19 April 2014

PANAS! KADAR FAEDAH PINJAMAN KERETA TURUN LAGI....TERIMA KASIH BN....!!!




Kadar Faedah Pinjaman Kereta Naik 5.25% Rupanya dah naik bermula
18hb Mac 2014 ...tapi tidak dihebohkan dalam media massa..???


~~Kredit :MYroadtax.com ...

Memang sudah sah tahun 2014 ini merupakan tahun barang naik. Semua naik secara mendadak pada awal tahun. Apa lagi yang perlu kita tanggung beban pada tahun 2014 ini. Diharap semua rakyat Malaysia dapat bersabar.

Betul ke kadar faedah pinjaman kereta sudah naik? Ya betul.

Senyap sahaja bukan berita pasal kenaikan kadar faedah pinjaman kereta ni. Tidak keluar pun khabar ini dalam berita semasa. TV dan akhbar senyap sunyi sahaja. Berita kenaikan kadar faedah pinjaman kereta ni macam sahaja ditutup supaya orang ramai tidak melatah.

Kami baru mendapat berita yang kadar faedah pinjaman kereta untuk kereta nasional seperti Proton dan Perodua sudah naik kepada 5.25% untuk pinjaman selama 5 tahun pada 18hb Mac 2014, Selasa lepas.

Kadar tersebut adalah 5.5% untuk pinjaman 6 tahun dan 5.75% untuk 7 tahun.

Bagi kereta bukan nasional pula, kadar faedah pinjaman 5 tahun adalah 4.8%, 6 tahun sebanyak 4.9% dan 7 tahun untuk 5%. Ini adalah untuk semua kereta lain seperti Toyota, Honda, Nissan, Mazda, KIA dan lain-lain.

Bagi kereta import recon pula kadar faedah pinjaman adalah 5% untuk 5 tahun, 5.1% untuk 6 tahun dan 5.2% untuk 7 tahun. Kereta yang terlibat biasanya kereta mewah seperti Mercedes, BMW, MPV sepeti Toyota Estima, Alphard dan Velfire.

Diatas adalah salinan faks surat arahan tersebut. sumber

PANAS! KES FITNAH II, PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN PINCANG !!!


Fitnah II: Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan tak boleh dipertahan, pincang

SHAH ALAM 19 APRIL: Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pincang, defensif dan tak boleh dipertahankan.

Peguam, N Surendran berkata pengadilan ini tidak boleh disokong dari sudut undang-undang dan fakta secara dasarnya pincang dari awal hingga akhir.


“Tidak pernah sebelum ini seseorang hakim ‘keluar dari lingkungan kes’ dengan mengatakan bahawa’ rayuan akan ditolak dengan serta-merta,” kata Surendran dalam kenyataannya.

Beliau merujuk penghakiman bertulis bertarikh 11 April oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Fitnah II yang mengkritik keputusan untuk membenarkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang, sebaliknya menerima bukti Saiful dan mendakwa pembelaan Anwar tidak berwibawa.

Kata Surendran, pandangan hakim itu muncul sebagai respon defensif kepada kritikan luas masyarakat, termasuk satu usul mencela hakim yang dibawa ke Dewan Rakyat terhadap tiga hakim tersebut minggu lalu.

“Tidak sesuai untuk hakim bertindak balas terhadap kritikan kelakuan mereka dengan cara sebegitu.

“Pengadilan dalam satu kes jenayah mesti berdepan dengan fakta dan undang-undang kes dan bukannya hal-hal asing.


“Sebaliknya ia menimbulkan persoalan tentang kesaksamaan dan objektif hakim. Keadilan perlu bukan sahaja dilakukan, tetapi mesti dilihat untuk dilakukan,” kata Surendran yang juga Naib Presiden PKR.

Tambahnya, hakim membuat kesimpulan berdasarkan keputusan Anwar untuk tidak mengangkat sumpah dari kandang saksi, sedangkan di bawah undang-undang jenayah, adalah hak tertuduh membuat kenyataan tidak bersumpah dari kandang.

“Pengadilan Mahkamah Rayuan telah melangkaui semua duluan undang-undang dengan mengkritik Anwar,” kata Surendran.


Hakim tak pertikai Saiful jumpa Najib dua hari sebelum ‘kejadian’?

 Peguam N Surendran mempersoalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menyatakan ‘tiada apa yang mustahil’ tentang bukti berkaitan Saiful Bukhari, saksi utama kes Fitnah II.

“Bagaimana ketiga hakim ini mencapai kesimpulan sebegitu, apabila tidak dapat dipertikaikan lagi yang Saiful dipertemukan dengan musuh politik Anwar,” kata Surendran dipetik Keadilan Daily.

Saiful bertemu Datuk Seri Najub Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Saiful turut bertemu pegawai atasan polis SAC Rodwan, individu yang terlibat dalam kes Fitnah pertama.

“Bagaimanakah yang Saiful mendakwa diliwat beberapa kali ketika laporan perubatan Hospital Besar KL mendapati tiada bukti fizikal sedemikian.

“Mengapa Saiful tidak melepaskan diri, sedangkan dia mempunyai banyak peluang untuk berbuat demikian? soal Surendran.

Tambah walaupun pegawai penyiasat Jude Pereira telah membuka beg sampel P27, hakim mengatakan ini tidak bermakna Jude telah ‘mengusik eksibit’.

“Ini bertentangan dengan semua prinsip undang-undang yang berkaitan, rantaian bukti dan bertentangan dengan common sense (sesuatu diterima akal)

Tegas Surendran, perbicaraan ini tidak boleh dipercayai, bertujuan mensabitkan Anwar Ibrahim, mengenepikan fakta penting dan bertentangan dengan prinsip undang-undang.
APR 18, 2014 HARAKAHDAILY


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata.

Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh.

"Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan hari ini.

Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.

Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya.

Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.

"Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah.- Bernama

PANAS! KEADILAN RAYA ...PA DIA AZMIN....BUKAN KUMPULAN KE...!!!!


KARTEL: AZMIN TEPUK AIR DI DULANG


Membaca berita di Malaysiakini pada 13 April 2014 bertajuk 'Kartel Calon Tidak Sihat Pada PKR' saya amat tertarik untuk menulis komen. Dalam laporan tersebut menyebut betapa YB Azmin Ali gusar dengan perkembangan kewujudan pakatan atau kumpulan (kartel) dalam pemilihan KEADILAN 2014 kali ini. Bliau dilaporkan menyatakan ia merupakan perkembangan yang tidak sihat. Malah beliau turut mengumumkan bebas dan tidak membentuk mana - mana pakatan atau fraksi.

Semua ini boleh disifatkan sebagai menepuk air di dulang terpecik muka sendiri. Bukan sahaja anggota parti malah umum telah mengetahui bagaimana budaya kartel atau juga dikenali sebagai chai ini telah wujud dalam pemilihan sebelum ini lagi dan antara pelopor utama budaya ini ialah Azmin sendiri.

Namun bagi saya budaya membentuk kumpulan atau kartel dalam pemilihan seperti tidak boleh dielak khususnya apabila sekumpulan calon berkongsi aspirasi misi dan visi yang sama.

Seperti mana Saifuddin, Izzah dan Rafizi yang berkongsi visi dengan motto Masa Depan Bersama dan Tan Sri Khalid pula berkongsi visi dengan beberapa calon lain dengan motto 'Reformasi Tulen'. Namun mungkin kerana tertekan dengan pembentukan kumpulan - kumpulan yang membabitkan nama - nama besar dalam PKR ini, yang mana selama ini kumpulan dengan nama - nama besar ini hanya mampu dibentuk oleh Azmin sahaja, maka dia menggunakan media menempelak kewujudan bertanding secara kumpulan ini.

Lebih kelihatan jenaka beberapa hari selepas Azmin menempelak budaya bertanding secara kumpulan, pada 16 April dia sendiri telah mengumumkan kartelnya yang dikenali Gagasan Keadilan Raya dalam satu majlis yang besar dengan siap menyediakan kenderaan angkut penyokong.

Jelas sekali kata - katanya konon bimbang dengan kewujudan pembentukan kumpulan dalam pemilihan konon ia akan membawa kesan negatif hanya kenyataan paniknya khususnya apabila teraju muda utama parti seperti Nurul Izzah dan Rafizi mengistiharkan diri bersama Saifuddin. Malah kumpulan ini kelihatan turut didokong oleh Tian Chua yang menarik diri dari persaingan Timbalan dan menumpukan pertandingan Naib Presiden dalam satu sidang media bersama Saifuddin, Rafizi, Nurul Izzah dan ramai pimpinan lain.

Kumpulan terbentuk dari perkongsian misi dan visi bersama baik untuk parti tetapi pembentukan kumpulan boleh jadi negatif apabila ia dibentuk kerana cita - cita kuasa semata atau lebih parah terbentuk kumpulan atau sokongan kerana ugutan akan gugur nama sebagai calon PRU contohnya amat buruk kesannya buat parti.

Mungkin tertekan dengan perkembangan tersebut akhirnya dia sendiri terpaksa mengumumkan kartelnya yang dikenali Keadilan Raya akhirnya kenyataan tersebut umpama menepuk air di dulang.

Dalam isu kumpulan atau kartel, membentuk kumpulan dalam pertandingan tidak salah tetapi sebaliknya mentadbir parti ini dengan hanya melibatkan kumpulan tertentu itu yang salah.Maka muncul persoalan yang perlu dijawab oleh Azmin iaitu bagaimana dengan rungutan ahli akar umbi apabila beliau selaku pengarah pilihanraya pusat dengan hanya berbincang dengan kumpulan rapatnya sahaja memutuskan hampir semua senarai calon dalam PRU yang lepas khususnya dengan mengenepikan sebahagian calon yang berpotensi menang, calon yang bekerja, calon yang diangkat diperingkat cabang dengan menerjunkan calon yang rapat dengan beliau atau kumpulan beliau ?

Tindakan mengutamakan kumpulan inilah yang sebenarnya menghancurkan parti malah mengecewakan cita - cita rakyat ingin melihat Bn tumbang di Putrajaya. Malah Negeri Sembilan sendiri ketika PRU lepas peluang untuk membebaskan Negeri Sembilan dari cengkaman Bn cukup baik namun ia digagalkan sebahagian besarnya kerana rundingan kerusi dan pemilihan calon yang gagal.

tulisan oleh ; che'GuBard (anggota biasa Parti Keadilan Rakyat)


BACA LAGI

PANAS! MENTERI DAN PENDUDUK LANGKAWI PUN MELUAT PERANGAI AHLI PARLIMEN LANGKAWI !!

Sumbangan Karpal Singh kepada negara adalah banyak , walaupun beliau dilabel bermacam-macam gelaran oleh pihak parti lawan.....Nampak sangat ahli parlimen Langkawi begitu buta sejarah...hanya mengeluarkan kenyataan membabi buta.....sekarang apa cerita....beliau memang memalukan penduduk Langkawi yang memilih beliau sebagai ahli parlimen....tambahan setelah beliau dilantik Pengerusi KTM....bodek beliau nampak kebudak-budakan dan melampau......

HINA MAYAT MENDIANG YB KARPAL SINGH .... AHMAD SHABERY CHEEK PUN MELUAT DENGAN PERANGAI AHLI PARLIMEN LANGKAWI YANG TERLALU BIADAP.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pengamal media sosial perlu berhenti menyebarkan gambar yang di muat naik oleh Ahli Parlimen Langkawi merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB Dato Ir Nawawi Ahmad kerana beliau bertindak melampau dan tidak bertamadun.
Menyatakan kesedihan dan kekecewaan terhadap perkembangan budaya yang tidak diingini ini, beliau berkata tindakan ini adalah tidak beretika.

"Saya sedih apabila saya melihat gambar-gambar mayat disebarkan di media sosial . Ia adalah tidak beretika dan tidak bertamadun untuk memaparkan ini untuk dilihat ," katanya kepada pemberita selepas melawat Ahli Dewan Undangan Paloh Datuk Norzula Mat Diah Kelantan yang di bawah rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh , Bernama melaporkan .

Ahmad Shabery berkata rakyat perlu memahami perasaan keluarga simati kerana kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja , walaupun diri mereka sendiri.

"Saya melihat bahawa pengamal media sosial telah melampaui batas. Mereka perlu mematuhi etika ( kewartawanan ) supaya tabiat yang baik itu akan membantu untuk memupuk budaya yang baik dalam masyarakat," beliau dipetik berkata oleh Bernama.

Ahmad Shabery berkata undang-undang akan memantau perbuatan melampau, tetapi undang-undang juga mempunyai batasan.

" Kita seolah-olah terlalu lapar untuk kebebasan, tetapi kita tidak tahu bagaimana untuk menghargai kebebasan itu.

"Kita menyalahgunakan kebebasan yang kita ada , dan dalam berbuat demikian, kita menunjukkan bahawa kita adalah tidak bertamadun. Ini tidak direstui dalam Islam dan agama-agama lain , "katanya.


18 April 2014

KES FITNAH LAHAD DATU UTUSAN TERHADAP DSAI - HAKIM TOLAK PERMOHONAN UTUSAN HAKIM TARIK DIRI !!!


Pesuruhjaya kehakiman tolak permohonan utusan supaya tarik diri




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim saman Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel fitnah terhadapnya berhubung pencerobohan di Lahad Datu. 

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop hari ini menolak permohonan Utusan Melayu (M) Bhd supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Dalam penghakiman, Rosilah berkata saman itu tidak mempunyai kaitan dengan kes saman Anwar terhadap penulis blog 'Papagomo' yang diputuskannya sebelum ini dan ia akan melibatkan saksi serta fakta berbeza.


Katanya, isu berat sebelah juga tidak akan timbul dalam kes saman itu kerana keputusan yang dibuat adalah berdasarkan perbicaraan penuh dan hujah kedua-dua pihak.

Selain syarikat itu, turut membuat permohonan sama ialah Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Rosilah menolak permohonan itu dengan kos RM5,000 dan membenarkan permohonan Utusan dan Abdul Aziz untuk menangguhkan kes tersebut sehingga Isnin ini untuk membolehkan peguam mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 14 April lalu, Utusan dan Abdul Aziz memfailkan permohonan itu kerana mendakwa akan timbul isu berat sebelah.

Menurut mereka, ini kerana dalam penghakiman Rosilah pada 19 Februari lalu, Rosilah berpendapat Anwar merupakan pemimpin dan ahli politik yang terkenal di dalam negara mahupun peringkat antarabangsa, berperwatakan dan reputasi baik, namun difitnah oleh defendan, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Dalam kes saman Anwar, 67, terhadap Wan Muhamad Azri, 31, Rosilah memutuskan defendan adalah pemilik blog www.papagomo.com dan memerintahkannya membayar ganti rugi RM800,000 kepada penasihat PKR itu.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan dan Abdul Aziz manakala Datuk S Ambiga bertindak bagi pihak Anwar.

Anwar memfailkan saman itu pada 8 Mac tahun lalu dan turut dinamakan sebagai defendan ialah TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd Datuk Shaharudin Abd Latif; dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 menyiarkan artikel di muka hadapannya bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan di muka surat 9 pula bertajuk 'Tiga kumpulan jadi dalang'.

Ketua pembangkang itu menyatakan, defendan ketiga hingga kelima, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama, TV3 turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan kedua. – Bernama,

ISU AIR , ADUN PR TIBAI TS KHALID, NAMPAK BANYAK ADUN TAK FAHAM... TU LAMBAT SIANG NAK JADI MB.....



ADUN asak MB bertalu-talu isu MOU air



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diasak bertalu-talu oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor sewaktu usul supaya kebajikan rakyat Selangor dijamin dalam pelaksanaan loji rawatan Langat 2 dibentangkan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).

Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa, kiri) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) seorang demi seorang menghamburkan soalan kepada Khalid sewaktu membahaskan usul itu.

Yeo sewaktu mencelah ucapan Khalid menyifatkan suasana rundingan penstrukturan air dengan pusat dan pembinaan empangan Langat 2 ibarat berlangsung di dalam 'kotak hitam'.

“Rundingan ini ibarat berlaku di dalam kotak hitam..." kata Yeo yang tidak sempat menghabiskan kenyataannya dan dipotong Khalid.

Azmin pula sebelum itu meminta Khalid menjelaskan klausa berkaitan pembinaan Langat 2 dalam MOU penstrukturan air baru-baru ini yang menurutnya tidak boleh dihapuskan dan mengikat kerajaan Selangor dari segi undang-undang.

Sementara, Lau Weng San pula meminta Khalid menjelaskan persediaan kerajaan negeri sekiranya syarikat konsesi air mencabar Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) di mahkamah.

Khalid sewaktu memotong celahan Yeo menegaskan, beliau bertanggungjawab membuat keputusan ketika rundingan dan bukan hanya orang tengah dalam perbincangan dengan pusat.

'Saya bertanggungjawab'

Jelas Khalid, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat dengan kerajaan Persekutuan, mendapatkan butir perbincangan dan membawanya kembali ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diputuskan.

Jelasnya, peranan sama dimainkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili yang diberikan kepercayaan oleh kabinet untuk rundingan itu.

"Rekod lampau saya dalam pelaburan, perolehan (syarikat), dan penggabungan saya rasa boleh membantu perbincangan ini.

"Saya tak boleh jadi orang perantara, (dan kemudian) nanti saya balik ke dewan (untuk berbincang).

"Kabinet pun memberi kuasa kepada menteri untuk membuat perjanjian.


"Saya akan bertanggungjawab dengan menteri untuk berhadapan dengan anda semua, dan menteri akan bertanggungjawab dengan saya untuk berhadapan dengan kabinet," katanya.

Yeo kemudian cuba mencelah lagi, termasuk dengan ungkapan "with due respect" (dengan penuh hormat).

Tiada rasa hormat, bidas Khalid

Namun, Khalid menganggap celahan itu membawa maksud berbeza.

"Anda sebenarnya tiada rasa hormat apabila menggunakan istilah 'dengan penuh rasa hormat'," bidas Khalid.

Menjawab soalan Azmin pula, Khalid (kanan) menegaskan yang pembinaan Langat 2 masih perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri walaupun ia tidak tertulis dalam MOU itu.

"Itu sebab selepas tandatangan MOU itu berlaku, kerajaan Persekutuan buat susulan dengan kerajaan negeri supaya bersama-sama buat perjanjian dinamakan heads of agreement.

"Dia minta kerajaan negeri berikan kelulusan supaya ada kelulusan ambil tanah untuk Langat 2.

"Bererti kerajaan persekutuan memahami untuk menyiapkan Langat 2 perlu dapat kelulusan kerajaan negeri yang tak tertulis dalam MOU," tegas Khalid.

Menjawab soalan Lau pula, Khalid menerangkan yang pihaknya sedang bekerjasama dengan pusat untuk memastikan syarikat konsesi menerima tawaran pengambil alihan syarikat mereka.

Usul tersebut akhirnya diluluskan selepas perbahasan tersebut.


Dalam Isu Yang Sama ....Tender terbuka Langat 2, ADUN BN dicabar letak jawatan

SHAH ALAM, 17 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Selangor dicabar untuk keluar Umno jika projek Langat 2 tidak dilaksanakan melalui tender terbuka.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali (PKR) berkata, langkah itu perlu dilakukan sebagai bukti ADUN Barisan Nasional (BN) memang mengambil berat soal kos projek berkenaan.

Katanya, wakil rakyat BN Selangor juga perlu menunjukkan ketegasan kepada Kerajaan Pusat berhubung pendirian berhubung kos terbuka.

“Sungai Burong (BN-Datuk Shamsudin Lias) dan Permatang (BN-Sulaiman Abdul Razak) berhujah ingin jadi juara kos, kali pertama Umno ambil berat pasal kos.

“Tetapi apakah mereka berani beritahu Kerajaan Pusat supaya sesiapa yang dianugerahkan tender untuk Langat 2 perlu melalui tender terbuka.

“Berani bagi jaminan, kalau tidak buat macamana? Ingin keluar Umno,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan menyokong usul yang dibawa ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berhubung pelaksanaan projek Langat 2.

Pada masa sama, Azmin turut mendesak wakil Umno supaya menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak mengaklasifikasikan perjanjian projek Langat 2 di bawah Akta Rahsia Rasmi.




“Harap Ketua Pembangkang dapat desak Kerajaan Pusat jangan sorok tetapi bersikap terbuka dan telus serta tidak terikat dengan Akta Rahsia Rasmi.

“Ini hak setiap rakyat Selangor untuk tahu tender, kos dan segala butiran untuk memastikan tarif air tidak dinaikkan keterlaluan pada masa hadapan.

“Perlu ditegaskan, kami tidak menolak pembangunan tetapi mahu manfaatnya dibuat memberi kebaikan kepada rakyat, bukan kroni,” katanya.

Karpal akan dikebumi dengan penghormatan negeri Pulau Pinang



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempengerusikan sidang akhbar ringkas di rumah mendiang Karpal Singh di Jalan Utama, Pulau Pinang.


Selepas seumur hidup berkhidmat kepada negara, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengiktiraf sumbangan Karpal Singh dengan mengadakan upacara pengebumian penghormatan negeri.

Bendera Pulau Pinang akan dikibarkan separuh tiang sehingga selesai majlis pengebumiannya pada Ahad ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, bendera juga akan menutupi keranda Karpal.

"Kita tidak boleh mengadakan pengebumian negeri kerana itu di bawah bidang kuasa persekutuan jadi kami hanya boleh memberi mendiang upacara pengkebumian dengan penghormatan negeri," kata Lim pada satu sidang media ringkas di rumah Karpal di Jalan Utama petang ini.

Orang ramai katanya, juga akan dapat memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di Dewan Sri Pinang pada pagi Ahad bermula jam 9:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Lim berkata hal ini diputuskan oleh exco kerajaan negeri dan dipersetujui oleh keluarga Karpal.

Karpal, bekas pengerusi kebangsaan DAP yang dihormati dan diberi jolokan “Harimau Jelutong”' meninggal dunia dalam kemalangan kereta awal pagi ini di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kampar, Perak.

Beliau ketika itu sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur bagi menghadiri perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang apabila keretanya melanggar sebuah lori. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

Pembantunya, Michael Cornelius Selvam Vellu juga meninggal dunia manakala anak Karpal, Ramkarpal dan pemandu mengalami kecederaan ringan.‎

Mayat Karpal akan dibakar mengikut adat Sikh pada pukul 11 ​​pagi Ahad di krematorium Batu Tergantung.

Anak-anaknya, Ahli Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan kepujian negeri kepada bapa mereka.

"Saya amat yakin dia akan sangat bangga menjadi anak Pulau Pinang dan dianugerahkan penghormatan negeri," kata Jagdeep.‎

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan pemimpin politik di atas simpati dan ucapan takziah mereka.

Mayat Karpal tiba di rumahnya di Pulau Pinang kira-kira jam 3:35 petang hari ini dari Ipoh.

Terdahulu petang ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Teng Chang Yeow berada di rumah Karpal untuk memberi penghormatan mereka.

17 April 2014

PANAS! AHLI PARLIMEN LANGKAWI DAH KANTOI , PADAMKAN GAMBAR & TULISAN SENDA KEMATIAN KARPAL SINGH !!!

MP bangkit cabaran 'langkah mayat' Karpal


Seorang lagi pemimpin politik, MP Langkawi Datuk Nawawi Ahmad, meraih kontroversi melalui tindakannya menyiar gambar mayat mendiang Karpal Singh yang maut dalam satu kemalangan pagi ini.

Gambar yang menunjukkan mayat dengan cedera parah tersebut dikesan disiarkan dalam laman Facebook dengan nama “Dato Ir Nawawi Ahmad” sejak jam 9 pagi.

Turut disiarkan adalah gambar keratan akhbar memuatkan laporan berhubung kenyataan Karpal, 24 tahun lalu yang menegaskan pendirian MP DAP tersebut ke atas pembentukan negara Islam.

“Siapa nak sahut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama,” kata Nawawi di laman tersebut dengan nada bergurau.

Beliau merujuk kepada kenyataan Karpal dalam laporan dengan tajuk 'Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh' itu.

Tulisan dan gambar tersebut kemudiannya dipadamkan kira-kira tiga jam kemudian.

Bagaimanapun bukti penyiaran berkenaan berjaya dirakam dan disebarkan dengan meluas oleh pengguna Facebook lain yang mengutuk tindakan tersebut.


Ketika ditanya, Nawawi tidak menafikan bahawa beliau bertanggungjawab berbuat demikian.

Nawawi turut menjelaskan: “Facebook ini saya anggap tak rasmi dan tak serius.”

WALL MP LANGKAWI : SINI

“Maka apa yang saya tulis itu saya tak sangka nak jadi viral (dikongsi meluas di kalangan pengguna) pula.

“Kalau saya nak buat kenyataan rasmi sudah tentu ayat yang disusun sangat berhati-hati,” katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.



Parlimen rakam ucapan takziah

KUALA LUMPUR: Seluruh warga Parlimen Malaysia, hari ini, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, awal pagi ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Parlimen Malaysia kehilangan seorang tokoh politik yang telah banyak mewarnai sejarah politik negara sejajar dengan amalan demokrasi berparlimen.

"Secara peribadi, saya kehilangan seorang 'kawan dalam lawan' dan kali terakhir mendiang sempat mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Malaysia Ke-13, baru-baru ini," katanya dalam kenyataan, di sini.

Pandikar Amin juga berharap keluarga, rakan dan kenalan bekas Pengerusi DAP itu tabah dan sabar dengan pemergian mendiang.

"Semoga roh mendiang akan disemadikan dengan penuh ketenangan jua," katanya.

Dalam pada itu, Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini, diminta bertafakur seminit sebelum persidangan bermula bagi menghormati kematian Karpal.

Speaker Hannah Yeoh berkata, kematian Karpal itu memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia, selain menyifatkan mendiang sebagai seorang pemimpin DAP yang amat disanjungi oleh parti.

Kemalangan pada 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), berhampiran Gua Tempurung di Kampar itu turut mengorbankan pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius, 40-an.

MP LANGKAWI TUNJUK BANGANG...HINA KEMATIAN KARPAL SINGH !!!


MP Langkawi nie suka sangat ke bila Karpal Singh mati..???

Gambar jenazah Karpal Singh dan keratan akhbar berkait dengan mendiang disiarkan di akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.



Ahli Parlimen BN Langkawi hina gambar mayat Karpal Singh

Gambar jenazah Karpal Singh dan keratan akhbar berkait dengan mendiang disiarkan di akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, 

Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.
Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.
"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam reaksinya terhadap sesetengah pihak yang tidak menghormati jenazah Karpal meminta semua pihak menunjukkan nilai baik Islam dengan menghormati seseorang yang sudah meninggal dunia.
 Mentang2 dilantik pengerusi KTM ....buat promosi pulak......


Sedikit pesanan dari Dr MAZA



Imam Muda Asyraf Mengenang Pemergian Karpal Singh.

Orang2 yang beramal dengan ilmu agama yang dia belajar neh berbeza sikit dengan orang2 yang hanya pandai belajar dan belajar dan belajar tapi amalan satusen pun tak buat. Hanya pandai sembang kencang je la.

Haha..

Satgi aku kena sound la neh.


Gambar lama. Kenang-kenangan.

Sejurus kematian Karpal Singh diumumkan imam muda Asyraf memuatkan gambar di atas. Mungkin sebagai tanda ingatan yang Karpal Singh antara yang meraikan kemenangan imam muda Asyraf dalam program imam muda anjuran Astro.

Itu juga mungkin sebagai tanda, tidakla Karpal Singh membenci umat Islam dan menolak pula amalan2 yang dianjurkan oleh Islam ke atas umatnya. Tapi penentangan dia tentang hudud adalah perkara yang benar dan kita tak boleh nak nafikan akan hal tersebut. Penentangan dia terhadap hudud adalah bersifat mutlak. Maksudnya bukan dia kira kerajaan itu adil atau tidak, dia just tolak hudud by hook or by crook. Masa dia hidup boleh la kita berhujah bagai kenapa pemikiran itu salah. Tetapi bila dia dah tiada, tak perlu la kita nak menghina dan mempertikaikan pendirian dia. Apa kita rasa bangga ke berhujah dengan orang yang sudah tiada? Kita rasa kita pegang kemenangan sebab berlawan dengan orang yang dah meninggal dunia?

Read more: sumber

PANAS! SINGAPORE AIRLINES PON NAK BANKRAP MACAM MAS?!!!!

Pautan kekal imej terbenam

Singapore Airlines multi-path plan

Southeast Asia's biggest carrier, Singapore Airlines, plans to sponsor the Singapore leg of the Formula 1 grand prix.
It's following in the footsteps of rival Emirates which signed a five-year sponsorship deal with the event last year.
To stay profitable, Singapore Airlines is also investing in low-cost carriers and expanding regional routes.
The BBC's Sharanjit Leyl spoke to chief executive Goh Choon Phong and asked him about the airline's strategy for adapting to an increasingly competitive market for low-cost fares.


Foto


HARI INI SAHAM MAS DINIAGAKAN RM0.21 SEUNIT.....BERAPA BILION RM LAGI DUIT KERAJAAN KENA PAM.......

Penswastaan MAS akan kos Khazanah RM1.18 bilion



Tragedi pesawat MH370 memberi sumbangan negatif kepada kewangan MAS tetapi syarikat penerbangan itu dijangka berprestasi lebih baik tahun depan.

Kemungkinan penswastaan Malaysia Airlines akan menyebabkan pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd, menanggung kos RM1.18 bilion, mengandaikan premium 10% pada harga saham semasa, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

"Dengan mengandaikan perniagaan yang menguntungkan diasing dan disenaraikan secara berasingan dengan Khazanah melepaskan 30% pegangan, Khazanah akan mendapat balik RM1.25 bilion tunai," kata bank pelaburan itu dalam satu nota hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata, saham MAS mencatat harga paling rendah dan ia menaik taraf kedudukannya kepada 'pegang' daripada 'jual' dengan harga sasaran 22 sen sesaham.

Pada jam 11.50 pagi, harga saham MAS tidak berubah pada 21 sen dengan 7.441 juta lot bertukar tangan.

Maybank IB berkata, isu pesawat MH370 akan memberi sumbangan negatif kepada kewangan MAS tetapi ia yakin menjelang 2015, syarikat induk penerbangan itu akan berprestasi lebih baik berikutan peremajaan pesawat dan faedah daripada pemotongan kos.

"Berdasarkan keadaan ini, adalah wajar untuk menswastakan MAS pada 2014, menjalankan penstrukturan semula sebelum penyenaraian pada 2015," kata Maybank IB.



16 April 2014

GAMBAR TRAGEDI FERI KARAM DI KOREA, LEBIH 100 MASIH HILANG !!!



Gambar sekitar tragedi feri karam di perairan Korea Selatan.

Jumlah sebenar penumpang belum disahkan.
Dua orang dilaporkan maut dan lebih 100 belum ditemui.
Setakat ini 368 orang telah diselamatkan.


A major rescue operation is under way, involving 34 naval, coastguard and civilian ships, and 18 helicopters.

The ferry, carrying mainly school students, was travelling from the port of Incheon, in the north-west, to the southern resort island of Jeju.

Images showed the ferry listing at a severe angle and then later largely submerged, with only a small part of its hull visible.

Sumber: BBC News

Pautan kekal imej terbenam



Tambah kapsyen

Langkah Reformasi 2.0 untuk buang BN, baiki institusi Malaysia


Langkah Reformasi 2.0 untuk buang BN, baiki institusi Malaysia, kata Rafizi


Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli bersama buku Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? dalam temubual bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 April, 2014.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli amat jelas mengenai mesej utama yang dibawa dalam kempen Reformasi 2.0 terbaru parti itu, iaitu untuk menendang keluar kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meperbaiki institusi Malaysia.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau berharap untuk melakukan provokasi kepada generasi muda dalam mempersoalkan kebebasan kehakiman dan salah guna undang-undang supaya mereka boleh membangunkan komitmen terhadap keadilan dan reformasi sosial.

“Mereka tidak faham, dorongan untuk menewaskan BN sebenarnya bukan mengenai kuasa. Ia mengenai membaiki institusi dan apa yang perlu sejak dari awal,” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Beliau berharap seruan lantangnya itu jelas kedengaran menerusi buku terbarunya, Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? Yang dilancarkan minggu lalu.

Rafizi berkata, buku itu tidak berniat untuk mencipta semula gerakan Reformasi pada 1988 yang wujud selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan dan sabitan liwat pertama, hingga menyebabkan bekas timbalan perdana menteri itu dipenjara enam tahun.

“Generasi saya faham apa yang berlaku pada 1988 tetapi generasi lebih muda, yang kini berusia awal 20-an, tidak tahu. Apa yang mereka tahu ialah Anwar PKR dan ketua pembangkang yang ingin mengambil alih Putrajaya,” kata ahli politik berusia 37 tahun itu.

Menjelaskan mengenai bukut itu, Rafizi berkata, ia bertujuan membangkitkan kesedaran di kalangan belia, terutama Melayu berumur antara 18 hingga 25, mengenai pentingnya menyelematkan kebebasan kehakiman yang didakwanya sudah “dicekik”.

Katanya, buku itu memberi penjelasan kepada generasi muda ia bukan hanya isu harian, tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu.

“Ia mengenai menyelamatkan institusi penting yang akan menafikan keadilan, kesaksamaan dalam cara lebih berakar umbi berbanding barang naik.

“Bila mereka faham perkara ini, komitmen mereka terhadap keadilan dan refromasi politik akan lebih kuat berbanding hanya terhadap parti politik,” katanya.

Rafizi berkata, terdapat perbezaan reaksi yang jelas susulan perbicaraan liwat pertama Anwar dengan kes terbaru di Mahkamah Rayuan.

Sabitan liwat pertama menyebabkan gelombang kejutan dan marah yang besar terhadap BN dan ia membawa fokus kepada peranan kehakiman dan integriti, katanya.

Beliau berkata, dalam perbicaraan terbaru iaitu 15 tahun kemudian, masyarakat sudah lama menerima ada kekurangan dalam proses mahkamah dan integriti kehakiman dicurigai.

“Maka, walaupun manipulasi yang berlaku sama teruk dengan perbicaraan pertama, tidak ada reaksi awam yang sebenar atau kesedaran mengenai apa yang terjadi dengan perbicaraan terkini.

“Jadi, untuk masyarakat memahami apa yang berlaku, buku itu akan memfokuskan semula mengenai kebebasan kehakiman dan bagaimana kedaulatan undang-undang disalah guna terhadap pembangkang politik,” katanya.

Anwar dipenjarakan lima tahun selepas Mahkamah Rayuan pada bulan lalu menarik semula keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Saiful, 28, mendakwa Anwar meliwatnya pada 2008, tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan bersumpah dengan Al-Quran beliau bercakap benar.

Kesannya, Anwar – yang kini sedang memfailkan rayuan terhadap keputusan itu – berdepan risiko kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan beliau juga tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat yang dilantik hilang kelayakan jika didenda melebihi RM2,000 atau penjara melebihi setahun.

Selain Anwar, pakatan pembangkang juga menuduh BN menggunakan undang-undang sedia ada untuk mengenakan pemimpin mereka.

Karpal Singh, yang meletak jawatan sebagai pengerusi DAP mungkin kehilangan kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas didapati bersalah atas dakwaan hasutan kerana membuat kenyataan berhubung isu penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Perak pada Februari, 2009. Karpal didendak RM4,000.

Rafizi juga dalam bahaya kemungkinan hilang kerusi Parlimen Pandan selepas didakwa melanggar undang-undang perbankan pada 1 Ogos tahun lalu kerana mendedahkan dokumen perbankan sulit National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Syarikat itu mendapat perhatian kerana terbabit dalam isu penternakan lembu bernilai RM250 juta yang ada kaitan dengan keluarga bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Rafizi berdepan hukuman denda maksimum RM3 juta dan penjara sehingga tiga tahun, jika disabitkan bersalah.

Karpal dan Anwar kini memfailkan rayuan terhadap hukuman mereka.

Rafizi berkata, penghasilan semula fakta kes Anwar dalam buku setebal 80 halaman itu, ia membolehkan orang ramai memahami selepas 16 tahun, tidak banyak yang berubah.

“Itu sebabnya kami namakan ia Reformasi 2.0, kerana isu yang kami perjuangkan hari ini – kedaulatan undang-undang, integriti kehakiman, salah guna kuasa polis – adalah isu yang sama diperjuangkan pada 1998,” katanya.

Buku itu yang diterjemahkan ke bahasa Tamil, dijual pada harga RM5 sebuah di roadshow Reformasi 2.0. Ia boleh diperolehi secara online di www.kempenrakyat.com dengan harga RM10, termasuk caj pos.

Ada cadangan untuk buku itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan Cina.

Sehingga kini, kira-kira 10,000 naskhah dijual. Anggaran 30,000 salinan lagi dijangka dijual pada penghujung roadshow Reformasi pada 20 April ini di Lembah Pantai.

Setakat ini, maklum balas mengenai buku itu positif, dengan ramai yang menyatakan ia ringkas, padat dan berdasarkan fakta.

15 April 2014

AL BUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITI DISAMAN KERANA GAGAL PATUHI NOTIS TUTUP...!!!

Pautan kekal imej terbenam

Tiba-tiba Al Bukhary International Universiti milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary gulung tikar bantal..kenapa?


Mungkin kerana kerajaan malaysia & petronas menolak geran rm3 bilion untuk proton...?
Mungkin kerana segalanya dah dapat Bernas, Proton, MMC, dll.......

Pelajar dakwa AiU gagal


Sebahagian daripada enam pelajar sebuah universiti antarabangsa di sini bersama peguam mereka membuat tuntutan saman ke atas pihak pengurusan universiti tersebut di Mahkamah Tinggi di Alor Setar hari ini. 

ALOR SETAR - Enam pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) hari ini memfailkan saman terhadap universiti itu kerana dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Plaintif terdiri daripada Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi, 22; Muhamad Hanif Ahmad Fauzi, 21; Hanif Hafifi Mahali, 21; Mohamad Hanif Kamaruddin, 21; Muhammad Syafiq Abd Shamad, 21, dan Farhan Sani Safiyuddin, 20.

Saman itu yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini oleh peguam plaintif, Fatimah Idris, menamakan AiU sebagai defendan pertama manakala Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.

Fatimah memberitahu pemberita semua plaintif menuntut supaya defendan mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan bahawa defendan perlu mengeluarkan notis penutupan universiti dalam tempoh setahun sebelum ia ditutup.

"Dalam tempoh itu, ia dapat memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk merancang apa yang perlu dilakukan. Tapi dalam kes ini tiada sebarang notis bertulis dikeluarkan, sebaliknya mereka hanya tahu secara lisan bahawa AiU akan ditutup Jun ini pada Februari lalu," katanya.

Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilapor akan ditutup Jun ini.

AiU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penuntut yang rata-rata daripada golongan susah dari seluruh dunia. - Bernama

Kuin sedia terima pelajar AiU sambung pengajian

ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin), kolej universiti milik kerajaan Kedah, bersedia untuk menerima kemasukan pelajar dari Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di sini yang dijangka ditutup pada Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, pengurusan Kuin telah mengadakan perbincangan dengan AiU berhubung perkara itu.

Katanya, AiU sebelum ini telah menghebahkan pengambilan pelajar universiti itu kepada Institusi Pengajian Tinggi di negeri ini yang berminat untuk mengambil pelajar mereka selepas surat permohonan penutupan universiti itu diserahkan kepada Kementerian Pendidikan 14 Mac lepas.

Beliau dimaklumkan oleh Rektor Kuin, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim bahawa AiU memberi kebebasan kepada pelajarnya untuk memilih mana-mana universiti atau kolej universiti untuk menyambung pelajaran.

"Saya juga difahamkan pihak AiU juga akan menaja yuran pengajian pelajar mereka yang akan belajar di kolej lain sehingga mereka tamat pengajian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tajul Urus berkata, setakat ini AiU juga tidak pernah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan tidak memaklumkan sebab penutupan universiti terkemuka itu.

"Kita tahu perkara ini menerusi media sahaja. Kerajaan negeri agak kecewa jika universiti itu ditutup tanpa sebarang sebab. Notis penutupan yang dihantar kepada kementerian juga tanpa diketahui kerajaan negeri," katanya.

AiU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntut yang rata-rata daripada golongan susah dari seluruh dunia. - Bernama

AHMAD MASLAN KANTOI MENIPU TENTANG RBA DAN TWITTERNYA !!!

Kalau yer pun nak photoshop pastikan lah tak lebih 140 aksara. Dah lah menipu, kantoi pula yg twitter limitkan words

HUDUD, KEIKHLASAN UMNO DIRAGUI...DUN TERENGGANU TOLAK BAHAS USUL HUDUD !!!!

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menguatkuasa undang-undang hudud di negara Islam itu, baru-baru ini. 

Walaupun pemimpin Umno di peringkat pusat dan negeri Kelantan berjanji untuk menyokong undang-undang syariah khasnya hudud jika ia dibawa oleh PAS di Parlimen, tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini menolak usul sama dibawa oleh parti Islam itu.

Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong pagi ini menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.

Bagaimanapun, Zubir mencadangkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong usul yang akan dibawa oleh Kelantan ke Dewan Rakyat.

Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu kerana Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.

"Mereka takut dengan kerajaan pusat," kata Mohd Nor kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, berkata pihaknya akan membawa rang undang-undang persendirian bagi membolehkan undang-undang sama yang turut diluluskan di Kelantan ke Parlimen.

Ia susulan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari BN, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang berkata beliau akan tinggalkan Umno jika menolak undang-undang itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga berkata, kerajaan pusat akan mengizinkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan dan akan cuba membantu.

Sehubungan itu, PKR mencabar Jamil supaya BN membawa usul ini di Parlimen kalau dia benar-benar ikhlas.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail, berkata BN Terengganu sepatutnya membawa usul itu ke Parlimen.

Ahli Parlimen Ketereh daripada Umno, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau akan melobi semua ahli Parlimen beragama Islam agar menyokong usul itu.

Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng, kemudian berkata DAP akan membantah cadangan itu dan akan melobi agar semua ahli Parlimen bukan Islam daripada BN juga membantah cadangan itu.

Sebelum ini, bekas pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata DAP akan membantah cadangan ini.

Perbalahan itu membawa kepada perpecahan antara ahli Parlimen Islam dan bukan Islam di negara ini.

Menurut usul yang dibawa oleh Mohd Nor di DUN Terengganu hari ini, beliau meminta persidangan ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan merundingkan isu pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Beliau berkata, isu itu adalah perkara tertentu kerana pelaksanaan undang-undang Islam adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam Al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2 dan surah al-Maidah ayat 38.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada 25 September 2002.

Enakmen itu juga dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, malah, penemuan batu bersurat di Kuala Berang sebelum ini membuktikan kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu mengamalkan undang-undang Islam lebih awal daripada kerajaan Islam Melaka.

Malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu, kata Mohd Nor dalam usulnya.

TERPANAS ! INSTITUSI MALAYSIA SUDAH HANCUR - WAJIB BACA


Kehancuran institusi Malaysia



Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih mengelak memberi kenyataan mengenai saat penting selepas MH370 didapati hilang. 

Satu ketika dahulu, Malaysia dikenali dengan institusinya – perkhidmatan awam yang memudahkan pembangunan pesat daripada sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian, sistem kehakiman baik mengikut Komanwel dan tentera yang mengalahkan pemberontakan komunis.

Hari ini selepas 50 tahun sebagai sebuah negara, dari Perlis ke Sabah apa yang kita lihat adalah kebodohan dan ketidakcekapan, kehancuran kepada institusi Malaysia.

Peguam negara kini menyerahkan kes-kes besar kepada peguam Umno; ketua polis negara (KPN) mengetuai organisasi yang tidak melakukan apa-apa apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan; Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kehilangan kredibiliti dan maruah tentera udara kini hilang.


Jadi kepada siapa rakyat Malaysia boleh mengadu apabila memerlukan?

Kelihatan semuanya tidak boleh diharapkan. Sedih tetapi inilah kebenarannya.

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac dengan 239 orang di dalamnya mengesahkan sesuatu yang rakyat Malaysia mengesyaki sejak dahulu lagi. Tiada meritokrasi dan pemikiran dalam perkhidmatan awam.

Pihak berkuasa, daripada menteri ke bawah masih belum menjelaskan apa yang berlaku semasa saat-saat penting selepas MH370 didapati hilang. Laporan televisyen CNN dan BBC semalam menunjukkan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengelak soalan itu.

Bolehkah sektor penerbangan awam mempercayai DCA untuk melakukan perkara betul dengan serta-merta selepas penerbangan yang hilang daripada skrin radar? Mengapa tidak tentera udara diberitahu mengenai pesawat hilang?

Mengapa tidak pembuat kapal terbang Boeing diberitahu dengan serta-merta? Mengapa tiada kawalan trafik udara bertindak balas terhadap rakan-rakan Vietnam mereka apabila diberitahu tiada hubungan dengan Boeing 777-200ER yang sedang dalam perjalanan ke Beijing?

Mengapa senyap?

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga perlu menjelaskan bagaimana mereka mempertahankan ruang udara negara sepanjang hari. Memang benar kita mempunyai lelaki dan perempuan berpakaian seragam yang berani, tetapi blip misteri bergerak dari timur ke barat langsung tidak dapat dikesan.

Langsung tidak dialu-alukan oleh radio, apa lagi untuk menghantar jet untuk menyemak blip itu. Atau bertanya kepada DCA atau pengawal trafik udara jika mereka turut melihat blip itu.

Apakah TUDM mempunyai jet pejuang yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga? Berapa banyak yang boleh digunakan selain daripada yang sering ditayangkan dalam perbarisan, pertunjukan udara dan perlumbaan F1?

KPN pula memainkan peranan sebagai kaunselor kepada pasangan bercerai daripada menguatkuasakan undang-undang selepas bekas suami menculik anak lelakinya daripada isteri yang mendapat hak penjagaan.

Adakah KPN atau sesiapa sahaja dalam pasukan polis tahu undang-undang dan kesalahan yang dilakukan, atau mereka membuat kesimpulan terdapat konflik dalam undang-undang sivil dan syariah menyebabkan mereka tidak dapat mengambil tindakan?

Bolehkah sesiapa sahaja menggunakan agama dan melepaskan diri daripada jenayah? Bagaimana orang ramai mahu mempercayai polis untuk menguatkuasakan undang-undang dibuat oleh penggubalnya yang dipilih oleh rakyat?

Di mana peguam negara dalam kes ini? Apakah terlalu penting untuk ke London bagi menyiasat siapa yang mempunyai hak kepada kotak hitam MH370 sebaik sahaja ditemui daripada kekal dalam negara dan membuat keputusan sama ada untuk mendakwa atau mengambil tindakan kepada lelaki yang menculik anaknya daripada isteri yang mendapat hak penjagaan di sisi undang-undang?

Atau menggunakan khidmat luar peguam Umno – daripada mempertahankan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam semakan undang-undang oleh DAP kepada mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan liwat.

Apakah keputusan peguam negara untuk menggunakan khidmat luar merupakan pengesahan dan pengakuan bahawa tiada lagi bakat dalam Pejabat Peguam Negara yang boleh dipercayai untuk membuat kerja?

Dan apakah masih ada bakat dalam perkhidmatan awam, pasukan polis dan tentera?

Malaysia pernah mempunyai perkhidmatan awam dicemburui ramai – daripada menghapuskan kemiskinan dan tindakan afirmatif kepada perindustrian serta badan kehakiman dan pendakwaan yang dihormati.

Mereka berjaya melakukannya pada ketika itu dengan sumber dan tenaga yang lebih sedikit daripada sekarang.

Hari ini, Malaysia mempunyai perkhidmatan awam, pasukan polis, tentera dan pendakwaraya yang lemah. Ini merupakan kehancuran institusi yang membentuk negara menjadi harimau Asia satu ketika dahulu.

Kita mungkin memerlukan satu lagi generasi untuk memperbaiki institusi-institusi ini. Atau ia hanya tinggal harapan seperti mengharapkan satu lagi ping dari Lautan Hindi? ~TMI

14 April 2014

TS KHALID BUAT HAL PULAK....POTONG GAJI 50% BAGI RAKYAT, ELAUN GLC PUN BAGI RAKYAT....PATUTLAH BN KALAH TERUK !!

 Gaji baru MB dipotong lebih 50 peratus

Gaji baru MB dipotong lebih 50 peratus


SHAH ALAM - Gaji baru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipotong 51.54 peratus bersamaan RM15,074.85 selepas dikemaskini.

Perkara itu diumumkan Abdul Khalid sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

"Melalui enakmen pembekalan 2014-2013 yang telah diluluskan November 2013, sejumlah RM1,731,966,477 telah diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri 2014.

"Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang telah bersetuju pemotongan gaji MB, Speaker, Ahli MMKN, Timbalan Speaker didepositkan dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.

Dalam keputusan Dun sebelum ini, gaji asal Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 dinaikkan kepada RM29,250.

Namun kenaikan itu dikritik hebat pelbagai pihak.

Melalui keputusan MMKN, gaji dan elaun itu dipotong RM15,074.85 (51.54 peratus) menjadikan gaji kemaskini Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 (sama dengan gaji asal).

Sementara itu, ahli MMKN, Speaker dan Timbalan Speaker turut dipotong antara 23.81 peratus hingga 33.34 peratus.

Namun tiada pemotongan dibuat terhadap gaji atau elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Difahamkan pemotongan itu telah bermula sejak Januari lalu.


INI KIRA KEMPEN KUT NOOO....!!!

KESAL BAS PELANCUNG DISEKAT DARI MEMASUKI JETI PELANCUNGAN TG.RHU, LANGKAWI !!!

Kesal bas pelancong disekat masuk


Pelancong yang terpaksa berjalan kaki hampir 400 meter ke jeti.

TANJUNG RHU - KEDAH. Pengusaha bot pelancong kecewa dengan tindakan menyekat kemasukan bas yang membawa pelancong ke jeti untuk mendapatkan perkhidmatan lawatan ke kawasan Geopark.

Pengerusi jeti pelancong Tanjung Rhu, Rosli Mohamed Saad, 47, berkata, tindakan itu memberi tamparan hebat kepada pengusaha-pengusaha bot pelancong.

“Kami sedih selama ini pelbagai masalah terpaksa kami tempuh, seolah-olah diperkotak-katikkan dan tiada sesiapa pun mampu menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Rentetan arahan terbaru itu, pihaknya membuat satu laporan polis kerana tindakan menyekat bas pelancong itu tidak wajar.

“Laporan polis itu juga sebagai langkah keselamatan kepada semua pengusaha bot pelancongan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini," katanya.

Rosli berharap pembangunan pelancongan yang dikecapi semua pihak wajar dikongsi bersama.

“Mereka langsung tidak prihatin kepada penduduk yang bergantung hidup menjana pendapatan dengan mengusahakan bot pelancong,” katanya.

Berikutan itu, pihaknya mohon pihak berkenaan segera menyelesaikan kemelut anak tempatan yang seolah-olah ‘melukut di tepi gantang’.

Difahamkan sebuah bas pelancong yang membawa seramai 39 penumpang disekat di jalan raya dan pelancong terpaksa berjalan hampir 400 meter untuk ke jeti.

Difahamkan, terdapat pelancong dari China, Timur Tengah dan Amerika serta empat dari Malaysia ketika itu.