28 Disember 2013

PANAS ! KERANA PRINSIP TAN SRI SERAH TIGA PINGAT DARJAH KEBESARAN...


KERANA PENULISAN BELIAU ATAS TAJUK "MENUNTUT HAK, MENEBUS MASA SILAM" .. AHLI KOPERAT TERKENAL TELAH MENYERAHKAN KEMBALI 3 DARJAH KEBESARAN NEGERI JOHOR KEPADA ISTANA!!!!





Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor, semalam.

Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu.

Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa artikel Menuntut Hak, Menebus Masa Silam tulisan Muhammad Ali yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor.

"Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya. "Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013 (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).

Menerusi surat bertarikh 18 Disember lalu kepada Abdul Rahim, Muhammad Ali yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel itu
.

"Saya telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel terbabit, juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak itu mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan.

"Melalui kenyataan media ini, saya minta masyarakat umum khasnya rakyat negeri Johor membaca artikel itu dan menilai sendiri sama ada penulisan itu mengandungi unsur menderhaka kepada raja atau tindakan tidak bertanggungjawab atau bertentangan dengan Rukun Negara," katanya.

Beliau memuatkan sajak tulisan anak bongsunya, allahyarham Khaled Ali yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah'.

Diperturunkan semula artikel berkenaan demi kebenaran, keadilan dan pencerahan.

KETIKA artikel minggu lalu di bawah tajuk “Naungan khalifah, sultan dan imam” diterbitkan pada Isnin 25 November lalu, saya dan isteri telah pun kehilangan Khaled bin Muhammad Ali, anak bongsu kami.

Beliau kembali ke rahmatullah sebelum subuh 23 November, pada umur 20 tahun. Innalillahi wainna ialaihi rajiuun.

Doa saya, ibunya, kakak dan abang-abangnya serta seluruh keluarga: Semoga kematian Khaled diampuni ALLAH Subhanahu Wa Taala. Semoga roh Khaled diletakkan dalam kalangan orang soleh, siddiqin dan syuhada, amiin ya Rabbul alamin.

Buat Khaled: Sebanyak mana sekali pun air mata mengalir, ia tidak akan selama-lamanya mengeringkan, malah tidak setitis pun mengurangkan lautan sedih dan pilu serta cinta rindu kasih sayang di lubuk kalbu ayah dan mama.

Juga, jelas terbukti, kasih sayang dan keprihatinan yang ayah dan mama berikan rupa-rupanya tidak dapat mengisi semua kekosongan dan tidak sampai kepada apa yang Khaled berhak mendapatkan.

Semoga ALLAH SWT mengampuni ayah dan mama atas segala kelemahan, kekurangan, kealpaan, ketidakpekaan dan ketidakprihatinan.

Tiada kata yang dapat saya lafazkan untuk menzahirkan rasa hati, bukan sahaja bagi pihak diri saya sebagai ayah, juga bagi pihak semua yang mengasihi dan mengenali beliau. Biarlah Khaled sendiri yang melahirkan rasa hatinya menerusi kolum Khalifah Bisnes kali ini.

Justeru, berikut saya paparkan sajak beliau tanpa disentuh atau diperbetul sekalipun terdapat kesilapan ejaan dan istilah. Sajak ini terletak paling atas daripada sepuluh sajak beliau tulis yang saya dapati daripada laptop beliau.
Beliau tidak berikan sebarang tajuk kepada sajak ke sepuluhnya ini, seolah-olah penulisannya belum lagi berakhir dan menanti diteruskan.

Jika saya diizinkan memilih tajuk untuknya, mungkin paling sesuai ialah petikan daripada salah satu ungkapan di dalamnya: “Menuntut hak dan menebus masa silam”

....this heart aches at your very thought,
it grows heavier as my memories taunt me,
I can hold back these tears no longer,
many years have passed and I am now a man,
yet I still yearn for you, and that old house on the hill.
rindu dalam hatiku seperti ombak yang memukul pantai,
tidak akan henti sehingga akhir zaman,
sehingga daku dapat kembali ke
tanah asal, jiwaku akan bergelora ingin
kembali, walaupun ke tujuh
lautan ku merantau, Tanjung Puteri
tetap akan di kalbu.
you are the eternal jewel of the south,
the cradle of our civilisation, the custodian of our people,
a sanctuary of hope, an abode of dignity,
they basked in the light of your imperial glory,
and trembled at the might of your warriors.
hari berganti hari tahun berganti tahun,
namun malamku masih menjadi medan air mata,
jangan berani kau persoal cintaku, takkan dapat kau bayang rinduku,
anggaplah pantun ini sebagai janji,
akan datang suatu masa yang akan ku kembali,
menuntut hak dan menebus masa silam.
their blood coarses through my veins, their prayers guide my heart,
this bloodline is an oath of duty, a life of service,
sultan yang adil adalah sultan yang wajar disembah,
sultan yang zalim adalah sultan yang wajib disanggah...

Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
ali.bizjihad@yahoo.com
29 November. 2013.

PANAS ! MOTOR KAPCAI BAKAL DILARANG GUNA LEBUHRAYA, MOTOSIKAL KUASA TINGGI KENA TOL??




Motosikal berkapasiti rendah akan dilarang menggunakan lebuhraya? Motosikal berkapasiti tinggi perlu membayar tol?

Menjelang tibanya tahun baru 2014, kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan menengah dan rendah mulai resah mengenangkan keadaan ekonomi semasa masing-masing yang kian membebankan.

Bermula dengan kenaikan harga petrol dan gula, serta bakal diikuti dengan kenaikan bayaran tol di lebuhraya, tarif elektrik dan sebagainya, ramai yang tertanya-tanya perkara apakah lagi yang bakal mencengkam kehidupan mereka mulai tahun depan?

Menurut laporan yang disiarkan oleh laman CBT kelmarin, Putrajaya dikhabarkan bakal mempertimbangkan cadangan untuk melarang para pengguna motosikal berkapasiti rendah daripada menggunakan lebuhraya, pada masa yang sama para penunggang motosikal dengan kapasiti lebih besar akan dikenakan bayaran tol.

Putrajaya juga dikhabarkan sedang melakukan kajian untuk membina laluan motosikal di semua lebuhraya di seluruh negara agar penunggang-penunggang motosikal kecil tidak lagi perlu menggunakan laluan biasa di lebuhraya seperti mana yang diamalkan ketika ini.

p/s : Kalau betul Putrajaya mahu membina laluan motosikal berkapasiti rendah yang berasingan di semua lebuhraya di seluruh negara, harap laluan tersebut biarlah mempunyai saiz yang bersesuaian agar tidak berlakunya kesesakan atau boleh mendatangkan risiko kemalangan.


PANAS ! EMEL LOKASI BOM PULAK???... DIDEDAHKAN OLEH BLOGGERS UMNO

Selepas Berita palsu oleh macai...malam ini gah pulak pasal emel lokasi bom.....

Polis siasat pemilik FB '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' kerana sebar berita palsu

Laporan mengenai pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di atas yang telah disiarkan oleh pemilik '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' adalah satu laporan palsu menurut Polis.

Admin laman Facebook macai tersebut telah mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis. 

Bagaimanapun pihak Polis telah menafikan kejadian tersebut..berikutan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Bodoh punya macai ni.. dah tak ada kerja sangat ke?.. Kenapa aku kata macai punya kerja?.. tengok ni..


INI PULAK  BERITA BOM YANG  DIKELUARKAN OLEH BLOGGER PRO BN.....

Rancangan Letupan Bom Di Himpunan Aman Rakyat 31 Dec Didedahkan Oleh Bloggers UMNO!

Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.

Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli.Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh puak-puak macai mereka.

Malah perancangan itu juga turut melibatkan cybertroopers mereka yang akan berada di "ground" bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.
Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.

Sama ada email ini benar atau tidak , MMI rasa pihak berkuasa perlu segera menjalankan siasatan.
sumber theunspinners


Posted by CUCU TOK WAN at 10:00 PM Friday, December 27, 2013
Alamak...

Ini benda yang sangat serius dan tidak boleh ditangani secara sambil lewa sepertimana Pejabat Peguam Negara membebaskan penunjuk-penunjuk perasaan dan dalang-dalangnya seperti Hishamuddin Rais, Tian Chua atau Ambiga. Ini sudah cerita jenayah.

Benar atau tidak, pihak polis seharusnya perlu melakukan siasatan secara terperinci dan menyeluruh. SKMM juga seharusnya perlu melakukan siasatan menyeluruh dan sangat terperinci memandangkan ini membabitkan keselamatan negara serta orang ramai.

Dalam sebuah e-mel yang dikatakan dihantar oleh Rahim Ghouse, kepala perancang perjalanan serta aktiviti politik bagi Anwar Ibrahim semenjak Anwar masih berada dalam kabinet, kedudukan lima buah bom yang diletakkan dan dijangka akan diletupkan pada tengah malam 31 Disember 2013 bagi memulakan huru-hara, didedahkan.

Lokasi-lokasi tersebut adalah:

(1) Persimpangan lampu isyarat SOGO
(2) Persimpangan lampu isyarat Puduraya
(3) Bulatan berhampiran Masjid Negara, Stesen Keretapi Kuala Lumpur
(4) LRT Masjid Jamek
(5) Stesen Komuter Bank Negara.

Nombor handphone dan email semua ngam.
Samada betul atau tidak, Unspinners nasihatkan kepada anak-anak muda supaya tak payah pergi ke perhimpunan haram tersebut. Pasti kecuh ...
Tiada perhimpunan yang tak kecuh.
SOP mereka ada untuk salahkan SB di atas sebarang kekecuhan.
Hakikatnya mereka mahukan kecuh supaya cepat tersebar luas oleh cybertrooper mereka dan boleh terhebahkan satu dunia.
Pasti media-media asing akan memberi liputan. Bab huru hara memang media asing suka. Lagi ada mati, cedera dan harta awam rosak lagi mereka suka. (UNSPINNERS)


Pihak berkuasa seharusnya dengan segera mendapatkan keterangan daripada Rafizi Ramli dan mengakses e-mailnya. Biarpun e-mel yang ini telah dipadamkan, peluang untuk mendapatkan kembali salinan asalnya masih boleh dibuat memandangkan Rafizi Ramli sudah tentu akan membuka e-mel berkenaan untuk dibaca.
Apatah lagi dengan persamaan yang terlalu ketara melibatkan nombor telefon dan alamat e-mel milik Rahim Ghouse yang merupakan orang yang dipertanggungjawabkan oleh Anwar Ibrahim untuk menyimpan wang-wang rompakannya sewaktu penghujung kerjayanya selaku Timbalan Perdana Menteri.

Palsu atau tidak, pihak berkuasa harus menyiasat!!!  

PM IRAQ TUNTUT AGAR KARBALA JADI KIBLAT UMAT ISLAM SEDUNIA


PM Irak Tuntut Agar Karbala Jadi Kiblat Umat Islam Sedunia

Sabtu 24 Safar 1435 / 28 December 2013 06:41

PERNYATAAN Perdana Menteri Irak Nouri Al-Maliki bahwa kota suci Syiah Karbala harus menjadi kiblat, telah menimbulkan kontroversi di kalangan ulama Islam.

“Karbala harus menjadi kiblat dunia Islam karena Imam Hussein (cucu kedua Nabi Muhammad dan tokoh penting dalam ajaran Syiah) dimakamkan di sana,” Maliki mengatakan pekan ini seperti dilansir media Irak pada hari Jumat kemarin (27/12/2013).

Menanggapi pernyataan nyeleneh khas orang Syiah sesat tersebut, beberapa Ulama Saudi menyatakan bahwa pernyataan Maliki sebagai hasutan untuk perselisihan dan seruan untuk memecah belah kaum Muslimin.

“Masalah ini sudah disepakati oleh semua ulama bahkan ulama Syiah sendiri. Mereka semua setuju bahwa kiblat adalah Ka’bah,” kata Nasser Al-Honeini, profesor agama dan pengawas umum di Pusat Pemikiran Kontemporer di Arab Saudi.

Honeini menambahkan bahwa pernyataan Maliki mendistorsi Islam karena ajaran Islam yang murni tidak mengajarkan bahwa umat Islam harus shalat ke arah makam Imam Hussein di Karbala.

Khaled Al-Mosleh, profesor hukum di Universitas Qassim Arab Saudi, menyatakan pernyataan Maliki sebagai “omong kosong” dan tidak sesuai dengan hukum syariah Islam.

“Pernyataan yang disampaikan perdana menteri Irak itu seperti melihat orang yang tidak berpendidikan. Jadi apa yang bisa kita harapkan dari orang seperti itu?” ujar Mosleh kepada Al Arabiya News.

Nouri Maliki adalah seorang penganut agama Syiah memiliki hubungan dekat dengan Iran dan dirinya sering dituduh mempromosikan agenda sektarian di Irak.

Ketika Maliki mengunjungi Amerika Serikat pada bulan Oktober beberapa Senator AS mengirimkan surat kepada Presiden Barack Obama di mana mereka menuduh Maliki mendukung Syiah atas Sunni di negaranya. [fq/islampos/alarabiya]

27 Disember 2013

HIMPUNAN BANTAH KOS SARA HIDUP 3112 DI DATARAN MERDEKA DITERUSKAN




Himpun di tiga ‘check point’ sebelum ke Dataran Merdeka

Kesepakatan dicapai, Gerakan3112-TURUN mewarnai Dataran Merdeka 31 Disember 2013

Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru.

Gabungan Gerakan3112-TURUN yang mendapat sokongan dari beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dengan ini bersama dalam perkara-perkara berikut;

1. Menafikan bahawa himpunan yang akan berlangsung pada malam 31 Disember 2013 sebagai ‘himpunan guling kerajaan’ sepertimana tohmahan pihak tidak bertanggungjawab. Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

2. Menuntut pihak kerajaan;

- Menurunkan segera segala punca kenaikan kos sara hidup.
- Menggesa kerajaan supaya tidak mengkhianati janji yang telah ditabur sebelum mendapat kuasa pada PRU13.
- Menghentikan segala pemborosan dan ketirisan yang berlaku, yang akhirnya ditanggung oleh rakyat.

3. Mensasarkan orang ramai yang hadir pada malam tersebut masuk ke Dataran Merdeka dan menyatakan protes bantahan di sana.

4. Turut menyelaras beberapa perkara termasuk persediaan pasukan bantuan perubatan, keselamatan dan pasukan peguam perundangan. Talian (sms) hotline 019-8013149 disediakan khas sekiranya berlaku tangkapan. Sila sms nama mangsa, nombor IC mangsa dan lokasi mangsa ditangkap / balai yang dibawa.

5. Bagi memudahkan perjalanan himpunan, pihak gabungan mengumumkan tiga spot permulaan ‘check point’ adalah seperti berikut;

- Sogo
- Masjid Jamek
- Pasar Seni (CM)


6. Peserta himpunan disarankan berkumpul di tiga ‘check point’ bermula jam 9 malam dan akan mula bergerak ke Dataran DBKL bersama kumpulan-kumpulan besar anak muda aktivis dan mahasiswa pada tepat jam 10 malam. Peserta himpunan akan bergerak masuk ke Dataran Merdeka setelah ketiga-tiga kumpulan ‘check point’ bertemu di Dataran DBKL.

7. Gabungan juga menyarankan semua peserta mengenakan pakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan.

Pihak Gabungan Gerakan3112-TURUN mengharap kerjasama dari pihak polis dan tidak ada pihak samaran yang sabotaj. Kami memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman sekiranya diberi laluan sepertimana himpunan rakyat sebelum ini.

Kami menyeru orang ramai hadir merentasi batasan politik kepartian dan fahaman agama, bahawa semua tidak terkecuali terkesan dengan polisi zalim yang diperkenal oleh pemerintah. Inilah masanya rakyat memperjuangkan nasib di bumi sendiri.

Harapan kami agar himpunan ini menjadi satu signal yang berkesan kepada pihak kerajaan, bahawa rakyat sudah bangkit dan tidak berdiam diri apabila sang penguasa sewenangnya membuli rakyatnya. Rakyat akan buktikan kuasa rakyat itu mengatasi mana-mana kerajaan pemerintah.

Ayuh, bersama rakyat pilih dataran merdeka bagi meraikan tahun kesengsaraan rakyat!
Gabungan Gerakan3112 & Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN)

Bukti Gred AAA+... Syiah kedah lapor polis, dakwa difitnah khutbah Jakim



Sekumpulan pengikut Syiah di Pendang, Kedah membuat laporan polis terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana didakwa mengeluarkan teks khutbah yang bersifat fitnah terhadap mereka.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan mendakwa teks khutbah pada 29 November lalu yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negara mengandungi terlalu banyak pembohongan serta fitnah terhadap mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya lagi, teks khutbah itu juga seperti cuba membangkitkan kemarahan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap pengikut Syiah.

Dalam satu reaksi segera, Pertubuhan Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuan Sunni (Giptis) menyifatkan laporan polis itu sebagai satu cabaran terhadap kerajaan.

"Kerajaan sekarang berada pada landasan yang betul dalam usaha membanteras Syiah dan kerajaan juga berhak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka," kata Pengerusi Giptis, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.



SWEDEN BENARKAN LAUNGAN AZAN DI MASJID UNTUK KALI PERTAMA



SWEDEN : Laungan AZAN yang PERTAMA pada 26 / 4 / 2013

Sebuah masjid di pinggir bandar Stockholm mencatat sejarah di Sweden setelah dibenarkan untuk melaungkan azan Solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara Masjid Fittja, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian.

Pada akhir bulan Mac 2013 lalu, suatu majlis Datuk Bandar di Sweden buat pertama kalinya telah meluluskan laungan azan umat Islam dari masjid di pinggir Fittja, sebahagian daripada perbandaran Botkyrka itu setelah diberi kebenaran oleh pihak polis Stockholm.

Dilaporkan mesyuarat dalam Majlis Perbandaran Botkyrka tentang azan telah menyebabkan berlaku ketegangan. Tiga ahli kanan Demokrat Sweden (SD) menentang kelulusan dengan mendakwa bahawa ia akan membawa kepada propaganda Islam. Walau bagaimanapun, majoriti majlis bersetuju untuk meluluskan laungan azan tersebut kerana ia adalah bagi memenuhi hak asasi manusia.

Pihak pengurusan masjid dapat memenuhi syarat yang diperlukan seperti memaklumkannya terlebih dahulu kepada penduduk yang tinggal 1 km sekitar sebelum pembesar suara digunakan dan tiada tentangan daripada penduduk sekitar.

Ketua Persatuan Islam Turki di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa gembira dan bersyukur selepas pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran tersebut walaupun Masjid Fittja hanya dibenarkan melaungkan azan pada setiap hari Jumaat dalam tempoh tiga minit hingga lima minit antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.

Imam Ismail turut menyatakan bahawa Botkyrka merupakan daerah yang sebahagian besarnya dihuni oleh umat Muslim dan Masjid Fittja adalah satunya masjid di Sweden yang memiliki menara dan pihaknya telah lama berusaha meminta kebenaran untuk melaungkan azan Solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid Fittja.

Masjid Fittja Grand yang mempunyai kira-kira 1,500 ahli jemaah telah dibina pada tahun 2007 dengan bantuan kewangan daripada Direktorat Hal Ehwal Agama Turki (DIB) dan dermawan di Sweden.

Sumber : AFP, TT Agency dan Anadolu Agency


TERPANAS ! PEMILIK AKAUN FB...GULING KERAJAAN DITAHAN POLIS !!!

Pemilik akaun Facebook Asmaelz Hadzeny II ditahan polis

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan suspek pemilik akaun Facebook, Asmaelz Hadzeny II yang dipercayai membuat kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai menyertai perhimpunan menggulingkan kerajaan.

Perkara tersebut disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho Abdullah menerusi laman rasmi Facebook Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini.

Menurut Hadi, suspek yang merupakan seorang penganggur itu telah ditahan pada jam 11.00 pagi hari ini (26 Disember) di Saratok, Sarawak.

"Penganggur yang berusia 25 tahun itu dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya.



Jelas Hadi, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Suspek telah didapati menulis kenyataan yang dipercayai menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada Disember ini.

Dalam kenyataan menerusi akaun Facebooknya itu, suspek turut meminta orang ramai membekalkan bom untuknya bagi tujuan rusuhan tersebut.


Berikutan itu, polis telah membuka kertas siasatan dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman bagi menahan Asmaelz Hadzeny II serta mana-mana pihak dan individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Polis juga kini sedang giat mengesan beberapa individu lain yang disyaki turut terlibat menghasut orang awam menghadiri perhimpunan yang dijangka pada ambang tahun baharu 31 Disember ini.


Read more :SUMBER

26 Disember 2013

TERKINI ! DUA ADUN DI PERAK AKAN HILANG KERUSI...APA PUNCANYA?




Dua Adun BN bakal hilang kerusi, langgar artikel 30 perlembagaan Perak


IPOH 26 DIS: Dua Adun BN Perak bakal kehilangan kerusi kerana melanggar artikel 30 perlembagaan negeri Perak berikutan saman dikemukakan calon Pas, Jamil Dzulkarnain dan Misbahul Munir Masduki.

Saman difailkan Jamil Dzulkarnain terhadap Adun Manong, Mohamed Kamil Shafie, sementara satu lagi difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Kedua Adun BN itu tidak menjadi penduduk negeri Perak semasa hari pengundian, seperti ditetapkan didalam artikel tersebut.

“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” kata Robin Lim salah seorang peguam mewakili plaintif dalam kes tersebut.

Dalam tuntutan saman tersebut Jamil dan Misbahul Munir menyatakan, perkara itu dapat disahkan melalui alamat yang tertera di MyKad mereka yang mengesahkan bahawa mereka berdua bukan penduduk tetap negeri tersebut.


Melalui saman tersebut, Jamil dan Munir mahu mahkamah mengisytiharkan kedua-dua Adun tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat serta menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menyatakan, jika permohonan kedua-dua pemohon tersebut dipersetujui oleh mahkamah, maka kemenangan kedua-dua Adun tersebut akan terbatal dan pilihan raya semula perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

TERHANGAT ! 3 DITAHAN SERANG KERETA POLIS !!!!!



Kumpulan remaja terlibat menyemburkan buih ke arah kereta peronda polis dan ada diantara mereka membaling objek keras hingga merosakkan kenderaan terbabit.

Kumpulan remaja serang kereta polis

KUANTAN - Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan Hari Natal bertindak liar dengan melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis yang berada di sekitar pusat peranginan Pantai Teluk Chempedak, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, sekumpulan remaja terbabit bertindak mengganggu pengguna jalan apabila menyembur buih ke arah kereta yang melalui kawasan tersebut.

Susulan perbuatan kumpulan terbabit, ada pemandu kenderaan terlibat menghubungi pihak polis untuk mengawal dan meleraikan kumpulan remaja itu.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, sebuah kereta peronda bersama dua anggota polis di kerah ke lokasi dan mendapati keadaan sesak dipenuhi orang ramai yang berkumpul di kawasan tersebut.

Menurutnya, kehadiran kereta peronda di kawasan itu gagal menyuraikan kumpulan terbabit sebaliknya mereka bertindak menahan dan menyembur buih sabun dan melontar tin, batu dan botol air mineral ke arah kenderaan polis itu.

“Dua anggota polis dalam kenderaan itu menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan meminta bantuan memandangkan keadaan agak tidak terkawal.

“Susulan kejadian, polis menahan tiga remaja berusia 16 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan,"katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, semua suspek bagaimanapun tiada rekod jenayah namun mereka terpaksa ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Sabtu depan.

Mohd Haris berkata, akibat kejadian kereta peronda mengalami kerosakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta peronda terbabit kemek di bahagian belakang sebelah kiri dan kanan akibat disepak, lampu belakang sebelah kiri retak, cermin depan retak dan berlekuk di bonet depan akibat dibaling objek keras.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber

HOT ! PEGAWAI POLIS BERGELAR DATUK DITAHAN DISYAKI TERLIBAT RASUAH JUTAAN RINGGIT !!!!!


Pegawai tinggi polis disyaki rasuah, wang haram

IZWAN ROZLIN 26 Disember 2013 sumber

SHAH ALAM – Seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dengan rasuah.

Menurut sumber yang dipercayai, pegawai tersebut yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) itu ditahan sepasukan anggota SPRM di rumahnya di Kuala Lumpur, kelmarin.

“Pegawai tinggi polis itu ditahan serta-merta berikutan penemuan wang dengan jumlah yang agak banyak disimpan di dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota SPRM,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang tunai yang disimpan di rumah pegawai polis itu.

Kata sumber itu lagi, hasil siasatan SPRM juga mendapati pegawai berkenaan turut miliki simpanan wang di dalam akaunnya yang berjumlah jutaan ringgit.

"Punca wang itu juga agak meragukan dan akan disiasat lebih lanjut," katannya -SH


BERITA BERKAITAN :

Pegawai kanan polis dipanggil berhubung kes penggubahan wang haram RM6j


Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan polis dipanggil semalam untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tiga pegawai polis berkiatan kegiatan penggubahan wang haram RM6 juta.

Sumber memberitahu, keterangan dari pegawai berpangkat Asisten Komisioner dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur itu sebagai prosedur biasa siasatan.

Katanya, ia perlu bagi mengesahkan jawatan dan peranan pegawai yang disiasat SPRM.

Akhbar BH pada November lalu melaporkan tiga pegawai terbabit masing-masing berpangkat Deputi Superintendan, Assistan Superintendan dan Sarjan ditahan berasingan dan ketika ditahan SPRM turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga unit jam tangan berjenama Rolex dan turut ditemui adalah sejumlah barang-barang kemas.

Hasil siasatan awal Suruhanjaya ini mendapati kegiatan penggubahan wang haram ini melibatkan nilai jutaan ringgit.

Dua daripada pegawai yang ditahan tersebut kini bertugas di Johor manakala seorang di Seremban, Negeri Sembilan. Salah seorang pegawai terbabit disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi dianggarkan melakukan kesalahan yang sama membabitkan wang haram bernilai RM4.3 juta
.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613) (AMLATFA) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia   Sumber

KEKURANGAN DIESEL TANDA AWAL NEGARA AKAN BANKRAP.....?




Negara pengeluar minyak mentah masih kurang bekalan minyak adalah satu yang menghairankan....setahu kita kerajaan tidak lagi membenarkan sebarang pengekspotan diesel keluar negara. Dan kebanyakan kenderaan perdagangan menggunakan diesel untuk bergerak. 

Adakah kerajaan tidak mampu lagi menyumbang subsidi minyak kerana kekeringan dana?


Ahmad Maslan ‏@ahmadmaslan3 jam

Rm44 billion pelbagai subsidi utk rakyat setahun. Hampir sama dgn belanjs pembangunan. Rm24.8 billion drpd itu ialah subsidi ron95 & diesel




Kekurangan diesel jejas pendapatan rakyat

SHAH ALAM 26 DIS : Kerajaan Pusat gagal menyelesaikan isu kekurangan diesel di stesen minyak seluruh negara yang kerap berlaku khususnya pada hujung bulan.

Ini berikutan sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pernah menyatakan untuk mencari jalan penyelesaian segera berhubung masalah itu, namun sehingga kini ia masih tiada sebarang tindakan konkrit dilakukan.

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata Kerajaan Pusat perlu bertindak segera untuk mengatasi masalah yang berlaku pada setiap akhir bulan. Katanya, ketidakprihatinan Kerajaan Pusat menyebabkan kesukaran pengusaha kenderaan berat atau stesyen minyak hilang pendapatan.

“Banyak kawasan mengalami ketidak cukupan bekalan. Ini menimbulkan banyak rungutan di beberapa kawasan.

“Kalau kita lihat, apabila berlaku kekurangan diesel ini menyebabkan banyak usaha yang menganggu kelancaran dari sudut pengangkutan. “Ini menyukarkan mereka mencari sumber pendapatan dan menanggung kerugian individu mahupun syarikat ekoran masalah itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.


Yahya berharap tindakan yang lebih terancang daripada pihak kerajaan perlu dilakukan bagi memastikan bekalan diesel tidak menjadi masalah berulang.
“Kita hairan bagaimana sebenarnya sistem agihan ini dilakukan. Kita mahu ia berjalan lancar dan berharap tiada agenda disebalik isu itu berlaku,” katanya.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hisham Othman mahu masalah itu berlarutan selama lebih setahun dan perlu diselesaikan segera supaya bekalan tidak terjejas.

Masalah kekurangan bahan bakar itu pada setiap hujung bulan telah merumitkan dan membebankan pengguna. Kehabisan diesel di stesen-stesen berlaku pada hujung bulan selama tiga hingga lima hari dan biasanya pengusaha akan dipersalahkan.

31 DIS : UMNO TUNJUK BODOH, POLIS BUAT LAWAK..



31 Dis: Polis buat lawak, Umno guna alasan bodoh

Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menempelak tindakan pihak polis yang membuat tangkapan terhadap rakyat yang ingin berhimpun secara aman pada 31 Disember ini bersempena protes kenaikan harga barang.

Terbaru, pihak polis telah menangkap Pengerusi Gerakan Turun Harga Barang (Turun), Azan Safar pada 23 Disember di mana siasatan adalah berdasarkan kepada Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam 2012 dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan.


“Juham melalui barisan peguamnya telah turun untuk membantah permohonan lanjutan reman oleh pihak polis,” kata Pengarah Juham, Noorazmir Zakaria dalam satu kenyataan.

Majistret kemudiannya, kata beliau telah menolak permohonan lanjutan reman oleh pihak polis dan Azan Safar telah dibebaskan lewat petang semalam.

Menurutnya, Juham amat terkejut dengan dakwaan pihak polis yang memberikan alasan bahawa tangkapan Azan Safar adalah kerana beliau disyaki terlibat di dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

“Lawak jenaka apakah ini apabila mengaitkan tangisan rakyat terhadap kenaikan harga barang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan?” tanya beliau.
Katanya, Juham percaya Umno dan Barisan Nasional sudah kehabisan alasan untuk menutup kelemahan mereka sehingga menggunakan alasan bodoh sebegini.

Beliau berkata, Juham turut telah mendapat maklumat bahawa akan terdapat beberapa lagi siri tangkapan bersempena perhimpunan 31 Disember ini.

Justeru, tegasnya Juham mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis ini yang jelas menafikan hak rakyat untuk bersuara sepertimana yang telah dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Apatah lagi, kata beliau perhimpunan aman ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar luahan serta tangisan rakyat yang bakal berdepan pelbagai siri kenaikan harga menjelang tahun baru 2014.

Justeru, ujarnya Juham menggesa agar pihak polis menunjukkan sikap yang bertanggungjawab dengan tidak tunduk kepada tekanan Umno dan Barisan Nasional yang semakin tidak relevan dan telah kehabisan talian hayat.
Selanjutnya,kata beliau Juham menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar tidak khuatir dan gusar dalam bersoladiriti menyuarakan bantahan anda terhadap kezaliman Umno dan Barisan Nasional ini.

Beliau memberitahu, Juham sedia untuk memberikan khidmat guaman secara percuma sekiranya terdapat sebarang tangkapan serta dakwaan yang dibuat.

Katanya, sejarah telah membuktikan bahawa Umno dan Barisan Nasional akhirnya akan akur dengan kehendak rakyat sepertimana pemansuhan Akta Keselamatan Negeri hasil daripada pengorbanan dan penat lelah yang tanpa henti daripada rakyat yang bencikan kezaliman.

“Oleh itu, tunjukkan soladiriti, tekadkan hati. Infiru!” tegasnya. ~ Harakahdaily

25 Disember 2013

BERITA GRED A : UMNO KUBANG PASU KATA EXCO KEDAH BANGANG MACAM..LVEMBU....


Baru setengah tahun dapat exco da nk ubah macam2. Aku bukan org umno tapi aku just print screen dari page dorang..klo agak berguna king post jelah. Klo x, buang je. Saya xkisah. Heheheheh
Sumber

GEMPAR ! GAMBAR JUTAAN KERANG TERDAMPAR DI PANTAI TERSEBAR DI SELURUH DUNIA....LIHATLAH APA PUNCANYA...


Ribuan Kerang Dipantai Dumyat al Jadidah, Egypt


Kerang terdampai hanya orang Malaysia sahaja yang ghairah... orang Arab tak kisah pun sebab mereka kata kerang haram tak boleh makan.


Gambar ni tersebar luas dan sampai di Malaysia , dunia mungkin ...contoh page yang saya jumpa share benda ni , Harakahdaily , Buku Resepi ( tetapi dah dibetulkan) dan DPP Malaysia [Official] . Kononnya ini adalah situasi di Lahad Datu , Sabah.... padahal ini gambar di Mesir...Saya ada sekali time pemilik sebenar gambar snap gambar ni...Ini sebenarnya fenomena biasa di Pantai Dumyat Jadidah , Mesir .

FAHAMILAH KISAH BENARNYA......

Apabila tiba musim sejuk , kerang akan bertebaran di pantai ini . Penduduk tempatan (orang Arab Mesir) tidak memakan kerang tersebut . Alasan mereka , haiwan dua alam . Wallahu A'lam...itu alasan mereka .... Jadi pelajar Malaysia di sini mengambil kesempatan untuk mengutip kerang tersebut dan membawa pulang ke rumah kami . Saya pun mengambil kesempatan untuk snap jugak gambar ni dan siap buat profil picture lagi ...huhu





TERKINI! SELANGOR TOLAK TAWARAN LUMAYAN UNTUK JUAL SAHAM LEBUHRAYA KESAS

Gamuda perluas pegangan


Gamuda memaklumkan syarikat itu menaikkan harga tawaran untuk membeli semua pegangan dalam Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

GAMUDA Bhd (Gamuda) dilihat merancang untuk memperluas penguasaannya dalam pemilikan lebuh raya di Lembah Klang selepas syarikat itu menaikkan harga tawaran untuk membeli semua pegangan dalam Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) yang belum dimilikinya.

Menerusi nota kepada Bursa Malaysia, Gamuda yang memiliki 30 peratus saham dalam Kesas Holdings Bhd memaklumkan, syarikat itu menawarkan RM420 juta untuk membeli 30 peratus pegangan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan RM280 juta untuk 20 peratus saham dimiliki Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam Kesas.

"Gamuda telah menerima persetujuan PNB berhubung tawaran baharu ini. Maklumat terperinci transaksi akan diumumkan selepas perjanjian jual beli ditandatangani," menurut Gamuda dalam nota itu, kelmarin.

PKNS dan PNB sebelum ini menolak tawaran Gamuda yang dibuat pada 4 November 2013 untuk membeli pegangan mereka masing-masing pada harga RM375 juta dan RM250 juta.

Bagaimanapun, penganalisis berpendapat Gamuda hanya akan memperoleh 70 peratus pegangan dalam Kesas kerana PKNS dijangka tidak menerima tawaran terbaru itu.

"Kami tidak melihat PKNS akan menerima tawaran terbaru ini kerana iklim politik yang sensitif," menurut Hong Leong Investment Bank
.

Kerajaan Selangor baru-baru ini menegaskan akan menggunakan pegangan saham PKNS dalam Kesas untuk menghalang kenaikan kadar tol yang dijangka dinaikkan kerajaan persekutuan, tahun depan.

Kesas bagaimanapun dalam satu kenyataan, 19 Disember lalu menjelaskan kadar tol bagi lebuh raya itu tidak akan dinaikkan dan Kesas tidak disenaraikan sebagai satu daripada lebuh raya di mana caj tol akan dinaikkan, tahun depan.

Pembelian saham bantu perluas sumber perolehan

Sementara itu, Maybank Investment Research dalam satu nota, semalam, berpendapat tawaran baharu itu berpatutan dan pengambilalihan itu akan menaikkan sumber perolehan berulang Gamuda, selari dengan pandangan Kenanga Research yang percaya peningkatan 12 peratus dalam nilai tawaran untuk Kesas adalah berpatutan.

Sementara itu, 20 peratus lagi pegangan dalam Kesas dimiliki Amcorp Properties Bhd (Amcorp) kini dalam proses pengambilalihan oleh Gamuda selepas Amcorp bersetuju dengan tawaran awal RM250 juta, yang kemudian turut dinaikkan kepada RM280 juta.

Penjualan saham oleh Amcorp itu menjadikan pegangan Gamuda dalam Kesas naik kepada 50 peratus apabila urusan pengambilalihan selesai.


Kesas yang ditubuhkan pada 1993 dipertanggungjawabkan membina, mengendalikan, menyenggara dan mengutip tol untuk lebuh raya itu selama 28 tahun dan sembilan bulan. Lebuh raya sepanjang 34.5 kilometer dengan empat plaza tol itu menghubungkan beberapa kawasan utama di Lembah Klang dari Sri Petaling, Kuala ke Pandamaran.

Selain Kesas, Gamuda turut memiliki pegangan dalam Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Smart.


BERITA BERKAITAN MENGENAI KENAIKAN TOL:

BN mungkir janji jika tol naik, kata bekas Timbalan Menteri


SHAH ALAM: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menepati janjinya jika bertindak menaikkan kadar tol, kata bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata dalam Akujanji BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) BN telah berjanji untuk berusaha menurunkan harga tol.

Komitmen itu dibuat selepas Pakatan Rakyat mencanang akan menurun atau memansuhkan tol dibeberapa tol di seluruh negara, jika berjaya membentuk kerajaan pada PRU13, Mei lalu.

“Tapi jika kerajaan meneruskan juga (langkah menaikkan kadar tol), ia secara terang-terangan merupakan perbuatan memungkiri janji, yang amat tidak baik,” katanya kepada sebuah portal di Universiti Malaya (UM), semalam.
Katanya, beliau berharap agar kerajaan menyemak semula kedudukannya dengan pemegang konsesi lebuh raya.

Tambahnya, tindakan tersebut juga akan menujukkan amaran Pakatan Rakyat, bahawa BN hanya ingin memancing undi, akan menjadi kebenaran.

"Sebab itulah ada MP BN yang memberi amaran kepada kerajaan berhubung langkah ini. Jika kita buat begini, apa yang Pakatan katakan selama ini, bahawa janji kita hanya untuk memenangi undi, akan menjadi realiti,” katanya lagi.

24 Disember 2013

GEMPAR ! FENOMENA BODONG IKAN NAIK KE DARAT...MUNGKIN TANDA BENCANA AKAN TIBA? [ VIDEO INSIDE ]





Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.


Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.


SubhanAllah.. Fenomena Ikan Tamban Naik Ke Darat..

Kejadian berlaku di Kg Tambisan Lahad Datu. Menurut kata orang-orang tua di sana, ia mungkin membawa petanda tertentu. 


Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora... 

Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang diramalkan sejak Selasa lepas dijangka berterusan ke hari ini. 

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter. Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj juga dijangka berlaku di perairan Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. 

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot-bot kecil, rekreasi laut dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan sukan laut. Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dan dijangka berterusan sehingga awal malam hari ini



Huruf alif pada kalimah ALLAH ditukar dengan logo 1Malaysia, ini kerja orang JAHIL.

Tukar huruf alif perbuatan orang jahil


Tindakan pihak tertentu mengedar risalah yang mempunyai logo Umno kepada penduduk, diselar Pas Kawasan Rantau Panjang kerana huruf alif pada kalimah ALLAH ditukar dengan logo 1Malaysia.


RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang menyelar tindakan pihak tertentu yang menukar huruf alif pada kalimah ALLAH kepada nombor satu atau logo 1Malaysia dan menggesa pihak terbabit bertaubat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini.

Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.

"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.

"Di mana ulama atau pakar agama dalam Umno? Mereka sepatutnya menegur pihak yang berbuat perkara ini kerana ia dilihat seperti sengaja mempermainkan kalimah ALLAH," katanya.

Beliau menggesa agar risalah berkenaan ditarik balik dan kesalahan tersebut diperbetulkan agar tidak merosakkan aqidah umat Islam.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammad Zailani Mohd Yunus berkata, pihak terbabit sepatutnya mengharamkan edaran kertas tersebut.

"Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan sebenar ayat-ayat al-Quran diturunkan kepada umat manusia.

“Pihak terbabit sepatutnya merujuk Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-69 (2005).

“Kami berpendirian perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menggambarkan ketaasuban melampau dan membuta tuli,” katanya.

Beliau mendesak pihak terbabit menarik balik edaran risalah berkenaan serta memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.

GEMPAR ! SERANGAN BERANI MATI DI BUKIT AMAN , KETUA POLIS & MENTERI TERBUNUH????


PEH....BERITA PALSU RUPANYA......DARI DIANA BATU CAVES

DIBAWAH PENJELASAN DARI PDRM


TIADA BERLAKU INSIDEN PENGEBOMAN: PDRM menafikan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.

Adalah dimaklumkan keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa.

Berikutan penyebaran khabar angin tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Perbuatan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan yang keji dan PDRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku ini.

Orang ramai diminta bekerjasama untuk tidak menyebarkan berita seumpama ini kerana pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berbuat demikian.

SUPT Lai Lee Ching
SUPT Komunikasi Korporat
Urusetia KPN (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman


SUMBER BERITA

Polis siasat pemilik FB '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' kerana sebar berita palsu
Laporan mengenai pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di atas yang telah disiarkan oleh pemilik '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' adalah satu laporan palsu menurut Polis.

Admin laman Facebook macai tersebut telah mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.

Bagaimanapun pihak Polis telah menafikan kejadian tersebut..berikutan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Bodoh punya macai ni.. dah tak ada kerja sangat ke?..

Kenapa aku kata macai punya kerja?.. tengok ni..


APA KESUDAHANNYA.....ADAKAH TANGKAPAN AKAN DIBUAT OLEH PIHAK POLIS?

TERKINI ! SERANGAN BOM MEREBAK KE PHUKET, SATU TRAK PIKAP PENUH DENGAN BOM DILETAK DIBELAKANG BALAI POLIS [ VIDEO INSIDE ]



Video letupan di Danok

Danok (Thailand): Kerajaan Thailand mengesahkan tiada rakyat Malaysia mengalami kecederaan mahupun terbunuh dalam kejadian letupan bom, di sini, semalam.

Datuk Bandar Sumnukham, Kecha Benjakern berkata, seramai 27 mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Sadao, manakala dua lagi yang mengalami kecederaan serius sudah dihantar ke Hospital Hatyai untuk rawatan susulan.

Menurutnya, kawasan sekitar insiden letupan bom akan ditutup selama seminggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan selain urusan pampasan insurans.

"Kerajaan Thailand akan memberi pampasan kepada semua mangsa yang cedera dan kejadian ini sememangnya di luar jangkaan.

"Kami berharap pelancong terutamanya rakyat Malaysia tidak perlu takut dengan keadaan itu memandangkan pihak kami sudah mengambil langkah berjaga-jaga," katanya.




Sebuah bom di daerah Sadao di wilayah Songkhla pada Ahad 22 Disember, 2013 rosak sekurang-kurangnya empat kenderaan.(Gambar oleh Wichayant Boonchote)

Pihak keselamatan juga telah diperketatkan kawalan di Phuket selepas kenderaan dicuri  dari Selatan thailand ditemui diletakkan di belakang balai polis di wilayah resort, dengan bahan letupan disembunyikan dalam pikap.

27 orang cedera termasuk perempuan. Empat berada dalam keadaan serius selepas rentetan serangan bom yang bermula kira-kira tengah hari ahad.

Bom meletup di tiga lokasi di daerah Sadao. Laporan awal berkata terdapat empat bom. Daripada yang cedera, enam yang sedang dirawat di Hospital Sadao, 17 yang lain di Hospital Padang Besar dan empat di Hospital Songkhlanakharind, kata Gabenor Songkhla Kritsada Boonraj.

Letupan pertama, sebuah bom kereta yang kuat dan sekitar tengah hari berhampiran Oliver Hotel di tengah-tengah kawasan pelancongan di Ban Dannok di  Perbandaran tambon Samnak Kham .

Letupan telah merosakan  hotel dan lebih daripada 20 kedai-kedai dan tempat-tempat hiburan di kawasan itu. Kompleks hiburan Paragon popular telah terbakar , juga  sembilan kenderaan terbakar diletakkan di kawasan itu.

Selepas kejadian itu  trafik meningkat di pusat pemeriksaan sempadan Thailand-Malaysia di daerah itu kerana pelancung Malaysia  bergegas pulang .

Kira-kira dua jam lebih awal, unit pelupusan bom mematikan peranti bom yang ditemui di hadapan restoran McDonald dan di luar kedai Lotus Express . Pada sebelah petang pula, bom motosikal meletup di tempat letak kereta di Balai Polis Padang Besar dan sebuah lagi bom meletup di tempat letak kereta di Balai Polis Sadao. Tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Perintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Kol Banphot Poolpian berkata letupan bom adalah  bertujuan untuk melumpuhkan  zon ekonomi daerah.

Kol Banphot menolak kemungkinan keganasan terbaru akan membawa daerah Sadao, yang telah aman, ke dalam lubuk yang pemisah. Beliau berkata kuantiti besar barangan lari cukai dirampas di daerah tersebut sebulan kebelakangan ini. Ini mungkin menjadi satu sebab punca  keganasan.

Sementara itu, bom yang ditemui pada trak pikap dicuri di luar balai polis Phuket.

Polis menemui satu Isuzu kelabu trak pikap sarat dengan bom dibungkus dalam dua silinder gas memasak yang diletakkan di belakang balai polis Muang.

Pegawai pelupusan bom berjaya mematikan  peranti. Ia adalah kali pertama sebuah bom kereta yang disyaki telah ditemui di Phuket.

Kenderaan yang membawa bom( trak pikap)  telah dipunyai oleh Vithan Yachamnarn, 34, yang ditembak mati di hadapan sebuah kedai pembinaan di daerah Sai Buri di Pattani pada 9 Mei oleh lelaki bersenjata yang kemudian mencuri kenderaannya.

Pihak berkuasa keselamatan bimbang pemberontak selatan mungkin cuba meluaskan kawasan sasaran mereka dari Selatan  ke  wilayah selatan lain.

TERKINI ! PRESIDEN GAMIS DITANGKAP...REJIM BN KIAN PANAS


Kereta Proton Waja berwarna silver bernombor plate WML 4089 menahan saudara Azan Safar. Kata mereka akan dibawa ke IPD Dang Wangi. Kita doakan semoga tidak berlaku apa-apa yang tak diingini.

Beberapa aktivis TURUN yang bersama dengan Azan ketika makan dihalau dengan kasar dan diherdik di depan orang ramai.


SAMM kutuk pengangkapan Azan Safar, Gesa Rakyat Bersedia Untuk Himpunan Besar 31 Disember

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk tindakan pihak berkuasa yang mengheret seorang mahasiswa ke balai polis tanpa alasan yang munahsabah.

Azan Safar, Pengerusi Turun yang juga Presiden GAMIS dikahabrkan dicekup polisi kira - kira jam 11.30 malam tadi ketika sedang makan di sebuah kedai makan di ibukota. Penangkapan ini dipercayai ada kaitan dengan demo malam tahun baru nanti.

Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini ? Boleh sahaja panggil elok - elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat.

SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar sambil menyeru semua agar tenang termasuk pasukan keselamatan dan jangan sesekali termakan provokasi BN. Pihak berkuasa harus rasional dalam membuat keputusan, tidak perlu mengikut telunjuk kerajaan BN yang dilihat telah 'goyang' oleh gerakan rakyat mutakhir ini.

Bagi SAMM, penangkapan Azan Safar akan terus membangkitkan lagi semangat anak muda dan orang ramai untuk turun bersama dalam protes raksasa 31 Disember 2013


Sheikh Yaser Abd Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Read more: sumber

Photo: Sedang berunding menuntut Pengerusi TURUN Azan Safar segera...Kami tuntut dibebaskan malam ini juga...

23 Disember 2013

TERPANAS ! NGO-NGO PRO BN MEMBIDAS MENTERI KABINET NAJIB BANGANG DAN TIADA OTAK?.....




Dari kiri Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah, Tengah Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah. Presiden Veteran Tentera Melayu Malaysia (Mohd Ali Baharom).


KUALA LUMPUR - Gabungan NGO Pro BN hari ini membidas tindakan menteri-menteri Kabinet yang dakwa mereka sering mengeluarkan kenyataan sebelum mengkaji rasional kenyataan tersebut.

Wakil mereka dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kebelakangan ini menteri sering mengeluarkan kenyataan tanpa kajian sehingga menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat, sekali gus menjejaskan nama baik perdana menteri.

"Kebanyakan menteri keluar kenyataan dulu, baru kaji balik.

"Sepatutnya sebarang kenyataan yang hendak dikeluarkan haruslah rasional dan bersifat profesional.

"...oleh itu saya sarankan menteri bincang dan fikir dulu kenyataan itu... Jangan susahkan PM," katanya dalam satu sidang media khas hari ini.


Mengulas perkara yang sama, Mohd Ridzuan turut membidas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dakwanya langsung tidak berani bertindak mempertahankan perdana menteri dan isterinya.

"Mana Ketua Wanita Umno apabila pembangkang mencerca PM dan isterinya.

"Jangan jadi penakut, bertindaklah," tegasnya.


Paling utama kenyataan mesti bela dan bodek kek semah......

Gambar: Aku tunggu je menteri terlepas cakap gini - Johan