13 Disember 2014

SKANDAL 1MDB , NAJIB TERPAKSA IKUT JEJAK DS SHAHRIZAT?


Isu 1MDB, isyarat untuk Najib letak jawatan – Rafizi

Isu ini akan terus digunakan oleh pemimpin UMNO yang lain dengan mengerakkan kempen untuk mendesak Najib




PETALING JAYA: Tindakan pempimpin bawahan UMNO membuat laporan polis supaya siasatan dijalankan terhadap syarikat 1MDB jelas sekali menunjukkan bahawa wujud isyarat tersembunyi supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, ini merupakan perkembangan besar, maknanya ada pemimpin kanan berdiri dibelakang Khairudin untuk bertindak sedemikian akibat kegagalan pemimpin UMNO menjelaskan isu 1MDB.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi berikutan laporan Polis dibuat Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Sri Khairuddin Abu Hassan supaya siasatan dijalankan kepada syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana gagal menjelaskan kepada rakyat mengenai isu tersebut.

“Saya anggap ini juga sebagai isyarat tersembunyi pimpinan UMNO kepada Najib,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Jelas beliau, isu ini akan terus digunakan oleh pemimpin UMNO yang lain dengan mengerakkan kempen untuk mendesak Najib supaya memberi perhatian dan berbincang secara mendalam mengenai 1MDB dalam UMNO.

Beliau yang juga Setiausaha Agong PKR berkata isu 1MDB lebih kurang sama dengan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang pada awalnya dinafikan pemimpian UMNO tentang ketirisan yang berlaku, sehingga menyebabkan mereka sendiri mendesak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan.

“Isu NFC pada awalnya dinafi pemimin UMNO, namun setelah berlakunya pergolakan dalam UMNO menyebabkan Shahrizat didesak supaya letak jawatan,” katanya.



Katanya lagi, beliau juga tidak peduli sama ada ahli UMNO percaya atau tidak tentang ketirisan yang berlaku dalam 1MDB, yang penting sekarang adalah ada dalam kalangan pepimpin UMNO sudah mula bertindak menekan Najib.

“Soal UMNO percaya atau tidak, kalau mereka mula bersuara itu bukan sebab meraka ambil berat soal rasuah tetapi kerana rasuah 1MDB itu sudah tidak dapat dipertahankan lagi dengan rakyat, sebab itu segelintir pemimpin UMNO sudah mula bersuara sekarang seperti yang berlaku NFC,” ujarnya.
~Sumber



Barah 1MDB menunggu Pecah

1MDB sebagai satu skandal terbesar era Najib dan katalis kejatuhan Najib nampaknya kian menjadi kenyataan.

Laporan polis oleh salah seorang pemimpin UMNO bahagian sendiri dan kabinet turut membincangkan isu ini semasa ketiadaan Najib, adalah perkembangan baru bakal membawa impak yang besar.

Timbalan Ketua UMNO Batu Kawan, Pulau Pinang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam laporan polisnya, antara lain memohon siasatan dijalankan mengenai;

a. Pembelian tanah seluas 234 ekar di Air Itam, Pulau Pinang pada harga RM1.38 billion, yang dikatakan melebihi harga pasaran semasa (dari dua pemilik)

b. Pelaburan misteri sebesar US$1.2 billion dalam sebuah syarikat dikenali PetroSaudi International Ltd.

c. Pembelian sebidang tanah dari syarikat Tadman Resources Bhd di Pulau Indah dengan harga RM317 million

d. Pembayaran bunga pinjaman yang lebih tingi dari kadar pasaran

e. Pembayaran yuran kepada Goldman Sachs International yang dikira berlebihan

f. Pembelian aset janakuasa IPP seperti Powertek Energy dan Sanyen Power Sdn Bhd pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran

g. Pelaburan misteri di Pulau Cayman

Rabu lalu, ketika kabinet bersidang tanpa PM yang berada di luar negara, seorang Menteri dilaporkan membangkitkan isu 1MDB . Kabinet yang dipengerusikan oleh Muhyidin selaku TPM, telah mengambil kesempatan membincangkan isu ini.

Ia sudah tentu akan diminitkan dan sekembalinya Najib nanti, beliau pasti akan membaca minit tersebut untuk pengesahan mesyuarat kabinet akan datang. Apa reaksi beliau dalam mesyuarat akan datang?

Mengapa menteri berkenaan berani membangkitkan atau berani mengambil kesempatan ketika ketiadaan PM?

Bagaimana pula perbincangan sulit kabinet mengenai isu ini boleh sampai kepada media?

Tentulah dengan niat yang tertentu.

Tidakkah Najib mula terasa panasnya bahang 1MDB dengan tindakan-tindakan baru ini?

Sama juga dengan keberanian tiba-tiba seorang pemimpin UMNO Bahagian. Bukankah menjelang PAU baru-baru ini, Presiden parti telah mengadakan perjumpaan dengan semua perwakilan dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB?

Tidakkah dua perkembangan ini - laporan polis oleh pemimpin UMNO Bahagian dan perbincangan kabinet terjadi serentak?

Terlepas dari apa jua pertimbagan politik pihak-pihak yang terlibat, rakyat negara ini secara keseluruhannya mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan yang terang tidak lain dari PM sendiri mengenai isu ini.

Samada polis berani menyiasat bos tertinggi negara ini atau tidak adalah isu yang lain. Ini adalah ujian terbesar Datuk Zahid selaku Menteri Dalam Negeri.

Beranikah beliau membenarkan polis bertindak profesional dalam isu ini?

Namun, dari dua perkembangan terbaru ini, Najib mestilah berani memberikan penjelasan terbuka.

Siapa pemilik tanah di Pulau Pinang yang dibeli dengan harga (95% lebih mahal?) oleh 1MDB, misalnya.

Isu 1MDB melibatkan jumlah kewangan yang sangat besar. Mewajarkan PM bersikap telus.

Misalnya, bagi tahun kewangan sehingga Mac tahun ini, 1MDB mencatat kerugian sebesar RM 665.3 juta dengan hutang sebesar RM 49.1 billion. Sekalipun 1MDB dikatakan mempunyai aset sebesar RM 51.4 billion, tetapi jumlah aset di atas kertas ini kelihatan lebih besar dengan menggunakan penilaian yang lebih tinggi.


Apa lagi, seperti ditulis oleh TS A Kadir Jasin dalam blognya bahawa 1MDB telah pun memohon dan mendapat kelulusan dari Bank Negara untuk memanjangkan tempoh bagi hutang tak berbayar (non performing loan) dari tiga bulan kepada enam bulan.

Jika ini benar, memang 1MDB sudah mengerang kesakitan walaupun usianya sangat muda.

Najib bukan sahaja perlu memberikan penjelasan terbuka terhadap semua isu yang dibangkitkan berkait dengan 1MDB, tetapi juga bersedia memberikan penjelasan dalam siri-siri berikutnya apabila pertanyaan lanjutan dikemukakan nanti.

Lazimnya, sebuah Kertas Putih perlu dibentangkan kepada Kabinet dan seterusnya kepada Parlimen.

Sepanjang menuju penjelasan terbuka itu, saya percaya, pengkritik utama Najib seperti Tun M, sudah pun mempunyai jerangkap samar untuk meletupkan survival politik Najib sebelum PRU yang akan datang.


Husam Musa
13 Disember 2014




Polis akan siasat kes 1MDB - Ketua Polis Negara

Astro Awani |Kemas kini



Polis akan siasat kes 1MDB - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukannya akan menyiasat kes yang dilaporkan oleh seorang Ketua Bahagian Umno berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lembaga pengarahnya, lapor Malaysiakini.

Khalid dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID).

"Memandangkan laporan polis telah dibuat, cawangan jenayah komersial akan siasat dan bincangkan kes tersebut dengan Pejabatan Peguam Negara untuk arahan,” katanya.

Khalid juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengarah syarikat terbabit akan dipanggil polis untuk siasatan.

Beliau mengulas mengenai laporan polis oleh Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semalam.

Dalam laporannya, Khairuddin menggesa polis menyiasat pengarah 1MDB dan memberi amaran bahawa beliau akan membuat satu laporan polis, ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika tiada tindakan diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan