11 Jun 2014

PATUTLAH DEPA DOK GASAK TS KHALID..ELAUN PENGERUSI PUNCAK NIAGA RM JUTA SEBULAN JADI REBUTAN?

SEBELUM INI ELAUN PENGERUSI PUNCAK NIAGA DIKATAKAN ANTARA TERTINGGI ...SAMPAI JUTA-JUTA SEBULAN......

APABILA DIAMBIL ALIH KDEB NANTI TENTU DITURUNKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR......

PENGAMBILALIHAN KONSENSI AIR SELANGOR MELIBATKAN HAMPIR RM10 BILION BERBENTUK SAHAM, ASET & TANGGUNGAN HUTANG BANK.....BANYAK TU......



Puncak Niaga akhirnya terima tawaran kerajaan negeri Selangor, kata pejabat MB



Tawaran kerajaan Selangor untuk mengambilalih 100% pegangan saham dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan 70% saham dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diterima secara prinsip oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga).

Keputusan itu dimaklumkan kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), syarikat milik penuh kerajaan negeri melalui sepucuk surat bertarikh 6 Jun 2014.

KDEB pula dalam balasan suratnya kepada Puncak Niaga pada hari ini menyatakan persetujuan secara prinsip dengan persetujuan tawaran itu, kata satu kenyataan daripada pejabat MB Selangor hari ini.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak menyatakan persetujuan dengan terma dan syarat pengambilalihan 100% pegangan saham dalam PNSB dan 70% dalam Syabas dengan pertimbangan tunai bersih berjumlah RM1,555.3 juta.

Sebagai sebahagian daripada tawaran pengambilalihan itu, kerajaan Selangor menerusi anak syarikat milik penuhnya, (KDEB) akan mengambilalih pegangan saham Puncak Niaga dalam PNSB dan Syabas, termasuk semua aset dan liabiliti.

Bagaimanapun, aset, liabiliti dan usaha niaga yang tiada kaitan dengan industri air adalah dikecualikan, kata kenyataan itu.

Melainkan pengecualian aset, liabiliti dan usaha niaga PNSB yang tiada kaitan dengan perjanjian konsesi, kesemua terma dan syarat ini adalah selari dengan terma dan syarat yang terkandung dalam tawaran akhir KDEB kepada Puncak Niaga bertarikh 26 Februari 2014.

Kerajaan Selangor juga diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah Puncak Niaga membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia pada akhir dagangan hari ini bagi mengesahkan persetujuan secara prinsip untuk menerima tawaran pengambilalihan ini.

Antara lain, tawaran pengambilalihan ini adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Puncak Niaga pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang akan diadakan oleh Puncak Niaga dalam waktu terdekat ini.

Dalam mesyuarat khas yang diadakan hari ini, Lembaga Pengarah Puncak Niaga dimaklumkan perkembangan terbaru ini dan juga dimaklumkan oleh Tan Sri Rozali Ismail mengenai niatnya untuk mengundi bagi menyokong tawaran pengambilalihan oleh kerajaan Selangor pada EGM akan datang memandangkan hak dan kelayakan beliau sebagai pemegang saham sebanyak 41.32% secara langsung dan tidak langsung dalam Puncak Niaga.

Penerimaan tawaran pengambilalihan ini adalah susulan rayuan yang dibuat oleh Puncak Niaga kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 15 Mei 2014 bagi menangguhkan penguatkuasaan Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik perkembangan terbaru ini dan mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Selangor kerana sudah berada di peringkat akhir dalam usaha mengembalikan hak air kepada rakyat.

Beliau berkata, kerajaan Negeri akan memulakan proses menawarkan saham air kepada rakyat Selangor yang layak sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai sepenuhnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana komitmen dan bantuan kepada kerajaan Selangor dalam memuktamadkan penyusunan semula industri air Selangor seperti yang dihasratkan WSIA.

Menteri Besar berkata, usaha menggabungkan industri air di Selangor secara bersepadu hampir menjadi kenyataan dan kerana itu, kerajaan Negeri akan memenuhi komitmen untuk memudahkan pelaksanaan projek Langat 2 seperti yang dipersetujui menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) Air yang dimeterai antara kerajaan Selangor dan Persekutuan pada Februari 2014.

Menteri Besar juga akan mempengerusikan bersama mesyuarat Langat 2 dengan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili pada Khamis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan