14 Ogos 2012

Najib dengar Sifu nie kata...Jangan Pandang Rendah Kekuatan Pembangkang

Tidak boleh pandang rendah kekuatan pembangkang – Datuk Seri S.Samy Vellu


Barisan Nasional (BN) dijangka menghadapi ‘tentangan sengit’ untuk memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum ke-13, walaupun ia memiliki kelebihan sebagai parti yang membangunkan negara, kata bekas presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.”Pilihan raya kali ini penting dan BN perlu bekerja keras untuk meraih majoriti lebih besar. Kami tak boleh memandang rendah kekuatan pembangkang,” katanya.

Dalam wawancara dengan Bernama di sini, ahli politik veteran ini berkata parti komponen BN perlu berganding bahu dalam semua perkara agar orang ramai memahami perubahan yang dibawa BN melalui pemimpinnya Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Memang ada sungutan sebelum ini, tapi Perdana Menteri berusaha untuk menebus kelemahan pada masa lepas,” kata beliau yang berada di sini untuk mengadakan perbincangan dengan Menteri Perkapalan India GK Vasan tentang projek pembangunan di bawah kementerian itu.

Samy Vellu mengadakan perjumpaan dengan Vasan atas kedudukannya sebagai Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Tenggara Mengenai Infrastruktur di New Delhi, India.

Samy Vellu berkata semua parti komponen BN perlu bertemu rakyat secara bersama.“Turunlah padang secara bersama. Berjumpalah dengan orang ramai dan fahamilah apa yang mereka mahu daripada kita dan penuhilah permintaan mereka,” katanya.

Ditanya tentang kelebihan BN, beliau berkata parti gabungan itulah yang membina Malaysia dan membawa pembangunan yang membolehkan rakyatnya meningkatkan taraf hidup serta menikmati kehidupan lebih sejahtera.

Bagaimanapun, terdapat beberapa sungutan, khususnya daripada masyarakat India, yang perlu diberi perhatian sebelum pilihan raya umum diadakan, katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan