12 Januari 2015

CADANG ABDUL HADI AWANG TIDAK DICALONKAN SEMULA JAWATAN PRESIDEN

Cadang Abdul Hadi tidak dicalonkan semula

Hadi Awang

ALOR SETAR - Bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.

Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada muktamar 2013 berkata, ini kerana Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

“Saya cadangkan Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden dan mengambil alih tugas Nik Aziz yang dilihat semakin uzur.

"Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia, melayakkan beliau dilantik sebagai Mursyidul Am Pas,” katanya.

Kenyataan terbuka Zulhazmi itu turut dimuat naik di Facebook miliknya dan mengundang pelbagai reaksi.

Selain Abdul Hadi, nama lain yang dicadangkan untuk tidak dicalonkan dalam pemilihan kepimpinan termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut disenaraikan.

Zulhazmi berkata, kesemua yang disenaraikan itu memegang jawatan dalam institusi paling tinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama dan mereka tidak wajar mempunyai apa-apa jawatan lain di peringkat lebih rendah.

“Majlis Syura adalah institusi tertinggi berperanan memantau Pas supaya tidak tergelincir dari landasan perjuangan serta dasar parti iaitu Islam. Ia juga merupakan institusi tertinggi yang bertindak memutuskan sebarang rayuan tatatertib ahli parti,” katanya.

Menurutnya, keadilan dalam Islam bukan sekadar ungkapan tetapi perlu dipraktikkan.

“Sebarang pertindihan kepentingan, pertindihan kuasa yang boleh menimbulkan keraguan dan fitnah hendaklah dielakkan lebih awal,” katanya.

Sehubungan itu juga, Zulhazmi mencadangkan Pas kawasan di seluruh negeri tidak mencalonkan nama-nama disenaraikan itu untuk sebarang jawatan dan sekiranya dicalonkan, disarankan mereka menolak pencalonan. ~Sinar Harian


RESPON PEMUDA PAS :

Pemuda PAS Mahu Hadi Terus Kekal



Abdul Hadi Awang

PETALING JAYA: Meskipun dianggap lemah dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor, PAS masih memerlukan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerajui parti itu.

Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata Abdul Hadi wajar dikekalkan sebagai Presiden PAS dalam pemilihan parti itu yang dijangka diadakan pada Jun depan.

"Kami berpandangan Datuk Seri Abdul Hadi masih diperlukan (sebagai Presiden PAS). Parti masih memerlukan beliau sebagai ketua," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Beliau mengulas mengenai saranan bekas Exco Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff agar Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai presiden pada pemilihan parti itu akan datang.

Sebaliknya Zulhazmi mencadangkan supaya Abdul Hadi menggantikan kedudukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur sebagai Mursyidul Am PAS.

Diminta mengulas kemungkinan saranan Zulhazmi itu merupakan isyarat awal kepada usaha untuk menggulingkan Abdul Hadi, Suhaizan bagaimanapun menolak tanggapan itu.

Katanya cadangan berkenaan lebih bersifat peribadi tanpa mewakili mana-mana pihak dalam PAS.

"Saya tak fikir begitu (usaha gulingkan Abdul Hadi). Itu pandangan peribadi. Semua ahli PAS berhak memberikan pandangan. Namun akhirnya saya yakin PAS Kawasan bijak membuaat keputusan.

"Saya yakin PAS Kawasan tidak akan terpengaruh dengan pandangan individu, mereka ada pertimbangan yang lebih besar," katanya.

Sebelum ini ketika Pakatan Rakyat berhadapan krisis Menteri Besar Selangor, PAS dilihat sentiasa mengambil jalan bertentangan apabila secara konsisten tidak bersetuju dengan pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan tersebut.

Malah Abdul Hadi sendiri secara terbuka mengakui Dr Wan Azizah tidak mampu mentadbir kerajaan Selangor.

Pendirian Abdul Hadi itu tidak disenangi oleh kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk di kalangan pemimpin PAS sendi

4 ulasan:

  1. saya ahli pas terengganu menyokong sepenuhnya cadangan ini.

    BalasPadam
  2. PM tapi tak pegang jawatan menteri kewangan cam bangang skit cadangan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru aku tahu PM wajib pegang jawatan menteri kewangan. Kalau xpegang banggang.

      Obama banggang.PM Britain, Australia, New Zealand banggang. Chancellor German banggang. Presiden Peranchis banggang.....Najib sorang je xbanggang...tu pasai bila harga minyak dunia turun, Najib pi naikkan.

      Padam
  3. Idea yg bernas bro...
    Buang sama ustaz UG dari Pahang penjilat utama hadi, mokhtar senik.
    Mengaku ulama tapi...

    BalasPadam