Gambar Dan Video Gadis Bertudung Relakan Diri Dipeluk Dan Dikuncup Artis Kpop Di Mini Konsert KL Live Semalam
Sememangnya sangat menyedihkan apabila beberapa keping gambar seorang gadis bertudung dengan rela hati membiarkan dirinya dipeluk, dan kemudian dia memeluk semula anggota kumpulan Kpop, B1A4 di Mini Konsert KL Live, lewat malam tadi.
Kami tak tahu nak cakap aper dah, kalau dah minat sangat dengan artis Kpop memang sanggup buat apa sahaja untuk mendekati mereka. Inilah yang dikatakan taksub.
Beberapa gambar dan video yang memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi di internet. Gambar dan video tersebut telah mendapat respon dari netizen yang rata-rata mengkritik perbuatan tersebut.
Difahamkan, gadis-gadis tersebut telah dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh ACER.
Jika dilihat pada Twitter, aksi tersebut telah mendatangkan respon yang negatif dari netizens. Ramai yang melihat aksi itu tidak sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua belah pihak iaitu gadis bertudung tersebut dan juga artis Kpop itu.
Serius amat menyedihkan selepas melihat beberapa keping gambar seorang gadis bertudung sengaja merelakan dirinya dipeluk dan dikuncup oleh artis Kpop.
Apa nak jadi ni? Hanya kerana terlalu kemaruk dan taksub artis Kpop, ada yang begitu mudah sekali dipeluk walaupun di khalayak ramai !!
Perempuan melayu dicabul atas pentas oleh mat kpop semalam - BODOH !!!
Read more: sini
Kuala Lumpur : "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.
"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.
Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Bukan Artis KPOP mencabul tapi gadis Melayu bodoh yang rela dicabul....
BalasPadamSetujuuu
BalasPadam