28 Mei 2014

TAHUKAH ANDA? Tempat Sujud Malaikat Jibril A.S.





Alhamdulillah dapat saya menyambut Israq Mikraj di Tanah Suci. Sekadar berkongsi Maklumat, inilah -Tempat Sujud Malaikat Jibril a.s.

Lebih kurang satu meter ke sebelah kanan pintu Ka'abah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril a.s. semasa mengimamkan RasuluLlah s.a.w. selepas turunnya perintah soLat dalam peristiwa Isra' Mikraj.

Jibril a.s. turun sebanyak 10 kali yakni Lima kali di awal waktu dan Lima lagi di akhir waktu untuk mengajar sempadan masa soLat. Ia sebagai perincian kepada keterangan firman ALlah didalam kitab al-Qur'an yg mengkehendakki kita solat di waktu malam, siang dan fajar. Penegasan ini sesuai dengan soLat sebagai tiang agama iaitu Rukun Islam yang kedua selepas Mengucap Shahadah.

Lazim Imam Masjidil Haraam mengambil barakah lokasi ini semasa mengimamkan jemaah soLat waktu. Ada Duyufur_Rahman yangg menceritakan semerbaknya tempat sujudnya Jibril a.s. ketika soLat disitu. Alangkah bertuahnya dan amat beruntung tetamu ALlah itu. ‪#‎psm


Foto Kamal Hisham Jaafar.


INI gambar lebih dekat untuk yang belum berpeluang ke Tanah Suci


www.peguamkamalmenulis.blogspot,jp  SUMBER

2 ulasan:

  1. Dengan Nama Allah SWT
    Maaf saya ada sedikit kemuskilan perihal N3 Tuan .
    Jika dihayati perjalan israk miraj tentang mengimami solat ???
    Diambil keterangan peristiwa tersebut dari ohislam.com seperti di bawah ini .
    Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

    Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

    i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan
    Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
    Soalan saya Nabi Muhammad SAW di arah oleh malaikat Jibril a.s. untuk mengIMAMI solat ( sebelum menerima solat 5 waktu tetapi selepas menerima perkenan untuk dirikan solat 5 waktu Baginda menjadi makmum kepada malaikat Jibril pula selepas mikraj ???? Yang mana satu betul ni??? Semasa israk Baginda menjadi imam tetiba selepas Mikraj Baginda menjadi makmum ???
    Petikkan dari N3 Tuan
    Lebih kurang satu meter ke sebelah kanan pintu Ka'abah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril a.s. semasa mengimamkan RasuluLlah s.a.w. selepas turunnya perintah soLat dalam peristiwa Isra' Mikraj

    BalasPadam
  2. Rasulullah s.a.w mengimamkn solat sebagaimana solatnya nabi Ibrahim a.s.

    BalasPadam