Surat terbuka Salahuddin kepada PM Najib
Surat Terbuka Kepada YAB Datuk Seri Najib Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia
Assalamualaikum Wr th
Jangan Menambah Deraian Air Mata Rakyat Kelantan
Tragedi banjir yang melanda negeri Kelantan beberapa hari yang lalu adalah merupakan yang terbesar dalam sejarah negara.
Kesan daripada tragedi ini sangat menyayat hati seluruh rakyat di negara ini. Kemusnahan harta benda dan derita yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan tidak ada ayat dan bahasa yang mampu menterjemahkannya.
Saya mengambil maklum bahawa YAB telah menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku akibat banjir besar ini terutama beberapa kampung di Manek Urai.
Sebagai seorang Perdana Menteri, YAB pastinya dapat memahami betapa sukarnya rakyat yang terlibat untuk membina semula kehidupan mereka apabila rumah kediaman yang telah musnah sama sekali.
Oleh yang demikian saya harap YAB supaya memulangkan kembali bayaran royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri Kelantan.
Adalah sangat wajar dan sampai masanya YAB meletakkan kepentingan rakyat dan kemanusiaan di tempat yang sebenarnya.
Akhirnya saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga membuka hati nurani YAB untuk memberi hak kepada yang berhak dan meletakkan keadilan sebagai sifat utama dalam diri YAB.
Sekiranya Wassalam
Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS
Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Malaysia (MEDM)Nilai Kerugian Banjir RM1 Bilion Di Kelantan – Tok Pa
KUALA LUMPUR – Bencana banjir besar yang menimpa wilayah Pantai Timur dan kemudian beberapa negeri lain di Pantai Barat akhir tahun lalu kemungkinan bakal menyebabkan nilai kerugian harta benda awam lebih sebilion ringgit.
Malah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menganggarkan di Kelantan sahaja sebagai negeri yang paling terjejas teruk, nilai kerugian tersebut boleh ditaksirkan menghampiri angka RM1 bilion.
Perkara itu dilaporkan portal berita tempatan AgendaDaily dalam tweet terbaharu yang turut menyiarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, anggaran kerosakan di sekolah-sekolah kira-kira RM350 juta.
Ia berikutan kira-kira 340 buah sekolah di tujuh buah negeri yang dilanda banjir terpaksa ditutup operasi akibat sama ada dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir atau langsung turut tenggelam ekoran bencana tersebut.
Mustapa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Peringkat Negeri Kelantan pada minggu lalu mengumumkan kerajaan Pusat akan mengenal pasti prasarana yang rosak disebabkan banjir di semua 10 buah jajahan di negeri berkenaan.
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh ujar beliau, ditugaskan untuk mengumpul segala maklumat berhubung kerosakan jalan raya, hospital, sekolah dan sebagainya.
Kerja-kerja tersebut dijangka mengambil masa dua minggu kerana pihak berkenaan dijangka menempuh cabaran getir memasuki kawasan luar bandar yang terputus hubungan darat selain sistem komunikasi yang belum pulih sepenuhnya.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menganggarkan peruntukan besar sehingga RM350 juta diperlukan bagi membaiki pulih infrastruktur ratusan buah sekolah yang rosak akibat banjir terburuk selepas 2005 dan 2006 lalu.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri di Perak sebelum meninjau perkampungan Orang Asli di Gerik bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. – Agensi
Adakah selama ini rakyat Kelantan hanya mengharapkan royalti untukm pembangunan negerinya. Adakah rakyat Klantan atau pemimpin2 Kelantan seperti Husam yang hendak kaya cepat hanya dengan mengharapkan royalti. Tiadakah cara lain untuk menjana tabung khazanah negeri Kelantan. Atau sudah tepukah fikiran pemimpin seperti Husam selain dari royalti minyak, balak dan kambing untuk menambah khazanah negeri Kelantan.
BalasPadamInilah pemimpin2 yang mengharapkan sumber alam untuk cepat kaya. Akhirnya Allah swt mengurniakan rezekinya dari sisa-sisa gunung ganang dan laut untuk rakyat Kelantan yang tidak berdosa.
Wahai rakyat Kelantan sedarlah negeri2 seperti Perlis, Kedah, Perak, Melaka, N. Sembilan, Johore tiada satu sen pun mengharapkan royalti. Hidup mesti berusaha dan royalti itu akan datang dari Allah swt.
Pernah satu ketika Kedah dilanda banjir besar, waktu itu ada pemimpin yang seangkatan Husam mengondolkan bukit-bukau di kawasan Gunung Inas baling. Nasib baik ia tidak berpanjangan kerana negeri Kedah dan rakyatnya cepat sedar perkara ini harus dihentikan.
Tak perlu untuk tunggu sehingga 20 tahun apabila nasi sudah menjadi bubur.
Jika royalti hak rakyat Kelantan maka ia wajib diserahkan kpd kerajaan negeri tanpa berburuk sangka.Serahkan kpd rakyat Kelantan sendiri utk menilai bgmana kerajaan negeri menguruskan royalti tu. Kalu disalah urus, rakyat Kelantan boleh buat seperti rakyat Kedah yg tukar pimpinan negeri.
Padam