24 Januari 2015

NAJIB PITAM DIATAS RIBAAN DS ROSMA....DAKWAAN ORANG DALAM PARTI?


SELAIN LASKAR SIBER HINGUSAN NAJIB JUGA DI KELILINGI PERSONALITI BERPENYAKIT.

Pertembungan siber di antara kumpulan Laskar Siber Najib dan wartawan Kadir Jasin nampaknya semakin tegang. Kadir melabelkan kumpulan laskar siber Najib sebagai kumpulan “LASKAR SIBER HINGUSAN” manakala beliau dan Daim pula kumpulan “SEKARUNG GARAM”.

Semua pengundi tahu khasnya pengamal media sosial sedia maklum bahawa KUMPULAN HINGUSAN yang menembak melulu tanpa waras itu bekerja di bawah upahan. Mereka sedang berdepan dengan ancaman bom jangka yang dilontar Kadir Jasin. 


Kata Kadir “Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.”

Kalau dalam bahasa penjajah “You Squeeze My Juice I’ll Squeeze Yours”. Oooo....ini suatu kenyataan yang bahaya bagi parti UMNO.

Rupa-rupanya Najib yang kita lihat suci dan bersih kini juga ada menggendong liabilities atau juicy materials dalam sarung beliau . Cuma kita tidak tahu sejauh manajuicy nya juice Najib kalau dibandingkan dengan juiceAnwar Ibrahim, juice Mat Sabu dan juice Mustapha Ali.

Apa pun gertak Kadir ini telah menyemai satu benih persepsi hitam di dalam minda pengundi bahawa rupa-rupanya Najib yang kami pilih juga tidak bersih.


Hakikatnya Najib semakin hari semakin banyak ‘carried forward liabilities’ dengan persepsi negatif. Yang sedia ada tak tertanggung kini dicampur lagi dengan isu baru. 

Beza nya yang ini lebih menakutkan kerana ia tidak datang dari pembangkang tetapi dari orang dalam parti sendiri. Ini bisa membuat Najib pitam di atas ribaan DS Rosmah.

Selain dari Laskar Siber Hingusan, Najib harus sedar sejak dari mula beliau mengambil alih jawatan PM sehingga hari ini terlalu ramai personaliti yang berpenyakit dikaitkan dengan peribadi beliau dan isteri beliau. 

Ia bermula dengan Abdul Razak Baginda (kes pembunuhan Altantuya), Daniyar Nazarbayev (menantu Najib di Universiti Colombia), Riza Aziz (anak tiri Najib berhubung isu pembelian RM110 juta Penthouse di New York dan pembiayaan $100juta filem Wolf of Wall Street,), Deepak Jaikishan (pembekal karpet), Nazifuddin Najib (penguasaan saham Harvest Court Industries Bhd). Manakala semua ini merupakan isu peribadi beliau dan isteri beliau bukannya isu parti.

Ramai yang berpendapat yang sebenarnya kumpulan siber hingusan Najib ini sedang menjolok sarang tebuan cuma tebuannya saja yang belum keluar
....<<< Sumber

BLOGGER PRO-NAJIB BERTINDAK GANAS?

Najib kepanasan diserang blogger

Perdana Menteri tidak dapat menerima kritikan, sebaliknya melancarkan serangan ke atas blogger dan pegamal media yang tidak sehaluan.




PETALING JAYA: Serangan dan kritikan keras yang bertali arus terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak termasuk membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin telah memberi kesan ke atas blogger dan pengamal media sosial yang tidak memihak kepada Perdana Menteri itu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa, pengamal media yang menjadi pendokong Najib mendapat ganjaran lumayan malah ada yang diberikan pakej percutian ke luar negara.

Bagaimanapun ujarnya, kalangan blogger dan pengamal media sosial yang mengkritik Presiden UMNO itu ditekan dan akan menderita.

“Bagi yang menjadi pengkritik dan penegur Najib pula, ada yang terus menjalankan tugas mereka tanpa seramai yang sedang ‘menderita’ kerana telah digodam akaun mereka. Pengamal media sosial pro-Najib tidak pula kedengaran mengalami masalah yang sama.


“Beberapa pemilik akaun Facebook yang tegar mengkritik Najib dan dilihat menjadi penyokong Mahathir dan Daim seperti Blue Ocean misalnya, paling teruk diserang dan akaun Facebooknya yang tiba-tiba hilang begitu saja,” jelasnya dalam entri terbaru blog beliau, shahbudindotcom.blogspot.com.

Jelas Shahbudin, perkara yang menjadi persoalan pada masa ini ialah pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan yang dilihat sebagai cubaan mematikan dan menyekat suara pengkritik daripada menyampaikan maklumat kepada rakyat. .

Katanya, sekiranya perbuatan tersebut dilakukan mereka yang pro-Najib ini bermakna Perdana Menteri sedang ‘kepanasan’ akibat diserang dengan bertubi-tubi oleh media sosial berikutan ramai yang semakin berani mengkritik serta menggesa beliau berundur.

“Apakah ini juga menandakan, oleh kerana penggerak media sosial pro-Najib tidak mampu berhujah dan kurang petah menangkis serangan, maka kaedah godam pula diamalkan?” soal blogger itu.

Beliau juga membuat kecaman ke atas penyerang terbabit: “Tidak dipastikan juga sama ada perkara in memang arahan ‘kepala-kepala perang’ di Putrajaya atau ia hanya kerja-kerja tepi jalan segelintir pengampu dan pembodek untuk mendapatkan sedikit upahan.”

Sehubungan itu, Shahbudin berkata, taktik godam dengan tujuan menyekat saluran maklumat kepada rakyat hanya memburukkan lagi imej Najib.

“Mematikan serangan lawan dengan taktik godam, langsung tidak berkesan. Mereka yang digodam akan lebih bersemangat, bahkan mungkin melebarkan rangkaiannya dengan membuka lebih banyak akaun lagi,” jelasnya. ~FMT

FAM DIJANGKA PEROLEH RM1.2 BILION DARI KONTREK MEDIA



FAM dijamin terima pulangan RM1.26bil


Sebanyak 10 peratus daripada dana itu akan diperuntukkan kepada pembangunan pengadil dan belia manakala baki 20 peratus akan disalurkan untuk perjalanan Liga M. 


KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Jumaat menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pemegang hak media antarabangsa terkemuka, Media Partners & Silva (MP & Silva) menjelang penswastaan Liga Malaysia (Liga M) pada 2016.

Majlis menandatangani perjanjian itu berikutan penubuhan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) awal minggu ini, dengan MP & Silva memberi jaminan pulangan sebanyak RM1.26 bilion menerusi kerjasama selama 15 tahun itu.

Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menandatangani bagi pihak badan induk bola sepak negara itu, manakala Ketua Pemerolehan MP & Silva, Daniele Cappelletti mewakili syarikat berkenaan yang berpangkalan di London dan Singapura.

Bertitah kepada pemberita selepas majlis itu, Tengku Abdullah berkata 30 peratus daripada dana itu seperti yang diumumkan awal minggu ini, adalah berdasarkan kepada prestasi pasukan yang bersaing pada musim ini.

Beliau juga menegaskan bahawa FAM tidak boleh memberi jaminan lebihan saham daripada tawaran FMLLP itu akan diberikan kepada pasukan yang bertanding seperti yang dicadangkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, kerana perbelanjaan bagi pasukan kebangsaan dan program pembangunan di peringkat akar umbi adalah diberi keutamaan.

Dalam pada itu, Cappelletti berkata syarikat berkenaan bersetuju melabur sejumlah wang yang besar untuk menjalin kerjasama dengan FAM kerana percaya bahawa Liga M mempunyai potensinya yang tersendiri.

"Bagi kami, Malaysia adalah pasaran yang sangat penting. Kami membuat keputusan melabur sejumlah wang yang besar kerana kami benar-benar yakin dengan demografi dan juga (keadaan) ekonomi di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan MP & Silva rantau Asia Pasifik, Beatrice Lee berkata peranan syarikat berkenaan adalah bagi mendapatkan penaja-penaja baharu serta badan penyiar yang sesuai untuk perlawanan Liga M bermula tahun depan.

Semasa penubuhan FMLLP awal minggu ini, Tengku Abdullah dilaporkan bertitah bahawa badan induk bola sepak kebangsaan itu akan memperoleh 40 peratus daripada jumlah hasil FMLLP manakala pasukan dan kelab menerima 30 peratus daripada dana tersebut.

Sebanyak 10 peratus daripada dana itu akan diperuntukkan kepada pembangunan pengadil dan belia manakala baki 20 peratus akan disalurkan untuk perjalanan Liga M.

Berdasarkan jumlah yang dijanjikan oleh MP & Silva dari 2016 ke 2021, FAM akan dijanjikan pulangan sebanyak RM70 juta setahun manakala RM85 juta bagi tempoh tiga tahun berikutnya (2022-2024), RM92 juta (2025-2027) dan RM103 juta bagi tempoh tiga tahun terakhir.


Read more at:SINI

JB: MATI JATUH BANGUNAN TAK SEMPAT MEROGOL



Mati tak jadi rogol, suspek kedua diburu

Johor Bahru: Polis menyiasat lelaki yang ditemui mati akibat jatuh dari tingkat sembilan Blok A, Apartment Sri Wangi, Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, petang semalam sebagai suspek cubaan rogol seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pihaknya juga dalam usaha mengesan seorang lagi suspek yang berjaya melarikan diri.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, seorang wanita mendakwa suspek pertama (si mati) menghubunginya untuk berjumpa namun dia menolak.

"Kemudian suspek pertama datang ke rumah wanita itu sebelum cuba merogolnya dan suspek kedua turut datang kemudian melakukan perkara yang sama.

"Wanita terbabit mendakwa tiba-tiba berlaku pertelingkahan antara kedua-dua suspek sebelum suspek pertama lari ke dalam bilik dan mengunci pintu dipercayai untuk menyelamatkan diri.

"Bagaimanapun pihak polis mendapati tingkap bilik terbuka dengan grill yang sudah tercabut dan percaya suspek pertama adalah lelaki yang mayatnya ditemui di perkarangan blok itu," katanya.

23 Januari 2015

CADANGAN ANUGERAH GELARAN TUN KEPADA TG DATUK SERI HJ. NIK AZIZ LEBIH BAIK BERI ROYALTI KEPADA KELANTAN

Anugerahkan gelaran Tun kepada Nik Aziz – Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Kita bersyukur kepada Allah YBhg Tuan Guru Datuk Seri Hj Nik Aziz, bekas menteri besar Kelantan pulih dari penyakitnya.

Tidak dinafikan Tuan Guru Hj Nik Aziz seorang tokoh terkemuka negara kita. Beliau berjasa begitu lama pada negeri Kelantan sebagai ketua kerajaan. Secara langsung atau tidak langsung beliau juga menyumbang banyak khidmat bakti kepimpinan beliau juga kepada seluruh negara dan rakyat.

Beliau meletakkan jawatan selaku menteri besar bagi memberi laluan kepada orang lain. Tidak ada sebarang cacat celanya kepada kepimpinan beliau yang begitu lama itu.

Beliau juga memberi contoh yang begitu ketara sekali bagaimana seseorang yang sangat berkuasa juga boleh hidup dalam keadaan yang serba sederhana.

Beliau begitu menyedari tentang khazanah dan hak-hak kepunyaan rakyat. Penghidupan beliau penuh dengan contoh baik bukan sahaja kepada pemimpin-pemimpin politik negara tetapi juga kepada seluruh rakyat.

Oleh itu, saya mencadangkan pihak kerajaan dengan segera menganugerahkan gelaran “Tun” kepada beliau.

Perbezaan pandangan politik seharusnya tidak menjadi halangan kepada perkara ini. Perbezaan pandangan politik, biasanya, perbezaan pendapat tentang kaedah yang sebaik-baiknya untuk membawa kebahagiaan dan kerahmatan kepada rakyat dan negara. Dalam hal ini khidmat dan jasa Tuan Guru Hj Nik Aziz adalah begitu jelas sekali.

Saya penuh yakin seluruh negara, tidak kira apa pandangan politik masing-masing, akan menghormati dan menerima baik penganugerahan tersebut kepada beliau. – 23 Januari, 2015.

* Penulis ialah mantan menteri kerajaan persekutuan. ~TMI

PENJAWAT AWAM KENA TIPU RM45 JUTA, SAPA PUNYA KERJA?

KALAU PINJAM PINJAMAN KERAJAAN.... LAHKHANAT MANA YANG BAYAR 100% BAYARAN PADAHAL PROJEK ENTAH KEMANA ....KELAUT?.....



Azih (kiri) menunjukkan laporan yang diterima mengenai kes penipuan melibatkan kakitangan awam. - Foto Sinar Harian

 Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kes penipuan yang melibatkan kakitangan awam berjumlah RM45 juta.

Azih berkata, penipuan RM45 juta itu melibatkan pembelian rumah sebanyak 477 unit oleh kakitangan awam di Kelantan.

"Setiap pengguna harus berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada ditipu. Paling mengecewakan, penipuan melibatkan projek perumahan.

"Projek ini ada 477 unit rumah yang dibina pada tahun 2011 di mana pembelinya 100 peratus kakitangan kerajaan. Tetapi hari ini (2015), baru nak naik tiang sedangkan pembeli sudah bayar 90 peratus.

"Apa akan berlaku kalau semua tempat sama seperti ini? Gaji dipotong tapi rumah tidak boleh duduk.

"RM45 juta sudah dibayar, syarikat entah ke mana, dia bawa lari... Untuk itu, insya-ALLAH saya akan jumpa PM untuk bincang perkara ini
.
 



"Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Takkanlah hendak bayar sampai mati sedangkan rumah tidak boleh duduk," katanya ketika sidang media tahun 2015 "Tahun Perangi Penipuan" di Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jelas beliau unit yang terbengkalai itu melibatkan 12 lokasi di seluruh Kelantan.

Oleh itu beliau berharap kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini.

"Sepatutnya kerajaan ambil peranan, takut masyarakat hilang keyakinan, kita minta bantulah mereka.

"Kalau tidak dibantu makin bermaharajalelalah 'penipu' itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya telah berjaya menyelesaikan satu kes rumah terbengkalai di Sarawak selepas campur tangan pihaknya dan kerajaan.

"Kita sudah selesaikan kes sama baru-baru ini di Sarawak. Alhamdulillah syarikat perumahan negara sudah siapkan," katanya lagi. ~SH

RAJA ARAB SAUDI , ABDULLAH MANGKAT PADA USIA 90 TAHUN


Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz  meninggal dunia awal hari ini dan digantikan adiknya, Raja Salman.Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz meninggal dunia pada umur 90, hari ini, lapor stesen televisyen tempatan dan adiknya Salman ditabalkan sebagai raja, menurut satu kenyataan.


Reuters melaporkan Raja Salman Abdul Aziz dipanggil menghadap Majlis Angkat Sumpah keluarga untuk mengangkat sumpah taat setia kepada Muqrin sebagai putera mahkota dan waris sah.



Saudi Arabia’s King Abdullah passes away.

By Staff Writer, Al Arabiya News
Friday, 23 January 2015

Saudi Arabia’s King Abdullah bin Abdulaziz has passed away, the Royal Court said in a statement early on Friday. Prince Salman bin Abdulaziz became king and Prince Muqrin was declared Crown Prince, another Royal Court statement said.

“With great sorrow and grief His Highness Salman bin Abdulaziz Al Saud and all members of the family and the nation mourn the Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah bin Abdulaziz, who passed away at exactly 1 a.m. this morning,” the Saudi Royal court statement said.

Funeral prayers will be held later in the day following afternoon prayers at Imam Turki Bin Abdullah Grand Mosque in the capital Riyadh.

Prince Salman declared Saudi Arabia’s king

Another statement said that Crown Prince Salman bin Abdulaziz Al Saud received the pledge of allegiance as the country's king from members of the royal family. After that, Prince Muqrin bin Abdulaziz received the pledge of allegiance as Crown Prince.

Both King Salman and Crown Prince Muqrin will receive pledges of allegiance from citizens on Friday evening.


22 Januari 2015

MAKLUMAT BOCOR: CUKAI JUALAN MINYAK PUNCA HARGA BARANG TIDAK TURUN

Cukai jualan minyak kepada industri punca harga barang tidak turun, kata PKR


Harga minyak kepada industri dan sektor komersil sebenarnya tidak turun seperti petrol dan diesel yang dijual kepada orang ramai, malah dinaikkan dengan pengenalan cukai jualan ke atas petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersial, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar Reuters

Meskipun harga bahan api yang dijual kepada rakyat Malaysia mengalami penurunan, industri dan sektor komersial tidak menikmati keadaan serupa kerana Putrajaya mengenakan cukai jualan kepada syarikat-syarikat terlibat dalam industri berkenaan, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Beliau mendakwa, berpunca daripada perkara itu, harga barang tidak turut mengalami penurunan meskipun harga bahan api, petrol dan diesel diturunkan.

"Saya sering ditanya (terutamanya dari kalangan penyokong Umno) kenapa harga barang masih tidak turun sedangkan harga minyak turun.

"Soalan-soalan ini ekoran dari kempen senyap yang dibuat di laman-laman sosial kononnya peniaga-peniaga Cinalah yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak turun.

"Satu fakta yang tidak diketahui orang ramai adalah harga minyak kepada industri dan sektor komersil sebenarnya tidak turun seperti petrol dan diesel yang dijual kepada orang ramai, malah dinaikkan dengan pengenalan cukai jualan ke atas petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pengilang dan pengusaha komersial dilarang membeli diesel dan petrol dari pam, seperti pengguna biasa.

"Sebab itu kita tidak melihat lori-lori tangki daripada pengilang dan pengusaha komersil mengisi petrol dan diesel ke dalam tangki besar mereka di stesen-stesen minyak biasa.

"Pengilang dan pengusaha komersil membeli diesel dan petrol dalam jumlah pukal terus dari syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan lain-lain.

"Petrol dan diesel ini digunakan di dalam enjin di kilang, sebagai bahan bakar dan pelbagai kegunaan industri yang lain," katanya.

Rafizi berkata, pihaknya juga mengesahkan harga petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil ini dinaikkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui satu Pekeliling Perbendaharaan yang bernombor rujukan SR(8.09)102/21-1Vol.58(38) yang dibocorkan kepadanya minggu lepas.

"Saya berjanji untuk melindungi pemberi maklumat itu dengan tidak menyiarkan pekeliling terbabit tetapi maklumat nombor rujukan cukup untuk pihak media bertanyakan kepada Kementerian Kewangan," katanya.

Antara peraturan pekeliling itu katanya termasuklah, Putrajaya mengenakan jualan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersial berkuatkuasa 1 Januari 2015, ketika rakyat negara ini mulai menikmati penurunan harga bahan api petrol dan diesel.


Cukai berkenaan katanya dikenakan ke atas harga yang ditetapkan kerajaan, iaitu harga yang dibayar orang ramai.

Rafizi berkata, cukai jualan yang ditetapkan adalah sebanyak 40 sen untuk setiap liter diesel, petrol RON95 (58.62 sen), RON97 (58.62 sen), dan diesel B5 sebanyak 40 sen seliter.

"Pada setiap bulan, Kementerian Kewangan akan mengeluarkan pekeliling memaklumkan diskaun cukai jualan.

"Diskaun bagi bulan Januari 2015 adalah diesel 9.4 sen setiap liter, petrol RON95 (22.72 sen), RON97 (6.08 sen) dan diesel B5 (12.89 sen)," katanya.

Tambahnya lagi, cukai jualan yang dikenakan selepas diskaun kepada industri dan sektor komersil bagi Januari 2015 untuk diesel sebanyak 30.6 sen setiap liter, petrol RON95 (35.9 sen) RON97 (52.54 sen) dan diesel B5 (27.11 sen).

"Rakyat perlu tahu sebenarnya pengilang dan industri logistik yang tertakluk di bawah kategori industri dan komersil tidak menikmati penurunan harga minyak, sebaliknya terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.

"Oleh sebab cukai jualan yang dikenakan, pengilang dan industri terpaksa membayar harga RM2.269 seliter (RON95) dan RM2.236 seliter (diesel) berbanding harga biasa RM1.91 seliter (RON95) dan RM1.93 seliter (diesel)," kata Rafizi.

Beliau berkata, ia bermakna pengilang dan industri membayar dua bentuk cukai kepada kerajaan sekarang ini, iaitu cukai jualan yang diumumkan melalui pekeliling setiap bulan dan cukai petrol atau diesel tersembunyi akibat perbezaan ketara di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan kerajaan.

"Saya memberi perhatian kepada isu-isu seperti ini (termasuk sistem penetapan harga yang memangsakan pengusaha stesen minyak, syarat AP makanan yang mewujudkan monopoli) kerana ia menjadi penghalang untuk menurunkan harga barang," katanya.

Pentadbiran Najib juga katanya mengambil tindakan tidak bertanggungjawab mengenakan cukai senyap-senyap kepada industri untuk menambah pendapatan dengan harapan rakyat mengalihkan kemarahan kepada industri dan peniaga, bukannya kerajaan.

"Sedangkan kerajaan mengutip ratusan juta cukai dari rakyat dan peniaga setiap bulan sejak kejatuhan harga minyak berlaku," katanya.

"Untuk berlaku adil kepada semua, segala bentuk cukai yang dikenakan baik kepada rakyat atau peniaga atau pengilang perlu dihentikan serta merta agar kejatuhan harga minyak betul-betul boleh diterjemahkan menjadi penurunan kos di setiap peringkat rantaian nilai iaitu dari pengilang hinggalah kepada pengguna."

Rakyat katanya harus sedar salah satu sebab harga barang tidak turun secepat harga minyak adalah kerana pengilang dan industri tidak menikmati kejatuhan harga minyak akibat cukai jualan yang diperkenalkan Najib ini.

- See more at:SINI

SEBAR VIDEO ZAMANI, POLIS KENAL PASTI AKAN DAKWA ANGGOTA YANG TERLIBAT !


Polis Kenal Pasti Anggota Rakam, Sebar Video Zamani



Zamani didakwa sebagai individu yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari semasa dalam tahanan polis baru-baru ini.

PETALING JAYA: Polis sudah mengenal pasti anggotanya yang bertanggungjawab dalam merakam dan menyebarkan video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari semasa dalam tahanan baru-baru ini.

Ketua Polisnya, Datuk Abdul Samah Mat berkata, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri itu.

"Anggota tersebut dikenal pasti berdasarkan hasil siasatan awal setakat ini. Kami memandang serius perbuatan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama dalam menyebarkan video berkenaan.

"Kertas siasatan kes tersebut akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Abdul Samah turut memberi jaminan akan menyiasat kes tersebut dengan telus tanpa mengira sesiapa pun yang terlibat.

"Tindakan dalaman mengikut prosedur tatatertib akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat dalam kes itu," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.


Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Bagaimanapun pada Khamis, video Zamani yang didakwa terlibat dalam kejadian berkenaan tersebar dengan keadaan tangan bergari sambil diarahkan menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang. ~mstar



Video Zamani: PDRM dikritik hebat pengguna laman sosial


Gambar daripada video yang memaparkan vokalis Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan bergari. – Gambar Youtube, 22 Januari, 2015.Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikritik hebat pengguna laman sosial ekoran tersebarnya video buli bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani ketika berada dalam tahanan polis.

‎Video tersebut memaparkan penyanyi terkenal sekitar era 90-an itu menyanyi dalam keadaan dipercayai di bawah pengaruh dadah dengan tangan bergari.

Ia turut mendapat perhatian bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah ‎apabila menulis dalam laman Twitternya; "Ada di kalangan kita yg suka mengaibkan org lain: saingan politik, remaja, penyanyi..."‎ katanya sebagai reaksi terhadap pendedahan video tersebut.


‎Manakala seorang pengguna Twitter, Mohd Azim memberi komen berkata‎; "trend kelakuan yang sangat menakutkan Datuk. Maaf cakap tetapi sikap ini buat kita lemah dan saling berbalah," katanya menjawab reaksi Saifuddin itu.

Seorang pengguna sosial Twitter @chandran_alex pula berkata;" Bukan sahaja Islam, semua agama tidak membenarkan kita mengaibkan orang lain," katanya.

‎Ekoran tercetusnya kemarahan di kalangan pengguna laman sosial mengenai penyebaran video itu, satu hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani dilancarkan sebagai tanda bantahan kepada pihak polis.

Ia bertujuann mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut.

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar satu kenyataannya hari ini berkata pihak berkuasa akan menyiasat dalang yang merakam dan menyebarkan video tersebut.

‎Pada Rabu, Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine pada jam 12.30 pagi,

Penyanyi itu ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/video-zamani-pdrm-dikritik-hebat-pengguna-laman-sosial#sthash.IjzhfJqq.N9iNTgTS.dpuf

70% AKTIVITI PERNIAGAAN DI PASAR RAYA DI LEMBAH KELANG DIKUASI OLEH PATI


Premis pasar raya Malaysia dikuasai peniaga PATI


Sudahlah menguasai pasar malam dan kedai runcit kini pendatang tanpa izin (PATI) juga mendominasi premis perniagaan pasar raya besar di negara ini.

Malah ia dipandang sebelah mata oleh pihak pengurusan pasar raya dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysa (IKHLAS), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pemilik gerai terbabit adalah orang tempatan tetapi mereka 'menjual' perniagaan itu kepada orang luar yang mengambil PATI sebagai pekerja kerana ia mengurangkan kos.

Malah hasil siasatan IKHLAs mendapati sebanyak 70 peratus aktiviti perniagaan di pasar raya terutama di Lembah Klang.

"Sebagai contoh sebuah pasaraya di Batu Caves yang hampir semua premis yang ada adalah warga asing. Ini berlaku sebab dengan menyewakan kepada orang tempatan mereka hanya peroleh peroleh bayaran sebanyak RM5,000 sahaja tetapi jika mereka beri sewa kepada warga asing mereka boleh dapat sebanyak RM12,000.



"Itulah sebabnya mereka ini beri sewa kepada warga asing untuk dapat keuntungan berganda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Ridzuan memberitahu, pihak Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) wajar menangani perkara itu secepat mungkin

"Kegagalan pihak yang berkenaan melakukan pemantauan terhadap perkara itu telah menggagalkan usaha kerajaan mahu memperkasa ekonomi orang Melayu," jelasnya.

Justeru, katanya, dakwaan orang tempatan malas bekerja kini bukan alasan tetapi memang terjadi kerana kekurangan kerja kosong termasuk di pasar raya.

"IKHLAS memandang berat perkara ini dan sudah muak menghantar memorandum kepada agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi (KPDNKK). Jadi kita akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

"Kami berpendapat, bermula jawatan penting dalam KPDNKK termasuk jawatan nombor satu dalam kementerian itu dengan menyerahkannya kepada yang lebih layak.

Lagi pun, katanya, sejak diterajui Datuk Hasan Malek, KPDNKK gagal menangani banyak perkara selepas pilihan raya umum baru-baru ini. "Sekarang ini IKHLAS tidak mahu lagi berbincang dengan KPDNKK dalam isu yang membabitkan peniaga sebaliknya kita mahu bekerjasama terus dengan Suruhnjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sahaja (SPRM)," ujarnya.--MalaysiaGazet

INDUSTRI IT MEMBEBASKAN WARGA PLESTIN DARI KEPUNGAN EKONOMI ISRAEL


Bagaimana Industri IT Membebaskan Warga Palestin Dari Kepungan Ekonomi Israel

Selamat datang ke Palestin, negara kecil yang sudah ditakluki regim Zionis sejak 1948. Setiap hari penduduknya berhadapan dengan sekatan perjalanan dan juga sekatan ekonomi. Dengan terbinanya tembok konkrit sepanjang sempadan kawasan milik Israel dan Palestine, pergerakan seharian penduduknya tertakluk kepada kasihan belas pihak penceroboh. 

Sejak 2006 sekatan ekonomi diperketatkan mengakibatkan warga Palestin sukar mendapatkan kerja. Seawal suku pertama tahun lalu kadar pengangguran di kalangan warga Palestin mencecah 36%, pengangguran di kalangan pemuda di dalam julat 15-29 tahun pula ialah 58.2%

Ini adalah tinggi kerana jika dibandingkan dengan di Malaysia kadar pengangguran negara adalah serendah 3.2%. Ini bukanlah kerana warga Palestin adalah pemalas. Bayangkan anda perlu beratur seawal 4 pagi untuk melepasi pos kawalan tentera Israel untuk pergi ke kerja setiap hari. Apabila berlakunya “serangan keganasan” sempadan ditutup secara pukal mengakibatkan warga Palestin tidak boleh pergi ke tempat kerja dan diberhentikan. Jika anda mempunyai permit untuk bekerja sekalipun anda boleh dihalang melepasi pos kawalan atas “sebab-sebab keselamatan”.

Kekangan ekonomi oleh Zionis ini adalah taktik keji bagi membuatkan kehidupan warga Palestin semakin terhimpit. Ini adalah bagi memaksa mereka yang masih mahu tinggal di kawasan jajahan Israel untuk berpindah keluar dari tanah kelahiran mereka. Apakah yang boleh dilakukan warga Palestin bagi menyara hidup mereka? Bagi Saady Lozon jawapannya terletak pada penggunaan teknologi IT. Saady adalah pemilik syarikat Unit One yang menghasilkan aplikasi telefon pintar yang berpangkalan di Semenanjung Gaza. Usahawan berkelulusan sains perkomputeran ini mendapat idea menubuhkan syarikat beliau sendiri selepas bekerja di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Beliau menyedari di atas talian sempadan fizikal, pos ketenteraan dan permit pekerjaan tidak diperlukan. Teknologi IT boleh digunakan untuk membebaskan mereka dari kepungan ekonomi Israel.

Syarikat ini kini mengembangkan perniagaan kepada perkhidmatan pengurusan data dan beroperasi dari dua unit apartmen yang disewa. Dari pejabat kecil ini mereka berjaya mempunyai pelanggan dari Amerika Syarikat, Eropah dan juga India. Paling menakjubkan ialah ianya bermula dengan Saady Lozon melakukan panggilan Skype kepada seorang pelanggan dari bilik tidur beliau dan memberikan mereka aplikasi percuma. Unit One kini mempunyai aspirasi untuk menjadi“Google untuk Palestin”. Syarikat ini semakin berkembang dan apabila 10 jawatan baru ditawarkan mereka menerima 400 permohonan dari warga Gaza.


Kami kagum dengan ketabahan Saady Lozon mengembangkan perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga Gaza sungguhpun di bawah kekangan teruk regim Zionis. Dalam situasi biasa pastinya ramai akan menyerah diri kerana ketidakadilan yang menimpa. Dari kisah Saady Lozon jelaslah mengapa akses kepada perkhidmatan internet diakui oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sebagai antara hak asasi manusia yang perlu pada tahun 2011. Akses internet sekurang-kurangnya dapat membebaskan warga Gaza dari kekakangan di dunia nyata oleh pihak Israel. Seperkara lagi yang menakjubkan di dalam kes Unit One ialah kawasan di bawah jajahan Israel hanya dibekalkan kuasa elektrik selama enam jam sehari tetapi syarikat ini masih mampu berjaya. Semoga kisah Saady Lozon dan Unit One boleh dijadikan teladan kepada warga Malaysia yang hidup tanpa kekangan seteruk warga Palestin. Jika mereka boleh mempunyai pelanggan dari luar negara dengan pelbagai sekatan, apakah alasan pengusaha dunia IT kita untuk tidak mampu melakukan perkara yang sama.

SUMBER RUJUKAN: REUTERS amanz.my

TUN M TEMPELAK 1MDB, DIMANA DANA NEGARA RM8.24 BILION SEKARANG?

Tun Mahathir Tempelak 1MDB : Di Mana Dana Negara RM8.24 Bilion Sekarang? Penarafan Kredit Malaysia Berisiko Jatuh Kepada BBB+ Daripada A-



 1MDB dimiliki oleh kerajaan Malaysia. Tidak boleh dinafikan lagi. Ini bermakna ia dimiliki oleh pembayar cukai merangkap pemegang saham bagi syarikat yang bernama “Malaysia”. Dan ini bermakna juga ia adalah

sebuah entiti milik awam.

Anda yang merupakan pemegang saham yang melantik barisan Kabinet di Putrajaya termasuklah CEO yang bernama Datuk Seri Najib Razak yang ada dan ahli politik di setiap adun dan parlimen bagi menguruskan “syarikat yang bernama Malaysia“.

Kerajaan Malaysia bergerak hari ini dengan sumber pungutan cukai daripada pembayar cukai yang cukup setia seperti anda. Macam-macam jenis cukai. Malah, ketika kerajaan Malaysia menubuhkan syarikat-syarikat seperti 1MDB, modalnya datang daripada duit pembayar cukai.

Ini bermakna segala-gala aset jabatan kerajaan, syarikat milik kerajaan (seperti 1MDB) adalah milik pembayar cukai.
Daripada aset yang bernilai tinggi sehinggalah segulung tisu di tandas awam.
Pembayar cukai adalah pemilik mutlak

Jadi….jikalau kerajaan Malaysia atau syarikat milik kerajaan Malaysia bertindak meminjam wang wang untuk membeli aset-aset termasuklah bangunan, kenderaan dan sebagainya, pembayar cukai adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang. Setiap sen melalui bon yang diterbitkan dan lain-lain hutang asing adalah melalui pembayar cukai. Oleh itu, apabila kerajaan atau syarikat milik kerajaan muflis atau berhadapan menyelesaikan hutang yang dilakukan, siapa yang sepatutnya bertanggungjawab?

“Sudah tentulah anda, anda pembayar cukai yang setia”

Dan…jikalau 1MDB ada masalah, muflis, kerajaan Malaysia pastinya akan menggunakan dana pembayar cukai untuk membayar tunai bagi jaminan yang telah kerajaan Malaysia berikan 1MDB.


BACA SINI : 1MDB : Pinjaman Hutang RM2 Bilion (US$RM563 Juta) Antara Punca Masalah Ekonomi & Ringgit Malaysia 2015 Jatuh Lebih RM3.50++


Tarikh akhir pembayaran hutang RM2 bilion semakin hampir. Mengapa perlu menunggu saat akhir untuk membayarnya? Jikalau masih lagi lewat membayarnya bank akan mengenakan caj dan beberapa jenis penalti atau fi pembayaran lewat.
Tun Mahathir Bersama Sarawak Report : 1MDB Jangan Perjudikan Dana Negara!

Temubual eksklusif Tun Mahathir bersama Sarawak Report kelihatan jelas Tun Mahathir cukup tidak berpuas hati dengan perkembangan terkini 1MDB.

1MDb mendakwa dana bernilai US$2,320,000,000 (RM8.24 bilion) telah pun ditebus dari Kepulauan Cayman
Tetapi Tun Mahathir terus mempersoalkan di mana dana RM8 bilion itu sekarang? 1MDB simpan di bank mana?
Mengapa 1MDB sebegitu berani melabur berbilion ringgit kepada satu syarikat yang kurang dikenali seperti PetroSaudi kemudian meletakkan pelaburan yang cukup misteri di Kepulauan Cayman? Mengapa?
Tun Mahathir terus mempersoalkan disebalik pelantikkan CEO 1MDB yang baru ini? Adakah beliau merupakan pekerja sepenuhnya di bawah 1MDB atau orang-orang yang dpinjamkan daripada Abu Dhabi?
Mengapa 1MDB sebegitu berani membayar lebih untuk stesen janakuasa bebas?
Tun Mahathir juga mempersoalkan komisen yang 1MDB bayar kepada Goldman Sachs
Tun Mahathir terus menemplak 1MDB, dan 1MDB adalah suatu yang tidak perlu diwujudkan dalam untuk negara. Tidak perlu sama sekali
Sehingga ke hari ini, Tun Mahathir masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan serta keteluasan pengurusan 1MDB menguruskan dana negara
Tun Mahathir mengingatkan supaya jangan sesekali “berjudi melibatkan dana negara”

Semakan Berita Semasa menunjukkan beberapa laporan berita dari Timur Tengah mula disiarkan secara meluas berkaitan 1MDB. Kelihatan taikun-taikun Arab mula bimbang dengan 1MDB ini….Mengapa dan kenapa? 


Sambungannya di Bahagian II

sebuah entiti milik awam.


Penarafan Kredit Malaysia Merosot Berpunca Beban Daripada 1MDB?

Anda boleh semak laporan berita Gulf Times Business dengan lebih jelas dengan semak setiap gambar yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini. Anda bolehkan semak kandungan berita yang Berita Semasa “highlightkan” dalam laporan berita tersebut.

Jika penarafan kredit Malaysia jatuh daripada A3/A- (yang mana pada kedudukan yang anjal) kepada paras BAA1/BBB+ ini bermakna semua bon kerajaan (bil perbendaharaan) sukuk kerajaan, bon swasta yang dikeluarkan di luar negaea oleh syarikat swasta akan terjejas. Akhirnya kerajaan Malaysia terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi untuk pinjaman asing.

Dan jikalau ini berlaku, kerajaan Malaysia akan berhadapan dengan kos yang melabung tinggi untuk membayarnya. Belum lagi ditambah dengan hutang lapuk yang melanda sistem pembankan di Malaysia.

P/S : Berita Semasa masih lagi teringat kata-kata Tun Siti Hasmah “Beside every successful man is the wife

21 Januari 2015

RINGGIT TERUS MEREDUM RM2.71 BERSAMAAN $1.0 SINGAPURA


Punca Ringgit Malaysia Terus Jatuh RM3.62 Setiap Dolar Amerika? Berita Gembira Kepada Rakyat Singapore?


Ringgit Malaysia Terus Jatuh RM3.62 Setiap Dolar Amerika. Berita Gembira Kepada Rakyat Singapore: Realitinya sekarang telah berlkau lambakan ringgit Malaysia di pasaran. Ringgit Malaysia terus kurang laku danlaris di pasaran sekarang ini.

Berdasarkan semakan Berita Semasa ringgit Malaysia semakin kurang permintaan bagi pertukaran matawang asing seperti contohnya RM dan USD sehingga menyebabkan ringgit Malaysia terus “terapung” tanpa mengetahui untung nasibnya di pasaran. Akhirnya ringgit Malaysia terus jatuh dan jatuh.

Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar?

Terkini, semakan Berita Semasa terus jatuh teruk sejurus selepas pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi semalam. Hari ini, ringgit Malaysia terus jatuh ke paras terendah RM3.62 untuk setiap USD. Manakala Singapore Dolar semakin tegap apabila dinilai RM2.71 untuk setiap 1 Singapore Dolar pada pagi ini.

Singapore Dollar Ringgit Malaysia

Goh Khoon, pakar ekonomi bagi Australia & New Zealand Banking Group Ltd yang berpengakalan di Australia mengatakan Ringgit terus lemah kerana :

pasaran bertindak balas kepada defisit fiskal yang lebih tinggi bagi tahun 2015 ini
ramalan pertumbuhan KDNK yang lebih rendah pada tahun 2015 ini

Hakikatnya, lagi tegap dan kukuh ekonomi sesebuah negara, lagi kuatlah matawang sesebuah negara itu. Jikalau matawang ringgit Malaysia turun, apa maksudnya itu?

Jikalau ditanya kepada Tan Sri Zeti Akhtar Aziz :

Jikalau ringgit Malaysia naik is good
Ringgit Malaysia turun pun good for the nation

Berita Semasa faham dan Berita Semasa sama sekali tidak salahkan Tan Sri Zeti, beliau telah menguruskan bank negara dengan begitu baik sekali sehingga diiktiraf oleh seantero dunia. Tetapi apabila mengulas sesuatu kepada media dan umum, beliau “terpaksa menjaga hati banyak pihak” termasuklah……….

Jikalau pada tahun 1998 dalam tempoh 3 bulan sahaja, nilai ringgit Malaysia terus jatuh merudum daripada daripada RM2.5 per USD1 kepada RM3.8 per usd1 (sebelum diikat). Tetapi pakar-pakar ekonomi menjangkakan kerajaan Malaysia sama sekali tidak akan mengikat matawang Malaysia sekali lagi buat kali yang kedua. Ini kerana :

Kerajaan Malaysia pernah ikat ringgit Malaysia pada 1997/1998
Kerajaan Malaysia pernah “unpeg” Ringgit Malaysia semasa di zaman Pak Lah

Jadi sama sekali tidak mungkin kerajaan akan mengikat kembali berkenaan ekonomi kita? Sehingga menimbul keraguan terhadap sistem ekonomi kita selama ini.

Kalangan yang takut kepada bayang-bayang sendiri akan mengatakan bukan sahaja ringgit Malaysia jatuh, tetapi matawang negara lain juga jatuh sama
Kalangan yang “berani tetapi bertekad untuk bangkit” akan mengatakan Ringgit adalah matawang yang paling merosot paling teruk di rantau ini.

Bukan Berita Semasa yang kata, tetapi Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid yang mengatakan apabila ringgit Malaysia jatuh sebegitu teruk begini, adalah faktor-faktor lain yang perlu disemak semula.

Dan semakan Berita Semasa berdasarkan kenyataan terbaru Sagarika Chandra, Pengarah Bersekutu bagi Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings bagi Asia Pasifik menunjukkan kebergantungan Malaysia terhadap sumber pendapatan minyak adalah kelemahan utama negara Malaysia. Fitch Ratings sedang memerhatikan daripada jauh perkembangan ekonomi Malaysia, dijangka akan dikaji sekitar separuh pertama tahun 2015.

P/S : Kenyataan kejatuhan ringgit petanda baik untuk ekonomi negara? Tepuk dahi Berita Semasa mendengarnya.

PP/S : Besarlah harapan Berita Semasa supaya dana negara dijaga dengan penuh bertanggungjawab sepertimana yang telah diamanah oleh jutaan rakyat Malaysia apatah lagi melihatkan situasi ekonomi negara sekarang.

TOCI DAN BERAS SELUDUP PUNCA 100,000 TAN PADI TERSADAI DI KILANG-KILANG

Lambakan padi membimbangkan



Terdapat dakwaan berlakunya aktiviti penyeludupan beras meluas dari negara jiran. Gambar kecil: Hsiao Leung

ALOR SETAR - Kilang beras di Kedah dan Perlis didakwa berdepan lambakan padi yang serius apabila dianggarkan lebih 100,000 metrik tan tersadai di kilang masing-masing.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, berdasarkan maklum balas beberapa pengilang beras, lebihan bekalan ini berpunca daripada ketirisan dan salah guna kuasa dalam program subsidi beras negara.

“Oktober lalu, bekas kakitangan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berjawatan kanan, mendedahkan secara terbuka penerima kuota atau pemborong dikehendaki membayar ‘toci’ (rasuah) kepada pegawai di Kementerian Pertanian bagi mendapatkan kuota khas membekalkan beras subsidi negara, iaitu Super Tempatan ST15 beras hancur,” katanya.

Menurutnya, pendedahan itu turut membuktikan kelemahan pelaksanaan program subsidi beras, di mana pemborong sepatutnya menjual beras ST15 tidak berbuat demikian, sebaliknya menjual beras itu kepada pemborong lain bagi mengaut keuntungan dengan membungkus semula ST15 dan dijual semula di pasaran sebagai beras hancur 5 peratus, pada harga lebih tinggi.

“Sistem ‘tukar baju’ ini menyebabkan berlakunya lambakan beras di pasaran. Pengilang mengadu, pemborong tidak membeli daripada mereka dan menyebabkan lambakan stok beras. Masalah ini bertambah buruk dengan adanya aktiviti penyeludupan beras meluas dari negara jiran,” katanya.

Hsiao Leung yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, perkara ini tidak seharusnya berlaku jika industri beras diuruskan dengan telus.

“Masalah ini tidak seharusnya berlaku kerana negara kita tidak menghasilkan beras sepenuhnya untuk permintaan negara. Kita hanya menghasilkan 70 peratus keperluan beras negara, selebihnya diimport oleh Bernas,” katanya.

Menurutnya, situasi ini turut meresahkan golongan pesawah, di mana pendapatan mereka bergantung kepada hasil jualan tanaman (padi), ekoran berlaku lambakan beras dalam simpanan di kilang beras tempatan.

“Pesawah dijangka menuai tanaman mereka akhir bulan ini atau Februari. Mereka juga bimbang jika pengilang membuat potongan tinggi ketika menilai kualiti padi dibekalkan, dan ini akan mengurangkan pendapatan mereka,” katanya.

Hsiao Leung kesal kerana kesan daripada ketirisan dalam pengurusan program beras subsidi negara yang didedahkan sebelum ini, memberi kesan besar terhadap keseluruhan rangkaian industri beras, bermula daripada petani, pengilang, pemborong dan pengguna.

“Walaupun Kementerian sudah merombak semula seluruh proses pemilihan pemborong (penerima kuota) November lalu, pengilang masih mengadu proses itu tidak telus,” katanya.

Persoalan dibangkitkan, termasuk proses pemilihan baharu diputuskan sepenuhnya oleh Kementerian Pertanian tanpa rundingan atau maklum balas daripada pemain industri tempatan.

“Tiada temuduga dengan pemohon. Tiada rundingan dengan persatuan pengilang beras tempatan atau persatuan pemborong untuk menilai kesesuaian atau trek rekod prestasi pemohon, malah tidak dirujuk kepada Jabatan Pertanian negeri,” katanya.

Hsiao Leung berkata, senarai baharu pemborong (kuota bulanan) hanya dikeluarkan Kementerian Pertanian minggu lalu, dan menguatkan lagi kebimbangan pengilang bahawa rasuah masih berleluasa.

“Sebagai contoh, majoriti pemborong terpilih dari Kedah adalah baharu dan tidak dikenali dalam pasaran, malah tiada rangkaian pengedaran tempatan mahupun peralatan dan mesin kampit membungkus beras,” katanya.

Menurutnya, setiap bulan, kerajaan menetapkan kuota 40,000 metrik tan beras ST15 dibekalkan bagi Semenanjung Malaysia, 20,000 metrik tan di Sabah dan Sarawak, dimana kos cukai mencecah RM528 juta setahun untuk memberi makan kepada 8-9 juta orang setiap hari.

Hsiao Leung turut meminta, Menteri Pertanian memberi jaminan akan menyiasat punca lambakan stok padi ini.

“Ini adalah isu keselamatan makanan negara. Saya harap, beliau pastikan pelantikan pemborong dibuat secara adil dan telus, bagi memastikan hanya mereka yang layak diberi kuota,” katanya.

KISAH DISEBALIK BAH BESAR MELANDA SMK MANEK URAI !!!

Bah Kuning & Cikgu Nor Aini



Cikgu Nor Aini Mat Nor tenang ketika ditemui di tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai kira-kira pukul 12 tengah hari, 29 Disember 2014.

Namun sebaik sahaja mahu berbicara, dia terhenti seketika, perlahan dia bangun dari bangku berjalan menuju ke arah seorang lelaki.

Tanpa sebarang kata, dia memeluk lelaki itu. Hanya linangan air mata yang keluar di antara mereka berdua.

“Mak dan ayah sihat, keluarga yang lain macam mana,” bisik Nor Aini dalam sebak. Lelaki yang berusia pertengahan 30-an itu mengangukkan kepala.

“Alhamdulillah sihat, kak long macam mana sihat,” balas Azli. Mereka berdua 
kembali membisu untuk seketika.


Azli tidak datang dengan tangan kosong, dia membawa sedikit bekalan makanan dan keperluan untuk ‘kak longnya’ yang hampir seminggu tidak ditemui, tanpa khabar berita.

Itu merupakan pertemuan kali pertama Nor Aini dengan saudara terdekatnya selepas seminggu terputus hubungan.
Hari tersebut, merupakan hari pertama jalan darat untuk masuk ke sekolah tersebut dibuka selepas Bah Kuning membadai Manek Urai pada 22 Disember lalu.

Selepas hampir 10 minit bertanya khabar dengan Azli, Nor Aini kembali menyambung bicara dengan penulis dan teman penulis dari sebuah akhbar tempatan.


Guru Penolong Kanan Kokurikulum itu kembali tenang, suaranya perlahan menceritakan detik sukar yang dialami ketika berada bersama 200 penduduk di bangunan sekolah itu ketika arus Sungai Lebir menggila.

Kata Nor Aini, air dari Sungai Lebir mencecah ke tingkat dua bangunan sekolah itu dan arus yang membadai telah menggegarkan bangunan yang tegap itu sehingga mereka semua tidak nyenyak untuk tidur.





“Ketika itu tidak ada apa yang saya ingat kecuali berdoa kepada Allah, saya terfikir pada ketika itu untuk mengikat badan kami semua yang berada dalam bangunan ini.

“Mana tidaknya, bangunan bergegar dan kami dapat melihat rumah-rumah yang dihanyutkan di Sungai Lebir. Kami bernasib baik kerana rumah itu tidak merempuh bangunan ini, jika tidak pasti semuanya akan hancur,” katanya.


Nor Aini mempunyai peluang untuk keluar dari bencana alam itu ketika helikopter datang mengambil suami, ibu dan ayahnya yang terlantar namun dia tidak berbuat demikian.

“Saya tidak akan tinggal sekolah ini, saya tidak akan tinggalkan semua orang di sini kerana mereka adalah tanggungjawab saya.

“Apa akan jadi jika saya tiada, apa akan jadi pada mangsa-mangsa lain yang bersembunyi di bukit kerana sekolah ini adalah pusat yang mengagihkan bantuan kepada semua mangsa yang berada di kawasan berhampiran ini,” katanya.

Beban yang ditanggung oleh Nor Aini amat berat. Suaminya menghidap penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani rawatan hemodalisis pada setiap minggu.

Ketika itu, keadaan suaminya semakin parah kerana tidak dapat rawatan tersebut akibat malapetaka yang sama sekali tidak diduga itu.

Justeru, dia terpaksa menghubungi adiknya di Kuala Lumpur supaya mencari jalan untuk membawa suaminya keluar.

“Adik beradik saya telah berpakat dan menyewa helikopter dari Kuala Lumpur. Pada hari Khamis, helikopter datang untuk mengambil suami saya. DCA tidak membenarkan helikopter mendarat di sini kerana keadaan berbahaya.

“Namun kerana keberanian dan pengalaman juruterbang helikopter ini, dia mendarat juga di padang sekolah dan membawa suami ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut, tanpa rawatan ini suami saya tidak mungkin akan selamat,” katanya.

Manakala ibu dan ayahnya yang tinggal tidak mampu bergerak kerana serangan angin ahmar beberapa tahun lalu.

“Emak dan ayah saya dibawa keluar dengan helikopter bersama dengan beberapa pesakit lain di sekolah ini pada keesokan paginya.

“Betul saya ada peluang untuk keluar bersama suami atau emak dan ayah tetapi hati saya di sini, 200 orang yang ada di sini adalah tanggungjawab saya.

“Tanpa saya mereka mungkin takut untuk menggunakan peralatan sekolah untuk kelangsungan hidup, contohnya, bilik Kemahiran Hidup ini, ada dapur gas dan peralatan memasak, kalau tak ada saya mungkin mereka takut nak masuk dan tanpa saya mungkin pengagihan bekalan makanan tidak teratur,” ujarnya.

Selepas kemuncak bah kuning, kira-kira 50 penduduk yang tinggal di sekolah itu mula berpindah ke bukit berhampiran kerana mereka berasa tidak selamat. Ketika itu bantuan mula tiba melalui udara.

“Saya tahu berapa ramai yang ada di bukit, jadi saya buat catuan, supaya semua orang mendapat makanan, bantuan bukan hanya untuk kami di sekolah ini sahaja.

“Alhamudulillah syukur kerana bantuan tiba selepas tiga hari, kami sedar kesukaran yang dihadapi oleh penyelemat untuk masuk ke sini. Kami amat berterima kasih dengan bantuan dan perhatian yang diberikan oleh semua pihak,” katanya.

Pengorbanan Nor Aini untuk membantu mangsa banjir tiada nilainya. Dia memainkan peranan yang amat penting dalam menenangkan semua penduduk yang terperangkap. Bencana ini menunjukkan betapa peri pentingnya seorang pendidik, dihormati masyarakat.

Biarpun seorang wanita, inilah wira yang tidak didendang. Jasanya amat besar.

20 Januari 2015

TERKINI : KEADAAN KESIHATAN MAP DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT !




Nik Abdul Aziz Nik Mat.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada petang Selasa.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ayahnya dimasukkan ke ICU selepas dimasukkan ke hospital pada malam Isnin.

"Petang ini ayahanda (Nik Aziz) dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti yang saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini.

"Saya insyaAllah akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahnda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook milik Musryidul Am PAS itu pada petang Selasa.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau meminta semua pihak supaya mendoakan ayahnya agar kembali sihat.

"Doakan semoga ayahanda kembali sihat. Terima kasih," katanya lagi.

Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu ayahnya dalam situasi 'uzur biasa' dan bekas Menteri Besar Kelantan itu juga boleh menjalani aktiviti hariannya seperti berjalan dan membaca.

"Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda tidak solat di masjid kerana keletihan dan hanya berada di rumah dan melakukan aktiviti biasa seperti berjalan, membaca dan rehat," katanya.

Penjelasan itu sekaligus menafikan dakwaan tidak bertanggungjawab di media sosial sejak awal pagi Isnin bahawa Nik Abdul Aziz yang baharu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-84 pada 10 Januari lalu berada dalam keadaan nazak. ~MSTAR



Nukilan Raja Shamri

datanglah ... ziarahilah dia selagi dia masih ada
kerana dia terlalu uzur ....
pengorbanannya terlalu besar ...
keujudannya satu sejarah

Lagendanya pasti tidakkan hilang
seorang tua yg penuh kasih sayang
tinggi ilmu agama dan tegas prinsipnya
dihormati rakan dan musuh
sumber rujukan pelbagai bangsa dan agama
pemimpin bersih tanpa gejala
menyatukan umat mendoakan sejahtera

Banjir membawa kita ke negeri ini
Ziarahilah dia sebelum pulang
Ketepikan perbezaan kerana syurga hanya satu

Tengoklah walau dari jauh
Kerana dia terlalu lemah untuk menyapa kita
Jadilah kita antara lipatan sejarah
antara manusia yg sempat menemuinya.

Ayahnda ...
Ku dengar pesan darimu yang kau ingin sangat menemuiku
Kau pernah pegang jari jemariku yang cacat
Dan kau katakan itu asbab syurga untukku
Kau pernah bincang kakiku yang kudung
Dan kau katakan akulah Abdullah Ibnu Mas'ud
Aku pernah memayungimu dan masih terngiang pesanmu
BANTULAH ... BANTULAH ...

Dr. Raja Shamri Raja Husin
Kota Jembal,Pulau Melaka
Kelantan.
20 Januari 2015

p/s : Doakanlah ... beliau di ICU sekarang.

PKLN DITANGGUH TAHUN INI, LANGKAH JIMAT CERMAT KERAJAAN


PM: PLKN ditangguh tahun ini


Perdana menteri mengumumkan, langkah penjimatan kerajaan turut melibatkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara pada tahun ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu akan dapat membolehkan kerajaan menjimatkan RM400 juta.



Antara Intipati ucapan Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan strategi utama dalam perutusan khas tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara.

Berikut adalah intipati utama ucapannya di Putrajaya hari ini:

Kerajaan akan ambil langkah proaktif untuk buat pengubahsuaian spesifik, seiring dengan perubahan senario ekonomi global

Dengan pengurangan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 35 sen dan 30 sen, pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia secara kasarnya sekitar RM7.5 bilion.

Kerajaan perlu semak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada US$55 setong bagi 2015.

Pada harga US$55 setong yang diunjurkan, kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.

Sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat jimat RM10.7 bilion, kerajaan masih alami kekurangan hasil sebanyak RM8.2 bilion bagi tampung langkah-langkah Bajet 2015.

Kerajaan tetapkan kadar defisit dikaji semula kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2015.

Kerajaan tidak berkompromi ke atas perancangan pembangunan kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara.

Kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah bawah 40 peratus.

Turun-naik nilai matawang asasnya berdasarkan pengaruh ekonomi global dan Ringgit bukan satu-satunya yang menyusut berbanding dolar Amerika.

Kerajaan perlu pastikan akaun semasa dalam imbangan pembayaran sentiasa kekal dalam lebihan.

Kerajaan teruskan langkah-langkah reformasi fiskal dan menyepadukan (consolidate) ekonomi.

Kerajaan pastikan aktiviti ekonomi terus dipelbagaikan supaya negara mampu hadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit akan alami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh.

Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan (financial intermediation) dengan aktiviti pinjaman kekal lancar.

Aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaian kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

BUKTI PANAS : TEAM NAJIB GUNA TV3.25 UNTUK SERANG DAIM?!!!

Saiful dakwa TV3 beri banyak liputan kepada Anwar




Gambar perbualan isteri Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan majikannya berhubung tugasan liputan pemimpin PKR menerusi aplikasi Whatsapp yang disiarkan di blog Saiful.
 - Gambar daripada www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com, 19 Januari, 2014.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja daripada stesen televisyen TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan membuat liputan ke atas PKR dalam menyerang bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dalam tulisan di blognya, Saiful mempertikaikan ruang yang diberikan stesen televisyen swasta tersebut kepada pemimpin PKR untuk menyerang bekas menteri Kabinet zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

"Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? 


Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?" katanya dalam blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.


Saiful juga menyertakan bersama salinan perbualan WhatsApp mendedahkan isterinya menerima arahan daripada seorang pengarang supaya membuat liputan ke atas pemimpin PKR.

"Di sini saya sertakan bukti arahan 'MUST COVER AND USE' yang diberikan TV3 oleh seorang editor kepada isteri saya, yang datangnya dari big bos Datuk Ashraf Abdullah pada hujung November lepas untuk attack Tun Daim. Ingatkan sekali itu saja, rupanya makin menjadi-jadi," katanya.

Saiful berkata, isterinya mengambil Skim Pemisahan Sukarela (MSS) pada Disember tahun lepas, antara puncanya kerana enggan bekerja dengan majikan yang memihak kepada pihak lawan.

"Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan sidang media Shamsul Iskandar Mohd Akin - Ahli Parlimen PKR, untuk tikam tokoh yg beliau sendiri hormati.

"Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walaupun tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip," katanya.

Kebelakangan ini, TV3 dan "cyber troopers" mula menyerang tokoh utama Umno tersebut, membangkitkan isu mengenai skandal bank yang dimilikinya di luar negara.

Penulis blog pro Umno melaporkan yang Daim diserang "cyber troopers" yang berkait dengan Najib kerana mengkritik Putrajaya dalam mengendalikan ekonomi negara.

Daim, serta Dr Mahathir mengkritik hebat pentadbiran Najib dalam menangani ekonomi dan politik negar

SUMBER BERITA


BACA LAGI DIBAWAH.....
Kepala hotak Nurul Asyikin on Tuesday, January 20, 2015
Tu dia. Satu demi satu rahsia terbuka. Bila mereka bergaduh dan bercakaran sesama sendiri maka segala rahsia yang tersimpan rapi akan didedahkan dek diulit rasa geram dan marah.


Bloggers UMNO YG Dikatakan Pro Mahathir
Baca sat luahan bekas menteri Zainuddin Maidin kat bawah neh ;

DAIM DAN MAHATHIR....

Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang serap telah mejangkakan bahawa serangan peribadi TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pastinya umum akan merujukannya sebagai arahan serta mendapat keizinan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib .

Dengan mudah orang di tepi jalanpun akan membuat kesimpulan demikian kerana sudah menjadi rahsia umum bahawa media perdana NST,Berita Harian ,TV3 dan juga Utusan Malaysia adalah di tangan UMNO yang menerima arahan penting dari Jabatan Perdana Menteri atau terus dari Perdana Menteri dari masa kemasa.

Apabila TV3 terutamanya menggunakan pemimpin-pemimpoin pembangkang untuk mengancam Tun Daim kerana sejarah lamanya ,maka saya nampak ini bukanlah suatu permaianan politik atau perang sarap yang bijaksana tetapi merupakan permainan politik yang kotor,tidak beretika,tidak profesional dan sangat rendah caranya dan kualitinya yang tidak sepatutnya datang dari Jabatan Perdana Menteri.

Saya mengakui hak Datuk Seri Najib untuk menjawab semua kritikan terhadap pemerentahannya oleh Tun Daim Zainuddin dan juga Tun Dr.Mahathir dan kawan rapat Tun Daim, A.Kadir Jasin tetapi media yang dianggap sebagai suara rasmi UMNO tidak seharusnya sampai kepada taraf menyerang peribadi dan menampakan seolah-olah Najib berada dalam keadaan berperang dengan Tun Daim atau Tun Dr.Mahathir.

Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang Mahathir tetapi saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Tun Daim kerana menyokong pandangan bloger A.Kadir Jasin dalam posting terbarunya yang melihat bahawa kecaman terhadap Tun Daim oleh Kumpulan Media Prima itu akan menikam balik Datuk Seri Najib dan menghakiskan lagi kewibawaannya.

Saya melihat ini semata mata dari segi profesionalisme dan juga pengalaman masa lalu.

Bagaimanapun saya percaya Tun Daim dan juga Tun Dr.Mahahtir sebagai pemimpin berwibawa yang dihormati tinggi oleh rakyat Malaysia dan Antarabangsa tidak akan menggunakan cara yang paling tidak terhormat untuk mendedahkan maklumat yang dikatakan oleh A.Kadir Jasin lebih menyelerakan mengenai Datuk Seri Najib yang dipunyai oleh mereka.

Kata Kadir “Kalau mereka kata mereka ada maklumat 'juicy' (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka,” tulisnya di blog kadirjasin.blogspot.com -

-----------------------------

Sumber.

Point penting.

1. Zam mendedahkan bahawa selama ini benarla anggapan orang awam bahawa beberapa media arus perdana terutamanya dibawah pengaruh Media Prima telah menerima arahan langsung dari tangan2 UMNO dalam menghebahkan dan melaporkan berita. Padan la berita semua jenis menjilat pimpinan walaupun gaya laporan nampak bangang.

2. Team Najib dianggap tidak profesional bila melakukan serangan peribadi ke atas Daim. Ini berikutan tv3 sanggup guna point PKR dan pembangkang untuk kritik Daim secara terbuka di laman beritanya.

3. Zam secara tak langsung mengakui bahawa berlaku serangan propaganda ke atas Daim yang political motivated. Dan ini pula dibuat dalam pengetahuan Najib.

4. Zam juga mendedahkan bahawa Team Mahathir juga ada rahsia besar tentang Najib Razak.

Apakah maklumat rahsia itu?

Apakah yang dikatakan tidak akan mendedahkan maklumat besar itu dengan cara tidak berhormat?

Maksudnya takan gunakan media pro pembangkang?

Atau tidak akan gunakan mana2 media langsung?

Adakah akan gunakan tekanan dan ugutan ke atas Najib sehingga dia terpaksa mengundurkan diri dan melepaskan jawatan perdana menteri?

HAHAHAHAHAHA..

Aku ada rahsia kau.
Kau pun ada rahsia aku.
Alangkah bagusnya kalau kita dapat dedahkan rahsia mereka semua.

HAHAHAHAHA..

19 Januari 2015

HARGA GULA DI US HANYA RM1.18 PER KILO....BERAPA BANYAK KARTEL SYARIKAT GULA GASAK DUIT PENGGUNA?!!!

Punca Sebenar Harga Gula Terkini 2015 Di Malaysia Masih Kekal RM2.84 Sekilo?




Punca Sebenar Harga Gula Terkini 2015 Di Malaysia Masih Kekal RM2.84 Sekilo? Rakyat Malaysia Telah Bayar Lebih 2 Kali Ganda : Sunyi sepi berita harga gula di Malaysia pada ketika ini. Lebih kuat bunyinya guruh dan titisan hujan di Borneo sekarang ini. Sehingga membuatkan Berita Semasa tertanya-tanya mengapa dan kenapa sehingga ke hari ini rakyat Malaysia, tidak mendapat tempias disebalik harga gula dunia turun?

Berdasarkan semakan Berita Semasa menunjukkan harga gula dunia dan pasaran antarabangsa telah turun sejumlah 20% sejak Julai 2014 lagi.

Adakah kalangan yang menjaga paras harga gula di Malaysia hanya pandai bermain dengan kalkulator ketika harga gula dunia naik sahajakah?


Dan menjadi kaku seribu bahasa tatkala harga gula dunia turun?


Hebat…formula ini. Sepatutnya rakyat Malaysia mendapat manfaat harga gula yang lebih murah sebaliknya Kartel syarikat gula yang terus memonopoli industri gula di Malaysia terus “diam membisu” sambil tersenyum lega harga gula masih kekal utuh sehingga ke hari ini disebalik harga gula dunia turun
.

Jikalau anda semak pada carta yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini, harga gula dunia mula menunjukkan trend menurun sejak daripada tahun 2011 lagi. Anda perhatikan sesuatu yang pelik telah berlaku di sini :


Harga gula dunia pada hari ini sekitar 15 cents (US) untuk setiap pound atau 33 cents (US) untuk setiap kilo ataupun Rm1.18 untuk setiap kilo
Ok Baik. 


Tetapi harga gula yang dijual kepada rakyat Malaysia RM2.84 untuk setiap kilo (harga gula di Malaysia yang terkini)

Ini bermakna rakyat Malaysia telah membayar 2 kali ganda kepada kartel syarikat gula di Malaysia bagi “merasa sedikit kemanisan disebalik kepahitan yang dialami mereka” bagi produk yang dikenali sebagai gula yang dijual di Malaysia

Subsidi gula sudah hapus pun masih lagi, tidak berubah harga gula di Malaysia?

BACA SINI : Kenaikan Harga Gula Naik RM2.84 sen SEKILO Hari Ini! (Subsidi Rakyat Dipotong 34 sen)


P/S : Persoalan Berita Semasa yang terakhir, mengapa dan kenapa acapkali rakyat marhaen perlu “terlebih lebih” untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan di Malaysia? Sampai bila?




~ Beritasemasa.com.my

MENGAPA HARGA GULA TIDAK DITURUNKAN OLEH KERAJAAN YANG MANA MERUPAKAN HARGA KAWALAN DIMANA PERANAN PIHAK KERAJAAN.....BUKAN SEKADAR HANYA ALASAN BILA UNTUK MENAIKAN HARGA SAHAJA TETAPI BUAT BODOH BILA KEADAAN SEBALIKNYA.....


Punca harga barang tidak turun apa komen Kementerian :

“Kalau tidak jalan (perbincangan gagal), baru kita bertindak. Walaupun tiada akta yang boleh digunakan tetapi kita sudah ada perancangan tersendiri. Isunya di sini, tiada sebab untuk mereka tidak turunkan harga,” jelasnya.


KUALA LUMPUR 16 Jan. – Mengecewakan, tetapi itulah hakikat apabila tiada satu pun barangan yang dijual kepada pengguna diturunkan harganya oleh peniaga, walaupun harga minyak telah dua kali diturunkan kerajaan sejak 1 Disember lalu.

Puncanya ialah pihak pengilang, pengeluar serta pemborong yang sengaja tidak mahu menurunkan harga apabila masih bertindak menjual barangan mengikut harga lama kepada peruncit, biarpun kos pengangkutan bukan lagi menjadi isu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, akibat sikap pengilang, pengeluar serta pemborong itu, pengguna menjadi mangsa.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kementerian sudah mempunyai beberapa mekanisme untuk memastikan pengilang, pengeluar dan pemborong menurunkan harga tetapi buat masa ini, pihaknya memilih pendekatan melalui perbincangan.

“Memang di mana-mana pun hari ini, kita dengar gesaan daripada pengguna hendak melihat harga barangan diturunkan tetapi sekarang ini tidak ada satu pun barangan diturunkan harga, yang kekal ada walaupun minyak sudah lama turun.

“Saya tidak salahkan peruncit kerana mereka dapat barangan pada harga yang tinggi, pastinya mereka juga mahu margin keuntungan. Ia mesti bermula daripada pengilang, pengeluar dan pemborong,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan semula AEON BiG Subang Jaya selepas pasar raya itu diubah suai dengan kos lebih RM40 juta bagi menampilkan wajah baharu selain menjamin keselesaan kepada pengguna di sekitar kawasan tersebut.

Sempena majlis pembukaan semula pasar raya itu, Ahmad Bashah turut merasmikan Kempen Harga Tetap AEON BiG yang bermula hari ini hingga hujung Disember 2015, melibatkan 2,500 barangan di semua 28 cawangannya di seluruh negara.

Pada 21 November 2014, kerajaan mengumumkan pelaksanaan kaedah apungan terkawal dalam menetapkan harga runcit bahan bakar dan mulai 1 Disember, harga RON95 diturunkan sebanyak empat sen, RON97 (sembilan sen) manakala diesel (tiga sen).

Sebulan kemudian iaitu berkuatkuasa pada 1 Januari lalu, harga minyak diturunkan lagi antara 30 sen hingga 35 sen, menyaksikan petrol RON95 berharga RM1.91 seliter, RON97 (RM2.11 seliter) dan diesel (RM1.93 seliter).

Ditanya mengenai perincian mekanisme yang akan digunakan untuk memastikan pengilang, pengeluar dan pemborong akur dengan kehendak pengguna, Ahmad Bashah berkata, perkara itu akan didedahkan selepas selesai sesi perbincangan.

“Kalau tidak jalan (perbincangan gagal), baru kita bertindak. Walaupun tiada akta yang boleh digunakan tetapi kita sudah ada perancangan tersendiri. Isunya di sini, tiada sebab untuk mereka tidak turunkan harga,” jelasnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my

KISAH BENAR PENCURI PULANGKAN BALIK BARANG YANG DICURI KETIKA BANJIR


Alhamdulillah... Telah ada yg terbukak pintu hidayah utk berubah hasil dari gerak kerja tanpa henti tanpa mengenal penat lelah...

Inilah yg saya perjuangkan... Iaitu kearah Malaysia yg lebih bagus dan lebih hebat.

Tahniah semua sukarelawan yg berjuang siang dan malam. Keikhlasan kita biar Allah yg nilai. Kita tentera tentera Allah... Ini peluang kita untuk menggali perigi syurga yg airnya takkan kering sampai bila2.

Teruskan bersama saya dlm misi kemanusiaan ini... Kerana "together we are stronger".

Kredit to Afiq Aiman for the photo.