17 Ogos 2012

Panas!!! Pembangkang Sabah Sudah ada Kabinet Bayangan ?

SIAPA JENDERAL PEMBANGKANG KETUAI PRU-13?


Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH

PEMBANGKANG Sabah sememangnya dipenuhi dengan pemimpin yang hebat dan vokal seperti Datuk Jeffrey kitingan, Datuk Yong Teck Lee, Jimmy Wong, Christina Liew, Dr Hiew King Cheu, Hj Ansari Abdullah, Ahmad Tamrin Jaini, Hj Hamzah Abdullah.

Barisan ini diperkukuhkan lagi dengan wira sabah yang berani serta dipuji oleh semua rakyat Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.

Kesemua pemimpin pembangkang ini adalah antara senarai harapan rakyat Sabah kali ini. Persoalan kita sekarang, siapakah di antara mereka yang terbilang ini, akan mengetua barisan pembangkang dalam pertempuran sengit di medan perang 60 Kawasan Dun nanti?

Pembangkang mesti mencapai kata putus dan sepakat mewujudkan satu Gagasan pembangkang yang kuat serta senarai calon yang boleh diterima oleh semua gabungan pembangkang di 60 Dun nanti.

Calon pembangkang kali ini mestilah boleh diterima oleh semua gabungan dan peluang menang mesti 100%, malah kesemua calon pembangkang ini adalah bersih dari disyaki perasuah, kaki betina, kaki judi dan paling penting, mempunyai prinsip dan maruah, agar tidak mudah menjadi siluman katak lagi.

Berbalik soal, siapa bakal Jenderal yang akan mengetua pembangkang kali ini, Jenderal ini juga

bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. Andainya pembangkang menang simple majoriti kali ini, (kenapa saya katakan simple majoriti), kerana diramalkan PRU 13 kali ini, adalah sangat sengit dan 'head to head', sama ada BN atau PR dapat membentuk kerajaan baru Sabah nanti; adalah hanya menang dengan kedudukan 33 vs 27.

Persoalannya, siapakah Jenderal yang boleh mengetuai pasukan penggempur ini dan boleh diterima semua? Adakah Datuk Jeffery atau Datuk Yong Teck Lee atau Datuk Lajim Ukin atau Datuk Wilfred Bumburing atau Hj Ansari atau Hj Tamrin?

Majoriti rakyat Sabah, sememangnya sangat berbangga dengan pahlawan-pahlawan yang disebutkan di atas tadi, tetapi pada hakikatnya, seorang 'Ketua' mesti dilantik sebagai Jenderal untuk ke medan perang nanti.

Datuk Dr Jeffery Kitingan, semestinya difikirkan sesuai dan orang yang layak mengetua gabungan kesemua pembangkang ini. Pakatan Rakyat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semestinya memberi peluang kepada pemimpin yang hebat serta berani bercakap atas dasar fakta ini, serta Dr Jeffrey ini sangat tepat mengetuai gabungan ini kerana ia setanding dengan 'kepala hotak' Tun Dr Mahathir Mohammad, dan abang kandungnya sendiri, Datuk Pairin.

Dengan kelulusan PhD, dirasakan beliau layak. Bagaimanapun, pemimpin lain mesti mencapai kata sepakat ini dan menerima Dr Jeffery sebagai Jenderal mereka; demi masa depan dan harapan rakyat Sabah untuk menukar kerajaan dan Ketua Menteri Sabah.

Kebijaksaan semua pemimpin pembangkang Sabah kali ini, bakal diuji. Jika pembangkang Sabah kali masih gagal mencapai kata sepakat itu, maka harapan rakyat Sabah akan hancur berderai.

Oleh itu, pembangkang Sabah mesti sedia bertolak ansur serta bercita-cita besar dan merangka satu senarai 'Kabinet Bayangan' yang setanding dengan kabinet sekarang ini supaya rakyat boleh bayangkan menteri-menteri dari PR ini nanti.

Kabinet Bayangan yang boleh memberi inspirasi baru kepada rakyat Sabah, mungkin seperti senarai berikut;

Ketua Menteri - Datuk Dr Jeffery kitingan (STAR)

Menteri di JKM 1 - Dr Hiew king Chew (DAP)
Menteri di JKM 2 - Ahmad Tamrin (PKR)

Timbalan KM - Hj Ansari Adullah (PKR) merangkap Menteri Kewangan
Timbalan KM - Jimmy wong (DAP) merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian
Timbalan KM - Datuk Wilfried Bumburing (SRF) merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan.

Menteri Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Lajim ukin (APR).

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Danial John Jambun (STAR)

Menteri Pembangunan Infrastruktur - Christina Liew (PKR)

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Alam Sekitar - Hj Hamzah Abdullah (PAS)

Menreri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna - Edward Mujie ( DAP )

Menteri Belia Dan Sukan - Hj Amde sidik ( SAPP )

Senarai kabinet bayangan pembangkang ini hanyala satu ilham dan satu harapan rakyat Sabah, untuk menumbangkan Kerajaan BN yang gagah perkasa ini, serta kabinet ini diharapkan akan meyayukan kesemua pemimpin pembangkang Sabah kali ini.

INI KALI LA KITA TUKAR BAJU BARU!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan