21 Oktober 2014

KFA JADI ULAQ AYAK?.....PENYOKONG BENGANG TIKET BOLA DIJUAI MAHAI !!! ULAT-ULATJUGAK BUAT UNTUNG


Antara Ulat Tiket di kesah rakan fb

Piala Malaysia: Mukhriz kecewa sikap ulat tiket

MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kecewa dengan sikap ulat tiket yang menjual tiket palsu menyebabkan penyokong Hijau Kuning tidak dapat menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang di Stadium Darul Aman, semalam.

"Ada beberapa penyokong mengadu, mereka datang dari jauh tetapi tersilap beli tiket daripada orang yang tidak sepatutnya menjual tiket. Ada (ulat) yang jual tiket warna kuning tetapi kita tidak ada tiket berwarna kuning.

"Jadi pada masa akan datang, kena ada sistem lebih berkesan dalam menghalang ulat tiket menjual tiket yang sebenarnya tidak wujud, mereka dapat untung atas angin. Pesanan saya, hati-hati beli tiket, kena pastikan tiket yang sah sahaja untuk masuk ke stadium," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 700 penerima di Seri Mentaloon, di Alor Setar hari ini.

Semalam, difahamkan lebih 1,000 penyokong pasukan Hijau Kuning terpaksa pulang hampa apabila gagal mendapatkan tiket apabila ia habis terjual dalam tempoh kurang dua jam.

Difahamkan, empat kaunter tiket di pekarangan stadium itu dibuka pada 9.45 pagi dan semua 27,000 keping tiket termasuk 900 tiket dikhaskan untuk penyokong Pahang habis dijual kira-kira 11.15 pagi.

Sementara itu, Mukhriz melahirkan penghargaan kepada penyokong bola sepak Kedah yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Pada aksi separuh akhir pertama semalam, Kedah menumpaskan Pahang 3-1. Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Jumaat ini (24 Oktober). - Bernama




KFA & MUKHRIZ sila jelaskan mana pie habih tiket bola separuh akhir Kedah vs Pahang?

oleh AnakKedah007

Depa kata tiket dijual 26000... jual pukoi 10.00pagi dan pukoi 11.00pagi dah habih...

Jika seorang beli max 5 unit maka dengan 26000 dibahagi 5 = 5200 org yang diperlukan beratur membelinya....

jadi dari 5200 nie jika masa nak beli tiket ialah 2minit seorang jadi jika di darat dalam masa sejam maka 60/2 = 30org dan dibuka 4 kaunter maka 30 x 4 = 120 orang....

disini dapat disimpulkan dalam masa sejam baru 120 orang beratuq membelinya....dan jika di bahagi dengan 5200/120 = 43 jam di perlukan untuk menjual keseluruhan tiket tersebut....

jadi nak mintak pihak Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - berikan jumlah sebenar tiket yang dijual di stadium dan juga yang telah diedarkan awal kepada suku sakat adik beradik sepupu sepapat anda....

kerana ia telah berlaku penganiayaan kepada peminat yang datang beratur panjang sejak jam 6.00pagi tetapi hampa dalam masa sejam sahaja tiket dikatakan habis...

sebaik2nya KFA berikan terus kouta berapa yg akan dijual di stadium berapa yang nak bagi kat sepupu sepapat senang mudah peminat nak atoq masa....dan jika habih tu silalah letak notis atau memo depan kaunter tu kata tiket habis... nie dak dok buang masa beratoq last hampa bila dikatakan tiket habis....

Akhirkata tahniah kat team HIJAU KUNING kita kerana menang 3-1 dan kami doakan semoga tahun nie kita semua akan berada di Bukit Jalil sana meraikan PIALA MALAYSIA milik kita....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan