Ini Pemandangan Kota Bangkok...Bukan di Kedah.........
Keadaan pekan Selama kelihatan seperti pekan mati.
BANDAR Selama Kedah ketinggalan 30 tahun pembangunan berbanding daerah lain yang bersempadan dengannya.
KEDUDUKAN BANDAR BAHARU
SELAMA - Timbalan Ketua Cabang PKR, Kulim Bandar Baharu, Ismail Hassan meminta kerajaan negeri dan Adun Bandar baharu membangunkan pekan Selama yang dilihat masih ketinggalan dari sudut pembangunan.
Menurutnya, walaupun pekan Selama, Perak hanya terletak kira-kira enam kilometer dari pekan Selama Kedah, pembangunan yang terdapat di Selama Perak sangat membanggakan.
Katanya, semua ini dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pusat mengambil berat tentang keperluan penduduk di sini.
Menurutnya, pekan Selama Kedah ketinggalan 30 tahun pembangunan berbanding daerah lain yang bersempadan dengannya.
“Sejak dari dulu tidak ada pembangunan dilakukan di Selama Kedah hingga hari ini. Semua orang tahu Selama Perak jauh lebih membangun dari Selama Kedah. Apa yang ada di pekan Selama Kedah hanya deretan kedai yang diperbuat dari kayu hasil peninggalan zaman penjajah dahulu.
"Selain itu keadaan jalan di Pekan Selama sangat menyedihkan kerana berlopak dan bertampung. Ini membuatkan permukaan jalan tidak rata dan boleh mengakibatkan kemalangan.
"Masalah rakyat di Bandar Baharu harus dihalusi dan diselesaikan,” katanya.
Menurutnya, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membangunkan Selama.
NAMA yg perlu ditukar, jika tidak SELAMA nya lah begitu.
BalasPadamTak gitu yeop.
rinjingHirang
kena doakan ADUN meninggal.. PAsti berubahd dalam tempoh sebulan.. jadi bandar termaju di malaysia. internet paling laju. bangunan akan ditukar baru. peruntukkan sejuta utk pembangunan
BalasPadamkena doakan ADUN meninggal.. PAsti berubahd dalam tempoh sebulan.. jadi bandar termaju di malaysia. internet paling laju. bangunan akan ditukar baru. peruntukkan sejuta utk pembangunan
BalasPadamSokong ..
PadamNgaran gen Bandar Baru..selamanya baru...hanyar lagi'..sumat lagi' maju la..
BalasPadam'Tapeh Bael'
Bawah PAs dulu pun tak berubah juga, asyik ingat kat balak je. Habis kene tebang sampai kawasan tadahan air, bodoh pemimpin pas yang memerintah dulu tu
BalasPadamBukan aje Selama...Alor Setar sendiri pun tak byk pembanguna....hotel 5 star pun tiada. Jln ke Gurun tak byk ubah banding tahun 80an...lampu tiada, masih single carriageway ,bahaya kerana kenderaan dah banyak
BalasPadam