04 April 2015

HELIKOPTER AWAM TERHEMPAS DI KAJANG , 6 MANGSA DIPERCAYAI MAUT


Pautan kekal imej terbenam


Helikopter Terhempas, VIP Antara Terkorban

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 6:04 PM -update
Oleh: MSTAR


PETALING JAYA: Sebuah helikopter yang dipercayai membawa seorang bekas menteri Kabinet terhempas di Jalan Sungai Lalang - Kampung Pasir Baru Semenyih pada petang Sabtu.

Maklumat awal Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor memberitahu bahawa sekurang-kurangnya dua terkorban dalam insiden itu.

Difahamkan bekas menteri tersebut ialah Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Helikopter berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.

Operasi menyelemat membabitkan tiga balai iaitu Balai Bomba Semenyih, Balai Bomba Bangi dan Balai Bomba Kajang. ~Mstar


Sebuah helikopter dipercayai membawa enam penumpang terhempas di Jalan Sg Lalang - Kg Pasir Baru, Semenyih pada pukul 4.45 petang tadi. Lima daripada penumpang dipercayai maut manakala nasib seorang lagi penumpang masih belum diketahui.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.

"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian. ~sumber


BERNAMA ‏@bernamadotcom

Tiga mayat dijumpai di tempat kejadian helikopter terhempas di Sungai Lalang Semenyih - JPAM


KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih sebentar tadi.

Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata jumlah penumpang belum dapat dipastikan, laporThe Star.

Pasukan bomba Kajang dilapor telah dihantar ke lokasi.


Helikopter ditemui dan terdapat 2 mangsa rentung & maklumat awal mangsa tidak dapat dikenalpasti lagi: Bomba Selangor

Dua dipercayai maut helikopter terhempas di Semenyih


SEMENYIH: Dua dipercayai maut dalam insiden sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, di sini, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang.

Dua mangsa yang dilaporkan berada dalam helikopter terbabit dipercayai rentung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu petang tadi.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, maklumat terperinci berkenaan status milik helikopter itu masih belum dapat dipastikan. ~BH

MENYUSUL LAGI

KALI KEDUA Dr. M KELUAR UMNO?

Putaran karma, Dr M keluar Umno lagi?



Selepas berbulan-bulan mengasak sedikit demi sedikit, Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengisytiharkan serangan terbuka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih menarik serangan itu dilancarkan sehari sebelum ulang tahun keenam pentadbiran Najib sebagai perdana menteri, yang jatuh pada hari ini.


Langkah itu dilihat usaha keduanya untuk menjatuhkan perdana menteri, yang berjaya pada kali pertama. Ironinya ia menguntungkan Najib ketika itu.

Ketika itu, Mahathir percaya bahawa Najib pemimpin terbaik untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan persoalan sekitar pembunuhan Altantuya Shaariibuu tidak timbul.

Bagaimanapun, ketika menantunya, graduan Oxford yang sering dirujuk antara “budak tingkat empat”, dikatakan mempengaruhi pentadbiran Abdullah, Mahathir pun membuka silatnya.

Malah, beliau yang sering berdepan cemuhan “tidur” ketika bertugas, Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah, dikatakan mula menyudutkan Mahathir daripada politik negara ini.

Abdullah malah menghadiahkan BN kejayaan besar dalam pilihan raya umum 2004, yang dikenali sebagai “gelombang biru”.

Kisah Pak Lah

Mahathir sudah tentu tersentak dengan perkara itu.

Lebih-lebih lagi media arus perdana tidak lagi memberikan ruang kepadanya sehingga terpaksa bercakap kepada sumber berita alternatif seperti Malaysiakini, portal berita ini.

Bagaimanapun selepas pilihan raya umum 2008, apabila BN kalah teruk sehingga hilang lima negeri ke tangan Pakatan Rakyat, Mahathir mengintai peluangnya, dan memanfaatkannya dengan baik.

Pada Mei tahun itu, seluruh negara terkejut.

Mahatir dan isterinya Tun Siti Hasmah Ali, anaknya Datuk Mokhzani dan veteran politik Tan Sri Sanusi Junid keluar Umno Baru.

Mahathir mengasaskan Umno Baru pada 1988 selepas Umno sebelum itu diharamkan.

Mahathir juga menggesa anggota Umno bertindak sama untuk memberikan tekanan kepada Abdullah supaya berundur.

Langkah itu sudah pasti tidak disangka-sangka Abdullah (atas) kerana Mahathir sendiri yang menamakannya sebagai pengganti.

Borang, yuran RM2 pada Najib

Pada 4 April 2009, sehari selepas Najib menjadi perdana menteri, Mahathir kembali ke pangkuan Umno dengan menyerahkan borang permohonan dan yuran keanggotaaan RM2 kepada Najib.

Dengan wajah ceria Najib berkata kemasukan semula Mahathir sudah pasti mengukuhkan kembali parti pemerintah.

Bagaimanapun, Mahathir ketika ditanya sama ada akan sentiasa bersikap kritis terhadap pentadbiran kerajaan, menjawab:

"Saya akan sentiasa kritis bila Umno buat salah."

Tiada siapa ketika itu menjangkakan Mahathir akan mengotakan janjinya.

Sekarang, roda karma berputar kembali dan Najib kita berada di tempat Abdullah – genting menunggu serangan penghabisan.

Hari ini media arus perdana kembali tidak mengendahkan Mahathir – perdana menteri selama 22 tahun.

Tetapi adakah lelaki yang sering dirujuk sebagai negarawan oleh banyak orang itu akan keluar Umno sekali lagi?

Adakah akan ada protes kali kedua sebegitu?

KUOTA BERAS ST15 : TOCI ATAU ORANG TENGAH SAPU KUOTA?


Program subsidi beras ST15: Syarikat basikal, kedai racun dapat kuota?

Noridan Spee Yee menunjukkan jadual subsidi yang ditanggung kerajaan, termasuk subsidi beras ST15.

Program beras subsidi Super Tempatan (ST) 15 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu digantung sementara bagi 'membersihkannya' daripada segala penyelewengan dan kepincangan yang sedang berlaku ketika ini, menurut syarikat DCT Beras (M) Sdn. Bhd.

Syarikat yang merupakan pembungkus serta pemborong beras terbesar di utara tanahair dan pengerusi eksekutifnya, Datuk Noridan Spee Yee mengakui beliau merupakan salah seorang 'mangsa' kepada kepincangan yang berlaku di dalam program itu.

"Program subsidi beras Super Tempatan 15 itu perlu digantung sementara sebagaimana dicadangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk membersihkannya daripada segala kepincangan yang berlaku ketika ini.

"Program ini pincang sehinggakan ada syarikat basikal, kedai racun dan syarikat yang tiada kilang membungkus beras juga mendapat kuota beras subsidi tempatan. Di mana silapnya,? kata Noridan pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Beliau yang melabur kira-kira RM5 juta mendirikan kilang serta membeli pelbagai peralatan, bagi layak untuk menyertai program beras subsidi itu sebagaimana syarat oleh kementerian yang mahukan syarikat yang benar-benar kukuh terlibat dengan program tersebut.

Syarat dan perintah tetap oleh kementerian mahukan hanya mereka yang berkelayakan dan kukuh terlibat dengan program itu.

Pada mulanya DCT Beras dan anak syarikatnya, Maal Hijrah diberikan kuota beras subsidi sebanyak 650 metrik tan sebulan, tetapi kuota itu dikurangkan kepada hanya 200 metrik tan sebulan awal tahun ini tanpa sebarang alasan oleh kementerian, katanya.

Disebabkan pengurangan kuota beras subsidi itu, tambah beliau, syarikat kini mengalami kesukaran untuk meneruskan beroperasi, malah berdepan dengan kerugian.

"Apa yang lebih menakjubkan, saya dan rakan-rakan pemborong beras subsidi kini terpaksa berurusan dengan 'orang tengah' atau digelar 'Toci' yang menawarkan kuota beras subsidi tetapi dengan bayaran tertentu," dakwanya.

Sudahlah kuota beras subsidi dikurangkan sesuka hati dan tanpa alasan, mereka kini terpaksa pula membayar untuk mendapatkan kuota beras subsidi yang meningkatkan kos operasi syarikat, sekali gus membuatkan mereka rugi, kata Noridan.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) supaya tidak 'menegakkan benang yang basah' dengan menyanggah kenyataan PAC tentang keperluan untuk menggantung sementara program beras subsidi ST15 itu.

Semalam Presiden Barim, Ismail Awang menyifatkan kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mahukan program itu digantung kerana tidak mencapai sasaran, sebagai tidak tepat dan mahukan ia diteruskan.

Barim dan Presidennya kata Noridan, sepatutnya membela kebajikan anggotanya seperti beliau. - MalaysiaGazette

03 April 2015

HARGA MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH PUN NAIK KERANA GST

Sekolah keluar surat harga makanan kantin naik

SURAT sekolah makluman harga makanan kantin naik

Baru semalam Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan, kecohnya satu Malaysia tentang kenaikan harga barang naik, baik di pasar raya mahupun kedai runcit.

Itu belum lagi kedai-kedai kaki lima dan warung-warung jual makanan.

Kalau ikut kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, hanya barang tertentu sahaja yang akan dinaikkan harga malah banyak yang akan diturunkan sebaik GST dimulakan.

Malangnya apa yang berlaku, semua barang naik harga, tak ada satu pun yang turun melainkan ada peniaga yang memahami masih mengekalkan harga lama.

Tetapi berapa ramai peniaga yang memahami untuk tidak menaikkan harga?

Hendak menafikan kata-kata Ahmad Maslan pun susah sebabnya, memang harga barang semuanya naik dan tidak ada yang turun.

Cuma yang boleh diterima akal seperti kata seorang ibu tunggal, ada kemungkinan peniaga-peniaga sedang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dengan menggunakan alasan terpaksa kerana GST.

Memang masuk akal kalau ada peniaga yang mengambil kesempatan ini tetapi apa daya kita sebagai pengguna yang mahu atau tidak terpaksa keluarkan duit untuk bayar barang yang dibeli.

Apakah ada mekanisme lain yang boleh menyekat para peniaga daripada menaikkan harga barang walaupun tidak terbabit dengan GST?

Itulah jawapan yang menteri perlu jawab. Itu bab peniaga yang melibatkan orang awam tetapi bagaimana pula dengan kantin sekolah yang melibatkan pelajar sepenuhnya ditanggung oleh ibubapa?

Memang tidak wajar jika kantin sekolah pun menaikkan harga makanan yang dijual kepada murid-murid, tetapi kerana GST sebuah sekolah di Kedah terpaksa menaikkan harga makanan.

Surat makluman telah dikeluarkan oleh sekolah terbabit yang ditandatangani guru besarnya dan ini bermakna, pihak sekolah sekali gus merestui kenaikan harga makanan tanpa perlu merujuk kepada ibubapa.

Biarpun tarikh kenaikan harga makanan di kantin sekolah itu hanya akan dimulakan pada 5 April, perkara asasnya adalah kenaikan harga makanan tetap akan berlaku.

Agak susah nak percaya tetapi hakikatnya, rakyat terpaksa menelan semua kenaikan harga yang kini bukan lagi enam peratus yang dikaitakan dengan GST yang mungkin menyaksikan kenaikan harga yang lebih daripada itu. - MalaysiaGazette

02 April 2015

NAK URUS BERAS NASIONAL (ST15) PUN KELAM KELIBUT?


Hasil carian imej untuk beras st15
'Jangan kerana seekor nyamuk, kelambu dibakar'

Penggantungan sementara program subsidi beras Super Tempatan (ST) 15 seperti dicadangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjejaskan lebih 300,000 keluarga dan 15,000 peruncit di seluruh negara, kata Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM), Ismail Awang.

Beliau berkata program itu perlu diteruskan dan pihaknya sedia bertemu dengan PAC untuk berbincang berhubung perkara itu termasuk untuk penambahbaikan kepada sistem sedia ada.

"Kenyataan PAC adalah tidak tepat sepenuhnya kerana program ini memang sampai kepada kumpulan sasar terutamanya golongan memerlukan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Jangan kerana seekor nyamuk masuk, kelambu pula dibakar. Sepatutnya kalau ada kepincangan duduk berbincang dengan kami, kementerian dan Bernas (Padiberas Nasional Berhad) untuk kita cari puncanya," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Dua hari lepas, PAC meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar menggantung sementara program subsidi beras ST15 memandangkan program itu tidak sampai sepenuhnya kepada golongan sasaran.


Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata program itu boleh diteruskan apabila kementerian terbabit mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) baru bagi memastikan program subsidi itu dinikmati golongan sepatutnya.

Mengulas mengenai perkara itu, Ismail yang mewakili lebih 200 anggota BARIM berkata terdapat jawatankuasa kawal selia padi beras di bawah kementerian yang memantau pemborong.

"Pemborong ada surat akujanji dan mana-mana pemborong yang melanggar akujanji itu boleh digantung lesen.

Pemborong juga perlu memberi laporan setiap bulan kepada jawatankuasa kawal selia di setiap negeri atau cawangan mengenai ke mana beras itu dihantar," jelasnya.

Sejak program itu diperkenalkan lapan tahun lepas, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerima peruntukan sebanyak RM528 juta untuk diagihkan kepada 895 pemborong beras seluruh negara.

Ketika ini kuota beras ST15 untuk Semenanjung adalah sebanyak 40,000 tan metrik sebulan manakala 20,000 tan metrik diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak. - Bernama

STESEN TV DIGITAL PERTAMA DI MALAYSIA BUANG 50 PEKERJA


50 kakitangan jabatan berita, studio ABNXcess hilang kerja


Kira-kira 50 kakitangan Jabatan Berita dan studio ABNXcess, stesen televisyen kabel digital pertama negara akan ditamatkan perkhidmatan selepas menutupan unit berita itu.

Penamatan perkhidmatan kakitangan itu dimaklumkan selepas perjumpaan pengurusan Acess dengan kakitangan petang kelmarin.

Kesemua pekerja terlibat telah diberi notis sebulan.

Kakitangan ABNXcess yang terlibat dalam penamatan kerja itu memaklumkan kepadaMalaysiaGazette keputusan pengurusan organisasi media itu terpaksa diterima dengan berat hati kerana tidak ada pilihan.

Tambah kakitangan itu, mereka tidak diberi pampasan kerana keputusan itu bukan melibatkan pengecilan operasi tetapi jabatan terlibat ditutup.

"Tetapi kami diberi jaminan gaji bulan Mac dan April akan dibayar," katanya yang mengakui keputusan ABNXcess bukan mengejutkan.

Katanya, organisasi media itu dipercayai mengalami masalah kewangan berikutan kelewatan syarikat itu membayar gaji kakitangan sejak enam bulan lalu.

"Sebelum ini setiap 7 haribulan kami menerima gaji tetapi sejak enam bulan lalu, gaji kami dibayar pada pertengahan bulan," tambahnya.

Bagaimanapun, kakitangan itu memberitahu, jabatan-jabatan lain dalam ABNXcess dan perniagaan jalur lebar masih beroperasi seperti biasa. - MalaysiaGazette

01 April 2015

SEBELUM BUAT AIRPORT ANTARA BANGSA BOLEH TOLONG TAMPUNG JALAN BERLUBANG-LUBANG DULU KUT, KATA BANDARAYA...

Jalan Di Kompleks Shahab Perdana (pintu masuk negeri). 

Isu Pertama di ARK setahun yang lalu masih gagal diselesaikan oleh pihak berwajib, PBT serta Kerajaan Negeri. Jalan-jalan yang rosak pernah dibaiki sebelum raya tahun lalu, tetapi tidak mendatangkan hasil apabila seperti melepaskan batuk di tangga, keadaan jalan di dalam kompleks ini semakin teruk dan membahayakan pengguna. 

Exco juga pernah berjanji akan selesaikan, tapi sehingga hari tiada apa-apa perubahan ke arah kebaikan berlaku. Menagapa ia tidak dipandang serius oleh pihak berkenaan?





Jangan nanti ada yang pi menabuq benih padi pulak......


31 Mac 2015

BEKAS ADUN KEDAH CUMA TERIMA PENCEN RM2,000 SEBULAN...KESIAN NAK MAKAN APA KALAU BANYAK TUH....


Mungkin Sudah Tiba Masa Naikkan Gaji ADUN Kedah, Kata Mukhriz


ALOR SETAR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Kedah tidak menolak kemungkinan akan mengikuti jejak beberapa negeri lain yang menaikkan gaji asas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata isu mengenai semakan semula gaji asas ADUN Kedah dibincangkan dalam mesyuarat exco sebelum ini dan akan dibahaskan juga dalam persidangan DUN bulan depan.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk disemak semula (kadar gaji asas) anggota dewan di Kedah. Kita akui bahawa kadar gaji asas ADUN Kedah adalah antara terendah. Kita mungkin tidak boleh mengelaknya," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Kedah, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menutup secara rasmi persidangan tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah di sini, yang turut dihadiri Yang Dipertua Mubarak Negeri Kedah Datuk Abdul Rahman Ibrahim dan Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Mukhriz bagaimanapun berkata jika semakan semula gaji asas ADUN Kedah itu dipersetujui, ia akan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri dan tidak menyamai kadar kenaikan sebagaimana di negeri-negeri yang lebih berkemampuan.

Ia tidak akan menyamai kadar gaji asas yang dinikmati oleh ADUN di negeri-negeri seperti Johor, Selangor dan Pulau Pinang, katanya.

Mukhriz berkata kenaikan kadar gaji asas ADUN Kedah itu adalah perlu berikutan bebanan kerja dan tanggungjawab yang dipikul mereka pada ketika ini amat berat.

Selain itu, katanya kenaikan gaji asas itu juga mampu mengelak ADUN tersebut daripada terjebak dengan usaha menambah pendapatan menggunakan unsur yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Terdahulu Abdul Aziz dalam ucapannya meminta Mukhriz menimbangkan cadangan Mubarak Kedah supaya gaji ADUN negeri itu dinaikkan kerana ia turut akan memberi kesan terhadap kadar pencen yang diterima oleh anggotanya.

Abdul Rahman, yang ditemui pemberita selepas itu, berkata pada ketika ini kadar pencen penuh yang diterima oleh bekas ADUN Kedah yang berkhidmat lebih 72 bulan adalah RM2,000 sebulan.


Kadar pencen penuh itu berdasarkan kepada gaji bulanan yang diterima mereka ketika menjawat jawatan sebagai ADUN iaitu sebanyak RM4,000 sebulan dan RM6,000 sebulan untuk ADUN yang turut menjadi anggota Exco negeri, katanya.

Mubarak Kedah, katanya, mencadangkan supaya gaji asas ADUN Kedah dinaikkan kepada RM8,000 sebulan, bagi membolehkan bekas wakil rakyat di negeri itu menerima pencen bulanan sebanyak RM4,000. -- BERNAMA


meh kita berhibur sebelum kena GST......esok


PEMBUANGAN 6000 PEKERJA MAS TIDAK DAPAT DIELAKAN LAGI

MAS tidak dapat elak berhentikan kakitangannya


Datuk Seri Ong Tee Keat
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) berdepan situasi sukar dan rancangannya untuk mengurangkan 6,000 kakitangan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielak dan sebaliknya perlu diteruskan, kata bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat hari ini.

Khazanah Nasional Bhd, yang memiliki MAS, telah melakukan penilaian menyeluruh secara teliti mengikut Pelan Pemulihan bernilai RM6 bilion bagi syarikat penerbangan negara itu dan keperluan mengecilkan tenaga kerjanya adalah sangat kritikal bagi pelan tersebut, katanya.
Ong berkata demikian bagi mengulas bantahan yang disuarakan dalam kalangan kesatuan sekerja MAS yang telah merayu kepada Khazanah dan kerajaan supaya mengabaikan tindakan pemberhentian pekerja besar-besaran yang melibatkan satu pertiga daripada tenaga kerjanya.

"Kita tidak mampu untuk berada dalam zon selesa selama-lamanya. Jika kita katakan yang kita telah melakukan ini sejak beberapa tahun, jadi kenapa kita tidak boleh teruskannya. Jadi apakah pelan pemulihan atau perubahan yang kita bincangkan?," katanya.

"Adakah kita mahu terjerumus dalam perangkap lama yang sama, iaitu berbentuk bantuan kewangan, kita mahu dijamin keluar oleh kerajaan dan adakah itu sahaja.

Justeru, sekarang kita perlu membuat pilihan, apakah ia sekadar dijamin keluar semata-mata atau pemulihan yang tulen dan sangat bermakna bagi kelangsungan syarikat penerbangan negara.

"Saya rasa ini adalah dua perkara utama yang kita perlu putuskan secara muktamad dan tegas demi kepentingan negara," katanya kepada Bernama.

Ong menekankan sejak awal lagi, semua maklum isu pemberhentian kerja sementara tidak dapat dielak dan pertemuan yang mencukupi telah dibuat dengan pelbagai kesatuan pekerja dan langkah pemberhentian kerja bukan menjadi satu isu sekarang.

"Langkah berikutnya selepas ini kemungkinan pemilihan pekerja yang sesuai, dan saya yakin keperluan mendapatkan bilangan pekerja yang sewajarnya bagi menepati bilangan tenaga kerja yang optimum dibincangkan. Ini adalah perkara yang tidak dapat dielak syarikat penerbangan itu.

"Ini bermakna bukan Khazanah mahu sedaya upaya untuk pemberhentian kerja sementara atau pembuangan mana-mana kakitangan, tetapi demi kelangsungan MAS, sama ada kita mahu syarikat baharu iaitu MAS yang baharu terus wujud, terus beroperasi atau sebaliknya," tambahnya.

Antara tujuan pelan penstrukturan semula bernilai RM6 bilion itu adalah supaya syarikat penerbangan tersebut meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun, Khazanah telah menjadikan MAS sebagai syarikat persendirian tahun lepas.

Penstrukturan semula MAS turut melibatkan langkah pengecilan tenaga kerjanya.

Langkah penilaian pekerja yang menyeluruh telah diselesaikan pada awal Februari, melibatkan kira-kira 20,000 kaitangan dengan mengambil kira rekod prestasi, pengalaman, kelayakan, sifat tingkah laku, rekod disiplin, kecekapan, serta aspirasi untuk menyertai MAS NewCo.

Penilaian tersebut juga menyaksikan 500 eksekutif kanan MAS menjalani perbincangan selama tiga jam dengan perunding bebas.

Pusat Pembangunan Korporat yang dijangka memulakan operasi pada 1 April, 2015 akan menyediakan landasan dan peluang bagi penempatan luar serta latihan semula kakitangan MAS yang terlibat.
Pusat tersebut akan menyediakan pekerja yang diberhentikan dengan akses kepada perkhidmatan yang pelbagai, termasuk pemprofilan tenaga kerja, kaunseling kerjaya, latihan asas dan terperinci, kemahiran mencari kerja, keusahawanan, penempatan dan rancangan persaraan.

Langkah terbaru dalam penstrukturan semula syarikat itu adalah pelantikan Christoph Mueller sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang diawalkan daripada Julai kepada 1 Mei.

Hasrat itu membenarkan Mueller mengetuai usaha penstrukturan semula syarikat dan membolehkan masa yang tepat untuk peralihan kepada MAS NewCo, Malaysia Airlines Bhd.

Mengulas mengenai kenyataan kesatuan bahawa aset teras kepada syarikat penerbangan itu adalah "kemahiran, pengalaman dan kesanggupan kakitangan" dan tenaga kerja sewajarnya tidak dianggap sebagai komoditi, Ong mengulangi adalah sia-sia untuk bercakap mengenai sentimen pada masa ini kerana kegagalan bukan lagi satu pilihan dan pelan pemulihan yang sedang dilaksanakan sewajarnya menjadi yang terakhir kepada MAS.

"Ini adalah soal hidup atau mati untuk syarikat itu. Anda mungkin memiliki kepakaran, bakat dan kesemuanya namun, jika tenaga kerja dianggap terlalu berlebihan, anda perlu kurangkannya demi kelangsungan dan ini adalah keputusan sukar yang perlu dibuat.

"Dalam hal ini, kita memberi jaminan 6,000 pekerja itu akan diberi kemahiran, dilatih dan ditugaskan semula. Ini bermakna mereka akan mendapat pekerjaan, kecuali mereka memilih untuk tidak menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

"Selain itu, kerajaan sewajarnya sedar mengenai beberapa faktor utama atas kegagalan kita menguruskan MAS.

"Kita bercakap dari masa ke semasa, perbelanjaan yang membazir, atau kontrak yang akan dianggap tidak kondusif kepada MAS, semua ini perlu dikaji semula. Semua ini telah diperkatakan.

"Sudah tentu tidak adil untuk menyatakan hanya 6,000 orang dijadikan alasan bagi kegagalan MAS," katanya. - Bernama

GST PUNYA PASAL BN KALAH PRU14, TAPI KATA BARANG TURUN


GST: Ada kemungkinan PR ambil alih kerajaan selepas PRU14 - Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan mengambil alih pentadbiran negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mengawal risiko kenaikan harga barang susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 April nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata cabaran paling besar buat BN adalah untuk mengawal orang tengah seperti pemborong dan pengilang yang mungkin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang selepas GST.

“Kita tahu cabaran kerajaan adalah sama ada mampu atau tidak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani kesempatan orang tengah ini.

“Kalau kita lihat semasa kenaikan harga minyak, tidak mudah untuk KPDNKK mengawal kenaikan harga barang ketika itu. Sebab kakitangan KPDNKK ini bukan ramai pun,” ujar beliau dalam satu sidang media semalam di Pejabat Perkasa, di sini.

Selain itu Ibrahim turut berkata polemik cukai GST ketika ini menjadikan masyarakat semakin keliru sama ada ia memberi kebaikan atau tidak apabila ia dilaksanakan nanti.

“Masyarakat akan membuat perbandingan yang mana lebih baik, sama ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atau GST. Namun, apa-pun yang terjadi selepas perlaksanaan GST ini, rakyat harus mendapat hasilnya.”

Beliau berkata jika rakyat tidak gembira selepas pelaksanaan GST nanti, ia merupakan risiko yang dihadapi kerajaan BN pada PRU ke-14 nanti.


LIHAT INFOGRAFIK PERBEZAAN ANTARA GST DAN SST

Lantaran itu, Ibrahim berkata kerajaan harus membuat pertimbangan dengan kadar segera untuk meningkatkan gaji pekerja melalui skim gaji minima bagi mengatasi risiko kos sara hidup tinggi rakyat.

Beliau berkata pihak kerajaan dan masyarakat sebenarnya terlepas pandang terhadap tahap pendapatan gaji di Malaysia yang terlalu rendah.

"Daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia, bahagian gaji dari ekonomi di Malaysia hanya satu per tiga atau lebih kurang 30 peratus. 70 peratus yang lain adalah keuntungan atau pendapatan modal.

"Di negara-negara maju pembahagian antara gaji dan keuntungan adalah terbalik iaitu 70 peratus gaji dan 30 peratus keuntungan peniagaan.

"Jelas daripada data ini menunjukkan bahawa ada ketidakadilan dan keseimbangan berlaku dalam negara kita.

Beliau juga berkata Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya mampu menampung perbelanjaan kira-kira RM50 sebulan dan dasar jumlah pendapatan rakyat perlu seiring dengan kos sara hidup yang sedia ada.

"Untuk mengatasi gejala kos sara hidup yang tinggi dengan gaji rendah, PERKASA mendesak kerajaan dengan segera mengkaji semula dan melaksanakan sepenuhnya dasar gaji minima supaya dinaikkan serta-merta pada tahun ini kepada RM1,200 dari tahap sedia ada RM900 sebulan dan seterusnya kepada paras anggaran RM1,700-RM1,800 pada tahun 2020.

"Hanya melalui cara ini apa yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2015 untuk menaikan tahap nisbah gaji dan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada 40% dapat dicapai. Kalau tidak, ianya hanya sekadar retorik,.

Ibrahim berkata lagi dasar ini bukan menguntungkan masyarakat bumiputra malah semua rakyat dan pekerja di negara ini.


Read more at:SINI

30 Mac 2015

BETUIKE LANGKAWI TIADA GST? LIHAT PESTA HARGA BARANG MULAI NAIK


MENGAPA MENJELANG GST HARGA NAIK TIBA-TIBA...ADAKAH CUKAI DIAMBIL DI PERINGKAT KILANG & PENGEDAR?

MUNGKIN CUKAI TERSEMBUNYI DIKENAKAN?  TAPI TIDAK DIPERINGKAT JUALAN DI KEDAI-KEDAI DI LANGKAWI?


ANDA FIKIRLAH KEBENARANNYA? REALITINYA HARGA TETAP NAIK......


Harga rokok di langkawi telah naik ,  marlboro, dunhill dll rokok dipercayai  naik mulai hari ini. sekartun rm 82 ringgt. . sekotak rm 8.20


Orang Langkawi juga mintak di kenakan GST, mohon Ahli Parlimen Langkawi bawa usul ke dewan rakyat.....


Tips GST.

1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak.

2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (akta ssm) dan juga no pendaftaran GST 12 digit. Jika GST dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.

3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.

4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi.


Peniaga boleh dikenakan denda rm200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli.

APAKAH PUNCANYA GST TERPAKSA DILAKSANAKAN...BACALAH

ADAKAH BN GAGAL BERTINDAK SELAMA INI ATAU AHL-AHLI AKEDEMIK  TELAH DIMANDULKAN?


Menjelang GST, Malaysia diseru keluar perangkap gaji rendah


Malaysia masih memberi keutamaan industri pembuatan dalam usaha mengekalkan kos rendah, dan ini sedikit sebanyak menyebabkan kadar gaji hampir kekal sejak beberapa dekad. – Gambar fail AFP, 30 Mac, 2015.

Di saat rakyat bersedia berhadapan perbelanjaan lebih tinggi dengan penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Rabu ini, mereka bakal merasakan kesan kepada dasar ekonomi Malaysia yang sekian lama mengenakan kadar gaji rendah dan industri tempatan tidak kompetitif.

Gaji rendah tidak membantu kerajaan meningkatkan pendapatannya, kerana hanya 1.7 juta daripada 12 juta tenaga kerja rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan, dan Putrajaya mencari jalan menambah pendapatan dengan cukai penggunaan lebih meluas.

Namun gaji rendah adalah warisan dasar perindustrian Malaysia, menjadikan negara hab pembuatan berkos rendah dan bernilai rendah.

Walaupun ia membantu mengubah ekonomi pada awal 1990an, para pakar kini memberi amaran dasar perindustrian baharu diperlukan, kerana terdapat kebimbangan usaha kerajaan mencapai status negara maju dalam tempoh lima tahun tidak memperbaiki pendapatan kebanyakan rakyat.

Gesaan reformasi sektor pembuatan adalah kunci menyelesaikan masalah gaji rendah, kata Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Yin Shao Loong (gambar, kanan).

Sektor itu menetapkan penanda aras, dibantu sektor minyak, gas dan utiliti, disusuli sektor perkhidmatan, katanya.

"Sektor pembuatan menikmati nisbah jualan yang tinggi bagi setiap pekerja, manakala industri perkhidmatan seperti peruncitan, makanan, dan pentadbiran cenderung mendapatkan jumlah lebih rendah.

"Tetapi jika gaji sektor pembuatan rendah disebabkan penurunan nilai jualan, maka gaji perkhidmatan menyusul," kata Yin.

Masalahnya, kata ahli ekonomi terkemuka Tan Sri Kamal Salih (gambar, kiri), adalah sektor perkilangan kebanyakannya terlibat dalam pemasangan bernilai rendah dan memerlukan sedikit kemahiran, justeru gaji rendah.

"Sebagai contoh, kita menghasilkan komponen yang dihantar ke China yang seterusnya menggunakan komponen itu untuk menghasilkan produk siap yang kemudian dieksport ke Amerika Syarikat."

Dan kerana ia bergantung kepada pekerja asing dari negara miskin yang menerima upah rendah bagi mengekalkan kos rendah, industri ini tidak berupaya menawarkan gaji lebih tinggi menarik rakyat Malaysia.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini mendedahkan 75% daripada 14 juta pencarum masih berpendapatan kurang RM2,000 sebulan dan kira-kira 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan. Pencarum yang berpendapatan melebihi RM5,000 adalah dalam 10%.

Faktor utama ialah mereka bermula dengan gaji rendah tetapi nasib pekerja makan gaji secara perbandingannya tidak bertambah baik.

Terperangkap dalam gaji rendah

Gesaan menggerakkan industri Malaysia dalam rantaian lebih bernilai tinggi bukanlah baharum dan sesuatu yang perlu dilakukan pentadbiran Najib.

Pakar ditemuramah The Malaysian Insider berkata, kesedaran tidak sepadan dengan dasar yang cukup agresif untuk mengemudi industri daripada model bernilai rendah menjadi pengeluar bernilai tinggi.

Kerajaan juga menolak bergantung kepada sektor perkhidmatan, seperti dinyatakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi, mengambil alih daripada pembaharuan sektor pembuatan.

Pada masa sama, agensi kerajaan, kata Kamal, masih meneruskan dasar menggalakkan industri berkemahiran rendah datang ke Malaysia membuka kedai.

"Anda lihat agensi membuka lebih banyak taman perindustrian untuk membawa masuk lebih banyak syarikat asing. Terdapat sedikit desakan dalam industri tempatan untuk melabur semula ke dalam program peningkatan kemahiran, teknikal dan penyelidikan.

"Sebaliknya, apabila syarikat membuat keuntungan, mereka pergi dan membeli hartanah di luar negara," kata Kamal, yang merupakan profesor adjung Fakulti Pengajian Ekonomi dan Pembangunan di Universiti Malaya.

Ini bertentangan dengan kuasa perindustrian baharu seperti Korea Selatan, Jepun dan Jerman yang mengembangkan dasar sektor pembuatan mereka, kata Yin.

"Mereka memupuk industri tempatan dan memilikinya. Kadang-kala mereka bekerjasama dengan syarikat asing yang mempunyai teknologi strategik.

"Bagaimanapun, terlalu bergantung kepada firma-firma asing tidak akan memberi firma tempatan ruang untuk berkembang. Ini adalah sebahagian daripada masalah Malaysia.

"Kita bergantung terlalu banyak pada FDI (pelaburan asing langsung) untuk menolak sektor perkilangan dengan teknologi dan R&D yang kita tidak miliki atau lakukan.

"Oleh itu, kita hanya akan berakhir dengan membuat barangan untuk orang lain."

Insentif kecil

Menurut Yin, insentif tetap sama dan disasarkan menarik pelaburan, bukan menggalakkan syarikat melaksana dan mempertingkatkan prestasi mereka.

"Para pelabur mendapat penangguhan cukai yang lama, air, elektrik, minyak yang murah serta pasaran buruh yang ditindas," katanya, merujuk subsidi kerajaan ke atas utiliti.

"Selain keperluan pemilikan tempatan sebanyak 30%, mereka tidak akan memindahkan teknologi, mencapai sasaran pengeluaran, meningkatkan skala industri mereka kepada nilai tambah yang lebih tinggi (produk)."

Kamal memberi contoh projek Mass Rapid-Transit (MRT) bernilai RM42 bilion di mana peluang hilang dalam menggalakkan pertumbuhan syarikat tempatan.

"Kita mempunyai syarikat yang boleh mengeluarkan kereta dan enjin bagi mereka, dan juga rel. Tetapi sebaliknya kita memutuskan untuk mengimport enjin dan kereta. "

Dasar perindustrian baharu, menurut Kamal perlu menterbalikkan proses ini.

Daripada menggalakkan lebih banyak firma asing masuk ke Malaysia untuk menubuhkan pusat pemasangan berkos rendah, syarikat tempatan perlu diketengahkan melabur lebih banyak wang ke dalam R&D bagi menghasilkan produk yang mempunyai nilai lebih tinggi, kata Kamal.

"Daripada membeli hartanah di luar negara, mereka perlu digalakkan melabur dalam R&D yang lebih berisiko tetapi lebih baik dalam jangka masa panjang."

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N Gopal Krishnam (gambar, kanan) mendakwa, syarikat sering memberi penekanan terlalu banyak kepada pekerja dan bukannya menaik taraf mesin.

"Secara umumnya, kebanyakan mesin di kilang-kilang kita sudah berusia dan membeli mesin terpakai pada permulaannya. Mereka tidak sanggup berhabis untuk menaik taraf mesin.

"Mana-mana kilang, pekerja sebenarnya menyumbang kira-kira 20% kadar pengeluaran.

"Namun, Bank Dunia melaporkan kadar pengeluaran di Malaysia meningkat sebanyak 6.7% daripada 10 tahun yang lalu. Tetapi gaji hanya meningkat sebanyak 2.1%," kata Gopal.

Yin percaya satu lagi cara adalah dengan memberi subsidi, sama ada dalam bentuk utiliti atau tanah, kepada syarikat yang memenuhi sasaran pengeluaran tertentu.

Kaedah ini digunakan di Korea Selatan, di mana subsidi hanya diberi kepada syarikat yang mengeluarkan produk cukup baik untuk dieksport ke pasaran dunia.

Namun insentif perindustrian hanya sebahagian daripada penyelesaian, kata Yin, yang menambah sistem pendidikan Malaysia juga perlu dipertingkatkan bagi menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi yang boleh mengeluarkan produk lebih bernilai.

Keluar daripada rantaian bernilai rendah dan bergerak ke depan menuntut pekerja mahir dan ini juga bermakna gaji lebih baik dan pendapatan bagi rakyat Malaysia.

Kesalahan tidak seharusnya diletakkan kepada industri semata-mata, yang turut dikaitkan dengan model kos rendah, kata Yin.

"Pembuat dasarlah yang sebenarnya gagal dalam membawa industri yang mampan. Sebahagiannya kekurangan visi dan keberanian. "

- See more at: SUMBER

29 Mac 2015

SAMBAI SOTONG RM1.60 SEHIRIS SELEPAS GST??

Apabila sambal sotong dijual RM1 sehiris

Gambar sambal sotong yang dimuat naik oleh Oh! Media di laman Facebooknya itu menjadi tumpuan warga internet apabila sambal berkenaan didakwa dijual RM1 bagi setiap satu hiris.


KUALA LUMPUR, 29 Mac:

Sekeping gambar yang menunjukkan hidangan sambal sotong yang dikatakan dijual pada harga yang mahal di sebuah kafe makanan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi viral di media sosial.

Gambar berkenaan yang dimuat naik oleh Oh! Media di laman Facebooknya itu menjadi tumpuan warga internet apabila sambal berkenaan didakwa dijual RM1 bagi setiap satu hiris.

Menurut laman berkenaan, kafe berkenaan sering mencekik darah para pelajar dengan menjual makanan pada harga yang cukup tinggi dan berseloroh dengan mengatakan ia akan dijual pada harga RM1.60 selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).


Rata-rata pengguna Facebook memberikan komen yang negatif ke atas tindakan pemilik kafe berkenaan yang menjual makanan pada harga yang tidak munasabah terutamanya kepada para pelajar.

Cik Sal Lily dalam komennya menyindir pemilik kafe berkenaan dengan mengatakan harga sambal sotong berkenaan tidak sepatutnya dijual pada harga berkenaan.

“Amboi mahalnya. Kalau makan sotong ni kena kemam je dalam mulut dua atau tiga hari sebab mahal sangatkan, sayang hendak telan,” katanya.

Mankala Fadzlynn Type R pula menasihatkan pemilik kafe tersebut supaya tidak menjual hidangan tersebut sekiranya harga sotong di pasaran dijual pada harga yang tinggi.

“Kalau rasa sotong tu mahal, tak payah la jual dan ingat pelajar ini anak orang kaya ke?

“Anak orang kaya pun nak berjimat.. Sepatutnya jual pada harga murah yang mana kemudiannya rezeki pun akan murah kalau kita berniaga sambil bersedekah,” ujarnya.

Read more: SINI

SABAH NERAKA ATAU SYURGA BAGI PATI?

Penentangan terhadap kehadiran warga Pakistan di Sabah semakin panas


FOKUS SABAH: Rakyat Malaysia di negeri Sabah, bumi yang senantiasa dilanda masalah yang berpunca dari kehadiran ramai pendatang asing tanpa izin, sekarang ini bersedia menentang pendatang dari Pakistan pula, terutamanya mereka yang memegang pas lawatan sosial jangka panjang yang meragukan.


Malah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum sendiri meluahkan kerisauan tentang kehadiran mereka dan beliau bingung mengapa begitu ramai warga Pakistan datang ke negeri ini berbanding di semenanjung atau Sarawak.

“Anda dapat melihat mereka di mana saja di dalam bandar dan ramai daripada mereka (warga Pakistan) di dalam negeri ini...kita tidak tahu mereka mempunyai dokumen yang sah atau sebaliknya,” kata Malanjun dan beliau mahu pihak berkuasa membuat pemeriksaan dokumen terhadap semua warga Pakistan yang berada di Sabah.

Hakim Besar dua negeri Borneo menyatakan komen ini di mahkamah di Kota Kinabalu pada 25 Mac semasa menghakimi kes melibatkan permohonan semakan semula oleh pendakwaan terhadap hukuman yang dikenakan kepada lima orang warga Pakistan kerana menggunakan visa dan pas lawatan sosial yang diterima menggunakan butiran palsu.

Pada ketika itu juga beliau berkata, “Saya ingin membuang persepsi yang ianya mudah buat warga asing masuk dan tinggal di negeri ini dengan dokumen yang salah.” Ketika prosiding, Malanjum memberi amaran kepada lima orang warga Pakistan di hadapan beliau supaya tidak sewenang-wenangnya masuk ke negeri itu jika mereka tiada dokumen yang sah.

“Jangan datang ke Sabah jika anda tidak mempunyai dokumen yang sah...berithu rakan anda atau tulis surat mengenai perkara ini...beritau mereka yang Sabah ini neraka,” beliau menambah.

Kes ini telah adalah susulan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penipuan duit-untuk-visa melibatkan kakitangan imigresen di pantai timur Sabah yang didedahkan pada Februari.

Laporan berita pada 7 Feb mendedahkan bahawa lapan pegawai imigresen, kebanyakannya rakyat Sabah, antara 11 orang yang ditahan oleh SPRM untuk disoalsiasat berhubung pengisuan pas lawatan sosial jangka panjang yang meragukan kepada warga Pakistan.

“SPRM telah menangkap kebanyak pelaku utama dan sedang menjejak mereka yang telah menggunakan perkhidmatan untuk mendapatkan pas lawatan sosial jangka panjang. Kami tidak boleh mendedahkan terlalu banyak maklumat kerana ini akan mengganggu siasatan terutamanya ramai yang telah mula menyorok,” seorang sumber SPRM memberitahu Daily Express.

Antara yang dipanggil untuk disoal siasat adalah tujuh pegawai daripada Jabatan Imigresen di Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Seorang kerani wanita dan dua orang warga Pakistan, salah seorang yang dipercayai orang tengah penipuan ini, turut ditahan untuk disoal siasat.

Beberapa warga Pakistan juga dibawa untuk disoal siasat kerana mengaku telah mendapatkan visa mereka dengan butiran yang salah dan mendakwa mereka telah mengahwini wanita tempatan.

Ketika tahanan awal ke atas empat pegawai imigresen dan kerani wanita pada Februari, SPRM merampas dua cek berjumlah RM175,000 dan RM7,500 dalam serbuan di rumah suspek, dan merampas wang tunai sebanyak RM50,000 dan beberapa fail berkaitan dengan kes daripada pejabat imigresen Lahad Datu untuk siasatan.

Dalam kes di Kota Kinabalu minggu ini, Malanjum menyatakan bahawa sesetengah warga Pakistan mungkin terlibat dengan penyeludupan manusia. Untuk mencapai matlamat ini, beliau tertanya-tanya sama ada terdapat sindiket membawa masuk warga Pakistan ke Sabah atau orang di pihak berkuasa telah memanipulasi sistem imigresen.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nik Syahril Nik Abdul Rahman, yang turut hadir ketika prosiding, dilaporkan mengangguk tanda bersetuju. Malanjum kemudian menyoal setiap warga Pakistan di mahkamah bagaimana mereka memperolehi dokumen dan siapa yang membantu mereka mendapatkan dokumen.


Selepas mendengar dari mereka, Malanjum memanjangkan hukuman mereka. Selain lima orang warga Pakistan yang dibawa ke mahkamah yang mempunyai kaitan dengan penipuan visa, terdapat beberapa lagi warga Pakistan dijangka akan dibawa ke mahkamah di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

Kakitangan imigresen yang terlibat dengan skandal terbaru duit-untuk-visa di Sabah ini, masih dalam siasatan oleh SPRM, dan Ketua Pengarah imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim telah berkata bahawa mereka tidak seharusnya mengharapkan sebarang simpati daripada ketua mereka.

“Mereka kini bersendirian. Jika didapati bersalah, mereka harus menanggung padahnya mengikut undang-undang,” beliau memberi amaran.

Ketua Menteri Datuk Musa Aman telah berkata bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi ke atas apa saja tindakan tidak berintegriti dan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh penjawat awam tanpa mengira jawatan.

Ketika memberi komen terhadap penahanan pegawai imigresen di Lahad Datu kerana disyaki memberi pas lawatan sosial jangka panjang yang diragui kepada warga asing, beliau menyokong jika disabit kesalahan, penalti maksimum haruslah dikenakan supaya memberi pengajaran kepada yang lain

- See more at: SUMBER