03 Januari 2015

Kongsi Gelap: Tiga Soalan Untuk DS Zahid Hamidi


PKR desak Zahid perjelas peranan ketua judi dalam ‘keselamatan negara’




Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didesak beri penjelasan mengenai peranan ahli judi profesional dalam membantu Putrajaya berkaitan projek keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2015.

Kementerian Dalam Negeri mesti menjelaskan peranan yang dimainkan ahli judi profesional Paul Phua Wei Seng dalam membantu Putrajaya berhubung projek berkait keselamatan negara, kata seorang pemimpin PKR hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berterus-terang mengenai perkara itu dan memberi penjelasan bagaimana dan mengapa Phua terlibat dalam projek seperti itu.

Beliau juga bertanya sama ada surat yang dikatakan ditulis Zahid, mempertahankan Phua, kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), sahih dan benar.

Phua sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan menjalankan operasi perjudian di Caesar’s Palace Hotel, Las Vegas sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia pada pertengahan 2014.

Beliau sebelum ini pernah ditahan dan kemudiannya diusir dari Macau kerana menjalankan operasi perjudian atas talian.

Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post (SCMP) mendedahkan, Zahid secara rahsia menulis sepucuk surat kepada FBI menafikan Phua ialah ahli kongsi gelap 14K dan memohon agar dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

Dalam surat yang ditujukan kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano, Zahid berkata Phua “beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam projek berkaitan keselamatan negara”.

"Seperti ramai di luar sana, saya terkejut membaca laporan berita itu," kata Zahid dalam satu kenyatan hari ini.

Fahmi juga bertanya mengapa Zahid sanggup mempertahan seseorang seperti Phua yang jelas terlibat dengan aktiviti perjudian, tetapi diam seribu bahasa apabila Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atas tokoh ulama Dr Yusuf Al-Qaradawi.

"Sedangkan Al-Qaradawi seorang ulama muktabar yang disanjung tinggi, presiden Persatuan Ulama Sedunia malah Tokoh Maal Hijrah yang diiktiraf kerajaan Malaysia,” katanya.

Pasukan pembela Phua dilaporkan sudah menyerahkan surat Zahid, yang dilabel “sulit dan rahsia”, kepada Mahkamah Daerah Las Vegas di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Peguam Phua, sejak penahanannya pada Julai, dengan konsisten menafikan tuduhan yang anak guam mereka ada kaitan dengan kongsi gelap Hong Kong.

Dalam surat itu, Zahid dikatakan tidak menjelaskan bentuk keselamatan negara yang dibantu Phua dan pejabatnya juga tidak dapat dihubungi bagi mendapat sebarang komen, lapor SCMP.

Phua, 50, dan anaknya, dituduh menjalankan operasi perjudian haram dari Hotel Caesar’s Palace di Las Vegas ketika Piala Dunia di Brazil, Julai tahun lepas.
~TMI



Status berat buat zahid hamidi...!!!
KENYATAAN MEDIA

Kongsi Gelap: Tiga Soalan Untuk DS Zahid Hamidi


Seperti ramai di luar sana, saya terkejut membaca laporan berita bertajuk “Accused gambling kingpin Paul Phua 'assisting Malaysia on matters of national security’” yang disiar South China Morning Post pada 31 Disember 2014 (http://m.scmp.com/…/gambling-kingpin-paul-phua-accused-maki…).

Dalam laporan berita ini, South China Morning Post telah mendedahkan bahawa DS Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri telah secara rahsia menulis sepucuk surat (http://www.scmp.com/…/files/u…/2014/12/30/malaysialetter.pdf)  kepada pihak FBI Amerika Syarikat menafikan bahawa Paul Phua Wei-seng adalah ahli kongsi gelap 14K dan memohon agar dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

Sesiapa yang membaca laporan tersebut akan tahu bahawa Paul Phua sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan menjalankan suatu operasi perjudian di Caesar’s Palace Hotel, Las Vegas sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia pada pertengahan 2014. Beliau sebelum ini pernah ditahan di dan kemudiannya diusir dari Macau kerana menjalankan operasi perjudian atas talian.

Paling memeranjatkan adalah kenyataan DS Zahid di dalam surat kepada FBI yang berkata bahawa Paul Phua telah “beberapa kali membantu Kerajaan Malaysia di dalam projek-projek berkaitan keselamatan negara”.


Di sini saya ingin mengajukan tiga soalan untuk DS Zahid:


1) Adakah surat yang disiarkan South China Morning Post itu sahih dan benar?

2) Memandangkan perwatakan dan sejarah Paul Phua yang pernah ditangkap dan diusir dari Macau kerana aktiviti perjudian, apakah “projek-projek berkaitan keselamatan negara” yang dimaksudkan oleh DS Zahid ini? Mengapakah beliau dilibatkan?

dan

3) Mengapakah DS Zahid sanggup mempertahan seorang seperti Paul Phua yang jelas terlibat dengan aktiviti perjudian, tetapi diam seribu bahasa apabila Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atas Dr Yusuf Al-Qaradawi, seorang ulama’ muktabar yang disanjung tinggi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia malah Tokoh Maal Hijrah yang diiktiraf Kerajaan Malaysia?

Saya harap DS Zahid akan dapat memberikan penjelasan kepada soalan-soalan di atas, demi meleraikan keresahan di kalangan rakyat tentang isu ini.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN merangkap Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN

3 Januari 2015



LAGI KES PENDUDUK KAMPUNG TAMPUNG SENDIRI JALAN YANG BERLUBANG, INI KIRA RAKYAT BELA KERAJAAN.....


JALAN BERLUBANG, DITAMPUNG DENGAN SIMEN, UNTUK KESELESAAN HIDUP PENDUDUK KAMPUNG.

Bila pengundi tidak mahu perubahan beginilah jadinya, tiada tempat untuk bersuara, dah lama bersuara tidak di ambil perhatian, oleh kerana dah lama sangat menunggu, penduduk kampung dengan baik hatinya menampung sendiri jalan yang berlubang dengan simen.Gambar Disebelah/atas berbicara.

Tujuan post adalah untuk tujuan Ahli Parlimen dan DUN ambil berat masaalah penduduk kampung, bila mereka bersusah payah sebegini rupa, bermakna mereka dah tak tahan dah.hmmmmm

Ahli parlimen diletak dlm gambar adalah kerana ini kawasan parlimen beliau, walaupun jalan kampung dibawah kerajaan negeri/Pejabat daerah, ahli Parlimen yang dilantik perlu ambil berat masaalah ini biarpun kecil, tp serius.

Sumber diperolehi :https://www.facebook.com/photo.php…

Sumber dr penduduk yang perihatin.


LEPAS NEH HANGPA PAKAT RAMAI-RAMAI BAYAQ GST PULAK....BERSYUKURLAH HIDUP MASIH AMAN.......

ALOR SETAR : BARU MENGAJI SEKOLAH RENDAH DAH SAKAN MEMBULI...



Kena buli masa rehat

Alor Setar: Video memaparkan sekumpulan lima murid membuli seorang murid lain dipercayai berlaku di sekolah rendah, di sini, viral di laman sosial Facebook sejak semalam.

Video berdurasi satu minit 51 saat berkenaan mendapat lebih 30,000 tontonan sekali gus orang ramai meminta pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya.

Difahamkan, kejadian membabitkan murid berusia 12 tahun itu dipercayai berlaku di dalam kelas pada waktu rehat, September lalu.

Paparan video berkenaan menunjukkan mangsa yang berpakaian sukan duduk atas lantai dan disepak pada badan selain kepalanya turut diletakkan bakul sampah plastik.

Bagaimanapun, mangsa hanya mendiamkan diri tanpa melawan sebaliknya menangis sambil meminta tidak diapa-apakan.

Difahamkan, pihak sekolah sudah berbincang dengan keluarga murid terbabit, pagi ini, yang turut meminta polis memberi amaran keras kepada semua pembuli berkenaan.

Sementara itu, Exco Pendidikan negeri, DatukTajul Urus Mat Zain berkata, beliau sudah dimaklumkan berhubung kejadian dan meminta maklumat lengkap daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Wakil keluarga ditemui enggan memanjangkan kes berkenaan, namun sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tengah hari tadi.

  • - hmetro.com.my

GAMBAR ABANG YANG TERTIDUR DALAM AIR BANJIR VIRAL DILAMAN SOSIAL...PENAT SANGAT? KESIAN


‘BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’.

Nasib yang menimpa mangsa banjir di beberapa negeri di Pantai Timur, Perak, Johor dan Sabah amatlah menyayat hati.

Mereka kehilangan tempat tinggal, harta benda dan paling memilukan ada yang kehilangan insan tersayang.

Lebih simpati, ada mangsa terpaksa tidur di kediaman mereka dalam keadaan paras banjir yang cukup tinggi.

Gambar mangsa banjir ini menarik perhatian kami apabila ianya dikongsi hingga menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial.

Gelagat pak cik ini yang nyenyak tidur dalam keadaan banjir, mengundang simpati ramai yang melihatnya.

Meskipun ada yang berpendapat ianya boleh mendatangkan bahaya dan sebagainya namun jika difikir dari sudut positif, mungkin pak cik ini terlalu penat hingga menyebabkannya tertidur dalam keadaan tersebut.

Rata-rata penguna Facebook, meluahkan simpati sekaligus mendoakan agar situasi segera pulih seperti biasa.

Buat kesemua mangsa banjir, moga terus tabah dalam mengharungi detik-detik getir ini.


INI PULAK  KISAH LAIN  DIBAWAH........

Picture of the day: selepas seminggu jadi sukarelawan meredah sungai dan jurang, berjaga malam dan siang...

Akhirnya collapse imam kita yg tersayang.

Hehehehe...


Putrajaya perlu semak bajet ekoran kemerosotan harga minyak, kata pakar ekonomi



Bajet negara perlu disemak semula untuk ambil kira penurunan harga komoditi, kata pakar ekonomi Tan Sri Dr Kamal Salih.

Di saat Putrajaya bertindak balas kepada kejatuhan harga minyak global dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan dan pelaburan domestik, seorang ahli ekonomi terkemuka memberi amaran belanjawan negara bagi 2015 tidak akan mapan jika ia tidak disemak semula bagi mengambil kira penurunan harga komoditi, yang mana Malaysia merupakan pengeksport utama.

Tan Sri Dr Kamal Salih, Profesor Adjung Pengajian Ekonomi dan Pembangunan di Universiti Malaya berkata, tiada amaun kenaikan cukai dapat mengimbangi sumbangan hasil yang rendah Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada Putrajaya.

"Sudah tentu kerajaan perlu menyemak semula bajet. Andaian harga minyak agak tinggi, dan kini ia perlu dikurangkan ke tahap lebih realistik, terutama apabila harga mungkin turun bagi satu jangka masa yang lama," katanya.

"Bajet semasa tidak mampan sekarang."

Bajet sebanyak RM273.9 bilion bagi 2015 dibentangkan pada bulan Oktober lalu dan diluluskan Dewan Rakyat pada 25 November. Ia disediakan atas andaian harga minyak akan berlegar sekitar AS$100-AS$ 105 setong.

Kerajaan beralih merangsang penggunaan domestik pada 2015 dengan mengarahkan semua syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun mengutamakan pelaburan domestik dan berhenti membuat pembelian aset asing.

Satu surat pekeliling mengenainya bertarikh 26 Disember 2014, ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.

Kamal juga memberi amaran kejatuhan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit, getah dan juga lebihan perdagangan meletakkan tekanan ke atas pendapatan Malaysia dan peluang pekerjaan.

"Sekarang peluang pekerjaan (kadar) menurun lagi. Jadi, jika ada kemelesetan berikutan penurunan harga, kita akan memasuki tempoh deflasi yang mungkin tidak mampu dikendalikan kerajaan," katanya.

Beberapa hari selepas bajet itu diluluskan, Petronas yang menyumbang hampir 40% daripada sumber kewangan negara, memberi amaran kepada Putrajaya agar “mengikat perut”. Firma minyak nasional itu berkata ia menghadapi kemungkinan berkurangnya pendapatan dengan kejatuhan harga minyak mentah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas percaya purata harga minyak mentah Brent antara AS$70 (RM237) dan AS$75 mungkin menjadi "era baru", sehingga akhir tahun depan, jika bukan untuk tempoh dua tahun berikutnya.

"Jika harga minyak kekal pada paras semasa, ia bermakna sumbangan lebih rendah (daripada Petronas) kepada kerajaan. Harga minyak yang lebih rendah akan memberi kesan kepada jumlah cukai dan royalti kepada kerajaan," kata Shamsul dalam satu kenyataan pada 28 November.

Keuntungan sebelum cukai Petronas susut 12% kepada RM22.8 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September 2014, berbanding RM25.9 bilion pada suku yang sama sebelumnya. Pendapatannya juga susut sebanyak 1% kepada RM80.4 bilion daripada RM81.4 bilion tahun lepas.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong memberitahu Dewan Negara pada 8 Disember, bajet itu tidak akan disemak semula memandangkan sasaran defisit fiskal 3% pada 2015 tidak akan terjejas.

Beliau berkata, penurunan hasil minyak akan diseimbangkan dengan pelaksanaan pengurangan pembayaran subsidi bahan api pada 1 Disember kepada sistem apungan terurus bagi menentukan harga petrol RON95 dan diesel.

Walaupun Malaysia tidak mungkin berhadapan satu lagi krisis kewangan seperti 1998, hutangnya masih tinggi dan ini mewujudkan situasi berbeza, kata Kamal yang juga pengarang bersama Laporan Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia yang dikeluarkan tahun lalu.

Kamal berkata, selain menyemak semula bajet berkaitan hasil minyak, kerajaan perlu mewujudkan "dasar ekonomi baru yang pragmatik" untuk menangani kadar ketidaksamaan pendapatan dan kekayaan yang besar di Malaysia.

Beliau berkata usaha meringankan beban golongan miskin melalui pemberian wang tunai seperti Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak mampan dari segi kewangan bagi kerajaan.

Sebaliknya, Putrajaya perlu "menetapkan semula ekonomi" bagi mewujudkan kelas menengah yang lebih besar katanya, sambil membangkitkan yang buat waktu ini hanya 20% rakyat Malaysia membentuk demografi itu.

Katanya, mengembangkan kelas menengah melalui dasar gaji minimum dan pendidikan, misalnya, akan memastikan pertumbuhan dan pembangunan inklusif, bertentangan dengan fokus semasa kerajaan yang hanya menumpukan kepada mencapai status berpendapatan tinggi.

"Kita perlu mengagihkan sumber kita dengan lebih baik, jangan terlalu mengejar orientasi modal ekonomi pro-perniagaan yang lebih digemari pihak pentadbiran sekarang.

"Dasar mesti diarahkan kepada kumpulan yang mudah terjejas. Kerajaan tidak sepatutnya menambah kos hidup, tetapi mengenakan cukai kepada yang lebih kaya," kata Kamal.

Beliau memberi contoh cukai keuntungan modal – sistem diilhamkan Pakatan Rakyat bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tetapi tidak dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan ia tidak mesra perniagaan dan akan menyebabkan aliran modal keluar.

Kamal menolak hujah itu dengan menyatakan negara lain melaksanakan cukai keuntungan modal tanpa banyak kesulitan.

"Jika anda hanya memihak kepada GST, ia berat sebelah. Cukai seperti itu perlu dilaksanakan, tetapi apa yang penting ialah ia dilakukan tanpa mengakibatkan satu penghalang. Ekonomi ialah berkenaan mengimbangi insentif dengan penghalang."

Apabila ditanya sama ada beliau yakin kerajaan berada di landasan yang tepat untuk memperbaiki negara ini, Kamal berkata: "Saya rasa kerajaan sedar apa yang perlu dilakukan.

"Persoalannya ialah sama ada wujud keinginan politik untuk melakukannya dengan betul atau tidak,” katanya.

Beliau juga memberitahu The Malaysian Insider dalam bahagian pertama wawancara ini yang diterbitkan semalam, kerajaan harus mempunyai dasar ekonomi negara yang menghapuskan agenda Bumiputera yang memihak kepada satu pihak, sebaliknya harus meningkatkan tahap semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

02 Januari 2015

TERPANAS.....PENDAFTARAN MIC AKAN DIBATALKAN ROS 5 JANUARI INI?




Beberapa Bahagian dan cawangan parti MIC bakal berdepan tindakan dibatalkan pendaftaran pada Isnin, 5 Januari ini berikutan kegagalan parti mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 30 hari seperti yang diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Malah sebagai amaran keras ROS semalam telah mengeluarkan surat peringatan pertama kepada MIC menggesa parti itu mengadakan semula pemilihan bagi jawatan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) mengikut tempoh 90 hari yang ditetapkan.

Ketua Penerangan MIC Sivasubramaniam mengesahkan kepada Malaysia Gazette bahawa ROS mengeluarkan surat peringatan pertama yang diterima Setiausaha Agungnya A.Prakash Rao kira kira pukul 4 petang semalam.

Bagaiamanapun beliau mengaku tidak pasti mengenai antara kandungan terbaru surat tersebut.

Namun beliau menjelaskan bahawa dalam surat peringatan pertama itu kali ini ROS mengarahkan pemilihan baru untuk lima lagi bahagian MIC dalam tempoh 30 hari.

Ia seolah tamparan hebat kepada parti tersebut yang masih belum melaksanakan arahan awal ROS pada 5 Disember lalu.

Dalam surat tersebut ROS telah mengarahkan MIC supaya mengadakan pemilihan untuk 23 kerusi Jawtaankuasa Kerja Pusat (CWC)dan tiga kerusi Naib Presiden dalam tempoh 90 hari.

ROS juga telah mengarahkan parti mengadakan pemilihan semula untuk lapan MIC bahagian di Bayan Baru, Bukit Gelugor, Subang, Bandar Baru Kulim, Taiping, Tambun, Sepang dan Jasin dalam tempoh 60 hari.

Malah turut diarahkan pemilihan semula untuk jawatan Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Batu Kawan, jawatan Pengerusi di MIC Bahagian Kota Raja, Tanjung Malim dan Taman Koperasi Polis, Gombak dalam tempoh 30 hari.

Selain itu MIC juga perlu mengadakan semula pemilihan untuk dua cawangan Merlimau Utara dan Rumah Pangsa Pekeliling Selatan dalam tempoh 30 hari juga.

Maka kesemua cawangan dan bahagian MIC yang perlu mengadakan pemilihan baru dalam tempoh 30 hari bakal berdepan tindakan dibatalkan pendaftaran pada Isnin ini.
M
enurut Sivasubramaniam lagi, antara lima bahagian MIC yang disarankan pemilihan semula ialah MIC Bahagian Padang Serai, Kuala Langat dan Teluk Intan tetapi beliau tidak dapat mengesahkan dua lagi bahagian yang terlibat tindakan sama.

"Lagipun dalam surat peringatan semula ini ROS hanya menyarankan supaya parti mematuhi saranan pertama iaitu segera mengadakan pemilihan untuk Jawatan Naib Presiden, CWC serta bahagian dan cawangan yang disebut awal," katanya tanpa mengulas lanjut. -Malaysia Gazette

9M-NAA JET RASMI KERAJAAN KINI DI BANGKOK


Pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA yang digunakan perdana menteri kini dilaporkan sudah mendarat di Bangkok selepas berada di Amerika Syarikat. – Gambar YouTube, 2 Januari, 2015.


Selepas berada di London, New York dan Dubai semalam, pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA hari ini tiba di Bangkok, Thailand pada 11.11 pagi tadi, menurut sebuah laman yang merakamkan perjalanan udara antarabangsa.

Menurut laman Flight Radar 24, pesawat Airbus A319 itu meninggalkan Dubai pada 1.53 pagi ini, selepas tiba dari London pada 12.16 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan pesawat itu untuk pergi bercuti bersama keluarga, namun Najib terpaksa bergegas pulang selepas banjir di pantai timur bertambah buruk.

Najib juga menggunakan peluang bercuti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii, baru-baru ini.

Setakat jam 1 tengahari ini, laman Flight Radar 24 tidak merekodkan destinasi pesawat 9M-NAA yang seterusnya.

Pesawat ity sebelum ini mendarat di beberapa tempat seperti Los Angeles, Indianapolis dan Honolulu.


Data laman Flight Radar 24 yang mengikuti perjalanan pesawat 9M-NAA. – January 2, 2015.Sebelum ini, PKR mempersoalkan di mana pesawat rasmi kerajaan itu berada selepas kepulangan Najib menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung mempersoalkan mengapa pesawat 9M-NAA mendarat di Indianapolis dan siapa penumpang pesawat itu.

“Saya mahu tahu mengapa pesawat rasmi tidak membawa Najib pulang tetapi pesawat TUDM yang digunakan, hanya menambahkan kos?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu itu.

Pengguna media sosial juga bertanya ke mana pergi isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.

"@NajibRazak Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (yeaa), Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (ditanya tanya lagi) #TaufikBatisah," kata Lucius Maximus melalui Twitter, menggunakan bait-bait lagu penyanyi popular dari Singapura, Taufik Batisah.

Kedahkini turut bertanya: "ROSMAH MANSUR KAT MANA?".....TERUS JADI TANDA TANYA"

Megat Trainor (@akeemzamani) pula berkata: "Rosmah ulang alik kt US shopping barang utk mangsa banjir kot #Husnuzon (sangka baik)"

Sementara Munifah (@mo0n94) berkata, “Alhamdulillah. Macam ni la FLOM yang kita nak,” merujuk kepada singkatan First Lady of Malaysia atau wanita pertama Malaysia.

Najib dalam menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Obama di Hawaii baru-baru ini menafikan beliau mengabaikan bencana banjir seperti dituduh sesetengah pihak.

Katanya, aktiviti itu dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.

Beliau berkata, jemputan itu disampaikan sewaktu Obama melawat Malaysia April lepas, dan amat sukar menolaknya kerana ia dirangka lebih awal berdasarkan jadual kedua-dua pemimpin.

"Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa... sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy',” katanya. – 2 Januari, 2015. ~TMI



SUMBER KEADILAN DAILY

Najib perlu jelaskan tujuan jet rasmi kerajaan ‘keliling dunia’, kata PKR

PKR desak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beri penjelasan tujuan jet rasmi negara terbang ke beberapa kawasan di luar negara sejak beberapa hari lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Januari, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan tujuan jet rasmi kerajaan Malaysia, 9M-NAA dipercayai diterbangkan ke beberapa kawasan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu dan Thailand dalam tempoh beberapa hari sejak 31 Disember hingga semalam.

Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung berkata semakan menggunakan aplikasi 'Flightradar' mendapati pesawat itu terbang ke New York dari Indianapolis, dan ke New York dari Los Angeles, Amerika Syarikat pada 31 Disember, manakala pada 1 Januari, pesawat itu meneruskan perjalanannya ke Dubai, dari London dan Bangkok dari Dubai.

"Nampaknya jet misteri tersebut akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

"Yang menarik perhatian saya ialah 'misi misteri' ini bergerak ke arah barat dari Indianapolis ke Los Angeles, tetapi kemudian ke arah timur pula dari Los Angeles ke New York. Apakah tujuan penerbangan yang berulang-alik dan pelik itu?" soalnya, dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu itu berkata, ketiadaan jet rasmi kerajaan selama 7 hari ketika Malaysia dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah menjadi tanda tanya orang awam dan menimbulkan keraguan masyarakat antarabangsa.

"Tiada pemimpin yang berintegriti akan menggunakan jet rasmi kerajaan untuk bercuti, apatah lagi dalam keadaan rakyat sengsara menghadapi malapetaka yang menyakitkan ini.

"Tambahan pula, jet tersebut boleh ditinggalkan untuk penggunaan 'VIP misteri' untuk terbang ke sana sini sempena pesta Krismas dan Tahun Baru di negara barat," katanya.

Beliau sebelum ini mendakwa, penggunaan jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01 untuk menghantar Najib pulang ke Malaysia, adalah pembaziran kerana beliau boleh balik dengan jet 9M-NAA.

Katanya, ia membazirkan wang rakyat sebanyak RM73,620 sebagai pembayaran kos bahan api.

Lee berkata, wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir.

"Jumlah ini belum termasuk kos penggunaan jet asal 9M-NAA yang sudah pasti akan mencecah jutaan ringgit," katanya.

Selaku pengguna jet rasmi 9M-NAA, Lee berkata, Najib wajib memberikan penjelasan tujuan penggunaan jet tersebut, dan adakah ia diguna pakai oleh keluarga atau isterinya.

Beliau juga mahu tahu adakah perbelanjaan pesawat itu akan ditanggung rakyat yang kini menderita akibat banjir ini.

"Saya turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat dan gambar 'VIP misteri' yang menggunakan jet tersebut supaya membekalkan informasi kepada PKR dan saya untuk pendedahan lanjut," katanya.
Pautan kekal imej terbenam


AIRASIA QZ8501 : PESAWAT MENDARAT ATAS AIR? - PAKAR

Pautan kekal imej terbenam

AirAsia QZ8501: Pesawat Mungkin Mendarat Atas Air - Pakar



JAKARTA: Ketika pasukan mencari sedang berusaha mengesan kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, beberapa pakar membuat analisis dengan menyatakan ada kemungkinan juruterbang telah berjaya membuat pendaratan cemas atas permukaan air, bagaimanapun ombak besar telah menyebabkan pesawat tersebut karam ke dasar laut.

Pesawat Airbus A320-200 berlepas dari bandar Surabaya, Indonesia awal pagi Ahad sebelum ia hilang daripada radar apabila berhadapan dengan cuaca buruk ketika melintasi di Laut Jawa, namun pesawat tersebut gagal menghantar sebarang isyarat kecemasan ke menara kawalan sebelum ia terhempas ke lautan.

"Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT) akan tahan daripada sebarang impak atau tekanan, sama ada di daratan, laut, mahupun kawasan pergunungan, dan menurut analisis saya ia tidak berfungsi kerana tiada hentaman kuat ketika pendaratan berlaku," kata Pengarang Kanan Majalah Penerbangan Angkasa, Dudi Sudibyo.

"Juruterbang berjaya melakukan pendaratan di permukaan laut," tambahnya.

Ketika kejadian pesawat malang tersebut membawa 162 orang dalam perjalanan ke Singapura.

Juruterbang turut meminta kebenaran untuk terbang lebih tinggi pada ketinggian 32,000 kaki bagi mengelakkan awan yang membawa ribut petir.

Walaupun menara kawalan udara membenarkan pesawat bergerak ke laluan kiri, ia tidak membenarkan pesawat terus naik daripada ketinggian sedia ada, kerana terdapat pesawat lain di ketinggian yang diminta, bagaimanapun pesawat berkenaan hilang daripada beberapa minit selepas itu.

Ada juga penganalisis membuat kesimpulan enjin pesawat mati secara tiba-tiba kerana ia bergerak sangat perlahan. Namun semua andaian tersebut masih tidak jelas kerana tiada isyarat kecemasan dihantar daripada kokpit.

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia berjaya menemui serpihan pesawat pertama di kepulauan Borneo selepas mendapat maklumat daripada nelayan di kawasan berhampiran.

Setakat ini, pasukan penyelamat telah berjaya menemui sembilan mayat.

"Kesimpulan yang dapat saya katakan setakat ini adalah, pesawat tidak meletup di udara, ia juga tidak mengalami sebarang impak ketika ia mendarat di permukaan air, kerana jika kejadian berlaku sebaliknya mayat mangsa tidak akan ditemui dalam keadaan sempurna," kata bekas komander udara, Cahappy Hakim kepada AFP.

Pasukan mencari di udara juga yakin badan pesawat (fiuslaj) berada dalam keadaan baik selepas mereka melihat terdapat bayangan pada dasar laut, yang kini menjadi tumpuan kawasan operasi.

Pintu kecemasan pesawat dan gelongsor kecemasan antara dua item pertama yang ditemui di kawasan pencarian. Ia memberikan gambaran penumpang pertama telah mula dipindahkan sebaik sahaja pesawat mendarat di atas permukaan air.

Bekas menteri pengangkutan, Jusman Syafii Djamal juga yakin dengan penemuaan pintu kecemasan pesawat yang terapung memberikan petunjuk bahawa 'seseorang telah membuka pintu berkenaan'.

Penumpang juga mungkin sedang menunggu pramugari mengembungkan rakit keselamatan apabila ombak besar mungkin telah menghentam mereka, sekaligus mengakibatkan pesawat karam, tambah Jamal.

"Ombak besar mungkin telah menghentam pesawat, yang akhirnya menyebabkan pesawat tersebut karam."

Mengikut piawaian keselamatan penerbangan yang ditetapkan semua penumpang boleh dipindahkan daripada sebuah pesawat dalam tempoh 90 saat.

Punca sebenar pesawat berkenaan terhempas masih belum jelas dan ia dijangka dapat diketahui apabila kotak hitam pesawat ditemui.

Pakar daripada Perancis dan Singapura turut menyertai pasukan penyiasat keselamatan dan pengangkutan Indonesia dalam usaha mengesan bangkai pesawat milik syarikat penerbangan AirAsia Indonesia.

Sekiranya ditemui, rakaman suara kokpit akan dapat memberikan perbualan terperinci antara juruterbang sepanjang penerbangan dan saat terakhir sebelum nahas berlaku.

"Semuanya akan terjawab apabila kita menemui kotak hitam pesawat," kata Sudibyo.



QZ8501: 16 mayat ditemui setakat ini


12.10pm: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Datuk Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitter be;iau mengumumkan tiga kapal akan mengendalikan Underwater Marine Detection System (Side-scan Sonar dan Pinger Locator) untuk mencari rangka pesawat.

12.05pm: Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menghantar ucapan takziah kepada waris mangsa nahas.

12.00pm: Dua mayat tiba pagi ini - seorang lelaki dewasa dengan ketinggian kira-kira 164sm memakai baju-T berlengan pendek warna merah dengan tulisan "vintage radio", dan mayat seorang wanita dengan ketinggian kira-kira 155sm yang memakai cincin pada jari tengah, memakai seluar biru dan blaus putih tanpa lengan, lapor Channel NewsAsia.

11.45pm: Tiupan mengejut ke bawah angin yang dikenali sebagai 'microbursts' mungkin antara punca nahas pesawat QZ8501, demikian menurut pakar meteorologi yang dipetik di New Straits Times hari ini.

Menurut laporan itu, kelajuan angin dari tiupan itu boleh melebihi 270 kilometer sejam, dan Jabatan Metrologikal Malaysia telah mengesahkan kehadiran awan hujan (cmulonimbus) pada hari kejadian itu, yang seterusnya, boleh menyebabkan 'microbursts' itu.

Tekanan di sekitar kawasan itu akan berubah secara drastik kerana tiupan secara tiba-tiba angin kuat, menjadikannya amat sukar untuk juruterbang mengawal pesawat, kata penyelidik penerbangan Mohd Harridon Mohamed Suffian yang dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa ia boleh menyebabkan sayap pesawat patah.

Satu lagi senario yang mungkin berlaku, menurut Mohd Harridon, kemungkinan sama dengan yang berlaku dalam nahas penerbangan 447 Air France pada 2009, di mana ais terbentuk dan menyumbat instrumen pesawat.

Ini mengakibatkan bacaan yang tidak betul disalurkan kepada autopilot dan anak kapal, dan membawa kepada kesilapan dalam membuat keputusan untuk mendaki sehingga pesawat terhenti.

Punca nahas QZ8501 masih tidak diketahui, tetapi pelbagai laporan media juga menyentuh senario seperti yang berlaku kepada AF447

11.10am: Enam mayat yang ditemui oleh USS Sampson akan diterbangkan ke Pangkalan Bun menggunakan helikopternya sendiri, lapor Metro TV.

Sepuluh mayat telah dibawa ke pantai.

Dengan enam mayat itu, jumlahnya menjadi 16 mayat yang telah ditemui, kata Pengarah SAR Pangkalan Bun, Supriyadi.
11am: Pihak forensik berkata mereka menghadapi masalah mengenal pasti salah seorang mangsa kerana cap jarinya tidak dapat disahkan, kerana terlama terdedah kepada air laut, laporan Channel NewsAsia.

Sejumlah 29 kapal dan 17 pesawat terlibat dalam operasi mencari kotak hitam dan rangka pesawat hari ini, kata Basarnas.

10.45am: 9news Australia hari ini melaporkan Dudi Sudibyo, seorang editor kanan majalah penerbangan Angkasa, membuat spekulasi bahawa QZ8501 mungkin membuat pendaratan kecemasan di atas air, yang menjelaskan mengapa pemancar pengesan kecemasan (ELT) tidak diaktifkan.

The ELT menghantar isyarat kecemasan apabila pesawat terhempas, dan Sudibyo menjelaskan pendaratan di permukaan laut tidak akan mengaktifkannya.

Beliau juga mengesyaki pesawat itu mungkin tenggelam selepas pendaratan itu ekoran laut yang bergelora.

Laporan itu juga memetik Chappy Hakim, seorang bekas komander tentera udara memberitahu AFP bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan tiada tanda-tanda berlaku letupan.

Kesimpulannya setakat ini ialah pesawat itu tidak meletupkan di udara, dan ia tidak mengalami kesan impak apabila ia mencecah permukaan air berdasarkan kepada keadaan mayat.

Bekas menteri pengangkutan Jusman Syafii Djamal dilaporkan berkata, penemuan gelongsor penyelamat menyokong teori itu, kerana ia menunjukkan ada percubaan untuk keluar dari pesawat.

Djamal yakin penemuan gelongsor itu menunjukkan "seseorang telah membukanya" dan berkata, "para penumpang mungkin telah menunggu pramugari untuk mengembung rakit apabila gelombang besar menenggalamkan pesawat itu, lapor rangkaian media Australia itu.

16 mayat ditemui setakat ini

10.30am: Maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa 16 mayat telah ditemui, lapor detik.com.

Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas), bagaimanapun, berkata beliau hanya bersedia untuk mengesahkan 10 mayat untuk mengelakkan kekeliruan.

Beliau berkata, apa yang telah disahkan kepadanya ialah 10 mayat.


10.05am: Keadaan laut dilaporkan lebih tenang hari ini dan operasi SAR diperhebatkan.

Tujuh lagi mayat ditemui, satu oleh tentera laut Diraja Malaysia.

9.54am: Menurut Channel News Asia, tujuh lagi mayat telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di Laut Jawa.

Salah satu mayat ditemui oleh Tentera Laut Malaysia manakala enam yang lain oleh kalapa USS Sampson.

KELANTAN RUGI RM1 BILION, NAJIB WAJAR SERAH ROYALTI PETROLEUM KEPADA KELANTAN


Surat terbuka Salahuddin kepada PM Najib


Surat Terbuka Kepada YAB Datuk Seri Najib Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum Wr th

Jangan Menambah Deraian Air Mata Rakyat Kelantan

Tragedi banjir yang melanda negeri Kelantan beberapa hari yang lalu adalah merupakan yang terbesar dalam sejarah negara.

Kesan daripada tragedi ini sangat menyayat hati seluruh rakyat di negara ini. Kemusnahan harta benda dan derita yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan tidak ada ayat dan bahasa yang mampu menterjemahkannya.

Saya mengambil maklum bahawa YAB telah menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku akibat banjir besar ini terutama beberapa kampung di Manek Urai.

Sebagai seorang Perdana Menteri, YAB pastinya dapat memahami betapa sukarnya rakyat yang terlibat untuk membina semula kehidupan mereka apabila rumah kediaman yang telah musnah sama sekali.

Oleh yang demikian saya harap YAB supaya memulangkan kembali bayaran royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri Kelantan.

Adalah sangat wajar dan sampai masanya YAB meletakkan kepentingan rakyat dan kemanusiaan di tempat yang sebenarnya.

Akhirnya saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga membuka hati nurani YAB untuk memberi hak kepada yang berhak dan meletakkan keadilan sebagai sifat utama dalam diri YAB.

Sekiranya Wassalam

Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS


Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Malaysia (MEDM)
Nilai Kerugian Banjir RM1 Bilion Di Kelantan – Tok Pa


KUALA LUMPUR – Bencana banjir besar yang menimpa wilayah Pantai Timur dan kemudian beberapa negeri lain di Pantai Barat akhir tahun lalu kemungkinan bakal menyebabkan nilai kerugian harta benda awam lebih sebilion ringgit.

Malah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menganggarkan di Kelantan sahaja sebagai negeri yang paling terjejas teruk, nilai kerugian tersebut boleh ditaksirkan menghampiri angka RM1 bilion.

Perkara itu dilaporkan portal berita tempatan AgendaDaily dalam tweet terbaharu yang turut menyiarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, anggaran kerosakan di sekolah-sekolah kira-kira RM350 juta.

Ia berikutan kira-kira 340 buah sekolah di tujuh buah negeri yang dilanda banjir terpaksa ditutup operasi akibat sama ada dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir atau langsung turut tenggelam ekoran bencana tersebut.

Mustapa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Peringkat Negeri Kelantan pada minggu lalu mengumumkan kerajaan Pusat akan mengenal pasti prasarana yang rosak disebabkan banjir di semua 10 buah jajahan di negeri berkenaan.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh ujar beliau, ditugaskan untuk mengumpul segala maklumat berhubung kerosakan jalan raya, hospital, sekolah dan sebagainya.

Kerja-kerja tersebut dijangka mengambil masa dua minggu kerana pihak berkenaan dijangka menempuh cabaran getir memasuki kawasan luar bandar yang terputus hubungan darat selain sistem komunikasi yang belum pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menganggarkan peruntukan besar sehingga RM350 juta diperlukan bagi membaiki pulih infrastruktur ratusan buah sekolah yang rosak akibat banjir terburuk selepas 2005 dan 2006 lalu.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri di Perak sebelum meninjau perkampungan Orang Asli di Gerik bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. – Agensi

01 Januari 2015

"ROSMAH MANSUR KAT MANA?".....TERUS JADI TANDA TANYA


Najib Razak & Rosmah Mansor Bercuti di Hawai Dengan Pesawat Jet M9-NAA Milik Kerajaan Malaysia. Najib Balik Malaysia Dengan RMAF Boeing 777? Rosmah Mansur kat mana, Rosmah Mansor kat mana, Rosmah kat mana.

Sebagai rakyat Malaysia yang acapkali disuapkan dengan kelibat isteri Najib Razak, Rosmah Mansor dikebanyakan majlis dan acara dalam dan luar negeri samada bersama Perdana Menteri Malaysia ataupun berseorangan. Sangat aktif. Sehinggakan…. kelibat Najib Razak kali ini sedikit janggal tanpa kelibat isterinya Rosmah mansor dalam lawatan PM ke pusat bantuan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang.


Dan ada yang mula tertanya-tanya di mana Rosmah Mansor. Bagi Berita Semasa samada Rosmah Mansor ada atau tidak “bukanlah persoalan atau isu yang besar sebenarnya”. Tiada masalah jikalau Rosmah mansor tiada sekalipun. Biarlah dia dengan kehidupan dia. Tetapi…..

Tetapi pandangan dan pemerhatian Berita Semasa tertumpu kepada mana pergi pesawat milik kerajaan Malaysia yang membawa Najib Razak bercuti ke Hawaii selepas dikesan bermain golf dengan Barack Obama di Hawaii yang telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia
Siapa Guna Pesawat Jet 9M-NAA Milik Kerajaan Malaysia Sekarang? Najib Balik Dengan RMAF Boeing 77

Yang menarik perhatian Berita Semasa apabila Datuk Seri Najib Razak tidak terbang balik terus dari Hawaii ke Kuala Lumpur.

Mengapa dan kenapa Perdana Menteri Najib Razak pulang ke Malaysia dan tiba di Kota Bahru Kelantan pada 27 Disember 2014 dengan menggunakan Jet TUDM (M53-01) dari Hong Kong? Di mana dan ke mana perginya pesawat Jet Eksekutif Kerajaan Malaysia 9M-NAA?

Berita Semasa difahamkan Perdana Menteri Malaysia telah terbang ke Los Angeles menggunakan Cathay Pacific untuk ke Hong Kong. Yang mana dari Hong Kong satu lagi pesawat milik kerajaan Malaysia telah digunakan menerbangkan terus Najib razak terus ke Kota Baharu Kelantan dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kelantan pada pukul 1:40 petang 27 Disember 2014 menggunakan kapal terbang RMAF Boeing 777

Berdasarkan semakan Berita Semasa menunjukkan pesawat 9M-NAA telah berlepas dari Hawaii untuk bergerak dan singgah di Los Angeles & akhirnya ‘berakhir’ di Indianapolis.
Persoalannya sekarang ini siapa yang berada di dalam pesawat milik kerajaan Malaysia 9M-NAA pada ketika ini?

Ini kerana berdasarkan laporan berita Bernama, menunjukkan yang mana Najib Razak telah terus melawat pusat bantuan banjir di Kelantan sejurus tiba di kota Bharu, Kelantan Malaysia pada 1:40 petang 27 Disember 2015.

P/S : Anwar Ibrahim tidak nampak kelibat pada ketika ini. Takkanlah ketika mahu berdemo atau berkempen politik baru nampak muka? Tidak salah jikalau tiada, tetapi dalam “permainan politik di Malaysia” jangan salahkan rakyat Malaysia jika seribu macam persepsi keluar di minda mereka pada masa ratusan ribu terlibat dengan banjir 2014 kali ini.

PP/S : Hak kerajaan Malaysia bukanlah “lesen besar” untuk digunakan sesuka hati untuk kepentingan peribadi. Mohon bertanya sekali lagi di aman pesawat jet 9M-NAA?

pesawat jet 9M-NAA?

Najib Bercuti di Hawaii




SELAMAT TAHUN BAHARU 2015, MALAYSIA TIDAK SAMBUT TAHUN BAHARU BUAT KALI KEDUA


Orang ramai melihat pertunjukan bunga api dari ruang parkir terbuka Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sempena sambutan Ambang 2015 di sini. - Foto Bernama

Malaysia tidak sambut Tahun Baharu buat kali kedua



Seluruh negara menggantikan perayaan sambutan tahun baharu dengan program kerohanian ataupun bantuan derma bagi mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini. 

Buat kali kedua, rakyat Malaysia seluruh negara tidak menyambut kedatangan Tahun Baharu 2015, selepas kali pertama tidak berbuat demikian pada 2005 akibat tragedi tsunami yang melanda Asia Tenggara pada akhir 2004.

Pembatalan sambutan Tahun Baharu 2015 berikutan pelbagai tragedi dan musibah yang melanda Malaysia sepanjang 2014, antaranya insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine dan terbaru, bencana banjir di beberapa negeri.

Sambutan tahun baharu pada malam 31 Disember seperti kelazimannya tidak lagi mewarnai tempat tumpuan orang ramai sekitar ibu negara seperti di Dataran Merdeka, Menara Berkembar Petronas, Jalan Bukit Bintang di samping lokasi lain di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berada di Kelantan, negeri paling teruk dilanda banjir tahun ini, bagi meninjau dan melawat mangsa yang terjejas teruk dengan bencana itu.

Beliau mengakhiri tahun 2014 dengan bersolat jemaah bersama-sama mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2.


Sambutan ambang tahun baharu yang direncanakan sebelum ini seperti kebiasaannya, dibatalkan sebagai tanda menghormati negara yang dilanda musibah banjir, di samping beberapa tragedi yang di luar jangkaan.

Di Putrajaya, program sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 tajaan Kumpulan Ambank semalam dibatalkan sebagai tanda simpati terhadap mereka yang terjejas banjir, menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebaliknya, ia diraikan dengan program keagamaan yang dinamakan 'Karnival Raudah Nasionalfm' di Masjid Putra sempena Tahun Baharu 2015.

Program anjuran Nasionalfm dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Perbadanan Putrajaya bermula 2 petang dengan pelbagai aktiviti termasuk solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan solat hajat banjir.

Karnival Raudah itu juga menampilkan penceramah terkemuka Ustaz Mohamad Kazim Elias dan Ustaz Mohamad Najmuddin Elias membincangkan topik 'Cabaran Tahun Baharu Dalam Konteks Mempertahankan Keimanan Remaja, Keluarga dan Masyarakat' dan 'Azam Tahun Baharu – Mengikut Lunas-lunas Islam'.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Ustaz Nabil Ahmad dan Kumpulan Far East serta persembahan alunan Burdah & Qasidah daripada Kumpulan Anak Warisan Kasih.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.

Di Kuala Lumpur, laungan takbir sebanyak tujuh kali diperdengarkan buat pertama kalinya menggantikan percikan bunga api sempena Sambutan Malam Tahun Baharu 2015 di Dataran Merdeka pada detik 12 malam ini.

Setiausaha program Malam Cinta Rasul 2015, Zainal Abidin Amir berkata laungan takbir itu sebagai simbolik kepada pelbagai musibah yang menimpa negara termasuk kejadian banjir di Pantai Timur dan kehilangan pesawat MH370.

Menurutnya pelbagai acara kerohanian disediakan bermula 8 malam, termasuk solat Isyak berjemaah, solat hajat, qasidah dan sesi bersama Habib Syech Abdul Kadir Asseggaf.

"Seramai 25 urusetia bakal mengedarkan tabung kemanusiaan kepada orang ramai khusus bagi didermakan kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Sebelum ini sebanyak RM150,000 dikutip beberapa hari lepas yang disumbangkan oleh badan korporat.

"Kesemua kutipan akan diserahkan kepada tabung mangsa banjir NSTP-Media Prima pada malam ini," katanya.

Sementara itu, di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pertunjukan pancutan air berwarna-warni dipertontonkan kepada pengunjung yang meraikan sambutan ambang tahun baharu 2015.

Tinjauan Bernama mendapati tiada konsert diadakan dan juruacara program turut meminta orang ramai menderma bagi mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

Bernama difahamkan tiada pertunjukkan bunga api diadakan bagi menghormati pelbagai tragedi yang menimpa negara ini termasuk kejadian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas 28 Dis lepas.

Di Pulau Pinang, Sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 yang dijadualkan di Padang Esplanade, turut ditukar kepada kempen mengutip dana untuk membantu mangsa banjir.

Di Melaka, Program Sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Dataran Sungai Melaka diadakan secara sederhana.

Di Seremban, program Sambutan Tahun Baharu 2015 di Port Dickson Waterfront seperti yang dijadualkan turut dibatalkan. – Bernama

31 Disember 2014

HELIKOPTER PDRM TERHEMPAS DALAM MISI BANTUAN BANJIR DI KELANTAN


Helikopter PDRM Bantu Mangsa Banjir Terhempas Di Tanah Merah

Penduduk gempar lihat helikopter terhempas

Penduduk Kampung Rambai gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada kira-kira 6.30 petang, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu.

Beberapa saksi yang ditemui Bernama berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti ada letupan sedikit, dan terus menjunam ke darat.

Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur Mohd Zulhasnan Abdullah, yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, beliau dan pasukannya menyangkakan pada mulanya helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan.

"Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya.

"Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh menjunam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang - tiga lelaki dan seorang wanita," katanya ketika ditemui Bernama di kampung itu.

Mohd Zulhasnan berkata, beliau dan rakan-rakannya mendapati tiga orang lelaki cedera parah di bahagian kepala manakala seorang wanita hanya cedera ringan dan mengadu pening.

"Kami, dengan bantuan orang kampung, memasukkan dua orang mangsa lelaki pertama ke dalam kereta Perodua Alza, manakala dua lagi dimasukkan dalam Triton milik saya untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu, dan memberitahu Bernama bahawa kesemua di dalam helikopter itu selamat dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah.

"Alhamdulillah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar.

Beliau berkata, selepas orang ramai berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dari bangkai helikopter itu, ketiga-tiga lelaki itu dibaringkan di halaman rumah beliau, manakala wanita itu masih boleh berjalan sendiri.

"Sebab saya ada bertanya kepada lelaki itu, berapa orang di dalam helikopter, dan beliau menjawab empat. Saya cuba nak pastikan sama ada beliau masih sedar," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Zaisa Mohd Zin, 31, berkata, beliau berasa pelik apabila melihat helikopter itu terbang rendah berhampiran kawasan rumahnya, menyebabkan beliau terasa ingin merakam kejadian itu.

"Tapi dalam saya cuba nak capai handphone, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman, dan saya lari keluar, melihat helikopter itu sudah terhempas di darat.

"Tapi nasib baik kebetulan ada beberapa orang doktor yang sedang berada di kampung kami tengah membantu agih-agihkan makanan di madrasah berhampiran. Saya tengok mereka sempat memberi rawatan awal, termasuk memberi oksigen menggunakan topeng," katanya. - Bernama









Sebuah helikopter PDRM terhempas di kawasan perumahan di Tanah Merah, menyebabkan 3 pegawai PDRM dan seorang awam cedera. Mereka telah dikejarkan ke Hospital Tanah Merah.

KUALA LUMPUR, 31 Disember: Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas, ketika menyertai misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman sosial Twitternya.

“Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulilah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat.

“Helicopter @PDRMsia dalam misi menghantar bekalan makanan kpd mangsa banjir di Kg Rambai, Tanah Merah. Alhamdulilah semua Selamat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang.

“Kejadian melibatkan sebuah helikopter PDRM yang terhempas di kawasan perumahan dan menyebabkan 3 pegawai PDRM dan seorang awam cedera.


“Kesemua mangsa telah dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah,” katanya.

Read more: sumber



#bah2014: Helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa bekalan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai,Tanah Merah telah mengalami kemalangan di kawasan perumahan Kursial,Tanah Merah Kelantan lewat pukul 6 petang tadi.

Kini, empat mangsa yang cerdera terdiri daripada juruterbang dan krew sedang dirawat di Hospital Tanah Merah serta berada dalam keadaan selamat.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitternya.

SABAH: PEMBURU BABI TEMBAK DIRI SENDIRI SELEPAS TERTEMBAK ADIK SENDIRI



PASANGAN adik beradik yang ditemui mati ketika keluar memburu.

Tertembak adik ketika memburu

Sipitang: Seorang pengawal keselamatan bertindak membunuh diri selepas tersilap melepaskan tembakan menggunakan senjata bekakuk sehingga adiknya yang berusia 22 tahun terbunuh, manakala rakannya, 33, cedera ketika memburu babi di hutan Ulu Meligan, di sini, semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, pengawal keselamatan terbabit dipercayai membunuh diri selepas menyesali tindakannya yang menyebabkan adik lelakinya terbunuh dan rakan lelakinya cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang Asisten Superintenden Mohamad Zulkiflee Mohd Yaacob berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sipitang.

"Siasatan awal mendapati mereka memburu babi di hutan berkenaan dan berpecah kepada dua kumpulan dengan pengawal keselamatan itu bergerak bersendirian manakala adik dan rakannya bergerak di laluan lain.

"Mereka berhenti rehat untuk makan sebelum terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan itu yang kemudian turut ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dada,” katanya.

hmetro.com.my

TERKINI ! BANJIR TERPELIK, TEKA TEKI MASIH BELUM TERJAWAB, ADAKAH PROJEK TNB JADI PUNCANYA??



Teka teki masih lagi belum terjawab - Husam

HARAKAHDAILY | 31 Disember 2014.


KUALA LUMPUR: "Banjir pergi dengan sebahagian penduduk kehilangan rumah sepenuhnya. Tentunya pula mereka kehilangan pakaian dan lainnya," tulis Datuk Husam Musa.

Menurut Naib Presiden PAS itu, sebahagian besar mereka dari Kuala Krai.

Beliau difahamkan sebahagian kuarters anggota polis yang baru siap di Bandar Kuala Krai masih lagi kosong.

Justeru, katanya Kementerian Dalam Negeri wajar mengizinkan mereka menginap di situ sementara rumah mereka dibina semula.

Menurut beliau lagi, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli sudah membangkitkan cadangan itu.

"Teka teki masih lagi belum terjawab. Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini?" tanya Husam menerusi facebooknya pagi tadi.

Kalau sebelum ini beliau memanjangkan sebutan orang kampung mengenai Empangan Jajar, ada pihak yang membetulkan.

Baginya, orang kampung mungkin tersalah dalam menamakan tetapi syak mereka adalah pada empangan dalam pembinaan.

Beliau menambah, ada satu lagi empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua.

Menurutnya, info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

Justeru, beliau yang juga Adun Salor memohon TNB memberikan penjelasan segera.

Kerajaan negeri juga, ujar beliau patut menubuhkan jawatankuasa menyiasat.


"Insya Allah selepas ini saya cuba dapatkan imej satelit dari sebuah stesen satelit di China. TNB mesti berani untuk telus," tulis beliau selanjutnya. 

- HARAKAHDAILY 31/12/2014



ADAKAH PEMBALAKAN MELAMPAU JADI PENYUMBANG BANJIR BESAR ...FIKIRLAH SENDIRI


Kerajaan Kelantan salah pembalakan haram antara punca banjir buruk



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini menyalahkan mereka yang melakukan pembersihan tanah dan pembalakan secara haram sebagai antara punca banjir buruk di negeri ini tahun ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri mengehadkan pembalakan kepada 5,960 hektar setahun, seperti ditetapkan oleh Lembaga Tanah Kebangsaan.

“Amalan pengurusan perhutanan kita juga menerima pengiktirafan MC&I SFM daripada badan dunia bebas manakala sebarang kawasan pembakalan baru diwajibkan menyediakan penilaian kesan alam sekitar (EIA), kata Ahmad dalam satu kenyataan media di sini.

“Pembalakan tidak terkawal mungkin disebabkan oleh pembersihan hutan secara haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Ahmad juga berjanji kerajaan negeri akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membasmikan kegiatan haram ini.

Ketika lebih 100,000 orang rakyat Kelantan terpaksa dipindahkan akibat bencana banjir terburuk di negeri ini, ada pihak yang juga menyalahkan pembalakan tidak terkawal yang menggondol hutan sekitar Gua Musang.

Selepas melawat mangsa banjir di Gua Musang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menyebut pembersihan hutan yang berleluasa sebagai faktor yang boleh memburukkan lagi banjir tahun ini. ~ANTARAPOS

BANTUAN BANJIR ORANG PARTI BUAL HAL....JAGALAH AMANAH ORANG BUKAN AMBIL KESEMPATAN



Utk yg telah menyumbang... Ini laporan kami... Bantuan telah disalurkan...



Raja Shamri wrote:- 

hari ni ada orang kuat PAS kelantan datang nak ambik barang dalam kuantiti yg banyak lepas tu arah sukarelawan suruh angkat barang sesuka hati ... semalam team pakai baju 1 malaysia juga ada datang dgn cara yg sama ...

Lepas tu arahkan sukarelawan itu dan ini ... seolah2 seperti kami semua ni kena patuh pada arahan mereka ... Waittt !! at least pikirlah sikit ... tanyalah sikit ... siapa yg incharge ... merendah diri ... bukan satu tempat je teruk bnyk tempat yg teruk ...

at first kami tak bagi mereka ambil barang2 tu ... ini amanah orang ramai untuk saya uruskan ...saya x nak barang2 ni x sampai pada sasaran dan hanya golongan tertentu yg dapat ... lepas bagi explanation baru masing2 nampak faham ...

Saya tak kira siapa ... PAS ke UMNO ke DAP ke PKR ke ... kalau tak betul saya tegur ... supaya perbaiki dan jadi lebih baik ... macam tu baru parti boleh jadi hebat ... negara akan jadi maju ...baru boleh kekal berkuasa ... tengok jepun dan korea ... bila orang tegur terus mintak maaf ... bukan macam orang kita ... bila orang tegur dia kata kita fitnah ...

Letak tepi soal politik ... kita tolong ramai yg kebulur disana ... ada nyawa yg perlu di selamatkan ...


Contohnya, bila orang sebut, marah atau tegur keburukan seorang dari lapan anak kita ... itu tidak bermakna kesemua satu keluarga itu teruk. Itu tak bermakna mak bapak tu jahat dan gagal. Mak bapak yg hebat bila seorang anak dia di tegur, atau di marahi atau buat silap maka mak bapak ini akan cuba perbaiki anak dia tu ... dengan cara ini keluarga ini akan jadi hebat ... mak bapak ini akan jadi parents yg sangat hebat !

Macam zaman saya kecik dulu, bila orang tegur anak jahat atau nakal maka mak bapak akan pukul anak tu ... bukan backup ... bila backup anak tu maka anak tu akan membesar jadi jahat dan tak terkawal.

Saya bukan penentang kerajaan ... saya bawak minyak diesel drive 4 jam dgn kaki palsu ke agensi kerajaan untuk hidupkan generator ... saya juga bukan ahli parti pembangkang sbb tu saya buat misi ni kat masjid walaupun pejabat parti pembangkang hanya beberapa depa je dari masjid ni ...

Kami rakyat malaysia yg sayangkan negara ini dan sangat sedih dengan tragedi banjir ini ...

Accept critics ... appologize ... then change ... we will be better and stronger !





30 Disember 2014

RAHSIA PUNCA LOKASI PESAWAT QZ8501 DITEMUI TERBONGKAR




JAKARTA – Rahsia bagaimana pasukan pencari dan penyelamat berjaya mengesan lokasi terakhir pesawat QZ8501 terbongkar apabila Ketua Polis Indonesia, Jeneral Sutarman Paidi Pawiro mendedahkan ia dijejak hanya dengan berdasarkan isyarat telefon bimbit.

Dalam sidang akhbar khas di ibu pejabat Mabes Polri atau Markas Besar Polis Republik Indonesia di sini hari ini, beliau menceritakan pasukan itu cuba mencari isyarat daripada telefon selular mangsa yang dapat dikesan menara Base Transciever Station (BTS).

BTS ialah stesen penerima isyarat selular darat yang biasanya terdapat di setiap ibu sawat menara telekomunikasi tempatan dan kemudian akan menghantar semula isyarat tersebut ke stesen lain yang berdekatan sama ada secara gelombang mikro atau gentian optik.

Terdapat lebih 23,000 menara BTS di semua 33 wilayah republik itu dengan paling banyak diuruskan firma milik pemerintah, Telkomsel iaitu 9,500 menara manakala baki ribuan BTS lain diurus oleh syarikat swasta tempatan iaitu Axiata XL, Indosat, HCPT dan Axis.

“Sejurus laporan pesawat AirAsia Indonesia itu hilang pagi Ahad, kami telah meminta semua waris menyenaraikan nombor telefon bimbit yang dibawa penumpang atau krew bagi memudahkan BTS mengesan gelombang isyarat selular mangsa,” kata Sutarman.

Pasukan pencari bekerjasama rapat dengan pasukan teknologi maklumat (IT) untuk menjejak koordinat isyarat telefon dan mereka bernasib baik kerana kebetulan ada mangsa didapati tidak mematikan telefon selular di dalam pesawat sebelum ia terhempas ke laut.

Berdasarkan analisis pakar IT, mereka cuba mengecilkan titik lokasi kapal terbang itu sebelum mengerahkan pesawat peninjau dan kapal tentera laut segera ke kawasan isyarat daripada telefon bimbit mangsa yang dikesan BTS dekat wilayah Kalimantan Tengah.

“Pada mulanya, kami bimbang kerana pasukan pencari gagal menemui sebarang puing atau serpihan bangkai pesawat QZ8501 di lokasi dinyatakan BTS, namun selepas menunggu seketika, baharulah timbul bukti dari dasar laut di Selat Karimata,” kata Sutarman.

Pesawat malang AirAsia Indonesia tersebut dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dengan membawa seramai 155 penumpang dan tujuh krew dilaporkan hilang pada pagi Ahad lalu di perairan Laut Jawa dekat Pulau Belitung di tenggara Sumatera. –Agensi





Pasukan SAR membawa penemuan barang dan serpihan dalam operasi pencarian pesawat AirAsia AK 8501, di Posko Utama Carian Pesawat Lanud Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Selasa (30/12/2014). Pelbagai barangan dan jenazah sudah berjaya diangkat oleh pasukan SAR dari laut.

Antarabangsa Puji SAR Indonesia sebagai Pasukan Terbaik di Asia


KOMPAS.com - Dunia antarabangsa memuji kemampuan pasukan SAR Indonesia yang mampu mencari AirAsia QZ8501 dengan cepat, dan dianggap sebagai salah satu pasukan SAR terbaik di di Asia.

"Indonesia telah berpengalaman menghadapi bencana, sehingga mereka mempunyai kemampuan yang sangat bagus dalam hal penyiasatan pelbagai insiden," ujar Greg Waldron, editor majalah penerbangan FlightGlobal, sebagaimana dikutip dari Wall Street Journal, Selasa (30/12/2014).

Dari catatan dia, pasukan SAR Indonesia telah mampu menangani dengan baik pelbagai kemalangan pesawat seperti tenggelamnya kapal ferry dan beberapa kemalangan pesawat, walaupun menghadapi keadaan geografi yang cukup sukar.

Waldron berkata pasukan SAR Indonesia sebenarnya mampu mencari pesawat di lokasi terakhir pesawat tersebut melakukan komunikasi. Namun, kerana keadaan cuaca yang buruk, hal itu urung dilakukan.

Penyiasat Indonesia (KNKT) juga telah mempunyai hubungan yang erat dengan pelbagai agensi antarabangsa dalam meneliti pelbagai insiden kemalangan pesawat. Lembaga itu salah satunya adalah National Transportation Safety Board (NTSB) Amerika Syarikat.

Sementara itu, Mark Martin dari perunding penerbangan bebas Martin Consulting menuturkan bahawa Indonesia sebenarnya mempunyai kapal laut tanpa awak yang mampu mengesan kehadiran benda di bawah laut. "Jika ada pesawat yang tenggelam di laut, saya yakin, pihak Indonesia boleh dengan cepat menjejakinya dan proses pencarian akan berjaya," kata dia.

Martin juga menyarankan agar kru pesawat juga dilatih untuk memahami keadaan perairan yang ada dalam laluan penerbangan di Indonesia, dan mempunyai keupayaan navigasi standard ketika dalam keadaan darurat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Toni Fernandes malam ini juga mengapresiasi pasukan SAR yang dengan cepat mampu mencari kedudukan jatuh pesawat. "Kami sangat berterima kasih kepada Basarnas yang dengan cepat mencari mangsa. Pada masa ini fokus kami adalah bagaimana mengevakuasinya," tutur Fernandes.