Lauk yang diambil sama namun berbeza harga. Gambar kecil, resit makanan yang memaparkan cukai enam peratus.
MASIH berbaki enam bulan untuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ini bermakna semua syarikat yang layak mengenakan GST sudah membuat persiapan.
Namun dalam tempoh ini, ada juga peniaga-peniaga kecil dan beberapa syarikat sudah mengenakan caj GST ini. Adakah ini sebagai pra permulaan atau sekadar mengambil kesempatan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, perkara ini sudah berlaku di beberapa tempat, namun bukan daripada syarikat besar sebaliknya kedai makan kecil dan tempat parkir kereta. Ikuti kupasan wartawan mengenai isu GST ini.
Pekerja ditumbuk gara-gara GST
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu ditumbuk apabila pelanggan kedai itu tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan sebanyak enam peratus.
Menceritakan keadaan itu, pengurus kedai makan berkenaan berkata, majikannya terpaksa menghentikan caj enam peratus itu setelah mendapat rungutan pelanggan.
“Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut ‘kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke?
“Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu,” dakwanya yang enggan dikenali.
Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan.
Pengurus kedai itu mendakwa menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada pelaksanaan GST.
“Kami mendaftar kerana tidak mahu lari daripada membayar cukai, bersikap bertanggungjawab atas perniagaan ini. Namun ramai yang menyangka kami telah laksanakan GST lebih awal,” katanya.
Ditanya adakah kedainya itu mencatatkan pendapatan melebihi RM500,000, pengurus itu bagaimanapun kurang pasti mengenai perkara itu.
SUMBER
Apalah BODOH SANGAT KAU TUMBUK PENIAGA TU KALU KAU TUMBUK SINAJIB TUN RAZAK KE SI MALEK KE BARU ADA UMMPPHH.BARU SATU RESPECT SAMA LU.AHH PANGKAH LAGI UMNGok /BN.
BalasPadamRakyat perlu diberitahu dengan jelas mengapa GST harus dikutip sekarang dan kedai makan tersebut didenda RM 23,000 sedangkan GST akan hanya dikuatkuasakan bermula 1 April, 2015. Peristiwa yang berlaku bukan saja menunjukkan GST belum difahami oleh rakyat, bahkan ia juga memaparkan kegagalan pihak yang berwajib melunaskan tanggung jawab mereka sepenuhnya. Disamping itu rakyat harus sedar GST akan benar-benar melumpuhkan kita. Walau pun beras dan keperluan asas dikecuali GST, kita tak bawa beras dan ikan kepejabat untuk dimasak buat makan tengah hari. Sebalik nya, kita terpaksa makan tengah hari digerai dan belanja terlibat perlu ditambah GST 6%. Janji harga barangan akan jadi lebih murah jelas pembohongan besar !!!
BalasPadamGST berkuatkuasa 1 April 2015
BalasPadamSekarang masih 2014
Kenapa peniaga tu disaman RM23,000 ???
Betul ke dia kena saman??