08 Februari 2014

PANAS! NASRUDDIN TANTAWI BERSAMA UMNO ADA BUKTI BERGAMBAR?


MSO DAKWA NASRUDDIN TANTAWI ADA BERSAMA umno

Nasarudin Hasan, “kokok berderai tetapi ekor bergelumang tahi” – MSO

Bekas ketua pemuda Pas, Nasarudin Hasan menegaskan Pas tidak akan menyokong Anwar jadi MB Selangor. Nada Nasarudin mirip dengan nada bekas timbalannya Nik Abduh.

Kata Nasarudin Pas akan hulur bantuan kepada PKR dalam pilihan raya Kajang. Perkataan hulur itu, seakan PKR menagih simpati dan Pas kuat sangat.

Saya nak pesan kepada Pas khasnya Nasarudin jangan tekabul sangat. Peliharalah sikit kata dan tunjukkan minda politik sihat. Abdul Hadi sudah menyatakan pendirian Pas dalam hal sama, untuk apa diulang lagi kerana ia boleh memanaskan hati dan telinga rakyat lain. Beliau juga kena sedar, siapalah belliau dalam hirearki Pas. Beliau hanya ahli jawatankuasa saja.

Kalau abang2 kita naib presiden pun tidak bersuara kenapa kita harus galak mahu menjadi si jaguh yang kokok berderai tetapi ekor bergelumang dengan tahi.

Dalam politik perlu ada rezeb kemarahan dan kebendian. Jangan luahkan sampai habis. Mana tahu selepas ini Pas memerlukan bantuan Anwar. Semua itu tidak boleh dijangka.

Dan tentunya orang terkilan beliau mencemuh Anwar dalam masa sama Anwar masih berakan dengan Pas.

Saya ada sekeping gambar beliau sedang dalam majlis ‘orang-orang Umno’, apakah hendak saya pamirkan gambar ini? Sedikit sebanyak gambar ini menjadikan orang kenal dan tahu siapa Nasarudin Hassan ini. Kenapa nadanya sumbang bila bercakap soal PKR. Wassalam Mso.


 – sumber FB MSO




  

HOT ! PENYOKONG JDT DAN TOK GAJAH BERTEMPUR -SAKSIKANLAH

KISAH BERDARAH Di Stadium Darul Makmur Antara Penyokong JDT dan Tok  Gajah





Gambar di kirim penyokong tok gajah

Nampaknya penyokong bola sepak ni seperti pencetus masalah... Elok direhatkan team pencetus masalah ini dari liga malaysia musim ni untuk redakan ketegangan..

Kalau fam berdegil masalah lebih teruk akan terpapar didada media nanti. Jangan kerana bola penyokong berbunuhan pula nanti.

Harap semua pihak ambil berat akan hal ini.

Demostrasi TURUN Dataran Merdeka lebih aman dari tengok bola di Malaysia

Suasana tegang berlaku di luar Stadium Darul Makmur berikutan provokasi antara penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) sebaik perlawanan tamat, malam tadi.

Difahamkan, situasi berlaku apabila penyokong Johor DT cedera, dipercayai akibat dibaling objek keras.Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikatakan mengambil hampir setengah jam untuk mententeramkan keadaan.

Situasi kembali tenang apabila penyokong Johor DT diiring masuk ke bas masing-masing. Tiada tangkapan dibuat.

Polis turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan walaupun tercetus insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor DT.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata kekecohan yang tercetus sebaik wisel penamat dibunyikan hanya berunsur provokasi dengan kedua penyokong saling membaling objek.

Namun, kecekapan kira-kira 500 anggota polis yang ditempatkan di stadium dapat mengawal keadaan daripada tercetus kejadian tidak diingini.

"Kekecohan hanyalah berpunca daripada provokasi kedua-dua penyokong menyebabkan beberapa individu tercedera. "Sehingga ini, tiada tangkapan dibuat namun ada beberapa individu diberi amaran kerana cuba mencetuskan ketegangan," katanya ketika ditemui, di sini.

Pada perlawanan itu, Pahang melakar kejutan apabila menumpaskan Johor DT3-2.Mohd Hafiz Kamal menjadi wira skuad Tok Gajah selepas menjaringkan golkemenangan pada minit ke-92 menerusi tandukan hasil sepakan percuma pemaintengah, Azidan Sarudin.Kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 2-2 dengan gol Pahang dijaringkan Matias Conti pada minit ke-13 dan Fauzi Roslan (47') manakala gol skuad 'HarimauSelatan' dijaringkan Pablo Aimar (45+2') dan Mohd Safee Sali (72')

07 Februari 2014

HANGAT ! PENDUDUK KEDAH BANTAH HIBURAN MELAMPAU - SAKSIKAN BANTAHAN HARI INI

Suasana bantahan terhadap konsert "Planet UEPE MUSIC Fest" di Sg Petani

Mana P exco agama tolong jawab sat.....sengap je....tak kan dah BLURR....KUT....






PANAS ! SELEPAS AZMIN DIPECAT KINI KRONI AZMIN PULA DIPECAT?... APA PUNCANYA

Sepatutnya Azmin perlu pertahankan tindakan PKNS tidak menyambung kontrak pekerja yang dibayar gaji tinggi tetapi melakukan tugas bertindih demi ketelusan.

Dipercayai ini cuma lantikan politik sahaja dan membelakangi lembaga pengarah PKNS?


Azmin desak MB Selangor henti guna PKNS sebagai senjata politik




Mohamed Azmin Ali kecam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim yang menggunakan PKNS sebagai alat politik. Gambar fail.Mohamed Azmin Ali mengecam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menggunakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata politik bagi melawan musuh politiknya.

Timbalan presiden PKR itu yang sebelum ini digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS berkata, Abdul Khalid tidak berperikemanusiaan dan tindakannya memecat 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) itu menyalahi undang-undang.

"Pemecatan kakitangan PHSB bukan hanya melanggar undang-undang pekerja tapi adalah tidak berperikemanusiaan.

"Abdul Khalid perlu berhenti guna PKNS sebagai alat politik untuk melawan musuh politiknya," kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini.



MB jawab tuduhan isu PKNS: ‘Takkan saya mahu sabotaj diri sendiri’

SHAH ALAM 6 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal tuduhan pihak tertentu kononnya beliau memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal berikutan kedudukannya sebagai Pengarah Pilihan raya PKR Kajang, beliau berkata:

“Jika saya sabotaj, bermakna saya sabotaj diri saya sendiri. Tuduhan itu tidak ubah seperti sebuah jenaka.”

Pada sidang media semalam, Abdul Khalid juga menafikan ada perjanjian antara beliau dan PKR untuk mengosongkan jawatan Menteri Besar apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menang.

“Tidak ada sama sekali perjanjian seumpama itu. Tumpuan sekarang adalah untuk menang PRK Kajang,” katanya.

Abdul Khalid juga menafikan dakwaan kononnya mahu kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang disandang Mohamed Azmin Ali dikosongkan, bukannya kerusi Kajang.

Penafian itu dibuat berikutan wujud tuduhan tanpa bukti dari akhbar berbahasa Inggeris, kononnya beliau berusaha memastikan Azmin tiada dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).

PENJELASAN MB : Penamatan kontrak kakitangan PKNS jimat RM7 juta

SHAH ALAM, 6 FEB: Langkah menamatkan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd memberikan penjimatan kos operasi terhadap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM7 juta setahun.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penamatan kontrak itu juga adalah hasil polisi Integrity Pact yang dilaksanakan dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

Katanya, keputusan menamatkan kontrak kakitangan berkenaan adalah berdasarkan kepada pelaksanaan penyusunan semula organisasi PKNS yang kini diterajui Pengurus Besar baru, Azlan Alfiah.


“Keputusan ini menyaksikan penjimatan kos RM7 juta setahun dan kos tinggi ini menjadi rintihan golongan ‘whistle blower’.

“Di samping itu, terdapat pertindihan tanggungjawab dan tugas antara 22 kakitangan ini dengan yang sedia ada dalam PKNS.

“Jadi, penggajian mereka tidak membawa keuntungan, bahkan kos berlebihan terpaksa ditanggung,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan 22 kakitangan kontrak PKNS diberhentikan tanpa sebab dan tidak diberikan notis lebih awal.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS berkata, langkah penamatan kontrak juga dibuat bagi memberi peluang kepada kakitangan tetap sedia ada untuk mengembangkan karier mereka dengan kenaikan pangkat.


“Sebelum ini, ada yang memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut kerana peluang diberikan kepada orang luar dengan tawaran secara kontrak dan tangga gaji lebih tinggi.

“Hal ini dibuat tanpa mengambil kira kepakaran dan pengalaman kakitangan sedia ada yang mungkin berkhidmat selama 15 tahun dengan gaji hampir RM4,000, tetapi tetap tidak berpeluang kerana diberikan kepada orang luar dengan gaji dua kali ganda,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu prosedur penamatan kontrak adalah mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian dan dilakukan demi kebaikan PKNS dan anak syarikatnya.

“Ini termasuk kajian semula usaha sama dan projek, menyusun semula akaun PKNS serta melaksanakan strategi untuk meningkatkan keuntungan.

“Kerajaan negeri akan memantau perkembangan PKNS dengan teliti untuk memastikan sumber syarikat diuruskan secara profesional untuk memberi manfaat maksimum kepada rakyat Selangor selaras dengan agenda ‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’,” katanya

TANDA-TANDA AWAL PAS AKAN KEHILANGAN KELANTAN?

Rumah Ahmad Yaakub diserbu kali kedua? – Mohd Sayuti Omar

Apa sudah jadi? Malam semalam khabarnya seramai 50 orang dengan 13 kereta menyerbu ke rumah Menter Besar Kelanta, Datuk Ahmad Yaakub di Kubang Batang, Tumpat. Mereka adalah ahli dan penyokong PKR kawasan Jeli yang datang memprotes penarikan balik jawatan penyelia DUN yang diperuntukan kepada PKR di Dun Kuala Balah, Jeli.

Masalah tidak akan selesai dengan termenung. Bekas calon Kuala Balah dalam pilihan raya lalu, Ramlan Mat dilantik menjadi penyelia DUN kira-kira tujuh bulan lalu, tiba-tiba belum genap setahun pelantikan itu ditarik balik. Siapakah dalang di sebalik penarikan balik itu? PAS atau pun anggota PKR sendiri yang dengki? Khabarnya pelantikan Ramlan turut disanggah oleh ahli PKR.

Malang Ahmad belum sampai setahun menjadi menteri besar sudah dua kali rumahnya diserbu oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk dan keputusan kepimpinannya. Katanya, rombongan 50 orang itu datang merayu kepada Ahmad agar membatalkan penarikan jawatan penyelia DUN itu.

Keputusan penarikan itu akan diputuskan dalam mesyuarat exco hari ini. Mungkin ia sudah pun dikafankan.

Ramlan Mat, dipecat sebagai penyelia. Alasan yang mereka berikan kenapa Ramlan perlu diberikan jawatan itu kerana beliau baru memegangnya dan kebetulan pula kalah dalam pilihan raya umum lalu di mana pemberian jawatan itu dianggap standard dan amalan biasa dalam kerajaan PAS. Tetapi standard itu nampaknya berlaku kepada calon PAS sahaja tetapi tidak untuk calon PKR.

Sebagai contohnya calon PKR di Pengkalan Kubur, Saharun Ibrahim tidak dilantik menjadi penyelia atau diberi apa-apa jawatan saguhati walaupun beliau kalah di situ.

Peristiwa serbuan malam semalam tidak akan kesudahan. Ahmad perlu berbuat sesuatu. Katanya Ahmad memberi alasan jawatan itu hak PAS. Alasan itu bukan jawapan bijak dan tepat kerana kalau ia sudah kepunyaan PAS kenapa dilantik Ramlan awal-awal lagi. Sepatutnya awal-awal lagi beliau tidak diberikan jawatan berkenaan. Di sini menyerlahkan pentadbiran kerajaan lemah dan tidak bersistematik dan cakduh.

Cara dilakukan itu seakan mempermain-mainkan Ramlan sahaja dan ia sudah tentu memalukan. Fahamlah politik ala orang kampung dan bagaimana sikap orang kampung, bila berlaku hal demikian ia memalukan kerana diejek dan ditejel. Bagi politik kampung jawatan penyelia samalah dengan datuk bandar.

Persoalan kini apakah PAS masih memerlukan PKR bersama mereka. Kalau PAS merasakan PKR sudah tidak diperlukan dan kewujudannya menjadi darah dalam daging, ambil keputusan konkrit nyahkan PKR. Habis cerita. Putuskan hubungan dengan PKR jangan ada sebarang konsensus atau kerjasama. Biarlah PKR merana dan hidup bersendirian. Cara itu juga baru PKR sedar apakah mereka mempunyai kekuatan untuk hidup atau sememangnya selama ini menumpang PAS seperti didakwa.

Tidak menjadi dosa kalau menceraikan PKR. Usahkan parti politik laki bini pun kalau sudah hilang persefahaman ada pihak berlaku curang dan bermain kayu tiga, perceraian dihalalkan.

PKR juga seharusnya kena sedar diri sendiri. Untuk apa lagi menagih dan merayu kasih kepada orang yang tidak sudi. Kerajaan PAS Kelantan dan PAS sendiri tidak melayani dan mempedulikan mereka, sepatutnya tahulah untuk membawa diri. Jangan jadi hidung tidak mancung pipi pula tersorong-sorong. Turunlah rumah dan tinggallah jemburan orang sebelum kita disimbah dengan air panas.

Sudah banyak yang PAS lakukan tidak wajar dan perlekehkan PKR. Tidak perlu disebutkan satu persatu sebab semua sudah tahu. Baru-baru ini Setiausaha PKR Negeri, Hisomuddin katanya cuba menghubungi Setiausaha Politik MB, Wan Nik Wan Yusuf untuk minta berjumpa dengan Ahmad. Puas ditelefon, diberi sms dan whatsapp tetapi tidak dibalas oleh setiausaha politik berkenaan.

Cukup itu tanda bagimu untuk merasai bagaimana orang tidak peduli dan tidak ada masa untuk melayani kamu. Apakah PKR menanti satu muktamar PAS Kelantan untuk memutuskan perhubungan baru hendak bertindak. Harapnya PKR dalam hal ini ada air muka. Kalaupun tidak hendak menjaga pimpinan negeri tetapi jagalah air muka ketua umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala kejadian serbu rumah seperti malam tadi ia memberi imej buruk kepada Ahmad sebagai MB bertaraf ustaz dan ulama. Itu adalah kali kedua. Kali pertama seawal dia menjadi MB, kejadian begitu sudah berlaku bila berpuluh-puluh penyokong Datuk Husam Musa datang menyerbu ke rumahnya bertanya fasal Husam tidak dilantik sebagai jemaah exconya.

Walaupun Ahmad dapat mengatasinya dengan bersikap lembu kenyang atau pisang buruk, tetapi kejadian itu memalukan. Apa lagi orang gedebe juga dipanggil bagi mengawal keadaan dan menghadapi sebarang kemungkinan. Rumah seorang ulama selalunya dikerumuni orang dan rakyat untuk bertanya masalah agama, hukum hakam dan sebagainya, tetapi berbeza dengan keadaan rumah Ahmad, orang datang bertanyakan masalah jawatan dan sikap dolak dalihnya. Malulah.

Saya ingin menyebut disini, kalau Ahmad lemah tidak berdaya, lemah tenaga batin dan tenaga fizik atau pun hilang semangat, berundur sahajalah. Serahkan tanggungjawab dan amanah itu kepada timbalannya yang nampak lebih berani dan tegas. Lihat pemecatan Che Ibrahim Mohamed dilakukan sendiri oleh Mohd Amar tanpa berselindung dan meletakkan beban itu ke atas CEO Kias. Berdosa kalau kita memikul amanah tetapi kita sendiri tidak bersikap amanah. – msomelayu.blogspot.com,

06 Februari 2014

PANAS ! DULU KEPALA LEMBU KINI AYAM PULAK JADI MANGSA..

Pautan kekal imej terbenam


NGO Melayu sembelih ayam, lumur darah pada gambar pemimpin Cina DAP, PKR


Penunjuk perasaan menggunakan penyapu untuk melumur darah ayam pada kain rentang dengan gambar pemimpin DAP semasa bantahan terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider

Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan terhadap majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon dari PKR.

Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.

Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."

PANAS! PRK KAJANG NGO AKAN DEDAH UMNO UNTUNG BELAMBAK JUAL TANAH MELAYU


NGO NEKAD DEDAH 'DIARI JAMBU' UMNO DI PRK KAJANG

6 Feb 2014 | Pasar Awam Pmtg. Pauh

9.362 ekar tanah milik 31 Melayu dekat Kampung Terang, Balik Pulau telah dibeli oleh Syarikat Maison Height Sdn. Bhd..

Pemilik asal hanya diberi bayaran 10 peratus sahaja pada 4 Oktober 2010, tetapi, Maison Height didaftar sebagai pemilik tanah yang baru pada 31 Januari 2012 kononnya selepas pembayaran penuh RM8.5 juta dibuat kepada mereka yang berwajib.

Maison Height pada 16 Mei 2012 menjual pula tanah itu kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. dengan nilai RM13.5 juta.

Ertinya, tak sampai empat bulan sudah untung atas angin kira-kira RM5 juta dengan tipu 31 Melayu di negeri ini
.

Ini antara inti 'Diari Jambu' yang akan kami, beberapa NGO dedah di PRK Kajang nanti.

Sebagai pemulaan, kita akan turut mulakan dengan satu himpunan solidariti di Queensbay Mall pada Sabtu ini jam 2.30 petang hingga 3.00 petang untuk edar 'Diari Jambu' ini.

Umno Permatang Pauh, khususnya Ketua Bahagian tidak perlu berlagak suci untuk memfitnah Ahli Parlimen Permatang Pauh, melainkan jawab isu pengkhianatan Umno ke atas Melayu Pulau Pinang juga.

Kita nak bawa satu mesej saja di PRK Kajang, iaitu paling banyak Umno khianat Melayu adalah di Pulau Pinang sebenarnya.

Lawan!

Yang berani,

SAMM
JINGGA 13
LANG-GAR 901!
HAPUS
BARA
PAHLAWAN
SKUAD
RAGAS

KEDAH TIDAK WAJAR TUKAR KERETA RASMI

Tiada alasan untuk menukar camry kerana kereta yang masih elok dan kos  penyelenggaran yang rendah, sekiranya exco ingin menggunakan kereta nasional proton perdana accord wajar penggunaan camry digunakan untuk tugas-tugas rasmi kakitangan kerajaan.

Camry Tidak perlu dilelong kerana ia masih mantap dan kerajaan dikira membazir wang rakyat dan bekas exco wajar menolaknya walaupun ditawarkan dengan harga rendah..... 

Mukhriz: Exco Kedah guna Proton Perdana ganti Toyota Camry


Model terbaru Proton Perdana yang akan mula digunakan pada Mac. -

Semua Exco kerajaan negeri Kedah akan menggunakan kereta Proton Perdana 2.4 L sebagai kereta rasmi, menggantikan Toyota Camry yang dibeli semasa pentadbiran PAS.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata 10 buah kereta Proton Perdana itu akan digunakan bermula Mac ini, manakala Toyota Camry yang lama akan dijual kepada bekas Exco terdahulu pada harga berpatutan.

"Kita telah menilai lima jenama kereta untuk menggantikan kereta Toyota Camry ini dan akhirnya kita pilih Proton Perdana sebagai kereta rasmi exco...termurah daripada jenama lain (yang dinilai)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ganjaran kepada atlet Kedah di Alor Setar yang memenangi pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 2013 di Kuala Lumpur.

Mengenai penjualan Toyota Camry kepada bekas Exco (semasa Kedah ditadbir oleh PAS), beliau berkata ia adalah amalan biasa yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Saya pula masih menggunakan kereta yang telah dibeli semasa zaman pentadbiran Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) iaitu kereta jenis Mercedes Benz S Class kerana kereta ini masih lagi dalam keadaan elok," katanya.

Mukhriz berkata, selain lebih murah berbanding kereta jenama lain, kerajaan negeri juga bernasib baik kerana mendapat kereta Proton Perdana berkenaan dalam tempoh singkat.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri telah mengarahkan syarikat konsesi yang melakukan aktiviti pembalakan sehingga menyebabkan pencemaran supaya menukar blok pembalakan.

Beliau berkata terdapat rungutan daripada penduduk terutama di Sik yang menghadapi masalah pencemaran sungai akibat pembalakan, justeru blok pembalakan perlu ditukar bagi mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku.

Katanya selain masalah pencemaran sungai, tiada aduan lain diterima daripada aktiviti pembalakan itu

05 Februari 2014

PKNS NAFI PECAT CUMA TAK SAMBUNG KONTRAK !!!


PKNS: Tak lanjut kontrak elak pertindihan tugas

SHAH ALAM, 5 FEB: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjelaskan perkhidmatan 20 kakitangan perbadanan itu yang ditamatkan kontrak ekoran kepakaran dan pengalaman mereka sudah sedia ada dengan pegawai tetap di situ.

PKNS berkata, keputusan itu dibuat ekoran penyusunan semula oraganisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus yang mengutamakan perkhidmatan cekap dan “value for money”.

Dalam kenyataannya, PKNS berkata perkhidmatan 20 anggota itu dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa bahagian baru antaranya pemasaran, pembangunan bisnes, strategi dan media, pelaburan, dan pengurusan organisasi dan integriti.


“Bagaimanapun, selepas mengkaji keputusan itu, PKNS berpandangan tidak ada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai terbbait kerana kepakaran dan pengalaman yang sama sudah ada di kalangan pegawai tetap di PKNS.

“Sehubungan itu, anak syarikat PKNS; PKNS Holdings membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Semalam, dilaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) iaitu anak syarikat PKNS memecat kira-kira 30 kakitangan tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam.

Semua kakitangan PHSB itu menerima surat pemecatan yang ditandatangani Pengerusinya, Datin Paduka Norazlina Zakaria dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan, pagi semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan pembabitan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan PHSB dan menganggap tidak ada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan kontrak mereka tidak dilanjutkan.


MP PKR: Tamat kontrak, Khalid wajib ditukar


Selaku pentadbir tertinggi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab terhadap penamatan kontrak lebih 20 pekerja kontrak anak syarikat PKNS, kata pengerusi biro pekerja PKR, Abdullah Sani.

Abdullah yang juga MP Kuala Langat membidas sikap Khalid yang menurutnya tidak menghormati hak pekerja dengan menamatkan serta-merta kontrak tanpa memberi peluang kepada pekerja terbabit mencari pekerjaan lain.

Semalam anak syarikat PKNS - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) - dilapor memecat 30 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuatkuasa serta-merta.

Kesemua kakitangan PHSB - anak syarikat PKNS - menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata: "Ini pengkhianatan yang cukup menjijikkan dan tak boleh diterima.

"Inilah sebab Khalid wajib ditukar ganti," kata Abdullah yang juga timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Abdullah Sani menganggap tindakan menamatkan kontrak pekerja terbabit sebagai tindakan zalim ibarat negara 'kunta-kinte'.

Beliau berkata PKNS telah melanggar Akta Pekerja kerana tidak memberi justifikasi penamatan kontrak justeru melanggar kontrak yang ditandatangani sendiri oleh syarikat dan pekerja.

"Saya difahamkan ada perjanjian kontrak bersamaan seksyen 10 (Akta Pekerja) yang wajib diikuti tak kira siapa pun.

"Pihak PKNS telah melanggari Seksyen 12 iaitu pelanggaran kontrak," katanya yang juga MP Kuala Langat.

"Ini bukan negara 'kunta-kinte'. Perlu ada undang-undang sebelum berbuat sesuatu," kata beliau lagi di hadapan Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor di Shah Alam

PANAS ! S300 KBV 8 DIHANTAR KE LANGKAWI OLEH MAD BLURR!!!

Tak silap dah 2 minggu keta merc S300 yang trending bulan lepas dah masuk Langkawi

KBV 8 dah dihantaq obersea...!

Sekejap Aloq Setaq
Sekejap Kuala Lumpur

Balik mai Aloq Setaq
Last nuu dia dok oversea sana

LANGKAWI baq hangpa....


DAH LE....HARGA KERETA TAK TURUN, INSURAN PULAK NAIK...TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI BN....

Pelarasan tarif insurans diluluskan


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.

Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu.

Di dalam notis tersebut, PIAM perlu memastikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada lebih 30 pemain industri insurans mengikut kadar premium terbaharu itu bagi memastikan pengguna tidak keliru dengan pelarasan tersebut.

Pada 2011, BNM telah meluluskan pelarasan kadar premium insurans itu sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu.

Menurut bank pusat itu, pelarasan tersebut merupakan kali pertama sejak 30 tahun lalu dan membabitkan jumlah yang kecil serta dilakukan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun bermula 2012.

Institut Automotif Malaysia (MAI) sebelum ini meramalkan jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) kenderaan baharu tahun ini bakal mencapai 670,000 unit.

Perkembangan ini dilihat memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.

HANGAT!! MB@ MAT BLERR...DIKELILINGI EXCO CAP AYAM?


MUKHRIZ DI KELILINGI EXCO CAP AYAM?

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir nampaknya cuba tunjuk garang apabila beliau memberi amaran kepada pembangkang akan membuka fail-fail kotor projek bawah kerajaan PR terdahulu jika beliau terus diserang pembangkang.

Apa pun yang menjadi hairan ialah di mana exco-exco di sekeliling Mukhriz yang beliau lantik untuk berkhidmat dengan beliau. 

Mereka kelihatan lembab, pandir dan beku. Mukriz kelihatan keseorangan mentadbir Kerajaan Kedah dan exco-exco yang beliau lantik hanya kelihatan dalam majlis-majlis ceremonial sahaja. Tidak nampak exco yang tampil mempertahankan beliau ketika diserang pembangkang.


Foto Zulkifli Hj Noh.

Menurut sumber banyak dasar-dasar beliau tergantung seolah-olah takut membuat keputusan. Menurut rakan di Kedah, kini telah kedengaran bisikan-bisikan sumbang di kalangan pentadbir negeri apabila banyak mesyuarat yang Mukhriz pengerusikan tidak ada keputusan yang jelas dibuat dalam erti kata lain 'hanging'.

Apa pun Kerajaan Kedah di bawah Mukhriz lagi tiga bulan akan mececah satu tahun di bawah pemerintahan BN.

Dasar-dasar dan perubahan masih belum jelas malah belum lagi terpancar jika dibandingkan dengan kepimpinan KM Melaka Idris Harun.

Jangan sampai pengundi atas pagar hilang keyakinan dengan kepimpinan beliau dan jangan sampai rakyat jenamakan Mukhriz di kelilingi EXCO CAP AYAM.

04 Februari 2014

HOT ! TMJ DINAMAKAN DALAM LAPORAN POLIS OLEH FABIO FLOR


TMJ dinamakan dalam laporan polis


Presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail dinamakan dalam laporan polis pemain import T-Team Fabio Flor.

Ketika dihubungi Malaysiakini, jurucakap polis Terengganu mengesahkan laporan itu.


Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada isi kandungan laporan polis itu sama seperti yang tersebar di laman media sosial termasuk di laman Facebook peminat Johor Darul Takzim sendiri.

Sementara itu, di Internet, terdapat kekeliruan sama ada Tunku Ismail telah dipanggil memberi keterangan berhubung insiden kekecohan di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kekeliruan timbul apabila media online kerajaan Johor Johor Times menaikkan gambar berkapsyen "TMJ hadir di Pejabat PBNJ untuk beri keterangan kepada pihak FAM. "

Bagaimanapun beberapa jam kemudian Malaysiakini mendapati kapsyen tersebut telah berubah kepada "TMJ hadir di Pejabat PBNJ untuk beri keterangan kepada peguam."


FMT melaporkan, Setiausaha Agong FAM Hamidin Mohd Amin menafikan Tunku Ismail akan memberikan keterangan hari ini.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, terdapat insiden pergaduhan pada perlawanan Piala FA antara kedua pasukan antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team pada Sabtu.

Dalam pertemuan itu, T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues Goncalves Cardoso dan Fabio Flor serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari pengurusan tertinggi JDT.

Insiden itu didakwa berlaku ketika mereka menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

T-Team, yang ketinggalan 2-1 ketika itu, mendakwa mereka tidak dapat meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan.

Sementara itu, polis Terengganu berkata, empat laporan polis diterima daripada T-Team berhubung insiden itu.


Malam tadi,Bernama melaporkan Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan T-team membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu antara pukul 9 malam dan 12.30 tengah malam Ahad.

Polis berkata akan menyiasat, memanggil dan merakamkan percakapan saksi-saksi kejadian.

TERHANGAT ! BERITA ADUN PKR KELUAR PARTI HANYALAH PALSU

Berita Adun Hutan Melintang keluar PKR palsu

FEB 04, 2014 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang, S Kesavan tidak pernah menghantar surat mengisytiharkan diri keluar daripada PKR, jelas Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

"KEADILAN (PKR) telah menerima berita yang kononnya YB Kesavan a/l Subramaniam, Adun Hutan Melintang, telah menghantar surat yang mengisytiharkan beliau keluar KEADILAN.

"Setelah mendapat penjelasan daripada YB Kesavan, KEADILAN mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti. YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut," kenyataan tiga perenggan Fahmi dipetik.

Surat Adun PKR Keluar Parti Tersebar Meluas Di Internet.

Itulah yang sedang tersebar sekarang neh. Yang kencang dok sebar puak2 pro UMNO.

Lihat ;


Dan surat yang dimaksudkan ;

Adun yang dikatakan keluar parti.

HOT! HARI PEMBALASAN BUAT NAJIB SUDAH TIBA


Pembalasan atau dejavu, Najib rasakan bahang serangan orang lama Umno




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang menerima pelbagai kritikan daripada dalam dan luar Umno. 

Dunia ibarat roda.

Sejurus selepas pilihan raya umum pada 2008, Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai calon perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi susulan daripada keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu dan kempen menyingkirkan Abdullah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Akibat desakan berterusan itu, Abdullah akhirnya memberi laluan kepada Najib pada Mac 2009. Sehingga ke hari ini, penyokong Abdullah percaya gelombang penentangan terhadap mantan perdana menteri itu tidak seperti yang dicanangkan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Namun Abdullah tidak berminat untuk bertahan dan melawan kerana bimbang perang dengan musuhnya itu akan mencederakan Umno.

Kebenaran tersingkap, beliau masih belum sembuh sejak hari-hari terakhirnya pada Mac menyaksikan BN hilang lima negeri dan tidak berjaya mempertahankan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen.

Jadi beliau pun menyerahkan kedudukannya kepada Najib meskipun diberitahu orangnya bahawa ahli Parlimen Pekan inilah antara pihak yang cuba menjatuhkannya. Namun Abdullah dilihat seperti tidak mempercayai berita itu atau hanya mengambil pendekatan berbeza.

Terluka dan marah. Sebahagian penyokong Abdullah percaya Najib akan menerima pembalasan suatu hari nanti dan nampaknya hari itu sudah tiba.

Dunia ibarat roda. Ia mengambil masa selama lima tahun tetapi Najib kini memahami bagaimana rasanya berada dalam kepungan Dr Mahathir dan penyokongnya.

Beliau bimbang. Itu yang sepatutnya. Oleh kerana melihat ketabahan dan kemusnahan dilakukan Dr Mahathir; gaya mantan perdana menteri itu dilihat semakin membesarkan jurang kelemahan musuh dan kebolehannya sebagai seorang doktor melukis sekeping gambar mengerikan untuk parti dan negara jika sasarannya kekal dipacu.

Jentera Dr Mahathir mula bergerak dengan mantan perdana menteri itu bertemu kumpulan kecil dan mengulangi mantera kelemahan kepimpinan Najib serta hakikat BN akan kehilangan kuasa dalam pilihan raya akan datang jika orang nombor satu kerajaan itu terus berkuasa.

Selain itu, Dr Mahathir turut mengkritik kebergantungan Najib kepada penasihat, perunding dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang dikepalai bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Datuk Seri Idris Jala.

Biasa mendengarnya, bukan? Pada 2008, serangan itu pernah difokuskan kepada kebergantungan Abdullah kepada Tingkat Empat, sekumpulan penasihat mudanya.

Mereka yang berada di sekitar Najib sedar persamaan itu namun tidak berniat melancarkan perang saraf terbuka terhadap Dr Mahathir dan pengkritik lain.

Apa yang perdana menteri dan pasukannya lakukan adalah berjumpa dengan sebanyak mungkin mereka yang berkuasa dalam Umno dan kumpulan Melayu berpengaruh bagi menerangkan strategi ekonomi dan politiknya serta memberikan jawapan terus kepada kritikan yang dibuat oleh Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan pihak lain.

Melalui usaha mereka itu, kem Najib berharap cubaan penentangan terhadap mereka dalam Umno akan berakhir.

Perdana menteri dan pasukannya tahu pengkritik dalam Umno menjangkakan akan berlaku perubahan dalam kepimpinan parti itu seawal-awalnya pada April.

Tetapi untuk melawan cakap-cakap ini, mereka berhujah Najib menguasai Majlis Tertinggi Umno yang tidak seperti Abdullah, bersedia menggunakan semua jawatan disandangnya bagi terus berkuasa.

Satu-satunya masalah bergantung kepada pemimpin Umno adalah sokongan mereka tidak sekali boleh diubah. Cukup kerap, godaan peluang dan kuasa datang walaupun kepada penyokong yang paling "kuat".

Semasa kemuncak serangan terhadap Abdullah, beberapa ahli politik berpengaruh bersumpah untuk mempertahankan mantan perdana menteri itu. Tetapi dalam sesi sulit, mereka juga menyerang Abdullah.

Hari ini, salah seorang daripada individu tersebut memegang kedudukan yang kuat dalam Umno dan dilaporkan turut bersumpah memberikan taat setia kepada Najib.

Cabaran Najib adalah untuk memujuk, meyakinkan dan memperdaya broker kuasa dalam Umno bahawa beliau akan memenangi peperangan yang disasarkan kepada dirinya. Tetapi ia tidak semudah apa yang disangka. Ia lebih jauh daripada itu.

Di dalamnya wujud rasa tidak puas hati terhadap peningkatan kos sara hidup; yang dilihat salah percaturan tanpa akhirnya oleh menteri kerajaan dan tekanan terhadap mereka yang tinggal di Malaysia.

Memandangkan keseimbangan sudah pun berkocak, Najib dan pasukannya tidak akan mampu melancarkan perang habis-habisan terhadap pengkritik mereka, satu keadaan yang akan lebih mengeruhkan kedudukan negara.

Beliau perlu menunjukkan kepada parti bahawa dirinya adalah pemimpin terbaik dan kritikan yang datang pula berniat jahat, didorong kepentingan peribadi dan keluarga.

Penyokong Abdullah dalam Umno menyaksikan drama ini dengan pendekatan sama iaitu tidak ambil peduli dan berasa geli hati kerana dunia ibarat roda

PANAS ! NGO , PADUKA AYAHANDA SOKONG CALON PKR DI PRK KAJANG !!!


PADUKA AYAHANDA DAN PARA AYAHANDA DAERAH KAJANG IKRAR BANTU ANWAR

Berita ini sesungguhnya satu keperitan yang tidak terkira buat BN kerana mereka hanya mengharapkan undi melayu di Kajang untuk memberi tentangan kepada Anwar Ibrahim dalam PRK N25 kelak. Tanpa melayu di Kajang BN hanya mempu mengharap keajaiban SPR untuk melihat sedikit bayangan kemenangan.

Kajang adalah kawasan majoriti Cina dan sebahagian besar mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat tanpa rasa berbelah bagi. Mereka telah sedar bahawa masa depan mereka bukan bersama BN.

Dengan sokongan para Paduka ayahanda dan ayahanda-ayahanda kepada PR, maka sokongan melayu kepada BN akan terus merudum. Tidak hairanlah jika umcedel meramal PR akan menang dengan majoriti yang lebih besar kali ini.





Dato Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa menziarahi tanda kasih dan mesra Datuk Dr Ujang bin Bagong watak lama dan dermawan yang cukup dikenali di Kajang.

Pertemuan singkat tapi amat cukup bermakna di Sg.Kantan,Kajang, malam tadi ini turut disertai oleh aktivis-aktivis Melayu yang bergelar Paduka Ayahanda,ayahanda-ayahanda kawasan dari perbagai organisasi yang aktif sekitar kajang.

Dato' Seri Anwar Ibrahim turut di iringi Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Dalam pertemuan ringkas tetapi mesra ini, Datuk Dr Ujang Bagong mengimbau beberapa pengalaman bersama DSAI.

Dato' Seri Anwar Ibrahim sempat memberikan penjelasan isu PRK DUN N25 Kajang dan menjelaskan mengenai fitnah bahawa Pakatan Rakyat meminggirkan kepentingan orang Melayu.

Sebelum Anwar bertolak ke pelancaran Jentera PRK N25 Kajang, Datuk Ujang Bagong mendoakan kemenangan Anwar dan semua yang hadir menyatakan komitmen bagi membantu kemenangan PR dalam PRK nanti.






Selangor Perlukan Anwar dan Khalid Ibrahim



Kenyataan Media
3 Februari 2014

Selangor Perlukan Anwar dan Khalid Ibrahim

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) lahir dari semangat perlawanan anak muda, menegaskan perubahan itu tidak datang bergolek dan tidak boleh ditunggu. Perubahan harus direntap sebagaimana kita mengasak dan terus mengasak dengan matlamat menumbangkan mana-mana regim penindas rakyat.

PRK Kajang hadir dalam suasana politik yang tidak menentu. Ramai yang menyokong langkah ini demi kestabilan dan kelangsungan perlawanan, namun tidak kurang juga yang membantah dengan alasan tersendiri. Selepas penjelasan demi penjelasan diutarakan, akhirnya kata putus dari semua pimpinan Pakatan Rakyat dicapai dengan nilai positif – tumbangkan Barisan Nasional demi perubahan.

SAMM juga tidak terlepas dari pertembungan pendapat. Sebagai anak muda, kita meraikan perbezaan pendapat dan membuat keputusan dasar di atas persetujuan kolektif. SAMM merakam beberapa perkara dalam kenyataan ini, adalah termasuk;

1. Pakatan Rakyat harus berani melambung bola untuk dimainkan oleh pihak lawan, maka Langkah Kajang adalah keputusan yang sangat berani, mempertaruhkan reputasi kekuatan sebuah parti dan gabungan Pakatan Rakyat. Ia juga berupa satu serangan untuk mematahkan serangan pihak musuh yang pelbagai.

2. TS Khalid Ibrahim telah menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dengan cemerlang, namun asakan hebat dari musuh yang penuh tipu helah melangkau bidang kekuatan TS Khalid. Bagi mengekang kemaraan musuh ini, sosok Anwar menjadi pertaruhan terbaik untuk memimpin negeri Selangor dari asakan seteru utama iaitu Najib Razak yang menjadi pengerusi BN Selangor.

3. TS Khalid Ibrahim juga mempunyai jasa yang amat besar di Selangor, dan antara jasanya yang paling besar ialah memberi laluan kepada DS Anwar Ibrahim untuk memimpin Selangor dan seterusnya menjadi faktor penyatu yang paling berpengaruh. Maka SAMM turut mencadangkan supaya TS Khalid menjadi orang paling kanan dalam pengurusan kewangan di negeri Selangor, dan diangkat menjadi Pengarah Pilihanraya.

4. Soal ‘amanah’ telah dijadikan senjata utama oleh pihak musuh selepas Adun Kajang meletak jawatan. Sedarkah semua bahawa Barisan Nasional telah pecah amanah selama lebih 50 tahun lamanya? SAMM nasihat kepada Umno dan BN supaya melihat kekayaan dan pemborosan Rosmah Mansor sebagai simbol ‘amanah’.

5. Pertembungan Mahathir dan Najib menjadikan negeri Selangor sebagai medan penilaian dalaman Umno. SAMM tidak menolak kemungkinan isu perkauman dan kebencian agama akan dilancarkan dalam skala besar yang di luar jangkaan. Maka wajar untuk SAMM nyatakan bahawa Selangor memerlukan seorang Anwar Ibrahim.

Justeru itu, SAMM dengan ini menyokong cadangan meletakkan DS Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat dan TS Khalid Ibrahim Sebagai Pengarah Pilihanraya. SAMM juga akan menggerakkan kekuatan jentera SAMM dalam usaha membuahkan kemenangan Pakatan Rakyat di PRK N25 Kajang.

Isamuddin Sanusi
Pengarah Sekretariat
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

03 Februari 2014

HOT ! PBSNT TUDUH JOHOR DT TEAM KAMPUNG....


‘Aksi kampung’: PBSNT

Kuala Terengganu: “Seperti bola sepak kampung,” itu luahan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang kesal dan tidak berpuas hati berhubung insiden yang menimpa penyerang import T-Team, Evaldo Rodrigues yang didakwa ditumbuk pengurusan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) manakala jurulatih kecergasan, Stefano Impagiazzo dikasari pegawai keselamatan pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.

Wan Ahmad Nizam berkata, beliau meminta siasatan terperinci dijalankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengetahui siapa yang bersalah dalam insiden itu selain menjaga maruah bola sepak tanah air.

“Saya akui insiden menimpa pemain T-Team yang ditumbuk hingga hidung berdarah dan dikasari amat mendukacitakan serta memalukan kerana sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku dalam era bola sepak profesional, tapi apa yang berlaku sebaliknya.

“Saya akan minta Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh membuat laporan polis supaya insiden itu tidak akan berulang sambil menyerahkan kebijaksanaan badan induk bola sepak negara membuat keputusan berhubung isu itu,” katanya.



PEMAIN Johor DT terpaksa menunggu di tepi padang apabila pasukan T-Team enggan meneruskan perlawanan, kelmarin.

Sementara itu, pengurusan T-Team sudah menghantar laporan penuh kepada FAM berhubung insiden perlawanan itu yang membabitkan pemainnya dengan Johor DT. ~ Mymetro

Sementara itu dipihak PBNJ tidak puas hati

SUSULAN daripada insiden T-Team mengambil keputusan menarik diri daripada meneruskan aksi babak kedua Piala FA ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), kelmarin, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tampil dengan fakta sebenar insiden yang berlaku.

Dipetik menerusi akaun laman sosial Facebook, Johor Southern Tigers, pihak persatuan menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil menangguhkan perlawanan dengan tiada keputusan saksama selain menggariskan fakta berhubung insiden berkenaan.

Menurut PBNJ, sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagiazzo didakwa membuat provokasi ke atas Ketua Jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiménez.

“Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues memakai jersi nombor 16 telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Jiminez dengan memarahi Jiminez dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

“Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

PBNJ turut memberitahu tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan malah, menegaskan segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

Bagaimanapun, pihak persatuan mengesahkan bahawa perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana T-Team membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan.

“PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini (kelmarin) kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung,” katanya.

kelmarin, Kommissioner Perlawanan, Zainal Mukri berkata akan menghantar laporan perlawanan kepada FAM, dan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan akan membuat keputusan berhubung status perlawanan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya juga belum mendapat surat rasmi daripada T-Team mengenai alasan tidak mahu meneruskan perlawanan yang masih berbaki 45 minit separuh masa kedua.

“Saya belum dapat surat rasmi daripada T-Team mengapa mereka tidak mahu meneruskan perlawanan malam ini.

"Keputusan malam ini belum diketahui terpulang kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan untuk membuat keputusan,” katanya.

MAT BLERR @ MB KEDAH DICABAR LAPOR KEPADA SPRM - DAKWAAN ADA PENYELEWENGAN


MAT BLERR....@ MB

Bekas exco Kedah cabar Mukhriz lapor SPRM


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dicabar lapor kepada SPRM, jika ada bukti penyelewengan salah laku ketika PAS memerintah Kedah. 

Bekas Exco Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah meminta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) jika beliau tahu dan ada bukti berlakunya penyelewengan dalam kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau berkata, Mukhriz diingatkan supaya tidak mengugut dengan memberi amaran untuk membuka fail lama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai reaksi kepada pendedahan kepincangan pentadbirannya.

"Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.


Mukhriz sebelum ini dalam kenyataannya berkata, tidak akan teragak-agak membuka semula fail projek bermasalah kerajaan negeri semasa zaman pentadbiran PAS jika pembangkang terus mencemarkan nama baik pemerintahannya.

Menteri besar Kedah itu berkata, antara permasalahan yang akan didedahkan adalah seperti projek pembalakan di Pedu dan pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

"Sudah tiba masanya kita pertimbang untuk buka fail lama mengenai Pedu dan Kuin, banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang mereka (PAS Kedah) mentadbir. Saya ingat dulu kita tidak perlu ungkit perkara lama.

“Tetapi kalau mereka hendak tunjuk kononnya mereka bersih dan kita kotor, kita boleh tunjukkan bukti dengan mudah bahawa sepanjang lima tahun lalu banyak penyelewengan berlaku," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Mukhriz mengambil pendekatan itu kerana sejak kebelakangan ini pelbagai tuduhan dilemparkan oleh pembangkang termasuk membabitkan isu penyelesaian luar mahkamah kes saman Syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan.

Amirudin yang juga Ketua Pembangkang Kedah berkata, PAS Kedah tidak akan melindungi sebarang salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku.

"Tidak mengapa sekadar hendak menjadi bahan lawak dalam ceramah, tetapi perkara dinyatakan Mukhriz adalah hal serius yang mesti dibuktikan. Jika tidak, bermakna beliau berbohong dan memfitnah.

"Bagi PAS dan rakan Pakatan Rakyat, kami tidak akan berhenti dan akan terus membongkar serta mendedahkan kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam tujuh bulan pentadbiran BN Kedah.

"Ditegaskan juga, tugas kami sebagai pembangkang adalah membetulkan kerajaan daripada sebarang perancangan dan pelaksanaan yang boleh merugikan rakyat dan negeri," katanya.

02 Februari 2014

HANGAT ! KEJADIAN PERGADUHAN JTD DAN T-TEAM TERSEBAR - SAKSIKAN VIDEO PANAS






Terengganu mahu FAM siasat insiden Piala FA




TERENGGANU menyerahkan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyiasat insiden perlawanan pusingan kedua antara T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Johor Baharu semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata FAM perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung punca pasukan T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua.

"Sememangnya saya amat kesal dengan kejadian yang menimpa pasukan berstatus kelab ini sehinggakan pemain serta jurulatih kecergasan kami pun kena dipukul di tempat lawan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Terengganu hari ini.

Wan Ahmad Nizam meminta FAM menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu dengan segera.

Dalam laporan akhbar hari ini, perlawanan T-Team menentang JDT di Stadium Larkin malam tadi tidak diteruskan pada separuh masa kedua apabila T-Team dikatakan menarik diri.

Tindakan itu dipercayai akibat pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

Pada masa itu, JDT mendahului 2-1 pada separuh masa.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Nizam berkata beliau telah mengarahkan pemain serta pengurusan T-Team untuk membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon bahagian pengurusan tertinggi T-Team mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian itu serta mengarahkan mangsa membuat pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu ketua jurulatih T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah menggesa FAM supaya memindahkan perlawanan ulangan itu ke gelanggang berkecuali bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.

Beliau yang kesal dengan insiden bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan ia menjadi lebih keruh dan menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menyiasat mengenai insiden di Larkin itu.

"Saya juga perlu melihat dahulu kecederaan para pemain dan pegawai pasukan (T-Team) sebelum dapat membuat ulasan lanjut, namun adalah lebih elok sekiranya FAM sendiri yang menyiasat mengenai insiden itu," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya dijangka menerima laporan perlawanan itu selewat-lewatnya esok daripada komisioner perlawanan, Zainal Mukri sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.

Hamidin berkata, beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah akan mengadakan mesyuarat khas, Khamis ini, bagi membincangkan insiden berkenaan.

"Kita akan turut memanggil komisioner dan pengadil perlawanan (Lismotia Mohem Mohd Tisan‎) dalam mesyuarat berkenaan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

"Jadi, saya harap para media dapat bersabar sebelum keputusan muktamad diumumkan oleh FAM pada Khamis ini," kata Hamidin yang turut kesal dengan insiden tersebut
SUMBER FB

MACAI KANGKUNG UMNO PUNYA KERJA LIM KIT SIANG & KARPAL SINGH JADI STRIKER TEAM BOLASEPAK SELANGOR...

Pautan kekal imej terbenam

Ini adalah line up team Selangor 2015. Pasti juara MSL2015
inilah macai dan blogger umno mampu lakukan...buat lawak kangkong.........

Betapa teruk BN sampai calon yang berkelibar pun takada untuk diketengahkan dan dalam keadaan BN terpaksa bertahan dengan tiada isu yang boleh menggugat pakatan...harap populariti Najib  sudah jatuh meredum sehingga orang BN pun dah takmau sokong apabila gagal menunaikan janji pilihanraya.....

Seperti kata Tun Daim kalau PRU berlaku sekarang pasti BN ruyup habis........

Pautan kekal imej terbenam
menteri kankong......berkata....

Berita dibawah cadangan calon BN di Kajang telah dibantah.....

Jangan dilibatkan Chong Wei dengan politik kotor BN

SHAH ALAM 2 FEB: Exco Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi bersetuju dengan pendirian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang enggan membenarkan jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dr Ahmad Yunus berkata, tindakkan mencalonkan Chong Wei dalam politik bukan sahaja dilihat sebagai memperalatkan tokoh badminton itu, malah turut merugikan sukan badminton negara.


“Saya setuju dengan kenyataan YB Khairi bahawa kepakaran Chong Wei bukanlah politik tetapi sukan badminton. Dia wajar meneruskan kariernya sebagai pemain badminton nombor satu negara sekaligus membantu memajukan lagi badminton di negara ini.

“BN tidak wajar menggunakan Chong Wei yang kita anggap sebagai aset negara untuk kepentingan politik semata-mata. Lagipun politik bukanlah bidang dia di mana keadaan ini akan merugikan masyarakat Kajang juga,” kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.


Katanya lagi, reputasi Chong Wei sebagai jaguh badminton negara dan dianggap ikon bagi golongan beliau negara ini akan tercalar sekiranya beliau terlibat dalam politik kotor BN.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA tidak menolak kemungkinan mencalonkan Chong Wei sebagai calon BN dalam PRK Kajang berikutan populariti Chong Wei sebagai jaguh nombor satu negara.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang spekulasi beliau dipilih sebagai calon PRK Kajang, menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Chong Wei, beliau tidak pernah dimaklumkan cadangan memilih beliau sebagai calon BN dalam PRK kecil itu.

Sementara itu, Khairi pula menerusi laman sosial mikro Twitternya menulis, Lee “harta” negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan pilihan raya kecil Kajang.