Meskipun harga bahan api yang dijual kepada rakyat Malaysia mengalami penurunan, industri dan sektor komersial tidak menikmati keadaan serupa kerana Putrajaya mengenakan cukai jualan kepada syarikat-syarikat terlibat dalam industri berkenaan, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Beliau mendakwa, berpunca daripada perkara itu, harga barang tidak turut mengalami penurunan meskipun harga bahan api, petrol dan diesel diturunkan.
"Saya sering ditanya (terutamanya dari kalangan penyokong Umno) kenapa harga barang masih tidak turun sedangkan harga minyak turun.
"Soalan-soalan ini ekoran dari kempen senyap yang dibuat di laman-laman sosial kononnya peniaga-peniaga Cinalah yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak turun.
"Satu fakta yang tidak diketahui orang ramai adalah harga minyak kepada industri dan sektor komersil sebenarnya tidak turun seperti petrol dan diesel yang dijual kepada orang ramai, malah dinaikkan dengan pengenalan cukai jualan ke atas petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pengilang dan pengusaha komersial dilarang membeli diesel dan petrol dari pam, seperti pengguna biasa.
"Sebab itu kita tidak melihat lori-lori tangki daripada pengilang dan pengusaha komersil mengisi petrol dan diesel ke dalam tangki besar mereka di stesen-stesen minyak biasa.
"Pengilang dan pengusaha komersil membeli diesel dan petrol dalam jumlah pukal terus dari syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan lain-lain.
"Petrol dan diesel ini digunakan di dalam enjin di kilang, sebagai bahan bakar dan pelbagai kegunaan industri yang lain," katanya.
Rafizi berkata, pihaknya juga mengesahkan harga petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil ini dinaikkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui satu Pekeliling Perbendaharaan yang bernombor rujukan SR(8.09)102/21-1Vol.58(38) yang dibocorkan kepadanya minggu lepas.
"Saya berjanji untuk melindungi pemberi maklumat itu dengan tidak menyiarkan pekeliling terbabit tetapi maklumat nombor rujukan cukup untuk pihak media bertanyakan kepada Kementerian Kewangan," katanya.
Antara peraturan pekeliling itu katanya termasuklah, Putrajaya mengenakan jualan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersial berkuatkuasa 1 Januari 2015, ketika rakyat negara ini mulai menikmati penurunan harga bahan api petrol dan diesel.
Cukai berkenaan katanya dikenakan ke atas harga yang ditetapkan kerajaan, iaitu harga yang dibayar orang ramai.
Rafizi berkata, cukai jualan yang ditetapkan adalah sebanyak 40 sen untuk setiap liter diesel, petrol RON95 (58.62 sen), RON97 (58.62 sen), dan diesel B5 sebanyak 40 sen seliter.
"Pada setiap bulan, Kementerian Kewangan akan mengeluarkan pekeliling memaklumkan diskaun cukai jualan.
"Diskaun bagi bulan Januari 2015 adalah diesel 9.4 sen setiap liter, petrol RON95 (22.72 sen), RON97 (6.08 sen) dan diesel B5 (12.89 sen)," katanya.
Tambahnya lagi, cukai jualan yang dikenakan selepas diskaun kepada industri dan sektor komersil bagi Januari 2015 untuk diesel sebanyak 30.6 sen setiap liter, petrol RON95 (35.9 sen) RON97 (52.54 sen) dan diesel B5 (27.11 sen).
"Rakyat perlu tahu sebenarnya pengilang dan industri logistik yang tertakluk di bawah kategori industri dan komersil tidak menikmati penurunan harga minyak, sebaliknya terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.
"Oleh sebab cukai jualan yang dikenakan, pengilang dan industri terpaksa membayar harga RM2.269 seliter (RON95) dan RM2.236 seliter (diesel) berbanding harga biasa RM1.91 seliter (RON95) dan RM1.93 seliter (diesel)," kata Rafizi.
Beliau berkata, ia bermakna pengilang dan industri membayar dua bentuk cukai kepada kerajaan sekarang ini, iaitu cukai jualan yang diumumkan melalui pekeliling setiap bulan dan cukai petrol atau diesel tersembunyi akibat perbezaan ketara di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan kerajaan.
"Saya memberi perhatian kepada isu-isu seperti ini (termasuk sistem penetapan harga yang memangsakan pengusaha stesen minyak, syarat AP makanan yang mewujudkan monopoli) kerana ia menjadi penghalang untuk menurunkan harga barang," katanya.
Pentadbiran Najib juga katanya mengambil tindakan tidak bertanggungjawab mengenakan cukai senyap-senyap kepada industri untuk menambah pendapatan dengan harapan rakyat mengalihkan kemarahan kepada industri dan peniaga, bukannya kerajaan.
"Sedangkan kerajaan mengutip ratusan juta cukai dari rakyat dan peniaga setiap bulan sejak kejatuhan harga minyak berlaku," katanya.
"Untuk berlaku adil kepada semua, segala bentuk cukai yang dikenakan baik kepada rakyat atau peniaga atau pengilang perlu dihentikan serta merta agar kejatuhan harga minyak betul-betul boleh diterjemahkan menjadi penurunan kos di setiap peringkat rantaian nilai iaitu dari pengilang hinggalah kepada pengguna."
Rakyat katanya harus sedar salah satu sebab harga barang tidak turun secepat harga minyak adalah kerana pengilang dan industri tidak menikmati kejatuhan harga minyak akibat cukai jualan yang diperkenalkan Najib ini.
- See more at:SINI
padahal harga minyak turun
BalasPadam.-berapa lamakah tempoh masa mekanisme ini diguna pakai.? Mgkin sbnarnya rafizi yg kurang jelas...atau pn bpgk kpdn yg sejak 2005 telah tersalah kaedah penyiasatan berikutan sinonim dgn 'penyeludupan" walhal tugas kpdn yg sebenar adalah mencatu stok jualan runcit stesen dgn tangkap-bon-lepas-tangkap-lucuthak kereta tarik minyak langgar bon) .Soal mengekang kontraban (penyeludupan) radius 7km dri border hgga di lintasan icq diberi mandat kpd upp/aksem/pga.-akta 122 akb pindaan 2006
BalasPadam