05 Oktober 2013

2 Mayat Ditemui Di Hentian R&R Disyaki Diculik sebelum Dibunuh


2 Mayat Ditemui Dalam But Kereta Waja , Diculik sebelum dibunuh

IPOH: Dua lelaki yang ditemui dengan keadaan kedua tangan dan kaki diikat sebelum disumbat dalam bonet sebuah kereta di Hentian Rawat&Rehat Alor Pongsu, Kerian, arah selatan, petang semalam disyaki diculik sebelum dibunuh.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Ting Liong Chin, 28, dari Sabah dan Seu Hong Chee, 19, dari Tangkak, Johor disahkan maut akibat sesak nafas dan leher dijerut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata, polis masih menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan kedua mangsa itu berkaitan dengan laporan penculikan dua lelaki yang dilaporkan hilang di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Rabu lalu.


Mayat mangsa bunuh ditemui dalam but sebuah kereta di Hentian Sebelah Alor Pongsu, petang semalam
[sinar]- Dua mayat lelaki ditemui dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat dalam but sebuah kereta yang ditinggalkan di Hentian Sebelah Alor Pongsu, menghala selatan di sini kira-kira 5.30 petang, semalam.

Selain dihurung lalat dan berlumuran darah, kepala kedua-dua mangsa yang identitinya belum dikenal pasti itu didapati dibalut dengan pita pelekat.

Menurutnya saksi yang enggan dikenali, mayat terbabit ditemui oleh seorang pekerja penyelenggara Propel yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan tandas dan kawasan sekitar hentian tersebut.

Pekerja itu berasa curiga apabila melihat sebuah kereta Proton Waja berwarna perang dihurung banyak lalat.

Difahamkan, kenderaan itu diletakkan di kawasan terbabit sejak dua hari lalu.

“Pekerja itu kemudian membersihkan tumpahan cecair merah yang menitik dari but kenderaan itu kerana menyangka ia kesan kotoran makanan.

“Bagaimanapun, bahagian but kenderaan itu masih dihurung banyak lalat meskipun tumpahan cecair itu dibersihkan dan menyebabkan kakitangan berkenaan mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian semalam.

Sumber itu berkata, pekerja terbabit kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada pengurusan Plus yang membuat laporan polis pada jam 3 petang, semalam.

Menurutnya, anggota polis yang tiba di tempat kejadian memeriksa dan memutuskan untuk memecahkan cermin tingkap bahagian belakang kenderaan terbabit bagi membuka pintunya selepas pemilik kereta tidak muncul.

“Setelah but kereta dibuka, kami semua terkejut melihat dua mayat lelaki di dalamnya," katanya.

Sementara itu, anggota Pasukan Keselamatan Sukarelawan Kerian (PKSK) yang ditemui mendakwa berita kehilangan dua lelaki berbangsa Cina yang menaiki kereta bernombor pendaftaran PGN 4203 sudah disebarkan melalui laman sosial WeChat sejak tiga hari lalu.

“Setelah pihak kami dimaklumkan mengenai penemuan kereta bernombor pendaftaran sama digunakan mangsa yang hilang itu, kami segera ke lokasi penemuan dan mengesahkan kedua-dua mangsa bunuh berkenaan adalah orang hilang terbabit,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radwan Bachik ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua lelaki terbabit dibunuh.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis masih tidak mempunyai sebarang maklumat tambahan berkenaan identiti mangsa dan motif kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa terbabit akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.

“Siasatan terperinci masih dijalankan ke atas kedua-dua mangsa dan sebarang maklumat akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya.

                            

DEMAM PIALA MALAYSIA : PENYOKONG SARAWAK MENGAMUK ( VIDEO PANAS )




Lebih 1,000 orang penyokong Sarawak hampa, tiada tiket dijual semalam dan bertindak merempuh pagar stadium.

Tiket cukup: KAFA

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) memberi jaminan tidak akan berlaku kekecohan ketika penjualan tiket perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.

Bendahari KAFA, Nik Aminaldin Jaafar berkata, sebanyak 16,000 hingga 17,000 tiket tempat duduk terbuka akan dijual di kaunter tiket stadium bermula jam 9 pagi.

Katanya, KAFA mengeluarkan jumlah tiket seperti biasa dan sama dengan perlawanan sebelum ini dan yakin kekecohan tidak akan berlaku seperti di Sarawak.

“KAFA mengeluarkan 16,000 hingga 17,000 tiket tempat duduk terbuka kepada penyokong tuan rumah dan kira-kira 150 keping untuk penyokong pelawat. Tiket akan mula dijual di kaunter tiket stadium bermula jam 9 pagi.

“Jumlah tiket perlawanan malam esok (malam ini) sama dengan perlawanan sebelum ini dan kita lihat stadium sentiasa penuh, namun tidak berlaku kekecohan. Bagaimanapun, kita sudah bekerjasama dengan dengan polis untuk mengawal sesi jualan tiket esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurut Nik Aminaldin, KAFA mengambil inisiatif memasang skrin besar di luar stadium supaya penyokong yang tidak berjaya mendapatkan tiket berpeluang menonton perlawanan berkenaan.

Panas ! Ahli Politik Umno, Blogger Dan Penjawat Awam Marahkan Najib Dan Putrajaya Kerana Utamakan Konsultan Luar....


Kredibiliti konsultan luar dipersoal, Putrajaya berdepan kritikan




Kemarahan dan keluhan semakin kedengaran di kalangan ahli politik Umno, blogger dan penjawat awam yang membantah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak (gambar) kerana terlalu bergantung kepada konsultan, daripada merangka polisi awam sehinggalah kepada kerja-kerja remeh seperti menyediakan pembentangan power point kepada agensi-agensi dalam kerajaan.

Malah secara faktanya, terdapat kebimbangan yang besar ke atas kerajaan dan pengurusan aset negara Khazanah Nasional yang mengambil khidmat konsultan luar seperti McKinsey and Co, Boston Consulting Group, Frost and Sullivan, Ernst and Young dan sebagainya, sehingga menimbulkan persoalan yang membingungkan.

Adakah kebergantungan kepada perunding ini membawa kepada penurunan kualiti sektor perkhidmatan awam negara?


Mengapa Khazanah Nasional dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan mengupah konsultan ini untuk operasi pejabat, sedangkan mereka mempunyai beribu-ribu pekerja yang dibayar dengan gaji yang tinggi?

Terdapat konsultan yang dikaitkan dengan setiap tugasan utama di Malaysia. Daripada pelan Iskandar, hinggalah pelan tindakan pendidikan, koridor ekonomi, rancangan lima tahun ekonomi, kereta api berkelajuan tinggi ke Singapura, strategi pilihan raya, penjenamaan, dan sebagainya.

Tekanan yang dihadapi parti pemerintah dan perkhidmatan awam ke atas perkhidmatan luar Malaysia dilihat telah pun bermula.

Satu kajian daripada penyokong Umno dan kakitangan awam badan kajian bebas Merdeka Center mendapati rasa tidak puas hati yang tinggi terhadap penggunaan perunding kerajaan ini.

Sebanyak 42% daripada mereka yang ditinjau berasakan perunding yang digunakan pentadbiran Najib tidak memberi sumbangan yang memuaskan.

Baki 30% pula tidak pasti mengenai sumbangan perunding.

Dalam perbincangan bersama kumpulan kecil dengan ahli-ahli akademik, badan pengkaji tersebut mendapati wujud kemarahan terhadap kecekapan agensi kerajaan iaitu Pemandu, dimana pensyarah universiti kecewa kerana terpaksa menerima arahan daripada konsultan tersebut tanpa mempunyai matlamat yang jelas serta tidak memahami situasi sebenar yang berlaku di dunia.

The Malaysian Insider mendapat tahu pendedahan baru-baru ini dimana McKinsey mengenakan RM20 juta untuk menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah membawa kepada persoalan mengenai bilangan perunding dan bil-bil yang dikemukakan mereka di Dewan Rakyat.

Malah terdapat juga beberapa ahli Parlimen telah meminta Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk meneliti kesan bayaran terhadap kajian atau analisis yang dilakukan oleh konsultan tersebut.

Blogger pro-Umno terkenal Syed Akbar Ali menulis mengenai perkara tersebut semalam yang menyatakan sebuah syarikat konsultan Frost & Sullivan telah berkembang daripada 10 orang di Malaysia pada tahun 2000 kepada 120 orang tahun ini, dengan kebanyakan pelanggannya adalah daripada agensi dan syarikat berkaitan kerajaan.

"Syarikat itu mendapat perolehan sebanyak AS$45 juta (kira-kira RM140 juta) tahun lepas. Keuntungan hampir AS$9 juta (kira-kira RM28 juta). Saya fikir mereka telah menemui El Dorado mereka di Malaysia di dalam akaun bank Khazanah," kata Syed Akbar laman blognya, OutSyed the Box.

Beliau juga mendedahkan Frost & Sullivan bakal membuka sebuah pejabat di Iskandar Malaysia, yang dikendalikan oleh Khazanah Nasional. Beliau membidas syarikat tersebut kerana dengan dengan bongkaknya mengatakan mereka akan menjadi sebuah syarikat terbesar di dunia dengan 830 kakitangan pada tahun 2020.

Syed Akbar juga menegaskan bahawa Frost & Sullivan memberi anugerah yang tidak diketahui dikenali’Global Award for Visionary Innovation Leadership’ kepada Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar semasa lawatan keduanya ke San Francisco di mana syarikat negara yang kaya tersebut telah membuka pejabatnya.

"Dan ia begitu mudah untuk menggembirakan orang bodoh. Hanya memberikan mereka anugerah tersebut dan mereka akan menyerahkan semua wang tunai kami," kata beliau.

04 Oktober 2013

HOT! MALAYSIA ANTARA PALING KORUP DIDUNIA....





Malaysia Antara Negara Terbersih Rasuah (Menteri) VS Malaysia Antara Paling Korup di Dunia (Firma Ernst & Young)


Berangan tiada salahnya. Tetapi biarlah berpada. Berpijaklah di Bumi yang nyata setiapkali mengeluarkan kenyataan di mana rakyat Malaysia sudah keluar lama daripada “gua” mencari maklumat dan kebenaran.

Termasuklah kenyataan terbaru daripada seorang yang bergelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Berita Semasa tidak pasti bila, dan di mana kajian yang telah beliau lakukan sehingga keluarnya kenyataan seperti di bawah ini…..
Rasuah di Malaysia : Malaysia Antara Negara Terbersih Rasuah?


KUALA LUMPUR – Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan menafikan dakwaan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan menegaskan dakwaan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana akan memberi kesan kepada pihak lain.

Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kajian dibuat Ernst & Young yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.


Baca yang ini  :

Laporan Asal BS : Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!




Sedangkan firma audit antarabangsa Ernst & Young telah senaraikan Malaysia sebagai antara negara yang kerap mengamalkan rasuah dan acapkali mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang dialami Malaysia sekarang ini.

Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.
Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013.
Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.
Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.
Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli
Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.
Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.
Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.
Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.


Firma audit antarabangsa Ernst & Young mengatakan Malaysia adalah sebuah negara yang korup, manakala seorang pemimpin Melayu Islam tampil dengan yakinnya mengatakan Malaysia adalah bersih rasuah? Anda mahu percaya yang mana satu?


Menteri sudah semak belum Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang sedang galak diselongkar oleh rakyat Malaysia sekarang ini?

Firma audit antarabangsa Ernst & Young buat kajian berdasarkan tinjauan terhadap eksekutif-eksekutif di Malaysia, dan itulah pandangan mereka. Manakala Pak Menteri pula ikut suka hati sahaja melabelkan pencapaian tertinggi Malaysia tanpa sebarang kajian. Di mana asasnya? Apa respon balas anda pula?

PRK SUNGAI LIMAU : PENTEMPURAN SENGIT KETURUNAN TUN MAHATHIR DENGAN PAS.....

Admin dapat maklumat UMNO mati-matian akan cuba untuk menang dalam PRK kali ini.  Tun M terlalu yakin untuk menang samada cara mana.....yang mana MB mukriz hanya serba salah......kerana beliau sedar mejoriti 2,774 adalah terlalu besar......

Sekiranya UMNO menang saham mukriz akan lebih besar dalam umno yang sedang bertempur dalam pemilihan....maklumat yang diterima dari kem umno berlaku perkara2 seperti PRK Bukit Selambau.....nanti admin akan ceritakan lebih lanjut.......

Sungai Limau: PAS hilang maruah jika tewas




Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mahu buktikan kemenangan Umno bukan kebetulan.Kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sangat penting untuk Umno dan PAS, malah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir cuba untuk memastikan ia bukan sekadar kebetulan sementara lawannya pula mahu menilai popularitinya.

Namun jika kekalahan yang diterima PAS, ia bakal memberikan impak yang lebih besar kepada parti komponen Pakatan itu selepas kehilangan negeri Kedah dalam pilihan raya umum lalu.

Ia bukan lagi dianggap kehilangan satu kerusi sahaja bahkan akan membuktikan prestasi PAS memang sedang menurun selepas pemergian Pesuruhjayanya, Tan Sri Azizan Razak.


Ia bakal menjadi trauma dan beban besar kepada Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calon pada 23 Oktober ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohd Hisomudin Bakar, berkata selepas PAS kehilangan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dua isu penting dijadikan sebab bagaimana ia boleh berlaku.

"Satu kerana perpecahan dalaman antara Azizan dan musuhnya dalam PAS, yang kedua kerana kegagalan PAS Kedah dalam melaksanakan dasar negeri yang dilihat tidak melata.

"Jika PAS kalah lagi dalam pilihan raya ini, Mahfuz yang mengambil alih jawatan dari Azizan bakal berhadapan dengan trauma besar," katanya.

Ilham Centre terlibat dalam membuat kajian lapangan sebelum membuat cadangan manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU13 Mei lalu dan Kedah adalah antara negeri yang dikaji Ilham Centre.

Sejak 2012, Hisomudin berkata, pihaknya sudah mengesan bibit ketidakpuasan hati golongan yang pertama kali menyokong Pakatan Rakyat di Kedah pada pilihan raya 2008 terhadap kerajaan negeri.

"Perpecahan dalaman menolak penyokong atas pagar ini lari dari Pakatan Rakyat di Kedah walaupun penyokong tegarnya kekal," katanya kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu, PRK itu sangat penting bagi kepimpinan baru PAS Kedah untuk menang.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian bekas Adunnya, Tan Sri Azizan Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah.

Dalam pilihan raya lalu, PAS dan Pakatan Rakyat Kedah kehilangan negeri Kedah apabila hanya berjaya mendapat 15 kerusi manakala BN memperoleh 21 kerusi DUN.


Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar galas tanggungjawab berat.Jika PAS kalah kerusi Sungai Limau kali ini, ia bukan sahaja kehilangan kerusi tetapi kehilangan harga dirinya.

"Bagi saya kerja penting yang perlu dibuat oleh Datuk Mahfuz selaku pesuruhjaya baru PAS adalah menyatukan jentera PAS Kedah supaya bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihan raya ini.

"Buat masa sekarang, saya tidak nampak Mahfuz menyatukan PAS Kedah selepas berpecah sebelum ini," kata Hisomudin.

Satu lagi faktor penting dalam pilihan raya ini adalah faktor keluarga besar Azizan.

Bekas Setiausaha Akhbar Azizan semasa beliau menjadi Menteri Besar, Helmi Khalid, berkata keluarga besar Azizan sentiasa menjadi faktor penting pilihan raya di DUN ini.

Azizan mula bertanding pada pilihan raya 1995 di DUN yang pada ketika itu dikenali dengan nama Sala dan menang. Sebelum itu, pada pilihan raya umum 1990, sepupu Azizan, Azahari menang kerusi itu.

Sebelum Azahari, bapa saudara Azizan yang dikenali sebagai Pak Teh Mat menjadi wakil rakyat atas tiket Barisan Nasional.

Secara ringkasnya, Sala atau kini namanya Sungai Limau sentiasa di tangan keluarga besar Azizan.

Selain keluarga besar Azizan, satu lagi keluarga besar di sini adalah keluarga allahyarham Yahya Junid pengasas Sekolah Menengah Agama Taufikiah Al Halimiah.

Kini anaknya, Najib Fahmi menjadi Setiausaha sekolah agama itu.

Menjelang pilihan raya umum lalu, Najib yang juga bekas aktivis PAS Kedah dan bekas Setiausaha PAS kawasan Jerai, adalah musuh peribadi Azizan.

Beliau membantu calon BN Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir melawan calon PAS dan menang. Namun usaha beliau mengalahkan Azizan gagal.

Azizan memenangi kerusi tersebut pada PRU13 lalu dengan majoriti 2,774 undi menerusi pertandingan empat penjuru.

Beliau memperolehi 13,294 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan 10,520 undi dan dua lagi calon bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad yang masing-masing hilang wang pertaruhan.

Abdullah Hashim yang diletakkan Najib gagal untuk mendapatkan balik wang pertaruhannya kerana kalah teruk.

"Berdasarkan kerja baik Azizan selama ini, saya yakin PAS boleh kekalkan kerusi ini dalam pilihan raya kecil nanti," kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohamad Hatta Ramli ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Katanya, PRK itu juga bakal menilai kesepakatan dalam Pakatan Rakyat ekoran cadangan kajian kepada tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dikemukakan ulama PAS.

Sementara itu, keputusan kepada pertandingan di Sungai Limau sangat diperlukan oleh Mukhriz yang baru mengambil alih kerajaan negeri Kedah sebagai Menteri Besar.

Beliau yang mahu mencuba nasib bertanding kerusi Naib Presiden Umno, mahukan kemenangan dalam pilihan raya ini untuk buktikan Umno semakin kuat di Kedah dan kemenangannya dalam pilihan raya lalu bukan kebetulan sahaja.

"Kemenangan di Sungai Limau akan akan menjadi 'testimonial' kepada Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahthir," kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad.

Ini kerana, katanya, pertandingan ini adalah yang pertama untuk Mukhriz selepas dilantik sebagai Menteri Besar dan beliau sangat memerlukan kemenangan ini.

Katanya, ia juga bakal memberikan nota penting untuknya bagi penyertaan dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno.

Kesimpulannya, walaupun ia hanya satu kerusi dan tidak akan mengubah status qou kerajaan negeri Kedah tetapi kesannya bakal mendalam kepada kedua-dua pihak yang bertentangan ini.

03 Oktober 2013

Terkini! Pilihan raya kecil Sungai Limau 4 November, penamaan 23 Oktober



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calonnya pula pada 23 Oktober ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius.

Azizan menyandang kerusi DUN itu selama lima penggal dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, beliau mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 2,774 undi.

Speaker DUN Kedah, Datuk Md Rozai Shafian telah menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau kepada Pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman di pejabat Speaker DUN di Wisma Darul Aman pada Ahad lalu bersama sijil kematian Azizan

.

Panas! Isa Samad Digasak Oleh Penyandang Naib Presiden Dan Peneroka?


SPRM siasat pembelian apartmen mewah Felda di London, Isa goyang...!!



Apartmen mewah Grand Plaza di Bayswater, London, kini kepunyaan Felda. - 3 Oktober, 2013.

Pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangkakan menjejaskan peluang Tan Sri Isa Samad dalam perebutan jawatan naib presiden Umno.

The Malaysian Insider difahamkan terdapat ketidakpuashatian dikalangan pemimpin Umno berhubung perbelanjaan besar dibayar oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties untuk Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia menetap di ibukota United Kingdom (UK) itu.

“Harganya imenjadi buah mulut orang Umno kerana ianya terlalu mahal dan sesuatu yang tidak seharusnya Felda laburkan,” kata seorang “warlord” Umno kepada The Malaysian Insider.

“Terdapat cukup kontroversi berhubung penyenaraian FGVH, jadi kita tidak mahu satu lagi peluru untuk pembangkang gunakan,” katanya merujuk kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd tahun lepas.
Difahamkan juga SPRM sedang mengkaji perkara ini untuk melihat sama ada terdapat unsur rasuah dalam perjanjian yang dimuktamadkan 4 September lepas.

Sumber memberitahu SPRM sedang bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk menyiasat perkara ini.

“Ini merupakan perkara sensitif kerana ia melibatkan agensi yang dipengerusikan oleh pemimpin Umno yang bertanding. Ia tidak seharusnya dilihat sebagai cara untuk mengalahkan Isa,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Isa merupakan salah seorang daripada tiga pencabar kepada tiga penyandang jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Isa (gambar) yang popular itu dinamakan sebagai pengerusi Felda dua tahun lalu dan FGVH tetap disenaraikan walaupun terdapat bantahan daripada sesetengah peneroka yang takut mereka kehilangan kawalan terhadap tanah mereka.

Beliau mempertahankan pembelian itu apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan jumlah dibayar untuk membeli Grand Plaza Serviced Apartments minggu lepas dan apa untungnya terhadap sejuta peneroka Felda.
“Ini bukan isu luar biasa. Tabung Haji juga beli beberapa bangunan di London,” kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu bulan lepas merujuk kepada Lembaga Tabung Haji.

“Kami membeli kerana kami mahukan asset,” tambah beliau.
Felda dan anak syarikatnya FGVH sebelum ini membelanjakan RM86 juta untuk membeli Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu, RM110 juta untuk pembuat kad pintar dan pemaju pertanian kampung Iris Corp dan hartanah di UK.
Grand Plaza merupakan apartmen mewah terbesar di London yang mempunyai 198 unit apartmen dan seluas 105,044 kaki persegi.

Terletak berhampiran dengan stesen subway Bayswater, 90% daripada unit penuh setiap bulan dan Isa mengatakan ianya di tangga pertama dalam carian Google dan 75% daripada penjualan berlaku secara atas talian.

Akan tetapi pengkritik mengatakan Felda seharusnya melabur kepada sektor perladangan berbanding dengan hartanah atau berkaitan dengan pelancongan.
“Terdapat untung lebih besar jika ia melakukan kajian dan pembangunan untuk produk kelapa sawit berbanding dengan urusan hartanah,” kata seorang pegawai dari syarikat berkait kerajaan.

“Agak menghairankan melihat Felda membeli asset bukan teras apabila Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd melepaskannya untuk menggalakkan keusahawanan,” tambahnya.




LAPORAN POLIS DI IPD DANG WANGI OLEH NGO ANAK DAN PENEROKA HARI INI :


Sebagaimana makluman dalam Sidang Media minggu lalu, pimpinan ANAK akan mengetuai Laporan Polis isu Pajakan Tanah Peneroka di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada hari khamis ini, 3 okt jam 12.30 tengahari.

Wakil2 peneroka dari beberapa Tanah Rancangan Felda yang telah menghadiri taklimat oleh Felda akan membuat laporan yg serupa. Meskipun ia baru diperingkat cadangan, jika tiada sebarang tentangan; Lembaga Pengarah Felda dijangka akan bermesyuarat untuk tindakan selanjutnya.

Felda dilihat sangat terdesak akibat kekangan kewangan yg kian kritikal. Kenyataan media oleh Dr Rosli Yaakop, Bekas Pengarah Kanan Bank Negara yg mendedahkan bagaimana pelaburan Felda membeli 198 unit apartment bernilai RM499.8 di London, Hotel Grand Borneo Kota Kinabalu dll adalah kurang bijak mengikut perhitungan semasa.


US Tiada Wang, permohonan Naikan Had Pinjaman Tidak Lulus, Eloklah Najib Belajar Dari Kemelut Hutang US....


Obama jumpa CEO bank



Kafeteria senat di Bangunan Capitol yang terpaksa ditutup berikutan pemberhentian operasi kerajaan, semalam. - Foto AFPAgensi kerajaan, 


pusat pelancong masih gagal beroperasi untuk hari kedua

Washington: Presiden Barack Obama dijadual bertemu dengan ketua eksekutif bank utama semalam bagi membincangkan penutupan kerajaan dan tarikh akhir yang semakin dekat untuk menaikkan had hutang negara, kata Rumah Putih.

Peneraju bank termasuk Lloyd Blankfein dari Goldman Sachs, Michael Corbat dari Citigroup, Jamie Dimon dari JPMorgan Chase & Co dan Brian Moynihan dari Bank of America.
Anggota Kongres Republikan dan Rumah Putih berada dalam kebuntuan berhubung pembiayaan kerajaan, yang memaksa penutupan pertama kerajaan dalam tempoh 17 tahun.

Ketika penutupan kerajaan sudah memberi kesan kepada pelancong yang kecewa yang berpatah balik dari taman negara sehingga Obama membatalkan hentian kunjungannya ke Asia, tarikh akhir untuk menaikkan had hutang negara memberi satu risiko lebih teruk.

Jika Kongres gagal menaikkan had pinjaman berjumlah AS$16.7 trilion (RM53.9 trilion), Amerika akan menuju ke arah kegagalan membayar hutang, kemungkinan mencetuskan gelombang kejutan pasaran kewangan di seluruh dunia.

Golongan konservatif Republikan memberi isyarat mereka akan mengambil taktik sama dalam had hutang seperti mana dilakukan dalam pembiayaan kerajaan dengan memohon untuk menghapuskan atau menangguhkan undang-undang penjagaan kesihatan. Presiden enggan berunding bagi menaikkan had hutang. 

Juga dijangka menghadiri mesyuarat dengan presiden dan Naib Presiden Joe Biden antara lain ialah Robert Benmosche dari AIG, James Gorman dari Morgan Stanley dan John Stumpf dari Wells Fargo.

Sementara itu operasi kerajaan Amerika Syarikat terus terhenti masuk hari kedua semalam, ketika pertelagahan berkaitan program penjagaan kesihatan Obama, Obamacare menemui jalan buntu.

Sehingga kini belum ada tanda penyelesaian atau dialog serius untuk mencari cara menangani kemelut yang berlaku.

Keadaan itu menyebabkan tugu negara, perkuburan perang Amerika di Eropah ditutup, selain ratusan ribu pekerja persekutuan ‘bercuti’. - AFP/REUTERS

02 Oktober 2013

Panas! Bayaran Artis KPOP RM1.6 Juta Guna Duit Pembayar Cukai... (KBS) Kantoi Menipu?



Laporan Ketua Audit Negara 2012 kali ini menutup terus alasan dan penafian oleh Kementerian Belia dan Sukan lebih setahun yang lalu :


Berdasarkan laporan Berita Semasa (KLIK SINI), kerajaan tidak kena mengena dalam pembayaran artis KPOP yang datang ke Malaysia bagi tujuan persembahan dalam Himpunan Belia 2012. Itu kata merekalah….

Hari ini berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan yang mana kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah RM1,600,000 (RM1.6 Juta) yang diklasifkasikan sebagai perbelanjaan yang tinggi dan tidak berhemat oleh Ketua Audit Negara. Dalam erti kata lain membazir.


Laporan Ketua Audit Negara 2012 kali ini menutup terus alasan dan penafian oleh Kementerian Belia dan Sukan lebih setahun yang lalu :


KUALA LUMPUR 1 Jun – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn. Bhd. (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.

“Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.Sumber : Utusan Malaysia


Penjawat awam dan kakitangan awam serta agensi-agensi yang berkaitan dinasihatkan supaya berjimat cermat (SEPERTI DI LAPORAN INI), tetapi malangnya pemimpin atasan seringkali tidak menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada orang bawah.

Daripada memberikan kepada artis KPOP adalah lebih baik diberikan ruang peluang kepada artis tempatan. Jikalau lebih baik lagi, dengan perbelanjaan besar sebegitu menaja kalangan rakyat Malaysia belajar di luar negara. Sekurang-kurang-kurangnya apabila pulang kelak dapat menyumbang kepada negara. Apa kata anda pula?

KRISIS BELANJAWAN US, OBAMA BATAL LAWAT KL.....


Kesan daripada krisis domestik Amerika Syarikat, Presiden BarackObama membatalkan lawatannya ke Malaysia.

Belum pasti sama ada pembatalannya merangkumi negara-negara lain seperti Indonesia, Brunei dan Filipina. Berkemungkinan besar ia juga dibatalkan atas alasan sama.

Rumah Putih telah mengeluarkan kenyataan Obama sebentar tadi.

Dijangka pembatalan lawatannya akan menjimatkan belanja sebanyak USD12 juta (RM38juta) merangkumi kawalan keselamatan dan persediaan luar jangka yang biasanya dinikmati presiden setiap kali lawatannya ke luar negara.

Nampaknya tak jadilah kita 'menyambutnya' di KLCC!



Negara ekonomi terbesar didunia boleh terjeremus dlm krisis.. apatah lagi negara seperti Malaysia yg kini mempunyai hutang besar dan fiskal defisit yg out of control...

Kepada Kakitangan Kerajaan Malaysia dan Penerima Pencen Kerajaan Malaysia.. Kalau Dah Negara Terkaya Amerika Pun dah tak Mampu Bayaq gaji, Nampak Gaya.. Kerajaan Malaysia Akan ikut Jejak Tak Lama Lagi.. Amerika Negara kedua Hutang Tertinggi Selepas Malaysia.. Sampai Bila Nak Korek Duit Petronas..

Jangan anggap Malaysia KEBAL kuasa ekonominya,mungkin dalam masa terdakat ianya akan MENJANGKIT keMalaysia,Amerika terkenal dengan Ekonomi didunia yang teguh boleh TUMBANG,jadi Malaysia harus berhati hati,kalau ekonomi Amerika TUMBANG,seluruh dunia akan terasa bahangnya,oleh itu kerajaan harus memberi perhatian kepada perbelanjaan yang perlu saja dilaksanakan,yang mengarut harus diberhentikan,sekarang bukan zaman berbelanja mewah.



Isu belanjawan: K'jaan AS mula hentikan khidmat

Kerajaan Amerika Syarikat menghentikan sebahagian perkhidmatannya bermula hari ini ekoran keputusan Dewan Perwakilan, dikuasai parti Republican, yang enggan meluluskan belanjawan untuk tahun depan.

Laporan agensi menyebut, wakil parti Republican meletakkan syarat agar usaha presiden Barack Obama untuk menambahbaik sektor kesihatan dilengahkan terlebih dahulu sebelum belanjawan itu diluluskan.




Tempoh untuk membuat rundingan tersebut berakhir pada tengah malam semalam tanpa sebarang persetujuan walau Obama menyatakan rayuannya.

Tindakan itu menyebabkan lebih 700,000 kakitangan kerajaan negara tersebut terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, tanpa jaminan pampasan.
Ekoran itu juga, taman negara dan muzium akan ditutup manakala cek pencen dan faedah kepada golongan veteran akan tergendala.

Permohonan visa dan pasport juga tidak akan diproses namun program yang dianggap penting seperti kawalan udara dan pemeriksaan makanan akan diteruskan.

Pejabat belanjawan Rumah Putih mula mengeluarkan notis kepada agensi persektuan untuk memulakan penutupan perkhidmatan secara teratur menjelang tengah malam.

Langkah berkenaan menyebabkan pasaran saham AS terjejas hari ini ekoran kebimbangan pelabur ke atas situasi politik di negara itu.

Beberapa penganalisis bagaimanapun berpendapat bahawa kesan serius ke atas ekonomi hanya akan berlaku sekiranya penutupan perkhidmatan itu berlaku lebih dari beberapa hari.

- Agensi

PANAS! PENEROKA FELDA DAH KENA JUAL?



LAPORAN POLIS DI IPD DANG WANGI

Sebagaimana makluman dalam Sidang Media minggu lalu, pimpinan ANAK akan mengetuai Laporan Polis isu Pajakan Tanah Peneroka di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada hari khamis ini, 3 okt jam 12.30 tengahari.

Wakil2 peneroka dari beberapa Tanah Rancangan Felda yang telah menghadiri taklimat oleh Felda akan membuat laporan yg serupa. Meskipun ia baru diperingkat cadangan, jika tiada sebarang tentangan; Lembaga Pengarah Felda dijangka akan bermesyuarat untuk tindakan selanjutnya.

Felda dilihat sangat terdesak akibat kekangan kewangan yg kian kritikal. Kenyataan media oleh Dr Rosli Yaakop, Bekas Pengarah Kanan Bank Negara yg mendedahkan bagaimana pelaburan Felda membeli 198 unit apartment bernilai RM499.8 di London, Hotel Grand Borneo Kota Kinabalu dll adalah kurang bijak mengikut perhitungan semasa.

Operasi teras Felda adalah sektor perladangan. Dalam keadaan isu2 Tanam Semula, penyelenggaraan kebun peneroka, operasi Anak2 Sykt berdepan masalah kewangan; Isa Samad alihkan duit Felda kepada pelaburan lain.

Ingat, keutamaannya adalah kebajikan 112,635 orang peneroka dan umumnya 1.6 juta warga Felda. Kalau dah sampai nak pajak kebun peneroka, apa motifnya?

Selang beberapa hari kemudian, Lim Guan Eng pula buat pendedahan yang serupa. Isa Samad kata, pelaburan itu bukan bawah FGVH tapi Felda Investment Corporation(FIC). Isa jangan nak perbodohkan warga Felda, Pengerusi FGVH dan FIC adalah beliau, orang yang sama juga jadi Pengerusi Felda dan berbelas Anak Sykt Felda. Dia dan kroninya bolot projek Felda.

Isa Samad, anda tunggu. Selepas Laporan Polis, SPRM pula kami akan pergi. Semakan dan bukti sedang disiapkan bagaimana harga belian aset termasuk Estet di Johor tidak munasabah. Sape yg sapu komisyen melampau?


Panas! 10 Tahun Jadi Pengemis, Wang Mengemis Mampu Bina Hotel




SEORANG pria ‘berbakat’ asal Yaman dikabarkan telah memberi hadiah kepada istrinya sebuah mobil Toyota Land Cruiser mewah. Tak cukup sampai di situ, ia pun kini tengah membangun sebuah hotel dan pusat perniagaan.

Pria itu diyakini menjadi salah satu orang terkaya di provinsi ini, meskipun awalnya ia berprofesi sebagai seorang pengemis!

Muhammad Taher meninggalkan rumahnya di provinsi Lahij Yaman, dan mulai merantau ke Arab Saudi pada tahun 2003 .

Saat beberapa bulan pertama kerja sebagai tukang kayu di bagian barat Saudi Pelabuhan Laut Merah Jeddah, Taher menemukan bahwa pengemis jauh lebih banyak menghasilkan uang daripada yang didapatnya.

Ia memutuskan untuk mencoba mengemis dan ide ini berhasil. Dalam beberapa bulan, sejumlah besar uang mulai mengalir ke sakunya

“Dia memutuskan beralih profesi menjadi pengemis dan terus mengemis sampai tahun ini,” situs emirates247 melaporkan pada Selasa (1/10) mengutip laman berita Yaman Sinbad.

Belum lama ini, ia baru saja kembali ke kampung halamannya

“Hal pertama yang ia lakukan adalah memberi hadiah mobil land cruiser mewah sebagai hadiah dan sebidang tanah. Menurutnya hadiah ini sebagai tanda dedikasi kepada keluarganya yang telah ia tinggalkan selama 10 tahun,” tulis Yaman Sinbad.

“Taher tampaknya telah mengais banyak uang dari mengemis, dan sekarang ia tengah membangun sebuah hotel dan pertokoan di provinsi ini,” tambah situs berita tersebut. 

[sm/islampos/e247]

01 Oktober 2013

Rakyat sedang berperang dengan musuh ( ekonomi diri sendiri & kos sara hidup )......


Harga Minyak RON 95 Naik Lagi? Kerajaan Dapat RM13 Bilion (Julai). Kerajaan Nak Lagi RM14 Bilion (September 2013). Rakyat? Boleh?


Adakah anda merasakan kerajaan Malaysia sekarang ini sedang berada dalam landasan yang betul bagi mengurangkan kadar perbelanjaan & hutang negara yang bernilai (KLIK SINI) selama ini? Benarkah?

Realitinya bulan ini, kerajaan sekali lagi tampil di parlimen dengan membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan buat kali kedua tempoh 2 bulan untuk tujuan mendapatkan dana tambahan sebanyak RM14 bilion. RM14 bilion? Ya…..untuk tujuan perbelanjaan pengurusan kerajaan Malaysia.

Sekitar 2 bulan lepas, kerajaan Malaysia telah berjaya mendapatkan RM13 bilion. Bermakna di sini, dalam tempoh 2 bulan sahaja kerajaan Malaysia berusaha mendapatkan bajet tambahan sebanyak RM27 bilion. Adakah ini berpunca daripada perancangan & pelan pengurusan kewangan yang teruk sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran & pemborosan dalam menggunakan dana & kekayaan negara oleh beberapa kementerian?
Bajet Tambahan RM27 Bilion Imej Tidak Baik Kepada Ekonomi Malaysia?

Ia sekaligus akan terus memberikan imej yang tidak baik di akalangan agensi penarafan kredit seperti Fitch Rating yang boleh memburukkan lagi keadaan nilai matawang ringgit Malaysia kelak.

Dalam pada masa yang sama seperti yang pernah Berita Semasa katakan sebelum ini (SEPERTI DI SINI), khabar angin di Malaysia sangat boleh dipercayai. Khabar angin yang acapkali menjadi realiti, di mana khabar angin yang berasas.

Sebelum ini Berita Semasa mengingatkan kepada semua bahawa hutang negara semakin meningkatkan. Bukan tidak mengambil tanggungjawab untuk saling memperingati supaya tidak boros membelanjakan duit rakyat & negara. Nah….sekarang ini sama-sama akan merasai terutamanya kesan kepada rakyat Malaysia disebabkan pengurusan hasil mahsul negara dan ekonomi yang lemah.
Harga Minyak Ron 95 Tidak Akan Naik Dalam Masa Terdekat!


Walaubagaimanapun, apa sahaja jangkaan termasuklah penganalisis ekonomi dan juga PDAM (DI SINI) Berita Semasa sama sekali yakin yang mana kerajaan Malaysia tidak akan naikkan lagi harga minyak RON 95 dalam masa terdekat ini (seperti mana kenyataan rasmi oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin) baru-baru ini apatah lagi mengambil kira persediaan menjelang Pilihanraya Kecil Dun Sungai Limau tidak lama lagi & Bajet 2014, tetapi ianya tidak mustahil akan naik pada masa hadapan cuma alasan yang diberikan perlulah munasabah.

Jikalau alasan berlaku penyeludupan di sempadan memang rakyat tidak boleh terima, sebab kerajaan telah bayar gaji & tanggungjawab kepada Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan perkara ini hanya berlaku di beberapa negeri di Malaysia ini dan melibatkan kawasan yang kecil sahaja

Berdasarkan semakan Berita Semasa merujuk pemerhatian penganalis dan pakar-pakar ekonomi meramalkan akan berlakunya perbelanjaan operasi yang lebih tinggi bagi tahun 2014 melibatkan emolumen & perkhidmatan awam.

Bagi Berita Semasa. Cukuplah. Usahlah membazir. Buangkan ego dalam diri setiap pemimpin politik yang ada. Tampil mengaku dengan kesilapan sendiri & paling pentingnya…berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Inilah masa dan ketikanya untuk kerajaan Malaysia mengurangkan pembaziran dana negara. Jika anda sebagai pemimpin negara & pemimpin politik sendiri tidak menunjukkan contoh yang terbaik, bagaimana mungkin anda mahu memberikan kepada rakyat Malaysia yang ada di sini contohnya supaya berjimat cermat ketika berbelanja & mengurus kewagan amasing-masing dengan baik?


“Kepimpinan melalui tauladan”

Memang sangat-sangat pelik, semakin tinggi kenaikan harga minyak dunia, semakin tinggi pendapatan negara. Semakin rendah kos sara hidup di Malaysia. Tetapi….ini tidak berlaku di Malaysia.
Bajet Tambahan US$4.8 Bilion : Perbelajaan Boros & Membazir Kerajaan?



Kadang-kadang terfikir juga :

“Malaysia ini ada telaga minyak atau tidak?”

Hakikatnya, bajet tambahan sebanyak RM14 bilion lagi daripada “rakyat Malaysia” adalah satu berita buruk untuk ekonomi negara ketika ini. Sepertimana Malaysia sedang bergelut untuk menangani hutang dan bajet defisit di asaat-saat akhir ini dan perbelanjaan tambahan ini akan memburuk lagi keadaan termasuklah pemerhatian dan pandangan agesi penarafan kredit antarabangsa seperti Fitch Rating.

Dan sekarang bagaimana & apa mekanisme yang akan Malaysia Malaysia gunakan mengurangkan hutang negara supaya kurang daripada 50% daripada KDNK Malaysia?

Pada tahun 2009 : Hutang negara adalah sekitar 40% KDNK Malaysia
Pada September 2013 : Hutang negara melebihi RM55%

Sama-sama kita nantikan apakah intipasti Bajet 2014. Dan Berita Semasa berharap akan adanya disiplin dalam menguruskan kewangan negara


Realitinya, Malaysia masih aman. Disebaliknya, rakyat Malaysia kita sekarang tidak berperang menggunakan senjata dengan musuh, tetapi rakyat Malaysia kita sedang berperang dengan ekonomi diri sendiri & kos sara hidup yang menjadi musuh yang sebenar sekarang ini. Dalam pada masa yang sama terus mendukung kehidupan mewah golongan kapitalis di Malaysia.

Harapan Berita Semasa, kerajaan Malaysia benar-benar peka dengan setiap permasalahan rakyat Malaysia yang telah memberikan amanah & tanggungjawab mentadbir negara dengan baik untuk kebaikan kami, kita dan anda semua di sini. Apa pandangan balas anda pula? ~ BT

Terkini! Operasi kerajaan Amerika Syarikat ditutup


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama

WASHINGTON DC - Operasi kerajaan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Barack Obama terpaksa dihentikan secara rasmi selepas Kongres menolak rancangan pelan kesihatan yang dibawa pemimpin utama negara itu.

Ia pertama kali berlaku dalam tempoh 17 tahun.

Dewan Senat yang diketuai Demokrat enggan menyokong cadangan Dewan Rendah yang diketuai Republikan dengan undian 54 menolak, 46 menyokong.

Dewan Rendah pada minggu lalu menyertakan pindaan bersama bajet yang diluluskan Senat, meminta agar perlaksanaan pelan kesihatan Obama ditunda untuk tempoh setahun.

Perkembangan yang berlaku menyebabkan kakitangan kerajaan Persekutuan terpaksa menghentikan kerja mereka kecuali untuk beberapa sektor kritikal.

Perkhidmatan seperti kawalan sempadan, pemeriksaan daging dan trafik udara akan kekal beroperasi namun, pengeluaran pasport akan tergendala.

Dalam meraih sokongan pentadbiran, Barack Obama sebelum ini berusaha untuk memujuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana membeli skim insurans kesihatan baru yang disubsidi kerajaan.

PANAS ! MENTERI UMNO YANG BODOH , BELA DIRI CARA BUDAK-BUDAK.....


Saya Tak Bodoh, Saya Tak Bodoh
, CGPA Saya 3.85 Lagi, Kata Ahmad Maslan
Barangkali kerana tidak dapat menahan dada yang sentiasa membuak-buak berikutan banyak kenyataan dan hujah-hujahnya dipertikaikan, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan malam tadi menulis di Twitternya "Saya tak lah bodoh sangat. Ijazah pertama di Victoria University Wellington New Zealand. MBA di UKM pelajar terbaik drpd 177. CGPA 3.85".

Barangkali Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO merupakan satu-satunya ahli politik di dunia yang terpaksa menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semata-mata untuk membuktikan beliau seorang yang pandai dan butir-butir kata yang keluar daripada mulutnya bukannya omong kosong tanpa ilmu.

Selalunya ahli politik akan berhujah dengan fakta dan angka dan apabila hujah itu dipertikaikan, fakta dan angka yang lebih kukuh akan dikeluarkan supaya ia tidak dapat disanggah lagi. 


Tetapi tidak bagi Ahmad Maslan, beliau cuba mematahkan hujah dengan menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semasa belajar dulu.

Suatu pendekatan baru yang mungkin boleh ditiru ahli politik lain apabila hujah disanggah dan dipangkah.

Lantaran itu, di laman mikro sosial Twitter juga, Ahmad Maslan diserang dengan pelbagai kata-kata sindiran dan ejekan berikutan tindakannya menyebut di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya itu. Pelbagai kata-kata sinis ditujukan semula kepadanya kepadanya termasuk ejaannya yang kerap salah dalam tulisan di Twitter serta ada juga yang membandingkannya dengan pemimpin lain yang ada PhD dan sebagainya.

Sebenarnya orangramai mempertikaikan banyak kenyataan Ahmad Maslan bukanlah perkara baru. Sejak beliau diangkat menjadi Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri empat tahun lalu, dirinya tidak pernah sunyi daripada serangan dan pertikaian umum.

Semalam, jawapannya di Parlimen yang menyatakan rasa kesal kerana rakyat tidak pernah menyatakan terima kasih atas subsidi yang diterima, sebaliknya menyatakan bantahan apabila ianya dikurangkan, menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak. Ramai yang mempertikaikan hujah itu dan seolah-olah rakyat yang turut membayar cukai tidak boleh bersuara langsung terhadap sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Beliau kemudiannya berkata negara tidak mengalami krisis ekonomi walaupun nisbah hutang mencecah 51 peratus daripada LDNK dan ia adalah lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat, Italy, Portugal dan Singapura.

Berikutan kenyatan itu, Ahmad Maslan dilabel dengan pelbagai gelaran dan kata-kata yang tidak enak turut dilemparkan terhadapnya.

Sebelum ini juga banyak kenyataannya disanggah dan disifatkan tidak logik. Dalam isu kenaikan harga minyak bulan lalu, Ahmad Maslan telah mengutip teori atau kajian yang entah dari mana dengan nenyatakan kenaikan 20 sen tidak memberi banyak kesan kepada rakyat kerana katanya, rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah hanya membelanjakan RM132 atau RM4.40 saja sehari untuk petrol manakala yang berpendapatan RM5000 ke atas pula hanya membelanjakan RM375 atau RM12.50 sehari untuk minyak kenderaan mereka.

Hujah dan teori beliau ini seolah-olah semua orang mempunyai pejabat yang berdekatan dengan rumah dan tidak pergi ke mana-mana pada hujung minggu atau cuti umum.

Hujahnya dalam mempertahankan tindakan Najib menaikkan harga minyak lantas mendapat serangan dan ejekan yang paling banyak di laman-laman sosial Facebook dan Twitter kerana beliau seolah-olah pemimpin yang tiada perasaan terhadap derita rakyat dan melihat semua tindakan pemimpin atasannya betul belaka.

Di Parlimen juga beliau mengulangi hujah Najib bahawa harga minyak tidak naik, cuma subsidi dikurangkan. Ia terlihat bahawa seolah-olah harga minyak yang dibayar oleh rakyat tetap sama antara sebelum dan selepas subsidi dikurangkan sedangkan hakikatnya tidaklah begitu. Mengakui sajalah harga minyak naik, habis cerita!

Banyak lagi tindakan dan kenyataannya turut menjadi bahan pertikaian sebelum ini. Pelbagai teori yang pernah diutarakannya sebelum PRU 13 terutama untuk menang dalam pilihanraya bukan saja menjadi pertikaian, malahan menjadi bahan persendaan di kalangan ahli UMNO sendiri. Ini kerana beliau sebagai ketua penerangan dilihat seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak melihat dunia politik mempunyai masalah dan halangan yang lebih kompleks serta berbeza-beza mengikut tempat.

Jika semasa menjadi Timbalan Menteri di JPM dulu, beliau sering bercakap berkaitan politik tetapi kini setelah menjadi Timbalan Menteri Kewangan juga, hujah beliau juga jarang lari daripada elemen politik walaupun dalam isu-isu ekonomi dan kewangan negara.

Program Juara Rakyat yang diperkenalkannya, kononnya untuk melonjak sokongan rakyat terhadap kerajaan, bukan saja tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, bahkan tidak lagi digunapakai sebagai medium utama untuk pilihanraya umum lalu. Program itu dihentikan di tengah jalan dan diambil alih oleh Program Janji Ditepati yang diadakan berterusan sehingga musim kempen pilihanraya.

Sebagai ahli politik yang mungkin turut bercita-cita tinggi dan tidak berpuas hati sekadar menjadi timbalan menteri saja, Ahmad Maslan barangkali tidak dapat memahami kenapa hujah dan kenyataannya sering dipertikai dan dipersendakan sedangkan beliau pelajar terbaik dan pandai. Naik darahnya mungkin sudah tidak tertahan lagi, lalu dibuktikannya bahawa beliau sebenarnya adalah seorang yang pandai sejak dulu.

Dan dengan pointer CGPA 3.85 itu, Ahmad Maslah juga bolehlah mendabik dada di kalangan menteri dan timbalan menteri yang ada kerana pastinya tidak ramai yang ada pencapaian seperti itu.

Mulai sekarang juga bolehlah berkata di mana-mana, "saya tak bodoh, saya tak bodoh...." (SH 01/10/2013
)

Tiga Maut Akibat Keracunan Makanan Di Kenduri

Tiga maut keracunan makan kenduri

Mangsa, Rozita Sharif, sedang menerima rawatan di Hospital Yan.

YAN - Gara-gara menjamu selera di satu majlis kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sabtu lalu, tiga maut manakala lebih 60 orang mengalami keracunan makanan.

Hidangan jamuan berlauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku dikatakan menjadi menu utama yang dihidangkan kepada hadirin di majlis kenduri berkenaan.

Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau.

Manakala mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan seorang lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, hari ini.

Difahamkan kesemua mangsa menghadiri majlis kenduri yang sama dan mendapat simptom keracunan yang sama berpunca daripada makanan yang dimakan.

Seorang tetamu hadir ke kenduri berkenaan, Rozita Sharif, 38, berkata, selepas pulang daripada kenduri itu, dia berasa tidak sedap badan serta pening dan sakit perut.

“Awalnya saya hanya anggap sakit perut biasa dan cirit-birit biasa sahaja, tetapi dikejutkan dengan berita kematian anak jiran saya yang dikatakan meninggal selepas mengalami sakit perut.

“Sejurus itu saya terus datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, pihaknya mendapati kesemua mangsa mempunyai tanda-tanda mengalami keracunan dan meminta semua yang hadir ke kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan di hospital atau klinik berhampiran.

“Pihak hospital sedang menyiasat punca kejadian dan setakat ini kita menerima laporan tiga orang yang telah meninggal dunia.

“Mangsa mungkin mengalami dehidrasi yang teruk yang menyebabkan kehilangan air yang serius. Pihak hospital akan mengambil sampel najis mangsa untuk sahkan jenis kuman yang dijangkiti mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini. ~SH

30 September 2013

HOT! RAKAMAN CCTV BAGAIMANA POLIS PERONDA DILANGGAR MATI, TERSEBAR

Rakaman yang tersebar pagi ini di Laman sosial FB

Lapuran kemalangan maut melibatkan anggota polis URB Matsirat Langkawi. Kons Kalaichelvam dan Kons. Hafiz di rempuh oleh sebuah kenderaan yang di pandu oleh pelancung Iran yang di syaki mabuk di persimpangan Hotel Asenia. 


Kons. Hafiz sempat melompat dan mengalami kecederaan luar manakala Kons. Kalai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Ucapan takziah buat keluarga Mendiang Konstabel Kalaichelvam dan semoga cepat sembuh kepada Konstabel Hafiz URB Matsirat Langkawi.



Seorang anggota polis mati bila motosikalnya dirempuh kereta yg dipandu oleh warga Iran di Jalan Cenang,Langkawi. Kejadian berlaku di persimpangan Hotel Asenia, dan telah mengorbankan Konstabel Kalaichelvam.

PANAS! Malaysia Akan Bankrap 5 Tahun Lagi???

5 Tahun akan datang, adakah Malaysia Akan BANKRAP..??

RAMALAN EKONOMI DARI PENJAHIL EKONOMI

(Sempena desas desus minyak nak naik lagi)



Saya tiada pernah belajar ekonomi dari mana-mana universiti. Saya hanya belajarnya "by heart" dengan memerhatikan mekanisma ekonomi yang berlaku dalam negara dan luar negara. Semasa anda main Warcraft, Counter Strike, Candy Crush saya juga bermain game juga. Tetapi game saya ialah FXCM (Foreign Exchange Game menggunakan wang maya sahaja). Ya, saya main game FXCM masih demo lagi.

Ada baik juga orang bodoh ekonomi macam saya bercerita tentang ekonomi. Orang bodoh menulis orang bodoh dan pandai kedua-duanya boleh faham. Kalau orang pandai menulis, orang pandai sahaja faham dan orang tak pandai ni macammana pula?

OK, itu bukan isu yang nak saya ceritakan. Tapi mudahnya, saya belajar ekonomi by heart tanpa paper. MAKA, jangan percaya sangat ramalan yang saya tulis ini. Baca sahaja, TRUST with your own risk

RAMALAN EKONOMI NEGARA LAGI 5 TAHUN DARI SEKARANG.

Ramai juga saya lihat pakar ekonomi facebook meradang sana sini bercerita tentang National Debt yang adakalanya jadi satu hiburan mengalahkan Rajalawak. Mereka pun macam saya juga, cakap pasal ekonomi tanpa pergi sekolah belajar ekonomi. Ini macam kisah monyet tengok monyet lain dan gelakkan monyet itu dan bercakap "Kelakarlah muka ko macam monyet". (Ok cukup. Tarik nafas)

Secara terperinci saya tidak tahu, tetapi ramalan saya dalam tempoh 5 tahun ini, Malaysia akan mengalami STROKE EKONOMI. Beberapa fenomena yang membimbangkan sedang terjadi. Saya nak mudahkan sahaja supaya orang tak pergi sekolah ekonomi pun boleh faham

Satu yang anda perlu faham ialah tentang HUTANG NEGARA. Dengan siapa negara berhutang? Risau sangat sampai sebahagian yang juga dah jadi ahli politik pun gelabah ayam takut negara tergadai macam hutang kereta bila tak bayar nanti kena tarik balik dengan tonto. Siapa nak tarik negara? Ini penjelasan saya. Kerajaan perlukan WANG untuk bangunkan negara. Pendapatan kerajaan datang dari beberapa sumber utamanya seperti ;

(BAHAGIAN A - SUMBER / DARI KERAJAAN)

1. CUKAI (pelbagai jenis cukai - Cukai pendapatan, kastam, dll)
2. Hasil dari GLC (Syarikat seperti Petronas, TNB, Telekom dll)
3. Lain-lain

Dan juga takungan besar negara kita antaranya ialah ;

(BAHAGIAN B : TABUNGAN / SUMBER DARI RAKYAT)

1. Simpanan WANG ANDA dalam bank
2. KWSP
3. Tabung Haji
4. Segala wang-wang dalam bank
5. Lain-lain (e.g rezab dalam dan luar negara dll.)

Cuba alirkan satu hos air ke dalam sebuah baldi sehingga melimpah. Apabila baldi dah penuh, air masuk dan air keluar lebih kurang sama kuantitinya. Sebahagian air dalam baldi itu adalah air yang sama tak berolak. Sama seperti bank. Ada masuk ada keluar dan ada juga yang duduk diam-diam dalam tu.

Hasil dari SUMBER akan digunakan untuk menjalankan operasi dan membangunkan negara oleh pemerintah yang dipilih. Jika dana dari SUMBER itu (Bahagian A) tidak mencukupi, maka Negara akan meminjam dana dari BAHAGIAN B. Ia sama seperti konsep pinjam tabung anak sementara gaji belum masuk. Nanti kita dah dapat gaji, kita bayar balik tabung anak yang kita guna. Dalam masa yang sama, kita perlu pastikan bila anak nak pakai duit dalam tabung itu, duit itu ADA di situ. Jika bapak boros sangat, duit gaji habis hari pertama dan kedua lama-lama duit tabung anak pun kering kontang dah tak ada apa nak dikorek lagi.

Apabila jumlah hutang bapa yang pinjam duit anak itu bersamaan dengan duit tabung anak MAKA...itulah analogi BENGKRAP (syaratnya, duit gaji dah habis pakai dan guna duit tabung anak selepas itu). Hutang lama tak sempat nak bayar, dah buat hutang baru.

Ternyata, tabung besar kita ialah KWSP. Ia merupakan satu simpanan paksa. Apa yang bapa akan buat jika tabung anak semakin KOSONG? Bapa akan buka tabung baru yang cantik-cantik dan promote kepada anak untuk menabung di situ juga dengan janji bulan dan bintang. Itulah analogi BON, Sukuk (Islamik) dan juga yang paling mudah nak faham...AMANAH SAHAM. Kerajaan promosi orang menyimpan duit dalam bank DAN BUKAN KELUARKAN WANG UNTUK BELI EMAS.

Anak yang selalu menabung tapi terasa tabung tak bertambah berat akan mula sangsi dan mula menabung di tempat lain pula. Ada yang ambil duit itu beli EMAS dan ada juga yang tak menabung dengan tabung jagaan bapa tetapi menabung dengan tabung jagaan Cik Senah sebelah rumah yang dirasakan lebih dipercayai.

Situasi ketika ini, SUMBER negara tidak mencukupi untuk menampung kos negara dan pembangunannya dan TAK CUKUP juga untuk bayar pinjaman kepada penabung. Maka, akibat seterusnya adalah perkara-perkara berikut;

1. Kenaikan cukai
2. Pengenalan cukai baru
3. Adjustment BLR (Kadar faedah pinjaman)
4. Cetakan wang
5. Pengurangan subsidi etc

Perkara di atas akan berlaku dan ia sedang berlaku. Yang paling merisaukan kerana itulah punca inflasi. Keupayaan membeli berkurang, nilai RM1 dulu tak sama dengan RM1 sekarang. Kalau dulu RM1 boleh beli sekilo kacang, hari ini RM1 boleh beli 500g sahaja. Itulah inflasi kerana mereka yang bergaji RM10,000 hari ini merasa ia seperti RM5000 sahaja. Mekanisma nilai RM jatuh itu satu topik lagi, yang itu baik baca sendiri lah.

Kesimpulannya, jangan panik Malaysia tak mungkin kena tarik jadi milik orang lain KECUALI kalau Si Bapa yang hutang anak tu pinjam duit dari Cik Bedah, CETI depan rumah untuk bayar hutang anak pula. Cik Bedah tanya apa nak cagar, kemudian setuju Cik Bedah seluk kutang baju beri kat bapak selonggok duit. Bapak bayar hutang anak sampai selesai tetapi tak selesaipun, bapak alih hutang itu kepada Si Ceti pula. Nanti Bapak tak boleh bayar Cik Bedah pula habis rumah Bapak tu tergadai diambil Cik Bedah. Dalam konteks ini, Cik Bedah ialah IMF.

Dalam 5 tahun lagi, Malaysia akan sampai ke persimpangan itu. Duit tabung anak dah habis dikorek, siap korek tabung atuk yang nak pencen pun licin. Pendapatan macam tu juga tak cukup nak bayar balik pinjaman. Anak pula dah hilang percaya daripada duit habis di kebas, baik anak beli barang kemas ataupun anak simpan tabung pada jiran pula (foreign investment).

Pada ketika itu, Malaysia dalam ambang bengkrap. Memang tak payah risau negara tergadai selagi tak pinjam dari Makcik Bedah (IMF). TETAPI...dari manakah lagi wang untuk dikorek oleh kerajaan untuk mereka yang cucuk duit di ATM pasal nak pergi beli sayur di pasar borong. Jika keluarpun duit itu, berapa murah nilai duit itu nanti? Adakah perlu bawa seguni RM untuk beli sekilo ikan cencaru?

Pada ketika itu, tidak kira BN atau PAKATAN RAKYAT kedua-dua pun dah tak minat nak perintah Malaysia.

Siapakah PENYELAMAT ketika itu?

Itulah masa, PEMIMPIN tidak boleh bongkak dengan rakyat lagi. Itulah masa ego pemimpin dijatuhkan rakyat. Itulah ketika pemimpin akan merayu kepada rakyat. Itulah masa sebenar RAKYAT MENJADI TUAN.

Mengapa?

Di tangan rakyat ada WANG DAN ASET yang tidak berada dalam TABUNGAN (Bahagian B ). Di tangan rakyat ADA EMAS yang berjongkong-jongkong. Di tangan rakyat ada kekayaan yang disimpan dengan jiran. Di tangan rakyat ada cukai yang patut dibayar. Di tangan rakyat ada PENENTU.

BAPAK KENA TAUBAT, BAPAK KENA JADI BIJAK, Bapak kena berjimat, bapak kena pandai business, bapak kena pandai kawal risiko, supaya harta anak tidak dibazirkan lagi. Anak pula jangan ego sangat nak ajar bapak sampai nanti bapak pinjam dari Cik Bedah dengan menggadaikan rumah. Tak dapat bayar Cik Bedah, habis rumah kena tukarmilik habislah kita tak berumah lagi nanti. Dimana anak cucu kita nak merempat. Pak Menteri ramai boleh apply PR luar negara. Itulah kebangkitan kuasa rakyat yang sebenar...

Itulah bermulanya ERA BARU EKONOMI.
Itulah KEMERDEKAAN SEMULA NEGARA.
Itulah reformasi RAKYAT
Itulah Transformasi NEGARA

Semuanya ada pada tangan rakyat.
Pemimpin hanya mentadbir bukan untuk mengambil
Kita masih belum terlambat.
Ekonomi sudah parah TETAPI
masih belum terlambat.
Buangkan egomu pemimpinku
Bersatulah dengan seteru politikmu
Supaya tidak kamu belanja berboros untuk menunjuk siapa kamu.

Tak perlu capai 2020 jika poket tak mampu
Tak perlu buat projek mega untuk orang tahu kamu terbaik untuk diundi
Jangan boros belanjakan wang itu.
Rakyat pun mahu Malaysia maju
Tapi janganlah invest melulu

Malaysia sedang menjunam. Pemimpin, tolonglah berhenti bergaduh, kerana pesawat dah nak jatuh. Penumpang dah meraung, pilot-pilot masih sibuk bergaduh nak berebut kerusi. Gaduh pasal siapa nak jadi Kapten siapa nak jadi co-pilot.
Untuk renungan bersama.
Agar kita sama-sama berfikir.

SAIFUL NANG
Jahil Ekonomi

29 September 2013

HOT: 2 SYARIKAT JONGKANG EMAS & 6 PEGAWAINYA DIDAKWA DENGAN 926 TUDUHAN -SIAPA VVIP YANG TERLIBAT?




Enam bekas pegawai atasan syarikat perniagaan perdagangan emas hari ini dihadapkan ke mahkamah dengan 926 pertuduhan melibatkan urusniaga kira-kira RM5.5 bilion.

Mereka dari syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Dua syarikat pelaburan jongkong emas tersebut dan enam individu dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas 913 pertuduhan penggubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah membabitkan urus niaga bernilai RM5.5 bilion.

Bagaimanapun, dua Pengarah Genneva Malaysia Sdn Bhd Datuk Tan Liang Keat, 41, Datuk Philip Lim Jit Meng, 56, Pengurus Besarnya Lim Kah Heng, 42, serta tiga penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, 63, Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 61, Datuk Chin Wai Leng, 37 serta Genneva Malaysia dan Success Attitude Sdn Bhd mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan selepas pertuduhan dibacakan.

Mereka didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki, menerima, memindah dan memperoleh sejumlah wang hasil daripada aktiviti haram melalui cek daripada akaun CIMB Islamic Bank Berhad ke dalam akaun CIMB Bank Berhad milik mereka yang semuanya berjumlah RM1.5 bilion.

Tan didakwa dengan 226 pertuduhan, Lim (246), Kah Heng (16), Ng (155), Yee Seng (17), Chin (23), genneva (222) dan Success Attitude (8) pertuduhan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Nombor 69, Tingkat Bawah, Jalan Kuchai Maju 1, Dynasty 2, Off Jalan Kuchai Lama, di sini, antara Januari 2011 hingga Disember 2012.

Pertuduhan mengikut Sub Seksyen 4(1) (a) Akta pencegahan pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh dijamin masing-masing sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, Genneva Malaysia, Lim, Tan, Kah Heng dan Ng masing-masing didakwa dengan dua lagi pertuduhan iaitu menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah yang diberikan mengikut Sub Seksyen 6(4) Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) membabitkan transaksi emas.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 25(1) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama dibaca bersama Nombor Siri 20 dalam Jadual Keempat akta sama membawa hukuman maksimum denda RM10 juta.

Bagi pertuduhan itu, Mat Ghani membenarkan semua tertuduh dijamin masing-masing sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

Di mahkamah berasingan, Lim, Genneva dan Tan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu melalui iklan di laman web www.gennevaworld.com.my berhubung penjualan emas berlandaskan syariah, antara 16 Februari dan 1 Oktober 2012 di Nombor 52A-1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 21(b) akta sama membawa hukuman maksimum denda RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Hakim, Rihaida Rafie membenarkan mereka dijamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamad Kabir, Zulkifli Ahmad dan Aida Mastura Mohamed Aman.

Tan dan Chin diwakili peguam, J Kuldeep Kumar, manakala tertuduh lain diwakili peguam, Avtar Singh Dhaliwal. Semua tertuduh diperintahkan membayar wang jaminan masing-masing pada 30 September ini. Kes terhadap mereka akan dibicarakan secara bersama pada 7 April tahun depan

"Errr....Itu Bukan Saya. Saya Sudah Lupa. Pasaipa Tak Tanya Bekas Timbalan Saya ..."






.................

Mereka adalah bekas pengarah syarikat itu Datuk Philip Lim Jit Meng dan Datuk Tan Liang Keat, pengurus besar syarikat Lim Kah Heng serta penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, Datuk Marcus Yee Yuean Seng dan Datuk Chin Wai Leong.

Selepas dua jam prosiding mahkamah, kesemua mereka meminta dibicarakan terhadap tuduhan tersebut.

 Ia mengambil masa hampir lima jam bagi mahkamah mendaftar lebih 900 tuduhan terbabit, sebelum prosiding bermula pada jam 3.30 petang.

Terdahulu, Jit Meng, 56, dan Tan, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen lain atas tuduhan membuat kenyataan palsu di sebuah lamanweb bahawa perdagangan emas itu adalah selaras dengan prinsip-prinsip syariah.

................

Orang kata,
Pakcik Mahathir kita ni adalah seorang yang mempunyai
visi yang melangkaui masa.

Orang kata lah....
Betul atau tidak, Wallahuallam. 


PANAS ! ROKET BERI AMARAN TERAKHIR TERHADAP ROS

DAP beri amaran terakhir kepada RoS



Perwakilan DAP bersedia membuang undi melantik ahli CEC baru.

Sebaik sahaja pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bermula pagi ini, pengerusinya, Karpal Singh memberi amaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya berhenti menyerang atau bersedia berdepan tindakan undang-undang.

Malah, Karpal berkata, ini adalah amaran terakhir DAP kepada RoS.

“Saya memerhatikan RoS sejak Disember tahun lalu dan memberi perhatian kepada apa yang dia cakap,” katanya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman.

“Dan saya tidak akan melepaskan dia jika dia bercakap sesuatu yang menjejaskan reputasi DAP. Jangan bermain dengan Roket. Ini adalah amaran terakhir,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan ketika parti mengadakan pengundian semula hari ini untuk memilih CEC seperti diarahkan RoS.

DAP mengadakan pemilihan CEC baru untuk mengelak pembatalan pendaftaran parti itu mengikut arahan RoS pada 30 Julai.


Karpal Singh ketika memberi ucapan pembukaan.RoS mengarakan pemilihan diadakan semula selepas beberapa ahli tidak berpuas hati mendakwa pemilihan pada Disember tahun lalu tidak dikendalikan engan sempurna selepas parti mengumumkan kesilapan dalam pengiraan undi mengakibatkan kesilapan calon terpilih ke CEC.

Ahli yang tidak berpuas hati itu juga mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai pengundian itu.

Setiausana Penganjur Kebangsaan DAP, Anthony Loke menafikan tuduhan bahawa parti tidak memaklumkan kepada 753 perwakilan mengenai pengundian parti dan menunjukkan bukti berhubung rekod kehadiran ahli, tanda tangan dan resit pos yang menunjukkan bahawa notis sudah dihantar.

Sebanyak 2,576 perwakilan daripada 985 cawangan akan memilih 20 calon CEC.

Sebuah firma audit antarabangsa turut Dilantik untuk memantau proses pengiraan undi bagi mengelak kesilapan mengira undi berulang.

Cubaan seorang bekas pemimpin akar umbi untuk memfailkan tuntutan menghentikan pemilihan hari ini dibuang oleh mahkamah pada Jumaat lalu.

Ahli akan mula mengundi jam 1 petang dengan keputusan dijangka diperolehi menjelang jam 7 malam.

Karpal memberi amaran bahawa RoS sepatutnya tahu kesabaran DAP ada hadnya dan menekankan selepas prosiding hari ini, parti itu mahu RoS tidak lagi mengganggu bagi membolehkan mereka terus melaksanakan tugas.

Beliau berkata, parti itu tidak seharusnya dihukum kerana berlaku jujur dan mengakui kesilapan itu.

“Kami boleh sahaja mendiamkan diri dan membiarkan penipuan itu. Kami tidak berbuat demikian kerana kami adalah parti berprinsip yang tidak membenarkan kesilapan dibiarkan tanpa diperbetulkan,” katanya.

Menggambarkan pemilihan semula hari ini sebagai “luar biasa”, Karpal berkata penghargaan diberikan kepada ahli yang hadir membuang undi iaitu hampir 85 peratus kehadiran berbanding pemilihan sebelum ini sebanyak 71 peratus ahli hadir.

“Ini akan menunjukkan kepada RoS bahawa DAP kuat, jangan main-main dengan DAP,” katanya yang menerima tepukan gemuruh hadirin.

Beliau berkata, nasihat daripada pakar undang-undang Shad Saleem Faruqi untuk mengadakan dialog dengan RoS “patut dipertimbangkan” akan diteliti secara berhati-hati.

Sementara itu, Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng, berkata di sebalik segala kesukaran dilalui dengan RoS berhubung pemilihan baru dalam tempoh beberapa bulan lalu, parti akan tetap teguh berdiri.

“Kita akan tunjuk kepada RoS bahawa kita akan menewaskan usaha terakhir mereka. DAP akan terus kuat dan kita tidak akan dibuli lagi,” katanya.

Beliau percaya parti itu akan berkembang menjadi lebih kuat selepas krisis itu dan terus berjuang untuk rakyat.

FAS PERLU BERDIKARI, ORANG POLITIK PATUT GUNA OTAK SILA SEMAK FAKTA DULU......

FAS Usah terlalu manja 

Polemik berhubung bola sepak Selangor tiba-tiba menjadi hangat apabila berlaku 'perang mulut' di media massa antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pimpinan PAS Selangor, Sany Hamzan dan Khalid Samad. Mungkin ada hikmahnya jika rakan Pemuda PAS semak dahulu fakta dan statistik yang berkaitan sebelum membuat sebarang kenyataan yang dikhuatiri akan memberikan persepsi yang salah mengenai situasi sebenar di Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Persoalan pokok yang ditimbulkan ialah FAS kekurangan dana tajaan kerajaan negeri melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI). Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya berapa agaknya jumlah tajaan kerajaan negeri yang disalurkan melalui MBI sehingga didakwa 'tidak cukup', lantas menyebabkan kemungkinan pemain-pemain bertaraf bintang ini berpindah ke pasukan Johor Darul Takzim (JDT)?

Semakan sepintas lalu yang dibuat, pihak MBI dilaporkan menyalurkan dana tajaan kepada FAS berjumlah RM8 juta setiap tahun. Demi berlaku adil, penulis juga perlu menyemak jumlah yang diperuntukkan kerajaan negeri kepada pasukan bola yang terbaik prestasinya setakat ini iaitu pasukan negeri Kelantan. Dalam Berita Harian Online bertarikh 13 Julai 2010, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Rosmadi Ismail mendakwa bahawa KAFA tidak pernah memperolehi sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri sejak beliau memegang jawatan tersebut iaitu sejak tahun 2000 lagi.

Namun demikian, sumber dalaman kerajaan negeri Kelantan menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak memberikan dana kepada persatuan bolasepak iaitu KAFA, sebaliknya menyalurkan secara terus peruntukan dan imbuhan kepada pemain dan pegawai. Dilaporkan juga jumlah yang diberi setakat ini dalam bentuk kewangan adalah sebanyak RM85,000. Bagaimanapun, jumlah tersebut tidak termasuk insentif tanah dan rumah, yang pernah ditawarkan kerajaan negeri sebelum ini.

Ternyata, jika dibandingkan jumlah bantuan kewangan daripada kerajaan negeri yang diterima oleh KAFA dengan yang diterima oleh FAS hakikatnya ibarat langit dan bumi. Namun, isu kekurangan dana tersebut langsung tidak pernah dijadikan alasan oleh KAFA untuk gagal melakar kejuaraan.

Dalam tempoh di antara 2010 hingga 2012 sahaja, pasukan negeri Kelantan atau lebih sinonim dengan jolokan 'Red Warrior' memenangi Piala Malaysia sebanyak dua kali iatu pada 2010 dan 2012. Selain Piala Malaysia, pasukan ini memenangi kejuaraan Liga Super sebanyak dua kali iaitu bagi 2011 dan 2012.

Persoalannya, di mana pasukan ini memperolehi dana untuk menampung kos operasi persatuan? Jawapannya adalah melalui tajaan korporat. Untuk musim 2012 sahaja, pasukan Red Warrior memperoleh tajaan korporat daripada lapan firma yang berlainan iaitu Syarikat Telekomunikasi Happy, Syarikat Al - Hamra, Universiti Masterskill, minuman bertenaga RW Energy, Sinar Harian,Warriors (Produk Bawah KAFA), Yusmira Trading dan Umbro.

Seterusnya, mari kita bandingkan pula dengan dana yang diperolehi oleh FAS yang mengendalikan pasukan Selangor. Seperti yang tertera pada lawan web persatuan, pasukan yang gah dengan jolokan 'Red Giant' ini hanya memperolehi dana tajaan daripada kerajaan negeri iaitu melalui MBI dan Kappa, yang menaja jersi pasukan.

Dengan hanya dua penaja utama sahaja, jumlah RM8 juta yang diperuntukkan adalah jauh lebih besar berbanding bantuan yang diberi oleh kerajaan negeri lain kepada pasukan bola sepak negeri masing-masing. Ini belum lagi dibincangkan dana tajaan yang diterima oleh pasukan PKNS FC yang pastinya juga diperolehi daripada GLC yang sama.

Justeru, penulis merasakan FAS perlu segera keluar daripada zon selesa. Sebagai satu persatuan yang sudah lama bertapak dan teguh kewangannya, FAS perlu lebih kreatif dalam menjana dana bagi membiayai segala kos operasinya agar tidak terlalu bergantung kepada dana kerajaan negeri sahaja yang sudah tentu ada banyak kekangan lebih-lebih lagi jika disorot dari perspektif keutamaan perbelanjaan.

Jika diamati lebih dekat, FAS adalah antara persatuan bola sepak di Malaysia yang memiliki banyak aset yang berpotensi besar menjana pendapatan. Justeru, manfaatkanlah sepenuhnya aset-aset tersebut sebagai salah satu sumber utama menjana pendapatan.

Penulis juga ingin menyeru agar FAS belajar daripada pengalaman, usaha dan keupayaan KAFA untuk mendapatkan tajaan korporat. Jika KAFA boleh, mustahil FAS yang jauh lebih banyak pengalaman dan bersandarkan rekod cemerlang ini tidak boleh. Sememangnya, FAS dan Red Giant bukan nama kecil dalam arena bola sepak nasional. Dengan rekod 32 kali kejuaraan Piala Malaysia, Red Giant berada di kelas yang tersendiri dalam persada sukan tanah air.

Dengan memberi alasan tidak cukup suntikan kewangan negeri lantas mewajarkan kegagalan demi kegagalan bukanlah sikap sang juara. Malah kadang kala kedengaran seperti anak yang merengek-rengek kepada si bapa pula. Cukuplah, usah terlalu manja.

Sedarlah bahawa rakyat negeri Selangor belum hilang keyakinan terhadap Red Giant dan masih setia menanti 'gergasi merah' yang sedang tidur ini segera bangkit untuk menakluki semula arena bola sepak negara! Bertindaklah segera sebelum terlambat wahai FAS! Jangan sampai peminat Red Giant hilang kepercayaan dan muak dengan alasan demi alasan yang tidak munasabah.


Oleh : Haris Abdillah -TMI