11 Jun 2014

AKHIRNYA KILANG ' BIHUN ISTIMEWA' DITUTUP SETELAH DIASAK TERUK DI MEDIA SOSIAL !!!


Anggota KPDNKK periksa kilang `Bihun Istimewa' hari ini


ANGGOTA penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memasuki premis kilang ‘Bihun Istimewa’ yang menggunakan lambang masjid di Batu 7, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, hari ini selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk itu tidak mempunyai sijil halal. 

 Anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini memasuki kilang produk `Bihun Istimewa'
yang menggunakan lambang masjid di Batu 7, Jalan Ipoh di sini.


Akhbar hari ini melaporkan, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pemeriksaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang awam mengenai isu kilang bihun kotor dan jijik guna logo halal yang tersebar di laman sosial.

SEBELUM INI ADA ORANG PEJAM MATA ....JANJI ASUK.....?

5 ulasan:

  1. tutup la sekejap....lps tu mcm biasa la buka blk......kena tea tarik secawan ok la tu.....kira setel....

    BalasPadam
  2. Selepas berbelas tahun guna logo halal palsu?.

    BalasPadam
  3. Sabas dan Terima kasih. Pastikan bee hoon yang masih ada di kedai2 seluruh negara dirampas supaya orang islam yang tidak tahu tidak membelinya.Diharap pendedahan mengenai kilang2 yang mengeluarkan produk makanan yang tidak mengikut syariat dan mengelirukan umat islam dilakukan selalu untuk menunjukkan kita umat islam tidak boleh diperkotakkatikkan dan ditipu hidup2.

    BalasPadam
  4. Kalau lah melayu tak rasuah,rasanya melayu lebih selamat dunia Dan akhirat.Begitulah besarnya pengajaran yg diperlihatkan.

    BalasPadam
  5. Nampaknya agensi kerajaan tiada kredibiliti berbanding media sosial..bertindak atas sebaran media sosial maknanya perlunya perubahan besar dalam maklumbalas agensi kerajaan..tak perlu karenah birokrasi, sign JKKKK dan kabel2 yang menyebabkan rasuah..Rasuah sama saja dengan babi..duit banyak tapi duit babi..

    BalasPadam