18 Ogos 2012

Panas! MCA Selangor, Kami Akan Halang Jadi Negara Islam


TERBARU 'JANJI DITEPATI' versi MCA! Nampaknya Umno terpaksa fikirkan balik hubungannya dengan MCA dalam BN...umat Islam tuntut Umno halau MCA dari BN, ATAU...Umno keluar BN dan sertai PAS demi maslahah ummah!!!

*Satu lagi tamparan hebat pd Umno...tp mcm biasa..mereka akan sedaya upaya tutup cerita ini dr pengetahuan rakyat, dan terus menyalak menyalahkan DAP dan PAS....korang fikirlah sendiri...




MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam

Malaysiakini : 6:20PM Ogos 18 2012



Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.

Umno/BN Kian Terdesak, Melagakan Pakatan Jalan Terakhir


Sekarang Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS.

Serangan ke atas DAP berbentuk memburuk-burukkan DAP dengan mengeluarkan kenyataan melalui media dibawah kawalan mereka bahawa adalah haram untuk menyokong DAP.

Tetapi bagaimana pula dengan MCA yang sering memperlekehkan Islam? Presiden MCA iaitu Chua Soi Lek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara-negara Islam adalah mundur.

Selain dari itu, MCA juga telah mengugut akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan Hukum Hudud.

Malah semasa berdebat dengan Setiausaha-Agung DAP iaitu Lim Guan Eng pada bulan Februari yang lalu, Presiden MCA itu telah dengan terang-terangan sebut bahawa MCA berani menentang Umno dalam bab Hudud manakala DAP telah tunduk kepada PAS dengan mendiamkan diri.

Ini jelas menunjukkan bahawa MCA seribu kali lebih teruk lagi dari DAP yang hanya menolak perlaksanaan Hudud dengan hujahan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sahaja. DAP juga sentiasa menghormati ugama Islam sepertimana yang telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Agenda Umno disini ialah tidak lain dan tidak bukan satu cubaan melaga-lagakan PAS dengan DAP dengan tujuan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat sebab jika Pakatan tumbang maka PAS akan gagal ke Putrajaya.

Serangan keatas KEADILAN pula dilancarkan keatas Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari parti KeADILan. BN telah cuba menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor bahawa bekalan letrik mungkin terjejas disebabkan oleh kepimpinan Khalid yang tidak efisyen. Ini selepas cubaan menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bahawa bekalan air mungkin akan terjejas juga dengan menggunakan alasan yang sama.

Nampaknya BN gemar main dengan api dan air demi meraih sokongan rakyat sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang ini.

Namun demikian jika PRU13 diadakan pada bulan Oktober hingga Disember selepas Belanjawan dibentangkan oleh BN pada 28hb September, Belanjawan yang baru akan dibentangkan oleh Pakatan selepas PRU13 jika Pakatan menang dan Pakatan Rakyat akan dapat melancarkan serangan yang lebih kuat terhadap BN dengan membentangkan idea-idea Pakatan yang lebih mesra rakyat pada masa kempen pilihanraya nanti.

"Walaupun Belanjawan BN penuh dengan gula-gula untuk mengumpan rakyat, berbagai alasan boleh diberikan untuk menidakkan gula-gula tersebut selepas BN menang. Justeru itu, semoga rakyat janganlah mudah diperdayakan," kata Dr. Dzulkefly Ahmad, Anggota Parlimen Kuala Selangor dari PAS.

Jika PRU13 diadakan sebelum Belanjawan, contohnya pada 16hb September, BN tidak dapat mengumpan rakyat.

Ini bermakna BN kini sudah mengalami kesukaran untuk mengadakan pilihanraya - sebelum Belanjawan pun sukar dan selepas Belanjawan pun sukar sebab masa sudah suntuk - dari pertengahan bulan September hingga hujung bulan Oktober ialah musim Haji, lepas itu dalam bulan November pula ialah masa peperiksaan SPM dan STPM dimana dewan sekolah digunakan dan pada bulan Disember pula, ibubapa sibuk membuat persiapan untuk anak-anak mereka balik ke sekolah dan banyak lagi urusan peribadi perlu diselaraskan sebelum tahun baru bermula.

"Jelaslah BN sudah terlambat dan berada dalam keadaan yang amat terdesak sekarang,"
sambung Dr. Dzulkefly.

Seremban, 4 Anggota Polis Merogol Remaja & Lebih Keji Dibulan Puasa

4 Anggota polis rogol remaja berusia 19 tahun



SEREMBAN – Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu yang berlaku apabila empat anggota polis berpangkat konstabel yang diamanahkan menjaga keselamatan masyarakat didakwa merogol bergilir-gilir seorang remaja dalam satu kejadian di sebuah rumah di Port Dickson, di sini, tengah malam, 7 Ogos lalu.

Turut diberkas, seorang lagi rakan serumah mereka yang turut memperkosa remaja berusia 19 tahun itu.

Difahamkan, remaja terbabit berkenalan dengan seorang daripada anggota polis itu dua hari sebelum kejadian rogol berlaku dan bersetuju mengikut suspek pulang ke rumah. Sumber berkata, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah di Port Dickson sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai salah laku anggotanya itu.

Panas!!! Umno/BN hanya harap Mahathir jadi Juru Kempen

Mahathir meneruskan permainan “gimik politik”


SHAH ALAM – Pas menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan “gimik politik” sedangkan beliau sendiri telah menghalang parti itu daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu.

Selain mendakwa Dr Mahathir tiada autoriti kerana bukan lagi Perdana Menteri, kenyataan dibuat oleh beliau kelmarin memperlihatkan ketidakikhlasannya, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online.

“Beliau tidak ada autoriti kerana beliau bukan Perdana Menteri lagi. Apa yang beliau kata hanya pandangan peribadi, idea beliau sahaja… bukan keputusan Perdana Menteri, bukan keputusan Kabinet,” kata beliau sambil merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tidak memperlihatkan pendiriannya dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

“Sedangkan semasa beliau jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir sendiri telah menghantar surat menggugut Pas yang memerintah Kerajaan Negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud, semasa memerintah Terengganu, mereka halang lagi,” kata beliau.

Justeru katanya, “mengapa tiba-tiba mengajak kami, Pas menyertai Umno untuk melaksanakan hukum hudud?” Sehubungan itu, katanya, perkembangan terbaru ini hanya satu lagi gimik politik Dr Mahathir untuk menarik sokongan pengundi-pengundi atas pagar dengan melabel kononnya Pas tidak mahu kerjasama dengan Umno.

“Itu sahaja. Ini gimik menjelang pilihan raya. (Dr Mahathir) Dia tidak ikhlas,” kata beliau lagi.Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Dr Mahathir antara lain berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata, komponen BN itu amat mengalukan-alukan penyertaan Pas jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam. –

17 Ogos 2012

LIVE: Borak Bersama Anwar Jam 10.30 Malam Ini


SHAH ALAM, 17 OGOS : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik pertama di Malaysia serta Asia Tenggara untuk dipaparkan dalam acara “Google Hangout on Air”.

http://www.youtube.com/user/anwarhangout/featured.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan juga Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, telah pun menggunakan Google Hangout untuk berinteraksi bersama rakyat.

Acara Google Hangout bersama Dato Seri Anwar Ibrahim ini akan disiarkan secara langsung dari studio TV Selangor yang akan dikendalikan oleh Puan Sharifah Shahidah dari Pejabat Setiausaha Agung PKR selaku moderator bagi acara ini.

Kepada rakyat yang ingin mengemukakan soalan kepada Anwar malam ini juga boleh melakukannya menerusi Twitter dengan menggunakan hashtag #BorakAnwar atau secara bertulis di halaman Google Plus Events (http://is.gd/borakanwar) dan Facebook (http://tiny.cc/borakanwar).

Masalah Penginapan Pelajar Unisel Selesai


SHAH ALAM, 17 OGOS : Masalah penginapan asrama yang dihadapi kira-kira 1,600 pelajar Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya bakal berakhir apabila mereka dijadualkan akan menerima kunci pada 23 Ogos depan.

Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, pihak Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan penginapan pelajar bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi Pejabat Residen Komuniti Siswa seperti biasa.

Menurutnya, tindakan itu diputuskan JNSB susulan daripada permohonan Unisel yang memfailkan Saman Pemulanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


“Ekoran keengganan pihak Jana Niaga untuk membuka semula operasi pejabat Residen Komuniti Siswa dan menyerahkan kunci kepada pelajar, Unisel melalui peguamcara telah memfailkan Saman Pemula pada 16 Ogos di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Atas permohonan Unisel, pendengaran telah diadakan di mahkamah dan Jana Niaga melalui peguamnya bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi mereka bermula 23 Ogos seperti biasa,” katanya dalam satu sidang media di Unisel hari ini.

Hadir sama, peguamcara mewakili Unisel, Edmund Bon.

Tambahnya, peguam Unisel bersama peguam Jana Niaga juga akan memulakan perbincangan untuk cuba menyelesaikan pertikaian di antara kedua-dua pihak demi kepentingan mahasiswa universiti milik penuh Kerajaan Negeri itu.

“Sebarang pertikaian yang bermula sejak Jun 2009 antara pihak Unisel dan Jana Niaga akan

dibincangkan secara terperinci dan spesifik supaya masalah ini boleh selesai,” kata Dr Anuar.

Kontroversi berhubung isu penginapan pelajar timbul apabila sebilangan besar daripada mereka masih gagal menerima kunci meskipun sesi pengajian dilaporkan sudah bermula.

Dilaporkan, perkara itu berlaku ekoran keengganan Jana Niaga yang sepatutnya memberi kunci untuk akses ke asrama pelajar pada 3 Ogos lalu.

Panas! Umno Kantoi Lagi, Guna Ulamak Ciplak Cipta Hukum

Khalid : Umno Sanggup Guna Ulama Ciplak Serang Pakatan



SHAH ALAM, 17 OGOS : Demi hayat politik, Umno-BN sanggup melakukan apa saja termasuk mencipta tokoh agama supaya mengeluarkan fatwa yang mengguntungkan mereka, dakwa pemimpin PAS hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Khalid Samad berkata ini jelas dilihat dengan pemberian RM 2 juta kepada pengasas Pondok Geting di Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah yang melabelkan DAP sebagai parti kafir harbi.

“Abdullah sanggup dipergunakan dan Umno-BN sanggup menggunakan Abdullah biarpun dia sebenarnya bukan bertaraf tok guru atau ulamak.

“Umno-BN sanggup menggunakan ulamak ciplak ini demi segalanya dan dia dibolehkan mengeluarkan segala hukum dan fatwa berkaitan agama.

“Boleh dikatakan Abdulah digunakan Umno-BN untuk mengelirukan rakyat dan wang RM 2 juta disalurkan boleh dianggap sebagai ganjaran,” katanya apabila dihubungi.


Abdullah mengeluarkan kenyataan terhadap DAP dalam satu laporan muka depan akhbar pro-Umno Utusan Malaysia pada 8 Ogos lalu.

Abdullah juga berkata orang Islam diharamkan mengundi DAP kerana mendakwa pemimpinnya menolak hukum hudud dan kerana itu, ia merupakan parti anti-Islam.

Pada 14 Ogos pula, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada Abdullah menerusi peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

Menurut satu laporan Utusan Online pada Aug 16, peruntukan RM 2 juta tersebut diluluskan oleh JPP berdasarkan kepada permintaan jawatankuasa pondok berkenaan.

Khalid mendakwa berdasarkan maklumat yang diperolehi, Abdullah hanya guru agama biasa dan bukan bertaraf tok guru agama atau ulama sepertimana digambarkan media arus perdana.

Maka dengan itu, katanya, ia memberi gambaran jelas bahawa Umno-BN amat terdesak untuk mencari kredibilit agama.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Kelantan dan juga ADUN Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim berkata, masyarakat Kelantan khususnya di Tumpat memang amat mengenali siapa Abdullah.

“Orang Tumpat hanya memanggilnya sebagai Haji Lah Geting dan pengaruhnya juga tidak seberapa dengan kira-kira lima atau enam orang sahaja yang menjadi pengikutnya.

“Beliau digunakan Umno-BN untuk memberi ceramah di Kelantan dan ceramahnya juga tidak mendapat sambutan disebabkan penuh dengan kata cerca nista terhadap pimpinan Kerajaan Negeri.

“Kemungkinan Abdullah menghadapi masalah kewangan dan sanggup menerima bayaran RM2 juta bagi membolehkan dirinya dipergunakan Umno-BN. “

“Dengan ilmu agama yang tidak seberapa dimilikinya, Umno-BN tetap sanggup menggunakan khidmat Abdullah untuk menyerang parti lawan kerana menyedari isu agama begitu dekat dengan masyarakat Kelantan.

“Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan kerana rakyat Kelantan tahu siapa Abdullah,” katanya.

BN abai Kelantan semenjak 2005, Perangai lebih dari Yahudi.....

Aidilfitri: BN digesa ketepikan dendam politik

KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hendaklah mengenepikan dendam politik terhadap rakyat Kelantan dengan mengambil kira semangat Aidilfitri yang bakal menjelang.

Anak-anak muda mahu kerajaan persekutuan mengutamakan kepentingan rakyat termasuk membina lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang sebagai melengkapkan komitmen kerajaan negeri merancang Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.


Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Negeri Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, sudah sampai masanya kerajaan pusat tidak lagi mengamalkan politik sempit sehingga menyusahkan rakyat.

Lagi pun katanya, hak rakyat untuk mendapatkan lebuh raya sebagaimana negeri-negeri lain dinafikan sejak 1985.

“Banyak kemalangan yang berlaku di Kelantan kemungkinannya berpunca jalan yang sempit tidak

mampu menampung pertambahan kenderaan terutamanya di musim perayaan sekarang.

“Terbaru tragedi 10 kakitangan kerajaan nyaris maut apabila bas yang mereka naiki terhumbang ke dalam cerun di kilometer 57 jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Sungai Lakit, Gua Musang, awal pagi semalam,” katanya di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas mengagihkan 2,000 keping sampul duit raya kepada wakil-wakil setiap Parlimen di Kelantan di sebuah pasar raya petang semalam.Hisyamuddin juga berharap kerajaan pusat segera menunaikan tuntutan pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan.

“Berikan royalti dan bina lebuh raya di negeri ini kerana adalah hak rakyat Kelantan yang diabaikan sejak sekian lama,” ujarnya.Menurutnya tunggakan royalti petroleum 5 peratus kepada Kelantan kini berjumlah RM7 bilion sejak 2005.


R juga turun padang mengagihkan sampul raya kepada kakitangan jabatan kerajaan, agensi kerajaan negeri, persekutuan, pasukan keselamatan dan media cetak.Penagihan secara percuma dilakukan di agensi pelancongan, hospital, badan bukan kerajaan, kedai runcit, pasar raya seluruh Kelantan, Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Tesesco.Turut diedarkan di Qaryah Ramadhan dan masjid di seluruh Kelantan serta di semua pintu masuk utama Kelantan hari ini dan esok.


Sapa buat spin? Najib atau Nasha? Dua-dua tak boleh pakai....


Semalam aku buat posting tentang pertemuan antara Najib dengan Tok Arab Mekah. Aku bubuh tajuk “Najib minta tolong Mufti Mekah. Nasha jadi broker.”

Dalam posting tu juga, aku tulis, “Wei..kalau Tok Arab tu yang cakap dalam sidang media, kot-kot aku boleh percaya, tapi kalau Najib yang cakap bagi pihak Tok Arab tu, sikit pun aku tak percaya. Semuanya boleh di auta.”

Hari ini, Nasha dah mengaku dia hanya jadi broker. “”The clerics are my friends and they requested if I could arrange a meeting with the prime minister.”

Dalam posting semalam juga aku tulis, aku tak minat dengan Mamat kopiah Transformer ni. Aku lebih minat macam mana media BN buat spin tentang pertemuan ini.

Spin macam ni memang selalu dibuat oleh politikus murahan. Kat peringkat kawasan pun auta ini selalu dilakukan.

Ramai orang yang suka ambil gambar dengan pemimpin…lepas tu cerita satu kampung tentang macam mana dia cukup kamcing dengan pemimpin tersebut. Pada hal..dia cuma bergambar!!
Najib pun buat spin macam-macam. Ulama Saudi puji kepimpinan Malaysia la. Malaysia menjadi model negara Islam la.

Hangpa baca baik-baik laporan dua media ini. Yang ni dari NST.

Former Pas deputy president Nasharudin Mat Isa said he is not leaving the Islamic party amidst amounting pressure over a photo of him taken with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in Mecca recently.
Speaking to reporters upon his arrival at Kuala Lumpur International Airport, the Bachok member of parliament said the meeting was non-partisan and that he was invited on a request by Saudi clerics.
“The clerics are my friends and they requested if I could arrange a meeting with the prime minister. After the prime minister agreed, I was invited on a special visa to attend the meeting,” he said.
Nasharudin explained that the meeting did not touch on any matters pertaining Pas or Umno.
“What we discussed was issues surrounding crises in Syria and Rohingya The clerics talked about what role Malaysia can play to help these countries,” he said.
He stressed that he never had any intention to leave Pas for Umno
. (disini)

Dan kemudian baca pula laporan Bernama.


Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.

Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini. Najib memberitahu wartawan Malaysia di Makkah, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Katanya, para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

“Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya,” katanya.

Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.-
Bernama

Ada sesuatu yang tak kena dengan kedua-dua laporan diatas.

Nasha kata, depa berjumpa untuk nak berbincang tentang Syria dan Rohingya. Nak tolong Rohingya pun Najib kena bincang dengan Tok Arab dari Saudi ka? Perdana Menteri Turki dengan isterinya dah sampai pun ke sana, Najib baru nak jumpa Tok Arab untuk berbincang?

Aku kata Najib minta tolong Mufti Mekah…tapi aku salah. Kalau ikut Nasha, Tok Arab tu yang mintak nak jumpa. Apakah Tok-tok Arab tu mintak untuk berjumpa hanya untuk memuji tentang macam mana bagusnya Malaysia? Adakah Tok Arab tu mintak nak jumpa Najib hanya untuk bagi tau kat dunia bahawa Malaysia sebagai model negara Islam tersohor didunia?

Apa yang diceritakan oleh Nasha..tak diceritakan oleh Najib. Apa yang dikatakan oleh Najib, tak diceritakan oleh Nasha.
-MSK

Panas!!! Pembangkang Sabah Sudah ada Kabinet Bayangan ?

SIAPA JENDERAL PEMBANGKANG KETUAI PRU-13?


Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH

PEMBANGKANG Sabah sememangnya dipenuhi dengan pemimpin yang hebat dan vokal seperti Datuk Jeffrey kitingan, Datuk Yong Teck Lee, Jimmy Wong, Christina Liew, Dr Hiew King Cheu, Hj Ansari Abdullah, Ahmad Tamrin Jaini, Hj Hamzah Abdullah.

Barisan ini diperkukuhkan lagi dengan wira sabah yang berani serta dipuji oleh semua rakyat Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.

Kesemua pemimpin pembangkang ini adalah antara senarai harapan rakyat Sabah kali ini. Persoalan kita sekarang, siapakah di antara mereka yang terbilang ini, akan mengetua barisan pembangkang dalam pertempuran sengit di medan perang 60 Kawasan Dun nanti?

Pembangkang mesti mencapai kata putus dan sepakat mewujudkan satu Gagasan pembangkang yang kuat serta senarai calon yang boleh diterima oleh semua gabungan pembangkang di 60 Dun nanti.

Calon pembangkang kali ini mestilah boleh diterima oleh semua gabungan dan peluang menang mesti 100%, malah kesemua calon pembangkang ini adalah bersih dari disyaki perasuah, kaki betina, kaki judi dan paling penting, mempunyai prinsip dan maruah, agar tidak mudah menjadi siluman katak lagi.

Berbalik soal, siapa bakal Jenderal yang akan mengetua pembangkang kali ini, Jenderal ini juga

bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. Andainya pembangkang menang simple majoriti kali ini, (kenapa saya katakan simple majoriti), kerana diramalkan PRU 13 kali ini, adalah sangat sengit dan 'head to head', sama ada BN atau PR dapat membentuk kerajaan baru Sabah nanti; adalah hanya menang dengan kedudukan 33 vs 27.

Persoalannya, siapakah Jenderal yang boleh mengetuai pasukan penggempur ini dan boleh diterima semua? Adakah Datuk Jeffery atau Datuk Yong Teck Lee atau Datuk Lajim Ukin atau Datuk Wilfred Bumburing atau Hj Ansari atau Hj Tamrin?

Majoriti rakyat Sabah, sememangnya sangat berbangga dengan pahlawan-pahlawan yang disebutkan di atas tadi, tetapi pada hakikatnya, seorang 'Ketua' mesti dilantik sebagai Jenderal untuk ke medan perang nanti.

Datuk Dr Jeffery Kitingan, semestinya difikirkan sesuai dan orang yang layak mengetua gabungan kesemua pembangkang ini. Pakatan Rakyat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semestinya memberi peluang kepada pemimpin yang hebat serta berani bercakap atas dasar fakta ini, serta Dr Jeffrey ini sangat tepat mengetuai gabungan ini kerana ia setanding dengan 'kepala hotak' Tun Dr Mahathir Mohammad, dan abang kandungnya sendiri, Datuk Pairin.

Dengan kelulusan PhD, dirasakan beliau layak. Bagaimanapun, pemimpin lain mesti mencapai kata sepakat ini dan menerima Dr Jeffery sebagai Jenderal mereka; demi masa depan dan harapan rakyat Sabah untuk menukar kerajaan dan Ketua Menteri Sabah.

Kebijaksaan semua pemimpin pembangkang Sabah kali ini, bakal diuji. Jika pembangkang Sabah kali masih gagal mencapai kata sepakat itu, maka harapan rakyat Sabah akan hancur berderai.

Oleh itu, pembangkang Sabah mesti sedia bertolak ansur serta bercita-cita besar dan merangka satu senarai 'Kabinet Bayangan' yang setanding dengan kabinet sekarang ini supaya rakyat boleh bayangkan menteri-menteri dari PR ini nanti.

Kabinet Bayangan yang boleh memberi inspirasi baru kepada rakyat Sabah, mungkin seperti senarai berikut;

Ketua Menteri - Datuk Dr Jeffery kitingan (STAR)

Menteri di JKM 1 - Dr Hiew king Chew (DAP)
Menteri di JKM 2 - Ahmad Tamrin (PKR)

Timbalan KM - Hj Ansari Adullah (PKR) merangkap Menteri Kewangan
Timbalan KM - Jimmy wong (DAP) merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian
Timbalan KM - Datuk Wilfried Bumburing (SRF) merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan.

Menteri Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Lajim ukin (APR).

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Danial John Jambun (STAR)

Menteri Pembangunan Infrastruktur - Christina Liew (PKR)

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Alam Sekitar - Hj Hamzah Abdullah (PAS)

Menreri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna - Edward Mujie ( DAP )

Menteri Belia Dan Sukan - Hj Amde sidik ( SAPP )

Senarai kabinet bayangan pembangkang ini hanyala satu ilham dan satu harapan rakyat Sabah, untuk menumbangkan Kerajaan BN yang gagah perkasa ini, serta kabinet ini diharapkan akan meyayukan kesemua pemimpin pembangkang Sabah kali ini.

INI KALI LA KITA TUKAR BAJU BARU!

Seksyen 114A: Undang-undang kandang lembu?


Kalau kita ini tuan kedai, dan kita tangkap seorang anak muda mencuri coklat, kemudian mahu didakwa anak muda itu di mahkamah; adalah menjadi tanggungjawab tuan kedai untuk membuktikan bahawa coklat yang yang dicuri itu miliknya, dan hak milik itu dirampas tanpa izinnya. Mudah begitu.

Kalau kita ini tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita.

Ini undang-undang mudah. Arwah Tan Sri Harun Hashim, apabila disoal tentang apa itu undang-undang dalam fahamnya, beliau menjawab bahawa undang-undang itu ‘common sense‘. Bukan setakat ‘common sense‘ dalam erti kata sesuatu yang ‘masuk akal’, bahkan mencakupi apa yang dipanggil ‘kesepakatan umum’.

Undang-undang mesti masuk akal dan disepakati umum

Undang-undang dibentuk atas sesuatu yang disepakati umum. Kalau umum tidak sepakat, ia tidak jadi norma dan lantas tidak cukup haul untuk diangkat sebagai umum. Kenyataan ini masuk akal. Kalau pekerjaan mencuri itu disepakati umum sebagai satu kesalahan, maka salahlah mencuri itu.

Kalau pekerjaan pakai kasut di kepala itu disepakati sebagai salah, maka bolehlah dikanunkan dan dijadikan undang-undang. Itu konsep kesepakatan umum dalam memahami makna fungsi undang-undang.

Jadi dalam kesepakatan umum selama ini, seorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan adalah tidak bersalah sehingga benar-benar terbukti bahawa dia bersalah; bukan sebaliknya.

Konsep ini difahami pepatah undang-undang, Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat; cum per rerum naturam factum negantis probatio nulla sit – yang mafhumnya ialah beban bukti letaknya pada yang mendakwa, bukan pada yang dituduh atau menafi, kerana memang fitrahnya, yang menafikan dakwaan selalunya payah untuk membawakan bukti.

Jika sebaliknya, maka memang terbaliklah sistem manusia ini. Bayangkan, siapa sahaja boleh ditangkap polis, untuk apa sahaja kesalahan sehingga dia boleh buktikan yang dia tidak bersalah.

Sistem yang begitu pastilah tidak adil, bukan?

Namun malang bagi kita yang mendiam di negara Malaysia yang diterajui United Malays National Organisation ini, pihak pemerintah sedang cuba berfikir dan bertindak secara tidak adil. Ini sebenarnya amat mudah bagi mereka, kerana memang sudah menjadi kelaziman bagi pemerintah untuk berlaku zalim.

Lihat sahaja undang-undang jahat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu yang membenarkan sesiapa sahaja ditangkap dan dipenjara tanpa perlu dibicarakan.

Jadi pemerintah yang nakal ini beberapa bulan lalu telah membuat sebuah pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membuatkan dunia kita semua bakal terbalik. Pindaan tersebut dikenali sebagai Seksyen 114A.

Apa itu Seksyen 114A?

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan ‘berbahaya’ di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka.

Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.

Inilah yang bakal berlaku…

Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.

Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.

Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.

Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas. Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri.

Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah. Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah. Di mana lagi kami semua nak lepak minum the tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma?

Bukan sahaja media massa dikawalnya, internet juga mahu dikawalnya. Ini pemerintah jenis apa ini?

Tetapi apabila pecacainya sendiri menyiarkan fitnah dan tohmah, kebal pula mereka itu daripada tindakan undang-undang. Lihat sahaja bagaimana mereka menggerakkan tentera siber dan media sosialnya untuk memfitnah dan menyebar berita palsu secara berleluasa, dan tidak pula memberi ruang untuk diskusi dan jawapan balas.

Ini halal pula? Tidak pula dihukum kafir harbi? Undang-undang tidak menyalahkan mereka? Ini undang-undang apa? Undang-undang kandang lembu? Mungkin lembu lebih mulia daripada segelintir manusia kemaruk kuasa yang berhati busuk serta zalim kerana sanggup mengongkong rakyat sendiri.

– Oleh Izmil Amri/ Roketkini.com

16 Ogos 2012

NGO " R" MELETOP

Siapa anak muda di sebalik tabir NGO “R”

MUNGKIN tidak ramai tahu isu royalti digerakkan anak muda yang non-partisan. Biar pun label PAS tidak boleh ditanggalkan, namun langkah mereka melangkau sempadan parti.

Buktinya kata Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti - R), Hisyamudin Ghazali, kalangan pemimpin Umno juga menyokong royalti.

Begitu juga katanya, tandatangan yang dikumpul bagi menuntut royalti sekarang sudah menjangkau 80,000. Mereka yang menandatangani termasuk Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu turut memberi sokongan Adun Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani, bekas Adun Tendong, Fauzi Mohamad dan ramai lagi. Kata Syam, R sebenarnya lahir secara spontan hasil pemikiran orang muda.

Pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil 21 Mei lalu aktivis R memasang banner gergasi untuk ditandatangani bagi menyokong tuntutan royalti.

Ketika itu Annuar tampil bersama penyokong Red Warriors turut simpati perjuangan R. R menjangka dapat mengumpul 150,000 tandatangan sebelum diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Persoalannya siapa aktivis R kalau bukan dalam kalangan pemuda PAS atau PKR. Mereka sebahagiannya bekas pemimpin gerakan pelajar ketika menuntut di universiti. Selain itu blogger yang membawa suara rakyat. Ada juga bukan Islam yang sanggup jatuh bangun bersama R.

Syam, graduan perniagaan tani dari UPM. Pernah dibicarakan di hadapan Timbalan Naib Canselor di UPM kerana menyertai demontrasi aman di hadapan parlimen membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 2004.

“Pentadbiran universiti pernah mengugut mahu membuang saya ketika berada di semester akhir. Akhirnya kes itu selesai begitu sahaja selepas UPM tidak mahu saya panjangkan ke mahkamah,” katanya ketika ditemui di sini.

Cuti tanpa gaji

Syam, 30, sekarang cuti tanpa bergaji. Beliau bekerja di Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, agensi milik kerajaan negeri.

Anak muda berkulit putih dan mata agak sempit tidak mahu isu royalti berlalu begitu sahaja tanpa diambil kesempatan. Pernah ditempeleng JKKKP kerana memasang sepanduk royalti.

Presiden R, Nazri Deraman, 40, graduan UTM dalam bidang kejuruteraan bangunan. Sekarang pengurus di Tunjung Development Corporation Sdn Bhd.

Selain itu Abu Samah Hassan, 61, satu-satunya aktivis veteran dalam R. Beliau juga Naib Presiden R. Dan seorang lagi Naib Presiden, Dr Syed Khalid, seorang pegawai perubatan.

Lain-lain penggerak daripada blogger, facebooker dan usahawan. R sebenarnya bernaung di bawah NGO, Anak Muda Kelantan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan.

NGO lain yang menyertai R antaranya, Abim, Ikram, Perkim, Pekida, Persada, Perakam dan banyak lagi.

Bercakap mengenai gerakan massa, Syam tidak menafikan R tentunya memerlukan dana yang bukan sedikit.

“Banyak program diatur sejak dilahirkan pada Mei lalu. Pada Ramadan ini sahaja 38 aktiviti diadakan. Dan selepas Hari Raya nanti lebih banyak lagi program.

“Penggerak R perlu kreatif mencari dana. Masing-masing pakat cari duit. Kami juga menjual sticker, topi, t-shirt dan pelbagai lagi produk yang bertema R.

“Sempena Hari Raya ini kami mencetak 100,000 sampul duit raya hasil tajaan rakan-rakan. Selain itu risalah kecil berkaitan royalti yang akan diedarkan kepada anak-anak perantau yang pulang bercuti,” ujarnya.

Apa yang mengkagumkan R berkembang dalam masa singkat hanya digerakkan anak-anak muda. R mencipta sayapnya sendiri melalui pelbagai aktiviti yang diadakan.

Sekarang ada Futsal R, Konvoi R, Rukat (mendaki) R, Kayak R, Berbasikal R, Gelanggang R, Boksing R dan macam-macam lagi.

Sejak berjuang di gelanggang royalti tujuh aktivis dipukul dan sembilan laporan polis dibuat. Agak menarik mengenali R.-HD


Panas!!! Sah Umno Kedah dah" tak Ketahwan"

Kesilapan lama undi Umno selama 11 PRU? Umno minta rakyat Kedah tidak ulangi kesilapan lama dalam PRU-13....macam nie bakal MB Kedah, alamat bungkus la Kedah.....


Umno minta rakyat Kedah tidak ulangi kesilapan lama dalam PRU-13

ALOR STAR, 16 Ogos — Umno Kedah sekali lagi mengingatkan rakyat negeri itu supaya tidak mengulangi kesilapan dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (gambar) berkata kesilapan yang dilakukan pada PRU 2008 perlu ditebus bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

Beliau berkata rakyat wajar memilih parti yang akan memerintah Kedah dengan bijaksana kerana pakatan pembangkang yang mentadbir negeri ini selepas PRU ke-12 tidak membawa sebarang pembangunan malah kebajikan rakyat tidak terbela.

“Rakyat boleh menilai sejauh mana kerajaan pakatan pembangkang membangunkan negeri. Apa yang mereka laksanakan,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 1,500 warga emas, golongan miskin dan orang kelainan upaya (OKU) dalam kawasan Parlimen Alor Setar di sini hari ini.

Justeru, Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata menasihatkan rakyat memilih parti yang telah membuktikan keupayaan mentadbir negeri dan negara dengan bijak.

“Sebelum ini rakyat memilih pemimpin Umno yang berwibawa bermula dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman hingga sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Transformasi yang dilakukan pemimpin Umno jelas memberi kesejahteraan kepada rakyat. Ekonomi negara mantap dan rakyat hidup aman damai,”
katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap bantuan yang disampaikan hari ini dapat meringankan beban golongan tidak bernasib baik membuat persiapan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Blogger Amizudin Sharpshooter-Mahkamah benar tangguh hukum penjara

Mahkamah benarkan hukuman penjara terhadap blogger ditangguh


KUALA LUMPUR: Blogger Amizudin Mamat yang diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah hari ini berjaya mendapatkan penggantungan sementara sehingga 28 Ogos ini.

Amizudin sebelum ini didapati bersalah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam laman blognya.

Beliau memfailkan permohonan penggantungan pada hari yang sama dijatuhi hukuman iaitu pada 10 Ogos lalu.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan permohonan tersebut di dalam kamar dengan dihadiri peguam R. Sivarasa dan Latheefa Koya yang mewakili Amizudin serta peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bagi pihak Rais.


Latheefa memberitahu pemberita bahawa pihaknya memohon penggantungan sementara memandangkan hari raya semakin hampir dan Hakim Zabariah membenarkan permohonan itu sehingga pendengaran penuh pada 28 Ogos.

Amizudin didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Rais iaitu selepas Rais memenangi saman beliau terhadap blogger itu pada 19 Julai tahun lalu.

Mahkamah Tinggi memerintahkan Azimudin membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada menteri itu.


Rais memfailkan saman itu pada 31 Jan 2011, terhadap Amizudin, 42, yang merupakan anggota Jawatankuasa Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi memfitnah berhubung artikel yang diterbitkan dalam laman blog blogger itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Disember 2010. - BERNAMA

Panas!! Seorang Lagi MP BN Sabah Bungkus

Ahli Parlimen Labuan diisytihar muflis


Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin dan rujukan boleh dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my. Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan, Selasa lalu.

Ia turut mengarahkan hutang harus dibayar Yusoff perlu dijelaskan kepada Pengarah Insolvensi negeri di alamat Cawangan Kinabalu, Aras Lima, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman Ukas, 88450, Kota Kinabalu.

Sementara itu, Yussof, 55, ketika dihubungi berkata, beliau belum boleh memberi ulasan berhubung perkara itu.

“Saya akan berbincang dengan peguam mengenainya,” katanya, semalam.
Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket BN menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.

Panas! Gaji Rozali Syabas RM17.6 juta setahun tapi mesyuarat takut hadir?


Berita ini gua ambil dari themalaysianinsider.com, menurut kenyataan dari majalah Malaysian Business mengatakan Rozali menerima gaji tahunan sebanyak RM17.6 juta dan berada di tangga ke-16 pengarah yang tertinggi bayaran gaji di Malaysia. Tidak pasti mungkin dicampur dengan semua gaji beliau disemua syarikat yang dia ada kepentingan.

Beliau dilihat terlampau berkuasa dan bongkak kerana gagal hadir dalam mesyuarat penting antara Syabas dan Kerajaan Negeri.




Khalid mahu Rozali letak jawatan dari Syabas

Oleh Nomy Nozwir August 15, 2012

SHAH ALAM, 15 Ogos ― Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu ketua pegawai eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail, meletak jawatan kerana tidak bertanggungjawab dalam tugasannya untuk menerangkan operasi harian Syabas kepada kerajaan negeri.

“Dalam mesyuarat antara Syabas dan kerajaan negeri, beliau tidak hadir.

“Beliau perlu berhenti sebab tak terlibat dan tak pernah hadir dalam mesyuarat operasi Syabas. Ini menunjukkan Syabas tidak bertanggungjawab.

“Kita tidak mahu lagi Rozali kerana sumbangannya tidak menguntungkan rakyat Selangor,” katanya dalam sidang media di pejabat Menteri Besar hari ini.

Pada 9 Ogos yang lalu, Rozali mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai gaji sebanyak RM5.1 juta setahun.

Namun menurut kenyataan dari majalah Malaysian Business mengatakan Rozali menerima gaji tahunan sebanyak RM17.6 juta dan berada di tangga ke-16 pengarah yang tertinggi bayaran gaji di Malaysia.

Beliau hari ini menerima memorandum dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) yang meminta tujuh jenis maklumat tentang masalah air.


Dua kumpulan itu menuntut agar syarikat pembekal air seperti Syabas, Splash, Abbas, dan Puncak Niaga untuk lebih telus dengan rakyat dalam pembekalan air di negeri ini.
-TMI

15 Ogos 2012

Panas! Amaran Tutup Mulut dikeluarkan pada SYABAS

Arahan tutup mulut dikeluarkan pada SYABAS


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung operasinya tanpa kebenaran daripada kerajaan negeri, kata menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebarang pengumuman hanya boleh dibuat selepas sesuatu perkara dibincangkan dalam mesyuarat harian antara SYABAS-kerajaan negeri yang akan bermula minggu depan.

"Ini termasuk pengumuman berkaitan catuan atau gangguan bekalan," kata Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga menguatkuasakan sebahagian daripada perjanjian antara kedua-duanya yang membenarkannya memantau operasi SYABAS
.



Situasi Sebenar Air Selangor Akan Diketahui Setiap Hari


SHAH ALAM, 16 OGOS : Rakyat Selangor akan mendapat maklumat terkini tentang situasi bekalan air negeri setiap hari daripada Jawatankuasa Pemantauan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Jawatankuasa tersebut akan mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari selepas selesai mengadakan mesyuarat harian dengan pengurusan Syabas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah ini bertujuan memaklumkan perkembangan terkini tentang status pembekalan dan perkhidmatan air kepada seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Cara ini juga membuktikan Kerajaan Selangor sangat telus dalam menangani isu pembekalan air demi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan setimpal dengan kadar tarif air yang dibayar.”

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi betanggungjawab memantau operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.

Ia anggotai pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS).

Laporan pertama jawatankuasa mendapati keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari (MLD) berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 MLD.

Ini bermaksud terdapat lebihan 436 MLD yang Syabas tidak mampu agihkan.

Sebelum ini, dilaporkan jawatankuasa tersebut juga mendapati angka peratusan rizab air terawat yang dikeluarkan Syabas sebanyak dua peratus tidak tepat.

Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi air siap sepenuhnya.

Panas!!! 3 Suspek Letup ATM, Kakitangan Kerajaan.....Apa nak jadi..

Letup ATM: 3 suspek sah penjawat awam...jenayah Malaysia makin menurun..!!!

Cawangan Bank Rakyat di Masjid Tanah rosak teruk ekoran kejadian letupan untuk melarikan mesin ATM.

BUKIT BERUANG - Tiga penjawat awam berusia 23 dan 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian letupan bom di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah, Ahad lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, antara yang ditahan ialah ketua kumpulan, yang berusia 24 tahun.

Ketua kumpulan itu ditahan di bilik penginapannya pada jam 1 tengah hari kelmarin.
Sementara seorang lagi ditahan empat jam kemudian di lokasi sama manakala suspek ketiga ditahan di Pasir Putih, Kelantan pada jam 2.45 pagi semalam.




Semalam Lagi : Cubaan tiga lelaki rompak mesin ATM gagal


ALOR SETAR: Cubaan tiga lelaki bertopeng untuk merompak mesin ATM di sebuah bank di Simpang Kuala dekat sini awal pagi ini gagal selepas alat penggera bank terbabit berbunyi.

Kejadian pada jam 3.56 pagi itu dipercayai berlaku apabila suspek yang menggunakan peralatan kimpalan cuba menebuk sebuah mesin ATM untuk melarikan wang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, perompak berkenaan mengambil masa tiga minit untuk cuba menebuk mesin ATM itu tetapi alat penggera keselamatan berbunyi menyebabkan mereka panik.
Beliau berkata, mereka terus melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta Proton Iswara berwarna putih dan turut membawa bersama peralatan merompak.

Katanya, pergerakan mereka dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu.

Adzaman berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri.

Tinjauan Bernama mendapati pintu utama bank terbabit yang menempatkan pengawal keselamatan turut dikunci dari luar bagi mengelak ditangkap oleh pengawal keselamatan bertugas ketika itu.
- BERNAMA

WAJIB BACA: Pengajaran berpuasa, meninggalkan kebiasaan .Tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO.


Melayu jangan kena tipu lagi dan lagi dan lagi

Saya tak nak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka.

Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka.

Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan2 ini. demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong PR.


Hidup orang Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan sekali kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini yang UMNO suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewanya mereka? Banyak mana cerdiknya mereka.

Ada termaktub di mana-mana, PM Malaysia mesti berbinkan Tun Razak, berbinkan Hussein Onn, berbinkan Mahathir? tidak ada. Ada disebut dalam mana-mana kitab, bahawa semua fkiran yang datang dari Najib mesti ok punya atau terbaik? Janganlah kita taksub sangat dengan pengunggulan sesuatu tokoh. Meraka tidak ada lebih dari kita dan kita pun tidak kurang dari mereka.

Orang Melayu mesti membebaskan diri mereka dari belenggu penjara minda. Kita memilih dan mendaulatkan seseorang bukan sebab dia berbinkan sifulan2- tapi kita angkat pemimpin berdasarkan apa yang dia boleh sumbang dan berdasarkan kelebihan yang dia ada.

Kalau orang Melayu hendak majukan diri mereka mesti membiasakan diri dengan nilai2 kejayaan dan pencapaian dan kesewarjagatan( achievement values and universalism). Apa makna nya istilah2 ini?

Maknanya, seperti dalam masyarakat yang lebih maju, semua orang dinilai mengikut apa yang dia boleh lakukan dan bukan mengikut siapa mereka. Siapa mereka tidak penting lagi. Seorang anak petani yang berwibawa dan ada kemahiran lebih berguna dari seorang anak bangsawan yang bodoh. Dalam masyarakat moden dan maju, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk apa apa jawatan berbanding hanya di tentukan boleh melakukan kerja2 yang ditetapkan oleh masyarakat. Contoh: orang dari kasta bawah hanya boleh bekerja sebagai tukang cuci tandas. Walaupun dia ada ijazah kolej atau university, disebabkan dia datang dari keturunan yang tak betul, dia tidak boleh buat keraja yang lebih mulia.

UMNO suka prinsip ini sebab bolehlah mereka menentukan yang jadi PM mesti datang dari keluarga bangsawan dan elit. Bodoh pun takpe, apa keturunan itu penting. Itu UMNO. Rakyat menolaknya.

Kalau kita terima asuhan UMNO, orang Melayu akan feudal. Feudal ertinya, majoriti rakyat akan dihamba abdikan. Elit Melayu turun temurun akan memerintah Melayu kebanyakan walaupun yang memerintah bodoh dan bebal. Yang di bawah tidak akan dapat naik ke atas, kerana ini ketetapan hidup. Selagi kita tidak mempersoalkan ketetapan sementara ini maka selama itu kaum Melayu akan tertindas.

Cuba orang Melayu berfikir - apa sebab mereka lebih mundur dari kaum Cina misalnya? Walhal Melayu dan Cina terdedah kepada cuaca yang sama, kepada persekitaran yang sama. Namun, kaum Cina lebih maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu. Apa pasal?

Persekitaran yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini? Jawapan nya kita dapati dengan membezakan nilai2, motives, serta insitusi sosial dan politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka UMNO. Orang Melayu mundur sebab institusi sosial mereka memihak kepada golongan bangsawan dan elit. Orang Melayu mundur sebab nilai2 yang mereka pegang menyekat mereka dari kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah UMNO. Jadikan orang Melayu penakut dan sentiasa bergantung kepada UMNO. Itu pasal UMNO mengeksploitasi orang Melayu.

Orang Melayu kalau hendak maju mesti ada semangat jebat yakni enggan menerima secara babi buta. Kita Melayu mesti ada budaya enggan menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Kebiasaan mencabar sesuatu kedudukan, pandangan akan melahirkan Melayu yang robust dan rugged. Dengan cara ini timbul Melayu yang ada jati diri dan tidak takut untuk bersaing.

Tapi sentiasa ditipu oleh UMNO, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir - nasib orang Melayu menjadi lebih teruk. Memang benar kita ada pembangunan fisikal yang menakjubkan- tapi nikmat merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih oleh Mahathir. Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada kerajaan. Bergantung maknanya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan.

Selama 22 tahun di bawah pemerintahan Mahathir, 6 tahun di bawah Pak Lah dan sekarang di bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu. Ya - Najib pun tipu orang Melayu. Rakan baik dia semua tauke Cina tapi dia biarkan UMNO menghasut orang Melayu berkelahi dengan Cina dan India.

Asyik kena tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO.

- sakmongkol.

Kantoi! Najib minta Kabinet Kaji semula undang-undang kontroversi Akta Keterangan

Kesilapan akta ini akan mengakibatkan impak yang besar kepada kerajaan sekiranya protes dan ketidak puashati ini diterjemahkan kepada kertas undi mungkin kesedaran atas kesan ini Najib terpaksa membuat kajian semula atau menerima padahnya.....

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Datuk Seri Najib Razak malam ini berkata, Putrajaya akan membincangkan tentang pindaan undang-undang kontroversi Akta Keterangan 1950 Seksyen 114A selepas warga internet Malaysia memprotes undang-undang yang mencengkam kebebasan di alam siber.

Peradana Menteri memberi komen selepas sekurang-kurangnya tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan mengkaji semula seksyen 114A daripada akta tersebut.

“Saya telah minta kabinet untuk membincangkan seksyen 114A, Akta Keterangan 1950.

“Apa sahaja yang kita lakukan, rakyat menjadi keutamaan,” kata Najib melalui akaun Twitternya, @najibrazak.

Timbalan menteri pendidikan tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan senator MCA Gan Ping Sieu menyokong protes yang semakin membesar terhadap undang-undang baru itu.

Kempen menentang undang-undang tersebut turut disokong oleh Majlis Peguam dan parti DAP yang menurunkan laman web mereka sempena kempen memboikot internet hari ini.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang dan peguam hak asasi manusia Edmund Bon berikrar tidak akan menggunakan internet selama 24 jam dan laman-laman web seperti Harakahdaily dan Keadilan Daily membuat 'pop up' menyokong kempen menentang seksyen 114A.

Tokoh masyarakat seperti Datin Paduka Marina Mahathir dan Hishamuddin Rais turut bersama-sama kempen ini.

Pindaan akta kontroversi tersebut diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan April tahun ini dan digazetkan sebagai undang-undang oleh menteri de facto undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz pada bulan Julai baru-baru ini.


Sementara itu Seluruh Warga internet sokong protes #Stop114A


KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Warga internet seluruh negara hari ini menyokong kempen untuk memprotes Akta Keterangan 1950 Seksyen 114A yang dipinda pada 31 Julai yang lalu berkenaan dengan internet dan rangkaian sosial.
Menurut pemilik blog terkenal, Hishamuddin Rais, kempen ini tidak seharusnya hanya berada di dalam internet, tetapi perlu diluaskan ke demo jalan raya.

“Sekiranya kempen ini hanya berada di dalam internet semata-mata, kempen ini akan hanya menjadi syok sendiri.

“Orang ramai perlu turun ke jalan raya dan membantah akta ini, kerana sekadar menutup internet tidak akan berlaku apa-apa,” kata blogger yang dikenali sebagai Tukar Tiub itu.

Katanya lagi, akta ini dipinda sedemikian lagi kerana kerajaan sudah semakin takut kerana sudah kehilangan hegemoni terhadap maklumat.

“Sejak internet menjadi medium yang besar, kerajaan sudah tidak boleh memonopoli maklumat, kerana itu mereka adakan akta ini,” katanya lagi.

Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain.

Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut - sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan.

Sementara itu, ketua editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar berkata, laman berita portal itu menyertai kempen ini kerana mahu menyedarkan orang ramai terhadap kelemahan pindaan akta tersebut.

“Segala beban kesalahan hanya diletakkan kepada pemilik laman web, bukan orang yang bertanggungjawab jika sekiranya sesuatu fitnah dari ruang komen.

“Jadi akta ini jelas menakutkan orang ramai untuk bersuara dan memberi pandangan atas apa yang berlaku,” katanya lagi.

Antara yang menyokong kempen ini ialah Free Malaysian Today, Malaysiakini, The Nut Graph, Harakahdaily, Keadilan Daily, dan BFM Radio.

Selain itu, tokoh-tokoh masyarakat seperti Datin Paduka Marina Mahathir menyokong kempen ini.

Ahli politik yang menyokong kempen ini ialah Datuk Saiffudin Abdullah, Khairy Jamaludin, Nurul Izzah, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, lelong.com.my, cari.com.my, Majlis Peguam, Suaram dan Sister In Islam (SIS) menyokong agar pindaan 114A ini dimansuhkan.


Senator BN mahu semak undang-undang ketika ‘Internet Blackout Day’


KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Senator Gan Ping Sieu mahu Putrajaya menyemak semula undang-undang yang mengancam kebebasan hak asasi di internet apabila kebanyakan organisasi hari ini — termasuk Majlis Peguam — tidak menggunakan internet kerana kempen 'Internet Blackout Day' hari ini.

Naib Presiden MCA (gambar) itu adalah wakil rakyat ketiga daripada Barisan Nasional (BN) yang meminta kerajaan melakukan perkara itu apabila Putrajaya meminda Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang mana menjadikan mana-mana kedai kopi menawarkan perkhidmatan WiFi turut berisiko diambil tindakan terhadap kesalahan hasutan dan jenayah atas kesalahan dilakukan pelanggan mereka.

“Saya menuntut kerajaan menyemak semula pindaan Akta Keterangan, lebih spesifik Seksyen 114A dan mengambil peluang ini untuk menyuarakan kebimbangan saya terhadap pindaan ini, yang mana memberikan kempen ke seluruh negara untuk kerajaan menyemak dan meluluskannya dalam sidang Parlimen.

“Akta ini bakal memberikan kesusahan kepada mereka yang tidak bersalah jika ditangkap atas dakwaan penyalahgunaan Internet, seperti ‘hacking’ pencuri identity; penipuan, seperti ‘Tweet-jacking’, termasuk pembekal perkhidmatan Internet di pusat membeli-belah, kedai kopi, dan kawasan awam lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Akta baru itu memperuntukan pengguna Internet berdaftar adalah penerbit untuk mana-mana penerbitan dihantar daripada komputer yang dihubungkan dengan servis talian, kecuali sebaliknya dibuktikan.

Seksyen berkenaan turut memperuntukan “sesiapa namanya, gambar, atau pseudonym tertera dalam mana-mana penerbitan menunjukkan dirinya sebagai pemilik, host, editor atau sub editor, atau menerbit mahupun menerbitkan semula yang telah diterbitkan kecuali ianya bertentangan.”

Gan mencadangkan kerajaan menggantikan klaus sedia ada dengan alternatif bagi membolehkan pemberi khidmat Internet memberikan kerjasama untuk agensi penguatkuasaan untuk membantu siasatan dalam penyalahgunaan Internet daripada memperkenalkan “hukuman” kepada pemilik laman web atau pemilik “hardware.”

Menurutnya, terdapatnya keperluan untuk kerajaan untuk memperkenalkan kaedah baru bagi mengatasi masalah berkaitan Internet yang bersembunyi disebalik pengguna identiti palsu dan menyebarkan kenyataan bersifat rasis secara online, namun mengakui akta baru itu gagal untuk melaksanakan perkara itu.

“Buat masa ini, Seksyen 114A Akta Keterangan gagal untuk menguruskan perkara itu dengan berkesan,” katanya.

Majlis Peguam semalam telah membuat rayuan seminggu selepas ia dikuatkuasakan pada 31 Julai.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut menyatakan sokongan terhadap pendirian menentang akta baru itu.

“Kami mendesak ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak untuk menarik balik Seksyen 114A.

“Bagi menggantikan seksyen berkenaan, kami menggesa kerajaan mengadakan proses yang lebih telus dan terbuka untuk draf tersebut bagi mengatasi masalah jenayah siber dengan mengadakan perbincangan awam dengan pihak berkepentingan,” kata Majlis Peguam.

Kempen menentang akta baru itu yang mengancam kebebasan bersuara online hari ini mengadakan Internet Blackout Day dengan menutup laman-laman web mereka hingga esok.

Centre for Independent Journalism Malaysia (CIJ) berkata, Majlis Peguam telah mengesahkan mereka akan menutup laman web mereka bagi menyokong kempen tersebut dan DAP menutup kesemua laman web mereka pada 14 Ogos.

Lim Kit Siang dan peguam Edmund Bon mula offline untuk 24 jam bagi kempen tersebut. Antara lain termasuklah Datin Paduka Marina Mahathir, Hishamuddin Rais (Tukar Tiub), Uppercaise, Nat Tan, Niki Cheong, Anil Netto, Juana Jaafar, Sarawak Bloggers, Fahmi Fadzil dan myasylum.

Jangan Harap Nasharudin Nak Lepas MP Bachok

Biarkan saja kalau dah perangai macam nie yang mengkhianat perjuangan, tidak akan semudahnya untuk melepaskan mandat ahli parlimen yang diberi oleh rakyat, sebagai ahli parlimen beliau mempunyai nilai dan harga yang tinggi bagi BN yang kian terdesak dari segi ISU dan sokongan yang kian merudum akhir-akhir ini.

Kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud. Sudah tentu kenyataan ini satu cabaran supaya parti akan memecat beliau.



Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok

(Nasharudin bersama Presiden Umno dan beberapa pemimpin Arab di Mekah)

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.




Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.


Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

14 Ogos 2012

Panas!! Tengah dok tibai Najib, mamat sekor nie buat kalut pulak.....

Ho ho.. Bekas Timbalan Presiden PAS ada bersama Najib di Mekah..


Apa cerita ni, seorang lagi pemimpin PAS,, bagi celaru betui,, terutama kami peringkat bawahan... Kalau sebelum ini, waktu kenduri kahwin anaknya, seorang pun aku tak nampak pemimpin PAS yang dijemputnya, tup-tup Muhyiddin yang menjadi tetamu kehormatnya...
Memanglah dari segi hukum tak menyalahi nak ikut siapa pun,, tetapi awak tu pimpinan, tolonglah faham...



Sumber gambar : http://www.umno-online.my/


Aku tak mau nak cerita banyak-banyak, harapan kami sebagai orang bawahan,,, pada PRU13,, tak payahlah nak dicalonkan lagi mamat ni... banyak lagi pimpinan yang lebih setia pada parti...

sumber: manjungmari.bs

Terkini!!!! PRU13: Najib tertekan, perisik lapor Kerajaan Pusat BN Tumbang

PRU13: Najib tertekan, perisik lapor peralihan kuasa



KUALA LUMPUR: PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).

Kenyataan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila 'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.

"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.

"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa,"
jelasnya sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.


Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Katanya lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.

"Sudah pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan anak mereka.

"Jika Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.

Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.

"Sokongan rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini untuk menarik undi rakyat.

"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.

Sebelum itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.

Najib dengar Sifu nie kata...Jangan Pandang Rendah Kekuatan Pembangkang

Tidak boleh pandang rendah kekuatan pembangkang – Datuk Seri S.Samy Vellu


Barisan Nasional (BN) dijangka menghadapi ‘tentangan sengit’ untuk memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum ke-13, walaupun ia memiliki kelebihan sebagai parti yang membangunkan negara, kata bekas presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.”Pilihan raya kali ini penting dan BN perlu bekerja keras untuk meraih majoriti lebih besar. Kami tak boleh memandang rendah kekuatan pembangkang,” katanya.

Dalam wawancara dengan Bernama di sini, ahli politik veteran ini berkata parti komponen BN perlu berganding bahu dalam semua perkara agar orang ramai memahami perubahan yang dibawa BN melalui pemimpinnya Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Memang ada sungutan sebelum ini, tapi Perdana Menteri berusaha untuk menebus kelemahan pada masa lepas,” kata beliau yang berada di sini untuk mengadakan perbincangan dengan Menteri Perkapalan India GK Vasan tentang projek pembangunan di bawah kementerian itu.

Samy Vellu mengadakan perjumpaan dengan Vasan atas kedudukannya sebagai Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Tenggara Mengenai Infrastruktur di New Delhi, India.

Samy Vellu berkata semua parti komponen BN perlu bertemu rakyat secara bersama.“Turunlah padang secara bersama. Berjumpalah dengan orang ramai dan fahamilah apa yang mereka mahu daripada kita dan penuhilah permintaan mereka,” katanya.

Ditanya tentang kelebihan BN, beliau berkata parti gabungan itulah yang membina Malaysia dan membawa pembangunan yang membolehkan rakyatnya meningkatkan taraf hidup serta menikmati kehidupan lebih sejahtera.

Bagaimanapun, terdapat beberapa sungutan, khususnya daripada masyarakat India, yang perlu diberi perhatian sebelum pilihan raya umum diadakan, katanya

Panas!!! Tiga lagi Ahli Parlimen BN akan keluar parti – Lajim



BEAUFORT 14 Ogos: Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menghadapi situasi lebih getir selepas sambutan Aidilfitri berikutan tiga lagi wakil rakyatnya akan meninggalkan parti itu.
Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan, mereka akan berbuat demikian secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan lagi.

“Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.

“Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar,” katanya kepada Keadilan Daily.

Kata Lajim, seramai 18 daripada 35 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Beaufort turut menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.

“Beberapa lagi Ketua Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .“Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai,” katanya.

Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno BN Beaufort dan menubuhkan PPS yang menyokong Pakatan.

Pada 30 Julai lalu, Lajim digugur dari jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala keahliannya dalam Umno akan ditentukan kemudian.Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong Pakatan.

Ini menjadikan gerakan menukar kerajaan negeri digerakkan dua komuniti terbesar di Sabah iaitu Melayu-Islam melalui PPS dan Kadazan-Dusun-Murut melalui APS.

Panas! Seorang Lagi Tokoh Umno Akan Tinggal Parti Di Sabah?


Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah katanya bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim semalam tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu.

Mungkin ia ada kena mengena dengan kunjungan pintas Najib Razak kelmarin. Namun begitu tidak ada maklumat mengesahkan apakah tokoh berkenaan ada bertemua dengan Najib.

Tindakan tokoh Umno ini akan menambahkan lagi goncangan politik di Sabah. Beliau yang merupakan tokoh boleh menarik sokongan Melayu akan memberi kesan besar kepada Umno. Penghijrahan beliau kelak akan menjadikan Umno Sabah ketiadan tokoh veteran yang menjadi perintis asal Umno di negeri berkenaan.

Tokoh-tokoh Umno Sabah kini seperti Musa Aman, Shafei Afdal adalah tokoh baru yang muncul selepas Umno menang di Sabah.

Mengenai tokoh Umno itu mungkin beliau akan mengistyharkan lepas raya kelak sempena dengan himpunan besar-besaran Pakatan Rakyat yang akan dirangkakan selepas raya.