07 Februari 2014

PANAS ! SELEPAS AZMIN DIPECAT KINI KRONI AZMIN PULA DIPECAT?... APA PUNCANYA

Sepatutnya Azmin perlu pertahankan tindakan PKNS tidak menyambung kontrak pekerja yang dibayar gaji tinggi tetapi melakukan tugas bertindih demi ketelusan.

Dipercayai ini cuma lantikan politik sahaja dan membelakangi lembaga pengarah PKNS?


Azmin desak MB Selangor henti guna PKNS sebagai senjata politik




Mohamed Azmin Ali kecam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim yang menggunakan PKNS sebagai alat politik. Gambar fail.Mohamed Azmin Ali mengecam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menggunakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata politik bagi melawan musuh politiknya.

Timbalan presiden PKR itu yang sebelum ini digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS berkata, Abdul Khalid tidak berperikemanusiaan dan tindakannya memecat 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) itu menyalahi undang-undang.

"Pemecatan kakitangan PHSB bukan hanya melanggar undang-undang pekerja tapi adalah tidak berperikemanusiaan.

"Abdul Khalid perlu berhenti guna PKNS sebagai alat politik untuk melawan musuh politiknya," kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini.



MB jawab tuduhan isu PKNS: ‘Takkan saya mahu sabotaj diri sendiri’

SHAH ALAM 6 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal tuduhan pihak tertentu kononnya beliau memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal berikutan kedudukannya sebagai Pengarah Pilihan raya PKR Kajang, beliau berkata:

“Jika saya sabotaj, bermakna saya sabotaj diri saya sendiri. Tuduhan itu tidak ubah seperti sebuah jenaka.”

Pada sidang media semalam, Abdul Khalid juga menafikan ada perjanjian antara beliau dan PKR untuk mengosongkan jawatan Menteri Besar apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menang.

“Tidak ada sama sekali perjanjian seumpama itu. Tumpuan sekarang adalah untuk menang PRK Kajang,” katanya.

Abdul Khalid juga menafikan dakwaan kononnya mahu kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang disandang Mohamed Azmin Ali dikosongkan, bukannya kerusi Kajang.

Penafian itu dibuat berikutan wujud tuduhan tanpa bukti dari akhbar berbahasa Inggeris, kononnya beliau berusaha memastikan Azmin tiada dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).

PENJELASAN MB : Penamatan kontrak kakitangan PKNS jimat RM7 juta

SHAH ALAM, 6 FEB: Langkah menamatkan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd memberikan penjimatan kos operasi terhadap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM7 juta setahun.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penamatan kontrak itu juga adalah hasil polisi Integrity Pact yang dilaksanakan dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

Katanya, keputusan menamatkan kontrak kakitangan berkenaan adalah berdasarkan kepada pelaksanaan penyusunan semula organisasi PKNS yang kini diterajui Pengurus Besar baru, Azlan Alfiah.


“Keputusan ini menyaksikan penjimatan kos RM7 juta setahun dan kos tinggi ini menjadi rintihan golongan ‘whistle blower’.

“Di samping itu, terdapat pertindihan tanggungjawab dan tugas antara 22 kakitangan ini dengan yang sedia ada dalam PKNS.

“Jadi, penggajian mereka tidak membawa keuntungan, bahkan kos berlebihan terpaksa ditanggung,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan 22 kakitangan kontrak PKNS diberhentikan tanpa sebab dan tidak diberikan notis lebih awal.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS berkata, langkah penamatan kontrak juga dibuat bagi memberi peluang kepada kakitangan tetap sedia ada untuk mengembangkan karier mereka dengan kenaikan pangkat.


“Sebelum ini, ada yang memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut kerana peluang diberikan kepada orang luar dengan tawaran secara kontrak dan tangga gaji lebih tinggi.

“Hal ini dibuat tanpa mengambil kira kepakaran dan pengalaman kakitangan sedia ada yang mungkin berkhidmat selama 15 tahun dengan gaji hampir RM4,000, tetapi tetap tidak berpeluang kerana diberikan kepada orang luar dengan gaji dua kali ganda,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu prosedur penamatan kontrak adalah mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian dan dilakukan demi kebaikan PKNS dan anak syarikatnya.

“Ini termasuk kajian semula usaha sama dan projek, menyusun semula akaun PKNS serta melaksanakan strategi untuk meningkatkan keuntungan.

“Kerajaan negeri akan memantau perkembangan PKNS dengan teliti untuk memastikan sumber syarikat diuruskan secara profesional untuk memberi manfaat maksimum kepada rakyat Selangor selaras dengan agenda ‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’,” katanya

2 ulasan:

  1. Sokong tindakan MB, singkirkan proksi Azmin yang banyak membuat onar. PRU 14 kita tolak Kroni Azmin

    BalasPadam
  2. Duri2 dlm daging...
    Api dlm sekam...
    Kena buang dan dipadamkan...
    Bahaya.....
    KAMI SOKONG MB KHALID

    BalasPadam