Pegawai tinggi polis disyaki rasuah, wang haram
IZWAN ROZLIN 26 Disember 2013 sumber
SHAH ALAM – Seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dengan rasuah.
Menurut sumber yang dipercayai, pegawai tersebut yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) itu ditahan sepasukan anggota SPRM di rumahnya di Kuala Lumpur, kelmarin.
“Pegawai tinggi polis itu ditahan serta-merta berikutan penemuan wang dengan jumlah yang agak banyak disimpan di dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota SPRM,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang tunai yang disimpan di rumah pegawai polis itu.
Kata sumber itu lagi, hasil siasatan SPRM juga mendapati pegawai berkenaan turut miliki simpanan wang di dalam akaunnya yang berjumlah jutaan ringgit.
"Punca wang itu juga agak meragukan dan akan disiasat lebih lanjut," katannya -SH
BERITA BERKAITAN :
Pegawai kanan polis dipanggil berhubung kes penggubahan wang haram RM6j
Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan polis dipanggil semalam untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tiga pegawai polis berkiatan kegiatan penggubahan wang haram RM6 juta.
Sumber memberitahu, keterangan dari pegawai berpangkat Asisten Komisioner dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur itu sebagai prosedur biasa siasatan.
Katanya, ia perlu bagi mengesahkan jawatan dan peranan pegawai yang disiasat SPRM.
Akhbar BH pada November lalu melaporkan tiga pegawai terbabit masing-masing berpangkat Deputi Superintendan, Assistan Superintendan dan Sarjan ditahan berasingan dan ketika ditahan SPRM turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga unit jam tangan berjenama Rolex dan turut ditemui adalah sejumlah barang-barang kemas.
Hasil siasatan awal Suruhanjaya ini mendapati kegiatan penggubahan wang haram ini melibatkan nilai jutaan ringgit.
Dua daripada pegawai yang ditahan tersebut kini bertugas di Johor manakala seorang di Seremban, Negeri Sembilan. Salah seorang pegawai terbabit disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi dianggarkan melakukan kesalahan yang sama membabitkan wang haram bernilai RM4.3 juta.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613) (AMLATFA) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia . Sumber
LAWAK JANAK YANG SELAU SANGAT DIBUAT DAH TAK GELAK DAH.KALAU KOTE TAK NAIK DAH.APAM KECUT KAKKKAKAKKAKAKAKKAKAKKAKAKAKKAKAKAKAK
BalasPadamBUAT LE LAWAK LAIN WAHAI POLIS MAU PU SPRM