20 Januari 2015

PKLN DITANGGUH TAHUN INI, LANGKAH JIMAT CERMAT KERAJAAN


PM: PLKN ditangguh tahun ini


Perdana menteri mengumumkan, langkah penjimatan kerajaan turut melibatkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara pada tahun ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu akan dapat membolehkan kerajaan menjimatkan RM400 juta.



Antara Intipati ucapan Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan strategi utama dalam perutusan khas tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara.

Berikut adalah intipati utama ucapannya di Putrajaya hari ini:

Kerajaan akan ambil langkah proaktif untuk buat pengubahsuaian spesifik, seiring dengan perubahan senario ekonomi global

Dengan pengurangan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 35 sen dan 30 sen, pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia secara kasarnya sekitar RM7.5 bilion.

Kerajaan perlu semak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada US$55 setong bagi 2015.

Pada harga US$55 setong yang diunjurkan, kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.

Sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat jimat RM10.7 bilion, kerajaan masih alami kekurangan hasil sebanyak RM8.2 bilion bagi tampung langkah-langkah Bajet 2015.

Kerajaan tetapkan kadar defisit dikaji semula kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2015.

Kerajaan tidak berkompromi ke atas perancangan pembangunan kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara.

Kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah bawah 40 peratus.

Turun-naik nilai matawang asasnya berdasarkan pengaruh ekonomi global dan Ringgit bukan satu-satunya yang menyusut berbanding dolar Amerika.

Kerajaan perlu pastikan akaun semasa dalam imbangan pembayaran sentiasa kekal dalam lebihan.

Kerajaan teruskan langkah-langkah reformasi fiskal dan menyepadukan (consolidate) ekonomi.

Kerajaan pastikan aktiviti ekonomi terus dipelbagaikan supaya negara mampu hadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit akan alami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh.

Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan (financial intermediation) dengan aktiviti pinjaman kekal lancar.

Aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaian kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan