17 Ogos 2013

Panas! Rupanya telur Najib Dalam Gengaman Nazri...?

:

Sangkakala rasa mesti ada rahsia yang dipegang oleh Nazri Aziz tentang Perdana Menteri yang juga merupakan presiden UMNO Malaysia kalau tidak, masakan Menteri yang bermasalah sepeeti Nazri masih kekal dalam post kabinet, apa kelebihan Nazri?

Masa jadi menteri dijabatan Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal perundangan,  Sangkakala tak nampak dimana penambah baikkannya, bertambah teruk ada la.

Dan lagi satu apabila Nazri dengan selambernya menjemput sorang anak muda cina yang juga penuh dengan masalah, si Namewee untuk datang bertemu beliau di Parlimen dan si Namewee hanya memakai pakaian.biasa iaitu t-shirt serta seluar jeans tapi masih di beri kebenaran untuk masuk ke parlimen serta berjumpa dengan beliau.

Ada yany mengatakan bahawa Nazri memang suka membela cina berbanding Melayu kerana lebih mudah untuk mendapatkan apa yang beliau hajati.


Begitu juga dengan kes perlantikan anak beliau sendiri di dalam Kementerian, apa fungsi si Nedim? Berkenaan pengundi di kawasan?  Letak le Nedim dia pejabat UMNO Bahagian bukan di Kementerian Pelancongan, itu pun susah nak buat ke?

Padang Rengas dengan Putrajaya bukan dekat dan kalau dengan sikap si Nedim yany suka berpoya poya dikatakan mampu untuk membawa perubahan kepada orang muda rasa Sangkakala Nazri dah silap besar.

Macam dia tak tau pulak perangai anak dia yant menyelap umpama ifrit pantang nampak betina semua sapu, pantang hantar arak semua telan, itu nak diharap? Jadi macam cerita anak ku Sazali le nampaknya Nazri dengan Nedim ni.


Berbalik kepada Perdana Menteri tadi, si Nazri dah jadi Menteri pada zaman Tun Mahathir hingga kini dan ini bermakna sudah 3 orang Perdana Menteri bertukar namun dia masih sebagai Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik.

Tapi Sangkakala nak juga la bertanya kenapa Perdana Menteri amat takut untuk menggugurkan Nazri? Adakah jika Nazri gugur maka secara automatik maka segala rahsia yang di pegang oleh Nazri akan terbongkar dan Perdana Menteri juga akan turut gugur sama.

Demi untuk kebaikan UMNO, Sangkakala rasa gugurkan si Nazri dan Sangkakala tau, jika dia digugurkan, maka dia akan terus lompat parti PKR dan Barisan Nasional akan kehilangan satu kerusi.

Perdana Menteri perlu membuat keputusan sama ada mahu kerusi parlimen kekal atau UMNO kekal atau jawatan Presiden terbang? Balik rumah fikir fikirkanlah, jangan jadi Perdana Menteri yang lemah, keputusan perlu dibuat.

Orang macam Nazri yang tak sedar diri perku disingkirkan dan jika Perdana Menteri rasa masih mahu kekalkan Nazri dalam kabinet maka sudah tiada jalan lain lagi,  presiden UMNO juga perlu ditukar.



HOSNI MUBARAK DIBELAKANG FATTAH AL-SISI - PEMBONGKARAN OLEH SEPUPU AL-SISI

Rahsia-Rahsia di Balik al-Sisi


JENDERAL Abdel Fattah al-Sisi menjadi orang nomor satu di Mesir terkait pembantaian rakyat Mesir saat ini. Menurut dr. Hasam As-Sisi, sepupu As-Sisi, ada beberapa hal tentang al Sisi. Dr Hasam adalah seorang dokter bedah gigi yang menetap di London.

Dr Hasam menyampaikan informasi seputar As-sisi yang selama ini tidak banyak diketahui publik :


Al-Sisi menikah dengan Nahad Nur. Nahad adalah saudara perempuan Thariq Nur. Pernikahan tersebut dijembatani secara pribadi oleh Suzan Mubarak. Suzan, tentu saja istri dari Hosni Mubarak.

Thariq Nur adalah pemilik stasiun televisi Al-Qahirah dan An-Nas. Selain itu, dia juga pemilik saham kebanyakan stasiun televisi. Hanya televisi Aljazeera saja yang menolak menerima tawaran saham menggiurkan darinya. 

Thariq Nur adalah pemimpin sebenarnya Lion Club Mesir.

Thariq Nur menikah dengan seorang wanita Kristen Koptik yang dekat dengan Paus Koptik dan Naguib Sawiris—pengusaha dan menteri di era Mubarak.

Thariq Nur dan Sawiris adalah penyokong dana utama bagi gerakan Tamarrod.

Para wartawan dan penggiat media berkumpul dengan Thariq Nur dan Sawiris di salah satu klub malam yang dimiliki Thariq Nur. Dalam kesempatan itu, mereka menyepakati langkah-langkah kudeta 3 Juli 2013 terhadap Muhammad Mursi.

Al-Sisi adalah tangan kanan Mubarak untuk mendapatkan informasi tentang militer Mesir. Dia sendiri yang menyampaikan laporan berkala kepada Mubarak; setiap hari Ahad, Selasa, dan Kamis. Dialah yang bertanggung jawab dalam pengamanan Mubarak.

Al-Sisi adalah tokoh yang dipaksakan Dewan Militer agar Presiden Mursi menjadikannya menteri pertahanan, kalau Presiden Mursi hendak mengganti Thanthawi dan Anan.
 [islampos/dakwatuna]

Panas ! UAI Terbabit Kemalangan - Saksikan Gambar -Gambar

UAI terbabit kemalangan pagi tadi


Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, pagi tadi.

 Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya, pagi tadi.Namun, beliau dikatakan tidak mendapat sebarang kecederaan.

Kemalangan berlaku di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.


Difahamkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang memandu kereta jenis Volkswagen bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara betul-betul di lampu trafik.

Alhamdulillah difahamkan juga Ustaz Azhar Idrus selamat namun nasib pemandu dan penumpang Proton Iswara masih belum dipastikan lagi. Sama-sama kita berdoa agar semuanya selamat. Punca UAI kemalangan masih belum dapat dipastikan lagi.
GEMPAR! USTAZ AZHAR IDRUS KEMALANGAN 4 GAMBAR


Raja Saudi sokong keganasan tentera Mesir


Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah semalam, menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang ‘usaha menjejaskan kestabilan’ Mesir, dalam satu mesej bagi menyokong kepimpinan tentera negara itu.

“Arab Saudi, rakyatnya dan kerajaan hari ini berdiri bersama saudara kami di Mesir dalam menentang keganasan.

“Saya menyeru kepada mereka yang jujur di Mesir dan negara-negara Arab serta negara Islam berdiri sebagai seorang lelaki dan satu hati dalam menghadapi cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara yang berada di barisan hadapan negara Arab dan sejarah Islam,’’ katanya dalam siaran televisyen negara ini.

Arab Saudi merupakan sekutu rapat bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan yang sukar dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin. – REUTERS







LANGIT Kawasan Abbasiyyah sudah dipenuhi gas air mata, belum lagi helikopter-helikopter yang melayang-layang bersama para sniper—penembak jitu di dalamnya.

Helikopter militer Mesir pun sudah menurunkan ‘sniper’ di puncak salah satu bangunan di atas kawasan Abbasiyyah yang siap menembak banyaknya massa pendukung Mursi seperti semut yang berkeliaran.

Dan Abbasiyyah sebentar lagi akan menyusul kawasan-kawasan lainnya yang banjir darah oleh para syuhada di Mesir.

Lalu apakah kesalahan yang dilakukan oleh anak kecil dan orang-orang di sana yang dibunuh sebegitu kejam?.

16 Ogos 2013

Harga Kereta, Rakyat Bodoh atau Dibodoh?


Harga Kereta (ini pon nak di politik kan)

Aidilfitri tempohari, kami sempat bertanyakan seorang rakan kami yang baru pulang ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran di Jepun selama 3 tahun. Antara soalan yang kami tanya, "Berapa Jepun jual kereta tempatan mereka (Toyota & Honda) kepada rakyat Jepun?". Rakan kami memberitahu, setakat Honda di Jepun, ianya dijual sekitar RM30,000 sahaja.

Kos hidup di Jepun sangat tinggi, tapi pendapatan di Jepun juga amat tinggi. Kalau setakat nak beli iPhone tu, hanya 1/3 gaji sahaja dari gaji basic sebulan. Kalau di Malaysia? Tak ramai yang mampu sampai perlu kumpul berbulan-bulan baru mampu beli.

Korang tak pelik ke, kenapa Jepun boleh jual kereta tempatan mereka pada harga serendah RM30k sedangkan Malaysia menjual kereta tempatan dengan kualiti dan teknologi yang tidak menyamai kereta Jepun pada harga yang jauh lebih tinggi? Kalau Jepun boleh jual kereta buatan mereka RM30,000 sahaja di sana, patutnya Malaysia boleh jual dengan harga lebih murah lagi untuk Proton di Malaysia (atau atleast, benarkan rakyat untuk beli apa sahaja kereta kegemearan mereka bukan dengan harga yang sangat mahal)

Kalau masih tak percaya, cuba convert harga jualan Chevrolet Camaro di US. Lepas convert duit Malaysia, hanya RM80k lebih sahaja. Even kereta Korea serta Jepun yang masuk ke pasaran US juga sangat rendah harga mereka.

Rakan kami berkata lagi, beza antara negara membangun dengan negara maju mungkin begitu. Negara maju mahu membantu dan meringankan beban rakyat. Negara membangun pula menindih rakyat untuk menjadikan negara sebuah negara maju.

Tahu kenapa harga kereta melambung macam tu sekali? Adakah kerana kewujudan ll di Malaysia? Iyalah, siapa mahu beli Proton Persona kalau dah boleh dapat Camry sebiji dengan harga yang sama kan? Mohon pencerahan.

Apa kata anda sebagai rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Kita bincang... kita bincang...

Pssst! Buka mata, buka hati. Ini bukan soal politik, tapi ini soal kehidupan dan masa depan anak cucu kita nanti. Tidak kiralah siapa pun yang memerintah Malaysia, berikanlah masa depan yang lebih cerah untuk generasi yang akan datang. Ini belum cerita soal harga tanah lagi. Fuh! Berfikirlah panjang lagi dengan lebih terbuka. Jangan sempitkan otak sikit-sikit politik, sikit-sikit politik. Heh!

Banyak yang nak diungkap dan dihuraikan jika nak beri pemahaman kepada mereka yang tidak mengerti. Kenapa harga kereta kita(Malaysia) lebih mahal dari negara jiran? Tak perlu kita bandingkan dengan negara jiran, jauh nun disana Amerika Syarikat yang mana kita ketahui negara yang maju sangat pesat pembangunannya tapi harga kereta lebih murah dari harga kereta di Malaysia??? Mengapa?

Beli kereta baru, kita ambil loan dari pihak bank, maksimum ansuran sehingga 9 tahun. Apakah ini semua? belum sempat kita bayar habis pinjaman bank kereta kita dah meragam. Itulah namanya penjanaan ekonomi namanya. Bijakkan kerajaan kita yang membantu rakyat.

Cukai? Cukai kereta yang dikenakan bukan sahaja tinggi tetapi sangatlah tinggi dan amatlah tinggi. 80% cukai yang dikenakan kepada kereta Nasional contohnya proton. Kereta luar import berapa % pula kerajaan Malaysia kenakan kepada rakyat?

Riba? Berapa harga kereta yang dipamerkan? Dan berapa yang anda bayar selepas ansuran selama 5/7/9 tahun. Pernah anda kira berapa riba yang bank ambil? Mungkin tanak ambil tahu kot, janji dapat pakai kereta. Takpe lah siapa yang tanak ambil tahu tu. Mungkin mereka lebih INGIN ambil tahu untuk mengajar kita bersyukur dengan kerajaan Malaysia sekarang yang "membantu" rakyatnya. LOL.

Kalau ada yang masih tidak sedar, saya sangat berduka cita.

rakyat malaysia majoritinya kaya.
sebab dlm media hanya rakyat kelantan aje puluhan tahun miskin.
oleh itu rakyat negeri lain kaya.

bila ramai kaya.permintaan tinggi.harga naik.
jadi bab harga keta tinggi kerana majoriti rakyat kaya adalah sesuatu yang normal.
harap saya silap.

Bukan nak dipolitikan tapi parti politik tu harus la perjuangkan hak rakyat,
itulah asal penubuhan parti politik,
bukan nak senangkan anak beranak, saudara mara & kroni...

aku sangat2 setuju kalau harga proton diturunkan secara drastik..at least bagi sama harga dan specs dengan apa yg dijual di uk,arab dan lain2 negara..memang gila betul jual barangan tempatan dengan harga mahal kat tempat sendiri,tp jual lagi murah kat luar negara..sebab tu aku x beli proton....

takda solution pun. kalau taknak rasa rugi. undi la kerajaan sekarang. supaya anda tak rasa rugi. supaya org lain pun kena beli kereta mahal, dapat jual kereta yg market value tak jatuh sgt. :)):))

Anda mampu mengubahnya.
Bayangkan anda sudah menggunakan kereta selama 55 Tahun. Kereta tu sudah berbagai ragam dan masalah, keluar kereta baru yang menawarkan harga yang berpatutan, sangat elegan, tidak membebankan, pasti anda ingin buang kereta lama dan beli kereta baru kan? Jadi kesimpulannya buang yang lama, kita cuba yang baru.

Anda semua rakyat Malaysia mampu mengubahnya. Percayalah. Sudah tiba masanya.

najib kata negara sudah maju...tapi semaju maju jepon...rege kete murah la pulak...pelik?

yg menjadi PERSOALANNYE sekarang ni...KEMANA PERGI DUIT YG DAH DIKUMPUL SELAMA 27 TAHUN BERNIAGA PROTON???

tu baru PROTON...persoalannye yg kedua...KEMANA PERGINYA DUIT CUKAI YG TINGGI DAH DIKUMPULKAN SELAMA 27 TAHUN HASIL PENJUALAN KERETA2 IMPORT???

2 2 PENDAPATAN UNTUNG SAMPAI KIAMAT ni dah KEMANA HILANGNYE???

Ke AIR FREE...x jugak
Ke PENDIDIKAN PERCUMA...x jugak
Ke PENGANGKUTAN AWAM EFFISYEN...x jugak

Yg aku manpak sgt berubah...PEMIMPIN2 UMNO jee...kereta berubah ubah...rumah bertingkat tingkat...pakaian berjuta juta...

Rakyat hanya dapat BISKUT KERING 1 mesia je ada laa...kahkahkah


Kalau kita dapat tahu figure pendapatan negara dari cukai penjualan kereta ni bagus jugak. Baru boleh menilai dengan lebih tepat jumlah yg diselewengkan.

Bagi aku la. Setelah bertahun tahun mekanisme cukai ni, patutnya negara kita dapat pergi jauh lebih maju dr sekarang.

Tunjuk je lah berapa hasil pendapatan cukai dr kereta ni.

SSM yg kutip duit tak lebih rm100 utk pendaftaran perniagaan pun boleh kaya beli bangunan kat mid valley. Itu pun kerajaan persekutuan dah ambil lebih 50% drpd hasil yg dikutip.

Susah aku nak yakin dengan ketelusan kerajaan sekaran. Hadoii yaiiiiiiiii!!!!

p/s : bg aku mmg harga keta kt malaysia ni terlampau tggi,tp dlm tggi2 pun ramai gak yg kuar keta baru..cth musim raya ni,klu dulu org beli sofa,tkr langsir sbb nk raya..tp skang org beli keta baru sbb nk smbt raya..mampu x mampu blkg kira,sape x teringin nk pakai keta baru ye x??mcm aku mmg nk sgt amik keta baru tp pikir interest dan harga yg melampau trs mati niat tu..aku petik kata2 Ustaz Zaharuddin,"klu kita amik loan keta 9thn dgn interest/riba,selama 9thn itulah hidup kita hari2 dibelenggu dgn riba/interest"...yg amik Islamic Loan tu selamat la.. ("pakai tiara jer la sampai reput" )

KANTOI !! Syabu Ditemui Dalam Dompet Pegawai Polis Terbabit Kemalangan

gambar kiasan

Syabu ditemui dalam dompet pegawai polis

KUANTAN - Sejumlah serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu ditemui dalam dompet seorang pegawai kanan polis yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di sini, semalam.

Serbuk dan ketulan kristal seberat 0.8 gram itu ditemui pihak hospital ketika pegawai berkenaan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) di sini, kata sumber polis.

"Paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal yang disyaki syabu itu telah diserahkan petugas hospital kepada pihak polis Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan pada 12 tengah hari semalam.

"Siasatan awal mendapati barang kes itu dijumpai pada dompet pegawai polis berkenaan yang bertugas di negeri ini," kata sumber itu kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut sumber itu Bahagian Tatatertib Polis Pahang telah diarah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata pegawai berkenaan cedera parah apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang lori treler membawa muatan konkrit di Jalan Kuantan By Pass pada pukul 7 pagi semalam.

Ketika kejadian pegawai berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Gebeng.

"Pegawai itu cedera parah...mengalami pendarahan pada bahagian dalaman perut dan patah lutut kiri," katanya. - Bernama

Sedutan Tragedi Pembunuhan di Medan Rabiatul Adawiyah- Saksikan Video Yang Mengejutkan

Rakaman video yang mendedahkan apa yang terjadi di Medan Rabiatul Adawiyah. Semuanya amat mengejutkan.

Bayangkan diri kita di situ, tembakan bertubi-tubi ditujukan ke arah kita tanpa kita mampu membalas, tidak bersenjata! dan melihat orang disekeliling gugur satu persatu. Inilah yang berlaku!


Sumber : Twitter Gehad El-Haddad


[Terkini : Sehingga 8pagi 16 Ogos 2013]

1. Dr Ahmed Arif, jurucakap rasmi Media Ikhwan Muslimin berkata kepada Obama : Rakyat Mesir mampu menjatuhkan Kudeta Tentera secara bersendirian (tanpa bantuan Amerika)

2. Polis menyerbu rumah Mohsen Radhi, pemimpin FJP di Qulyoubi, menyelongkar rumahnya dan mencuri wang, barang kemas isterinya serta memaki hamun keluarganya.

3. Polis juga telah menculik ahli Parlimen Hazem Farouq dan Ahmed El Ajezi, Setiausaha Agong FJP di Tanta.

4. Hari ini akan berlaku demonstrasi mega di Kaherah bermula di 28 masjid dan berkumpul di Medan Ramsis. Perhimpunan yang sama bakal berlaku di seluruh negeri di Mesir. Demonstrasi ini bertujuan untuk memecahkan kepungan Kudeta kepada Rakyat Mesir.

5. Sekarang sedang berlaku penangkapan besar-besaran ke atas pemimpin penentang Kudeta di seluruh Mesir sebelum berlakunya demonstrasi mega di Kaherah tengahari ini.

6. Kementerian Dalam Negeri Mesir telah menangkap beberapa orang waris mayat syuhada' (yang datang menuntut jenazah) di Masjid Iman, Makram Abid dan enggan menyerahkan jenazah tersebut kepada mereka.

7. Telah diisytiharkan 1071 syuhada' yang telah dikenalpasti nama mereka dalam tragedi pembunuhan di Rabiatul Adawiyah

Sumber : FJP

TERHOT! NAJIB MASIH FOBIA DENGAN KEKALAHAN UNDI POPULAR, DAN PENDEDAHAN PERDAMAIAN TEAM WAWASAN...




Permusuhan terhadap Datuk Seri Najib Razak (gambar) dijangka menular dalam Umno bagi tempoh beberapa minggu akan datang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiyakan bahawa pembangkang berbincang secara rahsia dengan perdana menteri Malaysia itu untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Majalah digital The Edge Review hari ini melaporkan bahawa dua strategi yang dilakukan Najib iaitu memberi habuan politik kepada `warlords’ dan penyokong utama dengan pelbagai jawatan dan rundingan rahsia dengan Anwar menerusi pegawai khas yang dipercayai dan ahli politik Indonesia, tidak berjalan dengan baik bagi perdana menteri ke-6 itu.

Difahamkan bahawa perbincangan rahsia itu dikendalikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail – kedua-duanya adalah sahabat baik dari zaman Pemuda Umno mereka.

“Tindakannya untuk mengukuhkan kedudukan politiknya dalam Umno mengasingkan persempadanan utama dalam party dan menimbulkan kemarahan di kalangan figura berkuasa, termasuk Dr Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin, yang secara tertutup mendorong kepada perubahan kepimpinan,” kata majalah digital itu dalam edisi mingguannya yang terkini.

“Anwar, ditendang keluar dari Umno oleh Dr Mahathir pada 1998, dilihat sebagai lawan yang sering mencerca oleh golongan elit Umno, dan penganalisa berkata tindakan Najib untuk membuka bicara dengan ketua pembangkang itu pastinya dilihat sebagai pengkhianatan kepada parti,” tambahnya dalam laporan bertajuk `Malaysia’s political tensions set to escalate’.

Majalah itu berkata, perkembangan terbaru itu boleh memberi kesan terhadap pertempuran kepimpinan apabila Umno mengadakan pemilihan partinya pertengahan Oktober depan.

Pembantu rapat perdana menteri mengakui bahawa tempoh tiga bulan akan datang akan menjadi sangat penting, kata majalah itu.

“Jika beliau berjaya dalam pemilihan Umno, maka beliau akan dapat lihat mandat yang diberikan,” kata seorang penasihat Najib, yang turut menyatakan bahawa kuasa menentang perdana menteri itu semakin meluas setiap hari.

Majalah itu menyatakan bahawa Malaysia terperangkap dalam keadaan politik yang menakutkan sejak 2008, apabila Barisan Nasional yang diketuai Umno hilang pegangan majoriti dua pertiganya dalam Parlimen.

Umno meletakkan kesalahan kepada kelemahan pentadbiran perdana menteri ketika itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badwi dan memaksanya melepaskan jawatan kepada Najib pada April 2009. Masalah Najib ialah beliau melalui keadaan lebih teruk dengan pengundi berbanding Abdullah, kata The Edge Review.

Barisan pimpinan Najib bukan saja gagal memperbaiki bilangan barisan mereka di Parlimen, tetapi ia juga kalah dalam undi popular, hanya memperolehi 47 peratus berbanding 51 peratus undi popular milik pembangkang. Ia menjadi jumlah paling teruk diperolehi BN sejak kemerdekaan pada 1957, kata majalah itu.

“Masalah utama PM ialah kegagalan keputusan pilihan raya umum lalu belum dapat dipulihkan. Beliau datang sebagai pemimpin yang lemah, bukan saja kepada parti tetapi keseluruhan negara,” kata ahli perniagaan Malaysia yang terkenal, dan mempunyai hubungan baik dengan Najib sekeluarga, kepada majalah itu.

The Edge Review berkata, Najib mengekalkan cara rendah diri sejak pilihan raya umum, jarang muncul di kalangan awam dan mengambil pendekatan berdiam diri dalam beberapa cabaran yang melanda negara seperti kemerosotan ekonomi, peningkatan kadar jenayah dan polarisasi perkauman.

Beliau belum lagi menambah ketegangan agama yang kini semakin membesar, terutama di kalangan kumpulan Islam berhaluan kanan yang menunjukkan hanya sedikit toleransi dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan etnik, kata majalah itu.

Kerajaan Najib juga gagal untuk mengemukakan cadangan lebih jelas bagaimana mengendalikan situasi keselamatan negara yang semakin membimbangkan, apabila jumlah kejadian tembak dan pembunuhan meningkat secara mendadak dalam beberapa bulan terakhir ini, tambahnya.

Majalah itu berkata, satu lagi cabaran besar ialah masalah ekonomi negara, hutang sektor awam yang meningkat, yang menyebabkan awal bulan ini Fitch Ratings merendahkan pengadaran kredit negara dari kepada `negatif’ daripada `stabil’.

“Teguran Fitch itu menyebabkan mata wang tempatan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat, dan jika Najib tidak mengambil tindakan tepat untuk menangani kewangan awam negara dalam bajet akan datang, ahli ekonomi berkata, Malaysia mungkin terpaksa mendapatkan dana asing.

“Melihat kepada keadaan kepimpinan itu, paralisis polisi dan tekanan sosial mendalam, prospek terhadap pembentukan kerajaan perpaduan untuk Malaysia kelihatan lebih menarik, kata beberapa ahli ekonomi,” kata majalah itu.

Majalah itu berkata, mereka sudah menyiarkan berita mengenai kemungkinan perjanjian damai antara Najib dan Anwar pada April, tetapi ia tidak diendahkan oleh media arus perdana negara ini.

“Ahli politik Umno dan pegawai khas Anwar berkata, perbincangan itu yang diuruskan bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendapat momentum baru beberapa bulan kebelakangan ini, dengan kedua-dua pemimpin politik Malaysia itu masing-masing melantik wakil untuk menyenaraikan butiran terperinci yang mungkin boleh membentuk proses perdamaian,” katanya.

The Edge Review melaporkan ahli politik berkata, wakil Najib iaitu Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sudah beberapa kali mengadakan perbincangan tertutup dengan Saifuddin.

“Mesyuarat terakhir antara kedua-dua wakil itu ialah pada pertengahan Julai, selepas Jusuf Kalla mengadakan perbincangan berasingan dengan Najib dan Anwar, kata sumber terdekat dengan perbincangan itu.

“Dalam sesi itu, Zahid menyampaikan permintaan Najib supaya Anwar secara umum memaklumkan bahawa beliau terbuka untuk perbincangan perdamaian dengan parti pemerintah,” kata laporan The Edge Review.

Permintaan Najib yang lain ialah Anwar secara umum mengiktiraf keputusan pilihan raya umum pada Mei lalu, beritahu seorang ahli politik yang rapat dengan perbincangan antara Zahid dan Saifuddin kepada majalah itu.

Anwar akhirnya bersuara mengenai perbincangan itu minggu ini, apabila beliau dipetik menerusi portal berita Asia Sentinel bahawa Najib ada memintanya untuk melihat kemungkinan pembentukan kerajaan perpaduan.

Asia Sentinel memetik Anwar sebagai berkata, beliau memberitahu Najib bahawa kerajaan perlu menghentikan serangan perkauman oleh kumpulan yang dikawal Umno terhadap masyarakat Cina dan India sebelum sebarang perkembangan mengenai kerajaan perpaduan dapat dilakukan.

“Saya kata isu asas perlu diselesaikan, akhiri perkara perkauman. Perlu ada komitmen yang jelas untuk reformasi dan perubahan,” Anwar berkata kepada Asia Sentinel, dan menambah beliau belum menerima maklum balas daripada Najib.

Beberapa rakan lama Najib memberitahu The Edge Review bahawa mereka tahu mengenai perbincangan itu, tetapi mereka tidak percaya ia membabitkan terlalu banyak perkara.

“Ia tidak akan berlaku kerana Umno tidak akan membenarkanya,” kata seorang pegawai bank kanan yang sering memberi nasihat mengenai ekonomi utama negara.

Tetapi, majalah itu berkata, masih kurang jelas bagaimana reaksi golongan eliti Umno terhadap urusan rahsia Najib dengan Anwar dan petanda pertama akan hanya muncul dalam mesyuarat bahagian parti yang akan bermula Oktober depan.

Majalah itu memetik Ketua Merdeka Center, firma kajian pendapat di Malaysia, Ibrahim Suffian yang berkata, pembuka kata Najib terhadap perbincangan terbuka dengan Anwar boleh memberi dua kesan berbeza dalam satu masa.

“Ini mungkin cara beliau menyampaikan pesanan bahawa beliau bersedia untuk membuka sisi baru untuk mengurangkan kehilangan sokongan dalam Umno,” katanya kepada The Edge Review. “Tetapi, ia juga risiko amat besar, kerana ia dengan mudah merangsang pembangkang terhadapnya.”

Lagi Tembakan Maut di Klang


Lelaki maut ditembak ketika minum bersama rakan

KLANG: Seorang lelaki yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di sini, maut selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter pada jam 2.20 pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Jani Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa S. Sambhath, 27, dan rakannya dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.

Lokasi Tembak depan bank

 “Kami hilang tempat bergantung, dia harapan keluarga kami,” kata adik kepada S Sambhath, 26, lelaki yang maut selepas ditembak dalam kejadian tembakan terbaru di depan sebuah bank di Jalan Besar Kapar, di sini, awal pagi semalam.

Dia yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, abangnya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika kali terakhir mereka bertemu petang kelmarin, namun dia menasihatinya supaya tidak menaiki motosikal kerana bimbang keselamatannya di jalan raya.

“Kami sangat rapat kerana hanya dua beradik saja dan kini kami terpaksa memikirkan cara untuk meneruskan perniagaan perkhidmatan sewa lori yang dimilikinya itu sejak lima tahun lalu,” katanya sewaktu ditemui, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, mangsa yang berbual bersama beberapa rakannya ditembak seorang daripada dua lelaki yang datang menaiki Yamaha 125Z merah di hadapan sebuah bank di Jalan Besar Kapar.

Sementara itu, rakan mangsa yang juga saksi kejadian berkata, ketika insiden dia bersama mangsa dan beberapa rakan baru keluar dari sebuah bank sebelum terserempak dengan tiga lagi rakan dan berborak di depan bank itu.“Ketika rancak berbual, tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan seorang daripadanya turun sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kami.
“Sebaik saja terdengar bunyi tembakan dipercayai dari pistol itu, kami terus bertempiaran lari menyelamatkan diri tanpa menyedari Sambhath terkena tembakan,” katanya. Menurutnya, sejurus tembakan dilepaskan, lelaki terbabit terus melarikan diri ke jalan utama manakala dia bersama beberapa rakan lain yang terkejut dengan kejadian itu terus mendapatkan Sambhath dan membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, sebaik tiba dan mendapatkan rawatan kecemasan di Wad Kecemasan hospital berkenaan, mangsa disahkan meninggal dunia. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Jani Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori berbual berdekatan sebuah bank bersama beberapa rakannya.

“Suspek dipercayai melepaskan tujuh das tembakan ke arah kumpulan berkenaan yang kemudian bertempiaran menyelamatkan diri. “Menurut saksi kejadian, suspek yang memakai jaket gelap dan bertopi keledar berpenutup penuh melepaskan tembakan dari jarak kira-kira tiga meter ke arah mereka secara rambang sebelum melarikan diri,” katanya.

Jani berkata, mangsa cedera parah akibat terkena tembakan di pipi dan dada serta disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HTAR. Katanya, setakat ini, polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala operasi mengesan suspek giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat.

15 Ogos 2013

TERPANAS ! YANG DIPERTUAN AGONG MURKA TERHADAP MUKHRIZ ISU KUIN?




INFO:

YDPA telah murka terhadap mukhriz. Baginda memberi tempoh kepada mukhriz sehingga bulan 12 ini untuk menyelesaikan segala kemelut yang melanda KUIN, jika mukhriz tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, baginda akan menggunakan kuasa veto yang ada untuk mengarahkan semua pelajar dan staf KUIN dipindahkan semula ke kuala ketil. 


YDPA akan memantau perjalanan pentadbiran KUIN dan kerajaan kedah bagi memastikan nasib pelajar dan KUIN khususnya kampus kuala ketil terbela...

p/s: jangan pernah berhenti bermunajat dan beruzlah kepada Allah...

ISBIRU WASOBIRU WARABITHU


Keadaan Asrama Farabi.


NGO Islam Kedah sokong Kuin kekal di Kuala Ketil

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendesak Kerajaan Kedah dan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) agar menyemak keputusan untuk memindahkan semula KUIN kembali ke kampus Mergong.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan langkah pemindahan itu dan kedudukan sebenar kampus KUIN Kuala Ketil yang masih disembunyikan oleh pihak kerajaan negeri sama ada ia akan dijual atau disewa kepada pihak lain.

Katanya, langkah untuk menyembunyikan kedudukan sebenar masa depan kampus KUIN Kuala Ketil adalah suatu tindakan yang membelakangi hak mahasiswa dan rakyat Kedah sebagai pendukung kepada pembinaan kampus ini.

“Tindakan untuk menjual atau menyewa Kampus KUIN Kuala Ketil yang tersergam indah dan kembali ke kampus lama Mergong adalah suatu usaha langkah ke belakang yang sangat merugikan dan mengecewakan rakyat negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kenyataan media bersama Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Ustaz Ahmad Yahya, Naib Pengerusi Salimah Kedah, Masadah Sajadi, Yang Dipertua ABIM Kedah, Zulazri Mohd Sani, Presiden Pertubuhan Darul Mustafa Kedah, Hafiz Mustafa Lubis dan Pengarah Pusat Santuni Rakyat (PSR) Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman itu sebagaimana di bawah.

Umum mengetahui bahawa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan institut pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri Kedah yang telah berkembang pesat sejak penubuhan lebih 15 tahun.

Ia adalah pusat pengajian tinggi yang membanggakan seluruh rakyat negeri Kedah dan ianya menjadi pemangkin kepada pengembangan dunia pendidikan dan keilmuan di negeri ini.

Dalam fasa 5 tahun lepas, dalam mencapai prestasi yang cemerlang untuk dianugerahkan mandat Universiti penuh, pihak KUIN telah melaksanakan pelbagai program pembangunan sama ada dalam bidang akademik, pembangunan syahsiah dan kelengkapan kampus pembelajaran.

Pihak MAPIM telah menerima memorandum dari mahasiswa KUIN Kampus Kuala Ketil yang mendesak pihak Kerajaan Negeri Kedah untuk terus kekalkan Kampus Kuala Ketil sebagai pusat pembelajaran mahasiswa KUIN.

Memorandum itu juga meminta Kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab penuh keatas pentadbiran KUIN untuk membatalkan hasrat mengarahkan mahasiswa berpindah ke kampus lama Mergong.

MAPIM bersama beberapa NGO Islam negeri Kedah termasuk Teras Pengupayaan Melayu (TERAS),Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Abim negeri Kedah, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Pusat Santuni Rakyat (PSR) Sik dan Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah dengan ini menyokong penuh tuntutan mahasiswa KUIN Kuala Ketil yang terkandung dalam memorandum tersebut.

MAPIM juga bersetuju diatas langkah Jawatankuasa Bertindak Mahasiswa untuk bertemu mengadap bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Cancelor KUIN yang telahpun pada 29 Januari 2013 lalu menjunjung kasih hadir perkenan merasmikan kampus KUIN Kuala Ketil.

Hasil pemantauan dan tinjauan yang telah dilakukan oleh pihak MAPIM, beberapa faktor penting yang menjadi pemasalahan besar kepada kebajikan mahasiswa sekiranya mahasiswa kampus Kuala Ketil dipindahkan ke kampus Mergong.

Mahasiswa berdepan dengan risiko keselamatan yang sangat kritikal di kampus Mergong dan Asrama Farabi.

Seperti yang sedia maklum keadaan bangunan yang sangat uzur dan serba kekurangan dari segi kelengkapan dan kemudahan.Kehidupan seharian mahasiswa terpaksa berada dalam keadaan bahaya, infrastruktur bangunan asrama dan kuliyyah kampus Mergong adalah tidak memenuhi syarat kelulusan (CF) seperti yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan(PBT).

Seharusnya pihak pentadbiran mengambil cakna dengan keadaan bangunan yang sangat tidak selesa untuk diduduki dan risiko berlakunya kebakaran sangat tinggi. Selain daripada itu, kawasan kampus Mergong yang terlalu kecil tidak mampu menampung kuantiti pelajar yang ramai dan semakin bertambah.

2. Mahasiswa akan mengalami gangguan emosi dan mental dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekiranya keputusan perpindahan ini diteruskan juga, ianya sangat menggangu emosi mahasiswa yang telahpun berpindah tiga kali sebelum ini di pelbagai lokasi bermula daripada kampus Mergong ke kampus Stargate Alor Setar kemudian ke kampus Kuala Ketil dan akhirnya kembali ke kampus Mergong semula .

Proses jadual kelas yang tidak teratur, bebanan tugasan pembelajaran bagi menghabiskan silibus yang tergesa-gesa dan pembelajaran dalam masa yang singkat akan mengganggu emosi dan mental pelajar untuk belajar dengan tenang dan teratur.

3. Mahasiswa terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi.

Situasi ini berlaku apabila kebanyakkan mahasiswa yang telah mengikat perjanjian sewa rumah dengan tuan rumah untuk menyewa rumah di kawasan Kuala Ketil.
Ini menyebabkan deposit serta kos perbelanjaan yang tinggi perlu ditanggung oleh mahasiswa berdasarkan perjanjian yang telah dibuat. Berdasarkan soal jawab yang telah dibuat sewaktu perjumpaan mahasiswa Kuliyyah Muamalat, seorang mahasiswa telah memaklumkan meraka terpaksa membayar hampir RM4,000 baki sewa rumah sekiranya ingin meningglkan rumah tersebut sebelum tamat tempoh perjanjian selama setahun yang ditetapkan oleh pemilik rumah.

4. Tempat belajar yang kurang kondusif di kampus Mergong.

Penilaian MQA bagi setiap kursus yang telah dipohon mewajibkan pentadbiran sesebuah IPTS menyediakan kemudahan-kemudahan bagi melancarkan proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Jika perlu dibandingkan antara kelas yang cukup untuk menampung keperluan dengan kelas yang besar dan selesa, pastilah kelas yang besar dan selesa yang akan dipilih.

MAPIM mendapati kelas yang akan digunakan oleh pelajar apabila berpindah ke kampus Mergong sangat tidak kondusif untuk proses pembelajaran yang selesa dan baik. Sedangkan kelas pembelajaran di KUIN Kuala Ketil adalah terbaik dan setanding dengan kampus IPT terbaik di Malaysia.

5. Penginapan pelajar yang tidak selesa dan bebanan kos deposit rumah.

Situasi di bangunan Asrama Al-Farabi, kampus Mergong yang telah dipetik dari kenyataan rasmi pengerusinya menyatakan bangunan tersebut adalah banggunan rumah flat empat (4) tingkat. Setiap rumah akan dihuni oleh lapan (8) orang pelajar. Untuk menampung bilangan pelajar dari Kampus Kuala Ketil ke Mergong, pentadbiran telah menyediakan 200 tempat untuk pelajar lelaki dan 600 tempat untuk pelajar perempuan di bangunan asrama yang bersebelahan dengannya.

Malangnya, bangunan tersebut yang di laporkan; tiada Certificate Safety (CS), sistem pendawaian dan air yang perlu diselenggara kembali, sudah pasti akan memakan masa yang lama dan menelan sejumlah kos yang tinggi serta mengganggu kosentrasi pelajar untuk belajar dengan lebih selesa.

6. Kampus KUIN Kuala Ketil adalah terbaik, strategik dan kondusif dari segi kemudahan prasarana dan tempat pembelajaran yang telah dan sedang dibangunkan bagi memenuhi syarat-syarat sebuah universiti berbanding kampus KUIN di Mergong yang masih di tahap lama.

Cadangan Mapim Untuk Peningkatan Kualiti P&P Dan Usaha Penafaran Mahasiswa Kuin Sebagai Mahasiswa Bertaraf Mumtaz.

Memohon agar dikekalkan kampus KUIN Kuala Ketil dan menjadikan ia sebagai kampus tetap kerana Infrastruktur yang telah dibangunkan memenuhi syarat-syarat sebuah universiti jauh lebih baik, selesa dan lengkap dengan kemudahan berbanding kampus KUIN di Mergong.
Memohon agar penempatan asrama dalam kampus KUIN Kuala Ketil yang telah diberhentikan operasi pembinaanya diteruskan.

Mencadangkan agar pihak pentadbiran KUIN mencari penempatan sementara untuk menunggu asrama di dalam kampus Kuala Ketil siap sepenuhnya.

Pentadbiran perlu mengariskan pelan jangka masa panjang kolej untuk mencapai taraf universiti penuh.

Meningkatkan usaha pemasaran dan publisiti untuk peningkatan kuantiti pelajar pada masa akan datang dengan jumlah yang kompetatif untuk kampus Kuala Ketil.

Meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti kakitangan dalam fasa menjadikan KUIN sebagai tapak medan dakwah Islamiah yang memerlukan daya usaha yang tinggi dan bersungguh-sungguh.

Meningkatkan inisiatif kebajikan dikalangan mahasiswa dan seluruh kakitangan dan tidak menafikan hak untuk mereka menyuarakan sebarang pandangan dan teguran kepada pihak pengurusan tertinggi KUIN.

Menjadikan kampus Kuala Ketil sebagai kampus utama dan tunggal sebagai langkah ekonomik untuk mengurangkan bebanan kos pembiayaan dua buah kampus.

MAPIM mendesak pihak Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan tertinggi KUIN untuk menyemak semula keputusan untuk memindahkan semula KUIN kembali ke kampus Mergong.

MAPIM mempersoalkan langkah pemindahan ini dan kedudukan sebenar kampus KUIN Kuala Ketil yang masih disembunyikan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah sama ada ia akan dijual atau disewa kepada pihak lain.

Langkah untuk menyembunyikan kedudukan sebenar masa depan kampus KUIN Kuala Ketil adalah suatu tindakan yang membelakangi hak mahasiswa dan rakyat Kedah sebagai pendukung kepada pembinaan kampus ini.

Tindakan untuk menjual atau menyewa Kampus KUIN Kuala Ketil yang tersergam indah dan kembali ke kampus lama Mergong adalah suatu usaha langkah ke belakang yang sangat merugikan dan mengecewakan rakyat negeri Kedah.

Kami dengan ini mengesa agar isu kampus KUIN di Kuala Ketil diselesaikan dengan bijak dan keutamaan diberi kepada mengekalkan kampus yang telah dibina di Kuala Ketil.

Kedahkini

Panas ! Polis NS Gagal Mengambil Peluru Yang Mencederakan Pengerusi MyWatch Selepas Pembedahan


Bapa Sanjeevan tak mahu polis NS ambil peluru

Satu kekecohan berlaku di Hospital Serdang hari ini ketika sekumpulan anggota polis dari Negeri Sembilan mendesak untuk mengambil peluru yang mencederakan pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan.

Sanjeevan menjalani pembedahan untuk mengeluar peluru tersebut dan darah beku pada jam 2.30 petang ini, apabila anggota polis tersebut muncul.


Tetapi bapa Sanjeevan, P Ramakrishnan (kiri) membantah kerana beliau sebelum ini telah meminta agar kes Sanjeevan disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak mahu mereka mengendalikan kes ini," kata Ramakrishnan (kiri) kepada pemberita ketika ditemui di hospital itu petang ini.

Ini kerana Ramakrishnan curiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol terlibat dalam kes Sanjeevan ditembak pada 27 Julai.

Desakan Ramakrishnan itu berhasil apabila polis Negri Sembilan berkata mereka tidak lagi mengendalikan kes itu dan polis Bukit Aman akan mendapatkan peluru tersebut, apabila pembedahan yang dijangka mengambil masa empat hingga lima jam, selesai.

Penasihat MyWatch, S Gobikrishnan (kanan), yang juga datang ke hospital itu berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah telah memaklumkan kepadanya bahawa beliau secara peribadi memantau kes itu dan telah mengarahkan peluru itu dihantar ke forensik di Cheras.

"Beliau juga akan menemui kami (Gobikrishnan dan keluarga Sanjeevan) minggu depan," kata Gobikrishnan.

Ramakrishnan sebelum itu berkata anggota polis tersebut tetapi memperdulikannya dan terus masuk ke dalam bilik pembedahan.

Beliau kemudian membuat laporan polis di pondok polis di hospital tersebut, dengan bertegas bahawa beliau "tidak akan membenarkan" peluru itu diambil oleh anggota polis dari Negri Sembilan dan beliau mahu polis Bukit Aman mengambil alih kes itu.




~ Malaysiakini

Kadar jenayah Malaysia ganggu persepsi pelabur asing


Peningkatan kes tembakan dan pembunuhan di Malaysia membimbangkan pelabur asing mengenai kadar keselamatan negara Asia Tenggara itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Terdapat sekurang-kurangnya 35 kes tembakan dilaporkan di seluruh negara sejak Mei yang menyebebkan 22 orang terbunuh.

Kes pembunuhan berprofil tinggi pengasas bank Ahmad Hussain Najadi (gambar) di siang hari akhir bulan lalu menarik perhatian dan memberikan isyarat kepada komuniti perniagaan kadar keselamatan tidak berada dalam keadaan baik.

Presiden Majlis Perniagaan Malaysia Kanada (MCBC), Roger Poulin berkata, peningkatan dalam jenayah ganas membimbangkan pelabur.

“Kami berharap kerajaan boleh mengawalnya,” kata Poulin kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur minggu ini.

Bekas presiden Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM), Datuk Nicholas Zefferys mengatakan ahli bimbang tetapi masih belum ditahap menarik semula pelaburan mereka di Malaysia.

“Selagi terdapat langkah berterus memerangi jenayah, saya fikir kebimbangan pelabur dapat diredakan. “Keadaan buruk tetapi masih belum parah,” tambah Zefferys.

Dewan perniagaan British, Jerman, Jepun dan Korea enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara ini. Ahli perniagaan daripada keempat-empat negara itu mempunyai saiz pelaburan besar di Malaysia.

Salah seorang pengarah eksekutif dari dewan perniagaan ini mengatakan beliau tidak mahu memberikan komen kerana kerjanya adalah mempromosikan pelaburan ke Malaysia dan peningkatan jenayah boleh menjejaskan pelaburan.

Pelabur melihat undang-undang sebagai salah satu ciri penting sebelum membuat keputusan melabur di sesuatu negara dan Malaysia menjadi destinasi kegemaran sejak tahun 1970-an.

Malaysia menarik pelaburan asing langsung (FDI) sebanyak RM34.8 bilion tahun lalu, tetapi jika pelabur merasakan kadar jenayah tidak terkawal, mereka mungkin akan melabur di negara lain, kata seorang pengurus dana.

“Reputasi jangka panjang Malaysia sebagai tempat selamat kepada pelabur dalam bahaya dan persepsi jenayah tidak terkawal mungkin menyebabkan pelabur memikirkan semula Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

“Pihak berkuasa mesti bertindak pantas untuk memerangi peningkatan jenayah ganas,” kata pengurus dana tempatan itu. Zefferys berkata, kerajaan perlu berbuat lebih untuk menangani persepsi tiada apa-apa dilakukan untuk mengekang peningkatan jenayah.

“Penyiasatan berkaitan jenayah perlu melibatkan agensi kerajaan untuk menghalang kemungkinan terdapat pakatan sulit,” katanya.

Polis dan ahli Parlimen kerajaan menyalahkan peningkatan keganasan terhadap pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011 yang menyebabkan 2,600 penjenayah berat dan ahli kongsi gelap bebas daripada tahanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan undang-undang warisan penjajah itu yang membenarkan suspek ditahan selama dua tahun tanpa bicara untuk memenuhi tuntutan hak asasi manusia.

Pengundi mengatakan jenayah dan masalah sosial adalah kebimbangan utama mereka selepas ekonomi dalam satu tinjauan terhadap 1,018 orang Disember lalu dilakukan oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center for Opinion Research.



Komen dari Dr. M

Kes tembakan jadi harga kebebasan

Rakyat Malaysia perlu membiasakan diri dengan peningkatan kes pembunuhan di jalanan kerana ia adalah "harga untuk kebebasan", kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, kebebasan sivil yang lebih luas bermakna pihak berkuasa tidak boleh mengambil langkah pencegahan untuk mengelak perlakuan jenayah.

"Harga untuk kebebasan, untuk liberalisme, untuk bercakap apa yang kita mahu, harganya ialah orang terbunuh. "Sebelum jenayah dilakukan, anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk mencegahnya.

"Ada orang malang kena tembak, dia mati, kemudian kita bicara (di mahkamah)," katanya kepada pemberita hari ini.


PANAS ! ISU PEGAWAI KHAS MENTERI - PUAK UMNO PUN TIBAI NAZRI....

APA RASIONAL NAZRI AZIZ LANTIK ANAK SENDIRI SEBAGAI PEGAWAI KHAS?



Pada ketika Tun Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan melarang mana-mana ahli keluarganya mencari projek di seluruh Kedah walaupun hanya sekadar projek Kelas F, lain pula ceritanya bagi seorang menteri yang acapkali mempamerkan gelagat yang tidak bertaraf Menteri, sebaliknya lebih kepada seorang 'maharaja kecil' yang berbuat sekehendak hati.

Menteri tersebut adalah Nazri Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas selama beberapa penggal tetapi Padang Rengas tidak pernah membangun atau mempunyai daya tarikan pelancongan meskipun sekarang ini Ahli Parlimennya adalah Menteri Pelancongan.

Laman sesawang rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia memaparkan dengan jelas nama NEDIM BIN NAZRI AZIZ, yang merupakan antara figura anak orang kenamaan yang cukup terkenal dengan gaya kehidupan flamboyant.

Apakah Nazri Aziz sudah tidak percaya dengan mana-mana orang lain sehingga perlu melantik anaknya sendiri sebagai Pegawai Khas? Mengapa Nazri Aziz tidak melantik suku-sakat, saudara-mara, ipar-duai, biras-besan mahupun menantu-mertua sebagai Pegawai Khasnya? Mengapa pula tidak dijadikan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai Kementerian Nazri Aziz Anak-Beranak dan Keluarga?
Apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh Nazri Aziz menerusi perlantikan anaknya sendiri sebagai Pegawai Khas untuk dirinya?

Ramai yang nak sangat tahu nih... jangan pula kata, "I MENTERI, YOU TAHU APA!"



INI PULAK PENJELASAN NAZRI AZIZ:

Saya Bayar Gaji Anak Saya, Bukan Kerajaan - Nazri Aziz.

Logik ke?

Alasan ini boleh ka kita percaya dan terima begitu saja? Dia dilantik bekerja dengan kementerian Pelancongan, dan dia tidak dibayar gaji oleh kerajaan sebaliknya dibayar gaji oleh Nazri Aziz selaku menteri kepada kementerian pelancongan?



Nazri Aziz juga dipetik berkata ;

Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz has said his son was not on the government payroll though he is listed as a “special assistant”.
Nazri said he paid Muhammad Nedim Nazri to carry out youth activities in his constituency.
“I can call him errand boy or office boy, if that would please people. I am paying him, not the government,” he told The Malaysian Insider today.
“Obviously someone young has to be doing it. I don’t want an Umno Youth person doing it as I am trying to reach as many youngsters as possible. So I asked him and I am paying him for it from my own pocket,” said Nazri who said Nedim is not an Umno member.
Rujukan :
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/nazri-aziz-says-son-not-on-government-payroll-works-for-him

Maaflah. Aku tak rasa orang akan terbeli dengan alasan macam neh. Melainkan ada bukti konkrit yang kerajaan langsung tak keluarkan duit satu sen untuk bayar gaji anak dia yang terang2 terbukti memegang jawatan dalam kerajaan.

Pendapat aku, kalau Nazri Aziz bayar gaji anak dia, tak sepatutnya nama anak dia listed dalam website kementerian. Itu bukan jawatan lantikan dalam kerajaan maa..

Tapi bila nama listed dalam website kementerian pelancongan, tak mustahil la automatik kita akan anggap dia tue sebahagian dari kakitangan kerajaan yang dibayar oleh kerajaan.

So siyes, aku tak boleh hadam alasan dia neh.

Dan lebih siyes, aku tak rasa mana2 pembangkang totok akan mampu hadam alasan tersebut..
~AW

Panas Fitnah Terbongkar ! Penjelasan Video yang dikatakan Puak Syiah Cium Tok Khatib selepas membaca khutbah

Fitnah Puak Amno....  Video yang dikatakan Puak Syiah Cium Tok Khatib selepas membaca khutbah??







Sumber Berita dari sini : Sini

SYIAH DI KEDAH !!! EKSKLUSIF ! VIDEO JEMAAH CIUM MULUT KHATIB LEPAS BACA KHUTBAH JUMAAT !!! @dsjamilkhir @MukhrizMahathir @UMonline


Video ini diperolehi dari seseorang yang telah memuat naik kedalam salam satu group FB.. Kejadian ini berlaku di salah sebuah Masjid di Pendang..

Kandungan video menunjukkan seorang Khatib sedang membaca Khutbah Jumaat dan diakhir khutbah tersebut, beberapa orang bangun menerpa khatib dan beberapa orang jemaah lagi sedang menunggu Khatib dibelakang mimbar datang mencium khatib tersebut setelah selesai membaca khutbah..

Pendang merupakan pusat Syiah terbesar di Kedah dimana daerah Pendang menjadi tempat untuk merekrut ahli ahli baru untuk menganut ajaran sesat Syiah..

Dengan tersebarnya video ini, aku mohon pihak bertanggungjawab jalankan siasatan kerana perbuatan ini mencemarkan Islam..


ElBaradei letak jawatan Naib Presiden Mesir, Kerana Keganasan Polis Bunuh Rakyat



ElBaradei letak jawatan Naib Presiden Mesir

KAHERAH: Naib Presiden Mesir yang juga pemimpin pro-reformasi, Mohamed ElBaradei meletakkan jawatan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis menggempur dua kem penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi yang mencetuskan tragedi berdarah.

ElBaradei menghantar surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Sementera, Adly Mansour.

Satu salinan surat berkenaan dihantar melalui emel kepada The Associated Press (AP).

ElBaradei berkata, beliau tidak bersedia untuk bertanggungjawab walaupun 'setitik darah' mereka yang menjadi mangsa serangan terbaru pihak berkuasa itu dan memberi amaran keganasan akan terus menjadi buruk lagi. - AP



Lebih 2000 terkorban, hospital dibakar, jurufoto ditembak

MESIR: Menurut sumber Ikhwan, lebih 2000 penyokong legitimasi yang berkampung di Medan Raba'ah Adawiyah terkorban digempur pihak tentera sejak pagi semalam.

Seorang peserta himpunan, Tahaluf Wathani berkata, berdasarkan kiraan jenazah yang dikumpulkan, terdapat 2600 jenazah sehingga kini di Medan Raba'ah Adawiyah.Selain jumlah korban itu, dianggarkan kira-kira 15,000 lagi mengalami cedera dan luka akibat serangan tersebut.

Dalam pada itu serangan oleh pihak tentera sejak semalam turut mensasarkan jurugambar dan wartawan di lapangan yang menyaksikan beberapa orang daripada petugas media turut terkorban.Jurugambar bagi saluran Misr25, Ahad Abelgawad, turut ditembak mati dalam pembunuhan beramai-ramai semalam.

Seorang lagi jurugambar Mus'ab Asy Syami juga terkorban. Beliau digelar sebagai hero jurugambar di kalangan rakannya kerana sentiasa berjaya merakam gambar-gambar terbaik sepanjang berlakunya perhimpunan.

Selain itu, anak perempuan kepada seorang tokoh Ikhwan Muslimin turut menjadi mangsa kekejaman tentera rejim semalam.Asmaa Mohamed El Beltagi, 17, anak perempuan El-Beltagi maut selepas terkena tembakan peluru hidup yang dilepaskan pihak tentera.

Tidak cukup dengan itu, pihak tentera juga dilaporkan turut membakar bangunan hospital di lapangan dalam keadaan ribuan jenazah ditempatkan dan mereka yang cedera sedang menerima rawatan.

Menurut laporan TV Al-Quds, pasukan tentera dan polis telah membakar Hospital Lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah yang terdapat di dalamnya jenazah-jenazah penyokong Morsi dipercayai bagi melupuskan bukti pembunuhan.

Tentera juga turut menggunakan jentolak dan kereta perisai merobohkan khemah-khemah penyokong Morsi yang didirikan di medan Raba'ah itu.Malah ada diantara khemah dibakar oleh pihak tentera dalam keadaan ada di kalangan penyokong khususnya kanak-kanak dan wanita masih berlindung di dalamnya.

Setakat ini, Medan Raba'ah sepenuhnya telah dikawal oleh pihak tentera, manakala penyokong Morsi kini bergerak ke Medan Alf Maskan sebagai pusat baru himpunan.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden Mesir lantikan kudeta, Dr Mohammed El Baradei juga mengumumkan meletakkan jawatan.

Jabatan Presiden Sementara (kerajaan haram kudeta) Mesir juga telah mengeluarkan kenyataan bagi perintah darurat yang berkuat kuasa selama sebulan bermula dari waktu asar hari semalam.

Gambar: Mereka membakar khemah-khemah sedangkan orang masih lagi berada di dalamnya, jenazah, hospital lapangan, mereka membakar semuanya malah masjid!

Sumber : Twitter Muslima
#mesirkini
Mereka membakar khemah-khemah sedangkan orang masih lagi berada di dalamnya, jenazah, hospital lapangan, mereka membakar semuanya malah masjid!

14 Ogos 2013

450 TERBUNUH DALAM SERANGAN POLIS DI MEDAN RABAAH - SAKSIKAN VIDEO








Serangan di medan Rabaah: 450 terbunuh, 10,000 penyokong Morsi cedera

Gambar merakamkan kejadian berlaku hari ini di Mesir sebagaimana yang disiarkan oleh media di sanaLebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi.

Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah.

Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak.

Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.






BERITA TERKINI:

Mansurah : Warga bandar dan kampung Daqahliya telah keluar membentuk perhimpunan aman di hadapan stadium Mansurah sebagai tindak balas terpantas ke atas pembunuhan beramai-ramai pada peleraian perhimpunan di Medan Nahdhah dan percubaan peleraian perhimpunan di Medan Rabiatul Adawiyah dan bagi mengecam pembunuhan tersebut.

Sejurus itu pasukan Kementerian Dalam Negeri (polis, tentera) dengan bantuan samseng-samseng telah membuat serangan ke atas para pro demokrasi yang tidak bersenjata dengan melepaskan bom gas pemedih mata. Serangan dari samseng-samseng telah menyebabkan para pro demokrasi untuk berundur ke bangunan Majma' Al Mahakim dan mereka masih di sana sehingga sekarang.

Dalam masa yang sama mereka telah memuat turunkan video-video penglibatan pasukan Kementerian Dalam Negeri bersama samseng-samseng dalam serangan ke atas para pro demokrasi yang berhimpun secara aman, dan mereka menyeru para pro demokrasi untuk terus teguh berada di situ dan menyeru sebahagian yang lain untuk menyertai mereka.

Harap-Harap Bukan C4 Bom yang Digunakan, Askar Direman Bantu Siasatan Letupan Di Tumpat


Askar direman bantu siasatan letupan di Tumpat

Seorang anggota tentera berusia 29 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan yang membunuh seorang kerani sekolah di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat pada Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.

"Suspek ditahan di Tumpat pada jam 5 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Mohd Yusrizal maut terkena letupan ketika mengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk.

Mazlan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Polis sebelum ini mengambil sampel daripada saki-baki bahan letupan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikenal pasti bahan letupan yang digunakan.

Berikutan itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan jenis bahan letupan.

Peniaga Yang Mati Semalam Sebenarnya Ditembak, Bukannya Ditikam


Dungun: “Saya menjerit sebaik melihat darah membasahi badan suami,” kata Nor Zuedawati Umar, 25, apabila melihat suaminya terbaring tidak bernyawa selepas dipercayai ditembak penjenayah di tempat letak kereta berhadapan Restoran Nasi Kukus Paka 3, Jalan Besar, dekat Kampung Cacar, Paka, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditembak selepas bergelut dengan suspek yang disyaki mahu mencuri pacuan empat roda Toyota Hilux milik mangsa, jam 4.30 pagi.

Dalam kejadian sama, wang RM10,000 hasil jualan lima cawangan restoran milik mangsa serta kenderaan berkenaan turut dilarikan. Ketika kejadian, mangsa yang juga pemilik restoran berkenaan dalam perjalanan dari kedainya untuk memasukkan wang hasil jualan ke bank sebelum didatangi suspek dan berlaku pergelutan.

ANGGOTA polis mengangkat jenazah mangsa untuk dihantar ke hospital.
Nor Zuedawati berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa suami selepas dimaklumkan adiknya, Mohd Zulropia, 21, yang pulang ke kedai jam 7.30 pagi.

“Ketika itu, saya berada di tingkat atas restoran sebelum terdengar adik menjerit memanggil nama saya dan memaklumkan suami cedera dipercayai akibat ditembak.

“Sebaik turun, saya terkejut melihat keadaan suami berlumuran darah dengan beberapa kesan cedera di dada.

“Saya berada di tingkat atas dan tidak mendengar pergelutan atau bunyi bising yang berlaku antara suami dan suspek sehingga dimaklumkan adik,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, menjadi kebiasaan suaminya keluar rumah pada jam 4.30 pagi untuk memasukkan wang hasil jualan perniagaan sebelum ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Subuh.

Katanya, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga dan tidak menyangka penjenayah bertindak kejam hingga membunuh suaminya.

“Isteri mana tidak sedih melihat keadaan suami yang lengkap berpakaian baju kemeja, kain pelekat dan berkopiah dalam keadaan tertiarap serta tidak bernyawa.

“Walaupun pemergian arwah begitu mengejut, namun saya reda dengan kejadian menimpa suami,” kata ibu kepada dua anak lelaki berusia empat bulan dan empat tahun itu.

Ditanya mengenai perubahan pelik suaminya, Nor Zuedawati berkata, arwah suaminya tidak menunjukkan perubahan pelik, malah dia dan suami sempat berbual dan bergurau sebelum masuk tidur jam 1 pagi.

Berita Yang Dilapurkan semalam :

Peniaga nasi kukus pula mati dibunuh

Pemilik restoran Nasi Kukus Paka di Terengganu ditemui mati dengan kesan tikaman berhampiran premis kira-kira jam tujuh pagi tadi.

Mayatnya dijumpai di tempat letak kereta di hadapan restoran oleh seorang pekerja kedai berdekatan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Saiful Bahari Mamat berkata allahyarham yang dikenali sebagai Lutfi, biasa menunaikan solat Subuh berjemaah di surau berhampiran.

“Dia ditikam semasa menuju ke surau menunaikan solat Subuh. Biasanya dia menunaikan solat Subuh berjemaah di Surau Dar as-Salam,” katanya dipetik dari Harakah Daily.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir ke lokasi sebaik diberitahu meminta keluarga allahyarham Lutfi bersabar menerima ujian dari Allah itu.

11 Ogos 2013

VIDEO RAKAMAN KES ROMPAKAN DI JALAN RAYA...TERSEBAR



Malaysia Aman!!! Peh  Makin berani!!! Rompakan berlaku di siang hari dan tepi jalan yang sibuk..

Dua buah kereta penyamun ,mungkin guna taktik belah, himpit .....samun...

HOT ! Kedai Makan CIMB Tawar Khidmat Seks...!!!


Kedai makan di kawasan perindustrian tawar khidmat seks

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar menjalankan perniagaan makanan, pengusaha kedai makan di kawasan perindustrian terutama di kawasan pedalaman dikesan turut membekalkan perkhidmatan seks kepada pelanggan mereka yang rata-rata terdiri daripada pekerja kilang.

Tujuannya mudah, untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda, pelayan yang asalnya digaji untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan di kedai makan, turut digajikan sebagai pelacur.

Kegiatan itu dikesan dalam serbuan dijalankan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman di beberapa buah negeri termasuk Perak.

Ketua Penolong Pengarahnya, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata terdapat sesetengah tempat perindustrian seperti kilang yang mempunyai kedai makan terutama di kawasan pedalaman, menawarkan khidmat seks untuk memastikan pekerja kilang ini menjadi pelanggan tetap di kedai makan berkenaan.

“Wanita-wanita ini selepas mengambil pesanan dan menghidangkan makanan, jika pelanggan berminat boleh dibawa untuk berhibur termasuk mengadakan hubungan seksual. Pelayan merangkap pekerja seks ini bekerja ikut syif, ada syif malam dan siang ikut waktu habis kerja pekerja-pekerja kilang.

“Tujuannya untuk tarik pelanggan sebab mereka tahu di kawasan-kawasan industri seperti ini, pekerja adakalanya memerlukan hiburan, jadi dengan cara ini pekerja tidak perlu ke bandar untuk makan atau mendapatkan khidmat seks.

Katanya, bayaran yang dikenakan sekitar RM100 hingga RM150 untuk setiap perkhidmatan dan pelanggan mereka terdiri daripada pelanggan tetap antaranya warga negara Indonesia dan Bangladesh.
Berdasarkan statistik dari Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 24,995 serbuan Ops Noda dijalankan berbanding tahun lalu sebanyak 19,832 serbuan.

Daripada jumlah itu, Kuala Lumpur merekodkan serbuan tertinggi iaitu 5,147 serbuan berbanding tahun lalu yang direkodkan negeri Johor Bahru sebanyak 4,336 serbuan dalam tempoh sama.

Dalam tempoh yang sama (Januari-Jun 2013), statistik turut merekodkan wanita warga negara China paling ramai ditahan terbabit dalam kegiatan pelacuran iaitu seramai 2,032 diikuti wanita Vietnam (1,849), Thailand (1,390), Indonesia (580) dan Filipina (245).

Abdul Jalil berkata, berdasarkan operasi dan pemantauan polis, wanita Vietnam dilihat menunjukkan peningkatan terbabit dalam kegiatan pelacuran.

“Kami lihat trend peningkatan ini sejak tahun lepas, perkhidmatan penerbangan pengangkutan yang menawarkan pakej tambang murah dari beberapa buah bandar besar Vietnam terus ke Terminal Pengangkutan Tambang Murah (LCCT) seperti bandar Ho Chi Minh, menjadi faktor.

“Ini boleh disalah guna sindiket pelacuran antarabangsa untuk membawa masuk pekerja seks ke negara ini dan ia dikhuatiri tidak dapat disekat apatah lagi sekiranya mereka menggunakan pas lawatan sosial mahupun pelajar,” katanya.

Abdul Jalil berkata, sehubungan itu, polis terus menjalankan serbuan dan tangkapan dalam mengekang unsur-unsur negatif seperti ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat.

“Kami juga ada jalankan kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan mereka yang pernah ditahan atas kesalahan menjalankan aktiviti kurang sihat seperti ini disekat kemasukan semula mereka ke Malaysia.

“Selain itu, kerjasama turut dijalankan dengan pihak kedutaan beberapa buah negara yang merekodkan warga negaranya paling tinggi terbabit dalam kegiatan pelacuran dan hasilnya kami pernah menyelamatkan wanita-wanita daripada dieksploitasi sebagai pekerja seks,” katanya. - BERNAMA

Panas! BR1M RM1,200 Mulai Tahun Depan?

Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana akan menerima kenaikan kadar bantuan rakyat 1Malaysia seperti yang dijanjikan oleh najib pm kita yang hebat.....

Tapi jangan terlalu yakin dengan janji dan cakap-cakap mereka apabila menteri mereka mula memusing lidah dengan kenyataan terbaru hanya kenaikan maksimum 4 tahun lagi sebelum pru akan datang.

Tahun depan hanya kenaikan sedikit daripada RM500 juga mungkin hanya tinggal janji dengan kedudukan kewangan kerajaan yang goyah ketika ini....


Kadar BR1M naik tahun depan, kata Ahmad Husni - Bernama

Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

"Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.


BR1M yang diberi kerajaan sejak tahun lepas adalah antara inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM3,000 sebulan, dengan kadar RM500 untuk satu isi rumah.

Ahmad Husni berkata kerajaan juga melihat kemungkinan untuk melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi yang memastikan hanya kumpulan sasar yang layak menikmatinya.

Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu. –