24 Ogos 2013

Panas ! Menteri Dalam Negeri Pun Dipau Kongsi Gelap..Baru Ada Akai...( VIDEO )


Rumah terbuka Zahid pun diganggu samseng


Apabila bercakap tentang jenayah, nampaknya Menteri Dalam Negeri sendiri pun turut menjadi mangsanya.

Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu satu forum pagi ini bahawa samseng pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh semalam meminta pihak penganjur membayar wang perlindungan.

Di kawasan menteri dalam negeri pun, samseng minta wang perlindungan, katanya disambut gelak ketawa hadirin.
Zahid memberitahu demikian ketika menyampaikan ucaptama di forum mengenai pencegahan jenayah hari ini.

Zahid tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu, tetapi menggesa semua pihak supaya membantu mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang, terutamanya dengan komen yang membina.

Katanya, beliau mengalu-alukan sumbangan semua penulis blog dan (pengguna) media sosial.

Zahid turut meminta supaya

"Jika anda tidak bersama kita, ia tidak bermakna anda bersama mereka," katanya sambil menggesa semua pihak bekerjasama dengan mengubah pemikiran dan sikap dengan bekerjasama membanteras jenayah.


Tekanan Hutang Negara Punca PTPTN Disenaraikan CCRIS BANK NEGARA

Mengikut Fitch, berlakunya kelemahan pengurusan kewangan ini adalah kerana beberapa faktor. 

Pertama, jaminan kerajaan Malaysia kepada hutang luar jangka yang dibuat oleh agensi berkaitan kerajaan seperti 1MDB, PTPTN dan sebagainya yang meningkat kepada 15.2% daripada KDNK negara.

 Kedua, kebergantungan kerajaan kepada hasil minyak oleh Petronas. Ketiga, janji-janji pilihan raya oleh BN yang akan menambah beban kewangan negara. Keempat, subsidi tinggi yang menyempitkan lagi ruang untuk mengurangkan defisit perbelanjaan dan hutang negara.




Kerajaan digesa untuk memikirkan mekanisme yang lebih baik untuk membantu mahasiswa dan graduan yang dibelenggu dengan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukannya terus menerus menghukum mereka dengan pelbagai bebanan dan tekanan.


Pinjaman PTPTN Dalam Senarai CCRIS BANK NEGARA.Tangguh Dulu!


Sebenarnya daripada mula lagi apabila Datuk Seri Najib Razak mengumumkan nama Idris Jusoh untuk diangkat menjaga satu kementerian yang cukup penting sebagai Menteri Pelajaran Kedua, Berita Semasa agak kurang bersetuju. Lihat sahaja umurnya yang sudah semakin senja.

Mempunyai masakah beliau dan berapa jauhkah jurang masa umur beliau untuk memahami masalah yang dihadapi golongan muda hari ini.

Bukan tiada kalangan pemimpin politik yang layak untuk dipilih. Tetapi Idris Jusoh juga mendapat tempat. Rezeki beliau agaknya. Nah…kesannya boleh dilihat melalui cadangan melulu Idris Jusoh baru-baru dengan sepantas kilat baru-baru ini mahu melaksanakan dasar di mana peminjam PTPTN yang gagal bayar hutang akan diletakkan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara.
Pinjaman PTPTN Dalam Senarai CCRIS BANK NEGARA : Kerajaan Tidak Terus Cadangan


Bercakap dahulu tanpa sebarang kajian dan semakan dilakukan, akhirnya inilah jadinya. Mereka tidak faham sebenarnya masalah yang dihadapi masalah orang muda sebenarnya. Bukannya semuanya begitu, ada juga deretan dan barisan menteri yang dilihat berkaliber dan cuba buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Contohnya…..juga ada dalam laporan Berita Semasa kali ini.

Pinjaman PTPTN Dalam Senarai CCRIS BANK NEGARA : Kerajaan Tangguh


Berita Semasa sendiri bersetuju, jikalau sudah namanya hutang, bayarlah bukan? Pinjam PTPTN RM30,000. Bayar semua RM30,000. Tetapi yang menjadikan peminjam PTPTN kurang ada motivasi sebenarnya untuk membayarnya apabila melihatkan kepada caj pentadbiran yang membebankan mereka. Caj pentadbiran aka riba. Samalah, cuma istilah sahaja ditukar supaya nampak mulia bunyinya. Itu sahaja.

Satu lagi masalah paling utama yang Berita Semasa perhatikan. Lambakan kolej & pusat pengajian swasta yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Mereka hanya mahukan membuat keuntungan sebenarnya yang dibantu dengan bantuan pinjaman PTPTN. Hakikatnya, Kerajaan Malaysia sendiri berdasarkan semakan Berita Semasa melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh, tiada universiti baru yang mahu dibina. Akhirnya tugas memberikan & menyediakan pendidikan tinggi kepada pelajar digalas oleh kapitalis yang mendapatkan laba besar dalam pendidikan tinggi negara.

Akhirnya ada kalangan peminjam PTPTN yang telah bergelar “graduan ekspres” asalkan dapat sijil atau diploma tetapi hakikatnya permintaan dalam pasaran pekerjaan tiada. Akhirnya mengganggur. Contohnya :

Habis belajar 2006, pinjaman RM28000

Mula mendapat kerja 2007, dan mula bayar pinjaman PTPTN tahun 2009 apabila sudah mendapat kerja tetap Pinjaman PTPTN telah pun dibayar sebanyak RM7,000. Baki masih lagi tertera angka RM25,000++
Menghabiskan untuk membayar caj pentadbiran sahaja sekitar RM4,000

Dikurangkan caj pentadbiran pun sudah pun melegakan kebanyakan peminjam PTPTN. Kerajaan tidak akan rugi jika membantu anak-anak muda dalam sektor pendidikan. Ini kerana pelaburan terbesar bagi sesebuah negara bagi tempoh jangka masa panjang adalam sektor pendidikan dalam pada masa yang sama lebihan tunai yang mereka terima berunding membayar caj pentadbiran yang memebankan boleh digunakan untuk meningkatkan lagialiran tunai yang lebih rancak bagai ekonomi setempat. Apa pendapat balas anda pula? Ada cadangan untuk menteri?

P/S : Jadilah menteri yang lebih agresif dan lebih bijak sewakt membuat tindakan. Buktikan yang kami silap membuat andaian terhadap anda sebagai menteri dengan bangkit melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia pada masa akan datang

Baca 3 Lagi Berita Menarik Di Bawah:
Pinjaman PTPTN-Bekas Peminjam Liat Membayar? Siapa yang tak kenal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Rata-ratanya,hampir...
Pinjaman PTPTN Akan Dipotong Atau DiHapuskan? Tabung PTPTN sekarang ini semakin kering. Itu hakikatnya. Sebab kemungkinannya,...
EFES PTPTN : Semakan Penyata & Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Online Efes PTPTN : Kalau dahulu semasa melajutkan pelajaran ke peringkat yang lebih...

HOT ! Pembunuhan Pegawai Tinggi Kastam, Didalangi Oleh Jabatan Kastam Sendiri....


Pembunuhan pegawai tertinggi Kastam berkaitan penyeludupan kereta di Langkawi, kata anak lelaki

Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.

Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri. "Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.


"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi. "Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.

"Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.

Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.



Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.

"Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.

Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi. Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan. "Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.

Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara. "Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.

Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.

"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.

Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi. “Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.

Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.

Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".

Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan. Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. -tmi

BN MENANG KEDAH SENANG, TAKDAK MASALAH SETAKAT NAK BAYAR BIL LETRIK...HANGPA JANGAN BAGI MALU NOO.....

Bil elektrik: ‘Kami tak mampu bayar’


Beberapa penduduk rayu pihak TNB jalankan siasatan dan menemui penduduk bagi menjelaskan perkara sebenar.

PENDANG - ‘Kami tak mampu bayar’. Itulah luahan penduduk Kampung Sungai Baru di sini, yang kurang berpuas hati dengan bil elektrik yang dikenakan kepada mereka dikatakan terlalu tinggi selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat penukaran meter baru hujung tahun lalu.

Difahamkan, seramai 200 penduduk dari 50 keluarga di kampung itu tidak berpuas hati kerana mendakwa bil elektrik naik lebih satu kali ganda selepas penukaran meter baru dan merayu pihak terbabit melakukan siasatan segera.

Penduduk, Ismail Ahmad, 62, berkata, dia terkejut apabila mendapati bil yang dikenakan selepas penukaran meter baru terlalu tinggi melebihi satu kali ganda memandangkan dia hanya menetap bersama isteri sahaja di rumah.

“Waktu guna meter lama bil hanya sekitar RM30 saja namun, selepas tukar, bil yang dikenakan sekitar RM80 sehingga lebih RM100.

“Bil yang dikenakan seolah-olah tidak logik kerana saya tinggal berdua saja di rumah, manakala tiga anak berada di asrama,” katanya.

Katanya, sebagai pesawah bayaran yang dikenakan dianggap tinggi memandangkan terpaksa menanggung persekolahan semua anak ditambah dengan harga barang keperluan sekarang semakin tinggi.

Ismail berkata, selepas menyedari bil yang dikenakan terlalu tinggi, dia merujuk perkara itu kepada Pejabat TNB Guar Cempedak.

“Namun pihak berkenaan meminta saya mengisi borang bertujuan untuk memanggil pihak Kuala Lumpur membuat pemeriksaan.

“Saya isi borang tapi tunggu sekian lama tiada mana-mana pihak yang tampil sehingga kini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, yang membuka warung kopi di kampung terbabit, Shuib Mustafa, 43, berkata, dia juga hairan setelah mendapati bil elektrik naik daripada kebiasaannya kurang RM100 tetapi, bil bulan ini meningkat kepada RM192.75.

“Saya tak dengar pula kata kerajaan akan menaikkan bil elektrik setinggi ini menyebabkan rata-rata penduduk membualkan perkara ini setiap hari di kedai-kedai kopi.

“Saya berharap agar pihak terbabit dapat memberi penerangan agar penduduk jelas mengenai perkara ini,” katanya.

Shuib berkata, sebagai peniagaan warung dia turut rasa terbeba sehingga terpaksa melambatkan pembayaran.

23 Ogos 2013

INILAH NEGARAKU, BUNUH ORANG BOLEH BEBAS TAPI ZIARAH JADI JENAYAH?

Mahkamah Rayuan bebaskan Sirul dan Azilah dari tuduhan bunuh Altantuya..


Sebagaimana yang dijangka banyak pihak... Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

altantuya trial 160707 azilah, Hakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.

Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalah arahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert.


Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.

Pendakwa akan merayu

Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.

Timbalan Peguamcara Negara 111, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.

Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Menurut peguam, kedua-dua tertuduh mungkin dibebaskan dari penjara Sungai Buloh lewat hari ini.

Dalam mesej teks, Tun Majid berkata mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini ~ Malaysiakini


Berita pada Khamis April 9, 2009

Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dikenakan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibu. Foto THE STAR

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar kerana didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwaan telah membuktikan tanpa keraguan munasabah kes terhadap Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37.

Katanya pembelaan keduadua tertuduh berdasarkan kepada penafian dan juga menyalahkan satu sama lain, dan dengan itu, ianya tidak boleh dipercayai."Mereka gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dapati konklusif.

"Saya dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kamu, Azilah dan Sirul Azhar," kata Mohd Zaki. Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan dalam Mukim Bukit Raja dekat sini antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Pengarah eksekutif Malaysian Strategic Research Centre, Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan mereka, telah dilepaskan dan dibebaskan pada 31 Oktober tahun lepas tanpa dipanggil membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan ada kes prima kes terhadapnya.

Dalam penghakimannya hari ini, Mohd Zaki berkata pembelaan Azilah bergantung kepada keterangan yang dia tidak berada di tempat kejadian semasa jenayah itu dilakukan dan dia juga tidak membuat kenyataan berhubung tempat kejadian yang diterima oleh mahkamah.

"Dia mendakwa berada di Wangsa Maju dan dia bukannya orang terakhir berada bersama Altantuya kerana dia menyerahkan Altantuya pada malam itu kepada tertuduh kedua (Sirul Azhar) untuk dihantar pulang ke Hotel Malaya," katanya.

Mengenai Sirul Azhar, Hakim Mohd Zaki berkata pembelaan tertuduh kedua itu bergantung kepada keterangan bahawa dia adalah "kambing korban", dia tidak membuat kenyataan berhubung barangan peribadi milik Altantuya, dia tidak berada di tempat kejadian sebaliknya berada di Sri Hartamas dan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, dan Altantuya tidak diserahkan kepadanya oleh Azilah untuk dibawa ke Hotel Malaya.

Pihak pendakwaan dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid manakala peguam Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar mewakili Azilah dan peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican serta Ahmad Zaidi Zainal mewakili Sirul Azhar.

Ketika hukuman dijatuhkan, Azilah dan Sirul Azhar kelihatan tenang dan tidak menunjukkan sebarang emosi

. Di luar mahkamah, tunang Azilah, Nur Azila Baharuddin berkata keluarga Azilah di Sarawak telah diberitahu mengenai keputusan mahkamah itu dan mereka amat sedih kerana mengharapkan dia akan dibebaskan.

Nur Azila berkata beliau tetap berharap Azilah akan dibebaskan apabila rayuan terhadap keputusan hari ini dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutan.

Ditanya mengenai rancangan masa depan mereka berdua, Nur Azilah berkata:

"Tak ada rancangan lagi tapi memanglah nak kahwin sebab dah lama tunggu, kita berkenalan sejak 2004 dan bertunang pada 2006."

Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman AlHabshi yang turut ditemui pemberita, berkata beliau telah menghubungi bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu, untuk memaklumkan mengenai keputusan itu pada pukul 9.30 pagi tadi.

Beliau berkata Shaariibuu, berasa lega dan berpuas hati dengan keputusan hari ini serta ingin mengetahui perkembangan selanjutnya mengenai tindakan yang akan diambil oleh pihak pembelaan.

Ditanya mengapa Shaariibuu tidak hadir, Abdul Rahman menjelaskan beliau (Shaariibuu) terkeliru dengan laporan media antarabangsa bahawa keputusan hari ini ditangguhkan ke tarikh lain, selain keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik.

Timbalan Pendakwa Raya Tun Majid Tun Hamzah pula berkata kes itu belum berakhir kerana ia boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

"Melainkan keputusan hari ini dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan nanti, barulah boleh dikatakan kes ini telah selesai," katanya ~ mStar


CUBA LIHAT KES DIBAWAH UNTUK ZIARAH RAKYAT MARHAEN PUN KENA CAJ KES JENAYAH?


ZIARAH SUATU JENAYAH?

Fakta Kes Saman Malu Mazlan Aliman keatas Ins Mohd Azran Rahmat dan Kerajaan Malaysia:-

1. Datang ke Felda Lembah Klau pada 9 mac 2010 atas tujuan ziarah peneroka Felda yg sakit kerana dilokap beberapa hari kerana dakwaan mencuri buah kelapa sawit di kebunnya sendiri,

2. Bersembang santai di beranda rumah Hj Hamidun Yeop Isa, peneroka Lembah Klau bersama sekitar 15-20 orang peneroka dan gen 2 felda antara pukul 3.30-4.30 ptg. Duduk bersila dan berbual tanpa pembesar suara.

3. Diserbu dan dikepong oleh 30 orang anggota Polis Bantuan Felda yg membawa senjatapi.

4. Ins Azran sebagai Pegawai Penyiasat dari IPD Raub mendakwa menahan saya di hadapan Bangunan Indrapura, Jln Teras Raub jam 11.15 mlm bersama 9 anggota JSJ IPD Raub pada 9 mac 2010 seolah2 saya penjenayah besar yg sangat berbahaya,

5. Ins Azran membuat dakwaan palsu kerana saya sebenarnya ditangkap di Tkt 1 IPD Raub pada tarikh dan masa tersebut oleh beliau sahaja. Ada beberapa saksi bersama dengan saya termasuk lawyer Haris Abdullah.

6. Ins Azran memalsukan maklumat penahanan adalah bertujuan untuk mendapatkan perintah reman dari Puan Majistret Mahkamah Majistret Raub; alasannya untuk siasatan lanjut.

7. Ins Azran mohon reman 4 hari, tapi dibenarkan sehari sahaja oleh Pn Majistret setelah dibantah oleh Lawyer Haris Abdullah.

8. Sepanjang saya direman dan dilokap, tiadapun sebarang siasatan lanjut dibuat, hingga saya dibebaskan.

9. Saya didakwa di bawah seksyen 447 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan pencerobohan jenayah(criminal trespass) walhal tiada harta dan kegiatan jenayah yg saya lakukan. Dialog yg disusun pun dibatalkan kerana tiada beroleh permit. Saya hanya ziarah sahaja.

Adakah ziarah suatu jenayah?

10. Sepatutnya seksyen 441 digunakan untuk menahan saya. Ia lebih munasabah. Penggunaan akta pun salah. Diminta baca kedua dua seksyen dalam mahkamah pun tergagap gagap.

11. Penahanan saya adalah tidak sah dan salah. Defendan memalsukan maklumat, bagi membolehkan perintah reman dikeluarkan keatas saya. Saya memohon gantirugi2 berkaitan.

12. Hakim Dato' Akhtar Tahir akan membuat keputusan atas kes ini pada 23 oktober akan datang di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Hot! Rumah Isa Samad Pulak Disamun



Rumah Isa Samad kena pecah masuk pagi tadi



SEREMBAN: Rumah Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Nilai Spring, dekat sini, dipecah masuk sekumpulan perompak awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata pihaknya masih menyiasat dan menentukan jumlah kerugian.

Sehingga kini jumlah kerugian akibat kejadian berkenaan tidak dapat dipastikan dan difahamkan program Majlis Hari Raya Felda Global Ventures (FGV) di Jempol yang sepatutnya dihadiri beliau terpaksa dibatalkan.

4 lelaki pecah masuk rumah Tan Sri Isa Samad

 Empat lelaki bersenjata parang memecah masuk rumah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan mengikat lima anggota keluarga ahli politik berkenaan dalam kejadian di Nilai Springs Villa, di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, tiga lelaki terbabit memasuki banglo itu ketika anggota keluarga Mohd Isa iaitu dua anak perempuannya, seorang menantu lelaki, seorang cucu dan anak saudara selain seorang pembantu rumah sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Yusoff Awang berkata ketika kejadian Mohd Isa dan isteri berada di sebuah lagi kediaman beliau di Seremban, dekat sini.

"Ketika semua mangsa sedang nyenyak tidur dalam bilik masing-masing tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai rakyat asing.

"Kesemua mangsa termasuk seorang pembantu rumah yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an dikumpul dalam sebuah bilik dan diikat oleh penjenayah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit kemudian menggeladah kediaman itu dan melarikan empat telefon bimbit serta dua peti besi yang mengandungi barang kemas serta jam berjenama milik ahli politik itu yang dianggar bernilai ribuan ringgit.

Katanya siasatan awal mendapati penjenayah memecah masuk kediaman itu melalui pagar belakang dan bertindak mengacukan parang terhadap seorang anggota polis bantuan yang berada di pondok pengawal di hadapan rumah itu dan mengikatnya.
"Seorang daripada suspek mengawal anggota polis bantuan itu manakala tiga lagi suspek masuk ke rumah mangsa selepas mengumpil tingkap rumah di bahagian belakang," katanya.

Mohd Yusoff berkata semua mangsa berjaya melepaskan diri dengan bantuan seorang anggota polis bantuan lain yang tiba selepas semua suspek beredar.

Jumlah kerugian sedang ditafsir oleh mangsa dan pihak polis sedang memburu semua suspek terlibat, katanya yang meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Mohd Isa dan anggota keluarganya enggan ditemui pemberita kerana masih trauma dengan kejadian itu
. - BERNAMA

TRADEDI GENTING: PUNCA SEBENAR KEJADIAN TERBONGKAR



Gambar: 中国报讯:巴士坠谷惨剧中的肇祸巴士不仅已被交通局列入黑名单,已故肇祸司机更被揭发拥有16张交通罚单未缴付。


Cerita penumpang bas: Pemandu seolah 'merasainya'

KUALA LUMPUR - Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands semalam berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu.

Nur Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, berkata sebelum bas terjunam ke dalam gaung pemandunya sempat memberhentikan bas dan turun selama tiga minit untuk melihat enjin bas sebelum naik semula dan menghidupkan enjin.

"Pada masa itu saya terdengar bunyi yang begitu kuat dari bahagian depan bas tetapi pemandu itu masih meneruskan perjalanan," katanya yang duduk di belakang pemandu bas dalam perjalanan itu.




"Masa itulah, tiba-tiba bas tidak dapat dikawal, cuba mengelak beberapa kereta dan bas tapi saya perasan bas ada melanggar dua tiga buah kereta sebelum sampai di suatu selekoh, bas terus menjunam jatuh ke dalam gaung," katanya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu, dekat sini, hari ini.

Nur Maizatul yang merupakan mangsa kedua yang dibawa naik dari dalam gaung dalam insiden itu berkata ini merupakan pengalaman pertamanya pergi dan pulang dari Genting Highlands bersama kawan lelakinya, Mohd Razis Ibrahim, 23, dengan menaiki bas dan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Saya ingat lagi masa itu keadaan sangat cemas, takut dan semua menjerit kuat. Tetapi saya tidak faham mengapa bas boleh bawa ramai penumpang sehingga ada yang sanggup berdiri dan duduk di pintu tangga bas," katanya sambil menambah kawannya kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya ketika di dalam gaung itu, beliau berkata saat itu merupakan saat yang paling menakutkan apabila melihat ramai penumpang sudah bergelimpangan di sekitar bas itu dalam keadaan cukup menyayat hati.

"Saya lihat satu-satu daripada mereka depan mata saya sendiri, ada yang sudah tidak bernyawa, ada yang kritikal.

"Pada masa itu, saya meminta tolong lelaki sebelah kiri saya yang juga terselamat untuk membantu saya bangun kerana kaki saya patah tetapi dia pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut mengalami nasib yang sama seperti saya (patah kaki)," katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves dan menetap di Rawang bersama keluarganya.

Sementara itu, abang mangsa, Mohamad Nor Fazli Sahazmi Ahmad Sharuddin, 26, berkata beliau bersama ibunya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada ayahnya yang mengatakan adiknya terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands.

"Ayah hubungi saya selepas seorang anggota bomba menelefonnya menggunakan telefon adik dan memberitahu adik selamat tapi cederanya agak teruk. Masa itu pukul 3.30 petang, saya tidak fikir apa terus pergi sana.

"Sejam kemudian saya sampai di tempat kejadian, saya buntu, saya pergi ke khemah yang menempatkan mayat-mayat, saya lihat satu persatu mayat sebab tidak pasti keadaan adik dan tak jumpa," katanya.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang, abang iparnya menelefon beliau memaklumkan Nur Maizatul berada di Hospital Sungai Buloh.

"Masa itu, rasa bersyukur sangat adik selamat, cuma mengalami cedera di muka, patah di bahagian tulang punggung, betis dan paha," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa warga Korea yang dirawat di Unit Kecemasan (ICU) Hospital Sungai Buloh, Kang Byoung Kuk berusia 60 tahun tidak dapat
ditemubual kerana masih tidak sedar diri. - Bernama



22 Ogos 2013

HANGAT ! PASAI APA ORANG KUAT UMNO & BEKAS PEGAWAI KERAJAAN TIBAI MUKRIZ.....


Gambar : Pelajar KUIN yang terpaksa belajar di luar kelas akibat kelas yang tidak cukup utk menampung pelajar 

Inilah situasi atau 'mangsa' orang yang buta melihat keuntungan jika memartabatkan Pendidikan dan Keilmuan..


Kelmarin 21 ogos 2013 di mergong . Pelajar pengajian islam yang ramai di urus oleh pentadbiran duduk di bilik kuliah yang kecil dan sempit, sehingga ada sebilangan dari mereka yang terpaksa belajar dan menyalin nota melalui tingkap kelas.

Gambar: Kelas Kuala Ketil...
We miss it...
:(
Ini bilik Kuliah di Kampus Kuala Ketil



KUIN - Bila UMNO BN berkata tidak serupa yang di dalam hati...


Saya harus akui bahawa saya antara penyokong dan pelaksana dasar kerajaan. Saya menyokong projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Saya terlibat secara langsung dengan pembangunan prasarana diluar Bandar. Saya pegawai kerajaan (bekas), saya lakukan sebaik mungkin kerana saya percaya ia untuk kebaikan rakyat. Saya tidak menjadi ahli UMNO kerana pegawai kerajaan tidak dibenarkan aktif politik.

Tetapi sebab sebenar ialah saya dilarang menyertai UMNO oleh ahlinya sendiri. Alasannya kerana saya ada 2 ijazah universiti. Dua puluh tahun dalam kerajaan, saya banyak mengalami pertembungan nilai antara kepentingan rakyat dengan kepentingan orang politik. tetapi saya bersabar juga kerana saya diamanahkan begitu. Lagipun saya percaya tiada siapa bersih dari kelemahan.

Saya pernah berurusan dengan projek bernilai ratus juta. Orang yang diberi kontrak tidak ada pengalaman sedikit pun. Akhirnya pembangunan terbengkalai . Ada projek yang dibuat tidak dengan kajian terperinci. Bahkan ada projek yang dibuat walau pun dibantah oleh pakar-pakar . Jika anda ke Langkawi, dipintu kuala Sungai Kedah, anda boleh lihat Kota Kuala Kedah .

Kota itu mirip kepada kota di Eropah dizaman raja raja mereka. Anda tentu tahu kota itu tidak pernah digunakan kerana tidak selamat. Pergilah ke muzium padi di gunung Keriang, ada kolam renang bersaiz olimpik. Ada siapa yang gunakan kolam itu sekarang? Itu hanya contoh yang kita terpaksa melihatnya. Sakit hati mengenangnya.

Bila Mukhriz menjadi menteri besar, dia berulang kali sebut bahawa ; “ kita akan jadikan negeri Kedah pusat keilmuan diperingkat antara bangsa”. Idea ini sungguh luhur dan mulia. Siapa pun tidak boleh menyanggahnya. Bila dilihat pada pelaksanaannya, kata-kata itu cuma hiasan untuk menghibur hati orang ramai. Bahkan bercanggah .

Idea menghasilkan INSANIAH sangat murni. Sampai ketangan orang yang melaksanakannya dipalit dengan berbagai kepentingan lain. Berapa Menteri Besar yang dilalui oleh INSANIAH sebelum berjaya menjadi kenyataan. Empat MB dari UMNO gagal membina suatu idea yang dicetuskan oleh orang UMNO sendiri. Tiba-tiba seorang MB dari Pas yang memegang kuasa selama 5 tahun membangunkan Kampus KUIN di Kuala Ketil. Apa lagi kesimpulan yang dapat dibuat mengenai UMNO?. Kalau buah, buruknya sudah sampai kepulur. Tidak boleh diselamatkan lagi.

Apa faktor yang menjadikan Ust Azizan Berjaya membina Kampus K.Ketil dalam 5 tahun sedangkan 4 MB dari UMNO gagal melaksanakanya dalam 20 tahun ialah kerana dia memang jelas dan iltizam untuk menjadikan KUIN sebuah university yang hebat. Masalah kewangan, politik, birokrasi tidak menjadi halangan kepada beliau. Sedangkan 4 MB UMNO dengan sokongan KCS dan Kerajaan Persekutuan gagal, maka apalagi yang hendak kita katakan mengenai UMNO.

Katakan kita selesai solat jenazah jiran kita yang meninggal. Kebiasaannya imam akan bertanya, “apa yang kita katakan mengenai orang ini?”. Ikhlaskah hati waktu kita katakan “baik” kerana kita tahu baru semalam jiran ini mencuri seluar kita yang dijemur diampaian?

Sebuah institusi pendidikan seperti KUIN sepatutnya berada diatas kemelut politik. Berapa parti yang memerintah pun, institusi ini perlu berjalan terus, tanpa diganggu oleh pemegang kuasa . Pihak mentadbir profesional tidak akan membiarkan diri mereka menjadi alat kepada orang politik yang datang dan pergi. Pentadbir kekal melaksanakan keputusan pemerintah. Bila pentadbir sudah bermain politik, keadaan jadi kacau.

Inilah penyakit yang menimpa KUIN. Pentadbir sudah hilang sifat professional mereka. Hingga kadang kala kelihatan seperti lebih sudu dari bubur. Orang yang diharapkan berusaha keras menjadikan KUIN berkembang dan masyhur terang terang menjadi ejen memburukkan KUIN. Peluang ini digunakan sebaiknya oleh politikus. Opportunis memang sifat semula jadi politikus, itu syarat kejayaan mereka. Tetapi bila sifat ini diamalkan oleh pentadbir, kelihatan amat jelik.

Projek-projek yang berakhir sebagai gajah putih sepatutnya tidak ujud kalau pentadbir lebih professional. Projek Marina Kuala Kedah tidak boleh digunakan bukan kerana masalah luar jangka. Sejak ada negeri Kedah ini, air pasang surut di muara tidak pernah berubah sifatnya. Jadi bila marina itu kering berlumpur bila air surut, sudah sepatutnya. Begitu juga dengan kolam renang di Gunung Keriang.

Politikus dalam masa yang singkat ingin meninggalkan legenda sendiri. Nafsu ini tiada had. Kerana menurut nafsulah perpustakaan dibina dalam hutan diceruk negeri. Marina yang tak boleh dimasuki bot, jejantas ditengah hutan. Tetapi pentadbir tidak boleh lepas tangan. Siapa penasihat kepada projek-projek ini? Siapa yang buat kejian kemungkinan ? Teknokrat dan pentadbir mesti jujur menyatakan yang sebanarnya. Mesti professional.

Tun M pernah menulis, “ahli UMNO akan bertepok tangan bila pemimpinnya bersin”. Saya tidak ada sindiran yang lebih tajam dari ini dalam kamus saya. Bila pemimpin dikelilingi “yes-YB”, jangan hairan bila suatu hari dia akan percaya dia mencapai “maksom”. Bila sampai keperingkat ini, tentunya dia berhenti mendengar nasihat sesiapa juga.

Pernah dengar MB hadiahkan penyapu kepada ketua jabatan?, didepan penonton, disiarkan dalam tv! Kalau ini berlaku kepada individu, mungkin boleh ditarik jatuh (sudah jatuh pun). Kalau berlaku kepada organisasi seperti UMNO, bagaimana?

Cukuplah. Bila BN menang PRU13, saya sangka dengan setulus hati KUIN akan lebih cemerlang. Kerajaan BN mempunyai cukup sumber kewangan dan jentera pelaksana. Mesjid dan asrama akan dibina dengan lebih cepat dari biasa. Pengambilan pelajar akan meningkat. Kursus yang ditawar akan bertambah. Pengajar berkualiti akan dibawa masuk hatta dari luar negara sekalipun. KUIN akan gah standing dengan Al-Azhar bahkan akan mengatasi Al-Azhar.

Apa yang saya lihat berlaku, menhakis semua kepercayaan saya kepada UMNO. Semua itu ranap dalam sekelip mata. Allah, ampunkan dosa saya kerana memberi kepercayaan kepada manusia yang tidak boleh dipercayai. Ampunkan saya kerana saya lupa amaran Mu, “ wahai orang beriman, mengapa kamu katakana apa yang tidak kamu laksanakan. besarlah kemurkaan Allah kepada orang yang berkata apa yang tidak mereka laksanakan”.(61:2-3).

Ya Allah bimbinglah lidah ku untuk berkata apa yang aku boleh laksanakan. Ya Allah, jauhilah aku dari orang-orang yang berkata lain dari apa yang mereka hasratkan.

oleh : kuin umno ~ Double H


Dibawah ini ada print screen...Orang Kuat Umno Kuala Ketil , Zuraidi Rahim, tak silap  Pengerusi GAGASAN Negeri Kedah sudah mula menibai cara politik pentadbiran kerajaan Mukriz....... 




Kedahkini

TRAGEDI GENTING ! CUKUP DENGAN RETORIK, AGENSI PENGUATKUASA TIDAK BERMAYA?

Tragedi Genting: Sudah terhantuk baru terngadah



[ULASAN] Sebaik sahaja tragedi bas yang meragut 37 nyawa menjadi tajuk utama berita dunia semalam, reaksi yang sudah dijangka daripada pemimpin-pemimpin kerajaan cepat menyusul.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan menyiasat kemalangan jalan raya yang paling dashyat dalam sejarah negara “sehingga ke lubang cacing.”


Ada baiknya jika siasatan yang dijanji itu bermula dengan mengenal pasti punca bas maut itu masih boleh beroperasi walaupun ia sudah disenaraihitam oleh JPJ.

Media melaporkan bahawa bas itu memang dalam keadaan usang dan mengikut saksi yang terselamat, brek kenderaan itu tidak berfungsi, menyebabkan pemandu hilang kawalan.

Adalah diharapkan pemerintah tidak cepat melenting sekali lagi tentang sikap alpa pengguna jalan raya apabila mengulas tragedi menyayatkan di Genting Highlands.

Masalah kecuaian pemandu dan kenderaan-kenderaan “nazak” di jalan raya berkait rapat dengan penguatkuasaan longlai, longgar dan sambil lewa yang semakin memburuk dengan peredaran masa.

Petunjuk jelas kepada fenomena ini adalah kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa 1.7 juta pengguna jalan raya tidak menjelaskan saman pelbagai kesalahan jalan raya.

Begitu ramai orang mengambil sikap begitu mudah terhadap saman, malah tidak keberatan menjadi pesalah berulang atau repeat offender.Sikap ambil mudah ini mempunyai akar umbi daripada ketiadaan sebarang tindakan tegas oleh pihak berkenaan.


Ia mencerminkan agensi penguatkuasa, baik polis, JPJ mahupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai tidak bermaya dalam mengambil tindakan tegas yang dituntut.

Cadangan Khalid untuk menggantung lesen pemandu kenderaan komersil dan pengguna motorsikal yang melakukan kesalahan berulang kali sepatutnya dilaksanakan secepat mungkin.?

Namun penggubalan undang-undang sehebat mana pun tidak bererti jika aspek penguatkuasaan terus dipinggirkan.Polis trafik dan JPJ sudah lama dibelenggu dengan masalah kredibiliti daripada segi kesungguhan untuk menguatkuasakan undang-undang.

 
Mereka sering, (kadang-kala secara tidak adil) dikaitkan dengan ungkapan duit kopi dan sebagainya.

Kemalangan yang mengorbankan 37 nyawa di Genting Highland tidak boleh disalahkan kepada sambutan Hungry Ghost Festival atau pesta hantu lapar seperti yang digembar-gemburkan dalam beberapa blog.

“Siasatan sehingga ke lubang cacing” seperti yang dijanjikan oleh Hishamuddin harus berpaksi kepada sikap muhasabah dan keinginan untuk memperkuatkan aspek penguatkuasaan undang-undang jalanraya.

Cukup dengan retorik. Kini masa untuk bertindak.




Kemalangan Di Genting Highland Kemalangan Terburuk Bas Dalam Sejarah - VIDEO

37 MAUT, 16 CEDERA


PASUKAN Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highland, semalam.

Mangsa terperosok, bertindih di bahagian depan bas

Nahas terburuk babitkan bas dalam sejarah negara


Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang semalam.

Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.

Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini.







Laporan Sinar Harian

Keadaan fizikal bas uzur, kata mangsa #SHSemasa

KUALA LUMPUR - Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam memberitahu, beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.

Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu, beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang.


Beliau yang patah tangan kiri dan mengalami kecederaan di muka dan tangan itu menceritakan hal berkenaan kepada teman lelakinya, Zaid Ismail, 25, yang melawatnya di Hospital Selayang malam ini.

Zaid ketika ditemui Bernama berkata: "Selepas kejadian jatuh gaung, Nur Syamimi mencari adiknya, Nur Fathiah, 21, yang turut berada di dalam bas itu namun tercampak beberapa meter dari tempat duduk mereka.

"Nur Fathiah turut mengalami kecederaan ringan. Mereka kemudian merangkak keluar melalui tingkap yang pecah dan cuba membantu mangsa lain memandangkan mereka yang terawal sedar daripada kejadian itu.


Sementara itu, Roslan Jantan, 54, pernah menasihatkan abangnya Rasib, 61, seorang pegawai keselamatan di sebuah hotel di Genting Highlands yang turut terkorban, supaya tidak menaiki bas sedemikian untuk berulang alik dari tempat kerja.

Ini memandangkan keadaan bas berkenaan dipercayai uzur dan kurang penyelengaraan, dakwa Roslan, seorang bekas pemandu bas di syarikat lain.


Bas awam tersebut menjalankan perkhidmatan berulang alik setiap hari ke pusat peranginan itu dari stesen bas Jalan Tun Razak di sini.



Bas maut disenarai hitam oleh JPJ

SHAH ALAM: Bas yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan 37 penumpang dan pemandu di Genting Highlands semalam telah disenarai hitam oleh pihak berkuasa kerana tidak memeunhi piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan.

Bas itu dikatakan milik Genting Highlands Transport Berhad yang beroperasi daripada Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Jurucakap syarikat itu tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan kenapa bas itu masih digunakan sungguhpun diambil tindakan oleh JPJ.  Kenderaan itu disenaraihitam oleh JPJ namun adalah tidak jelas bila atau kenapa tindakan itu diambil.

Menteri Pengangkutan Hishamuddin Tun Hussein berjanji untuk menyiasat punca tragedi sehingga ke lubang cacing.



Kedahkini

21 Ogos 2013

Penjelasan Tuan Imam " Nafi Cium Mulut " - Hanya Fitnah Jahat

Imam nafi cium mulut amalan kariah

Wartawan sedang menemu bual Mokhtar (kanan).

PENDANG – Video adegan jemaah cium mulut khatib sebaik selesai membaca khutbah Hari Raya Aidilfitri di sebuah masjid yang dikatakan berlaku di Daerah Pendang tersebar luas melalui laman sosial baru-baru ini.

Penyebaran video itu mengejutkan ramai pihak malah ada yang menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh golongan fahaman Syiah. Kelakuan yang dirakamkan dilihat pelik apabila beberapa jemaah meluru dan menunggu di belakang khatib.

Video berdurasi 2:02 itu mendapati beberapa jemaah bertindak meluru ke arah mimbar ketika khatib sedang membaca khutbah dan diakhiri video itu dikatakan seorang jemaah terbabit bertindak mencium mulut khatib berkenaan sebaik sahaja selesai berkhutbah.

Justeru itu, Sinar Harian berusaha mencari khatib yang dimaksudkan dalam video itu dan difahamkan kejadian itu berlaku di Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut Pendang.

Imam Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut, Mokhtar Mohamad kelihatan tenang ketika Sinar Harian memperkenalkan diri dan menjelaskan bahawa dakwaan laman sosial mengatakan seorang jemaah bertindak mencium mulutnya adalah tidak benar.

“Adegan cium mulut sama sekali tidak berlaku dan saya rasa sudut kamera ketika video itu direkodkan menampakkan seolah jemaah itu mencium mulut saya.

“Pada hakikatnya, jemaah meluru dan menunggu di belakang saya bertujuan untuk bersalam, memeluk dan berlaga pipi sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di masjid itu semalam.

Jelasnya, bersalaman, memeluk dan berlaga pipi merupakan perkara yang sering dilakukan dalam kariah ini sejak puluhan tahun dahulu.

“Budaya ini menjadi keseronokan pada hari raya bagi anak kariah masjid ini dan satu kegembiraan bagi anak kariah pertama yang dapat bersalaman dan memeluk imam menyebabkan mereka berebut datang ke hadapan.

“Ada golongan menyifatkan perbuatan tersebut adalah amalan Syiah namun selama 13 tahun saya menjadi imam masjid ini mendapati tiada pengikut Syiah dalam kariah ini,” katanya.

Mokhtar berkata, budaya memeluk, berlaga pipi sering dilakukan oleh anak kariah terdiri daripada anak murid, saudara-mara dan kenalan rapat.

Katanya, dua jemaah yang tunggu meluru ke arah mimbar adalah jirannya dan merupakan anak kariah yang sering datang ke masjid melakukan solat secara berjemaah.

Sementara itu, katanya, beliau juga telah mengumumkan permohonan maaf ketika solat Jumaat lepas di masjid itu daripada seorang jirannya yang memuat turunkan video tersebut.

“Jiran saya yang menetap di Putrajaya dan pulang berhari raya telah memuat turunkan video itu namun dia memaklumkan kepada saya melalui panggilan telefon bahawa tidak berniat untuk menjadikan perkara yang berlaku sekarang.

“Dia juga minta maaf kepada saya dan minta saya yang dipanggilnya Pak Long agar membuat pengumuman di masjid menjelaskan perkara sebenar kepada anak-anak kariah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul ketika dihubungi berkata dia telah mengetahui perkara itu dan menjelaskan budaya berpeluk dan mencium imam adalah perkara biasa bagi penduduk kampung di situ.

“Saya orang kampung ini dan ketika kejadian saya ada dalam masjid itu. Budaya peluk, cium dengan imam adalah kebiasaan di sini. Cerita cium mulut tak benar," katanya.~ SH

Bas jatuh gaung di Genting Highland, 25 maut, 16 cedera - Saksikan Gambar & Video

Anggota bomba dan penyelamat yang bertugas di tempat kejadian.

Nahas bas di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 25 penumpang setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit.

Setakat ini, hanya 17 mayat berjaya dikeluarkan kata Timbalan Ketua Pengarah Bomba Datuk Soiman Jahid. 


Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Lapan lagi penumpang masih belum berjaya dikeluarkan.Bas tersebut dipercayai membawa kira-kira 49 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.

Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.

Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur.


Menyusul lagi....




NONE

NONE

NONE

NONE



HOT! POLIS BAGI AMARAN KEPADA GENG O4 KONGSI GELAP HENTI PROVOKASI KES TEMBAK



Polis minta henti provokasi kes tembak

GEORGETOWN: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini menggesa anggota kongsi gelap supaya berhenti daripada mempertikai tindakan polis membanteras kegiatan jenayah berat dan memprovokasi kes tembak terhadap lima penjenayah di sini Isnin lepas.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti beberapa identiti anggota kongsi gelap yang bertindak mempamerkan kain rentang yang tertera logo kongsi gelap ketika upacara pengkebumian lima lelaki terbabit semalam.

"Kita memperoleh maklumat melalui risikan yang dilakukan termasuk rakaman video ketika mereka mangadakan perarakan semasa pengkebumian itu.

"Selain itu kita juga menerima beberapa laporan berkaitan perarakan terbabit dan tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966," katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi Ops Cantas Khas di Lebuh Farquhar di sini hari ini.

Semalam tiga daripada mayat penjenayah berkenaan dibawa berarak dalam upacara besar-besaran dengan paluan gendang dan letupan mercun melalui Jalan Yeap Chor Ee, Jalan Bukit Gambir dan Jalan Tun Dr Awang sebelum dibakar di Krematorium Batu Gantung di sini manakala dua lagi upacara dilakukan di Jalan Siram, Butterworth.

Mengulas mengenai Ops Cantas hari ini, Abdul Rahim berkata operasi itu melibatkan penyertaan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri dan mereka ditempatkan di 12 lokasi di negeri ini.

Katanya polis akan menahan suspek yang disyaki terbabit dalam jenayah berat termasuk individu yang pernah ditahan dibawah Ordinan Darurat dan setiap anggota polis dilengkapi pakaian khas sebagai persediaan menghadapi apa jua bentuk ancaman. 




Beliau berkata sejak operasi itu dilaksanakan Sabtu lalu, seramai 16 lelaki telah ditahan melibatkan pelbagai kesalahan berat di seluruh negeri ini dan mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah. - BERNAMA

GENG 04 AKAN BALAS DENDAM?



Geng 04 Cabar Polis, Lukis Simbol Geng Di Dinding IPD, Kibar Bendera Semasa Perarakan Pengkebumian..

Polis menjanjikan tindakan tegas terhadap ahli-ahli kumpulan, ekoran kejadian dinding di ibu pejabat polis di sini yang dirosakkan dengan grafiti simbol Geng 04.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata polis tidak akan takut dengan tindakan itu, yang dilabelkan sebagai "kurang ajar".

"Saya tidak fikir (grafitti) itu bertujuan mengancam. Ia hanya dilakukan oleh 'sampah masyarakat' yang tidak menghormati undang-undang. "Jika itu adalah satu cabaran, itu bukan cara untuk melakukannya.

"Datang bertemu dengan Ketua Polis Daerah, dan kata 'Saya dari (kumpulan) 04. Jika mereka berani, marilah," kata Thaiveegan dalam sidang akhbar, Rabu.

Selain ibu pejabat polis Kuala Langat, nombor 04, simbol Swastika dan RIP (rehat dengan aman) didapati disembur pada 11 lokasi lain di Banting termasuk pondok polis dan bank di sini.Kejadian berlaku selepas lima yang dipercayai anggota Geng 04 ditembak mati di Pulau Pinang pada Isnin.





Terkini! Kabinet tolak syor peminjam PTPTN dirujuk CCRIS

Mesyuarat kabinet memutuskan PTPTN tidak akan meneruskan cadangan senarai hitam CCRIS.

Kabinet tolak syor peminjam PTPTN dirujuk CCRIS



Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, perkara itu diputuskan atas dasar mengambilkira pandangan pelbagai pihak yang memberi respon terhadap isu ini yang dibangkitkan pada Isnin lalu.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih pada PM & menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Khairy dalam laman mikro twitternya pagi ini.

PTPTM sebelum ini berhasrat akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat banyak tentangan terutamanya di kalangan peminjam yang dihimpit dengan bebanan sara hidup yang tinggi terutamanya kepada mereka yang baru mendapat perkerjaan.

Malah Pemuda Umno turut menyatakan bantahan terhadap langkah terbaru kementerian pelajaran yang mahu menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Ketuanya, Khairy berkata langkah itu akan membebankan peminjam dana tersebut.


CCRIS nafi hak peminjam PTPTN miliki rumah, kenderaan -Rafizi

Saya menentang sekeras-kerasnya tindakan PTPTN yang akan menyenaraikan peminjam PTPTN di dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System atau Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat) yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tindakan yang tidak mempedulikan kebajikan rakyat ini mempunyai kesan besar kepada rakyat terutamanya anak muda. Apabila maklumat pembayaran dan pinjaman PTPTN disenaraikan di dalam CCRIS, ia membolehkan institusi kewangan menambah rekod peminjaman PTPTN sebagai kriteria baru menilai kedudukan kredit kewangan seseorang.



Secara langsung, tindakan ini akan digunakan oleh institusi kewangan untuk menafikan kemudahan pinjaman (perumahan, kenderaan dan peribadi) kepada peminjam PTPTN yang didaftarkan oleh PTPTN di dalam CCRIS.

Ini bermakna peminjam PTPTN seolah-olah jatuh ditimpa tangga – sudahlah dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah, mereka kini diugut oleh PTPTN untuk dinafikan hak memiliki rumah, kereta dan lain-lain.

Ugutan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman institusi kewangan ini bukanlah kali pertama PTPTN menggunakan cara kasar untuk menekan peminjam. Sebelum ini pun, PTPTN telah menyenaraihitamkan peminjam PTPTN dalam senarai imigresen hingga menyukarkan mereka ke luar negara. Ugutan itu tidak pun berjaya memperbaiki kedudukan kutipan hutang PTPTN, maka ugutan terbaru menyenaraikan peminjam dalam CCRIS juga saya yakin tidak akan berkesan.

Oleh yang demikian, saya memberi amaran kepada Dato’ Seri Idris Jusoh supaya tidak meneruskan niat untuk mengugut dan menghukum anak muda peminjam PTPTN dengan menyenaraikan mereka di dalam CCRIS.

KEADILAN akan menggerakkan kempen di seluruh negara untuk menentang hasrat ini sehinggalah ia dibatalkan oleh Barisan Nasional.


Kerajaan digesa untuk memikirkan mekanisme yang lebih baik untuk membantu mahasiswa dan graduan yang dibelenggu dengan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukannya terus menerus menghukum mereka dengan pelbagai bebanan dan tekanan.

Pemuda UMNO juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan.


Gempar ! Geng 04 Akan Balas Dendam, Adakah Kongsi Gelap Ini Sudah Ketahap Mafia???

Geng 04 cari pasal terbuka.. Kasikan Omar Ong perasan handal untuk 'handle'



Ahli-ahli, keluarga dan penyokong kongsi gelap geng 04 yang terbunuh dua hari lepas telah membuat laporan polis dan ini mesti ada rancangan nak perbodohkan polis dengan saman sivil kot.

Selepas mereka keluar SMS ini diterima di mana mereka mahu turun dan berkhemah di depan pejabat PM mulai hari ini.

Ketika pengkebumian penjenayah-penjenayah yang terkorban,mereka menunjukkan diri mereka secara terbuka dan benar-benar macam nak cari pasal

Lihat gambar-gambar berikut:






Sementara itu, Banting yang mana Geng 04 tidak beroperasi kelihatan merata-rata contengan-contengan yang menunjukkan simpati penyokong-penyokong Geng 04. Dipercayai ada 18 orang penyokong Geng 04 di Banting.

ANtara-antara contengan-contengan adalah berikut:




Ia kelihatan di pekan Banting di pondok beat polis di pekan, lorong Maybank. bus stop dekat pasar, belakang bangunan galian City, bekas kilang Corum, restoren Ummi, dan dinding pagar balai IPD 

Contengan sama keliahtan juga di Taman Banting Baru di kedai SInger, kabin pejabat persatuan Penduduk, Kedai Mee jawa Saha, kedai korner Lot sebelah cuci kereta, dinding tapak projek bangunan kedai dan peti TNB.

Sebagimana yang kami kahbarkan petang semalam, ini semua petanda Geng 04 akan mengamuk dan tidak hairan polis pun akan jadi mangsa.

Menurut sumber-sumber underground, keberanian kumpulan penjenayah kongsi gelap India ini adalah sebab ada pembiaya kewangan baru kepada kumpulan dari India yang kini bertapak di Siam.

Kejadian pembunuhan sana sini berlaku kerana ada kumpulan ini dari orang-orang lebih muda dan ada kaitan dengan bekas tahanan EO yang dilepaskan mahu kuasai underworld belah-belah utara.

ELoklah kita lengkapkan dengan pistol dan senjata untuk hantar Omar Ong dan Punahsihat-Punahsihat lain yang bersungguh-sungguh mahu mansuhkan ISA, dan tiba-tiba EO pun dimansuhkan sama seperti Nazri Aziz, Shahlan, Idris Jala dan lain-lain.

Saifuddin Abdullah tu elok letak paling depan sekali....

Mat Mat liberal ni hanya tahu retorik dan tindakan serta langkah mereka sering tidak dihalusi dan fikirkan implikasi. mereka percaya sangat pada pandangan liberal hingga apa kejadian dianggap berlaku sebab kita tak liberal.

Sering kali Mat Mat Liberal ini budak-budak hingus yang tak tahu apa tapi seronok baca Fairy Tale yang syok sendiri.


Sumber berita

AWAS! GENG 04 MAHU SERANG BALAI DAN ANGGOTA POLIS



Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Abd Rahim Bin Hj. Hanafi turut serta dalam Ops Cantas Khas bagi membendung kegiatan jenayah di Pulau Pinang, baru-baru ini.