07 Februari 2014

TANDA-TANDA AWAL PAS AKAN KEHILANGAN KELANTAN?

Rumah Ahmad Yaakub diserbu kali kedua? – Mohd Sayuti Omar

Apa sudah jadi? Malam semalam khabarnya seramai 50 orang dengan 13 kereta menyerbu ke rumah Menter Besar Kelanta, Datuk Ahmad Yaakub di Kubang Batang, Tumpat. Mereka adalah ahli dan penyokong PKR kawasan Jeli yang datang memprotes penarikan balik jawatan penyelia DUN yang diperuntukan kepada PKR di Dun Kuala Balah, Jeli.

Masalah tidak akan selesai dengan termenung. Bekas calon Kuala Balah dalam pilihan raya lalu, Ramlan Mat dilantik menjadi penyelia DUN kira-kira tujuh bulan lalu, tiba-tiba belum genap setahun pelantikan itu ditarik balik. Siapakah dalang di sebalik penarikan balik itu? PAS atau pun anggota PKR sendiri yang dengki? Khabarnya pelantikan Ramlan turut disanggah oleh ahli PKR.

Malang Ahmad belum sampai setahun menjadi menteri besar sudah dua kali rumahnya diserbu oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk dan keputusan kepimpinannya. Katanya, rombongan 50 orang itu datang merayu kepada Ahmad agar membatalkan penarikan jawatan penyelia DUN itu.

Keputusan penarikan itu akan diputuskan dalam mesyuarat exco hari ini. Mungkin ia sudah pun dikafankan.

Ramlan Mat, dipecat sebagai penyelia. Alasan yang mereka berikan kenapa Ramlan perlu diberikan jawatan itu kerana beliau baru memegangnya dan kebetulan pula kalah dalam pilihan raya umum lalu di mana pemberian jawatan itu dianggap standard dan amalan biasa dalam kerajaan PAS. Tetapi standard itu nampaknya berlaku kepada calon PAS sahaja tetapi tidak untuk calon PKR.

Sebagai contohnya calon PKR di Pengkalan Kubur, Saharun Ibrahim tidak dilantik menjadi penyelia atau diberi apa-apa jawatan saguhati walaupun beliau kalah di situ.

Peristiwa serbuan malam semalam tidak akan kesudahan. Ahmad perlu berbuat sesuatu. Katanya Ahmad memberi alasan jawatan itu hak PAS. Alasan itu bukan jawapan bijak dan tepat kerana kalau ia sudah kepunyaan PAS kenapa dilantik Ramlan awal-awal lagi. Sepatutnya awal-awal lagi beliau tidak diberikan jawatan berkenaan. Di sini menyerlahkan pentadbiran kerajaan lemah dan tidak bersistematik dan cakduh.

Cara dilakukan itu seakan mempermain-mainkan Ramlan sahaja dan ia sudah tentu memalukan. Fahamlah politik ala orang kampung dan bagaimana sikap orang kampung, bila berlaku hal demikian ia memalukan kerana diejek dan ditejel. Bagi politik kampung jawatan penyelia samalah dengan datuk bandar.

Persoalan kini apakah PAS masih memerlukan PKR bersama mereka. Kalau PAS merasakan PKR sudah tidak diperlukan dan kewujudannya menjadi darah dalam daging, ambil keputusan konkrit nyahkan PKR. Habis cerita. Putuskan hubungan dengan PKR jangan ada sebarang konsensus atau kerjasama. Biarlah PKR merana dan hidup bersendirian. Cara itu juga baru PKR sedar apakah mereka mempunyai kekuatan untuk hidup atau sememangnya selama ini menumpang PAS seperti didakwa.

Tidak menjadi dosa kalau menceraikan PKR. Usahkan parti politik laki bini pun kalau sudah hilang persefahaman ada pihak berlaku curang dan bermain kayu tiga, perceraian dihalalkan.

PKR juga seharusnya kena sedar diri sendiri. Untuk apa lagi menagih dan merayu kasih kepada orang yang tidak sudi. Kerajaan PAS Kelantan dan PAS sendiri tidak melayani dan mempedulikan mereka, sepatutnya tahulah untuk membawa diri. Jangan jadi hidung tidak mancung pipi pula tersorong-sorong. Turunlah rumah dan tinggallah jemburan orang sebelum kita disimbah dengan air panas.

Sudah banyak yang PAS lakukan tidak wajar dan perlekehkan PKR. Tidak perlu disebutkan satu persatu sebab semua sudah tahu. Baru-baru ini Setiausaha PKR Negeri, Hisomuddin katanya cuba menghubungi Setiausaha Politik MB, Wan Nik Wan Yusuf untuk minta berjumpa dengan Ahmad. Puas ditelefon, diberi sms dan whatsapp tetapi tidak dibalas oleh setiausaha politik berkenaan.

Cukup itu tanda bagimu untuk merasai bagaimana orang tidak peduli dan tidak ada masa untuk melayani kamu. Apakah PKR menanti satu muktamar PAS Kelantan untuk memutuskan perhubungan baru hendak bertindak. Harapnya PKR dalam hal ini ada air muka. Kalaupun tidak hendak menjaga pimpinan negeri tetapi jagalah air muka ketua umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala kejadian serbu rumah seperti malam tadi ia memberi imej buruk kepada Ahmad sebagai MB bertaraf ustaz dan ulama. Itu adalah kali kedua. Kali pertama seawal dia menjadi MB, kejadian begitu sudah berlaku bila berpuluh-puluh penyokong Datuk Husam Musa datang menyerbu ke rumahnya bertanya fasal Husam tidak dilantik sebagai jemaah exconya.

Walaupun Ahmad dapat mengatasinya dengan bersikap lembu kenyang atau pisang buruk, tetapi kejadian itu memalukan. Apa lagi orang gedebe juga dipanggil bagi mengawal keadaan dan menghadapi sebarang kemungkinan. Rumah seorang ulama selalunya dikerumuni orang dan rakyat untuk bertanya masalah agama, hukum hakam dan sebagainya, tetapi berbeza dengan keadaan rumah Ahmad, orang datang bertanyakan masalah jawatan dan sikap dolak dalihnya. Malulah.

Saya ingin menyebut disini, kalau Ahmad lemah tidak berdaya, lemah tenaga batin dan tenaga fizik atau pun hilang semangat, berundur sahajalah. Serahkan tanggungjawab dan amanah itu kepada timbalannya yang nampak lebih berani dan tegas. Lihat pemecatan Che Ibrahim Mohamed dilakukan sendiri oleh Mohd Amar tanpa berselindung dan meletakkan beban itu ke atas CEO Kias. Berdosa kalau kita memikul amanah tetapi kita sendiri tidak bersikap amanah. – msomelayu.blogspot.com,

4 ulasan:

  1. 50 org sahaja..dah nak jatuh kerajaan PAS yang baik,telus dan Islamic.Semoga Allah pelihara org kelate dan kerajaan kelate.AMIN

    BalasPadam
  2. Molek sangat tu... Kelantan dah lama mundur diperintah PAS.... khi khi.... kalau perintah Malaysia... malanglah ...

    BalasPadam
  3. Mundur mundur kelantan ..org melayu masih memiliki tanah...maju maju kat negeri lain abih dah sumer dijual kat bukan melayu...mana lagik hampeh...cuba terangkan sikit...

    BalasPadam
  4. Kalau bagi kat lanun2 Umno lagi hampeh....
    Harya rakyat jadi macam hak dia orang...

    BalasPadam