21 Jun 2014

SIAPA LUPA DIRI ANTARA PEMIMPIN PR ATAU RAKYAT SELANGOR !!!

Dilema Khalid Ibrahim: Dari tokoh korporat ke MB sebuah negeri terkaya



Pendekatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan menjadi masalah yang meletakkannya dalam situasi di mana ramai yang inginkan beliau ditukar. 

"Tan Sri. Kami tidak bercadang menukar Tan Sri tetapi Tan Sri yang perlu bertukar."

Itulah yang dibisikkan oleh Adun Meru yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman ketika 'Kajang Move' digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu.

Ketika itu, pimpinan PKR sudah membuat keputusan, Khalid perlu ditukarkan dan Anwar sendiri menawarkan dirinya untuk mengambil alih tempat Khalid.

Namun PAS, rakan utama kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak nampak sebarang sebab besar mengapa Khalid perlu ditukar. Ini kerana rakyat Selangor masih berdiri teguh bersama Khalid.

Benar, para ahli politik bermasalah dengan Khalid kerana beliau tidak pernah memberi muka kepada mereka dalam mentadbir Selangor.

Bagi beliau, semua perlu mengikut peraturan dan inilah yang akan menentukan kejayaan sesuatu perkara.

Di depan mungkin Khalid senyap ketika dihadapkan dengan sesuatu perkara yang beliau tidak persetujui, namun apabila pelaksanaannya, Khalid akan mengikut caranya.

PAS juga berpandangan bukan semudah itu untuk menukar Khalid. Ini kerana ia perlu mendapat persetujuan daripada istana.

Di samping itu, apa kebaikan yang diperolehi PAS jika Khalid ditukar sedangkan mereka adalah rakan komponen utama di negeri itu.

Ketika itulah datangnya nasihat Dr Rani kepada Khalid ini. Bagi Dr Rani, Khalid perlu mengubah caranya bekerja iaitu dengan lebih banyak berbincang dan berunding dengan rakannya dalam Pakatan.

Ini kerana merekalah yang sebelum ini membuat keputusan untuk meletakkan beliau di situ. Jika ini boleh dilakukan maka tidak perlu lagi Khalid ditukar.

Namun Khalid adalah Khalid. Inilah Khalid yang dulunya berada dalam Umno dan inilah juga Khalid yang kini bersama dengan Pakatan Rakyat dan menjadi menteri besar di negeri paling kaya di Malaysia.

Bagi rakyat, Khalid sangat ikhlas dalam menjalankan tugasnya sebagai menteri besar. Beliau tidak dilihat berbuat sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri khasnya jika berkait dengan kewangan. Ini kerana Khalid sudah cukup kaya dan tidak perlu lagi duit lain.

Lihatlah komen-komen pembaca ketika berita negatif disiarkan oleh media termasuk oleh The Malaysian Insider sendiri terhadap Khalid. Mereka akan bangkit membela beliau.

Bagi mereka, Khalid mungkin ada silap atau kelemahan, tetapi ia tidak mewajarkan beliau untuk ditukar. Bahkan serangan terhadap beliau ditolak mentah-mentah oleh mereka.

Ada beberapa isu yang menjadikan Khalid sasaran rakan-rakannya dalam Pakatan:

Lebuhraya Kidex

Kerajaan pusat meluluskan lebuhraya ini. Namun seperti Langat II, projek ini melalui negeri Selangor dan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri sebelum dilaksanakan.

Bagi orang politik Pakatan, Kidex adalah anugerah Umno untuk peguamnya Datuk Hafarizan Harun dan bekas peguamnya yang juga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi kerana konsesinya selama 48 tahun dipegang oleh mereka secara langsung atau keluarga mereka.

Bagi penduduk Petaling Jaya, mereka bakal menjadi mangsa projek ini kerana ia bakal membelah kawasan mereka yang sudah sesak dan bakal menambahkan kesesakan lagi.

Mereka juga mempertikaikan mana janji Pakatan, khasnya Khalid sendiri yang mahu membina lebuhraya percuma sebagaimana yang dinyatakan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Namun bagi Khalid, Kidex adalah salah satu alternatif untuk menyelesaikan kesesakan trafik yang setiap pagi dan petang dihadapi oleh pengguna jalan raya di MRR2. Ia adalah projek pusat bukan Selangor.

Janji lebuhraya percuma adalah untuk luar kawasan pembangunan pesat untuk membina kawasan pertumbuhan baru sebagaimana yang beliau lakukan untuk Lebuhraya Guthrie.

Lihatlah bagaimana Lebuhraya Guthrie berjaya membina banyak kawasan pertumbuhan baru.

2) Rampasan Bible Melayu dari Persatuan Bible Malaysia (PBM)

Bagi orang politik Pakatan, tindakan ini akan menghalau sokongan bukan Islam kepada mereka.

Ini kerana, hasil sokongan penuh merekalah Pakatan menang besar di Selangor dalam pilihan raya lalu.

Mereka menganggap pihak yang pro-Umno di belakang rampasan ini menunjukkan sikap tidak baik kerajaan Pakatan di mata bukan Islam.

Khalid pula tersepit antara enakmen yang diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor dengan tekanan politik. Istana pula berada di sana yang akan menjaga kepentingan mereka.

Pemimpin Pakatan pula nampak jalan keluar apabila Peguam Negara campur tangan. Ikut sajalah. Namun sebelum Khalid bertindak, Istana pula membuat kenyataan. Maka Khalid terikat.

Isu pihak berkuasa tempatan

Banyak ahli politik bawahan di Selangor mengambil kesempatan untuk menjadi ahli-ahli majlis kerajaan tempatan bagi kepentingan diri dan parti mereka.

Yang utama adalah melalui pasar-pasar malam dan uptown yang dibuka. Ia digunakan sebagai sumber kewangan untuk individu pimpinan dan juga parti.

Khalid tidak senang dengan amalan ini. Bagi beliau ini satu perkara yang boleh merosakkan nama baik parti dan pemimpin berkenaan untuk jangka panjang.

Maka, urusannya diserahkan kepada pegawai PBT bukan lagi Jawatankuasa Penduduk atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang selama ini dikuasai oleh parti-parti yang memerintah Selangor iaitu PR.

Hasilnya, berlaku pertembungan antara parti peringkat akar umbi dengan Khalid.

Isu penstrukturan semula industri air


Sejak awal lagi, Khalid menganggap mengembalikan pengurusan industri air kepada kerajaan negeri Selangor adalah legasi yang perlu beliau tinggalkan sebelum berhenti.

Para pegawai beliau selalu berkata, selepas selesai isu ini Khalid sedia untuk berhenti.

Bagi Pakatan pula, banyak isu politik di belakang isu penstrukturan air ini. Khalid seorang tidak cukup untuk mengendalikannya. Lalu mereka melantik satu jawatankuasa untuk menasihati Khalid.

Namun Khalid semacam tidak mengiktiraf jawatankuasa ini. Sebab itulah sehingga kini jawatankuasa ini tidak pernah dapat bertemu dengan Khalid untuk menjalankan tugas mereka.

Sebagai bekas tokoh korporat, Khalid mempunyai penasihat industri tersendiri dalam melaksanakan penstrukturan ini.

Dengan pengalaman di PNB dan Guthrie, Khalid yakin beliau lebih mempunyai kelebihan dalam isu ini.

Inilah empat isu besar yang menyebabkan Khalid berada dalam dilema. Di sinilah datangnya kewajaran nasihat Adun Meru Dr Rani Othman kepada Khalid.

Khalid tidak perlu ditukar sebenarnya. Yang perlu ditukar adalah pendekatan beliau dalam berparti dan memerintah negeri.

Khalid bukannya mengendalikan sebuah syarikat yang bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah yang limited sahaja, tetapi mentadbir sebuah kerajaan yang mempunyai parti yang meletakkan beliau di situ, rakyat yang perlu dijaga kepentingannya di samping peraturan perlu diikuti serta Istana yang turut ada kepentingannya.

Memang... sesiapapun yang duduk di kerusi Khalid akan berada dalam dilema. Semoga Khalid cekal untuk hadapi dilema ini dan semua yang lain juga bersabar dalam menghadapi dilema ini.

20 Jun 2014

Pusat Pelacuran Terbesar Indon Ditutup




Pusat pelacuran terbesar Indonesia, Dolly, yang terletak di Surabaya, Jawa Timur ditutup buat selama-lamanya pada Rabu malam (18 Jun).

Penutupan Dolly disusuli dengan perhimpunan di bangunan Pusat Islam di Surabaya dan dihadiri Menteri Sosial, Salim Segaf Al Jufri; Gabenor Jawa Timur, Soekarwo; Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini, anggota majlis perundangan wilayah, ulama, pelacur dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Dolly.

“Apa yang perlu dikekalkan adalah sesuatu yang positif. Jika tidak positif, maka tidak perlu untuk mengekalkannya,” Salim dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Antara semasa perhimpunan pada Rabu.

Beliau memuji pihak berkuasa berkaitan yang bersedia menutup kawasan Dolly yang bukan sahaja sebagai pusat pelacuran terbesar di Indonesia tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

“Kami telah berusaha keras sejak dua hingga tiga tahun lepas bagi menangani isu ini,” kata Salim.

Perhimpunan pada Rabu juga disusuli dengan perisytiharan oleh masyarakat tempatan yang berikrar untuk menjadikan kawasan itu bebas daripada pelacuran. Perisytiharan itu dibuat secara hitam putih dan ditandatangani wakil-wakil penduduk tempatan.



PR SELANGOR BUAT KERJA BODOH...INGAT SENANG MENENTANG UMNO & KERAJAAN PUSAT !!!

BUKAN SENANG UNTUK MENGURUS EKONOMI SELANGOR JUGA MUSUH-MUSUH DALAM SELIMUT YANG DIHANTAR UMNO.....

KENA ADA CARA SEPERTI PERMAINAN CATUR....PERLU ADA LANGKAH TERSELINDUNG DALAM MEMBUNUH MUSUH.......

PALING PENTING PR JANGAN LUPA DIRI.......

YANG WAKIL PARTI DALAM EXCO TU BUKAN KERAJAAN.....JANGAN JADI AHLI POLITIK MACAM HANTU RAYA......SEMUA NAK KAYA RAYA.....

Tan Sri Khalid seorang MB berwibawa dan mempunyai pemikiran tersendiri. Sebagai seorang korporat pemikiran beliau bukan secara politik dan hasilnya lebih kepada masyarakat dan bukan citax politik.


 Permainan politik beliau tidak boleh diukur seperti permainan politik UMNO atau PR sendiri. 

Bukan senang untuk mentadbir Selangor kerana ahlix politik PR sendiri mempunyai agenda sendiri selain serangan UMNO dan BN pada setiap masa. Bukan senang untuk mentadbir kerana Setiausaha Negeri dan MAIS, JAIS dan sebagainya terangx adalah terdiri dari mantan orangkuat UMNO dan adakah mereka semua ini sentiasa menyokong Tan Sri Khalid??. 

KIDEX, Air dan Bible adalah kaedah terbaik TSKI menyelesaikannya tanpa merosakkan nama baik beliau, walaupun pada mulanya nampak TSKI ini dungu dan lemban tetapi ketiga kes tersebut akhirnya balik kepada terlihatnya ada tanganx ghaib UMNO/BN dalam percaturan masalah tersebut. 

Pemimpin PR terutama PAS perlu memahami keadaan ini. Tapi mungkin saja TSKI buat begini supaya tindakan beliau berjaya kerana TSKI tiada penting diri sendiri



Selepas PKR dan DAP, giliran PAS Selangor tolak Khalid Ibrahim



Sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah. 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan masalah baru untuk terus memimpin Selangor apabila PAS negeri yang selama ini menyokongnya untuk terus kekal sebagai menteri besar kini bersama PKR dan DAP untuk menolaknya ekoran tindakan beliau yang selalu membuat keputusan bersendirian di negeri kaya itu.

Sikap menteri besar Selangor pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah, kata beberapa pemimpin PAS negeri.

"Pada dasarnya, inilah yang disuarakan oleh satu mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor sebelum ini, kesemua 22 Yang di-Pertua PAS kawasan di seluruh Selangor bersetuju agar Khalid ditukar kerana beliau dianggap membawa masalah," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman kepada The Malaysian Insider.

Menurut Jaafar, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti-parti dalam PR walaupun mereka yang meletakkan beliau di kedudukan itu.

Jaafar turut mendesak PAS Pusat dan PR agar menukar Khalid dengan calon yang lebih layak dan sentiasa bersama gabungan itu.

PKR sebelum ini memulakan Langkah Kajang untuk menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Namun langkah itu terbantut selepas Mahkamah Rayuan menerima rayuan Putrajaya, dan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Keputusan mahkamah itu menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.

Bagi Jaafar, kelemahan Khalid semakin ketara dalam menggendalikan beberapa isu penting, termasuk pengambilalihan syarikat pengurusan air, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan pembinaan Lebuhraya Kidex yang mendapat bantahan ramai.

Menurut Jaafar, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada PBM dan serbuan ke atas majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu, selari dengan Agenda Rampas Selangor (ARS) yang dibentuk Umno negeri untuk menjauhkan sokongan bukan Islam daripada PR.

Beliau berkata kuasa berlebihan yang diberikan oleh Khalid kepada pegawai kerajaan di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang membelakangkan ahli-ahli majlis dilantik oleh parti-parti PR, turut menimbulkan kemarahan.

"Misalnya, pengambilan kuasa pengurusan ke atas pasar-pasar malam daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang dikuasai parti Pakatan kepada pegawai di PBT. Apabila kita bertanya kepada pegawai PBT, mereka katakan ini kehendak menteri besar," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad turut bersetuju dengan Jaafar.

"Kita sudah membuat keputusan sebelum ini, Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang bagi saya perlu diterima oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.

"Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," kata Khalid ketika kepada The Malaysian Insider.

Ketika ditanya mengapa isu ini bergema kembali, Khalid berkata, ia senyap seketika kerana pemilihan PKR sedang berjalan dan bukan kerana sudah selesai.

"Ramai senyap kerana bimbang jika serangan ke atas Khalid diteruskan, ia ditafsirkan sebagai kempen negatif ke atas beliau yang bertanding timbalan presiden PKR," katanya yang sebelum ini adalah penyokong utama Khalid Ibrahim di Selangor.

Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman berkata, masalah besar Khalid adalah beliau tidak mendengar dan mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya dalam PR.

"Ketika hangat isu ini dibincangkan sebelum ini, saya pernah menyebut kepada beliau bahawa kita tidak bercadang untuk menukar beliau, tetapi kita mahu beliau berubah," kata Dr Rani yang juga merupakan Adun Meru.

Menurut Dr Rani, beliau pernah membisikkan kepada Khalid dan meminta beliau agar mendekati dan mengambil pandangan sahabat-sahabat dalam PR.

"Isu yang saya sebut kepada beliau, antaranya adalah PBT. Nampaknya isu ini boleh menjatuhkan Pakatan selepas ini," katanya.

Sementara Adun Hulu Klang dari PAS, Shaari Sungib mengatakan DAP pernah menimbulkan agar Khalid digantikan, tetapi perbincangan masih belum dilakukan di peringkat PR.

"Tetapi jika dikekalkan keadaan dasar yang ada, ini akan menyebabkan kekalahan PR dalam PRU14, kita kena bersemukalah, 'put our facts together'," katanya.

PKR Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali sememangnya tidak sebulu dengan pentadbiran Khalid. DAP pula secara terbuka menyerangnya melalui pemimpin seperti Gobind Singh Deo.

Ahli Parlimen Raub dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz baru-baru ini menulis di blognya Sakmongkol AK47, mengatakan jika Khalid tidak digantikan, BN akan berjaya merampas Selangor dalam PRU14.

Bagaimanapun, apabila diminta mengulas kenyataan ahli Parlimen DAP itu, Khalid berkata: "Tidak, itu perlu bertanya pada Raub. Dia bukan wakil daripada negeri Selangor."

19 Jun 2014

ADUN BN JOHOR BANTAH SYARIKAT KESELAMATAN ASING BEROPERASI DI MALAYSIA !!!


Syarikat keselamatan asing yang bakal beroperasi di Johor mesti dipantau

Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat

"Jangan perjudikan keselamatan negeri Johor," tegas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat tentang langkah sebuah syarikat keselamatan asing yang ingin bertapak dan beroperasi di Iskandar Malaysia.

Beliau mengambil pendekatan berbeza berbanding wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di negeri kubu kuat parti pemerintah itu yang lebih banyak mendiamkan diri tentang isu kehadiran syarikat keselamatan asing terbabit di Johor.

Tengku Putra Haron mahukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneliti secara terperinci latarbelakang syarikat negara jiran itu.

"Kerajaan kena peka kerana ia akan memudaratkan keselamatan negeri Johor, kita kena peka. Kita kena musykil dengan kepintaran dan kepakaran dia, jika kepakaran dia adalah di dalam bidang perisikan dibimbangi akan memudaratkan keselamatan Johor."

"(KDN) kena buat thorough review tentang latarbelakang syarikat ini. Sepatutnya kita mempunyai 'zero-tolerance' terhadap isu keselamatan. Jikalau dia (kerajaan) sudah tengok dan selamat, teruskanlah tetapi kerajaan kena bertanggungjawab, " katanya di sini hari ini.

Tengku Putra yang merupakan anggota DUN BN kawasan Kempas buat penggal pertama mengambil risiko politik dengan lantang memperjuangkan isu kehadiran syarikat keselamatan asing itu.

"Di atas ketaatsetiaan saya kepada Raja dan Negara dan keselamatan dalam negeri dan hak rakyat, saya terpaksa bersuara," katanya.

Mac lepas, syarikat terbabit yang berpengkalan di Singapura Soverus Group menandatangani perjanjian persefahaman dengan rakan kongsi tempatannya dengan niat untuk memulakan operasi kawalan keselamatan di kawasan Iskandar Malaysia.

Soverus yang dimiliki oleh bilionair Singapura, Peter Lim telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan anak Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman.

Peter Lim mempunyai pelbagai pelaburan di Johor termasuk di dalam projek hartanah bernilai RM10 bilion di bandaraya Johor Bharu menerusi syarikat Rowlsey, di mana beliau dan keluarga kesultanan Johor merupakan pemegang saham utama.

Walaupun tegas memperjuangkan isu kehadiran syarikat keselamatan asing itu, namun Tengku Putra tetap berterima kasih terhadap kehadiran pelabur asing di Johor yang membantu membangunkan negeri Johor.

"Namun ia (pelaburan asing) tidak seharusnya memudaratkan keselamatan negeri," kata beliau.

Menurut Tengku Putra, beliau difahamkan syarikat terbabit mempunyai kakitangan seramai 600 orang, menyamai kekuatan satu batalion tentera dan kelengkapan keselamatan yang canggih dan moden.

Apa yang dibimbanginya kata beliau, adalah jika terdapat pihak tertentu yang mempergunakan kehadiran syarikat keselamatan itu untuk menjalankan kegiatan perisikan di Johor atau mengumpul maklumat tentang pemimpin-pemimpin negeri.

Beliau tidak mahu apa yang berlaku terhadap Pulau Batu Puteh, berulang sekali lagi.
-- MALAYSIAGAZETTE

Speaker DUN P.Pinang nasihat polis, AG jangan cabuli kuasa eksekutif dewan - #umnoceleka


GAMBAR Law Choo Kiang (berdiri) dalam satu majlis rasmi di DUN Pulau Pinang, George Town.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Percubaan mendakwa ADUN Seri Delima, R.S.N. Rayer di Mahkamah Tinggi Geogre Town pagi tadi akan menjejaskan prinsip pengasingan kuasa badan kehakiman dan badan eksekutif, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sendiri.

Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata demikian dalam kenyataannya petang tadi, sambil menyifatkan percubaan tersebut sebagai tindakan polis dan Peguam Negara (AG) mencabuli bidang kuasa DUN Pulau Pinang.

"Di bawah prinsip pengasingan kuasa, dewan undangan negeri memiliki status tertinggi kerana tugas badan eksekutif adalah jelas untuk melaksanakan apa saja usul atau dasar yang telah diluluskan di dewan undangan negeri.

"Manakala, tugas badan kehakiman pula adalah untuk memastikan usul dan dasar yang dijalankan itu tidak mengandungi elemen penyalahgunaan kuasa.

"Justeru, keputusan yang dibuat oleh dewan undangan negeri wajar dan wajib dihormati oleh semua, di mana segmen eksekutif dan kehakiman tidak boleh menceroboh bidang kuasa yang telah termaktub ada pada dewan undangan negeri," ujar beliau dalam kenyataan bertulis pada petang tadi.

Menurut Choo Kiang, Rayer bukan sahaja diberikan amaran Rayer berpandukan pada Peraturan Tetap, malah, ADUN pembangang turut dibenarkan mengemukakan usul untuk merujuk ADUN Seri Delima tersebut ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan dewan.

Namun, kata Choo Kiang lagi, kegagalan UMNO untuk mendapat undi yang mencukupi telah menyebabkan usul ini tidak diteruskan.

"Saya telah membuat keputusan berlunaskan konteks yang terkandung di dalam Peraturan Tetap, dan dengan itu segala perkara berbangkit mengenai isu ini harus dihentikan segera," tegas Choo Kiang sambil melahirkan rasa kesal.

Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut memberi pendapat mengenai percubaan AG mendakwa Rayer di bawah Akta Hasutan.

"Di bawah peruntukan Artikel 63 atau Artikel 72 di dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun Ahli Parlimen atau ADUN memiliki imuniti, namun dalam keadaan tertentu seperti pelanggaran hak asasi, hak taraf kedudukan, keistimewaan & kedaulatan, bahasa kebangsaan dan status raja-raja, mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

"Walaubagaimanapun, topik ‘UMNO Celaka’ tidak tercatat di dalam mana-mana bahagian di dalam perlembagaan, melainkan ia hanyalah merupakan perkaraan yang tidak baik yang telah diucapkan oleh seorang ADUN semasa perbahasan di dalam dewan undangan negeri," jelas beliau lagi.

Pagi tadi, Rayer yang sepatutnya dibicarakan di bawah Akta Hasutan pada berhubung kenyataannya menyebut “Umno Celaka” dalam persidangan lepas dekat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tiba-tiba ditangguhkan.

Peguamnya, Gobind Singh Deo dalam reaksi spontan kepada wartawan memberitahu, beliau sendiri tidak tahu punca pengguguran dakwaan tersebut.

“AG (Peguam Negara) minta pendakwaan dimulakan hari ini, sebab itu, saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sini.

“Saya tidak boleh memberitahu hal ini secara terperinci, tetapi, tiada pendakwaan pada hari ini sehingga ada suatu notis lanjut kelak,” ujar Gobind, yang juga Ahli Parlimen Puchong di perkarangan di Mahkamah Tinggi George Town.

ANU DIPOTONG ISTERI KES MOHON BERKAHWIN LAGI !!!


Kemaluan suami dipotong isteri

Gambar kes kemaluan (zakar) suami dipotong isteri di Kelantan. Pada 19 Jun 2014, laman sosial digemparkan dengan foto insiden seorang lelaki dipotong pada bahagian kemaluan akibat berhasrat untuk berpoligami atau berkahwin lagi.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila si mangsa sedang tidur sebelum si isteri nekad untuk memotong kemaluan suaminya menggunakan objek tajam. Berdasarkan maklumat yang tersebar, mangsa kini berada di Hospital HUSM Kelantan untuk rawatan lanjut, lapor Melvister.


PM GUGUR NAJIB?


'Rombak Kabinet: PM gugur Najib?'

Antara jenaka SMS yang sedang diedarkan mengenai rombakan kabinet, menurut wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, ialah perdana menteri akan gugurkan Najib.

Jenaka atau tidak, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu berkata, perdana menteri perlu memikirkan semula kedudukan Najib sebagai menteri kewangan.

"Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah Mohd Najib telah mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.

"Apabila PM juga bertindak sebagai menteri kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara.

"Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk Kementerian Kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?" tulis Kadir dalam blognya.



Menurut Kadir (kiri) lagi, sejak Mohd Najib menjadi menteri kewangan
pada tahun 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5 peratus.

Katanya, selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan bahawa ia "ok".

"Jadi PM perlu menilai semula prestasi (KPI) Mohd Najib sebagai menteri kewangan," katanya.

Lagipun, tambahnya, PM perlu tumpu lebih banyak masa mengurus pentadbiran negara yang semakin mencabar.

18 Jun 2014

Bukti teknologi di Malaysia mendahului zaman, Jangan lupa puji Kerajaan....



Klu pkai sticker, next time org lalu situ slambe je x slow keta dh.. TAPI, klu pkai 3D cm kt malaysia kreta sntiasa akan slow.. respect teknologi malaysia!

MANTAN MB KESAL , DIPECAT KERANA ORANG BUAT KERJA BETUL....SAHLAH UMNO PARTI MERAPU....


Sanusi pertikai pemberhentian Sabbarudin

HARAKAHDAILY | 17 Jun 2014.




KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kabinet dan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid (gambar)mempertikaikan tindakan memberhentikan Tan Sri Sabbaruddin Chik daripada jawatan Pengerusi Bank Rakyat dan menyifatkan bekas rakannya dalam kabinet itu sebagai berintergriti tinggi.

Menulis dalam blognya, Sanusi mendedahkan bahawa Sabbaruddin sepanjang pengetahuannya tidak pernah meminta untuk menjawat Pengerusi Bank Rakyat namun ditawarkan ke jawatan itu oleh menteri yang bertanggung jawab ke atas koperasi pada waktu itu.

"... Menteri yang bertanggungjawab ke atas koperasi di waktu itu, pernah menjadi Setiausaha Politik Tan Sri Sabbaruddin, maka tidak hairanlah jika Menteri berkenaan terfikir mengenai kelayakan bosnya dulu untuk dipertanggungjawabkan dengan tugas menjadi pengerusi bank.

"Sudah tentu menjadi Pengerusi Bank Rakyat itu lebih mudah dari menjadi seorang Menteri atau Setiausaha Agung Umno," ujarnya.

Mengimbau kembali persahabatannya dengan Sabbaruddin sejak di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sanusi menceritakan pengalaman rakannya itu ketika berkhidmat sebagai pegawai bank, setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan dan aktivis politik.

"Kami juga, selain pernah duduk bersama di dalam Kabinet Malaysia, sama-sama berpengalaman menjadi Setiausaha Agung Umno Malaysia," tulis Sanusi.

Beliau turut menceritakan pengalamannya meminta bantuan Sabbaruddin untuk meluluskan pinjaman bagi mendirikan rumah di satu kawasan ketika rakannya itu menjawat Pengerusi Bank Rakyat.

"... permohonan saya telah ditolak kerana pendapatan pencen saya tidak mencukupi untuk membayar balik hutang jika diberi.

"Saya terima penolakan ini dengan hati terbuka dan dengan itu jelaslah bahawa Tan Sri Sabbaruddin tidak mengguna pengaruhnya untuk menolong kawannya, dan menyerah pihak pengurusan bank untuk membuat keputusan mereka secara profesional," katanya.

Sanusi mengakui tidak malu mendedahkan perkara itu kerana kesal dengan tuduhan sesetengah pihak yang menganggap Sabbaruddin seolah-olah mementingkan diri sendiri apabila mempertikaikan penamatan kontraknya sebagai Pengerusi Bank Rakyat.

"Bagi yang tidak emosional adalah perlu mereka melihat sebabnya Tan Sri Sabbaruddin diberhentikan.

"Jika seseorang itu menganggap keluhan Tan Sri Sabbaruddin itu tidak benar maka mereka membenarkan cara penggunaan dana Bank Rakyat tanpa mempedulikan tanggung-jawab kepada pemegang saham, yang menjadi pemilik bank itu, dan mereka juga membenarkan penyalahgunaan kuasa dalam memberi pinjaman sedemikian," tulis Sanusi.

Beliau turut mengakui terkesan dengan sebab pemberhentian Sabbaruddin berdasarkan pengalamannya sebagai pegawai kanan bank saudagar milik asing yang mementingkan profesionalisme dalam pengurusan.

Tulisan penuh Sanusi boleh diikuti di sanusijunid.blogspot.com -

TERKINI ! BOT KARAM DI BANTING, DIPERCAYAI 66 MANGSA HILANG - GAMBAR OPERASI

Pautan kekal imej terbenam

kemaskini :

Tongkang karam di Banting, 2 mayat ditemui

Click to Expand & Play


KUALA LUMPUR: Perkembangan terkini setakat jam 11:30 pagi, mayat seorang lelaki dan seorang perempuan telah ditemui menjadikan seramai 35 orang masih belum ditemui dalam kejadian tongkang karam dekat Sungai Air Hitam, Banting.

Setakat ini, jumlah mangsa yang diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah 61 orang.

Pada awal pagi Rabu, sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang asing telah dilaporkan karam.

Pihak Bomba menerima panggilan pada jam 12.24 pagi dan jentera penyelamat dihantar kurang 30 minit selepas itu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, sebuah bilik operasi sementara telah dibuka di Pulau Carey.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil semasa dihubungi berkata, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerah ke sekitar pesisir pantai.

"Dua buah kapal maritim telah dihantar untuk SAR termasuk sebuah helikopter. Buat masa ini sebuah pusat operasi turut dibuka di Jeti Pantai Klanang," kata Jaslizad.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Pegawai Polis yang berada di Balai Banting, Insp Mohd Shamsul Sharif mengesahkan 97 penumpang yang terlibat dalam insiden karam tersebut merupakan warganegara Indonesia.

Sumber Kedutaan Besar Republik Indonesia memaklumkan Astro AWANI bahawa pihak kedutaan sedang berurusan dengan pihak berkuasa yang terlibat.

Tongkang tersebut dikatakan berlepas dari Jeti Sungai Air Hitam awal pagi Rabu dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Acheh.


66 PATI dikhuatiri lemas

Shah Alam: Seramai 66 pendatang tanpa izin hilang selepas bot yang membawa 97 penumpang karam di perairan berhampiran Sungai Air Hitam, Banting kira-kira 12 malam semalam.

Menurut sumber, bot berkenaan dalam perjalanan keluar dari perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey ke Acheh Indonesia.

Menurutnya, sehingga kini seramai 31 pendatang tanpa izin termasuk empat wanita dan dua kanak-kanak berjaya diselamatkan oleh bomba bersama bantuan nelayan tempatan.

"Keadaan air surut menyebabkan bot tidak dapat menghampiri sungai dan operasi menyelamat mengalami sedikit kesukaran.

"Semua mangsa yang berjaya diselamatkan kini sudah dihantar ke Balai Polis Teluk Panglima Garang," katanya.


MENYUSUL....





Pautan kekal imej terbenam

Bot Karam muara Sg Langat, Banting. Ops adalah dari pelbagai agensi. Anggaran mgsa 97 org. Ops masih dijlnkn

Pautan kekal imej terbenam

KES CULIK DI KUNAK , APA PUN ALASAN ESSCOM...PENCULIK TETAP RAKYAT ASING YANG LEPAS MASUK PERAIRAN MALAYSIA!!!!


'Orang dalam' dipercayai dalang kes culik di Kunak - ESSCOM


KETUA Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek (tengah) mendengar penerangan daripada penguasa ternakan ikan, Koo Muh Huah (kiri) ketika melawat lokasi insiden penculikan pengurus ladang ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Sapang Air, Kunak, hari ini. -

Kes penculikan yang berlaku di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Sapang Air, di sini awal pagi semalam dipercayai didalangi orang dalam, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati kes penculikan itu mempunyai unsur penglibatan orang dalam kerana penjenayah seperti mengetahui keadaan selok-belok di kawasan itu.

"Kawasan ini terpencil, dikelilingi pulau dan kawasan laut yang luas. Saya percaya hanya orang dalam atau orang yang sudah lama berada di sini tahu mengenai keadaan di pusat ternakan ikan ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Air Sapang, di sini hari ini.

Beliau berkata sejurus mendapat laporan tentang kejadian penculikan itu, beberapa aset dikerah ke tempat yang telah dikenal pasti untuk memintas penjenayah itu keluar dari perairan negara.

Bagaimanapun penjenayah itu berkemungkinan besar menggunakan jalan alternatif hingga berjaya meloloskan diri dan kini berada di kawasan negara jiran, katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati modus operandi penjenayah semasa insiden itu hampir sama dengan kejadian penculikan di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas.

"Kedua-dua kumpulan penjenayah itu menggunakan pekerja untuk mencari siapa pemilik syarikat berkenaan dan penculik itu juga dipercayai fasih berbahasa Melayu. Cara penculik itu masuk dan keluar dari pusat ternakan ikan dalam sangkar itu juga sama," katanya.
Beliau turut menekankan ESSCOM kini berdepan cabaran besar jenayah rentas sempadan yang didalangi orang yang telah menetap lama di negeri ini khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Dalam kejadian pada kira-kira 12.40 tengah malam itu, pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, 32, dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar Kampung Air Sapang, Kunak.

Ini kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini. Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

Sementara, itu Mohammad mengulangi gesaannya agar semua pihak termasuk pengusaha resort dan pengusaha sangkar ikan mematuhi peraturan sedia ada yang menghendaki mereka hanya menggaji pekerja yang mempunyai dokumen sah.

"Kita telah berkali-kali menasihatkan pengusaha resort dan pengusaha ikan dalam sangkar agar tidak lagi mengambil pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen.

"Apa yang berlaku masih ramai di kalangan mereka yang ingkar termasuklah syarikat di sini. Jadi inilah apa yang berlaku (kes penculikan) apabila kita tidak mematuhi peraturan," katanya.

Sehubungan itu, Mohammad berkata ESSCOM tidak lagi berkompromi dengan majikan yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Katanya Operasi Gasak juga akan diteruskan untuk membersihkan pendatang tanpa izin di kawasan ESSZone. - BERNAMA

Polis percaya dua mangsa culik di Kunak kini di selatan Filipina

2014/06/17 - 13:52:29 PM


KUNAK: Dua lelaki mangsa culik, termasuk seorang pengusaha ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Sapang, dekat sini, tengah malam semalam, dipercayai sudah berada di selatan Filipina.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, mengesahkannya ketika ditemui selepas meninjau lokasi penculikan itu, sebentar tadi.

"Kita akan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Filipina bagi mendapat maklumat berhubung keadaan serta kedudukan mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kumpulan penculik mempunyai bantuan 'orang dalam'.

Katanya, ESSCOM akan meneruskan usaha mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi membendung kegiatan penculikan serta jenayah rentas sempadan di timur Sabah.

17 Jun 2014

KANTOI ! RAKAMAN ROMPAKAN DISEBUAH HOTEL DI CHANGLUN, KEDAH TERSEBAR.....

Displaying capture_169.jpg


Rakaman CCTV sebuah rompakan yang berlaku di sebuah hotel di Changlun, Kedah. Hampeh betul manusia yang nak hidup mewah tapi malas nak mencari sendiri rezeki diri yang sejak azali lagi Allah dah sediakan.


Parah...kalau bandar kecik dah jadi sasaran penyamun ...bila jenayah jadi perkara biasa yang jadi mangsa masyarakat setempat....

Displaying capture_169.jpg



Foto Fazli Bin Ismail.

Kejadian rompak hotel di Changlon Kedah......
Mana mungkin rakyat kedah dah jadi penyamon...
semenjak Bn perintah rakyat kedah dah senang-senang...
neh mb nak buat airport antarabangsa pulak...
penyamon neh mesti mai dari danok siam....?

10 PERKARA MENARIK DI PIALA DUNIA 2014




Stadium Maracana

BEBERAPA perkara yang menarik berkenaan dengan Piala Dunia 2014 yang kini sedang berlangsung di Brazil.

1. Pertama kali perlawanan menggunakan teknologi garisan gol sekaligus menutup kelemahan kontroversi gol yang berlaku pada edisi Piala Dunia sebelum ini.

Pengadil kini mempunyai 14 kamera dan komputer utama membantu pengadil membuat keputusan tepat.Jika keputusan gol, jam tangan khas yang dipakai pengadil akan memaparkan 'gol'.


2. Edisi 2014 ini juga menyaksikan satu-satunya pasukan baharu yang pertama kali layak ke final Piala Dunia, Bosnia-Herzegovina.



3.Aksi Piala Dunia melibatkan 12 buah bandaraya berbeza, melebihi rekod yang kejohanan sebelum ini. Lokasi perlawanan di Manaus, Fortaleza,Natal,Recife,Salvador,Cuiaba, Brasilia,Belo Horizonte, Rio de Janeiro, Sao Paolo dan Porto Alegre.


4.Kapasiti stadium paling kecil ialah Stadium Arena de Baixada yang hanya menempatkan 38,000 penonton, manakala Maracana mampu memuatkan 75,000 penonton.



5.FIFA mengumumkan jumlah kapasiti keseluruhan pada Piala Dunia 2014 dijangka 3,720,225 peminat.


6.Brazil menggondol trofi Piala Dunia sebanyak lima kali, kali terakhir 2002. Manakala lapan pasukan yang pernah bergelar juara mengambil bahagian pada tahun ini - Itali, Uruguay, Argentina, England, Perancis dan Sepanyol.



7.Tahun ini maskot FIFA Piala Dunia dinamakan Fuleco The Armadillo yang diundi oleh orang awam di Brazil.




8.'Caxirola' menjadi peralatan bunyi rasmi digunakan di Brazil. Bagaimanapun pegawai persekutuan menggantung peralatan ini bagi tujuan keselamatan. Pun begitu ia tidak menghalang bunyi peralatan ini di luar stadium (sebutan ka-shee-role-ah).



9. Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia buat kali kedua. Kali pertama pada tahun 1950, namun tewas kepada Uruguay pada aksi akhir.Sejak itu, Brazil tidak pernah menang trofi Piala Dunia di laman sendiri.



10. Slogan rasmi Piala Dunia 2014 ialah 'Juntos num so rirmo", atau "Satu Irama".

16 Jun 2014

KESATUAN TNB BANTAH LANJUT KONTRAK YTL - AKAN ADA DEMO BESARAN MACAM BERSIH... #BARUSEDAR


Kami tentang habis-habisan jika YTL masih jadi IPP


Sebahagian ahli-ahli kesatuan dalaman TNB membuat demonstrasi sebelum menghantar memorandum membantah pelantikan YTL sebagai IPP di Kuala Lumpur pada 16 Jun 2014


Kesatuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersedia mengerahkan ahli-ahlinya berarak di jalanan sekiranya TNB masih berminat meneruskan kontrak YTL sebagai penjana tenaga bebas (IPP).

Presiden TNB Junior Officers Union (TNBJOU), Mohd. Roszeli Majid berkata, selain 34,900 ahli, pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat awam - ia akan menghimpun bilangan yang jauh lebih besar daripada perhimpunan Bersih.

“Sekiranya kontrak YTL sebagai IPP yang tamat tahun 2015 diperbaharui dan kontrak stesen janaletrik Pasir Gudang, Johor diberi kepada mereka tidak mustahil perkara sedemikian akan berlaku.Kami akan berjuang habis-habisan kali ini.

“Ia bukan sahaja menjadi punca kakitangan TNB menjadi mangsa malah rakyat sendiri akan terbeban dengan kenaikan tarif elektrik pada masa depan,” ujarnya.

Terdahulu, TNBJOU bersama Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional, Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB dan Persatuan Unit Keselamatan TNB mengadakan demonstrasi aman dan menghantar memorandun kepada pimpinan TNB membantah pelantikan YTL sebagai IPP.

Seperti gambar di bawah, memorandum berkenaan disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Azman Mohd.


Mohd. Roszeli berkata, TNB tidak menikmati sebarang manfaat sejak berurusan dalam pembelian tenaga dengan YTL sejak tahun 1993 malah perjanjian pembelian tenaga generasi pertama dengan syarikat itu menyebabkan TNB terpaksa menanggung beban kewangan dengan membayar harga belian tenaga yang lebih tinggi daripada apa yang TNB mampu janakan pada masa itu.

“Berdasarkan angka dan maklumat yang kami peroleh, sehingga kini TNB telah membayar lebih RM20 bilion kepada YTL,” katanya sambil memberitahu pelantikan YTL sebagai IPP dilakukan secara runding terus.

Mereka juga percaya pelbagai implikasi melibatkan jaminan pekerjaan akan berlaku kesan daripada projek berkapasiti 1,400 megawatt (MW) hingga 2,000 (MW) yang ditawarkan kepada YTL.

“Kami masih ingat bagaimana YTL membina loji janakuasa elektrik di Paka, Terengganu dengan menyewa tanah TNB hingga menyebabkan ahli-ahli kami terpaksa dipindahkan bersama kaum keluarga masing-masing.

“Kami juga bersimpati dengan kaum pekerja dan rakyat yang terpaksa menanggung bil elektrik yang tinggi selepas wujudnya IPP milik YTL,” katanya.

Beliau juga bimbang sekiranya projek IPP di Pasir Gudang diberikan kepada YTL, ia memaksa kerajaan menyambung kontrak IPP yang lain yang menjadikan kes YTL sebagai rujukan utama seterusnya mewujudkan dominasi dalam projek IPP.

Mohd. Roszeli juga mendesak supaya pengurusan TNB mempertahankan dan tidak menyerahkan tanah TNB di Stesen Elektrik Pasir Gudang kepada pihak YTL dalam jua keadaan.

“TNB beritahu akan beri keputusan mengenai sama ada penglibatan YTL diterima atau tidak pada 25 Jun ini..kalau tidak selain berarak di jalanan, kami juga akan berkhemah di Pasir Gudang beramai-ramai walaupun ia berlarutan sampai bulan Ramadan,” ujarnya.

Pihaknya juga kesal dengan kenyataan seorang pengurusan YTL yang mengkritik dasar kerajaan dengan menyifatkan Malaysia mengamalkan kronisme sedangkan ia seolah-olah peribahasa 'menepuk air di dalam dulang terkena muka sendiri'.

Menurutnya, sebagai kesatuan dalaman TNB, ini adalah tindakan kali pertama pihak kesatuan TNB membuat demonstrasi dan menghantar memorandum dan mereka tidak akan berbuat sedemikian sewenang-wenangnya melainkan benar-benar terpaksa seperti senario yang berlaku sekarang.--MalaysiaGazette

SYED MOKHTAR UNTUNG BERBILION RM DARI PENGECUALIAN DUTI IMPORT BERAS DAN PENURUNAN HARGA PASARAN BERAS DUNIA...


UNDI BN TERPAKSA BELI BERAS MAHAL.....INILAH AKIBATNYA KETAGIH BR1M.......


Syed Mokhtar Untung RM2 Bilion Kerana Pengecualian Duti Import Beras.

PKR hari ini mendakwa usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary bakal mengaut keuntungan sehingga RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import ke atas import beras oleh Bernas.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dalam satu kenyataan berkata, melalui peningkatan tahunan dijangka untuk import beras, Syed Mokhtar yang menguasai Bernas akan terus mengaut keuntungan besar memandangkan syarikat itu monopoli pasaran beras negara.

"Saya terkejut dengan pendedahan menteri pertanian di Parlimen, dalam lima tahun sahaja kerajaan mengecualikan kutipan bernilai RM2.25 bilion (atau purata RM450 juta setahun) atas duti import bagi beras yang diimport oleh Bernas dari 2008 sehingga 2013.

"Statistik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menganggarkan import beras Malaysia pada 2014 akan meningkat sebanyak 24% berbanding tahun 2013, daripada 890,000 tan beras kepada 1.1 juta tan beras pada tahun 2014," katanya dalam kenyataan itu.

Gooi berkata, Bernas mempunyai monopoli ke atas import beras dan dikecualikan daripada membayar duti import ke atas beras.

"Kerajaan melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan Bernas melanjutkan status pengimport nasional tunggalnya untuk beras daripada tahun 2011 sehingga 2021," katanya.

Katanya Bernas juga menghasilkan beras Super Tempatan 15% (ST 15%) untuk golongan berpendapatan rendah dan isi rumah miskin dan mendapat sejumlah besar subsidi kerajaan, sebanyak RM800 setiap tan beras.

"Adalah satu kemungkiran besar kerajaan terhadap kepentingan awam untuk membenarkan Syed Mokthar untuk menyahsenaraikan keluar Bernas berdasarkan surat peribadi yang ditulis oleh Syed Mokhtar kepada menteri pertanian sendiri yang tidak mempunyai nilai langsung dalam undang-undang, seperti yang dinyatakan oleh menteri dalam Parlimen," katanya.

Beliau berkata, jawapan yang diterimanya di Parlimen oleh menteri mendedahkan Syed Mokhtar memberikan akujanji peribadi, yang antaranya termasuk menjamin kepentingan padi dan beras negara.

Dalam proses penyenaraian semula Bernas, 10% saham dalam IPO Bernas akan diperuntukkan kepada kerajaan untuk Persatuan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

Selain itu, Gooi berkata, surat peribadi itu juga mendedahkan Syed Mokhtar akan menyumbang setiap tahun kepada program kebajikan Nafas dan Nekmat selama lima tahun atau sehingga proses penyenaraian semula di Bernas selesai.

"Saya mengatakan surat peribadi swasta Syed Mokhtar kepada menteri, di sebalik kekayaan peribadinya dan pengaruhnya, adalah sekeping kertas tidak bernilai," katanya.

Surat itu katanya tidak terikat dari aspek perundangan dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Bernas kerana Syed Mokhtar bukanlah satu pihak kepada perjanjian konsesi yang ditandatangani antara Bernas dan kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya yang dikenakan oleh kerajaan sehingga 2021.

Beliau berkata, surat itu tidak mengenakan sebarang tarikh akhir atau tempoh masa untuk penyenaraian semula Bernas.

"Bilakah ia akan disenaraikan semula, dalam lima atau 10 tahun?" soalnya.

"Dengan tiada tarikh yang pasti untuk penyenaraian semula, Bernas tidak akan tertakluk kepada penelitian awam atau penyeliaan Bursa Malaysia melalui peraturan-peraturan dan prosedur-prosedurnya yang ketat dan tegas mengenai laporan yang wajib diberikan tentang operasi syarikat – dan ini amat memudaratkan kepentingan negara kita," katanya.

Beliau menambah, tindakan kerajaan dalam cara mereka mengendalikan dan membenarkan Bernas dinyahsenaraikan sehingga menjadi sebuah syarikat milik penuh persendirian dan dimiliki oleh seorang individu, adalah kronisme yang paling teruk sekali.

Harga beras di Malaysia patut lebih rendah

Merujuk kepada rencana Reuters bertarikh 19 Februari 2014 bertajuk “Thai rice to pour into global markets as subsidy ends”, berjuta tan beras Thailand bakal dieksport ke pasaran antarabangsa akibat daripada penghapusan skim subsidi padi Kerajaan Thailand pada akhir bulan Februari 2014.

Di bawah skim subsisdi padi Thailand, petani Thai telah dibayar sebanyak 15,000 baht setiap tan semenjak skim subsidi ini diperkenalkan pada bulan Oktober 2011.

Apabila skim subsidi padi Thailand ini dihapuskan nanti, petani dijangka akan terpaksa menjual padi pada harga pasaran terbuka sekitar 8000 hingga 9000 baht sahaja (47% lebih rendah).


Petani juga akan terpaksa menjual padi pada harga yang rendah ini kerana kekurangan tangki simpanan beras kerajaan yang tidak membolehkan beras disimpan lama sehingga harga pulih semula.

Pengksport Thai meramalkan penurunan harga beras hancur 5% daripada USD 375/tan (RM 1,238/tan) kepada USD 350/tan (RM 1,155/tan) yang juga merupakan harga terendah dalam 7 tahun terkini.

Selain Thailand, India dan Vietnam juga bakal mengalami penurunan harga beras akibat daripada hasil tuaian yang tinggi. Pertambahan pengeluaran beras sebegini akan terus menekan harga ke paras yang lebih rendah.

Malaysia sebagai negara pengimport beras bakal menikmati harga beras import yang yang lebih murah. BERNAS juga bakal mendapat imbuhan keuntungan yang lebih besar akibat harga import yang lebih rendah.

Perkara diatas amat konsisten dengan kenyataan media saya pada 12 November 2013 yang bertajuk “BERNAS bakal diswastakan: Ketamakan Bermaharajalela” iaitu “Keuntungan (BERNAS) bakal meningkat 40% ke RM 165 juta pada jangkamasa terdekat kerana pengurangan harga beras antarabangsa akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam,
India dan Pakistan. Hal ini akan menguntungkan sesiapa yang memiliki BERNAS di masa hadapan.”

Sekiranya harga beras untuk rakyat Malaysia tetap kekal diparas lama, BERNAS bakal mendapat pertambahan keuntungan yang majoritinya bakal dikaut oleh seorang individu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar sendiri.

Berdasarkan situasi pasaran antarabangsa terkini, harga beras di Malaysia sepatutnya lebih banyak rendah, dan kerajaan harus memastikan harga beras turun bagi membantu meringankan beban rakyat yang semakin terhimpit akibat kenaikan kos sara hidup.

* Gooi Hsiao Leung adalah Ahli Parlimen Alor Setar

BANYAK ORANG INGAT ARAB SAUDI NEGARA PALING ISLAMIK...TAPI BERADA DIKEDUDUKAN KE 91, APA PUNCANYA ?

Ireland Negara Paling Islamik, Malaysia Ke 33, Arab Saudi Pun Kalah.

Bukan Arab Saudi.
Bukan Palestine.
Bukan Malaysia.

Tapi Ireland?

Relevant kah kajian ini? Aku rasa sedikit sebanyak agak relevant.

Cuba baca ;

London: Seorang ahli akademik Amerika Syarikat kelahiran Iran menganggap Ireland negara paling Islamik di dunia.

Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) baru-baru ini, Profesor Perdagangan dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti George Washington itu berkata, Denmark, Sweden dan United Kingdom menyusuli Ireland.Menurut Hossein, kajian yang dilakukan bersama rakannya Dr Scheherazde S Rehman juga mendapati Israel berada di tangga ke-27 senarai negara yang melaksanakan nilai yang terdapat dalam al-Quran, berbanding negara yang ramai penduduk Islam.

Tidak ada satu pun negara yang mempunyai majoriti penganut Islam berada di 25 tempat teratas senarai itu dan tidak ada negara Arab termasuk dalam senarai 50 teratas.

Katanya, apabila ‘indeks keislaman’ mereka diguna pakai, hanya Malaysia (33) dan Kuwait (42) sebagai negara Islam tersenarai dalam 50 negara teratas.

Amerika Syarikat menduduki tangga ke-15, Belanda juga di tempat ke-15 dan Perancis, 17.

Saudi berada di kedudukan ke-91 dan Qatar, 111.

Dalam menjalankan kajian itu, kedua-dua penyelidik mengguna pakai kesempurnaan dalam Islam terhadap pencapaian ekonomi masyarakat, pentadbiran, hak asasi manusia dan politik serta hubungan antarabangsa sesebuah negara.

“Dalam indeks itu, pencapaian negara Islam amat buruk,” katanya sambil menuduh negara berkenaan mengguna agama sebagai alat untuk berkuasa.

Hossein berkata: “Kami perlu menegaskan bahawa kebanyakan negara yang mendakwa Islam dan digelar Islam tidak bersikap adil, rasuah dan tidak membangun. Mereka pada hakikatnya tidak ‘Islamik’ dalam semua perkara.

“Melihat kepada indeks Keislaman Ekonomi atau bagaimanapun hubungan rapat antara dasar dan pencapaian sesebuah negara menggambarkan ajaran ekonomi Islam - Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapura, Finland, Norway dan Belgium menduduki tempat 10 teratas.

“Dalam ‘Indeks Keislaman Menyeluruh,’ ukuran yang meliputi undang-undang dan pentadbiran, hak asasi manusia dan politik, hubungan antarabangsa serta faktor ekonomi, senarai itu tidak banyak berubah dengan New Zealand, Luxembourg, Ireland, Iceland, Finland, Denmark, Kanada, United Kingdom, Australia dan Belanda berada di 10 tempat teratas.

Dan sekali lagi, hanya Malaysia (38) dan Kuwait (48) menduduki kelompok 50 teratas dalam kalangan negara Islam. - Agensi



Pautan kekal imej terbenam
Takde arak ke kat Ireland? Ada juga. Faktor kilang arak bukan faktor utama yang mempengaruhi kedudukan Malaysia sebenarnya. Jika kilang arak ialah utama kenapa Arab Saudi pun kalah berbanding Malaysia. Di Malaysia, polemik kilang arak adalah disebabkan ;

- diluluskan oleh orang melayu + islam atas nama menjana keuntungan.

- dibiarkan tanpa pengawasan dengan membiarkan arak2 tersebut dijual secara berleluasa tanpa kawalan.

- pemilik sahamnya juga ada yang dimiliki oleh orang2 islam.

Arak digunakan untuk mendapatkan profit melalui cukai. Memang la orang marah. Kalau nak penuhi hak orang2 bukan islam minum arak boleh aje. Takde masalah janji dibuat peraturan2 yang tertentu yang menjamin juga hak2 mereka yang tak minum arak.

Kat laporan di atas ;

1. Yang membuatkan Irealand no 1 adalah disebabkan stuktur pentadbiran negara, pengurusan ekonomi dan kebajikan sosial.

2. Ireland, UK, Denmark dan Sweden memang terkenal sebagai negara yang hak asasi rakyat mereka seringkali diutamakan. Seseorang tidak akan dihukum hanya kerana seseorang tidak mempunyai idelogi politik yang menyokong kerajaan. Ko bebas mendakwa, mengkritik, bercakap, lantang bersuara, berdemo berhari2 lamanya sekalipun tanpa menganggu urusan orang awam jika ko rasa kerajaan ko kejam dalam satu2 policy yang dorang perkenalkan.

3. Kadar rasuah juga sangat kurang di negara2 tersebut.

4. Rakyat dinilai berdasarkan 3 perkara utama ; merit, kerajinan dan usaha.

5. Rakyat mereka juga kurang mengamalkan sikap2 diskriminasi meskipun pada pendatang asing.

6. Seseorang di iktirafkan berdasarkan kepada bakat dan usaha. Idea dan plan yang strategi. Bukannya ikut kaum jauh sekali agama. Pernah tengok dokumentari Islam di UK. Pengalaman orang2 Islam Malaysia yang hidup di UK. Memang best tengok. Takde diskriminasi jauh sekali racist. Hitam, putih, gemuk, kurus, bangsa apa, agama apa semua diterima seadanya. Di Malaysia lain gayanya. Yang jongang pun kena ejek dalam drama. Hadoi ai.

7. Menariknya juga laporan di atas, Malaysia lebih baik dari Arab Saudi. Orang2 kita kan suka sangat agungkan Arab Saudi. Padahal Arab Saudi dulu bukanla Arab Saudi yang sekarang. Dalam semua peringkat ujian keislamikkan ;

- Mengamalkan nilai2 Islam sejajar dengan apa yang digariskan oleh Alquran = Malaysia 33

- Indeks keislaman menyeluruh = Malaysia 38

Kita lebih baik dan boleh berusaha menjadi lebih baik dari Arab Saudi. Kita tak semestinya perlu mahir berbahasa arab bagi menjadi seorang muslim yang baik.

15 Jun 2014

PANAS! PEGAWAI JAKIM TIDAK MAKAN COKLAT CADBURY...HANYA BLOGGER BERANI MAKAN......

PASAI APA PEGAWAI JAKIM TAK JAMAH COKLAT CADBURI.....?

501Awani ‏@501Awani 20 min

Sewaktu sesi jamah #Cadbury, hanya blogger yang memakan coklat tersebut. Namun pegawai JAKIM tidak melakukan perkara yang sama.



Ikatan Aktivis Siber Malaysia confident with the HALAL status for @DairyMilk Malaysia by JAKIM. pic.twitter.com/XIlCQBfK9i


Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan


ASM pertahan imej JAKIM, tidak gentar dikecam

KUALA LUMPUR: “Kami tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.


Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja .”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.


Read more at:SINI

KAMPUNG CHUBADAK: BILA DAPAT KUASA...MEREKA BERTINDAK MACAM YAHHUDI...


Penduduk Chubadak adalah mangsa penindasan dan khianat pemimpin Umno yang lupa asal usul mereka. Bila dapat kuasa, mengganas dan bertindak macam yahudi. Jeritan ' hidup melayu' adalah suara hipokrit semata2.


Bahkan, sampai hari ini, kononnya ada ratusan Ngo melayu yang peka dengan bangsanya; tidak kelihatan membantu penduduk Kg Chubadak.


Luahan hati Petugas DBKL yang roboh rumah Kampung Chubadak..

Maka menangislah warga-warga emas di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur selepas rumah yang didiami sejak lebih 30 tahun dirobohkan tanpa belas.

Rata-rata yang tinggal di situ adalah masyarakat Melayu yang telah pun memohon untuk mendapatkan status hak milik yang kini dikhabarkan sedang dalam proses untuk dikeluarkan.

Melihatkan kesungguhan penduduk mempertahankan hak mereka, rasanya mereka ada bukti sahih permohonan masing-masing memang sedang dalam proses untuk menjadi kenyataan.

Malah mereka juga telah mendapat surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 12 Jun 2014 yang menghalang mana-mana pihak daripada menceroboh atau meroboh rumah mereka buat sementara waktu.

Namun apapun alasan yang diberi walau keluar air mata darah sekalipun, jentolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan kerja merobohkan rumah-rumah di situ.

Semuanya kerana tugas dan mereka bukanlah sengaja datang hendak menghalau penduduk jika tidak ada arahan daripada pihak atasan.

"Kami faham perasaan mereka yang enggan keluar tetapi apa daya kami untuk tidak merobohkan rumah-rumah di situ kerana kami hanya menjalankan tugas sebagai pekerja.

"Kalau kami dipandang benci sekalipun, kami perlu menjalankan tugas yang diarahkan walaupun hakikatnya kami juga ada perasaan tidak sampai hati,” kata seorang pekerja DBKL yang enggan namanya disiarkan.

Katanya, setiap kali melihat warga-warga emas di situ merayu dan merintih, hati kecilnya tersentuh tetapi dia melakukannya kerana terpaksa demi tugasan yang dipertanggungjawabkan.

"Saya dan rakan-rakan sekerja dimaki, dicaci sepanjang kami bekerja tetapi kami hanya mendengar. Kami faham apa juga alasan yang kami beri, mereka tidak akan terima.

"Sebenarnya, kalau perkara itu berlaku dalam keluarga saya pun saya tidak boleh terima dan pasti saya akan melakukan perkara sama yang dilakukan oleh mereka.

"Tapi inilah kerja saya dan punca rezeki untuk menyara keluarga. Kalau saya tidak melakukannya, saya akan dikenakan tindakan disiplin atau macam-macam lagi yang pasti akan menjejaskan kerja saya," ujarnya.

Pun begitu katanya, dia mengharapkan apa yang berlaku di Kampung Chubadak akan berakhir dengan sesuatu yang boleh memuaskan hati penduduk di situ.

"Saya hanya orang bawahan yang turut merasakan kesedihan mereka. Jadi, mudah-mudahan, selepas kejadian ini, ada pihak yang akan datang membantu mereka untuk menenangkan keadaan agar kesedihan yang ditanggung dapat diredakan," katanya. - MalaysiaGazette

MH370 : KELIBAT ANAK PULANG......

Pautan kekal imej terbenam

MH370: kelibat anak pulang

Wartawan Sinar Harian menemubual Saimah di rumahnya semalam.

TELOK PANGLIMA GARANG - “Makcik masih harap sangat anak pulang selepas beberapa kali bermimpi kelibat anak,” demikian luahan seorang ibu kepada penumpang MH370 yang hilang 8 Mac lalu.

Saimah Sidik, 71, ketika ditemui di rumahnya kelihatan tenang menceritakan penantian menunggu kepulangan anaknya, Muzi Yusop, 50, yang sering ke luar negara atas urusan kerja.

Menurutnya, sejak kehilangan anak sulungnya itu, dia bersama keluarga akan berkumpul selepas Solat Maghrib membaca doa untuk keselamatan anak dan penumpang MH370.

“Setiap hari makcik dan pakcik tidak berputus berdoa dan bersyukur anak-anak dan cucu lain turut serta berkumpul di rumah ini.

“Penantian ini sungguh mencabar kerana tiada satu pun keputusan rasmi dimaklumkan,” katanya yang sedang menunggu suaminya, Yusop Tahir, 71 pulang dari mendapatkan rawatan di Pusat Dialisis di Telok Panglima Garang.

Saimah berkata, suaminya yang sudah uzur itu sebelum ini bagaikan tidak boleh berdepan dengan kehilangan Muzi namun apabila anak-anak lain memberi sokongan kepadanya, barulah dia tenang.

Katanya, sebelum ini, Yusop akan menitiskan air mata apabila mengenangkan anak lelakinya dan kadangkala meraung kerana terlalu rindukan Muzi.

“Walaupun pakcik kadang-kadang bertanyakan tentang Muzi sekarang, makcik hanya minta dia beristighfar dan sentiasa ingatkan ALLAH.

“Syukur dia kini kembali tenang dan boleh meneruskan aktiviti seperti biasa bersama anak dan cucu-cucunya,” katanya.