21 Ogos 2013

Bas jatuh gaung di Genting Highland, 25 maut, 16 cedera - Saksikan Gambar & Video

Anggota bomba dan penyelamat yang bertugas di tempat kejadian.

Nahas bas di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 25 penumpang setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit.

Setakat ini, hanya 17 mayat berjaya dikeluarkan kata Timbalan Ketua Pengarah Bomba Datuk Soiman Jahid. 


Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Lapan lagi penumpang masih belum berjaya dikeluarkan.Bas tersebut dipercayai membawa kira-kira 49 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.

Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.

Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur.


Menyusul lagi....




NONE

NONE

NONE

NONE



Tiada ulasan:

Catat Ulasan