19 Jun 2014

PM GUGUR NAJIB?


'Rombak Kabinet: PM gugur Najib?'

Antara jenaka SMS yang sedang diedarkan mengenai rombakan kabinet, menurut wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, ialah perdana menteri akan gugurkan Najib.

Jenaka atau tidak, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu berkata, perdana menteri perlu memikirkan semula kedudukan Najib sebagai menteri kewangan.

"Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah Mohd Najib telah mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.

"Apabila PM juga bertindak sebagai menteri kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara.

"Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk Kementerian Kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?" tulis Kadir dalam blognya.



Menurut Kadir (kiri) lagi, sejak Mohd Najib menjadi menteri kewangan
pada tahun 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5 peratus.

Katanya, selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan bahawa ia "ok".

"Jadi PM perlu menilai semula prestasi (KPI) Mohd Najib sebagai menteri kewangan," katanya.

Lagipun, tambahnya, PM perlu tumpu lebih banyak masa mengurus pentadbiran negara yang semakin mencabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan