27 Mei 2014

NGO PPIM DAKWA ADA 15 LAGI PRODUK CADBURY MENGANDUNGI DNA BABI BELUM DIDEDAHKAN KKM?



PPIM Dakwa Ada 15 Lagi Produk Cadbury Mengandungi DNA Babi


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) khinzir namun belum didedahkan KKM kepada umum.

“Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi.

Dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA Khinzir, kenapa masih dirahsiakan?” katanya, semalam.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011.

“Insya-Allah Selasa ini (esok) kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia.

“Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA Khinzir kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali.

Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.

“Isu ini seolah-olah didiamkan.”

Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan. – Harian Metro


Boikot produk Cadbury sampai tutup kilang
Datuk Nadzim Johan bercakap pada sidang media di ibu negara, hari ini.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menggesa seluruh pengguna supaya memboikot keseluruhan produk keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd bagi memberi pengajaran kepada syarikat tersebut.

Presidennya Datuk Nadzim Johan berkata, sudah terlalu lama pengguna di Malaysia tertipu dengan 'kehalalan' produk tersebut, oleh itu tindakan memboikot secara keras perlu dilakukan.

"Kita sebagai pengguna bukan sahaja perlu memboikot dua produk Cadbury tersebut, malah keseluruhan produk keluaran syarikat itu.

"Pengguna harus tegas,boikot sehingga kilang mereka ditutup.

"Biar sejarah tercipta, supaya ianya dapat memberi pengajaran kepada syarikat lain,baru mereka tahu kuasa pengguna," katanya ketika sidang media yang diadakan di Villa Puteri, di ibu negara hari ini.

Menyentuh perkara yang sama, Nadzim turut menggesa supaya Jakim bertindak lebih bertegas dalam soal yang melibatkan kemaslahatan pengguna.

"Jakim jangan terlalu berlembut, biar nampak ketegasan dalam bertindak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan