Gambar sambal sotong yang dimuat naik oleh Oh! Media di laman Facebooknya itu menjadi tumpuan warga internet apabila sambal berkenaan didakwa dijual RM1 bagi setiap satu hiris.
KUALA LUMPUR, 29 Mac:
Sekeping gambar yang menunjukkan hidangan sambal sotong yang dikatakan dijual pada harga yang mahal di sebuah kafe makanan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi viral di media sosial.
Gambar berkenaan yang dimuat naik oleh Oh! Media di laman Facebooknya itu menjadi tumpuan warga internet apabila sambal berkenaan didakwa dijual RM1 bagi setiap satu hiris.
Menurut laman berkenaan, kafe berkenaan sering mencekik darah para pelajar dengan menjual makanan pada harga yang cukup tinggi dan berseloroh dengan mengatakan ia akan dijual pada harga RM1.60 selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Rata-rata pengguna Facebook memberikan komen yang negatif ke atas tindakan pemilik kafe berkenaan yang menjual makanan pada harga yang tidak munasabah terutamanya kepada para pelajar.
Cik Sal Lily dalam komennya menyindir pemilik kafe berkenaan dengan mengatakan harga sambal sotong berkenaan tidak sepatutnya dijual pada harga berkenaan.
“Amboi mahalnya. Kalau makan sotong ni kena kemam je dalam mulut dua atau tiga hari sebab mahal sangatkan, sayang hendak telan,” katanya.
Mankala Fadzlynn Type R pula menasihatkan pemilik kafe tersebut supaya tidak menjual hidangan tersebut sekiranya harga sotong di pasaran dijual pada harga yang tinggi.
“Kalau rasa sotong tu mahal, tak payah la jual dan ingat pelajar ini anak orang kaya ke?
“Anak orang kaya pun nak berjimat.. Sepatutnya jual pada harga murah yang mana kemudiannya rezeki pun akan murah kalau kita berniaga sambil bersedekah,” ujarnya.
Read more: SINI
Tapi PAS mahu bersekongkol dgn umno terutama Hadi Ping Marang
BalasPadam1.kalau RM1.60 , GST kedai ambil GST 60%
BalasPadam2.Kalau mahal jangan makan disitu. Cari warung yang tiada GST.
3. Kebanyakkan kedai cina yang besar telah tutup perniagaan, atau tukar nama lain. Mereka tak takut GST. Tapi takut income tax. Sebab bila ada GST pekedai tak bileh tipu untung dan rugi lagi. Semua nya dipantau dan tiada penyelewengan