15 Ogos 2013

Kadar jenayah Malaysia ganggu persepsi pelabur asing


Peningkatan kes tembakan dan pembunuhan di Malaysia membimbangkan pelabur asing mengenai kadar keselamatan negara Asia Tenggara itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Terdapat sekurang-kurangnya 35 kes tembakan dilaporkan di seluruh negara sejak Mei yang menyebebkan 22 orang terbunuh.

Kes pembunuhan berprofil tinggi pengasas bank Ahmad Hussain Najadi (gambar) di siang hari akhir bulan lalu menarik perhatian dan memberikan isyarat kepada komuniti perniagaan kadar keselamatan tidak berada dalam keadaan baik.

Presiden Majlis Perniagaan Malaysia Kanada (MCBC), Roger Poulin berkata, peningkatan dalam jenayah ganas membimbangkan pelabur.

“Kami berharap kerajaan boleh mengawalnya,” kata Poulin kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur minggu ini.

Bekas presiden Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM), Datuk Nicholas Zefferys mengatakan ahli bimbang tetapi masih belum ditahap menarik semula pelaburan mereka di Malaysia.

“Selagi terdapat langkah berterus memerangi jenayah, saya fikir kebimbangan pelabur dapat diredakan. “Keadaan buruk tetapi masih belum parah,” tambah Zefferys.

Dewan perniagaan British, Jerman, Jepun dan Korea enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara ini. Ahli perniagaan daripada keempat-empat negara itu mempunyai saiz pelaburan besar di Malaysia.

Salah seorang pengarah eksekutif dari dewan perniagaan ini mengatakan beliau tidak mahu memberikan komen kerana kerjanya adalah mempromosikan pelaburan ke Malaysia dan peningkatan jenayah boleh menjejaskan pelaburan.

Pelabur melihat undang-undang sebagai salah satu ciri penting sebelum membuat keputusan melabur di sesuatu negara dan Malaysia menjadi destinasi kegemaran sejak tahun 1970-an.

Malaysia menarik pelaburan asing langsung (FDI) sebanyak RM34.8 bilion tahun lalu, tetapi jika pelabur merasakan kadar jenayah tidak terkawal, mereka mungkin akan melabur di negara lain, kata seorang pengurus dana.

“Reputasi jangka panjang Malaysia sebagai tempat selamat kepada pelabur dalam bahaya dan persepsi jenayah tidak terkawal mungkin menyebabkan pelabur memikirkan semula Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

“Pihak berkuasa mesti bertindak pantas untuk memerangi peningkatan jenayah ganas,” kata pengurus dana tempatan itu. Zefferys berkata, kerajaan perlu berbuat lebih untuk menangani persepsi tiada apa-apa dilakukan untuk mengekang peningkatan jenayah.

“Penyiasatan berkaitan jenayah perlu melibatkan agensi kerajaan untuk menghalang kemungkinan terdapat pakatan sulit,” katanya.

Polis dan ahli Parlimen kerajaan menyalahkan peningkatan keganasan terhadap pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011 yang menyebabkan 2,600 penjenayah berat dan ahli kongsi gelap bebas daripada tahanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan undang-undang warisan penjajah itu yang membenarkan suspek ditahan selama dua tahun tanpa bicara untuk memenuhi tuntutan hak asasi manusia.

Pengundi mengatakan jenayah dan masalah sosial adalah kebimbangan utama mereka selepas ekonomi dalam satu tinjauan terhadap 1,018 orang Disember lalu dilakukan oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center for Opinion Research.



Komen dari Dr. M

Kes tembakan jadi harga kebebasan

Rakyat Malaysia perlu membiasakan diri dengan peningkatan kes pembunuhan di jalanan kerana ia adalah "harga untuk kebebasan", kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, kebebasan sivil yang lebih luas bermakna pihak berkuasa tidak boleh mengambil langkah pencegahan untuk mengelak perlakuan jenayah.

"Harga untuk kebebasan, untuk liberalisme, untuk bercakap apa yang kita mahu, harganya ialah orang terbunuh. "Sebelum jenayah dilakukan, anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk mencegahnya.

"Ada orang malang kena tembak, dia mati, kemudian kita bicara (di mahkamah)," katanya kepada pemberita hari ini.


1 ulasan:

  1. Orang melayu UMNO haramjadah akan kata: Biarlah pelabur asing tak datang ke Malaysia dan biarlah pelabur yg sedia ada tutup kilang dan pindah ke negara lain, asalkan melayu memerintah!! Menteri UMNO akan ketawa dng berkata...peduli apa aku..asalkan masyukkkkk!!!...pilihanraya ke14 nanti, aku tetap akan menang!!!

    BalasPadam