21 Ogos 2013

Terkini! Kabinet tolak syor peminjam PTPTN dirujuk CCRIS

Mesyuarat kabinet memutuskan PTPTN tidak akan meneruskan cadangan senarai hitam CCRIS.

Kabinet tolak syor peminjam PTPTN dirujuk CCRIS



Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, perkara itu diputuskan atas dasar mengambilkira pandangan pelbagai pihak yang memberi respon terhadap isu ini yang dibangkitkan pada Isnin lalu.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih pada PM & menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Khairy dalam laman mikro twitternya pagi ini.

PTPTM sebelum ini berhasrat akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat banyak tentangan terutamanya di kalangan peminjam yang dihimpit dengan bebanan sara hidup yang tinggi terutamanya kepada mereka yang baru mendapat perkerjaan.

Malah Pemuda Umno turut menyatakan bantahan terhadap langkah terbaru kementerian pelajaran yang mahu menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Ketuanya, Khairy berkata langkah itu akan membebankan peminjam dana tersebut.


CCRIS nafi hak peminjam PTPTN miliki rumah, kenderaan -Rafizi

Saya menentang sekeras-kerasnya tindakan PTPTN yang akan menyenaraikan peminjam PTPTN di dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System atau Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat) yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tindakan yang tidak mempedulikan kebajikan rakyat ini mempunyai kesan besar kepada rakyat terutamanya anak muda. Apabila maklumat pembayaran dan pinjaman PTPTN disenaraikan di dalam CCRIS, ia membolehkan institusi kewangan menambah rekod peminjaman PTPTN sebagai kriteria baru menilai kedudukan kredit kewangan seseorang.



Secara langsung, tindakan ini akan digunakan oleh institusi kewangan untuk menafikan kemudahan pinjaman (perumahan, kenderaan dan peribadi) kepada peminjam PTPTN yang didaftarkan oleh PTPTN di dalam CCRIS.

Ini bermakna peminjam PTPTN seolah-olah jatuh ditimpa tangga – sudahlah dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah, mereka kini diugut oleh PTPTN untuk dinafikan hak memiliki rumah, kereta dan lain-lain.

Ugutan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman institusi kewangan ini bukanlah kali pertama PTPTN menggunakan cara kasar untuk menekan peminjam. Sebelum ini pun, PTPTN telah menyenaraihitamkan peminjam PTPTN dalam senarai imigresen hingga menyukarkan mereka ke luar negara. Ugutan itu tidak pun berjaya memperbaiki kedudukan kutipan hutang PTPTN, maka ugutan terbaru menyenaraikan peminjam dalam CCRIS juga saya yakin tidak akan berkesan.

Oleh yang demikian, saya memberi amaran kepada Dato’ Seri Idris Jusoh supaya tidak meneruskan niat untuk mengugut dan menghukum anak muda peminjam PTPTN dengan menyenaraikan mereka di dalam CCRIS.

KEADILAN akan menggerakkan kempen di seluruh negara untuk menentang hasrat ini sehinggalah ia dibatalkan oleh Barisan Nasional.


Kerajaan digesa untuk memikirkan mekanisme yang lebih baik untuk membantu mahasiswa dan graduan yang dibelenggu dengan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukannya terus menerus menghukum mereka dengan pelbagai bebanan dan tekanan.

Pemuda UMNO juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan.


1 ulasan:

  1. Azeez Rahim a.k.a pengerusi tabung haji kalau dok buat perangai songlap, ambik komisen 10% untuk memang nak kena cop 'makahai' . Dah lama orang bercerita Tabung Haji ni tempat menternak kroni-kroni, tukang kaut percentage untuk macam-macam projek, malah masa zaman Azeez Rahim jadi one the CEO lagi , mustahil buaya nak tolak bangkai kalau dah terhidang depan mata . SPRM kena siasat unsur-unsur rasuah dan kronisma dalam TH ni , kita risau bila Azeez Rahim naik jadi pengerusi makin buruk imej Tabung Haji. Bukan semua orang boleh terpedaya dengan lakonan baik, alim dan warak yang ditunjuk oleh Azeez, cerita belakang tabir ramai dah terkena . Malah sketsa Mr Ten Persen dah ditulis semula oleh seorang blogger berdasarkan pengalaman beliau berurusan dengan Azeez Rahim , nak tau apa ceritanya tolong baca link ni http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/azeez-rahim-tak-layak-jadi-pengerusi_7790.html

    BalasPadam