Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dakwa syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memohon kepada Bank Negara untuk melanjutkan tempoh pinjaman tak berbayarnya (NPL).
A Kadir yang memetik kenyataan sumber mendakwa Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam satu pertemuan bersetuju dengan permohonan itu walau tidak bersetuju dengan pinjaman besar yang dibuat oleh 1MDB.
Beliau mendakwa, Zeti tidak bersetuju kerana pinjaman tersebut boleh memberi kesan yang serius kepada sistem perbankan.
"Jika (lanjutan) itu tidak diberikan, akan berlaku kegagalan besar dalam membuat bayaran dan bank Tier 1 yang memberi lanjutan pinjaman itu perlu membuat peruntukan besar.

“Ini boleh menyebabkan sistem perbankan tempatan diturunkan taraf,” kata Kadir dalam tulisan di blognya, kadirjasin.blogspot.com.
Kadir juga mendakwa, “kata-kata kesat” turut dihamburkan semasa pertemuan di antara pegawai tinggi 1MDB dan Bank Negara.
Pinjaman tidak berbayar merupakan hutang lapuk atau pinjaman yang hampir menjadi hutang lapuk.
1MDB setakat ini menanggung hutang RM49 bilion berbanding asetnya bernilai RM51.4 bilion.
Kadir turut mendakwa pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin juga menawarkan untuk meletak jawatan.
“Satu sumber berkata, dalam pertemuan dengan Bank Negara, Lodin menawarkan untuk meletak jawatan serta mereta. Tapi ini tidak membimbangkan Bank Negara.
"Lodin dilantik oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Sekiranya benar dia menawarkan untuk meletak jawatan, dia sepatutnya memberitahu perkara itu kepada Najib,” kata Kadir.
Katanya lagi, 1MDB memohon untuk melanjutkan tempoh NPL itu daripada tiga kepada enam bulan.
1MDB boleh mengekalkan tempoh lanjutan itu sekiranya ia mampu membawa pulang dana RM7 bilion yang dilaburkan di bank luar pesisir Cayman Islands. ~ Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan