Cikgu Nor Aini Mat Nor tenang ketika ditemui di tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai kira-kira pukul 12 tengah hari, 29 Disember 2014.
Namun sebaik sahaja mahu berbicara, dia terhenti seketika, perlahan dia bangun dari bangku berjalan menuju ke arah seorang lelaki.
Tanpa sebarang kata, dia memeluk lelaki itu. Hanya linangan air mata yang keluar di antara mereka berdua.
“Mak dan ayah sihat, keluarga yang lain macam mana,” bisik Nor Aini dalam sebak. Lelaki yang berusia pertengahan 30-an itu mengangukkan kepala.
“Alhamdulillah sihat, kak long macam mana sihat,” balas Azli. Mereka berdua
kembali membisu untuk seketika.
Azli tidak datang dengan tangan kosong, dia membawa sedikit bekalan makanan dan keperluan untuk ‘kak longnya’ yang hampir seminggu tidak ditemui, tanpa khabar berita.
Itu merupakan pertemuan kali pertama Nor Aini dengan saudara terdekatnya selepas seminggu terputus hubungan.
Hari tersebut, merupakan hari pertama jalan darat untuk masuk ke sekolah tersebut dibuka selepas Bah Kuning membadai Manek Urai pada 22 Disember lalu.
Selepas hampir 10 minit bertanya khabar dengan Azli, Nor Aini kembali menyambung bicara dengan penulis dan teman penulis dari sebuah akhbar tempatan.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum itu kembali tenang, suaranya perlahan menceritakan detik sukar yang dialami ketika berada bersama 200 penduduk di bangunan sekolah itu ketika arus Sungai Lebir menggila.
Kata Nor Aini, air dari Sungai Lebir mencecah ke tingkat dua bangunan sekolah itu dan arus yang membadai telah menggegarkan bangunan yang tegap itu sehingga mereka semua tidak nyenyak untuk tidur.
“Ketika itu tidak ada apa yang saya ingat kecuali berdoa kepada Allah, saya terfikir pada ketika itu untuk mengikat badan kami semua yang berada dalam bangunan ini.
“Mana tidaknya, bangunan bergegar dan kami dapat melihat rumah-rumah yang dihanyutkan di Sungai Lebir. Kami bernasib baik kerana rumah itu tidak merempuh bangunan ini, jika tidak pasti semuanya akan hancur,” katanya.
Kata Nor Aini, air dari Sungai Lebir mencecah ke tingkat dua bangunan sekolah itu dan arus yang membadai telah menggegarkan bangunan yang tegap itu sehingga mereka semua tidak nyenyak untuk tidur.
“Ketika itu tidak ada apa yang saya ingat kecuali berdoa kepada Allah, saya terfikir pada ketika itu untuk mengikat badan kami semua yang berada dalam bangunan ini.
“Mana tidaknya, bangunan bergegar dan kami dapat melihat rumah-rumah yang dihanyutkan di Sungai Lebir. Kami bernasib baik kerana rumah itu tidak merempuh bangunan ini, jika tidak pasti semuanya akan hancur,” katanya.
Nor Aini mempunyai peluang untuk keluar dari bencana alam itu ketika helikopter datang mengambil suami, ibu dan ayahnya yang terlantar namun dia tidak berbuat demikian.
“Saya tidak akan tinggal sekolah ini, saya tidak akan tinggalkan semua orang di sini kerana mereka adalah tanggungjawab saya.
“Apa akan jadi jika saya tiada, apa akan jadi pada mangsa-mangsa lain yang bersembunyi di bukit kerana sekolah ini adalah pusat yang mengagihkan bantuan kepada semua mangsa yang berada di kawasan berhampiran ini,” katanya.
Beban yang ditanggung oleh Nor Aini amat berat. Suaminya menghidap penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani rawatan hemodalisis pada setiap minggu.
Ketika itu, keadaan suaminya semakin parah kerana tidak dapat rawatan tersebut akibat malapetaka yang sama sekali tidak diduga itu.
Justeru, dia terpaksa menghubungi adiknya di Kuala Lumpur supaya mencari jalan untuk membawa suaminya keluar.
“Adik beradik saya telah berpakat dan menyewa helikopter dari Kuala Lumpur. Pada hari Khamis, helikopter datang untuk mengambil suami saya. DCA tidak membenarkan helikopter mendarat di sini kerana keadaan berbahaya.
“Namun kerana keberanian dan pengalaman juruterbang helikopter ini, dia mendarat juga di padang sekolah dan membawa suami ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut, tanpa rawatan ini suami saya tidak mungkin akan selamat,” katanya.
Manakala ibu dan ayahnya yang tinggal tidak mampu bergerak kerana serangan angin ahmar beberapa tahun lalu.
“Emak dan ayah saya dibawa keluar dengan helikopter bersama dengan beberapa pesakit lain di sekolah ini pada keesokan paginya.
“Betul saya ada peluang untuk keluar bersama suami atau emak dan ayah tetapi hati saya di sini, 200 orang yang ada di sini adalah tanggungjawab saya.
“Tanpa saya mereka mungkin takut untuk menggunakan peralatan sekolah untuk kelangsungan hidup, contohnya, bilik Kemahiran Hidup ini, ada dapur gas dan peralatan memasak, kalau tak ada saya mungkin mereka takut nak masuk dan tanpa saya mungkin pengagihan bekalan makanan tidak teratur,” ujarnya.
Selepas kemuncak bah kuning, kira-kira 50 penduduk yang tinggal di sekolah itu mula berpindah ke bukit berhampiran kerana mereka berasa tidak selamat. Ketika itu bantuan mula tiba melalui udara.
“Saya tahu berapa ramai yang ada di bukit, jadi saya buat catuan, supaya semua orang mendapat makanan, bantuan bukan hanya untuk kami di sekolah ini sahaja.
“Alhamudulillah syukur kerana bantuan tiba selepas tiga hari, kami sedar kesukaran yang dihadapi oleh penyelemat untuk masuk ke sini. Kami amat berterima kasih dengan bantuan dan perhatian yang diberikan oleh semua pihak,” katanya.
Pengorbanan Nor Aini untuk membantu mangsa banjir tiada nilainya. Dia memainkan peranan yang amat penting dalam menenangkan semua penduduk yang terperangkap. Bencana ini menunjukkan betapa peri pentingnya seorang pendidik, dihormati masyarakat.
Biarpun seorang wanita, inilah wira yang tidak didendang. Jasanya amat besar.
bersabarlah
BalasPadamsuatu saat akan ada hikmahnya
BalasPadamTerbaikk buat cikgu, salute to u
BalasPadamHati Sayu di dalam sendu, menitip bait didalam baris2 rangkap yang tidak terungkap disebalik kata Dan lafas.Sunguh jelas sehinga dapat diOlah oleh minda di bawah sedar...urmmmmm tragedy yg sadis.KELANTANIS MENANGIS!!! HYE YOU!!! politicsion lesson carefully...Jihad tidak bemula dari fisabillilah,jihad bermula diri mengenal Diri,mengenal agamamu anutanmu,nabi2mu,kitab2 terdahulu,alquran/hadis2,mengenal penciptamu,mengenal mahluk,mengenal insan,mengenal kebolehan,mengenal keluargamu,mengenal tetangamu..dlam istilah yg lain seawal huruf alif......rakyat didahulukan melebihi sebarang keutamaan..bincana itu fikrah megenal diri Dan pencipta..redho akan sesuatu perkara memerlukan kekuatan I man,minda yang teruji disitu terzahir Islam atau sebaliknye...?bila bah melanda baru ini hampir semua bertengadah, buntu Dan kaku,gusar dan masih bermain2 dgan issue2 yg bukan keutamaan...Ummah Dlm masyarakat madani kini agak menyeleweng dari akidah!!! One more I told u..just omogan kosong Apakah hukumnye menuduh sesaorang /aliran agama sesat Tampa bukti yg sohih?....agak-agaknyela so jangan tersingong umat Islam kat dunia ni bila nak bersatu agaknye.... Sepanjang tahun berdesas-desus orang ni sesat,fahaman tu sesat Tampa ada sebarang dealoq...about ni kena faham apa itu mediums propaganda..bagi mengolah sesuatu......moga dapat hidayah"wassalam.
BalasPadam