25 Oktober 2014

MASJID ENAM TINGKAT DIBINA DI PULAU PINANG !!!


Perunding menyampaikan taklimat mengenai pembinaan projek Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.

BAYAN BARU - Masjid Jamek Sungai Nibong Besar yang akan dibina semula menjadi masjid pertama mempunyai enam tingkat akibat kekurangan tanah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, projek naik taraf untuk menambah kapasiti kerana ruang sedia ada tidak dapat menampung keperluan jemaah yang semakin ramai.

Beliau berkata, reka bentuk yang dicadangkan mempunyai enam tingkat ruang solat serta tempat mengambil wuduk di setiap tingkat.

Kemudahan lain yang disediakan ialah lif, ruang untuk pejabat, pengurusan jenazah, kuliah, tandas dan setor.

"Sebanyak RM10.2 juta diperlukan untuk pembinaan semula masjid dengan keluasan 40,000 kaki persegi.

"Ia mampu memuatkan 2,448 jemaah dalam satu masa di dewan solat berkeluasan 28,000 kaki persegi," katanya selepas melancarkan dana dan laman web pembinaan semula Masjid Sungai Nibong Besar di sini kelmarin.

​Turut hadir ​Pengerusi Qariyah Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Abdul Wahab Abdul Latif.

Keluasan ​masjid itu masa kini hanya 5​,000 kaki persegi dengan ​memuatkan ​800 jemaah​. Ia mempunyai 6,500 ahli qaryah.

Reka bentuk Masjid Sungai Nibong Besar berasaskan kepada bentuk geometri segi empat bagi mendapatkan ruang secara efisien dan optimum.

Masjid Jamek Sungai Nibong Besar ​yang ​terletak berhampiran Jalan Sultan Azlan Shah dibina atas tanah milik Majlis Agama Islam ​Negeri ​

Pulau Pinang ​(Mainpp) ​pada 1930 dan dibina semula pada 1970.

​Menurutnya, pembinaan masjid baru dijangka bermula ​tahun hadapan dan siap pada 2016.

Wan Salim berharap pembinaan ​nya akan berjalan lancar dan setakat ini berjaya mengumpul RM1.5 juta.

Orang ramai yang ingin ​menyalurkan sumbangan boleh melayari laman​ ​web www.masjidsnb.com untuk maklumat lanjut atau menghubungi Mohd Noor Kamaruddin di talian 019-4941941.

VIDEO PENYOKONG JDT TERLAMPAU


LATIHAN PASUKAN FELDA UNITED DI GANGGU KACAU PENYOKONG JDT YANG MELAMPAU.

WELCOME 2 HELL ... begitulah ayat yang tertulis pada kain rentang di pegang beberapa orang di percayai penyokong ultra JDT ketika para pemain Felda United sedang menjalani latihan .. paling teruknya di lemparkan bom asap lagi.

Apakah para penyokong JDT sudah terlalu terdesak mau merangkul Piala Malaysia sampai sanggup melakukan provokasi sebegini rupa?? .. Adakah penyokong JDT mau memberitahu dunia yang Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, adalah neraka????

Inikah semangat kesukanan yang mau di tonjolkan???

Semasa pasukan JDT turun padang menjalani latihan dimana-mana jua adakah penyokong pihak lawan melakukan kebiadapan dan provokasi melampau???

Kalau begini sikap yang dipamirkan penyokong JDT, maka jangan hairan jika majoriti rakyat akan mendoakan kemenangan berpihak kepada pasukan FELDA UNITED.

Rakyat tidak gentar dan hormat kepada pembuli pengamal budaya samseng.

Budaya samseng dalam apa jua jenis sukan perlu di nyahkan.

Tahniah kepada para pemain Felda United yang tidak termakan akan provokasi biadap dengan terus memberi tumpuan pada latihan bagi menumpaskan pasukan JDT pada perlawanan Separuh Akhir kedua Piala Malaysia malam ini yang dibekalkan kelebihan 1 gol .. doa rakyat bersamamu.




BN MENANG, KEDAH SENANG!.....KEPALA HOTAK PAKHANG !!!!


BN Menang, Kedah Senang!.. Kepala Hotak Hang!!!



BN Menang, Kedah senang itulah motto yang digunapakai oleh Barisan Nasional di Kedah bagi menambat hati pengundi sebelum PRU13 yang lalu..

Walaupun sebelum Kedah diperintah oleh PAS/PR negeri itu diperintah oleh BN namun rakyat Kedah pada masa itu terbukti rakyat Kedah tidaklah sesenang mana kehidupannya, BN tidak malu untuk menggunakan motto itu..

Namun begitu.. BN berjaya memenangi Kedah dari PAS/PR yang hanya menguasai negeri tersebut selama satu penggal sahaja..

Malangnya terbukti slogan atau motto mereka itu hanyalah retorik semata-mata.. kerana disebalik "BN Menang, Kedah senang" itu, ada anak-anak Kedah yang air matanya berlinang..

Walaupun petisyen beserta dengan tandatangan lebih kurang 300 peniaga pasar sehari Kilang Kechil telah dihantar ke Majlis Daerah Pendang membantah pembukaan Pasar Kemboja ini,namun di fahamkan bantahan mereka tidak di layan,malah di bakulsampahkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Umpama "KERA DI HUTAN DI SUSUKAN,ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN.." begitu lah layanan Kerajaan Negeri Kedah terhadap peniaga kechil tempatan yg di pandang macam sampah..

Sedangkan dalam masa yang sama warga asing diberi layanan sebaik mungkin,di anugerah ruang seluas luasnya untuk berdagang di negeri ini..



Baca apa Zizi Nisa titipkan ini..

TAHNIAH,.. BN MENANG RAKYAT SENANG BERLENANG AIR MATA.

Pasar Kemboja di pekan Pendang setiap pagi jumaat adalah hasil usaha yb Sungai Tiang ,yg juga exco kerajaan neg Kedah..Datuk Suraya.

Pasar sehari ini adalah satu pengiktirafan kepada warga Kemboja yg telah mendapat status penduduk tetap di negara ini..hampir 80% peniaga kain di pasar ini adalah pendatang dgn izin dari Kemboja.

Hasil dari pasar sehari ini,ramai peniaga tempatan terpaksa gulung tikar kerana saingan yg hebat dari warga kemboja yg rata2 nya menawarkan harga barangan berasaskan kain lebih murah dari harga pasaran..

Ini kerana mrk mengimport sendiri material mereka berbanding peniaga tempatan yg berurusan dgn org tengah utk mendapat bekalan barang perniagaan.

Di samping itu juga pasar sehari pada waktu dan hari yg sama ,pasar sehari kilang kechil,berhampiran pendang yg peniaga nya 100%warga tempatan, juga menerima tempias dari ujudnya pasar Kemboja ini..

Peniaga2 di pasar sehari Kilang Kechil kehilangan sebahagian pendapatan mereka,malah ada yg hilang pendapatan kerana pengunjung bertumpu ke Pasar Kemboja.

Walaupun petisyen dgn tandatangan semua peniaga pasar sehari Kilang Kechil(300_/+ peniaga) telah dihantar ke Majlis Daerah Pendang membantah pembukaan pasar Kemboja ini,namun di fahamkan bantahan dari peniaga warga tempatan tidak di layan,malah di bakulsampahkan oleh pihak Majlis Daerah Pendang.


KERA DI HUTAN DI SUSUKAN,ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN..begitu lah layanan Kerajaan Negeri Kedah terhadap peniaga kechil tempatan yg di pandang macam sampah..sedangkan warga asing diberi layanan sebaik mungkin,di anugerah ruang seluas luasnya utk berdagang di negeri ini..

Cth peniaga tempatan pasar malam Pantai Johor,di tendang dari pekan Pantai Johor ke tengah padang,dan kini pasar malam yg berusia 30 tahun itu telah berkubur.

Dan sekarang,perniagaan di neg Kedah di kuasai oleh warga asing,,..kain baju...warga kemboja.. Restoran Tom yam..warga siam, Karpet...warga pakistan Restoran nasi..warga india Supermarket,,..warga barat,,

Dan tinggallah warga tempatan menjadi petani,nelayan dan penoreh..
Namun begitu.. adalah tidak adil buat Kerajaan Negeri Kedah jika kita mengatakan hanya di Kedah peniaga-peniaga kecil diperlakukan begini.

Jika diperhatikan bermula dari Selatan Semenanjung hingga ke Utara Semenanjung perkara sebegini kelihatan seperti lumrah buat peniaga-peniaga kecil yang berbangsa Melayu.

Berbagai tekanan yang mereka hadapi baik dari segi sewa yang dinaikkan secara ikut suka pihak berkuasa tempatan hingga ke tapak mereka berniaga..

Sewa dinaikkan dengan sewenang-wenangnya dan tapak perniagaan mereka dipindahkan ke lokasi yang dikatakan lebih strategik.

Kenapa peniag-peniaga kecil yang majoritinya terdiri dari Bangsa Melayu ini sering diperlakukan begini?.. Adakah mereka langsung tidak menyumbang kepada ekonomi negara?..

Tidakkah pihak kerajaan negeri mahupun PBT menyedari biarpun perniagaan mereka kecil mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara.

Mereka juga membantu negara mengurangkan kadar pengangguran dikalangan anak-anak Melayu..

Janganlah kerana mahu membantu warga asing, kita menjahanamkan ekonomi anak bangsa kita pula..

Sorry... sikit racist.. dah lama aku tengok perkara macam ni.. asal peniaga kecil Melayu saja kena ganggu.. tapi peniaga dari Indonesia, Kemboja, Siam dan lain-lain.. tak ada lesen pun tak apa?

KENAPA??  ~asd

24 Oktober 2014

AKHIRNYA TMJ BERNIKAH.....

TMJ sah bergelar suami Cik Puan Khaleeda


Foto Twitter JDT Cyber Fan Club

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selesai menyempurnakan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Cik Puan Khaleeda Bustamam, sebentar tadi.

Tunku Ismail bersama Cik Puan Khaleeda berangkat memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, di sini tepat jam 10 pagi dan keluar sekitar jam 12 tengahari selepas sah bergelar suami isteri.

Pasangan diRaja yang mengenakan busana pengantin berwarna putih sempat melontarkan senyuman dan melambaikan tangan ke arah wartawan serta jurugambar di luar pekarangan istana.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan anakandanya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar dilihat berangkat hadir ke istiadat itu.

Turut kelihatan hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan tetamu kenamaan yang mula memasuki pekarangan istana kira-kira jam 8 pagi.

Istiadat akad nikah disempurnakan oleh Mufti Johor, Sohibus Samahah Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Kesemua majlis istiadat dilaksanakan mengikut adat Melayu dan DiRaja Johor selain ada unsur ketenteraan.

Pasangan diRaja itu dijangka disandingkan di Istana Besar Johor, di sini, pada jam 7.30 malam, 8 November ini
.

Jangan Gelak, Tandas paling selamat jika berlaku puting beliung



Beberapa tempat termasuk di Kedah, Selangor dan Sarawak kebelakangan ini dikejutkan dengan kejadian puting beliung.

Ramai orang bagaimanapun tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika berdepan puting beliung sama ada jenis land spout atau water spout.

Pakar Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, pemandu yang berdepan land spout seharusnya mengelak angin tersebut seterusnya meninggalkan kereta dan mencari pelindungan dalam bangunan yang kukuh.

Persoalan yang timbul ialah tempat manakah yang paling sesuai untuk berlindung jika berlaku puting beliung?

Menurut Mohd. Hisham, ruang berbatu tanpa tingkap merupakan tempat perlindungan yang paling selamat sementara struktur berkayu perlu dielakkan.

Katanya lagi, memandangkan tandas biasanya hanya mempunyai satu tingkap yang kecil, maka ia merupakan tempat berlindung yang amat sesuai di Malaysia.

"Penduduk di Amerika Syarikat biasanya akan berlindung di bilik bawah tanah. Keadaan angin di Malaysia adalah lebih lemah, maka ia adalah memadai untuk berlindung dalam ruang yang tidak bertingkap.

"Tandas merupakan tempat yang paling selamat dalam rumah jika berlaku puting beliung," katanya kepada Sinchew Daily.

Tambahnya, puting beliung biasanya berlaku di kawasan yang terbentang luas dan jarang berlaku dalam kawasan bandar yang penuh dengan bangunan tinggi.

23 Oktober 2014

CheguBard Ada Bukti Panas,'permainan kotor' Azmin Ali melobi diri sendiri untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.


Ada bukti Azmin rakus lobi jawatan MB - CheguBard



CheguBard (tengah) bersama-sama ahli PKR yang menyokongnya pada sidang media di Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2014.

CheguBard dakwa ada bukti 'permainan kotor' Azmin Ali melobi diri sendiri untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.


Terbaru, ahli PKR yang digantung itu berkata, dia ada bukti akuan bersumpah (SD) lima ADUN Selangor yang menarik balik sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kelima-lima ADUN tersebut tetapi meminta siapa yang makan cili itu sendiri membuat penjelasan.

"Terbaru saya telah dimaklumkan mengenai lima ADUN (2 DAP, 3 PKR) selepas mengikrarkan sokongan kepada Wan Azizah telah membuat satu SD berbeza.

"Masing-masing menarik sokongan ke atas Wan Azizah dam kononnya taat setia dengan pilihan siapa sahaja oleh Sultan Selangor. Maka muncul persoalan, siapa yang berusaha menyediakan SD yang dilihat seragam format dan ayatnya? Adakah ini termasuk dalam usaha lobi Azmin untuk menjadi MB?," ujarnya dalam sidang media di sini petang tadi.

CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin mendakwa kenyataannya sebelum ini jelas membuktikan Azmin telah melanggar disiplin parti dengan tidak mematuhi arahan parti yang menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal sebagai MB Selangor.

"Kerana usaha lobinya beliau tidak peduli memalukan Presiden parti sendiri sehingga Datuk Seria Anwar Ibrahim sendiri digelar pengkhianat dan penderhaka.

"Jelas Pas menghantar tiga nama tidak ada nama Azmin dan DAP serta PKR hantar satu nama jelas bukan Azmin. Siapa yang hantar nama Azmin kalau bukan dia melobi diri sendiri?

"Ini bukan pelik kerana selepas PRU 2008 ketika PR setuju satu nama sebagai calon MB, dia (Azmin) menghantar nama sendiri ke Istana melalui Badan Perhubungan PKR Selangor.

"Itulah yang dimaksudkan oleh bekas MB, Tan Sri Khalid Ibrahim, semasa PRU 2008 ada dua nama diberi kepada Sultan Selangor," katanya.

Jika benar, katanya, istana tidak boleh dipersalahkan kerana yang bersalah ialah PKR kerana mempunyai seorang timbalan presiden yang tidak berdisiplin, tidak mampu bergerak mengikut organisasi dengan mempertahankan keputusan bersama hanya kerana rakus dan tamak dalam mengejar cita-cita peribadi.

Dalam pada itu, CheguBard juga mempersoalkan tindakan Jawatankuasa Disiplin PKR yang didakwa ada dua pertimbangan berbeza melibatkan tindakan kepada ahli.

"Jika PKR mampu deal dengan pemimpin tidak berdisiplin dan tidak ikut arahan parti, mengapa PKR perlu memecat Khalid Ibrahim atas alasan tidak mengikut arahan parti? Adakah PKR ada dua set undang-undang berbeza, satu untuk ahli biasa dan satu untuk mereka yang istimewa?," soalnya.



Orang kuat NGO, Solidariti Anak Anak Muda Malaysia itu juga mahu ADUN Sri Andalas, Dr. Xavier yang dahulunya menafikan dia menandatangani SD tidak sokong sokong Wan Azizah sehingga mahu keluar parti supaya tampil dengan bukti sokongan.

"Dia (Xavier) menafikannya. Jika ya, buktikan. Balai polis mana? Nombor aduan berapa? Kalau betul SD itu palsu, dia sebagai Naib Presiden PKR sudah tentu perlu tampil menafikannya," tegasnya.--MalaysiaGazette



Pembunuhan politik oleh kartel Azmin jika Anwar dipenjara


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hanya menunggu saat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara untuk merampas pucuk pimpinan parti.

Aktivis PKR yang kini digantung parti, CheguBard mendakwa Azmin sudah bersedia untuk itu termasuk menyediakan kader-kadernya dipelbagai jawatan parti wakil di negeri-negeri.

Beliau mendakwa jika ia berlaku, CheguBard tidak menolak kemungkinan berlaku 'pembunuhan politik' beramai-ramai dalam PKR oleh kartel yang diketuai Azmin.

"Bukanlah rahsia Timbalan Presiden PKR (Azmin) sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar.

"Orang-orangnya disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar borang pencalonan.

"Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar maka ia seolah-olah anti klimaks kepada kartel Azmin ini," ujarnya pada sidang media di sini petang tadi.

CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin merupakan ahli yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PKR itu ditemani beberapa ahli PKR yang menyokongnya hari ini.

Menurutnya, 'pembubuhan' beramai-ramai itu tidak mustahil dilakukan Azmin sekiranya dilihat pada kelicikannya melobi jawatan Menteri Besar Selangor sehingga meminggirkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Jika berlaku disebaliknya dimana Anwar tidak dipenjara, CheguBard dalam analisis politiknya meramalkan akan berlaku pertembungan antara kelompok Azmin dan Anwar dalam PKR.

Kesan kes Anwar kepada Barisan Nasional (BN) pula, CheguBard melihat jika Ketua Umum PKR itu tidak dipenjara, ia akan memberi kelebihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dari sudut parti politik UMNO itu sendiri, Najib memmerlukan Anwar di luar penjara. Bukan rahsia kelompok yang kecewa dengan Najib dalam UMNO dan BN dan bukan sedikit jumlahnya namun mereka tidak menyerang Najib secara terbuka kerana bimbang kestabilan parti kerana musuh utama mereka, Anwar masih ada," katanya.

Jika Anwar dipenjara, musuh utama BN sudah hilang dan golongan yang kecewa dengan Najib akan bergabung menentangnya.

Kesimpulannya, Najib selesa dan selamat jika Anwar di luar, katanya.

Mengenai Tun Mahathir Mohamad yang mengkritik Najib, CheguBard yakin bekas PM itu seperti harimau yang dicabut misai - hanya mengaum sekali sekala namun senyap selepas dibelai.

Lagi pun, anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz sudah diberi jawatan MB Kedah dan Mahathir sendiri diberi kerusi nombor satudalam Proton.

"Jawapannya, Najib bukan Pak Lah yang dikuasai kelompok anak muda diketuai Khairy Jamaluddin yang tidak memahami seni politik ketika itu," katanya.--MalaysiaGazette

' ROBIN HOOD' KUASAI KAWASAN DAN KEBAL

‘Robin Hood’ kuasai kawasan



Pemandangan Kuala Sepetang yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti penduduk.

Seorang lelaki yang mendapat jolokan ‘Robin Hood’ didakwa menjadi dalang aktiviti jenayah khususnya penyeludupan di jajaran pantai barat Perak meliputi Kuala Sepetang, Bagan Panchor sehingga sekitar kawasan Hutan Melintang seperti didedahkan oleh akhbar ini sebelum ini.

Lelaki berusia lingkunan 60-an itu dikatakan amat berpengaruh dengan mampu mengawal, merancang dan mengarahkan aktiviti-aktiviti jenayah termasuk penyeludupan dan pengedaran dadah, senjata api, rokok serta pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut kehendaknya di rangkaian kawasan berkenaan.


Sumber itu mendakwa, lelaki tempatan tersebut mendapat jolokan ‘Robin Hood’ berikutan tindakannya yang menderma sebahagian daripada hasil kegiatan jenayah kumpulannya kepada golongan miskin sehingga dianggap seperti ‘wakil rakyat’ di situ.

“Dia dipercayai memutihkan hasil kegiatan haram menerusi perusahaan ladang kelapa sawit dan ternakan ikan dalam sangkar sebelum menggunakan sebahagian daripadanya untuk menderma bagi tujuan melindungi perbuatannya,” dakwanya kepada Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan kawasan di sekitar Kuala Sepetang antara lain didakwa menjadi lubuk jenayah yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan berpengaruh dan ‘kebal’ daripada tindakan penguat kuasa.

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui kebenaran pendedahan Utusan Malaysia tersebut telah mengarahkan tiga pasukan polis elit iaitu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan pasukan taktikal jabatan siasatan jenayah untuk mengepalai operasi gempur berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata, banyak penempatan nelayan di pantai barat terbabit dengan pelbagai jenayah dan kewujudan kumpulan samseng di kawasan penempatan nelayan bukan sahaja berlaku di Kuala Sepetang malahan di Pangkor, Hutan Melintang serta di beberapa perkampungan nelayan lain di sebelah pantai barat.

Sumber itu mendakwa, lelaki terbabit dipercayai mempunyai 200 hingga 300 orang pengawal dan pekerja menyatakan sumpah setia kepadanya serta sanggup berkorban nyawa jika berhadapan sebarang halangan yang boleh menganggu aktiviti haram mereka.

Dakwanya, bagi melicinkan aktiviti jenayah dilakukan kumpulannya terutama penyeludupan, lelaki berkenaan mempunyai pelbagai aset yang sukar ditandingi atau dipintas oleh agensi penguat kuasa seperti bot dengan kelajuan 500 kuasa kuda ke atas.

“Bayangkan betapa berpengaruh dan berkuasanya lelaki ini apabila jumlah aset yang ada padanya boleh menampung kehidupan tiga hingga empat generasinya,” dakwa sumber itu.

Sumber itu mendakwa, aktiviti haram ‘Robin Hood’ diwariskan secara turun temurun dan kini dikatakan dalam peralihan kuasa kepada anak buahnya yang juga merupakan orang kanan kumpulan berkenaan disebabkan faktor usia.-



Polis Tak Takut - KPN


Khalid Abu Bakar

CHERAS: Polis tidak takut dan gentar untuk melakukan serbuan atau mengambil sebarang tindakan di kawasan Kuala Sepetang, Perak yang didakwa menjadi lokasi jenayah dan aktiviti mafia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan sentiasa memantau dan menyerbu mana-mana sahaja kawasan yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah.

"Saya rasa polis belum sampai ke tahap itu (takut).

"Belum ada tempat di mana-mana juga di negara kita yang polis takut untuk berhadapan dengan keadaan yang mengancam ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 30 ekor kuda yang baharu dibeli oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di sini, Khamis.

Menurut Khalid, kegiatan jenayah di Kuala Sepetang memang wujud tetapi tidak sampai ke tahap dikuasai oleh kumpulan mafia.

"Kita tak nafikan berlaku jenayah di Kuala Sepetang tapi bukan sampai wujud mafia dan sebagainya" katanya.

Beliau menambah, walaupun Kuala Sepetang pernah menjadi sebuah pusat penyeludupan pada masa dahulu tetapi sekarang kawasan tersebut lebih dikenali dan berpotensi sebagai pusat pelancongan.

"Saya percaya masih berlaku penyeludupan ini tapi tak seperti apa yang digambarkan...begitu teruk keadaannya.

"Kuala Sepetang sekarang adalah pusat pelancongan saya rasa eloklah kita majukan kawasan itu sebagai kawasan peranginan untuk tarik pelancong," katanya.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini menerbitkan artikel mengenai kegiatan mafia yang dikatakan berleluasa di kawasan itu melibatkan pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga.

Laporan tersebut mendakwa pelbagai aktiviti jenayah berlaku di sana, termasuk penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian, pencerobohan tanah kerajaan dan pencerobohan pendatang tanpa izin yang dikendalikan oleh sindiket berpengaruh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan tersebut.

Katanya, meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut ~mstar

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Mengejutkan! Hanya dengan satu arahan, seorang lelaki yang menguasai kegiatan jenayah penyeludupan di jajaran pantai barat Perak termasuk di sekitar kawasan Kuala Sepetang didakwa berupaya mengarahkan segelintir anggota agensi penguat kuasa membantu melaksanakan operasi haramnya tanpa sebarang masalah.

Satu sumber mendakwa, semasa mahu menjalankan aktiviti haram tersebut, lelaki diberi gelaran ‘Ro­bin Hood’ itu akan mengarahkan anggota agensi penguat kuasa yang ‘dibelinya’ memastikan laluan di lautan dan darat ‘dibersihkan’ serta bebas daripada sebarang halangan.

Dakwanya, aktiviti penyeludupan tersebut dijalankan sebanyak tiga atau empat kali dalam tempoh sebulan dan akan meningkat ketika musim perayaan terutama melibatkan barangan seperti mercun, arak, dadah serta senjata api.

“Sebelum memulakan operasi, mereka dikatakan terlebih dahulu ‘membersihkan’ laluan laut dengan memastikan bot nelayan dan kapal agensi penguat kuasa tidak keluar atau berada di sepanjang laluan.

“Keadaan hampir sama berlaku di laluan darat, malah anggota agensi penguat kuasa yang terlibat didakwa akan mengadakan sekatan jalan raya bagi mengesan mana-mana anggota atau pegawai yang jujur serta cuba menghalang aktiviti penyeludupan selain menentukan laluan selamat boleh dilalui sindiket,” dakwanya kepada Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan kawasan di sekitar Kuala Sepetang antara lain didakwa menjadi lubuk jenayah yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan berpengaruh dan ‘kebal’ daripada tindakan penguat kuasa.

Sumber berkenaan mendakwa, orang upahan ‘Robin Hood’ turut memerhatikan pejabat atau rumah anggota agensi penguat kuasa yang disyaki boleh memudaratkan operasi mereka bagi tujuan pemantauan pergerakan.

Menceritakan lebih lanjut, sumber itu mendakwa, sejurus kenderaan yang digunakan dalam penyeludupan memasuki lebuh raya untuk membawa barangan ke gudang atau mana-mana lokasi ditetapkan, ‘tonto’ upahan ‘Robin Hood’ akan mengawasi sepanjang proses penghantaran.

“Jika terdapat sebarang halangan, tonto dikatakan sanggup bertindak nekad dengan melanggar kenderaan penguat kuasa yang menghampiri lori mengandungi barang seludup.

“Kenderaan seperti lori atau ‘lock van’ yang digunakan sindiket untuk aktiviti penyeludupan lazimnya merupakan lori curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” dakwanya.

Dalam pada itu, sumber itu mendakwa, selain agensi penguat kuasa, ‘Robin Hood’ turut memberi ‘ganjaran’ kepada segelintir nelayan antara RM200 sehingga RM300 supaya tidak keluar menangkap ikan sepanjang menjalankan kegiatan penyeludupan.

22 Oktober 2014

Video Rosmah senggol Najib jadi viral di laman sosial, dikritik umum


Video Rosmah senggol Najib jadi viral di laman sosial, dikritik umum

(Oleh Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 22 OKT: Video aksi Datin Seri Rosmah Mansor menyenggol bahu Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis rasmi bersama pemimpin Indonesia menjadi viral di
laman sosial dan mendapat kritikan hangat orang ramai.

Insiden tersebut berlaku ketika Najib yang diiringi isterinya itu menghadiri upacara mengangkat sumpah Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia ketujuh, di Jakarta Isnin lalu.

Rosmah yang duduk bersebelahan, mengalih pandangan ke arah Najib terlebih dahulu sebelum menyenggol kuat bahu Najib sehingga kejadian itu disedari orang yang duduk bersebelahan mereka.

Malah perlakuan Rosmah itu turut ditayangkan dalam slot berita perdana RTM pada hari yang sama.

Video berdurasi selama tiga saat itu secara jelas memperlihatkan tindakan Rosmah berkenaan sangat memalukan kerana sanggup memperlakukan Najib sedemikian rupa di hadapan umum.

Tingkah laku Rosmah itu bahkan menjadi ‘buah mulut’ rakyat Malaysia.

Salah seorang pengguna facebook, Terence Yeoh berkata, “tiada apa yang terkejut, rakyat Malaysia sudah tahu siapa ‘bos’ sejak dulu lagi”.

Murni Sootchi pula menyatakan: “punya lah kuat singgung…sekarang tahulah kita macam mana PERMATA dapat peruntukan RM711 juta dalam Bajet 2015″.


Pengguna bernama Bigbosman Bos Buat turut membidas kelakuan Rosmah itu dengan berkata, “apa yang big mama menyasak kat situ..lepas itu buat perangai…menjatuhkan maruah PM je.. kampungan betullah…”.

Sarif Sharifuddin pula mempersoal – “agaknya di rumah macam mana yer…(Rosmah)”, tulisnya di facebook.

Ada juga yang memberi jolokan Rosmah sebagai ‘queen control’, ‘contoh wanita mithali, ‘Malaysia first lady’, selain menyifatkan tindakan Rosmah itu sebagai ‘memalukan
Malaysia’.

Tonton video tersebut DI SINI

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63561

RASUAH,RASUAH...RASUAH KRITIKAL : HUTAN TINGGAL 30%

Rasuah: Hutan Tinggal 30 Peratus, Kritikal



PETALING JAYA: Kegiatan pembalakan haram dan rasuah pihak berwajib menyebabkan hutan di negara ini dalam keadaan kritikal kerana berbaki 30 peratus sahaja.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, hutan di negara ini sepatutnya berada di atas 60 peratus.

"Jika kita tinjau melalui ruang udara, beberapa kawasan hutan dan berbukit digondol dan ditarah. Keadaan itu amat kritikal dan membimbangkan," katanya kepada mStar Online.

Justeru, Shariffa Sabrina berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat melakukan kegiatan haram di seluruh negara.

"Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri harus tegas dalam menangani kegiataan haram ini. Malah masyarakat juga harus peka dan bertanggungjawab memelihara hutan," katanya.

Kegiatan pembalakan haram di seluruh negara dilaporkan semakin serius angkara perbuatan rasuah yang melibatkan pembalak dan anggota penguat kuasa agensi kerajaan.

Baru-baru ini, Sarawak dilaporkan menanggung kerugian kira-kira RM100 juta setiap tahun akibat kegiatan pembalakan haram yang berleluasa di negeri itu.

Terbaharu, kegiatan pembalakan dikesan dijalankan di Limbang yang terletak di kawasan sempadan utara negeri itu.

Kegiatan tersebut yang dipercayai dinaungi sindiket dan kumpulan mafia bersenjata turut menyebabkan kerugian kepada kerajaan Persekutuan dan negeri yang menjejaskan kutipan cukai eksport, cukai pendapatan syarikat balak, individu dan syarikat pengangkutan.

Malah, aktiviti pembalakan haram yang dikesan dijalankan di dua taman negara di Sarawak turut mengundang kemarahan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang mahu melihat hasil dalam memerangi kegiatan tersebut.

Susulan itu, beliau telah berhenti mengeluarkan lesen pembalakan yang baharu bagi membendung kegiatan pembalakan haram yang masih berterusan dan dijalankan secara terang-terangan, terutama di hutan-hutan yang dilindungi.

Pada Isnin, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat mengenai aktiviti pembalakan haram tersebut.

Menurut sumber, satu operasi serbuan akan dilakukan oleh SPRM untuk mencari dalang disebalik aktiviti haram itu dalam masa terdekat.

Bimbang mengenai kegiatan tersebut yang semakin berleluasa, Shariffa Sabrina menegaskan ekosistem flora dan fauna akan terus terjejas dan nyawa manusia akan terancam.

"Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan kualiti air dan udara yang tidak bersih menyebabkan manusia terdedah kepada jangkitan bronkitis dan kanser," katanya.

Beliau berkata, air sungai yang tercemar mengalir ke empangan dan kemudiannya diminum oleh manusia boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya.

"Sebagai contoh, banyak sungai mati di Johor kerana banyak kawasan hutan dibuka untuk aktiviti penanaman kelapa sawit yang melibatkan penggunaan bahan kimia," katanya.~MStar

INDONESIA TINGGALKAN MALAYSIA 3 LANGKAH....

Selangkah ke depan bagi Indonesia, 2 langkah ke belakang bagi Malaysia

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli (tengah) dan ahli delegasi PKR bercakap semasa pertemuan hari ini bersama Menteri Luar Negara Julie Bishop dan Senator Australia Selatan Nick Xenophon.

Ketika Indonesia mengalu-alukan presiden ketujuhnya, sebuah akhbar Australia hari ini mengetengahkan perbezaan di antara Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Memuji pelantikan Jokowi sebagai satu langkah ke hadapan bagi demokrasi, menurut The Sydney Morning Herald, Malaysia sebaliknya melangkah ke belakang dengan mengambil pendirian autoritarian.

Pengarang politik dan antarabangsa akhbar harian Australia itu, Peter Hatcher berkata, Malaysia berusaha gigih "memusnahkan seorang lelaki yang dipilih kebanyakan rakyat Malaysia sebagai ketua mereka," merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hatcher mendakwa demokrasi regresif Malaysia dapat digambarkan melalui 'perbicaraan palsu' Anwar pada minggu depan.

"Indonesia melantik tokoh yang dipilih kebanyakan pengundi sebagai pemimpin, sementara Malaysia memutuskan satu perbicaraan palsu untuk menghancurkan tokoh yang dipilih kebanyakan pengundi sebagai pemimpin," kata Hatcher.

"Indonesia melaksanakan pemindahan kuasa pertamanya daripada seorang presiden yang dilantik ke seorang presiden yang lain. Dan Malaysia? Ia kekal di bawah kuasa satu parti sama yang sudah memerintah sejak dari kemerdekaan pada 1957."

Hatcher berkata Anwar menjadi 'mangsa' Barisan Nasional, yang takut dengan hakikat Pakatan Rakyat (PR) memenangi 51% daripada undi popular dalam pilihan raya umum tahun lepas.

"Keputusan itu menakutkan kerajaan Najib, membuatkan ia menghidupkan semula taktik kegemarannya bagi menekan Anwar dengan dakwaan liwat."

Katanya, 'kegilaan' Putrajaya menjatuhkan Anwar dibuktikan dengan pelantikan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya dalam perbicaraan kes liwat Anwar itu.

Hatcher juga maklum penganiayaan politik Putrajaya bukan sahaja didakwa dilakukan terhadap Anwar seorang, malah terhadap aktivis politik dan pembangkang yang dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.

Beliau mengambil contoh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang berhadapan hukuman tiga tahun penjara kerana melanggar undang-undang kerahsiaan berhubung kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Terdahulu hari ini, Rafizi dan ahli rombongan PKR yang sedang dalam rangka lawatan seminggu ke Australia, berjumpa Menteri Luar Australia Julie Bishop dan membincangkan kes mahkamah Anwar yang akan dijadualkan minggu depan.

Turut serta ialah ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu Lee Chean Chung.

Pertemuan dengan Bishop itu diadakan di Parlimen Australia di Canberra.~TMI

21 Oktober 2014

KFA JADI ULAQ AYAK?.....PENYOKONG BENGANG TIKET BOLA DIJUAI MAHAI !!! ULAT-ULATJUGAK BUAT UNTUNG


Antara Ulat Tiket di kesah rakan fb

Piala Malaysia: Mukhriz kecewa sikap ulat tiket

MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kecewa dengan sikap ulat tiket yang menjual tiket palsu menyebabkan penyokong Hijau Kuning tidak dapat menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang di Stadium Darul Aman, semalam.

"Ada beberapa penyokong mengadu, mereka datang dari jauh tetapi tersilap beli tiket daripada orang yang tidak sepatutnya menjual tiket. Ada (ulat) yang jual tiket warna kuning tetapi kita tidak ada tiket berwarna kuning.

"Jadi pada masa akan datang, kena ada sistem lebih berkesan dalam menghalang ulat tiket menjual tiket yang sebenarnya tidak wujud, mereka dapat untung atas angin. Pesanan saya, hati-hati beli tiket, kena pastikan tiket yang sah sahaja untuk masuk ke stadium," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 700 penerima di Seri Mentaloon, di Alor Setar hari ini.

Semalam, difahamkan lebih 1,000 penyokong pasukan Hijau Kuning terpaksa pulang hampa apabila gagal mendapatkan tiket apabila ia habis terjual dalam tempoh kurang dua jam.

Difahamkan, empat kaunter tiket di pekarangan stadium itu dibuka pada 9.45 pagi dan semua 27,000 keping tiket termasuk 900 tiket dikhaskan untuk penyokong Pahang habis dijual kira-kira 11.15 pagi.

Sementara itu, Mukhriz melahirkan penghargaan kepada penyokong bola sepak Kedah yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Pada aksi separuh akhir pertama semalam, Kedah menumpaskan Pahang 3-1. Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Jumaat ini (24 Oktober). - Bernama




KFA & MUKHRIZ sila jelaskan mana pie habih tiket bola separuh akhir Kedah vs Pahang?

oleh AnakKedah007

Depa kata tiket dijual 26000... jual pukoi 10.00pagi dan pukoi 11.00pagi dah habih...

Jika seorang beli max 5 unit maka dengan 26000 dibahagi 5 = 5200 org yang diperlukan beratur membelinya....

jadi dari 5200 nie jika masa nak beli tiket ialah 2minit seorang jadi jika di darat dalam masa sejam maka 60/2 = 30org dan dibuka 4 kaunter maka 30 x 4 = 120 orang....

disini dapat disimpulkan dalam masa sejam baru 120 orang beratuq membelinya....dan jika di bahagi dengan 5200/120 = 43 jam di perlukan untuk menjual keseluruhan tiket tersebut....

jadi nak mintak pihak Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - berikan jumlah sebenar tiket yang dijual di stadium dan juga yang telah diedarkan awal kepada suku sakat adik beradik sepupu sepapat anda....

kerana ia telah berlaku penganiayaan kepada peminat yang datang beratur panjang sejak jam 6.00pagi tetapi hampa dalam masa sejam sahaja tiket dikatakan habis...

sebaik2nya KFA berikan terus kouta berapa yg akan dijual di stadium berapa yang nak bagi kat sepupu sepapat senang mudah peminat nak atoq masa....dan jika habih tu silalah letak notis atau memo depan kaunter tu kata tiket habis... nie dak dok buang masa beratoq last hampa bila dikatakan tiket habis....

Akhirkata tahniah kat team HIJAU KUNING kita kerana menang 3-1 dan kami doakan semoga tahun nie kita semua akan berada di Bukit Jalil sana meraikan PIALA MALAYSIA milik kita....

GAMBAR & VIDEO KEJADIAN PUTING BELIUNG KECIL DI PANDAMARAN, KLANG HARI INI


Kejadian ribut di Pandamaran, Klang 21/10/2014

Beberapa gambar kiriman penduduk, selepas kejadian ribut yang melanda di Pandamaran, Klang. Antara premis yg terlibat adalah seperti berikut:
1. Gudang Penyimpanan Tong Gas.
2. Tokong Aji San.
3. Flat PKNS
4. Flat Pandamaran Permai.

Akibat daripada ribut tersebut bekalan elektrik telah terputus dan pihak TNB telah di hubungi. Setakat ini 3 laporan polis telah dibuat iaitu pandamaran rpt.




 Kejadian `puting beliung kecil' yang melanda Pandamaran, Klang menyebabkan kira-kira 30 atap rumah diterbangkan angin dan ribut pada petang Selasa,

Kejadian yang berlaku selama kira-kira setengah jam pada pukul 2 petang itu membabitkan dua buah blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya.

Beberapa wartawan Astro AWANI turut menerima klip video berdurasi 46 saat melalui aplikasi WhatsApp masing-masing.

Sementara itu, memetik sebuah portal berita berbahasa Melayu, Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Lee Fu Hae dilaporkan berkata kejadian itu mengakibatkan beberapa kawasan terutama di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran mengalami kerosakan teruk, termasuk kejadian pokok tumbang dan rumah rosak.

Jelas portal itu lagi, ribut berkenaan kelihatan seperti puting beliung kecil sehingga kekuatannya menerbangkan atap rumah di bangunan tinggi.

Kejadian seumpama itu pernah berlaku pada petang 15 Oktober lalu di Pendang, Kedah di mana sekurang-kurangnya 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah di Kampung Alor Besar mengalami kerosakan teruk setelah dilanda puting beliung.






Subsidi Baharu Petrol: Beli Guna MyKad, Hanya Untuk Golongan Layak , Pendapatan lebih RM4k Tidak Layak?



Subsidi Baharu Petrol: Beli Guna MyKad, Hanya Untuk Golongan Layak


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan sistem rasionalisasi subsidi petrol yang melibatkan mekanisme baharu dengan mengambil kira pendapatan individu bermula Jun 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sistem tersebut bertujuan untuk memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja mendapat manfaat subsidi petrol.

"Kita dapati subsidi petrol tersasar, jadi ia perlu diperbetulkan. Susulan itu, kerajaan berkemungkinan besar merasionalisasikan subsidi petrol pada Jun tahun depan.

"Jadi yang mana layak dapat subsidi, yang tak layak tak diberi subsidi," katanya selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.


Beliau berkata, menerusi sistem itu, pengguna perlu membeli petrol dengan menggunakan My Kad kerana jumlah pendapatan mereka telah direkodkan bagi menentukan sama ada pembeli layak mendapat subsidi atau sebaliknya.

"Perincian sama ada guna My Kad bagi pembelian petrol... tapi ia boleh berubah kerana masih ada tempoh lapan bulan lagi sebelum dilaksanakan," katanya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, perkara itu masih lagi diperingkat kajian dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang meminta kertas cadangan daripada syarikat-syarikat yang ingin membangunkan mekanisme baharu itu.

"KPDNKK minta kertas cadangan untuk mekanisme baharu bagi rasionalisasi petrol kerana kalau nak masukkan pendapatan rakyat bukan satu tempoh yang singkat," katanya.

Ahmad Maslan berkata, dengan pelaksanaan sistem itu, rakyat berpendapatan RM4,000 ke bawah mungkin mendapat subsidi petrol seperti yang dinikmati semua lapisan masyarakat pada hari ini.

Namun, katanya bagi mereka yang berpendapatan antara RM4,000 hingga RM12,000 keputusan sama ada mereka layak mendapat subsidi atau tidak masih belum diputuskan.

"Mungkin sebahagian subsidi dapat tetapi itu lebih kurang... belum lagi diputuskan," katanya. ~MStar

KOMEN CHEGU BARD TENTANG SAMAN RM2 JUTA " BAGI TAHU BOS HANG TAK YAH TAJA HANG NAK SAMAN "




Barua ni (pinjam ayat Hj Hadi) dh kalah tanding AMK tuduh cheGuBard punca kalah.. kalau kalau sikit takpalah tp kalah tinggal jauh sangat sangat...

Kamu yg fitnah lepas tu nak makan pelempang tuduh org fitnah..baik gayung bersambut sila hantar surat jgn notis tak hantar..apa xbagi...senang nak fail saman balas RM2juta seringgit.. lawyer dia pun sama mcm dia ...bila kamu hantar notis.. bg tau nak pergi ambil kat pej.pun boleh...

jgn nanti jumpa lari pulak menyuruk bawah ketiak org lain...

dan bgtau bos hang pemimpin besar tu tak yah taja hang nak saman utk diamkan cheGuBard...

LIMA POLIS DITAHAN DISYAKI MELAKU ROMPAKAN BERSENJATA


Bagi bantu siasatan kes tembakan di sebuah premis di Kota Samarahan, awal pagi Ahad


TAHAN REMAN: Lima anggota Polis Marin diiringi polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan untuk permohonan reman, semalam.

KUCHING: Lima anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes tembakan yang berlaku di sebuah premis di Kota Samarahan, awal pagi kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, berdasarkan hasil siasatan lanjut dan maklumat orang awam mendapati mangsa tembakan serta rakan-rakannya telah melakukan samun di premis itu.

Kebetulan pada masa tersebut katanya, terdapat lima anggota polis berpakaian preman berada di tempat kejadian dan dipercayai salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan.

“Pihak polis akan melakuakn siasatan terperinci dan tidak akan melindungi sebarang perbuatan salah jika dilakukan lima anggota polis berkenaan,” tegasnya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Hasil siasatan lanjut dan berdasarkan maklumat orang awam, mangsa yang cedera dan kawan-kawannya telah melakukan samun di premis tersebut.

Kesemua anggota polis itu ditahan reman manakala pistol mereka dirampas untuk membantu siasatan katanya, sambil menambah, siasatan teliti akan menjurus kepada semua aspek.

“Setakat ini masih awal untuk membuat rumusan sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Awal pagi semalam, iaitu sekitar jam 3 pagi, sepasukan polis daripada Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menangkap lima anggota polis itu di Bintawa.

Kesemua anggota polis berkenaan, yang difahamkan Polis Marin berusia dalam lingkungan 35 hingga 45 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah (KPD) Samarahan DSP Lee Chong Chern ketika dihubungi semalam memberitahu, polis turut menangkap tiga lagi lelaki untuk membantu siasatan, menjadikan jumlah yang ditangkap seramai lapan orang.

“Tiga orang awam dan lima anggota polis ditangkap untuk membantu siasatan. Kami sedang menguruskan perintah reman,” katanya.

Permohonan reman dibenarkan oleh Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Samarahan Paul Joring Nyyon.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari, bermula semalam yang akan berakhir 26 Oktober depan.

Mangsa, 20 tahun yang mengalami luka di perut akibat ditembak, tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar jam 6 pagi kelmarin untuk menerima rawatan lanjut.

Dia masih mendapat rawatan di hospital dan disahkan kena dua das tembakan.


Read more: http://www.theborneopost.com/2014/10/21/lima-polis-ditahan/#ixzz3GjSMPsVl

20 Oktober 2014

HOT: PEKERJA KEDAI MAKAN KENA TUMBUK GARA-GARA CAJ GST? KEPADA PELANGGAN!!!!

GST SUDAH BERMULA?


Lauk yang diambil sama namun berbeza harga. Gambar kecil, resit makanan yang memaparkan cukai enam peratus.

MASIH berbaki enam bulan untuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ini bermakna semua syarikat yang layak mengenakan GST sudah membuat persiapan.

Namun dalam tempoh ini, ada juga peniaga-peniaga kecil dan beberapa syarikat sudah mengenakan caj GST ini. Adakah ini sebagai pra permulaan atau sekadar mengambil kesempatan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, perkara ini sudah berlaku di beberapa tempat, namun bukan daripada syarikat besar sebaliknya kedai makan kecil dan tempat parkir kereta. Ikuti kupasan wartawan mengenai isu GST ini.



Pekerja ditumbuk gara-gara GST


KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu ditumbuk apabila pelanggan kedai itu tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan sebanyak enam peratus.

Menceritakan keadaan itu, pengurus kedai makan berkenaan berkata, majikannya terpaksa menghentikan caj enam peratus itu setelah mendapat rungutan pelanggan.

“Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut ‘kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke?

“Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu,” dakwanya yang enggan dikenali.

Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan.

Pengurus kedai itu mendakwa menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada pelaksanaan GST.

“Kami mendaftar kerana tidak mahu lari daripada membayar cukai, bersikap bertanggungjawab atas perniagaan ini. Namun ramai yang menyangka kami telah laksanakan GST lebih awal,” katanya.

Ditanya adakah kedainya itu mencatatkan pendapatan melebihi RM500,000, pengurus itu bagaimanapun kurang pasti mengenai perkara itu.

SUMBER

13 KAMPUNG MELAYU BAKAL LENYAP DI P.PINANG, SIAPA HALAU MELAYU KALAU BUKAN BN?!!!!



Baguslah depa dah sedar akhirnya.. NGO Pro UMNO demo bantah bantah swasta pangkalan TUDM Butterworth..

Aku ingatkan isu mengenai tanah TUDM di Butterworth ni dah berjaya diselesaikan oleh UMNO/BN Pulau Pinang.. tapi masih tak berjaya diselesaikan lagi rupanya..

Sebab pada April lalu dah dilaporkan pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang akan menemui Najib untuk membincangkan isu ini..

Rentetan itu semalam satu demo telah diadakan oleh NGO-NGO yang kebanyakkannya merupakan Ahli UMNO di hadapan Pengkalan TUDM Butterworth semalam..




Apa yang kita perlu tahu ialah..

Cadangan penempatan semula dan pembinaan semula pangkalan TUDM akan dikendalikan oleh TSR Capital Berhad, yang merupakan kongsi dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn Bhd.

TSR akan memegang saham 51% manakala LTAT dan Bukit Timah akan memegang 30% dan 19% selebihnya.

Dalam pengumumannya di Bursa Saham, TSR mengatakan Putrajaya akan membayar syarikat tersebut melalui pertukaran tanah pada nilai pasaran semasa plot kerajaan.

Akaun Kumpulan Kewangan TSR Ng Kim Keong dilaporkan pada Februari mengatakan pembangunan yang dicadangkan akan berlanjutan untuk sedekad, dibahagikan kepada enam fasa yang bernilai RM500 Juta setiap satu.

TSR mulanya perlu mengambil tanah tersebut untuk pemindahan pangkalan baru, yang mungkin akan memakan belanja RM3 bilion, termasuk kos tanah.

Ng dipetik dalam laporan berkata "Ia mungkin lebih murah memandangkan kita sedang mencari tanah yang jauh dari bandar."

Pangkalan tersebut kini di tanah berhadapan dengan laut, bertentangan dengan Pulau Pinang dan kira-kira 8 kilometer daripada Butterworth.

Perjanjian cadangan tersebut masih di dalam tahap perundingan dan hanya akan ditandatangani tahun hadapan.

Selepas perjanjian tersebut ditandatangani, TSR akan mengambil masa empat hingga lima tahun untuk membina pangkalan baru TUDM itu.

Pelan pembinaan semula itu, termasuk pertukaran tanah, disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen pada 18 Mac.

Tapi masaalahnya ialah pembangunan ini dalam masa yang sama akan akan memberi kesan besar ke atas penduduk dan memberi impak kepada kepada geopolitik Teluk Air Tawar.

Dalam lain ayat ianya akan membawa padah kepada UMNO dan BN kerana ianya akan melibatkan penempatan semula sekurang-kurangnya 13 buah kampung berhampiran dengan TUDM.

Dan dalam masa yang sama 'Undi Pos' yang menjamin kemenangan BN bagi kawasan Parlimen di kawasan itu juga akan hilang dan sekaligus menggugat DUN-DUN yang dikuasai UMNO disekitar kawasan itu.

Selain itu rakyat tempatan dijangka tidak akan mendapat manfaat daripada pembinaan semula pangkalan itu.

Kerana projek pembangunan ini dijangkakan untuk menjadi pembinaan-campuran yang bertujuan membuat keuntungan, memandangkan kos tinggi para pemaju perlu tampung dalam pemindahan dan pembinaan semula pangkalan TUDM itu.

Rakyat biasa Pulau Pinang besar kemungkinan hanya mampu melihat kerana tidak akan dapat mampu membeli sebarang unit di sana..

Bagus tindakan UMNO ini sebenarnya... teruskanlah hingga projek dibatalkan..

Laporan berkaitan..


Seramai 200 penduduk kawasan Teluk Air Tawar, di Butterworth dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang berkumpul secara aman di hadapan pintu masuk Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth bagi membantah cadangan penswastaan kawasan berkenaan. 
 
Pengerusi Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin yang mengetuai perhimpunan itu berkata cadangan penswastaan itu akan mengusir penduduk tempatan yang telah menetap di kawasan berkenaan sejak puluhan tahun.
 
"Seperti cadangan pembinaannya, kawasan ini pasti akan diduduki oleh orang kaya dan bangsa asing sahaja dan penduduk di sini terutama orang Melayu tidak akan mampu membelinya. 
 
"Kami nampak tindakan itu seperti proses ‘menghalau’ penduduk Melayu secara halus di kawasan berkenaan dan saya juga difahamkan sebanyak 13 buah kampung di kawasan berkenaan akan lenyap," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman berkenaan,di Butterworth semalam.
Perhimpunan aman kira-kira 30 minit itu turut disertai ADUN Teluk Air Tawar Datuk Jahara Hamid.

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Pertubuhan Alumni Belia 4B Pulau Pinang, Datuk Ismail Yahya berkata cadangan itu merupakan satu kerugian kepada negara memandangkan tapak pangkalan TUDM berkenaan begitu strategik sebagai lokasi pertahanan negara. - Bernama

Dan yang paling penting ialah ianya juga membuktikan kepada umum bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menghalau Melayu... tapi depa kata dia ni..

Lihat apa yang terpapar dalam salah satu banner di bawah ni..



Maksud aku.. banner yang tulis "Aku cari Al-Ghazali.. tapi terjumpa TSR"..

"Aku cari Al-Ghazali.." ayat siapa tu agaknya??

Gambar-gambar datangnya dari sahabat dari UMNO yang kelokasi demo.. ~ASD

ANTARA SAHAM MAS BERNILAI RM0.27 SESAHAM DENGAN NASI LEMAK RM45.......

Betui ke Mas membayar harga yang tinggi kepada pembekal makanan.....mengapa terlalu tinggi siapa yang make-up harga,   belum peralatan dan perkhidmatan  yang mahal tentu lebih lagi make-up harganya.....

Patutlah rugi memanjang.. Nasi Lemak RM45, Telur ayam MAS beli RM8 sebiji..

Pemegang saham Mas akan dibayar 27 Sen Sesaham Atau Tiada Apa-Apa - Pakar Ekonomi



KUALA LUMPUR: Pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) mungkin tidak akan memperoleh apa-apa jika mereka menolak tawaran 27 sen sesaham pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual pada 6 November, kata pakar ekonomi.

Dr Yeah Kim Leng, Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia memberi nasihat ini kepada pemegang saham tersebut.

"Lebih baik "menerimanya walaupun sukar" dan sekurang-kurangnya mendapat semula sebahagian daripada pelaburan itu," katanya.

Dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Bhd pada 30 Ogos telah mengumumkan satu pelan yang radikal untuk memulihkan MAS yang memerlukan pengurangan pekerjaan, suntikan modal sehingga RM6 bilion dan penubuhan sebuah syarikat baharu (Newco) untuk menjalankan perniagaan syarikat penerbangan itu.

Selain itu, ia menawarkan 27 sen sesaham kepada pemegang saham minoriti dan selepas memperoleh kelulusan pemegang saham, MAS akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula yang bertujuan mengembalikan keuntungan syarikat penerbangan negara itu dalam tempoh tiga tahun dinyahsenarai.

Kim Leng berkata, jika MAS menjadi entiti swasta sekarang, pemegang saham minoriti sedia ada akan kehilangan semua pelaburan mereka.

"Mereka akan memperoleh nilai sifar daripada pelaburan mereka. Mujurlah, Khazanah campur tangan sekurang-kurangnya jalan keluar itu dianggap munasabah dengan keadaan semasa di MAS.

"Justeru, tawaran 27 sen itu tidak perlu dilihat sebagai terlalu rendah kerana sekurang-kurangnya suntikan modal dan diambil alih oleh Khazanah, mereka akan mendapat semula sebahagian daripada pelaburan mereka," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, memandangkan kepada hakikat bahawa tiada wira lain yang muncul dan mampu untuk menyelamatkan MAS, tiada asas yang kukuh bagi pemengang saham minoriti untuk menolak tawaran tersebut.

"Sudah tentu, mereka boleh tawar-menawar bagi nilai yang lebih tinggi tetapi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh MAS, sukar untuk mempertikaikan untuk nilai yang lebih tinggi bagi saham mereka," katanya.

Bersetuju dengan pendapat Dr Yeah, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat berkata pemengang saham minoriti sebenarnya tidak mempunyai pilihan kecuali menerima tawaran tersebut.

"Apabila syarikat dinyahsenarai, apa pilihan yang kita ada? Anda perlu menerimanya," katanya.

Ong berkata, kerajaan yang bertanggungjawab kepada pembayar cukai dalam apa keadaan sekali pun, menambah: "Anda tidak mampu untuk memuaskan hati pemegang saham minoriti dengan mengorbankan kepentingan pembayar cukai. Saya kira ini merupakan keseimbangan yang kerajaan perlu laksanakan".

Beliau berkata, jika MAS gagal dan tanpa bantuan daripada Khazanah, pemegang saham minoriti tidak akan mendapat apa-apa.

MAS dalam pekelilingnya bertarikh 15 Oktober 2014 menggesa pemegang saham minoritinya untuk menerima harga tawaran 27 sen oleh Khazanah untuk penswastaan syarikat penerbangan itu bagi memberi laluan kepada pelan pemulihannya.

Pelan pemulihan komprehensif MAS yang diumumkan oleh dana negara tersebut pada 29 Ogos adalah bergantung kepada penerimaan penswastaan MAS bernilai RM1.38 bilion.

Syarikat penerbangan negara, yang menanggung kerugian bagi tiga tahun kewangan yang lepas, menghadapi tekanan yang besar untuk meningkatkan prestasi kewangannya. Dan dua tragedi MH370 dan MH17 telah menjadikan proses pemulihan lebih sukar.

Berdasarkan persekitaran yang mencabar dalam sektor penerbangan, prestasi kewangan MAS dijangka terus lemah.

Dalam pekelilingnya kepada pemegang saham, yang akan mengadakan pertemuan pada 6 November, MAS memberi penekanan bahawa ia perlu melaksanakan penstrukturan semula yang komprehensif dengan segera untuk menangani keadaan perniagaan yang kurang baik, justeru syarikat penerbangan negara memerlukan pembiayaan untuk mengekalkan perniagaannya.

MAS dikatakan membelanjakan RM4 juta sehari untuk memastikan operasinya terus berjalan.

Jika MAS terus menanggung kerugian yang besar, ditambah dengan pengurangan simpanan tunai, tanpa sebarang bantuan kewangan mungkin akan terus memburukkan keadaan kewangannya dan membawa kepada Syarat-Syarat Penyenaraian PN17.


Patutlah rugi memanjang.. Nasi Lemak RM45, Telur ayam MAS beli RM8 sebiji..



Masih ingatkah lagi dengan kritikan Chef Wan tentang nasi lemak 'telanjang' yang disajikan oleh Malaysia Airline System Berhad pada awal tahun ini?

Kritikan itu dibuat oleh Chef Wan kerana syarikat penerbangan itu menyajikan nasi lemak dengan telur rebus separuh dan sambal, tanpa potongan timun, kacang dan ikan bilis seperti kebiasaan.

Chef Wan mendakwa MAS seperti tidak mengambil peduli terhadap sarapan rakyat Malaysia yang diagung-agungkan ke seluruh.

MAS kemudian menjawab kritikan itu memberitahu akan mempertingkatkan hidangan tersebut.

Namun selepas lapan bulan, nampaknya hidangan itu menampilkan sedikit perubahan iaitu nasi lemak, telur kuning dan sambal udang. Kacang dan ikan bilis disediakan secara berasingan dalam bungkusan plastik kecil.

Kali ini MalaysiaGazette tidak mahu mengulas mengenai sajian itu kerana difahamkan nasi lemak yang disajikan itu dibeli berdasarkan kemampuan poket MAS.

Seorang kakitangan syarikat penerbangan itu mendakwa, MAS bukan tidak boleh menyediakan sajian yang lebih baik tetapi tidak mampu.

"Kalau hendak tahu nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat MAS berharga RM45," dakwa kakitangan itu kepada MalaysiaGazette yang bertanyakan mengenai sajian nasi lemak itu.

Wartawan dan jurugambar MalaysiaGazette diberikan sajian nasi lemak itu ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam baru-baru ini.

Kakitangan MAS itu memberitahu, sajian nasi lemak sering dipertikaikan khususnya oleh penumpang tempatan, lantaran itu mereka lebih suka menawarkan roti dan omelette sahaja, selain rasanya lebih enak.

"Sejujurnya kalau ada penumpang yang tanya mana yang sedap, saya akan cadangkan penumpang memilih omelette.

"Kalau beri nasi lemak kepada penumpang yang cerewet, macam-macam yang tidak puas hati dengan hidangan itu," tambahnya.

Malah, beliau mendakwa, harga sebiji telur yang dibeli oleh MAS pada harga RM8.

Tambah kakitangan itu, kalau awal tahun ini, hanya nasi lemak, telur dan sambal ikan bilis tetapi sekarang ditingkatkan dengan sambal udang, telur serta ikan bilis dan kacang.

"Itu sahaja kemampuan MAS yang ada," katanya.

Sementara itu, sumber dalaman MAS ketika diminta mengulas harga makanan yang sangat tinggi terpaksa dibeli oleh MAS, beliau berkata: " Ia adalah salah satu faktor kakitangan MAS marah dengan penjualan MASCatering dulu.

"Tapi siapa yang mahu mendengar rayuan kakitangan MAS, sekarang inilah akibatnya," jawabnya ringkas ~ MalaysiaGazette

MAMPUKAH JOKOWI BAWA INDONESIA JADI KUASA DUNIA!!!


Jokowi: Dulu hidup susah, kini Presiden Indonesia



Dengan penampilan cukup sederhana Jokowi disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat.
Joko Widodo atau lebih mesra dikenali dengan nama timangannya, Jokowi dilahirkan di Solo, Jawa Tengah, Indonesia pada 21 Jun, 1961.

Beliau dibesarkan di sebuah pondok buluh di Pulau Jawa sebagai rakyat biasa, sehingga menjadi ahli politik yang disukai ramai.

Kini, Jokowi bakal menjadi Presiden Indonesia yang ketujuh. Dengan penampilan cukup sederhana Jokowi disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Anak kepada pasangan Noto Mihardjo dan Sujiatmi Notomiharjo itu, mendapat ijazah pertama dari Fakulti Kehutanan Universiti Gadjah Mada, dan seterusnya menjadi pengusaha perabut.

Karier politiknya bermula pada tahun 2005 apabila beliau dilantik sebagai Datuk Bandar Solo yang ke-16.

Semasa menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Solo, Jokowi amat terkenal dengan sifat mesra rakyat membuatkan ramai yang menyenangi kepimpinannya.

Antara kejayaan beliau termasuk mempromosikan Solo sebagai pusat kebudayaan Jawa dan pelancongan, perniagaan dan program insurans untuk rakyat.

Ketika mentadbir, Jokowi mengangkat prinsip ketelusan dan integriti dengan melarang ahli keluarganya daripada membida untuk apa sahaja projek pembangunan bandar.

Pada tahun 2012 pula, Jokowi dilantik pula sebagai gabenor Jakarta yang ke-15.

Beliau konsisten dengan pendekatan mesra rakyat termasuk lawatan mengejut untuk mendengar masalah dan isu setempat.

Gadingan Jokowi dengan timbalannya, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, dikatakan gadingan yang amat serasi.

Menurut lamanbisnis.com, Jokowi mengaku bahawa beliau tidak pernah bermimpi menjadi seorang pemimpin, apatah lagi menjadi seorang presiden.

Kata Jokowi, ini kerana suatu ketika dahulu beliau pernah hidup susah. Namun kata beliau, seseorang yang miskin tidak bermakna dia boleh mempunyai mimpi atau cita-cita.

Namun, disebabkan hidupnya yang susah itulah yang mendorong dirinya untuk membantu meningkatkan pertumbuhan kawasan yang dipimpinnya.

Malah di Jakarta, Jokowi meneruskan polisi termasuk program kesihatan menyeluruh, program pendidikan untuk anak-anak miskin serta penambahbaikan pengangkutan awam.

Selain daripada itu, beliau turut menekankan kepada ketelusan sistem pengurusan kewangan wilayah dan program tebatan banjir.

Kepimpinannya mendapat perhatian Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) dan Megawati Sukarnoputri memberikan mandat menyokong pelantikan Jokowi sebagai calon presiden Indonesia.

Jokowi, bersama calon naib presiden Jusuf Kala diisytiharkan sebagai pemenang dalam Pilihanraya Presiden Indonesia (Pilpres 2014) pada 22 Julai dengan kemenangan 53 peratus undi popular menentang calon presiden Prabowo Subianto dari Parti Gerindra.

Sepanjang karier politiknya, Jokowi menerima beberapa anugerah termasuk Datuk Bandar ketiga terbaik dunia atas usaha transformasi Solo sebagai pusat budaya serta pelancongan.

Selain itu, beliau turut tersenarai antara 50 pemimpin utama dunia oleh majalah Fortune pada 2014.


"KEKUASAAN UNTUK RAKYAT".

 

Demikian tajuk berita utama Harian Kompas, Senin, 20 Oktober 2014. Harian tersebut memuatkan wawancara dengan Jokowi, sapaan Joko Widodo.

 Berikut ini bincang-bincang redaksi Kompas dengan presiden terpilih yang akan dilantik oleh Majelis Permusyawaratan Rakyat sebagai Presiden RI tempoh 2014-2019: 

Anda pernah bercita-cita jadi presiden? 
Cita-cita tidak, berfikir juga tidak. Saya ini dari keluarga biasa, pengusaha kayu, dan saya kajian teknologi kayu. Cita-cita saya, ya, ingin menjadi ahli perniagaan kayu dan memang itu terlaksana sampai mengeksport produk-produk kayu. Menjadi Wali Kota Surakarta tidak bermimpi, Gubernur DKI juga begitu, apalagi menjadi presiden, berfikir saja tidak, apalagi bercita-cita. 

Jadi, cita-cita anda diselewengkan oleh rakyat? (Jokowi pun spontan ketawa dan bergurau.) 
Ini "kemalangan". Bermula dari Solo. Dari Solo ke Jakarta juga sebenarnya tidak nyambung. Tetapi, bagaimana lagi, memang garisnya seperti itu. 

Anda tidak merancang untuk meraih kuasa? 
Wali bandar tidak, gabenor juga tidak. Maka, saat saya berkata, "tidak mikir, tidak mikir", itu memang benar-benar tidak memikirkannya. Banyak orang memang tidak percaya. Soalnya, secara logik atau perkiraan politik memang tidak masuk akal. Saya harus bicara apa adanya. Saya ini, kan, bukan ketua umum parti. Saya menyedari hal itu. 
Lalu, kekuatan apa yang anda miliki sehingga boleh terpilih menjadi wali kota, gabenor, dan kini presiden? (Saat ditanya itu, Jokowi malah tertawa dan balik bertanya.) 
Apa, ya? Saya mau tanya balik. Menurut saya, mungkin membaca perubahan yang ada di akar rumput. Hal ini yang tidak pernah dibaca. Wong kehendaknya sudah lain, kok, dihantar sesuatu yang sama terus. Sekarang ini, masyarakat itu ingin dilibatkan, diberi peranan, tidak hanya dilayani. Saat ini, dilayani saja tidak, apalagi diberi peranan dan dilibatkan. Harapan rakyat itu sudah berubah dan untuk itu kita perlu sentiasa berada di lapangan. 

Bagaimana anda memberi makna kuasa? 
Kuasa itu untuk kemanfaatan, untuk masyarakat, untuk rakyat dan bangsa. Kerana itu, saya selalu mengatakan harus selalu dekat dengan rakyat, selalu mendengar rakyat. Tujuannya agar dasar kerajaan itu boleh bermanfaat untuk rakyat. Bagi orang lain, hal ini mungkin dianggap sebagai perkara biasa, tetapi bagi saya itu prinsip. 

Dekat dengan rakyat itu bukan pengimejan? 
Sejak menjadi Wali Kota Solo, saya melakukan itu. Saya tidak ingin dipagari. Malam hari saya keluar. Sekarang juga saya sudah cuba, meski dijaga Pasukan Keselamatan Presiden, saya tetap ke pasaran kerana memang merasa perlu mendengar. Kalau setiap hari tidak bertemu rakyat, saya pastikan tidak akan disambung dengan rakyat. Jika ada yang menulis sebagai pengimejan, terserah. Dibicarakan apa pun, terserah. Saya melihat ini sebagai keperluan agar boleh terus menyambung dengan rakyat. Bagaimana mau sambung kalau dekat saja tidak. Presiden itu harus mengerti persoalan makro dan mikro. 

Bagaimana anda akan mendayagunakan rakyat? 
Pemimpin yang benar itu pemimpin yang boleh mengatur rakyat, bukan hanya mengatur birokrasi dan pemerintahan. Hal itu boleh dilakukan jika ada kepercayaan dari rakyat. Jika tak dipercaya, akan sukar. Kepercayaan itu yang harus dibina. 

Ajakan anda untuk masyarakat? 
Pada masa awal-awal ini mungkin kita harus bersakit-sakit dahulu. Manfaatnya mungkin baru terasa selepas tiga tahun. Kita tidak mungkin menjadi negara besar tanpa mau melalui rintangan-rintangan besar. Kita harus bekerja keras. 

Apa yang akan anda wujudkan dalam waktu dekat untuk memenuhi harapan rakyat? 
Apa yang sudah kita ucapkan perlu kita lakukan. Kita mulai dari memperhatikan keluhan-keluhan rakyat, contohnya sukar mengurus KTP, pelesenan, dan perkhidmatan rumah sakit. Aduan-aduan ini, yang bagi orang lain mungkin dianggap remeh, harus boleh dibuktikan menjadi lebih mudah. Sekarang ini banyak program dalam bajet negeri dan APBD, tetapi tidak disampaikan secara langsung kepada rakyat. 
Kita akan segera membahagikan Kad Indonesia Pintar dan Kad Indonesia Sihat. Paling tidak, seminggu selepas pelantikan. 

Program yang akan ditonjolkan oleh kerajaan anda? 
Sama seperti syarikat atau korporat, jika mau kompetitif, haruslah fokus. Saya melihat kekuatan kita itu di sektor pangan meski kenyataannya saat ini kita itu justru menjadi pengimport. Hal ini menunjukkan ada miss management. 
Target saya, tiga tahun ke depan sudah sara diri beras, jagung, dan gula. Setelah pengeluaran melimpah, ada pembangunan industri hiliran. Kita harus siap. Arahnya harus fokus. Kita harus jelas mahu menjadi negara seperti apa dan potensi ini besar sekali. 

Apakah akan ada pembahagian tugas dengan Jusuf Kalla? 
Bukan pembahagian tugas, tetapi pemberian tugas-tugas khas. Sejumlah tugas boleh diwakilkan kepada timbalan presiden. Pemberian tugas itu boleh sebanyak banyaknya. Kenapa tidak? Wong masalahnya banyak. Kerja sama presiden dengan timbalan presiden nanti lebih kurang sama seperti saat saya memimpin di Solo atau di DKI Jakarta. 
JK dikenali dengan slogan "lebih cepat, lebih baik". Slogan anda? 
Jauh lebih cepat, jauh lebih baik. (Jokowi pun tertawa.) 

Bagaimana anda akan mereka bentuk pejabat Presiden? 
Pejabat presiden akan direkabentuk agar benar-benar boleh memberi input kepada presiden berdasarkan data yang lengkap, cepat, dan tepat sehingga keputusan boleh diambil presiden lebih cepat dan tepat. Akan ada pengarah strategi, dasar, pengangkutan, komunikasi, dan perisikan. Saya lihat di banyak kerajaan juga melaksanakan hal ini. 

Bagaimana dengan postur kabinet anda? 
Kementerian penyelaras akan ada mengasah dan lebih kuat agar kekuatan besarnya lebih kelihatan. Setiap menteri juga akan ada target dan tanggung jawabnya. 
Untuk memastikan garis dasar dari pusat hingga daerah sama, mulai dari pejabat Presiden, menteri koordinator, para menteri, ketua pengarah, hingga ke bawah, akan ada perintah yang jelas, panduan yang jelas, dan sasaran yang jelas. 
Saya ingin semua dasar nanti implementatif, operasi. Kerjakan ini, ini, ini .... Menurut saya, hal ini yang kedodoran sekarang ini. 

Figur menteri-menteri anda? 
Nanti silakan dilihat, sehari atau dua hari selepas pelantikan. Banyak yang profesional, banyak pekerja. Mereka sudah bukan yang berteori lagi kerana perintahnya adalah bekerja. 

Figur-figurnya pro pasaran? 
Saya kira pro rakyat dan boleh dilihat hasilnya setelah mereka bekerja 1-2 tahun. Mereka ini pekerja, tak hanya duduk di pejabat, tak hanya konseptor. Rekod jejaknya sudah kita lihat, integritinya kita lihat, kemampuan manajerialnya pun kita lihat. 

Melibatkan Suruhanjaya Pemberantasan Korupsi dalam pemilihan? 
Kami minta pendapat saja. Parti politik juga kita ajak bicara walaupun pada akhirnya merupakan hak prerogatif presiden. 

Apa yang akan anda lakukan agar anggota kabinet tidak KKN, seperti sebelum-sebelum ini? 
Kami sudah berupaya memilih yang terbaik. Akan tetapi, kalau nanti digoda terus dan tergoda, ya, bagaimana lagi? Apabila yang bersangkutan mempunyai masalah sebelum ini, yang kita tidak tahu, sukar juga bukan? 

Saya bicara apa adanya. Rekod sudah kita lihat, tetapi boleh juga ada jejaknya yang tidak terakam. Akan tetapi, jika ada yang seperti itu, ya, risiko, mohon maaf, langsung selesai. Saya tidak suka formalitas-formalitas, seperti tanda tangan pakatan integriti, tekan-teken sudahlah ... (sambil ketawa). Kamu tidak benar, ya tendang. Ya gitu saja. Pengurusan, ya, seperti itu. Tidak benar, ya, ganti. (Kali ini mimiknya tampak tegas.) 

Bagaimana anda menghadapi wakil rakyat di DPR? 
Hal itu masalah komunikasi saja. Masyarakat tidak usah terlalu bimbang. Saat saya memimpin Selangor juga hanya disokong 18 peratus kerusi di DPRD, tetapi nyatanya boleh berjalan. 
Sekarang juga sudah mula cair. Lima hingga enam bulan nanti sudah akan kelihatan. Sekarang ini saya hanya selalu mengajak semua untuk berpolitik kenegarawanan, kebangsaan, kemanfaatan untuk bangsa, negara, dan rakyat. Kalaupun memang diganjal, kami masih boleh juga menggunakan bajet negeri lama. Tetapi, masak, sih, seperti itu. 

Grafik karya:hariprast &yogaadh

19 Oktober 2014

MAFIA BERMAHARAJALELA DI PERAK, PENGUATKUASA HABIS DIBELI?.....APA KEJADAHNYA!!!!

Mafia Kuala Sepetang bermaharajalela Didakwa ‘kebal’ daripada tindakan pihak berkuasa, Didakwa ‘kebal’ daripada tindakan pihak berkuasa


Gambar yang dirakamkan oleh Mingguan Malaysia ini menunjukkan beberapa buah bangunan berwarna biru yang dijadikan tempat pengumpulan sarang burung. Namun menurut sumber, ia kelihatan mencurigakan kerana dibina di atas tanah kerajaan yang diceroboh dan dipercayai terlibat dengan kegiatan judi haram secara aktif. Kawasan Kuala Sangga ini juga didakwa terlibat dengan kegiatan penyeludupan dadah dan senjata.

KUALA LUMPUR 18 Okt.

Kita mungkin tidak percaya. Kawasan yang terkenal de­ngan mi udang di barat-tengah negeri Perak itu didakwa lubuk penjenayah yang dikawal sepenuhnya oleh kumpulan mafia.

Tiga rangkaian kawasan itu di pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga dipercayai tersembunyi aktiviti jenayah daripada penceroboh tanah kerajaan, penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian haram sehingga kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara beramai-ramai.


Siasatan Mingguan Malaysia mendapati, kegiatan haram itu dipercayai dilakukan oleh sindiket yang cukup berpengaruh sehingga mampu menutup mulut seluruh penduduk tempatan daripada mendedahkan perbuatan mereka kepada pihak berkuasa.

Lebih parah, satu sumber men­dedahkan, walaupun pihak berkuasa menyedari hal tersebut, namun mereka sendiri sama ada tidak berani mengambil tindakan atau sengaja membiarkan sindiket-sindiket tersebut bermaharajalela kerana didakwa telah ‘dibeli’.


Pencerobohan tanah kerajaan negeri yang diwartakan sebagai ri­zab hutan bakau misalnya berlaku di Perkampungan Tersusun Bagan Panchor Tambahan di Mukim Su­ngai Tinggi, yang didakwa diteroka untuk dibangunkan dengan pe­nempatan haram.

Kerajaan negeri bukan sahaja kerugian berjuta-juta ringgit akibat pengelakan cukai tanah malah tanah rizab yang disimpan bagi memulihara keseimbangan ekosistem untuk dinikmati generasi akan datang, dimusnahkan.

Sudahlah menceroboh tanah, sindiket ini didakwa berani pula menjalankan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah serta kegiatan jenayah lain.

Menurut sumber, beliau mendapat maklumat terdapat satu gudang di perkampungan tersebut yang dipercayai sama ada menjadi tempat penyimpanan dadah seludup atau tempat pemprosesan dan pengedaran dadah.

Sumber itu mendakwa, kawasan tersebut dikawal rapi sehinggakan apabila terdapat orang luar dikesan cuba memasukinya, mereka akan diekori dan jika tersilap langkah mungkin tidak dapat keluar dari situ.

Wartawan Mingguan Malaysia sendiri yang ditemani sumber dalaman yang mahir dengan selok-belok kawasan tersebut berkali-kali diingatkan supaya sentiasa berwaspada.

Pekan Kuala Sepetang turut didakwa menjadi antara pusat penyeludupan terbesar di negara ini. Antara kegiatan penyeludupan yang dipercayai berlaku di situ ialah dadah, senjata api, rokok, arak dan diesel.

Di Bagan Panchor, Kuala Sepetang juga keadaannya sama dipercayai dikuasai oleh sindiket berpengaruh sehinggakan pihak berkuasa dikatakan tidak berani mengacau kawasan berkenaan.

Berdekatan Kuala Sepetang, tepatnya di Pulau Kuala Sangga pula didakwa dijadikan pusat perjudian haram selain merupakan lokasi penyeludupan.

Soalnya, sampai bila aktiviti jenayah ini dibiar berterusan? Kebal sangatkah sindiket-sindiket ber­kenaan sehingga pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan?

Jika demikianlah halnya, maka generasi masa depan akan hidup diancam bahaya dek perangai penguat kuasa undang-undang dikawal dan ‘dicucuk hidung’ oleh penjenayah.

SUMBER BERITA