna undi seseorang yang memakai gincu. Seorang lagi kata Dyana bukan terlalu cantik dan tidak seperti dalam gambar.


“Semua ini jatuhkan politik kepada satu tahap yang sangat rendah. Saya ulangi Dyana ada 3B. Dia ada beauty (kecantikan), brain (kecerdasan) dan bravery (keberanian),” katanya ketika berucap di depan ribuan pengundi Teluk Intan di Jalan Mahkota, malam tadi.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di depan 200 anggota polis pada Ahad berkata, pengundi tidak harus memilih Dyana hanya kerana rupa parasnya kerana beliau sebenarnya tidaklah secantik seperti yang dipaparkan dalam gambar dan televisyen.

Katanya, beliau sendiri pernah bertemu dengan Dyana sekali dan tidak kagum dengan penampilannya.

"Undi awal, dan undi calon terbaik di kalangan semua calon yang baik. Jika anda mahu memilih seseorang yang cantik, tetapi tidak boleh berkhidmat kepada anda, apa gunanya?"

"Beliau tidak tinggal di sini. Saya melihatnya, berdepan dengannya dan berjabat tangan, beliau tidaklah cantik sangat. Dalam gambar, beliau memang cantik, dalam televisyen, cantik sedikit sahaja," kata Zahid.

Lim berkata, apa yang dikatakan oleh Datin Paduka Marina Mahathir ada kebenarannya dan tidak ramai pemimpin Umno yang mempunyai keberanian seperti Dyana.

Katanya,atas dasar itulah Dyana meneruskan perjuangannya untuk melihat satu Malaysia baharu yang memecahkan benteng perkauman.

“Dyana dipilih bukan kerana dia cantik tetapi kerana memiliki buah fikiran seperti yang dikatakan Marina, dia boleh berfikir, menulis dan menyuarakan. Tidak ramai pemimpin Umno yang boleh buat begitu.

“Itulah sebab dia berjuang tetapi hari ini, saya kesal bekas naib canselor UiTM pun ambil bahagian untuk kempen bersama Umno. Dia kata Dyana tidak ada kecantikan dalaman. Mungkin dia cantik tetapi tiada kecantikan dalaman,” katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut bertanya adakah impian presiden pertama Umno, Datuk Onn Jaafar dapat direalisasikan pada 2014 untuk melihat semua kaum berada dalam satu parti.

Katanya, 1951 mungkin waktu yang belum sesuai tetapi 2014 adalah medannya jika pengundi Teluk Intan mahukan perubahan.

“Pada 1951, Onn menjadi presiden pertama Umno mencadangkan Umno patut buka pintu untuk semua rakyat dalam negara ini termasuk bukan Melayu untuk menyertainya. Mungkin masa itu terlalu awal dan dia dipaksa untuk meninggalkan Umno.

“Tetapi sekarang 2014, selepas 63 tahun cadangan Onn, adakah generasi muda yang mahu lihat satu impian Malaysia menjadi realiti terlalu awal? Inilah ujian kita dalam PRK Teluk Intan. Kita perlu buat begitu. Jika tidak, tiada harapan untuk Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata orang Melayu di Teluk Intan perlu mengundi Dyana kerana DAP merupakan parti yang mengangkat martabat perjuangan Melayu.

Katanya, DAP sebelum ini mengangkat calon Melayu dalam PIlihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mereka yang dicalonkan menang besar walaupun bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu.

“Seperti yang disebut pemimpin Umno, Dyana menjadi alat kepada DAP dan Cina tetapi dia sebenarnya akan jadi alat Cina, Melayu, India dan alat kepada penduduk seluruh Teluk Intan.

“Dyana masuk DAP, semua orang Umno kena sokong dia. Ertinya Dyana mahu menguatkan orang Melayu dalam DAP dan rakyat Malaysia dalam Parlimen,” katanya.

Mohamad berkata, Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari adalah dua contoh wakil rakyat Melayu yang berjaya diketengahkan DAP.

“Di Raub, MCA lawan di situ dengan calon Cina tetapi PRU13, DAP letak calon Melayu, Ariff menang dan ke Parlimen. Ertinya kekuatan orang Melayu di Parlimen ditambah oleh DAP.

“Bukit Bendera, 90% orang bukan Melayu. DAP kalau letak calon Cina mana pun menang. Tetapi dia letak Zairil, anak orang Umno. Bukan Dyana sahaja anak orang Umno. Sudah banyak. Banyak orang meninggalkan Umno pergi ke Pakatan Rakyat.

“Zairil menang majoriti lebih 30,000 di Bukit Bendera bererti DAP kuatkan Melayu dalam Parlimen. Betul tak?” katanya.

Mohamad berkata, tidak menjadi masalah jika PRK Teluk Intan, DAP mengenengahkan calon bukan Melayu namun atas dasar kepelbagaian kaum, Dyana dipilih untuk membuktikannya.

“Di Teluk Intan, jika DAP letak Cina atau India boleh menang. Tetapi dia letakkan Melayu untuk menjadikan parti pelbagai kaum untuk menang 31 Mei ini.

“Isu perkauman yang dikenakan kepada DAP adalah bankrap, lapuk, bodoh dan bahalul,” katanya.

27 Mei 2014

RAHSIA JEPUN RAMPAS PIALA THOMAS TERBONGKAR !!!

Jepun mengambil jurulatih dari korea, Indonesia dan Malaysia di sebalik kejayaan Jepun merangkul Piala Thomas









Kejayaan Jepun memenangi Piala Thomas membuktikan semangat mereka bukan lagi boleh dipandang enteng.

Menundukkan gergasi sukan badminton seperti China, Indonesia dan Malaysia semalam menjadikan negara matahari terbit itu sudah berada dalam senarai negara-negara pemenang Piala Thomas.

Kita sudah terima hakikat Malaysia tidak sehebat Jepun kali ini namun berpuas hati dengan semangat juang pasukan negara termasuk penampilan akhir datuk Lee Chong Wei dalam pentas antarabangsa itu.

Bagaimanapun, tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun....





Selain ketua jurulatihnya, Park Joo Bong – bekas pemain kebangsaan Korea dan pernah melatih pasukan badminton Malaysia – ada seorang lagi yang memberi sumbangan melatih pasukan Jepun iaitu Izuan Ibrahim.

Apa yang menarik, Izuan merupakan seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun dan pernah menjadi jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.

Izuan dikatakan pernah melatih dan menggilap bakat Kento Momota dan beberapa pemain-pemain negara berkenaan.

Kemenangan Jepun memberi nilai sentimental kepada beliau walaupun mungkin kecewa apabila Malaysia sendiri gagal dan kempunan merampas kejuaraan Piala Thomas sejak kali terakhir pada tahun 1992.

NGO PPIM DAKWA ADA 15 LAGI PRODUK CADBURY MENGANDUNGI DNA BABI BELUM DIDEDAHKAN KKM?



PPIM Dakwa Ada 15 Lagi Produk Cadbury Mengandungi DNA Babi


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) khinzir namun belum didedahkan KKM kepada umum.

“Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi.

Dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA Khinzir, kenapa masih dirahsiakan?” katanya, semalam.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011.

“Insya-Allah Selasa ini (esok) kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia.

“Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA Khinzir kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali.

Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.

“Isu ini seolah-olah didiamkan.”

Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan. – Harian Metro


Boikot produk Cadbury sampai tutup kilang
Datuk Nadzim Johan bercakap pada sidang media di ibu negara, hari ini.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menggesa seluruh pengguna supaya memboikot keseluruhan produk keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd bagi memberi pengajaran kepada syarikat tersebut.

Presidennya Datuk Nadzim Johan berkata, sudah terlalu lama pengguna di Malaysia tertipu dengan 'kehalalan' produk tersebut, oleh itu tindakan memboikot secara keras perlu dilakukan.

"Kita sebagai pengguna bukan sahaja perlu memboikot dua produk Cadbury tersebut, malah keseluruhan produk keluaran syarikat itu.

"Pengguna harus tegas,boikot sehingga kilang mereka ditutup.

"Biar sejarah tercipta, supaya ianya dapat memberi pengajaran kepada syarikat lain,baru mereka tahu kuasa pengguna," katanya ketika sidang media yang diadakan di Villa Puteri, di ibu negara hari ini.

Menyentuh perkara yang sama, Nadzim turut menggesa supaya Jakim bertindak lebih bertegas dalam soal yang melibatkan kemaslahatan pengguna.

"Jakim jangan terlalu berlembut, biar nampak ketegasan dalam bertindak.

ANUAR PERTIKAI PEMILIHAN PRESIDEN FAM


Pemilihan FAM ikut pelan urusetia yang mengaturnya - Annuar Musa



Annuar Musa

Penasihat Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan pemilihan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam "telah berjalan mengikut pelan urusetia yang mengaturnya."

Beliau yang sedang menjalani pergantungan oleh FAM selama tiga tahun dilihat sebagai diantara yang paling kuat menyokong pencalonan Tunku Mahkota Johor merebut jawatan Presiden FAM.

Di dalam pemilihan jawatan Presiden FAM semalam, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas memperolehi 27 undi berbanding hanya 12 oleh Tunku Mahkota Johor itu.

"Pimpinan FAM sudah dipilih. Yang menang adalah seperti mana yang disusun cantik dalam media 'orang yang lebih baik', ' orang yang lebih berpengalaman', ' berjawatan dalam bola antarabangsa'..."

"Tepat seperti ramalan TMJ dan seperti biasa segala-galanya mengikut pelan urusetia yang mengaturnya sejak pencalonan," katanya di dalam laman Facebook beliau hari ini.

Pola pengundian semalam juga katanya perlu dianalisa dengam enam atau tujuh negeri yang menyokong TMJ semalam adalah negeri yang sudah atau baru sahaja mengalami pertukaran kepimpinan dan sedang menuju perubahan dan kemajuan.

Manakala enam atau tujuh negeri yang menyokong Tengku Mahkota Pahang pula adalah negeri "orang lama" dengan sistem lama yang sebahagian daripadanya dipilih kerana "pangkat dan kedudukan" dan kebetulan sebahagiannya sedang mengalami kejatuhan atau relegasi.

"Yang memenangkan Tengku Mahkota Pahang adalah persatuan bukan negeri yang kebetulannya "berstatus quo" yang sebahagiannya lama, statik dan tiada kemajuan," menurut Annuar.

Kedatangan gagasan TMJ katanya disifatkan terlalu bagi awal bagi kelompok status quo.

Tunku Ismail menurutnya, juga menerima kesan daripada apa yang disifatkannya sebagai "impak negatif" daripada imej beliau yang cuba dipaparkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai peminat bolasepak negara kata, semua pihak mengharapkan bolasepak negara akan maju kehadapan dan akur dengan keputusan yang dibuat semalam.

26 Mei 2014

PANAS! RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA PIHAK POLIS DI LANGKAWI - LAPORAN DARI PEGAWAI KANAN POLIS DIDEDAHKAN !!!

MyWatch dedah salah laku Ketua Polis Daerah Langkawi

Pihak MyWatch telah menerima laporan dari seorang pegawai kanan polis yang ingin identitinya dirahsiakan.




PETALING JAYA: Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan mendakwa bahawa Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah telah menerima rasuah dalam dua kes jenayah yang bertujuan untuk melindung beberapa sindiket Cina di Langkawi.

Menurutnya, beliau mendedahkan perkara ini setelah pihaknya iaitu MyWatch menerima laporan dari seorang pegawai kanan polis yang identitinya dirahsiakan.

Jelasnya, kes pertama iaitu serbuan ke atas pusat hiburan, Supt Harrith telah mengarahkan supaya kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘No Further Action’ (NFA) atas alasan pusat hiburan tersebut mempunyai lesen perniagaan.

“Tujuan Supt Harrith berbuat demikian adalah bagi melindungi tauke pusat hiburan tersebut yang bernama Nicky Tan Peng Chun kerana Nicky Tan Peng Chun merupakan anak kepada Lai San, iaitu sindiket loteri haram di Langkawi.

“Kini, terdapat lima sindiket loteri haram di Langkawi yang membayar wang perlindungan secara bulanan kepada Supt Harrith dengan cara menyerahkan sendiri wang di rumah beliau di Kuarters Ketua Polis Daerah Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Bagi kes kedua pula berkenaan tangkapan dua orang lelaki berbangsa Cina, iaitu Cheong Chun Leng dan Choong Kwong Wing. Dua lelaki berbangsa Cina itu disyaki telah melindungi 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Myanmar.

“Supt Harrith telah campur tangan dalam penyiasatan kes ini sehinggakan dua lelaki berbangsa Cina ini diberi jaminan dalam tempoh 24 jam dari waktu tangkapan, sedangkan kes ini belum lagi disiasat.

“Dua orang lelaki Cina ini telah membuat pengakuan kepada orang awam dan kepada pegawai polis lain bahawa mereka telah memberi suapan kepada Supt Harrith dengan wang sebanyak RM15,000,” ujarnya.

Sehubungan itu, Sanjeevan yang mewakili pihak MyWatch mendesak agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala rasuah dan salahlaku Supt Harrith dan sepanjang siasatan dijalankan, Supt Harrith haruslah diberi cuti sehingga siasatan selesai dijalankan.

Sanjeevan turut menjelaskan bahawa isu ini telah diadukan beberapa kali kepada Ketua Polis Kedah, namun sehingga kini tiada tindakan lanjut yang diambil.

“Adalah lebih baik sekiranya satu Pasukan Khas diwujudkan bagi menyiasat rasuah dan salahlaku Ketua Polis Daerah Langkawi ini, dan dalam masa yang sama turut menyiasat Ketua Polis Kedah sekiranya beliau terlibat dalam dua kes yang dinyatakan ini.

“Dalam pada masa yang sama, Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) juga harus ditubuhkan segera untuk menyiasat segala rasuah dan salahlaku dalam PDRM,” katanya.

Jelasnya, pihak MyWatch sedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak PDRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan malah pegawai kanan polis yang memberi maklumat ini juga sedia bekerja sama dengan pihak SPRM.

“MyWatch sedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan malahan pegawai kanan polis yang memberi maklumat ini juga sedia bekerjasama dengan SPRM untuk memberikan lebih maklumat yang diperlukan kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PDRM,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim menyatakan bahawa beliau telah memberi amaran keras kepada semua pegawai-pegawainya agar tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak bagi membanteras kegiatan jenayah di negeri Kedah.

Menurutnya juga, pihaknya sendiri sentiasa melakukan operasi bagi membanteras kegiatan jenayah di negeri Kedah seperti kegiatan judi haram ini.

“Kita sentiasa melakukan operasi dari masa ke semasa, dan sentiasa melakukan tangkapan terutama apabila melibatkan perniagaan judi seperti perniagaan judi internet, judi di mesin judi, ataupun pelbagai jenis judi lagi,” katanya sewaktu dihubungi oleh wartawan FMT.

Ahmad berkata demikian bagi menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan berhubung dakwaaan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah yang dikatakan telah menerima rasuah dalam dua kes jenayah yang bertujuan untuk melindung beberapa sindiket Cina di Langkawi.

Kata Ahmad lagi, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Sanjeevan dan Ahmad turut menjelaskan bahawa prosedur yang sama juga akan dilakukan bagi menyiasat pegawai tersebut.

“Sebelum Sanjeevan menyerahkan dokumen atau membuat sebarang pendedahan kepada awam, pihak polis terlebih dahulu telah mengambil tindakan dan sekiranya perlu, kita akan serahkan pegawai tersebut kepada jabatan lain untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.

“Tujuan kita menyerahkan pegawai tersebut kepada jabatan lain adalah bagi mengelakkan tanggapan negatif yang mengatakan pihak polis melindungi pegawainya atas kepentingan-kepentingan tertentu,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, beliau tidak menafikan bahawa pihaknya sendiri menerima banyak laporan daripada pihak MyWatch.

“Laporan yang dihantar oleh Sanjeevan kebanyakkannya telah selesai. Tidak perlu rasanya untuk saya melaporkan kepada Sanjeevan apabila kes tersebut telah selesai kerana Sanjeevan bukannya pegawai polis saya,” katanya.

Ujarnya lagi, membanteras jenayah, rasuah dan salah laku ini bukannya sesuatu yang baru, kerana pihaknya sejak dulu lagi akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana perkara salah laku di negeri tersebut.

“Ini bukannya sesuatu yang baru, kerana kita sentiasa bekerja keras bagi menangani jenayah dan salah laku di negeri ini,” katanya.

PANAS! PUNCA MCA TAKUT BERTANDING DI PRK BUKIT GELUGOR...TAKUT HILANG DEPOSIT RUPANYA !!!


Ramkarpal Menang Besar, Yang Lain Semua Hilang Deposit


Rasmi: DAP kekal Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas. 

Ketiga-tiga calon itu hilang deposit mereka selepas gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi iaitu 1/8 daripada 46,099 = 5762 undi. Huan sekadar meraih 3,583 manakala Nabi Bux 798 dan Abu Backer 225 undi

Malaysin Insider melaporkan calon DAP Ramkarpal Singh, seperti yang dijangka, mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang mendiang bapanya, Karpal Singh.

Peguam berusia 38 tahun itu memenangi pilihan raya kecil dengan 37,659 undi. Beliau menerima 41,242 undi atau 84% daripada jumlah undi.

Kemenangan Ramkarpal ini sudah dijangka sejak beliau dinamakan sebagai calon dua minggu lalu. Kerusi itu adalah kubu kuat DAP yang dipegang oleh bapanya untuk tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2004.

Pada jam 8.40pm, Ramkarpal melangkah masuk ke Dewan Sri Pinang, tempat di mana undi dikira, sedia untuk diumumkan sebagai pemenang.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta ahli keluarga Ramkarpal, termasuk ibu, Gurmit Singh dan abang-abangnya – Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo turut bersamanya.

Laporan langsung

9:01pm: RASMI - Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.

DAP - 41,242
PCM - 3,583
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 798
Abu Backer Sidek - 225
Undi Rosak - 539
Majoriti - 37,659

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya di Dewan Sri Pinang dekat Padang Kota Lama di sini pada pukul 9.05 malam.



25 Mei 2014

BETUL KE BANYAK COKLAT IMPOT DI LANGKAWI TIDAK HALAL?

Lagi Coklat Jenama Frey, Whittaker’s, Hershey’s, Mars Juga Didakwa Positif DNA Babi
.

Hari ini tersebar dilaman sosial dan whatsapp beberapa jenama coklat yang lain selain Cadbury yang dikesan mengandungi DNA Khinzir.

 Menurut gambar yang tersebar, Coklat Jenama Frey, Whittaker’s, Hershey’s, Mars Juga Didakwa Positif DNA Babi. Walau bagaimanapun, sumber ini belum disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kesemua jenama coklat tersebut dinyatakan tidak mempunyai logo halal.