11 Januari 2015

TERKINI: CEO AIR ASIA YAKIN BADAN PESAWAT DITEMUI BERSAMA ISYARAT PING KOTAK HITAM YANG DIKESAN 3 KAPAL MILIK BPPT!!!

QZ8501: Kotak hitam pesawat ditemui - KEMENHUB

AFP |Kemas kini 11.00PM 11/1/15




Namun begitu pasukan itu gagal mengeluarkannya ekoran terhimpit di bawah serpihan pesawat.

JAKARTA: Anggota kumpulan penyelam Indonesia pada Ahad berjaya menemui kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas pada 28 Disember lalu bersama 162 penumpang, kata Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB).

Namun begitu pasukan itu gagal mengeluarkan kotak hitam ekoran terhimpit di bawah serpihan pesawat.

“Pasukan penyelam di kapal Jadayat berjaya menemui peralatan penting, kotak hitam pesawat QZ8501,” kata Tonny Budiono, seorang pegawai kanan kementerian itu di Jakarta.

Perakam suara dan data penerbangan itu ditemui pada kedalaman 30-32 meter, katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelam akan berusaha pada Isnin untuk mengalihkan serpihan pesawat itu bagi mendapatkan kotak hitam itu.

“Sekiranya usaha itu masih gagal, kami akan menggunakan belon untuk mengapungkan serpihan pesawat seperti mana yang kami lakukan ketika mengangkat ekor pesawat yang lalu,” kata Tonny.

Sementara itu pengarah pasukan SAR, S.B. Supriyadi pada awalnya memaklumkan serpihan pesawat yang dipercayai bahagian badan pesawat itu telah berjaya dikesan berhampiran isyarat ping kotak hitam terbabit.

Sehingga kini katanya, 48 mayat telah berjaya ditemui.

Kata Supriyadi, pihaknya percaya lebih banyak mayat terperangkap di bahagian kabin pesawat dan akan ditemui. Bahagian ekor pesawat telah berjaya diangkat pada Sabtu.


Read more at:sumber



Isyarat "Ping" Diduga Kotak Hitam, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia: Perasaan Saya itu Badan Pesawat

CEO AirAsia Tony Fernandes

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes

Jakarta - Isyarat "ping" di lokasi jatuhnya pesawat AirAsia QZ 8501 dikesan tiga kapal milik BPPT. Isyarat tersebut diduga berasal dari kotak hitam yang sudah terlepas dari ekor pesawat.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes punya pandangan berbeza. Dia meyakini bahawa isyarat itu adalah tanda kewujudan badan pesawat.

"Maklumat yang kuat datang bahawa kotak hitam mungkin dijumpai, meski belum disahkan. Tapi, perasaan saya (itu) adalah (badan) pesawat," tulis Tony dalam akaun Twitter-nya, Minggu (11/1).



Dia pun berharap bahawa apa yang ia yakini itu benar, sehingga kemungkinan penemuan seluruh jenazah penumpang semakin besar.

"Yang terpenting bagi kami adalah mencari semua penumpang. Terima kasih kepada Basarnas dan semua pihak yang terlibat dalam operasi ini," ujarnya.


SUMBER BERITA






Kapal Crest Onyx mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501 di perairan Laut Jawa, Sabtu (10/1). Antara/Presetyo Utomo


Kapal Crest Onyx mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501 di perairan Laut Jawa, Sabtu (10/1)





Kapal Crest Onyx mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501 di perairan Laut Jawa, Sabtu (10/1). Tim SAR gabungan berhasil mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501.

 Evakuasi ekor pesawat sangat penting karena biasanya terdapat kotak hitam. Selanjutnya kotak hitam akan diinvestigasi oleh Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) untuk mengungkap penyebab kecelakaan pesawat AirAsia QZ8501 rute Surabaya-Singapura. 

(Sumber: Antara) Beritasatu.com/Danung Arifin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan