24 Disember 2013

TERKINI ! PRESIDEN GAMIS DITANGKAP...REJIM BN KIAN PANAS


Kereta Proton Waja berwarna silver bernombor plate WML 4089 menahan saudara Azan Safar. Kata mereka akan dibawa ke IPD Dang Wangi. Kita doakan semoga tidak berlaku apa-apa yang tak diingini.

Beberapa aktivis TURUN yang bersama dengan Azan ketika makan dihalau dengan kasar dan diherdik di depan orang ramai.


SAMM kutuk pengangkapan Azan Safar, Gesa Rakyat Bersedia Untuk Himpunan Besar 31 Disember

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk tindakan pihak berkuasa yang mengheret seorang mahasiswa ke balai polis tanpa alasan yang munahsabah.

Azan Safar, Pengerusi Turun yang juga Presiden GAMIS dikahabrkan dicekup polisi kira - kira jam 11.30 malam tadi ketika sedang makan di sebuah kedai makan di ibukota. Penangkapan ini dipercayai ada kaitan dengan demo malam tahun baru nanti.

Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini ? Boleh sahaja panggil elok - elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat.

SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar sambil menyeru semua agar tenang termasuk pasukan keselamatan dan jangan sesekali termakan provokasi BN. Pihak berkuasa harus rasional dalam membuat keputusan, tidak perlu mengikut telunjuk kerajaan BN yang dilihat telah 'goyang' oleh gerakan rakyat mutakhir ini.

Bagi SAMM, penangkapan Azan Safar akan terus membangkitkan lagi semangat anak muda dan orang ramai untuk turun bersama dalam protes raksasa 31 Disember 2013


Sheikh Yaser Abd Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Read more: sumber

Photo: Sedang berunding menuntut Pengerusi TURUN Azan Safar segera...Kami tuntut dibebaskan malam ini juga...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan