28 Disember 2013

PANAS ! EMEL LOKASI BOM PULAK???... DIDEDAHKAN OLEH BLOGGERS UMNO

Selepas Berita palsu oleh macai...malam ini gah pulak pasal emel lokasi bom.....

Polis siasat pemilik FB '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' kerana sebar berita palsu

Laporan mengenai pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di atas yang telah disiarkan oleh pemilik '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' adalah satu laporan palsu menurut Polis.

Admin laman Facebook macai tersebut telah mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis. 

Bagaimanapun pihak Polis telah menafikan kejadian tersebut..berikutan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Bodoh punya macai ni.. dah tak ada kerja sangat ke?.. Kenapa aku kata macai punya kerja?.. tengok ni..


INI PULAK  BERITA BOM YANG  DIKELUARKAN OLEH BLOGGER PRO BN.....

Rancangan Letupan Bom Di Himpunan Aman Rakyat 31 Dec Didedahkan Oleh Bloggers UMNO!

Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.

Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli.Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh puak-puak macai mereka.

Malah perancangan itu juga turut melibatkan cybertroopers mereka yang akan berada di "ground" bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.
Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.

Sama ada email ini benar atau tidak , MMI rasa pihak berkuasa perlu segera menjalankan siasatan.
sumber theunspinners


Posted by CUCU TOK WAN at 10:00 PM Friday, December 27, 2013
Alamak...

Ini benda yang sangat serius dan tidak boleh ditangani secara sambil lewa sepertimana Pejabat Peguam Negara membebaskan penunjuk-penunjuk perasaan dan dalang-dalangnya seperti Hishamuddin Rais, Tian Chua atau Ambiga. Ini sudah cerita jenayah.

Benar atau tidak, pihak polis seharusnya perlu melakukan siasatan secara terperinci dan menyeluruh. SKMM juga seharusnya perlu melakukan siasatan menyeluruh dan sangat terperinci memandangkan ini membabitkan keselamatan negara serta orang ramai.

Dalam sebuah e-mel yang dikatakan dihantar oleh Rahim Ghouse, kepala perancang perjalanan serta aktiviti politik bagi Anwar Ibrahim semenjak Anwar masih berada dalam kabinet, kedudukan lima buah bom yang diletakkan dan dijangka akan diletupkan pada tengah malam 31 Disember 2013 bagi memulakan huru-hara, didedahkan.

Lokasi-lokasi tersebut adalah:

(1) Persimpangan lampu isyarat SOGO
(2) Persimpangan lampu isyarat Puduraya
(3) Bulatan berhampiran Masjid Negara, Stesen Keretapi Kuala Lumpur
(4) LRT Masjid Jamek
(5) Stesen Komuter Bank Negara.

Nombor handphone dan email semua ngam.
Samada betul atau tidak, Unspinners nasihatkan kepada anak-anak muda supaya tak payah pergi ke perhimpunan haram tersebut. Pasti kecuh ...
Tiada perhimpunan yang tak kecuh.
SOP mereka ada untuk salahkan SB di atas sebarang kekecuhan.
Hakikatnya mereka mahukan kecuh supaya cepat tersebar luas oleh cybertrooper mereka dan boleh terhebahkan satu dunia.
Pasti media-media asing akan memberi liputan. Bab huru hara memang media asing suka. Lagi ada mati, cedera dan harta awam rosak lagi mereka suka. (UNSPINNERS)


Pihak berkuasa seharusnya dengan segera mendapatkan keterangan daripada Rafizi Ramli dan mengakses e-mailnya. Biarpun e-mel yang ini telah dipadamkan, peluang untuk mendapatkan kembali salinan asalnya masih boleh dibuat memandangkan Rafizi Ramli sudah tentu akan membuka e-mel berkenaan untuk dibaca.
Apatah lagi dengan persamaan yang terlalu ketara melibatkan nombor telefon dan alamat e-mel milik Rahim Ghouse yang merupakan orang yang dipertanggungjawabkan oleh Anwar Ibrahim untuk menyimpan wang-wang rompakannya sewaktu penghujung kerjayanya selaku Timbalan Perdana Menteri.

Palsu atau tidak, pihak berkuasa harus menyiasat!!!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan